Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, June 6, 2017

AF 110 YOHANEZ AHMAD: PENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI.

BRIG JEN DATO’ YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM

KEBANGGAAN WANITA  TUDM
PENCIPTA SEJARAH TUDM

Yohanez binti Ahmad seorang dari jutaaan kaum wanita penduduk Malaysia yang mempunyai rekod yang tersendiri untuk menjadi kebanggaan diri, ahli keluarga, kaum wanita, rakan sejawat, TUDM, ATM serta rakyat Malaysia. Banyak sekali rekod yang diciptanya sepanjang kerjayanya dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia.

Yohanez dilahirkan di Kg Pengkalan Batu, Mersing, Johor pada 4 April 1957, beberapa bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Bapanya Ahmad bin Abd Hamid (meninggal dunia 2016) dan ibunya Zainab binti Abd Rahman (meninggal dunia 2015). Beliau mendapat didikan awal di Sri Mersing Primary School (1964 - 1969) dan Sekolah Menengah Sri Mersing (1970 - 1974). Setelah menamatkan SPM, beliau melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi MARA, Shah Alam pada tahun 1976 dan lulus Diploma in Business Studies pada tahun 1979.

Minatnya yang tinggi menyertai ATM dibuktikan sebaik sahaja menamatkan pengajian di ITM,  beliau menyertai temuduga pengambilan Pegawai Kadet ATM di Ipoh pada penghujung tahun 1979.  Yohanez telah melepasi semua tahap temuduga dan terpilih bersama 21 orang lagi rakan sebayanya untuk menyertai latihan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP)  Pangambilan Pertama Wanita (First Women Intake). Mereka melapor diri ke Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada 2 April 1980. Mereka mengangkat sumpah ikrar taat setia pada 5 April 1980 dan bermulalah latihan ketenteraan selama 9 bulan.

KEBETULAN aku adalah salah seorang warga Angkatan Pegawai Kadet TJP 37. Oleh itu, Yohanez adalah SKOT aku.

KEBETULAN semasa aku menaiki keretapi dari Kluang ke Seremban untuk melapor diri ke Sekolah Pegawai Kedet pada 2 April 1980, Yohanez merupakan skot pegawai kadet wanita pertama yang aku kenali. Beliau menaiki keretapi yang sama dari stesen Segamat bersama skot Marmilah bt Munajat.


Yohanez dan 21 rakannya ini merupakan sejarah baru dalam ATM. 22 Pegawai Kadet Wanita ini merupakan pengambilan pertama bakal pegawai wanita dalam perkhidmatan tetap ATM. Sebelum ini semua pegawai wanita yang ada merupakan pegawai Askar Wataniah (Pasukan Simpanan) atau pegawai profesionalisma (ikhtisas) dalam bidang perubatan dan pergigian (Kor Ubatan dan Gigian) serta pendidikan (Kor Perkhidmatan Am - Pelajaran).



 THE 'SERIKANDI' 
  PENGAMBILAN PERTAMA PEGAWAI KEDET WANITA  
  -ANGKATAN TETAP (TUGAS AM)- 


1.    3001571 PKW Asmah binti Mustapha (KRD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten dan menetap di Batu Gajah 

2.    3001572 PKW Aini binti Hitam (KRD) - bertukar ke Cawang Urusetia TUDM - bersara dalam pangkat Mejar TUDM (Hajah) dan menetap di Kg Tambahan, Bandar Batu Arang, Rawang

3.    3001573 PKW Aizan binti Idris (KPD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Lt dan menetap di Wangsa Maju

4.    3001574 PKW Ann-Marie Ng Mui Lee (KOD) bersara dalam pangkat Mejar dan menetap di Rawang

5.    3001575 PKW Che Gayah binti Mahmood (KPA-BK) bersara dalam pangkat Kapten dan diberitakan menetap di Seberang Perai

6     3001576  PKW Hamidah binti Hj Hamidin (KPA-G) bersara dalam pangkat Mejar (Datin) dan menetap di Wangsa Maju

