Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, August 2, 2014

AF 077: SELAMAT TINGGAL MPBU

KAWAT: MTU/BSM/PENG(PEG)/200/2014 KTW 160913H JUL 2014.

PARA TIGA. KOL HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM (371256) MAT. DITUKARKAN DRP KETUA STAF KHIDMAT MLU (TU00766) KEPADA PENGARAH MATERIEL MTU (TU00174) MULAI 14 JUL 2014.

Pertukaran berlaku dalam keadaan TUDM melakukan transformasi penstrukturan semula organisasi yang berkuatkuasa 31 Mei 14 tetapi masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Markas Logistik Udara telah dimansuhkan dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) yang pernah wujud antara tahun 1982 hingga 1994 telah diwujudkan semula.

Lembaran baru dalam kerjayaku setelah agak lama bergumpal dengan isu-isu 'operational logistics'. Dua kali berkhidmat sebagai KSK, kali pertama dari 1 Jul 08 hingga 31 Dis 10 dan kali kedua dari 8 Feb 12 hingga 13 Jul 14. Kali ini aku kembali ke meja pengurus 'polisi logistik'. Aku pernah duduk bersebelahan dengan pejabat Pengarah Materiel semasa aku menjawat jawatan PS1 SISMAT kali pertama antara Ogos 1998 hingga Dis 1999 dan kali kedua antara April 2004 hingga Ogos 2005.

Aku harap pertukaran ini akan membawa lebih banyak rahmat kepada kerjayaku dalam Cawang Materiel.

Pertukaran ini, walaupun berkuatkuasa pada 14 Julai 14, ia tidak dapat dilaksanakan 'on time'. Lantaran tugas KSK dan CO MPBU ini amat luas dan unique, ia memerlukan masa untuk diserahkan secara sempurna. Kebetulan pegawai pengganti hanya dapat melapor diri pada 12 Ogos. Tambahan lagi, pada 8 Ogos, kedua-dua pegawai terkanan di MPBU, iaitu Panglima Bantuan Udara dan Ketua Staf Sistem telah berangkat ke luar negara untuk tugas rasmi sehingga 20 Ogos 14. Oleh itu, aku diamanahkan untuk memangku tugas Panglima sehingga kepulangan Panglima.


Lt Jen Dato' Hj Che Akmar bin Mohd Nor TUDM
Panglima Bantuan Udara


Proses serah menyerah tugas KSK dan Pegawai Memerintah MPBU bermula dari 12 Ogos 14 secara berperingkat. Upacara rasmi serah terima tugas kepada Kol Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM dilaksanakan pada hari Khamis, 15 Ogos 14. Perbarisan serah menyerah tugas ini tidak dapat disaksikan oleh Panglima kerana beliau berada di luar negara (Russia), begitu juga dengan KSS yang berada di Geneva, Switzerland.


 Perbarisan Serah Terima Tugas 
 Ketua Staf Khidmat dan Pegawai Memerintah 
 Markas Pemerintahan Bantuan Udara 
 15 OGOS 14 
.


ketibaan di padang kawad, disambut oleh bakal pengganti




menerima tabik hormat




ikrar Tat Setia Kesatria









memeriksa perbarisan





Ketua Perbarisan: Mej Mohd Nazam Yunus TUDM







menyampaikan ucapan perpisahan


flait perbarisan pegawai-pegawai kanan/ketua jabatan








menandatangani dokumen serah menyerah tugas






menyerahkan dokumen





selamat tinggal sahabat semua, jaga MLU baik-baik


Syukur kepada Allah, tempoh kedua (Feb 12 hingga Ogos 14) aku bertugas di MLU dan MPBU berjalan dengan lancar.

