Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, September 10, 2013

AF 059: KOREA NATIONAL DEFENCE UNIVERSITY

TAWARAN KE 
KOREA 
NATIONAL DEFENCE 
UNIVERSITY
(KNDU)
.

Kenapa aku tulis tajuk ini? Ia berkaitan dengan TAJUK sebelum ini: LEMHANAS.  Tahun lepas (2012) nama aku telah disenaraikan sebagai CALUN SIMPANAN untuk menghadiri kursus staf di LEMHANAS Indonesia yang bermula pada bulan Sep 12. Aku tahu, aku tak akan terpilih kerana calun pilihan telah ada, aku hanya mangkuk hiasan. 

Sepanjang pagi pada tarikh 19 Feb 2013 fikiranku sentiasa berkocak memikirkan masa depan kerjayaku. Melihat keadaan kerja yang semakin berat dan potensi peningkatan di masa depan yang agak kelabu akibat pertambahan umur bersara wajib (sebanyak dua kali dari 56 ke 58 dan kemudian ke 60 dalam tempoh yang dekat)  serta kenaikan gaji dari pengenalan skim baru Gaji ATM juga dua kali selepas SSM kepada SBPA (dimansuhkan) kemudian kepada SSM baru. 

Dalam perjalanan memasuki usia 54 sekarang, kudrat untuk memikul tanggungjawab semakin berkurangan.  Dengan bidang tugas sekarang yang semakin mencabar lanjutan pertambahan aset baru serta kekangan bajet yang berterusan, tugas di MLU seolah-olah tiada harapan untuk mencari jalan penyelesaian. Aku membuat keputusan (premature) untuk memohon bersara pada usia 56 atau 58 tahun.  Kebetulan skot aku serta rakan sepejabat Haji Hasaza juga sedang membuat pertimbangan yang sama. Kami berdua berada dipersimpangan jalan antara meneruskan khidmat demi 'membantu kepimpinan yang amat memerlukan kami' atau 'menumpukan lebih masa kepada keluarga yang selama ini kurang diberi perhatian'.

Sebelum ini, nama aku telah dua kali dicalunkan ke MPAT (kemasukan tahun 2009 dan 2010). Namun kedua-duanya dibatalkan. Tak pasti apa sebab kerana tiada hitam putih. Kali pertama pencalunan dibatalkan kerana dikatakan tidak dilepaskan oleh Bossku sendiri kerana amat diperlukan untuk membantu transformasi organisasi yang sedang tunggang langgang akibat TSUNAMI 2007.

Kali kedua untuk kemasukan tahun 2010, setelah menjalani Ujian English (ADFELPS) di RMC bersama-sama calun lain. Tetiba nama digugurkan dan digantikan dengan calun lain. Diberitahu juga atas sebab, tiada urgency untuk aku pergi kerana masa tu dah pakai Kol dan perlu untuk membantu Panglima baru yang baru bertukar masuk.

Lebih kurang jam 11.30 aku mendapat maklumat dari BSM di MTU bahawa nama aku dicalonkan (calon utama) untuk mengikuti kursus di KNDU, Seoul bermula pada 4 Mac 13. Nama aku telah diserahkan untuk kelulusan MAT. Secara ringkasnya aku perlu mengikuti kursus Bahasa Korea selama 9 bulan sebelum memulakan kursus (proper) selama setahun. Untuk kursus Bahasa, aku hanya dibenarkan untuk pergi sendiri (tanpa keluarga) sehingga Dis 13.

MUNGKIN untuk compansate setelah dua kali tidak diberi laluan ke MPAT dan pencalunan ke LEMHANAS sebagai calun simpanan.

Aku seperti dalam kepanikan, tidak sempat berfikir, hanya menjawab "Baik Dato'" sahaja.

Apabila dimaklumkan kepada keluargaku, ada tiga response: 

(1) anakku yang bongsu amat gembira kerana ada harapan untuk duduk di Korea, kerana terpengaruh dengan kecantikan suasana di Korea melalui filem Korea; 

(2) anak-anakku yang lain kurang happy kerana melebihi umur dan tidak boleh dibawa di bawah pembiayaan Kerajaan, especially anakku yang ke3 Aisyahnur (bersama cucuku) yang tinggal bersamaku sejak berkahwin kerana suaminya bertugas di Sarawak; 

(3) manakala  isteriku, masih di tengah-tengah, ada gembira dan excited kerana 'first time' mendengar berita suami dia diberi peluang berkursus di luar negara dan ada sedih kerana hanya seorang anak sahaja yang boleh di bawa. 

Sepanjang malam itu aku cuba mencari (search) dalam internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan KNDU ini. Satu link atau gambar hapah pun tak dapat. Mungkin semua website berkaitan dengannya dalam Bahasa Korea.

