Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, September 10, 2013

AF 057: PANGKAT KEHORMAT TUDM


Pangkat
Kehormat


Terdapat perbezaan antara Kolonel Yang Di Pertua dengan Kolonel Kehormat.

Kolonel Yang Di Pertua (Kol YDP) adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh semua sembilan (9) Raja Melayu di Malaysia (Tanah Melayu) ke atas semua Rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji-panji DiRaja termasuk TLDM dan TUDM. Untuk TLDM ia dikenali sebagai Kepten YDP.  Kor/Rejimen yang belum menerima panji-panji DiRaja tetapi mempunyai Kol YDP ialah Rejimen Gerakhas Malaysia- tetapi ia dikenali sebagai Kolonel Komandan.

Hanya pangkat Kolonel sahaja yang diberikan.  Tiada Jeneral YDP atau Mejar Jeneral YDP atau Leftenan YDP.  Pemberian tanggungjawab ini diperkenan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.  Pada masa ini pengagihan tugas Kol YDP adalah seperti berikut:
  • Rejimen Askar Melayu DiRaja - Sultan Kedah
  • Rejimen Renjer DiRaja - Raja Perlis
  • Rejimen Semboyan DiRaja - YDP Besar Negeri Sembilan
  • Kor Armor DiRaja - Sultan Terengganu
  • Rejimen Artileri DiRaja - Sultan Kelantan
  • Rejimen Askar Jurutera DiRaja - Sultan Perak
  • Rejimen Polis Tentera DiRaja - Raja Perlis
  • Kor Kesihatan DiRaja - Sultan Perak
  • Kor Risik DiRaja - Sultan Kelantan
  • Kor Perkhidmatan DiRaja - Sultan Terengganu
  • Kor Ordnan DiRaja - Sultan Kedah
  • Kor Jurutera Letrik dan Jentera - YDP Besar Negeri Sembilan
  • Rejimen Gerakhas Malaysia - Sultan Johor
  • Tentera Laut DiRaja Malaysia - Sultan Selangor
  • Tentera Udara DiRaja Malaysia - Sultan Pahang
Walaupun jawatan yang disandang adalah Kol YDP, apabila penyandangnya memakai seragam ATM ia dibenarkan untuk memakai pangkat seperti berikut:
  • Bagi penyandang yang pernah melaksanakan tugas sebagai SPB Yang Di Pertuan Agong (yang secara langsung melupakan Pemerintah Tertinggi ATM) baginda dibolehkan memakai pangkat 'Field Marshall', Admiral of the Fleet' atau 'Marshall of the Air Force' atau 'Jeneral 5 Bintang'.
  • Bagi penyandang yang belum pernah menjadi SPB YDP Agong, baginda dibenarkan memakai pangkat Mejar Jeneral, Laksamana Muda atau Mejar Jeneral TUDM'.

    DYMM TUANKU SULTAN HAJI AHMAD SHAH
    ALMUSTAIN BILLAH IBNI ALMARHUM 
    SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL MUADZAM SHAH
    KOLONEL YANG DIPERTUA
    TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA





    .

    PANGKAT KEHORMAT

    Anugerah pangkat KEHORMAT pula meliputi semua pangkat Pegawai Bertauliah dalam ATM. pangkat Kehormat ini lazimnya diberikan kepada individu pegawai sukarela dalam Rejimen Askar Wataniah atau Pasukan Simpanan/Sukarela ATM.  Lazimnya ia meliputi pangkat Kapten (atau setaraf) dan ke atas.  Sehingga kini, jawatan pangkat Kehormat yang tertinggi diberikan adalah Brigadier Jeneral (Kehormat).

    Tauliah Kehormat dalam Pasukan Sukarela ATM (Darat/Laut/Udara) boleh dikurniakan kepada individu tertentu. Pangkat yang dikurniakan bagi penyandang jawatan-jawatan berikut adalah Brigadier Jeneral (Kehormat), Kolonel (Kehormat) dan Leftenan Kolonel (Kehormat).
    1. Penaung Askar Wataniah Malaysia atau Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) atau Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) di peringkat Negeri.
    2. Pengerusi Jawatan Kuasa Pendukung Askar Wataniah Malaysia atau Simpanan Sukarela TLDM atau Simpanan Sukarela TUDM (di negeri-negeri di mana ia diwujudkan)- biasanya Menteri Besar atau Ketua Menteri.
    3. Ketua Pengarah Jabatan-Jabatan/Badan Berkanun berikut:
      1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (Darat)
      2. Jabatan Kerja Raya (Darat)
      3. Jabatan Penyiaran Malaysia (Udara)
    4. 'Captain of Industry' yang melibatkan perkhidmatan strategik seperti:
      1. Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang.
      2. Pengarah Urusan Keretapi Tanah Melayu.
      3. Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad.
      4. Ketua Eksekutif Telekom Malaysia Berhad
    5. Naib Canselor atau Rektor IPTA yang mempunyai unit PALAPES.