Penyandang jawatan utama ketika aku melangkah keluar dari Markas ini ialah:
  • Lt Jen Dato Hj Che Akmar bin Mohd Nor TUDM (Panglima). Dua Panglima sebelum ini yang aku pernah berkhidmat adalah Mej Jen Dato' Ackbal dan Mej Jen Dato Kamalruzaman.
  • Kol Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM (KSS), pernah menjadi KSS bersama ialah Kol Dr Md Zaki Md Zain TUDM.
  • Lt Kol Zainudin bin Sahak TUDM (PS1 R n P- bertukar ke MPOU mulai 11 Ogos 14)- sebelum ini adalah Lt Kol Ahmad Aseri Idris TUDM.
  • Lt Kol Abdullah bin Lazim TUDM (Ketua MATRA 1), KM sebelum ini ialah Mej Zolkeple Ayob TUDM dan Mej Fisal Sulaiman TUDM.
  • Lt Kol Ruszali bin Zakaria TUDM (PS1 SISGP A), sebelum ini ialah Lt Kol Ahmad Rafdzi TUDM dan Lt Kol Mohd Razip TUDM.
  • Lt Kol Ir Mohd Azhar bin Idris TUDM (PS1 SISGP B). Sebelum ini adalah Lt Kol Zameri TUDM, Lt Kol Nazir TUDM dan Lt Kol Hj Azemi TUDM.
  • Lt Kol Mohd Rizam bin Ibrahim TUDM (PS1 SISGP C), sebelum ini Lt Kol Hishamuddin dan Lt Kol Mohd Anuar TUDM.
  • Lt Kol Mohd Isa bin Abd Wahab TUDM (PS1 SISGP D), sebelum ini Lt Kol Ek Sing Nguong TUDM.
  • Lt Kol Hj Izani bin Saleh TUDM (PS1 Beli), sebelum ini Lt Kol Redzuan TUDM dan Lt Kol Mohd Fauzi TUDM.
  • Lt Kol Michael Andy Stevenson TUDM (PS1 Pembaikan), sebelum ini Lt Kol Kamarudin TUDM dan Lt Kol Muhammd Shafiq Khee TUDM.
  • Lt Kol Mohd Fakhri bin Yahya TUDM (Ketua MATRA 2), sebelum ini Lt Kol Ah Jon TUDM dan Lt Kol Zainudin TUDM.
  • Mej Rizal bin Ariff TUDM (PS1 K n B- bertukar ke ESSCOM mulai 4 Ogos 14), sebelum ini Lt Kol Ezani TUDM dan Lt Kol David TUDM.
  • Mej Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM (PS1 KAS), sebelum ini Lt Kol David TUDM dan Lt Kol Jemaat TUDM.
  • Mej Zulkifli bin Mahadi TUDM (Ketua AFPRO ASB)
  • Mej Ishak bin Hj Karim TUDM (Ketua MATRA 4)
  • Mej Saiful Safrim bin Abd Karim TUDM (Ketua MATRA 3)
  • Mej Alias bin Mat TUDM (PS1 SISGP E)
  • Mej Masriah binti Mohd Noor TUDM (PS1 Khidmat Teknikal)
  • Mej Rafidi Anuar bin Abu Samah TUDM (PS1 Khidmat Domestik), sebelum ini Mej Hayazi TUDM dan Mej Kamarulzaman TUDM.
  • Mej Juhaini binti Jaafar TUDM (PS2 Tadbir), sebelum ini Mej Rosdi TUDM, Mej Izzudin TUDM, Lt Kol Zarina TUDM dan Lt Kol Rainizudin TUDM dan Mej Idris Sham TUDM.
Terima kasih semua di atas sokongan padu sepanjang tempoh saya menyandang jawatan KSK/CO. Buat Dr Yunus, selamat menjalankan tugas baru yang lebih mencabar kekuatan mental dan fizikal. SELAMAT MAJU JAYA.
.
Majlis Jamuan Perpisahan: 10 Sep 2014 di Restoran Tupai-Tupai, Jalan Belamy.

Pada 24 Sep 2014, giliran isteriku selaku Pengerusi BAKAT MLU (MPBU) menyerahkan tugas kepada Puan Norlizah binti Wagiyo, isteri kepada Kol Dr Mohd Yunus TUDM.