Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, September 9, 2013

AF055: ANTARA TUGAS YANG MELETIHKAN


EXTRA DUTY 

MINGGU-MINGGU YANG MEMENATKAN

  PENGADIL AIKP 

Tahun ini (2012) merupaka tahun kedua aku dilantik menjadi salah seorang Panel Pengadil Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) bagi Kategori Pengurusan Kewangan. Pada tahun itu, aku bertugas di Bahagian Pengurusan Strategik (BPS), MTU.  Tahun 2012 Panel Pengadil adalah:

(1)   Encik Balasubramaniam, Ketua Akauntan KEMENTAH (Pengerusi)
(2)   Encik Maniam a/l Arumugam, Bhg Kewangan
(3)   Brig Jen Dato' Mohamed bin Batcha (wakil TD)
(4)   Kept Abdul Aziz bin Abd Ghaffur (wakil TLDM)
(5)   Kol Toharudin bin Ab Rasid TUDM (wakil TUDM)
(6)   Encik Amirul Anuar bin Jamaludin (Setiausaha) 

Pada tahun itu sebanyak 7 kumpulan inovasi (aku kurang ingat dengan tepat) telah dipilih untuk ke peringkat akhir.  Tahun itu hanya ada satu sahaja out-station iaitu ke PU Gong Kedak.  Penyertaan lain adalah dari kawasan Lembah Klang. Keputusan akhir ialah:

1.   MTU- Materiel (Johan)
2.   MPLTD- Kumpulan Ordnans (Naib Johan)
3.   PU Gong Kedak (ketiga)
4.   MPLTD- Kumpulan JLJ
5.   PU Butterworth - tiada penilaian kedua
6.   KD PELANDUK - tiada penilaian kedua

Sebelum tahun 2011, aku telah pernah dilantik menjadi ahli Panel Pengadil Anugerah Kualiti PTU (AKPTU) atau Peringkat TUDM selama 3 tahun berturut-turut (2007 - 2009) bagi kategori Pengurusan Logistik.

 *TAHNIAH ATM*

Sebelum meneruskan cerita pengalamanku sebagai ahli Panel Pengadil AIKP, aku ingin menyelitkan ucapan tahniah kepada team Bolasepak ATM yang berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia. Penantian selama 46 tahun. Kalau pasukan kebangsaan Malaysia masih tidak konsisten dalam mendaki puncak kegemilangan tahun 1970an dan awal 1980an, team ATM melompat tinggi membuat kejutan dengan menjuarai Liga Super dan layak bertanding dalam perlawanan liga Piala Malaysia.  Pada 12 Okt 2012, ATM memecah tradisi Piala Malaysia itu sendiri dengan membuat kejutan mengalahkan Singaporeans' LION XII untuk ke final menemui Kelantan yang mengalahkan Selangoreans' Red Giant.






KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2012 — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengakhiri penantian selama 46 tahun apabila layak ke pentas final Piala Malaysia dengan mengalahkan Lions XII dari Singapura 5-4 menerusi sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir kedua di sini malam ini.

Perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini terpaksa diputuskan dengan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2 selepas dua aksi separuh akhir.

Pada saingan separuh akhir pertama di Singapura, Jumaat lepas, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan keputusan sama dicapai pada malam ini.

Kejayaan ATM melangkah ke final buat kali ketiga selepas 1966 telah mendapat penghargaan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang memberikan saguhati RM50,000 kepada pasukan itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pemberian saguhati oleh baginda itu kepada media.

ATM akan berjumpa dengan pemenang antara Selangor dan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam pada 20 Okt ini.

Perlawanan separuh akhir antara Selangor dan Kelantan akan berlangsung di Stadium Shah Alam malam esok.

Pada perlawanan sengit dan seimbang itu, kedua-dua pasukan itu saling berbalas serangan sebaik sahaja pengadil Samsudin Ibrahim meniupkan wisel permulaan.

