Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, September 9, 2013

AF 042: SULAIMAN SUJAK: THE YOUNGEST EVER CHIEF OF AIR FORCE



Marsyal Muda Udara (R) Tan Sri Dato' Sulaiman bin Sujak
PSM DPMS DIMP JMN rcds psc afsc



Sulaiman dilahirkan di Rangoon Road, Singapura pada 25 Mac 1934. Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kota Raja, Arab Street, Singapura. Pada tahun 1942 Jepun menawan Singapura, ketika itu Sulaiman berusia 9 tahun. Setelah tamat perang Dunia II dan Jepun menyerah kalah kepada pihak Tentera Berikat (British), Sulaiman menyambung persekolahannyanya. Pada tahun 1948, Sulaiman belajar di  Victoria School.

Pada tahun 1951 Sulaiman memasuki Federation of Malaya Air Training Corps (FMATC) yang baru ditubuhkan dalam tahun 1950 dan dipilih mengikuti The Festival of Britain mewakili FAMTC.

Permulaan dalam dunia penerbangan bermula dalam tahun 1952 apabila Sulaiman menyertai Malayan Auxilarry Air Force (Singapore Wing).  Latihan penerbangan menggunakan pesawat Tiger Moths dan North American Harvards di RAF Tengah.  Sulaiman berjaya dalam latihan dan menerima sayap penerbangan (pilot wing) pada tahun 1954.

Pada 15 Mac 1955 Sulaiman diterima menjalani latihan kadet RAF di RAF Cadet College Cranwell. Di sana Sulaiman menjalani latihan ketenteraan dan penerbangan menggunakan pesawat Piston Provost T1, jet Vampire T11 dan Vampire F89.  Beliau menamatkan latihan dan ditauliahkan ke dalam pangkat ‘Pilot Officer’ dalam RAF pada 1 April1958. Malah beliau merupakan pelatih terbaik keseluruhan dan menerima Piala Phillip Sasson Memorial.  Beliau merupakan pegawai bukan British yang pertama menerima hadiah berkenaan.

Setelah menerima saya p penerbangan, Sulaiman ditukarkan ke 229 OCU RAF Base Chivenor, North Devon  untuk mengikuti latihan peralihan jet pejuang menggunakan pesawat Hunter F4.  Pada 1 Feb 1949 beliau ditukarkan ke No 43 Sqn, RAF Base Leuchars, Scotland dan menerbangkan pesawat Gloster MeteorT7. Beliau turut menyertai operasi udara di RAF Base Akrotiri, Cyprus (1959) dan RAF Base El Edem, Libya (1960).

 1958 IN EUROPE

Pada bulan Mei hingga September 1961 menjalani kursus jurulatih penerbangan ke RAF Base Little Rissington dan setamat kursus beliau ditukarkan ke RAF Base Cranwell sebagai jurulatih penerbangan dan dinaikkan ke pangkat Flight Lieutenant (Flt Lt).

Pada awal 1965, Sulaiman ditukarkan ke 249 Sqn, RAF Base Bassingburn dan menerbangkan pesawat pengebom English Electra Canberra. Beliau sekali lagi ditugaskan ke RAF Arkitri, Cyprus dan kemudian ke Detasemen di RAF Base Idris, Lybia dan 3 bulan di RMAF Kuantan, Malaysia.

Semasa di Kuantan, Sulaiman telah mendapat tawaran untuk bertukar perkhidmatan ke TUDM sebagai salah satu rancangan peralihan kuasa kepimpinan TUDM kepada anak tempatan pada tahun 1965 dan ketika itu, beliau masih lagi berpangkat Flt Lt (setaraf dengan Kapt TUDM).  Setelah berkhidmat selama 11 tahun dengan RAF,  Sulaiman mengakhiri tugas di RAF Akrotiri, Cyprus dalam tahun 1965 itu juga dan terbang ke tanah tumpah darahnya, Tanah Melayu untuk menabur bakti di negara kelahirannya.

Pada 1 Jan1966, Sulaiman dinaikkan ke pangkat Squadron Leader (Sqn Ldr) untuk menjawat jawatan Pegawai Memerintah TUDM Alor Setar, Kedah.  Seterusnya pada 1 Jan 1967 ditukar sebagai PM TUDM Labuan dan dinaikkan ke pangkat Wing Commander (Wg Cdr).

Beberapa bulan sahaja di TUDM Labuan, Sulaiman telah dipanggil ke Kuala Lumpur untuk memulakan proses peralihan pengambilan tugas dari Air Commodore (Air Cdre) Steedman (yang ketika itu merupakan Chief of Air Staff di MINDEF. 


 
Sulaiman menerbangkan pesawat Tebuan

Pada 1 Sep 1967 beliau dinaikkan ke pangkat Group Captain (Kol TUDM)dan ditukarkan ke Bahagian Staf Tentera Udara KEMENTAH untuk persediaan peralihan kuasa kepimpinan TUDM. Sebulan sahaja berpangkat Gp Capt, pada 1 Okt 1967 Sulaiman dinaikkan ke pangkat Air Commodore (setaraf dengan Brig Jen TUDM) untuk menjawat jawatan Ketua Turus Tentera Udara. Ketika itu beliau berusia 33 tahun dan merupakan anak Melayu pertama memegang jawatan tersebut.

1973 menjalani kursus di RCDS, UK dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Air Vice Marshall.

Setelah 11 tahun bersama TUDM, pada Dis 1976,Sulaiman bersara dari TUDM dalam usia yang masih muda iaitu 42 tahun bagi memberi  peluang kerjaya kepada jenerasi muda TUDM.

Dalam tempoh 10  tahun di bawah pemerintahannya, TUDM telah melalui proses perkembangan pesat dari sebuah pasukan udara yang kecil kepada sebuah Tentera Udara yang berwibawa dengan mempunyai skuadron pesawat pejuang yang moden dan canggih. 

Antara perubahan besar di zaman pemerintahan Sulaiman ialah penerimaan  pesawat latihan jenis Bulldog 100B bagi menggantikan  Provosts;  seterusnya pesawat Cessna 402B's diperkenalkan sebagai pesawat latihan lanjutan di Sekolah Penerbangan TUDM Alor Setar;  pesawat Hercules C130H menggantikan  Dart Heralds di skuadron angkut jarak  jauh. ;  jet eksekutif HS125 digantikan dengan Fokker F28.  Kerajaan juga membeli pesawat helikopter yang lebih besar jenis Sikorsky (Nuri) untuk TUDM bagi memberi bantuan operasi insurgency dengan lebih berkesan. Selain menerima hadiah pesawat F86 Avon Sabres dari Australia, TUDM turut menerima pesawat pejuang baru ijenis F5E, F5B dan F5F. Manakala Sekolah Latihan Helikopter menerima pesawat jenis Bell 47G. Selain itu, Depot Baikpulih Kapalterbang (AIROD) telah ditubuhkan untuk menyelenggara semua peswat TUDM.  

Setelah bersara, menceburkan diri dalam bidang korporat dan diberi kepercayaan menyumbangkan bakti beberapa syarikat utama seperti sebagai Timbalan Pengerusi MAS selama 24 tahun, Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara, Guthrie, HSBC Bank, FACBI Bhd, Nationwide Express dan Cycle & Carriage & Bintang Bhd.

Sulaiman berkahwin dengan Puan Sri Zaharah bt Hashim pada 7 Jan 1961dan dikurniakan 4 orang anak.  Pada tahun 2009, Sulaiman di kurniai gelaran Tan Sri oleh SPB YDP Agong Tuanku Mizan.

Sulaiman Sujak menjadi Ketua Turus Tentera Udara Diraja Malaysia ketika berusia 33 tahun.

 ;
  
  
  
  
  

 

Sulaiman as a Corporate Figure

Tan Sri Dato' Sulaiman Bin Sujak has been an Advisor of HSBC Bank Malaysia Berhad since January 1994. He has vast experience in the public and the private sectors. He served as an Advisor (now known as Assistant Governor) of Bank Negara Malaysia until 1983.

He served both with Royal Air Force and the Royal Malaysian Air Force and served as the first Malaysian Air Force Chief since 1967.

He served as Director of Commercial Division of Kumpulan Guthrie from 1983 to 1989. He joined HSBC Bank Malaysia Berhad in 1989. He served as Chairman of Nationwide Express Courier Services Berhad from April 14, 2016 to May 31, 2016. He served as the Chairman at FACB Industries Inc. Bhd from September 26, 2008 to December 4, 2013. He served as the Chairman of FACB Industries Inc. Bhd from July 1, 2002 to March 1, 2006 and as its Deputy Chairman from March 1, 2006 to September 2008. He served as the Deputy Chairman of Malaysian Airlines System Berhad from 1977 to 2001.