7.    3001577 PKW Hasnah binti Md Hashim (KOD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten (Hajah) dan menetap di Shah Alam

8.    3001578 PKW Marmilah binti Munajat (KPD) bersara dalam pangkat Kapten (Hajah) dan menetap di Kajang

9.    3001579 PKW Lolly Maisie Joel @ Noor Sabarina bt Abdullah (KUG) bersara dalam pangkat Lt Kol (Hajah) dan menetap di Wangsa Maju

10.  3001580 PKW Monica Mathilda Mowe @ Shazarina binti Abdullah (KPA-G) bersara dalam pangkat Kapten dan menetap di Taiping

11.  3001581 PKW Noraini binti Ahmad (KPTD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Lt dan menetap di Kajang

12.  3001582 PKW Ros Sanani binti Othman (KPA-BK) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Lt dan menetap di  Taman Melawati

13.  3001583 PKW Rohani binti Kasim (RSD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten dan menetap di Seremban 2.

14.  3001584 PKW Siti Zaliha binti Che Rus (KPA-BK) bersara dalam pangkat Mejar (Hajah) dan menetap di Wangsa Maju

15.  3001585 PKW Siti Hajar binti Syed Hassan (KRD)menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan menetap di Kajang

16.  3001586 PKW Sam Fong Seow (RSD) (bersara dalam pangkat Lt Kol dan menetap di Ipoh 

17.  3001588 PKW Siti Jameah binti Satiman (KUG)  menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan menetap di Kg Jijan, Nilai

18.  3001589 PKW Usha Panikkar (KPD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan bermastautin (migrated) di  Australia

19. 3001591 PKW Zawiah binti Ariffin (KPD) menamatkan perkhidmatan dalam pangkat  Kapten dan menetap di Ulu Chepor, Chemor

20.  3001592 PKW Zaleha binti Haron (KPA-G) bersara dalam pangkat Kapten (Hajah) dan menetap di Rasah Jaya, Seremban

21.  371260 PKW(U) Sarkiah binti Zenadin Hipney (TUDM) bersara dalam pangkat Lt Kol TUDM (Hajah) dan menetap di Shah Alam


22.  371261 PKW(U) Yohanez binti Ahmad  (TUDM) bersara dalam pangkat Brig Jen TUDM, bergelar Dato dan menetap di Kuala Kubu Bharu



Di SPK, Yohanez bersama Pegawai Kadet Wanita menjalani latihan bersama hampir 300 Pegawai Kadet lelaki dari TJP Pengambilan ke 37. Mereka menjalani silibus dan kaedah yang sama tanpa ada diskriminasi, Setelah 9 bulan memerah tenaga, memerah keringat menuntut pelbagai ilmu dan muslihat ketenteraan mereka ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (LT M) pada 24 Januari 1981. Perbarisan Pentauliahan di adakan di padang kawad Kem Segenting, Port Dickson. DYMM Sultan Perak pada masa itu, Almarhum Sultan Idris Almutawakil Allallah Shah telah mengambil tabik hormat.


Image result for brig jen dato' yohanez ahmad tudm  
Image result for brig jen dato' yohanez ahmad tudm  
Image result for kenaikan pangkat kol yohanez ahmad tudm  

Image result for brig jen norhuda ahmad
Brig Jen Dato' Norhuda bt Ahmad (Bersara)
Pegawai Tugas Am pertama dinaikkan pangkat ke Brig Jen adalah pegawai penjaga Pegawai Kedet Wanita di SPK Sebatang Karah semasa 22 PKW (TJP 37) menjalani latihan di SPK pada tahun 1980 (masa itu berpangkat Lt). Beliau bersara pada 24 Jun 2017.


lambaian terakhir Norhuda selepas menghadiri Majlis Perbarisan Persaraan beliau di Kolej Perisikan ATM pada 18 Mei 17.


Daripada 22 Pegawai Kadet Wanita tersebut, 20 orang menyertai Tentera Darat dan 2 orang menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Lt M (Udara) Yohanez binti Ahmad ditauliahkan dalam Cawangan Bekalan manakala Lt M (Udara) Sarkiah binti Zenadin Hipney ditauliahkan dalam Cawangan Urusetia. Sebaik sahaja ditauliahkan, belaiu ditumpangkan ke Bahagian Bekalan, Departmen Tentera Udara, Kementerian Pertahanan sementara menunggu latihan asas kepakaran.