    BRIGEDIER JENERAL (KEHORMAT)
    TAN SRI DATO' HJ AHMAD BIN JOHAN
    PSSTLDM
    PRESIDEN, AIROD SDN BHD

    Image result for tan sri ahmad johan


    BRIGEDIER JENERAL (KEHORMAT)
    DATO' HJ MOHD ZAMRI BIN HJ MUDA
    PSSTLDM
    PENGARAH URUSAN, ZETRO SERVICES SDN BHD


    BRIGEDIER JENERAL (KEHORMAT)
    YAM TENGKU ABDUL SAMAD SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
    (PSSTUDM)
    .
    BRIGEDIER JENERAL (KEHORMAT)
    YAM RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN IBNI ALMARHUM  ALMUATAWAKIL ALALLAH SHAH AFIFULLAH 
    (PSSTUDM)

    KOLONEL (KEHORMAT) 
    PROF DATUK DR MOHAMED MUSTAFFA BIN ISHAK
    PSSTUDM
    NAIB CANSELOR, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
    komndn 8st

    LEFTENAN KOLONEL (KEHORMAT) DATO' NORHYATI BINTI ISMAIL PSSTUDM
    KETUA PENGARAH PENYIARAN
    KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

    Ketua Pengarah Penyiaran, RTM - Leftenan Kolonel (Kehormat) Dato' Norhyati Ismail

    Buat pertama kalinya, pengamal media dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Penerimanya Ketua Pengarah Penyiaran, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Dato’ Norhyati Ismail dilantik sebagai pegawai kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM).
    Pelantikan Norhyati ini membawa gelaran Leftenan Kolonel (Kehormat) berkuat kuasa mulai 1 Mac 2012. Upacara pemakaian pangkat kepada Leftenan Kolonel (Kehormat) Dato’ Norhyati ini disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud di Angkasapuri pada 22 Mei 2012 dan disiarkan secara langsung menerusi program Selamat Pagi 1Malaysia.
    Penganugerahan ini dibuat mengikut Seksyen 198(5) Akta Angkatan tentera 1972 atas limpah kurnia dan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
    Bagi Leftenan Kolonel Dato’ Norhyati, penganugerahan ini satu pengiktirafan yang besar buat dirinya dan semua pengamal media tempatan.
    “Anugerah ini akan menjadi pencetus hubungan rapat antara media dengan TUDM. RTM akan memainkan peranan dengan efektif bagi mendekatkan TUDM dengan orang awam. Kerjasama erat akan dijalinkan antara kedua-dua pihak.”
    Sementara itu, bagi Jeneral Tan Sri Rodzali penganugerahan ini sebagai menghargai jasa dan kerjasama yang diberikan RTM khususnya menjadi medium penyaluran maklumat berkenaan TUDM kepada masyarakat.
    “Dato’ Norhayati kini menjadi keluarga TUDM. Kami berasa bangga atas pelantikan ini. Ini merupakan satu penghargaan kepada media tempatan.”
    Sebagai pegawai tauliah kehormat, Norhyati diberi penghormatan dan keistimewaan sejajar dengan pangkat tentera yang disandang oleh beliau seta dibenarkan memakai semua jenis pakaian seragam tentera TUDM semasa.
    Penganugerahan Pegawai Kehormat kepada YBhg Dato’ Norhyati dilihat amat siginifikan bagi mengeratkan hubungan kerjasama di antara TUDM dan Jabatan Penyiaran Malaysia terutamanya menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan imej jabatan kerajaan.
    Bagi merealisasikan keberkesanan penyaluran maklumat berkenaan fungsi dan peranan agensi-agensi keselamatan negara, hubungan kerjasama antara TUDM dengan Jabatan Penyiaran Malaysia selaku agensi penyiaran rasmi kerajaan dilihat sebagai satu langkah yang tepat.