Ini sahaja yang aku perolehi:

The Korea National Defense University (KNDU) is the premier defense education center for professional military strategy, defense policy and national security strategy. KNDU provides military and civilian leaders an educational and research environment, while having a vision of  launching a doctoral degree in 2007.KNDU also has the Research Institute for National Security Affairs (RINSA), Centre for Joint Doctrine Development, Institute for leadership development and Library. Education at KNDU is focused on the three following points: Academic research and teaching in national security. Enhancement of student's capability on strategic planning and execution of national security affairs. Strengthening the national competences through enhancing defense policy and military strategic planning/capability



 
Korea yang amat popular dengan K-Pop Style yang menjadi kegilaan pemuda-pemudi (semua bangsa) di Malaysia sekarang
 
juga popular dengan GANGNAM Style

Dua hari aku kebingungan kerana masa yang diberikan amat hampir.  Aku hanya ada lebih kurang 12 hari sahaja untuk membuat persediaan.

Aku bukan sengaja menafikan atau membantah arahan perkhidmatan atau tunjuk 'stubborn'. Aku berterima aksih kerana pihak kepimpinan TUDM nampak nama aku untuk dicalon dan diberi pertimbangan untuk mengikuti kursus yang agak berprestige ini.  Ye la..bukan mudah untuk terpilih atau mendapat peluang seperti ini.

Dalam sanubariku berkata 'adalah lebih baik aku menolak tawaran dari aku pergi dengan membawa pelbagai masalah yang boleh mengganggu konsentrasiku semasa berkursus. Jika aku tidak sukses tentu sahaja aku akan memalukan nama baik atau image TUDM.

Setelah membuat 'deep thinking' dan mengambil kira pelbagai faktor berkaitan dengan kerjaya, 'cost benefit analysis' serta masalah peribadi, aku mengambil keputusan untuk menolak tawaran ini.
Faktor-faktornya adalah:
  • Pemilihan terlalu hampir dengan tarikh melapor dan aku tidak selesa untuk membuat persediaan mental dan fizikal. Kursus seperti ini kebiasaannya calon telah mengetahui pencalonan pada tahun sebelumnya. Oleh itu calon mempunyai masa yang mencukupi untuk merancang pergerakan dan urusan berkaitan keluarga atau domestik. Di sini, secara tidak langsung aku mengetahui bahawa, aku bukanlah calon pertama atau kedua yang sepatutnya pergi.
  • Kursus terlalu panjang, satu tahun 9 bulan.  Apabila tamat kursus, aku telah berusia 56 tahun, ada 3 tahun lebih untuk bersara. Tak berbaloi kesusahan dengan kesukaran yang aku perlu lalui untuk melepasi kursus tersebut, khususnya kursus Bahasa.  Pada usia sekarang aku sudah tidak mempunyai motivasi lagi untuk 'enjoy the perks' berkursus di luar negara.  Kalau 10 atau 15 tahun lepas mungkin juga.  Berilah peluang ini kepada yang lebih memerlukannya.
  • Untuk membawa keluarga ke sana dalam bulan Disember nanti, aku terpaksa mengosongkan OMQ yang aku duduki. Mana anak-anak aku yang dewasa akan tinggal. Rumah aku di Seremban. Salah seorang anak aku (Aisyah) baru melahirkan anak, suaminya di Sarawak. Aku tidak tega untuk meninggalkan dia membesarkan anaknya tanpa bantuan isteriku dan adik-adiknya yang lain.
  • Anak aku ke 5 Heikal akan mengikuti kursus PLKN mulai 1 April dan seterusnya akan berangkat ke Qatar pada 31 Mei untuk mengikuti kursus Bahasa Arab di University of Qatar selama 6 bulan.  Aku sudah pun membayar yurannya berjumlah RM5000. Bagaimana perasaannya ketika pemergiannya aku tiada di rumah, jauh di negara orang. Aku tidak dapat menghantarnya ke KLIA. Ini adalah kali pertama menaiki pesawat terbang ke luar negara.
  • Aisyah mungkin boleh tinggal bersama ibu mertua di Kluang.  Bagaimana dengan Atikah?. Dia masih bujang. Nurul, baru 13 tahun, nak bawa tak ada kelayakan, nak tinggal, siapa yang nak uruskan persekolahannya?. Nanti akan tinggal Atikah dan Nurul untuk ditumpangkan ke rumah saudara mara atau duduk di rumah sewa. Aku tidak mahu menanggung risiko meninggalkan anak-anak perempuanku di KL.
  • Kos kehidupan di Korea amat tinggi. Dari maklumat sahabat yang pernah berkursus di sana, elaun yang diterima tidak mencukupi. Kalau tak bawa family, elaun lebih kecil lagi.  Aku perlu membahagikan gajiku untuk 'maintain' dua rumah. 
  • Aku telah membuat penempahan tarikh untuk mengerjakan Umrah pada 19 April dan telah ditangguhkan ke 7 Jun kerana tarikh penerbangan Heikal ke Qatar diubah dari 1 Mei kepada 31 Mei.
  • Aku sedang membuat renovasi besar-besaran ke atas rumah aku di Seremban. Kerja-kerja baru sahaja bermula seminggu dan dijangka mengambil 2-3 bulan. Aku tidak dapat menyerahkan pembayaran kepada kontraktor kepada sesiapa kerana ia dibayar secara satu peringkat kerja siap baru bayar. Ia melibatkan cash flow aku yang tidak boleh diurus oleh orang lain.
Aku mengesahkan penolakan sebelum arahan kursus dikeluarkan oleh BSM-Latih. Sehubungan itu, calon simpanan telah menjadi calon utama. Kebetulan calon simpanan adalah skot aku juga, Kol Ir Mohd Asri bin Ismail TUDM (Kejuruteraan). 