He has been a Independent Non Executive Director of Cycle and Carriage Bintang Bhd since February 24, 2003. He serves as a Director of HSBC (Malaysia) Trustee Berhad and HSBC Research Malaysia Sdn Bhd. He served as Independent Non-Executive Director of HSBC Bank Malaysia Berhad from January 10, 1994 to April 15, 2014. He served as an Independent Non-Executive Director at Nationwide Express Courier Services Berhad from January 2, 2003 to May 31, 2016.

He served as a Director of FACB Industries Berhad from October 1, 1988 to December 4, 2013. He served as an Independent Non-Executive Director of Oriental Interest Bhd. He served as a Director of Kumpulan Guthrie Berhad and HSBC Trustee (M) Berhad.

Tan Sri Sulaiman is a graduate of Royal Air Force College, Cranwell, England in 1958 and completed Senior Executive Graduate Programme at Stanford University, USA, Royal College of Defence Studies, London in 1973.


SULAIMAN SUJAK MEMOIR SEORANG JURUTERBANG



Buku sejarah yang ditulis oleh Mejar Ramli Abdul Rahim (Bersara) TUDM, merupakan catatan sejarah yang dilalui oleh bekas Ketua Turus Tentera Udara Air Vice Marshal Tan Sri Dato' Sulaiman Sujak yang merupakan anak Melayu pertama memegang tampuk kepimpinan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1967 yang sebelum itu dipegang oleh pegawai-pegawai tinggi Tentera Udara Diraja British (RAF) yang dipinjamkan sejak TUDM ditubuhkan pada 2 Jun 1958.

Pengalaman sejak zaman anak-anak semasa di Singapura sebelum meletus Perang Dunia Kedua turut dipaparkan di dalam buku yang ditulis separuh kreatif ini bagi menarik minat pembaca remaja menghayati tokoh yang begitu gigih pada zamannya untuk menjadi juruterbang Melayu yang pertama berkhidmat dengan RAF di Eropah setelah berjaya menjalani latihan Pegawai Kadet di RAF Cranwell pada 1958

Sejarah awal pembabitannya dengan dunia ketenteraan bermula dengan penglibatannya sebagai Kadet Sekolah Air Training Corps di Singapura dan juga dalam Malayan Auxuliary Air Force Singapore Wing sehingga sampai ke tahap menerima sayap penerbangan daripada Gabenor British di Singapura.

Segala pahit manis kenangan untuk mencapai cita-cita yang sentiasa tersemat dalam sanubari bermula semasa di bangku sekolah dan kecenderungan melihat pesawat-pesawat tentera turun naik di Kallang Airport adalah mukadimah kepada kerjaya juruterbang dengan RAF dan pernah menerbangkan pesawat pejuang di Scotland dan juga pesawat pengebom di Cyprus.

Semasa Malaysia menghadapi Konfrantasi dengan Indonesia, Flight Lieutenant Sulaiman yang bertugas di Cyprus bersama krew pesawat pengebom Canberra telah menerbangkan pesawat bersama krew yang lain untuk tugas detasmen di Kuantan sebagai "show of presence di ruang udara semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Sebelum dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara, Squadron Leader Sulaiman sempat menjadi Komandan Sekolah Latihan Penerbangn di TUDM Alor Setar dan sebagai Pegawai Memerintah TUDM Labuan yang berpangkat Wing Commander.

Selama lebih 20 tahun sebagai juruterbang tentera, beliau telah menerbangkan 22 buah jenis pesawat, merakamkan 350 jam penerbangan dengan Malayan Auxilary Air Force (Singapore Wing), 2,000 jam dengan RAF dan 1,000 jam dengan TUDM.

Segala pengalaman yang didapati semasa berkhidmat dengan RAF dan TUDM memang cukup bermanfaat kerana segala ilmu dan pengalaman yang didapatinya merupkan aset untuk dunia korporat yang diceburinya dan jumlah perkhidmatannya dalam sektor korporat jika dibandingkan dengan dunia tentera adalah lebih lama iatu selama 24 tahun jika dibandingkan dengan perkhidmatannya dalam tentera iaitu selama 22 tahun.

Buku ini akan memberi inspirasi untuk generasi akan datang bagi menghadapi kehidupan yang mencabar tidak kira di mana baik sektor swasta, awam atau ketenteraan.Tan Sri Dato Sulaiman adalah qudwah dunia tentera dan koporat.














No comments:

Post a Comment