Pada 4 Mei 1981, Lt M (U) Yohanez mengikuti Kursus Asas Pegawai Bekalan di Institut Teknologi Udara (ITU), Kinrara selama 9 bulan sehingga 7 Mac 1982. Setamatnya kursus beliau menyandang jawatan pertama dalam kerjayanya sebagai Pegawai Flait Kawalan Perakaunan Stok di  TUDM Kluang. Beliau bertugas di TUDM Kluang sehingga 23 Okt 1983 dan kemudiannya bertukar ke TUDM Kinrara untuk membuat tugas Pegawai Latihan Bekalan di Sekolah Logistik (SEKLOG), ITU Kinrara.   Pada 24 Jan 1985 beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan (Udara) dan Kapten (Udara) pada 1 Disember 1985.  Kapt (U) Yohanez bertugas di Kinrara sehingga 4 Jan 1987.

Pada 5 Jan 1987 Kapt Yohanez TUDM telah terpilih mengikuti Budget Officer Course di USA sehingga 10 Jun 1987. Sepulangnya dari USA beliau ditugaskan di Pusat Materiel Udara (PMU), TUDM KL sebagai Pegawai Prosesan Barangan mulai 1 Jul 1987 hingga 19 Nov 1991. Pada 20 Nov 1991 beliau dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM dan kekal di PMU tetapi bertukar jawatan sebagai Ketua Edaran Fizikal. 

Pada 3 Ogos 1992 beliau mengikuti Kursus Pegawai Skuadron di Kinrara sehingga 3 Dis 1992. Beliau bertugas di PMU sehingga 14 Mac 1993. Pada 15 Mac 1993 Mej Yohanez TUDM ditukarkan ke Markas Bantuan Udara (MABANUD) sebagai Pegawai Staf 2 Logistik 1 (Bantuan Pesawat) dan berkhidmat di MABANUD sehingga 28 Feb 1997.

Pada 1 Mac 1997 Mej Yohanez TUDM ditukarkan ke TUDM Butterworth untuk membuat tugas Ketua Cawang Logistik (KCL). Beliau merupakan Pegawai Logistik wanita yang pertama diamanahkan membuat tugas sebagai KCL (Rekod Pertama). Semasa di TUDM Butterworth beliau telah ditumpangkan membuat tugas Jurulatih Kursus Pegawai Skuadron (SOC).

Mej Yohanez TUDM terpilih mengikuti Kursus Staf di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Haigate dan program bersama Diploma in Defence and Strategic Studies, Universiti Malaya. Kursus setahun ini tamat pada 3 Dis 1998. Setelah mendapat "psc" beliau ditukarkan ke Markas No 3 Divisyen Udara (dulunya Markas Bantuan Udara) membuat tugas sebagai PS1 Sistem Grup F mulai 4 Dis 1998  hingga 28 Feb 2002.

Pada 1 Mac 2002 beliau ditukarkan ke Bahagian Materiel, Markas TUDM untuk menjawat jawatan PS1 Belanjawan. Beliau dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel TUDM pada 13 Jan 2004. Yohanez merupakan pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM. Beliau membuat tugas PS1 Belanjawan sehingga 2 Mei 2010. Jawatan itu dinaiktaraf kepada Pengarah Belanjawan pada 3 Mei 2010 dan beliau dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM pada 28 Feb 2011. Sekali lagi mencipta sejarah sebagai pegawai wanita TUDM pertama menyandang pangkat Kolonel TUDM. Pada 15 Mac 2014 Yohanez ditukarkan ke jawatan Pengarah Materiel TUDM
.


Image result for kolonel yohanez tudm
Image may contain: 1 person, smiling, sitting and screen
  
Dari skot kepada skot. Yohanez mengambil alih jawatan Pengarah Materiel dari aku mulai 15 Mac 2015 dan mulai tarikh itu aku bertukar ke Bahagian KOMLEK Markas ATM.


Yohanez juga beberapa kali berpeluang mengikuti kursus pendek di luar negara seperti Security Assistance Management Foreign Purchaser di Wright Peterson, Ohio, USA pada Julai 2005, Kursus Integrated Logistics Support di Stans, Switzerland pada Okt 2006, Kursus Performance Based Contracting di Northampton, UK dan kursus Financial Management di Melbourne, Australia pada Jun 2010.

Yohanez juga berjaya memperolehi ijazah Master in Management dari Open University Malaysia pada tahun 2006.

Kerjaya Yohanez mencapai ke puncak pada 14 Ogos 2015 apabila beliau dilantik menjadi Assisten Ketua Staf Materiel, iaitu jawatan tertinggi dalam heirarki organisasi Materiel TUDM. Pada tarikh yang sama beliau dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral TUDM. Kali ini beliau sekali lagi memecah rekod sebagai pegawai wanita TUDM pertama mencapai ke pangkat Brig Jen TUDM
.






Yohanez memegang jawatan AKS Materiel selama satu tahun satu bulan dan memulakan cuti sebelum bersara mulai 16 Sep 2016. Tarikh tamat perkhidmatan wajibnya ialah pada 3 April 2017.

Semasa dalam perkhidmatan beliau aktif dalam bidang pengurusan sukan dan diberi amanah menjawat Pengerusi Hoki Wanita TUDM dan juga Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Sukan TUDM.

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa bakti Brig Gen Dato Yohanez Ahmad TUDM, beliau telah dikurnikan Darjah Kebesaran Dato' Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh KDYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' sempena HUT Keputeraan baginda pada 24 Okt 15.

Selain dari itu, Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad turut dikurniai dengan beberapa pingat kepahlawanan ATM dan pingat Persekutuan seperti Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Kesatria Mangku Negara (KMN).

Sesungguhnya pencapaian kerjaya Yohanez telah berjaya memartabatkan kaum wanita di satu tahap yang tinggi dalam organisasi TUDM. Ia seharusnya menjadi pendorong kepada semua wanita berkerjaya bahawa konsep Glass Ceiling tidak wujud dalam TUDM. Peluang kenaikan pangkat dan pengiktirafan sentiasa terbuka berasaskan kepada merit atau keupayaan melaksanakan tugas dan persaingan yang sihat.


Setelah bersara beliau menetap di Kuala Kubu Baru, Selangor.



Image may contain: 1 person, smiling


Pastinya sebagai SKOT kepada Dato' Yohanez aku amat berbangga dengan pencapaiannya. Sebagai pegawai Materiel beliau juga merupakan saingan kerjaya kepada diriku. Namun rezeki beliau lebih menyerlah di mana sejak ditauliahkan, beliau sentiasa mendahului aku hampir dalam semua kenaikan pangkat. Pangkat Kapten dia pakai dulu (Dis 1985/Ogos 1989), pangkat Mejar dia dulu (Nov 1991/Jun 1994), pangkat Lt Kol pun dia dulu (Jan 2004/Feb 2004. Hanya pangkat Kolonel sahaja aku dapat mendahului Yohanez (Jun 2009/Feb 2011). Dan Yohanez telah dinaikkan pangkat Brig Jen pada Ogos 2015, aku masih lagi Kol sehingga tarikh ini.


Dalam Intake TJP 37, seramai 9 pegawai telah ditauliahkan dalam Cawangan Bekalan/Logistik/Materiel iaitu:
  1. Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad TUDM (Bersara)
  2. Kol Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM - masih berkhidmat
  3. Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM - masih berkhidmat.
  4. Lt Kol Khairudin bin Mohd Zahari TUDM (Bersara)
  5. Mej Hj Othman bin Md Jahim TUDM (Bersara)
  6. Mej Osman bin Haroon TUDM (Bersara)
  7. Mej Rajakandan a/l Ratnasingam TUDM (Bersara)
  8. Mej Zolkeple bin Ayub TUDM (Bersara)
  9. Kapt Selvaraj a/l Muthu TUDM (Bersara)

Dari kalangan pegawai-pegawai kanan Materiel, beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam Pengurusan Belanjawan. Selain pernah mengikuti kursus pengurusan kewangan dan belanjawan di USA, beliau bertugas di Cawangan Belanjawan MTUselama 11 tahun dari tahun 2002  hingga 2015.


Yohanez seorang pegawai kanan yang bersikap tegas dalam amalan kerja, amanah, dedikasi dan memelihara tatatertib yang tinggi. Beliau juga amat mengambil berat kebajikan anggota bawahannya.

Image may contain: 6 people, people smiling, outdoor
semasa menghadiri Perbarisan HUT Kemerdekaan ke 57 tahun 2016 di Dataran Merdeka

Image result for brig jen dato' yohanez ahmad tudm
  
  

PERBARISAN PERSARAAN BRIG JEN DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM DI INSMAT, KINRARA PADA 
18 OKT 2016


Perbarisan Sempena Persaraan Brig Jen Dato Yohanez di adakan di Padang Kawad Institut Pengurusan Materiel (INSMAT), Kinrara pada 18 Oktober 17. Perbarisan ini mempunyai keunikannya sendiri. Kesemua anggota perbarian serta kumpulan pancaragam terdiri dari pegawai dan LLP wanita. Ketua Perbarisan ialah Mej Neny Suhaida binti Ab Suki TUDM.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

  
Inilah lambaian terakhir Brig Jen Dato Yohanez dalam seragam TUDM selepas mengambil tabik hormat Perbarisan Persaraan beliau di INSMAT pada 18 Okt 16. Tujuh bulan lebih awal dari gurunya Brig Jen Dato' Norhuda bt Ahmad

MAJLIS MAKAN MALAM MATERIEL
SEMPENA PERSARAAN BRIG JEN DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD TUDM DI HOLIDAY INN GLENMARIE RESORT PADA 14 OKT 2016


Majlis Makan Malam ini menggambungkan perpisahan Mej Jen Dato' Amir Hashim TUDM dan Brig Jen Dato' Yohanez Ahmad TUDM


Pegawai-pegawai Kanan Materiel yang hadir Majlis Makan Malam


Alhamdulillah, ramai skot Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad (TJP 37) dari Angkatan Darat dan Udara yang mencapai pangkat Kolonel ke atas dan menyandang jawatan penting dalam perkhidmatan ATM, antaranya ialah:

1.   Jen Dato' Seri Hj Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi RAMD

2.   Lt Jen Dato' Hj Abd Halim bin Jalal RAMD

3.   Lt Jen Dato' Hj Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM

4.   Mej Jen Dato' Zamrose bin Mohd Zain RAMD

5.   Mej Jen Dato' Hj Romlee bin Hj Yahaya TUDM

6.   Mej Jen Dato' Hj Azlan bin Abd Rahman RAMD

7.   Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Samion TUDM

8.   Brig Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Bahrin TUDM

9.   Brig Jen Dato' Hj Jaafar bin Marlan KPD (Bersara)

10.  Brig Jen Dato' Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM (Bersara)

11.  Brig Jen Dato' Jumali bin Salamat TUDM (LPK-K)

12.  Brig Jen Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM

13.  Kol Abd Malik bin Ali (Bersara) RAMD

14.  Kol Hj Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM (Bersara)

15.  Kol Abd Halim bin Idris KRD

16.  Kol Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM

17.  Kol Mohd Asri bin Ismail TUDM (Bersara)

18.  Kol Mohd Sabri bin Shamsudin TUDM

19.  Kol Mohd Tahar bin Abd Razak KAD

20.  Kol Roslan bin Shaari KOD

21.  Kol Mohammad Shuairi bin Abdullah TUDM

22.  Kol Kamaralzaman bin Abd Aziz RRD

23.  Kol Abd Razak bin Hussain KAD

24.  Kol Mohd Fanashim Benson bin Hashim KJLJD

25.  Kol Khairul Anuar bin Yaacob RGKM

26.  Kol Thamilenty a/l Periasamy TUDM