Beliau bertolak pada 18 Mac 13. Terima kasih skot Asri kerana tidak menolak tawaran untuk menggantikan aku.

Selamat berjaya skot.


skot Kol Ir Mohd Asri Ismail di hadapan salah sebuah masjid di Seoul bersama seorang lagi pegawai TUDM (Mej Firdauz Osman TUDM)  yang akan mengikuti kursus Korean Air Force Staff College.

.
Walaupun aku menolak tawaran ke KNDU, namu aku tetap meneruskan rayapan untuk mencari maklumat lanjut.  Akhirnya pada 13 April 2013 aku menemui website ini. http://www.kndu.ac.kr/



Korea National Defense University (KNDU) was founded in 1955 as the National War College under the Ministry of National Defense. The objectives were three-fold: First, the i ntegrated operation of national defense covering all the fields of politics, economy, military, and concept, etc. Second, to attain deep understanding and cooperation between the military and the civilian sector Third, to necessitate integrated operation and cooperation between the army, navy, and air force for national defense . The college moved to its present location in 1956 and started a 5 month pilot course. After the first graduation, the course was expanded to its 10 month regular program.

I n 1961, the college was renamed as the National Defense College (NDC) and the Research Institute on National Security Affairs (RINSA) was opened. In 1980, two major programs, the national defense program and master degree program were opened. The night time master program with 3 majors began in 2002.

NDC and two other neighboring military institutions were merged into the National Defense University in 2000 according to 5 year master plan for national defense reform. KNDU has 4 academic institutions and 2 research institutes: 3 colleges (the national security college, national defense management college, and chief of joint staff college), One short-term education institution (duty training center), RINSA for issues on national defense and policies, and joint doctrine center for doctrine study on joint/cooperation operations.

The purposes of KNDU are as follows: First, to be the best national related university to bring up leaders of the highest level in national aspects . Second, to serve as a terminal education institution to bring up high ranking policy administrators in military aspects as well as function as a think tank for the Ministry of Defense . Finally, to serve as an education and research institution leading the technology/information era and create a peaceful and prosperous era .
Many graduates from the National Security College have held top offices in government: 3 former prime ministers, 80 minister level officials, and 154 at deputy secretary level.






Sehingga tarikh ini (16 Nov 2015), setelah lebih dua tahun aku menolak kursus di atas, aku tidak sesekali menyesal, walaupun ia telah menjejaskan kerjayaku. Aku tahu pihak atasan TUDM agak MURKA kepadaku kerana tidak mematuhi arahan ini.

Nak dijadikan cerita, Allah telah memberikan pertunjuk bahawa keputusan aku adalah betul dan tepat. Pada bulan Ogos 2013 aku telah membuat pemeriksaan perubatan tahunan (PULHEEM) dan semasa menjalani Stress Test, aku telah dirujuk ke IJN untuk menjalani Angiogram. Dan pada 24 Okt 2013 aku diarahkan untuk menjalani rawatan Angioplasty di IJN. Dan dua STENTs telah dipasangkan di saluran arteriku. Subhanallah.

Bayangkan kalau aku menerima tawaran kursus?. Jika pemeriksaan perubatan sebelum kursus mendapati aku ada masalah jantung, TUDM akan kerugian satu tempat di KNDU kerana untuk mencari calun pengganti pastinya sudah terlalu lewat. Ini kerana pemilihanku juga telah pun terlewat.

JIKA, pemeriksaan perubatan dalam bulan April 13, belum dapat mengesan masalah arteries blockage, dan aku telah terlepas terbang ke Korea, kemungkinan sesuatu yang buruk akan menimpa diriku di Korea.

Sesungguhnya Allah telah menentukan sesuatu yang lebih baik untuk diriku.

SEKALI lagi, Kuasa Allah adalah pasti dan apa yang telah ditetapkan itu tetap berlaku seperti juga rezeki, jodoh dan maut.

Walapun pada tahun 2013, aku menolak tawaran TUDM untuk mengikuti kursus staf di KNDU, Allah tetap memberikan aku peluang untuk masuk ke dalam kampus KNDU, walaupun hanya seminggu.

Pada 5 Feb 17, jam 0730H penerbangan KE 672 yang aku naiki telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul. Aku telah terpilih mengikuti program Defence Resource Management Course (DRMC) di KNDU dari 6 hingga 10 Feb 17. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Canada melalui Department of Military and Training Cooperation (DMTC).

Syukur alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment