Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Wednesday, July 22, 2015

AF 088 SEJARAH PESAWAT TUDM

PETIKAN CATATAN SEJARAH PESAWAT TUDM


Kronologi Perolehan Pesawat TUDM

Sila ambil perhatian. Maklumat mengenai tahun perolehan pesawat-pesawat ini mungkin ada yang tidak tepat.  Oleh itu maklumat ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan penyelidikan rasmi.

1958/1959 - 1 x Twin Pioneer (dihadiah oleh RAF) dan 1 x Chipmunk -UK

1961/1962-  Provost (mengganti Chipmonk),  Cessna 310F -USA dan  2 x Dove

1963/1964 - 35 x Alouette 111B -France.  2 x Heron (mengganti Cessna 310F) dan  4 x Dart Herald

1966/1967- 16 x Caribou (DHC4) -Canada,  10 x Sikorsky S61A –USA,  19 x Alouette 103B -France, dan 20 x CL41G (Tebuan) - Canada

1969/1970  12 x Sabre C27 (dihadiah Kerajaan Australia,  2 x HS 125 -USA dan   tambahan 6 x S61A (Nuri).

1971/1972 - tambahan 3 x Caribou,  11 x Bulldog 100 -USA dan  tambahan 1 x S61A.
1974/1975/1976 -  14 x Cessna 402B (ganti Provost),  1 x F28 (Fokker Fellowship) -Holland,  12 x F5E (to replace C27) -USA,  tambahan 6 x S61A,  6 x C-130H (ganti Heron dan Dart  Herald),  tambahan 20 x S61A dan  tambahan 8 x Alouette,  dan 7 x Bell 47G -USA.

1979/1980-  3 x PC-130H -USA, dan tambahan 1 x F5E 

1981/1982/1983 -  2 x RF5E -USAm  3 x F5F -USA,  12 x MB339A (Aermacchi) -Italy,  44 x Pilatus PC7 dari Switzerland (ganti Bulldog)
1984/1985 -  2 x Albatross HU16 -USA,  1 x Challenger CL600 -Canada, 1 x MB339A (gantian), tambahan 2 x F5E  dan  44 x A4/T-A4 Skyhawk -USA

1987/1988-  1 x Super Puma (dihadiah oleh Kerajaan Indonesia), 1 x Falcon D900 (ganti CL600) , Canada
1990-  2 x Agusta A109C (dijual 2000), 2 x Agusta AS61-N1 -Italy

1992/1993/1994 -  18 x MiG-29N/NUB -Russia,  18 x Hawk 108 & 10 x Hawk 208 dan  4 x Beechcraft B200T -USA,  20 x MD3-160 Aerotiga -Malaysia

1996/1997 -  8 x F/A-18D Hornet -USA,  2 x S70A Blackhawk -USA
1998/1999 - 1 x Global Express (BD700) -Canada,  6 x CN-235-220 -Indonesia.  Pada tahun ini semua jenis pesawat F5 telah didaratkan.

2000/2001 -  9 x PC7 Mk II -Switzerland,  3 x Eagle 150XT UAV -Malaysia2002/2003/2004 - 1 x BBJ737-700 (from MAS),  2 x CN-235-220M VVIP -Indonesia dan 7 buah pesawat pejuang F5E yang ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1999 telah diaktifkan semula.

2008/2009 - 8 x MB339CM (Italy), 10 x PC-7 Mk II (Switz),  18 x SU30 MKM (Sukhoi) - pesawat MB339A ditamatkan tauliah.

2010 pesawat Cessna 402B ditamatkan tauliah.

2012 (Dis) - 2/12 x EC725 Cougar - France

2013 (Mac) - 1/4 X A400M (Airbus) – France

2015 - pesawat MiG-29 ditamatkan perkhidmatan tetapi masih dalam simpanan aktif (boleh diterbangkan).

PESAWAT  DHC-4A CARIBOU
KETIBAAN KAPAL TERBANG DHC-4A CARIBOU FM 1101 TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula memiliki kumpulan pertama 4 buah kapal terbang jenis DHC-4A Caribou (Gambar 1) hadiah daripada Kerajaan Kanada pada tahun 1966. Keempat-empat buah kapal terbang ini berlepas dari Kanada pada 26 April 1966 dan sampai di Pengkalan TUDM Kuala Lumpur pada 15 Mei 1966. Kapal terbang-kapal terbang ini dipandu oleh juruterbang TUDM sendiri bersama-sama dengan juruterbang Royal Canadian Air Force (RCAF). Mereka ialahSquadron Leader Omar bin Saman (bersara Brigadier Jeneral– dipinjamkan ke Jabatan Penerbangan Awam Malaysia sebagai Ketua Pengarah); Flight Lieutenant Mohd Yunus bin Mohd Tasi (kemudian Panglima Tentera Udara berpangkat Leftenan Jeneral, Tan Sri), Flying Officer Arthur Cheah Nee Wah (bersara Squadron Leader) dan Flying Officer Gopal Ramdas (Bersara Mejar Jeneral, Datuk).

Penerbangan mengambil masa selama 19 hari bermula dari Stesen Royal Canadian Air Force (RCAF), Trenton, Canada ke Goose Bay – Keflavik – London – Pisa – Athens – Beirut – Bahrain – Bombay – Calcutta – Butterworth dan Kuala Lumpur. 4 buah kapal terbang ini didaftarkan sebagai FM 1100, FM 1101, FM 1102 dan FM 1103. Pada 4 September 1966 keempat-empat buah kapal terbang ini telah ditempatkan di Skuadron Ke-8 TUDM yang berpengkalan di Labuan, Sabah.

Walau bagaimanapun FM 1101 (Gambar 2 dan 3) tidak bernasib baik kerana terlibat dalam satu kemalangan udara satu setengah batu dari Meligan Airstrip atau 50 batu ke Barat Daya, Labuan, Sabah pada 13 Januari 1967 sewaktu melaksanakan misi pengguguran bekalan dari udara. Kemalangan ini telah meragut nyawa pembantu juruterbang iaitu Pilot Officer Teoh Seng Wah yang berasal dari Kuala Lumpur. Juruterbang, Flight Lt. Arthur Cheah Nee Wah dan Air Dispatchers Prebet Perumal cedera ringan manakala semua enam orang penumpang selamat dan tidak cedera. Walau bagaimanapun kapal terbang ini tidak boleh digunakan lagi dan dilupuskan.

(Terima kasih kepada YBhg Dr Hj Ahmad Damanhuri bin Ibrahim ke atas maklumat ini dalam facebook beliau)

PENUTUPAN SKUADRON NO. 4
HANDLEY PAGE DART HERALD 401 TUDM
31 OKTOBER 1976


Upacara Perasmian Penutupan Skuadron No. 4 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), oleh Ketua Turus TUDM, Marsyal Muda Udara Datuk Sulaiman bin Sujak, telah diadakan di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur pada 31 Oktober 1976. 

Bahagian Perhubungan Raya, Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut: Ketua Turus TUDM, Marsyal Muda Udara Datuk Sulaiman bin Sujak akan merasmikan upacara penutupan Skuadron No. 4 TUDM iaitu skuadron yang mengendalikan kapal terbang Handley Page Dart Herald 401, pada 31 Oktober 1976.  

Upacara akan dimulakan dengan perbarisan oleh 48 orang anggota TUDM Kuala Lumpur diketuai oleh Mejar (Udara) Suleiman bin Mahmud (bersara Jenderal Tan Sri Dato’ Seri/Panglima TUDM) dan diikuti dengan penyerahan buku log penerbangan. 

Di akhir upacara tersebut Marsyal Muda Udara Datuk Sulaiman bin Sujak akan memandu pesawat terbang tersebut sebagai penerbangan terakhir bagi pesawat terbang dan skuadron itu. 

Pesawat terbang Handley Page Dart Herald 401 mula digunakan oleh TUDM dalam tahun 1963. Peranan yang telah dimainkan oleh skuadron ini ialah sebagai pesawat terbang pengangkut jarak sederhana.  

Pesawat terbang tersebut telah digunakan terutama untuk mengangkut anggota tentera dan barang-barang antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Tugas-tugas lain termasuklah penerbangan perhubungan dan bantuan pengangkutan udara yang biasa.