Bagaimanapun, Lions XII, naib juara Liga Super, membuka tirai jaringan menerusi penyerang naturalisasi mereka, Agu Casmir pada minit ke-26.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan Casmir yang terkena pemain pertahanan ATM sebelum melepasi jangkauan penjaga gol Mohd Farizal Harun untuk membolehkan pasukan dari negara jiran mendahului pada separuh masa.

Tertekan dengan ketinggalan 0-1, ATM mempertingkatkan jentera serangan dan melakukan rentak permainan kemas dan teratur untuk cuba mencari gol penyamaan.

Meskipun diasak, pasukan Lions XII, bimbingan bekas pemain antarabangsa Singapura, V. Sundramoorthy, bertekad mempertahankan kedudukan sehingga saat-saat akhir perlawanan.

Hasrat Lions XII untuk menghampakan impian ATM tidak kesampaian apabila penyerang berbisa ATM, Marlon Alex James menyamakan jaringan, menerusi tandukan pada masa kecederaan minit ke-97.

Jaringan ke-11 Marlon pada musim ini membawa pasukan itu ke masa tambahan selama 30 minit namun ATM gagal mengambil kesempatan dengan 10 pemain Lions XII apabila pemain tengah pasukan pelawat Mohd Isa Halim menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain tuan rumah.

Senarai Pemain:

ATM: Mohd Farizal Harun, Irwan Fadzly Idrus, D. Christie Jayaseelan (Venice
Elphi Danny Kaya), K.Reuben, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Azmi Muslim
(A. Varanthan), Rezal Zambery Yahya, Hairuddin Omar (kapten), Bruno Sebastian
Martelotto, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, Marlon Alex James.

Lions XII: Izwan Mahbud, Mohd Isa Halim, Yasir Hanapi, Abdil Qayyum Abdul
Mutalib (Madhu Mohanna), Baihakki Khaizan, Shaiful Esah Nain, Hariss Harun,
Safirul Sulaiman, Shahdan Sulaiman, Shahril Ishak (Kapten)(Ju’maat Jantan), Agu

Casmir (Mohd Khairul Amri Mohd Kamal).



Seperti mana yang aku pernah tulis dalam salah satu tajuk blog ini bahawa aku tak berminat sangat dengan sukan ni.  Dalam usia begini tak banyak jenis sukan yang sesuai dengan keupayaan tubuh badan aku.  Kalau ada pun GOLF.  Tapi atas faktor kesihatan (spinal stenosis) sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan sukan itu pun aku tak mampu untuk aktif. Bolasepak ni, setakat menonton kalau kebetulan anak-anak lelaki aku (dua-dua Fan Club Arsenal) membuka channel sukan di Astro atau menonton siaran langsung Piala Malaysia atau sebagainya.  Kalau aku sendiri untuk mencari channel sukan, memang tak ada.


Tapi, sebagai warga ATM, aku tetap bangga dengan pencapaian terbaik sejak aku menyertai ATM pada tahun 1980.  Selama berpuluh tahun, ATM dianggap sebagai pasukan belasahan sahaja. Pasukan 'basahan' pun boleh juga kerana digunakan oleh pasukan handal lain untuk warm-up sebelum menemui pasukan kuat yang lain.

Pertandingan Akhir Piala Malayasia, ATM bertemu dengan Kelantan di Stadium Melawati Shah Alam pada 20hb Oktober 2012.  Biar SEJARAH dicipta sekali lagi.





 AIKP 2012 

Kembali kepada tugasan sebagai Panel Pengadil AIKP untuk tahun kedua. Keanggotaan Panel Pengadil kali ini adalah seperti berikut:

  • Tuan Syed Ramli bin Syed Shaari - SB Pembangunan (Pengerusi)
  • En Maniam a/l Arumugam - TSB Kewangan 
  • Puan Suzilawaty binti Shuib - wakil Perbendaharaan
  • Brig Jen Dato' Syed Mohsin bin Sheikh Hassan (TD)\
  • Kept Mohammad Ariff bin Mahru (TLDM)
  • Kol Toharudin bin Ab Rasid (TUDM)
  • En Mohd Sazuan bin Mohammad (Setiausaha)
Tuan Syed Ramli (Pengerusi)

  
Brig Gen Dato Siekh Mohsin, Kept Mohd Ariff dan Kol Tohar
  Image result for en Maniam Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan
Puan Suzilawaty dan En Maniam 
  
En Mohd Sazuan dan Pn Safura (Sekretariat)

Panel menerima 9 penyertaan. Dari jumlah tersebut hanya lima sahaja yang dipertimbangkan untuk lawatan tapak dan penilaian kedua:

  • Bahagian Akaun KEMENTAH (penilaian kedua)
  • Bahagian Kewangan KEMENTAH
  • Markas 1 Divisyen Infantri, Kuching (penilaian kedua)
  • Markas 3 Briged Infantri, Kuching (penilaian kedua)
  • MTL- Bahagian Materiel (penilaian kedua)
  • MTL- Bahagian Belanjawan (penilaian kedua)
  • Markas Bantuan TLDM
  • Pangkalan Udara Kuala Lumpur
  • Skn 323 TUDM Bukit Lunchu

Lawatan pertama adalah ke Pangkalan TLDM Lumut untuk menerima taklimat mengenai projek EzyPay di Markas Bantuan pada 5 Okt 2012.  Aku bertolak dari KL pada 4 Okt 12 jam 5.15 petang.  Walaupun aku berniat untuk bertolak lebih awal dalam jam 3 atau 4 petang, namun tugas di pejabat yang amat banyak, aku hanya keluar pejabat pada jam 1600. Kebetulan salah seorang Pembantu Tadbir di Bhg Pembangunan, Puan Safura (Sekretariat) menumpang kereta aku dari KL.  Berhenti rehat sebentar di R & R Rawang dan Jambatan Sultan Yusuf Telok Intan.

Kesemua ahli panel menginap di Marina Island Resort, Teluk Muroh, Lumut.  Sebuah hotel baru yang cantik.


Marina Island Resort

Malam ketibaan, aku makan di Restoran Teluk Muroh bersama pemandu dan Puan Safura (Sekretariat).  Malam itu, kali pertama aku bertemu dengan salah seorang anak angkat (fb) , Lt Zamil  Afiq TLDM yang kebetulan makan di situ dan mengagak kehadiranku di situ.  Dia 'call' aku terlebih dahulu untuk confirm.  Waktu itu dia sedang makan bersama COnya.  Afiq sedang menjalani latihan di kapal KD HANG TUAH.

Keesokan paginya kami ke Markas Bantuan untuk mendengar taklimat. Taklimat diketuai oleh Pegawai Memerintah KD MALAYA, Kept Khairudin.  Setelah selesai taklimat, kami di bawa melawat keliling pangkalan (lawatan tapak), lawatan ke kapal KD MAHAWANGSA dan akhir sekali makan tengahari di Wisma Samudera (Mes Pegawai).
.

  
  
  
dari kiri: En Sazuan, Kdr RMN, Puan Safura, Pn Suzilawaty, Kept Khairudin, BG Dato Siekh Mohsin, Tuan Syed Ramli, Kol Toharudin TUDM, Kept Mohd Ariff TLDM dan pegawai-pegawai RMN
  
  
  
  
  
  
Jamuan Tengahari di Wisma Samudera

Setelah selesai lawatan, pulang ke hotel untuk check out.  Aku menghubungi Afiq untuk menemuinya di kapal.  Dia membawa aku melawat semua bahagian dalam kapal KD HANG TUAH.  Dalam kapal tersebut aku berjumpa dengan EXOnya Lt Kdr Saiful dan beberapa pegawai lain.
.
  
bersama Lt Zamil Afiq di dock berhampiran KD HANG TUAH

Lawatan kedua terbang ke seberang wilayah Pulau Borneo.  Kesemua ahli penal dan sekreariat bertolak dari KLIA menaiki pesawat MAS pada 8 Okt 2012 jam 2050.  Tiba di LTA Kuching lebih kurang jam 2330.  Kami dibawa ke Majectic Riverside Hotel, Kuching.  Memang kepenatan tapi sebelum tidur kami diajak oleh beberapa staf Markas 1 Div untuk pekena penangan awal 'Laksa Sarawak' di Khatulistiwa Cafe. Yang mampu untuk ikut serta ialah Dato Siekh Mohsin, Puan Suzilawaty dan aku sahaja.  

Aku cuma menghubungi Puan Hajjah Baduyah (bekas pensyarah aku di ITM) mengenai ketibaanku, namun masa yang amat suntuk tidak membolehkan kami berjumpa. Kebetulan beliau pun amat sibuk dengan kelas.

Bagi melaksanakan program pertama, kami bertolak dari hotel (terus check out) pada jam 0830 menuju ke Kem Penrissen. Perjalanan ke Kem Penrissen mengimbau kenangan lama aku ketika berkhidmat di TUDM Kuching dari tahun 1981 hingga 1983. Pelbagai kenangan lama kerana semasa bulan Ramadhan aku bersama rakan-rakan bujang yang duduk di Mes Pegawai akan bersolat Tarawikh di surau Rumah Keluarga TUDM di dalam kem ini. 

Program pada 9 Okt 12 bermula di Markas Briged Ketiga Infantri, Kem Penrissen.  Sambutan diketuai oleh Panglima 3 Bde, Brig Jen Dato' Redzuan bin Baharudin.  Taklimat disampaikan oleh Lt Kol Mahmud (TJP38), KS Markas.

Semasa makan tengahari di Mes Pegawai Markas 1 Briged, aku dapat bertemu dengan menantu aku, Kapt Muhammad Noor Hafiz yang kebetulan ada di kem ini kerana pasukannya (13 RAMD)  sedang menjalani latihan (CPX) bersama tentera Filipina.

Selepas selesai taklimat dan makan tengahari di Mes Pegawai 1 Briged,, kami bertolak ke Kem Muara Tuang untuk mendengar taklimat dari Tim Inovasi Markas 1 Div Infantri.  Mesyuarat di pengerusikan oleh Y.Bhg Mej Jen Dato Hj Mohd Zaki bin Mokhtar, Panglima 1 Divisyen.  Taklimat disampaikan oleh Lt Kol Chin (PS1 JLJ).

Semasa di Mk 1 Div ini aku bertemu dengan rakan sekuliah di MTAT 1999, iaitu Lt Kol Mustapha (RAJD).  Tengah menunggu gambar-gambar dari Sarawak untuk diabadikan dalam blog ini.

Hidangan utama semasa 'break' bagi kedua-dua majlis taklimat yang diadakan di Markas 1 Briged dan Markas 1 Div ialah tidak lain tidak bukan dari Laksa Sarawak.



Penilaian terakhir pada 10 Okt 12 di MTL (Aras 16 Wisma Pertahanan) pada jam 1400 dan Bahagian Kewangan di Aras 3 mulai jam 1630.

Mesyuarat dan penilaian selesai pada jam 2030 malam.  

Keesokan harinya (Khamis, 11hb) ada Mesyuarat JTP (Pembaikan) pada jam 0830 dan JTP (Pembelian) pada jam 1430. Manakala hari Jumaat (12hb) juga ada 3 mesyuarat; 0900 ada Taklimat Bajet dengan PANGOP, 1115 ada mesyuarat JK Pembelian Tempatan dan pada jam 1500 ada mesyuarat dengan Airod bersama PANGOP.