    Anugerah tauliah Kehormat Mejar dan Kapten boleh dikurniakan kepada individu berikut:
    1. Setiausaha dan Ahli-ahli Jawatan Kuasa Pendukung Askar Wataniah/PSSTLDM/ PSSTUDM di peringkat Negeri.
    2. Pengarah/Pengetua Maktab Perguruan dan Institusi/Pusat Lathan di mana penuntut-penuntutnya ramai yang menyertai Askar Wataniah atau pasukan Sukarela ATM.
    3. Jawatan-jawatan eksekutif/Pengurus dan jawatan-jawatan yang lebih tinggi syarikat swasta di mana pemegang jawatan berkenaan bersangkutan dengan keperluan dan tugas-tugas ATM dan pekerja-pekerja dalam syarikatnya menganggotai Askar Wataniah/PSSTLDM/PSSTUDM.
    4. Juruiring Khas atau Pegawai dengan tugas-tugas yang tertentu yang diperkenankan oleh SPB YDP Agong atau Raja-Raja Melayu.
    5. Individu yang disokong oleh Majlis Angkatan Tentera dan diperkenankan oleh SPB YDP Agong.  Contoh: Pegawai Kerajaan, Tokoh Sukan dan lain-lain.

    MEJAR (KEHORMAT) 
    HJ ABDUL RAHIM BIN AHMAD PSSTUDM
    PENGARAH PERHUBUNGAN AWAM UIAM
    .

    .
    MEJAR (KEHORMAT) 
    SHARIZAD BINTI SA-IDUL HAJ PSSTUDM
    PENGARAH KANAN PUSAT KO-KURIKULUM UIAM
    .

    MEJAR (KEHORMAT) 
    DATUK NICOL ANN D/O DESMOND DAVID PSSTUDM
    PEMAIN SQUASH NO. 1 DUNIA





    PEMAIN skuasy nombor 1 dunia, Datuk Nicol Ann David ditauliahkan pangkat Mejar Kehormat pada majlis pentauliahan pangkat berkenaan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud di Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

    Mejar (Kehormat) Datuk Nicol Ann David dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) yang berkuat kuasa 28 Jun 2012 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong.


    Datuk Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina, dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India, yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.  Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera.  Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane diGreen Lane, Pulau PinangBeliau beragama Kristian (Katolik Roma).


    Nicol ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsaMalaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

    Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehinggaRaneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.

    Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

    KUALA LUMPUR 1 Nov. - Warga Malaysia pertama yang membuat penerbangan mengelilingi dunia secara solo, Kapten James Anthony Tan, hari ini ditauliahkan pangkat Kapten (Kehormat) dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, pentauliahan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong itu diberi kerana beliau mengharumkan nama Malaysia sebagai juruterbang termuda dalam misi 1Malaysia Around The World, mencatat rekod Guinness Book of Records, World Record Academy dan Malaysia Book of Records.
    "Dengan pentauliahan ini, beliau akan menjadi ikon TUDM dan dilibatkan dengan pelbagai program termasuk Hari Belia TUDM. Tujuannya untuk menarik belia dan remaja menyertai pasukan ini," katanya selepas upacara memakaikan pentauliahan itu di Wisma Pertahanan di sini. Turut hadir ibu bapanya, Tan On Chin dan Olive Beverly Tan.

    James, 22, berlepas mengelilingi dunia pada 28 Mac lalu di Subang Skypark menggunakan pesawat Cessna Silver Eagle P 210T sejauh 21,103 batu nautika merentasi 20 negara dengan 30 hentian dan selamat kembali pada 14 Mei.

    Sebelum ini, James pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai juruterbang termuda melakukan penerbangan solo sejauh 13,803 batu nautika dengan pesawat piston tunggal SR22 dari United Kingdom (UK) ke Bangkok, Thailand dan balik semula ke UK pada 2012.

    Rodzali berkata, apa yang dikecapi James itu menggambarkan kecemerlangan, ketahanan fizikal, kekuatan mental, fokus dan tabah dalam menempuh cabaran, sekali gus patut dicontohi semua belia dan remaja di negara ini.

    Bercakap kepada pemberita, James berkata, beliau tidak menyangka mendapat anugerah berprestij itu dan tidak sabar untuk menyertai program TUDM terutama ceramah motivasi kepada golongan belia. - BERNAMA

    "Saya tidak kedekut ilmu, saya lebih suka berkongsi apa yang saya pelajari kerana saya percaya ada banyak peluang yang boleh dieksploitasi oleh belia dalam industri ini (penerbangan)," katanya.