Minggu yang amat memenatkan. Walaupun begitu tahun ini kami mempunyai Tim Panel pengadil yang mesra, ceria dan menyeronokkan, sehinggakan tidak merasai kepenatan tersebut.  Kami juga mempunyai Pembantu Tadbir yang amat cergas dan dedikasi.  Tidak lain dan tidak bukan dari Puan Safura binti Abdul, seorang yang mudah berkerjasama dan sentiasa tersenyum 25 jam sehari.

SIBUK YANG BERTERUSAN


  LATIHAN HUTAN MLU  

Sabtu 13hb ada Majlis POT LUCK Skot 37 di Shah Alam (aku tulis satu tajuk mengenainya). Hari Ahad (14hb) aku berehat bersama keluarga di rumah.

Pada Hari Isnin, 15hb aku ke Seremban untuk pergi ke Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bagi mendapatkan maklumat untuk melakukan renovasi rumahku di Seremban, dan selepas tamat urusan aku singgah berehat dan amkan tengahari di rumah Taman Ampangan. Petang selepas Asar aku bertolak pulang ke KL. 

Hari Selasa dipenuhi dengan program yang padat. Bermula dengan Mesyuarat berkaitan Bil-bil Tertangguh MTO pada jam 0830, disambung dengan mesyurata pemindahan badan pesawat F28 pada jam 1030 (keduanya dipengerusikan oleh AKS Materie) dan tamat sahaja, terus mempengerusikan mesyuarat pengurusan senjata kecil di Khidmat Domestik sehingga jam 1230.  Petang ada 3 mesyuarat rundingan harga dengan Pesaka Astana (3 perkara), Destini Prima (1 perkara) dan Zetro (2 perkara). Exhausted.

Hari Rabu 17hb juga penuh. Sebelah pagi ada mesyuarat Bulanan KSK bermula jam 0900 sehingga jam 1230. Sebelah petang ada mesyuarat rundngan harga dengan Aero Clear. Jam 1600 bertolak ke Hutan Simpan Lenggeng untuk menyertai Latihan Hutan dan Memaca Peta yang telah bermula sejak 15hb lagi.  Selaku Pegawai Memerintah aku perlu untuk bersama anak buah biarpun hanya satu malam sahaja.  Sampai di Lenggeng (melalui jalan Cheras, Semenyih dan Broga) sudah jam 6 petang. 

.
menikmati hidangan minum petang dengan Teh O dan Biskut dan jem nenas sebaik ketibaan

Perghhh berpuluh tahun tidak merasai rangsum tempur (compo ration)...biskut askar cecah air teh O panas (bersama Mej Zul Izzudin (Ketua Latihan) dan Kapt Irwandy (Paymaster)

raskus sekali....melepaskan gian compo ration


malam, Ustaz (PW) Mahsan memebrikan tazkirah- hargai nikmat pemberian Allah

Ketua Pasukan Pengakap (teringat di STMI 1972-1976 sewaktu aktif dalam pengakap, cuba lihat gambar bawah ni- 1976 di Tanjung Labuh)

Dorrrrrr.....melepaskan pertandingan larian tak lasak 5km

posing satttt...dengan pokok pun jadik laaa

berkemas dan membuat clearance sebelum pulang

Latihan tamat pada 18hb sebelum tengahari.  Aku pulang ke pejabat juga petang itu untuk menyelesaikan beberapa perkara. Aku pulang berkongsi kereta dengan Lt Kol Hj Fauzi melalui jalan baru yang aku tak pernah lalui sebelum ini. Melalui Kg Rawa, Kg Machang, Kg Jai, Kg Enam Kaki, Kuala Pajam, Sg Kembong,  Ulu Beranang, , Beranang dan keluar di Bukit Mahkota. Jalan kampung yang sempit dan kurang elok. Aku sempat ambil gambar dua buah masjid kampung yang aku lalui sepanjang perjalanan pulang.


Masjid Khairiah Kg Mendom, Lenggeng

Masjid Sg Kembong, Ulu Beranang

Perjalanan yang hanya mengambil masa 2 jam itu memperlihatkan suasana yang mengusik jiwa. Melalui perkampungan tradisi Melayu di kawasan pendalaman yang amat sukar untuk aku gambarkan kalau aku sekarang terpaksa tinggal di kawasan seperti itu.  Dalam sebuah negeri (Selangor) yang disebut sebagai negeri termaju dan terkaya di Malaysia, masih terdapat perkampungan yang ketinggalan oleh arus pembangunan. Agak lebih maju sedikit dari perkampungan orang Asli di Kahang (Kluang) atau perkampungan Melayu di Ulu Tembeling, Pahang.

Namun aku anggap mereka (penduduk kampung berkenaan) bahagia dengan keadaan dan suasana sebegitu. Aman dari kesesakan dan hiruk pikuk suasana kebandaran.  Tenang, nyaman dengan kehijauan yang masih tebal.

  ALOR GAJAH - MASJID TANAH  

Hari Jumaat, 19hb Oktober jam 0830 setelah membuat sedikit kerja di pejabat, aku terus bertolak ke A Famosa, Alor Gajah untuk melaksanakan Majlis Penutup Kursus Transformasi dan Kecemerlangan Diri dan Organisasi untuk kakitangan awam MLU.  Setelah menyampaikan ucapan penutup dan menyampaikan sijil penyertaan, aku membuat keputusan (mengambil peluang) untuk ke Masjid Tanah untuk menziarahi salah seorang sahabat (geng Haji Pakej TMTT tahun 2010), iaitu Tuan Hj Osman alias Abu Bakar bin Ibrahim. Pegawai tadbir aku, Mej Zul Izzudin mengikut aku bersama.

Aku terus menuju ke kedai kepunyaan Hj Osman iaitu Homi Two U di Taman Bandar Baru, pekan Masjid Tanah.  Aku disambut mesra oleh Hj Osman.  Kami berpelukan. Lega rasanya dapat bertemu sahabat Haji. Hj osman sebenarnya sedang menderita penyakit kanser dan beberapa penyakit yang lain. Namun lantaran keaktifan beliau dan sentiasa bekerja dan bercakap menyebabkan beliau tidak seperti seorang yang sedang menderita menghadapi salah satu penyakit yang paling merbahaya dan ditakuti oleh semua orang.

Tuan Hj Osman adalah alumni Sekolah Alam Shah (1963-1966), Cheras dan kemudiannya berkhidmat dalam PDRM dan bersara dalam pangkat SP.

bergambar di kedai milik Hj Osman

singgah di rumah beliau di Taman Paya Rumput

Pada asalnya aku berhasrat untuk singgah dalam setengah jam sahaja dan terus balik ke KL. Tapi beliau mengajak bersungguh-sungguh untuk singgah dikediamannya di Taman Paya Rumput.  Selepas pekena teh O, kami ke Masjid Tok Janggut Paya Rumput.   Usai solah Jumaat, kami kembali ke rumah beliau.  Kak Hajjah Hafsah (isteri Hj Osman) telah sediakan hidangan makan tengahari kami.  Dengan lauk sambal bilis, ikan goreng, dan lemak daun bayam...puhhhh sungguh menyelerakan sekali. Bertambah nasi aku.

Kami bertolak pulang lebih kurang jam 1520.

Tuan Hj Osman telah meninggal dunia pada 22 Jun 2013 setelah sekian lama menderita penyakit kanser. Segala kebaikan budinya masih lagi terbayang-bayang di mataku serta rakan-rakan Haji yang lain. Semoga Allah melimpahi ruhnya dengan kerahmatan dan kesejahteraan serta menuju jalan yang mudah ke taman syurga.


No comments:

Post a Comment