    Sebelum ini ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ditauliahkan pangkat Mejar Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TUDM sebagai menghargai semangat juangnya sehingga muncul pemain nombor satu dunia. - BERNAMA

    Artikel penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131102/dn_10/ James-Anthony-ditauliah-Kapten-Kehormat-Pasukan-Simpanan-Sukarela-TUDM#ixzz2pFrtH3pY 
    © Utusan Melayu (M) Bhd 


    SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN AM BAGI TAULIAH TAULIAH KEHORMAT DALAM ANGKATAN TETAP DAN ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN
    • Penaklukan kepada undang-undang perkhidmatan. Pegawai-pegawai yang menyandang Tauliah Kehormat adalah tidak tertakluk kepada undang - undang perkhidmatan Angkatan Tentera.
    • Kuasa Memerintah. Pegawai-pegawai yang dikurniakan dengan pangkat kehormat tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah terhadap mana-mana pegawai, anggota-anggota lain-lain pangkat atau unit-unit Angkatan Tentera. Perhubungan antara pegawai-pegawai Tauliah Kehormat dengan pegawai, anggota dan lain-lain pangkat atau unit-unit Angkatan Tentera adalah tertakluk kepada piagam yang diperuntukkan kepada mereka.
    • Nombor Tentera. Tauliah Kehormat adalah tidak menggunakan sebarang nombor tentera.
    • Penamatan Tauliah.
      • Penyandang tauliah kehormat boleh dengan secara sukarela memohon supaya tauliah dibatalkan di atas sebab-sebab peribadi. Tauliah kehormat boleh juga ditamatkan apabila pegawai-pegawai yang berkenaan tidak lagi menjawat jawatan yang membawa tauliah kehormat tersebut. Di samping itu penamatan tauliah kehormat ini boleh juga dilakukan kepada mana-mana penyandang tauliah kehormat yang telah melakukan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang memudaratkan keadaan baik, tatatertib dan nama baik Angkatan Tentera.
      • Semua penamatan tauliah hendaklah terlebih dahulu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Proses untuk menamatkan tauliah ini hendaklah dibuat mengikut saluran yang sama seperti proses pentauliahan.
      • Setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, penamatan tauliah ini hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada pegawai yang berkenaan oleh Kementerian Pertahanan melalui surat rasmi seperti di kembaran K dan disiarkan dalam Warta Kerajaan Malaysia serta dalam Senarai Kenaikan Pangkat, Jawatan dan Kelayakan Pegawai-pegawai Angkatan Tentera.
    • Penyambungan Tauliah. Pegawai-pegawai yang ingin menyambung tauliah kehormat mereka setelah tamat tempohnya hendaklah memajukan permohonan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan untuk disembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui saluran yang tertentu. Setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Penyambungan Tauliah Kehormat ini akan dimaklumkan kepada pegawai yang berkenaan secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan melalui surat rasmi dan disiarkan di dalam Warta Kerajaan Malaysia serta dalam Senarai Pangkat, Jawatan dan kelayakan pegawai-pegawai Angkatan Tentera.
    • Latihan. Pegawai-pegawai yang dikurniakan tauliah kehormat tidak diperlukan menjalani latihan tentera yang formal. Walau bagaimanapun pasukan-pasukan tentera yang berhampiran, setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tentera melalui saluran pemerintahan yang sedia ada boleh melatih pegawai tauliah kehormat yang memohon untuk menjalani sebarang latihan tentera. Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan latihan ini hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai tauliah kehormat yang berkenaan. Pegawai-pegawai tauliah yang menjalani latihan tentera adalah dikehendaki menandatangani perakuan melepaskan tanggungan bagi pihak tentera terhadap sebarang kemalangan/kecederaan yang mungkin berlaku terhadap beliau semasa latihan tersebut.
    • Gaji, Elaun dan Tuntutan-Tuntutan Lain. Angkatan Tentera tidak bertanggungjawab berkenaan gaji, elaun dan tuntutan-tuntutan lain terhadap pegawai-pegawai yang memegang tauliah kehormat.
    • Pakaian. Penyandang tauliah kehormat adalah dibenarkan memakai semua jenis pakaian seragam mengikut Jadual Pakaian Angkatan Tentera semasa. Perbelanjaan untuk membekalkan pakaian dan peralatan yang berkaitan dengan tauliah kehormat ini dibiayai oleh Kementerian Pertahanan dengan pemberian sebanyak RM1,000.00 hanya sekali ketika dikurniakan tauliah kehormat. Perbelanjaan senggaraan bagi pakaian dan peralatan seterusnya adalah tanggungjawab pegawai yang berkenaan sendiri.
    • Kemudahan-Kemudahan Lain. Penyandang Tauliah Kehormat adalah merupakan ahli kehormat di mes-mes pegawai Angkatan Tentera di mana yang sesuai dan mereka adalah berhak menikmati kemudahan-kemudahan di mes pegawai tersebut tertakluk kepada peraturan mes yang berkenaan. Selain daripada kemudahan mes ini, penyandang-penyandang Tauliah Kehormat tidak akan diberi kemudahan-kemudahan yang lain.

    No comments:

    Post a Comment