Peranan skuadron ini telah diambil oleh Skuadron No. 14 TUDM yang mula membuat tugas operasi pada awal bulan Oktober mengendalikan pesawat terbang Hercules C-130H.

Catatan: Saya adalah antara orang ramai yang bernasib baik kerana dapat menyaksikan penerbangan terakhir pesawat terbang Handley Page Dart Herald 401 TUDM yang dipandu oleh Marsyal Muda Udara Datuk Sulaiman bin Sujak, Ketua Turus TUDM, sewaktu pesawat terbang tersebut terbang di ruang angkasa Pengkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 1976. Saya berusia 22 tahun ketika itu dan sedang menuntut dalam Tahun 3, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia.

(Ciplak dari facebook Kapten Dr Ahmad Damanhuri bin Ibrahim)




SKYHAWK MELAPOR DIRI
PENERBANGAN KUMPULAN PERTAMA PESAWAT
A4-SKYHAWK TUDM KE MALAYSIA

28 Disember 1984 – Kumpulan pertama empat buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk milik TUDM telah tiba di Pengkalan Udara Kuantan, Pahang D.M. pada 28 Disember 1984.

Seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan Malaysia memberitahu, kumpulan pertama 4 buah daripada 40 buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM (Perculiar To Malaysia) Skyhawk “refurbished” milik TUDM yang dipesan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1980 akan diterbangkan oleh juruterbang-juruterbang kontrak warga Amerika Syarikat.

Beliau berkata empat buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini akan membentuk elemen permulaan untuk satu daripada dua buah skuadron pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell A-4PTM Skyhawk. Setiap skuadron mengandungi 17 buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.

Empat buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini akan terbang dari Lapangan Terbang St. Augustine, Florida, Amerika Syarikat (sekarang Northeast Florida Regional Airport) ke Pengkalan Udara Kuantan, Malaysia melalui benua Eropah sejauh 18,400 kilometer dan berhenti di 12 buah lapangan terbang persinggahan untuk mengisi minyak. Pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini mempunyai kelajuan maksimum 1,080km sejam dan boleh terbang tanpa henti sejauh 3,200 kilometer dengan tangki minyak tambahan.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Malaysia berkata, juruterbang-juruterbang kontrak warga Amerika Syarikat akan menerbangkan pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini secara berkumpulan. Bilangan pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk bagi satu kumpulan akan ditentukan kemudian. Penerbangan akan dibuat dalam selang masa satu minggu atau satu bulan sehinggalah penyerahannya tamat pada pertengahan tahun 1985.

Syarikat Grumman Aircraft Engineering Corporation (sekarang Grumman Aerospace Corporation), salah sebuah sebuah syarikat pembuat dan pengeluar kapal terbang terbesar di Amerika Syarikat, dipertanggungjawabkan untuk membaikpulih dan mempertingkatkan keupayaan sebanyak 40 buah lebihan pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4 Skyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat untuk TUDM. Di samping itu syarikat ini juga akan menyediakan khidmat sokongan penyenggaraan, latihan untuk juruterbang dan jurulatih penerbangan serta latihan untuk kakitangan penyenggaraan yang kosnya dianggarkan bernilai US$120 juta atau M$288 juta Malaysia.

Sebanyak 34 buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4 Skyhawk satu tempat duduk di rekabentuk semula sebagai McDonnell Douglas A4-PTM (Perculiar To Malaysia) manakala enam buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas TA-4 Skyhawk dua tempat duduk di rekabentuk semula sebagai McDonnell Douglas TA-4PTM (Perculiar To Malaysia). McDonnell Douglas A4-PTM dan McDonnell Douglas TA-4PTM yang telah siap dibaikpulih dan dipertingkatkan keupayaannya mula dikeluarkan dari Syarikat Grumman Engineering Corporation pada 25 Mei 1984.

Seramai empat orang jurulatih penerbangan TUDM yang sedang mengikuti kejurulatihan penerbangan peralihan selama tiga bulan di Syarikat Grumman Engineering Corporation, Lapangan Terbang St. Augustine, Amerika Syarikat akan kembali ke tanah air pada penghujung tahun 1984.

Sumber: Singapore Minitor, 1984.

(Ciplak dari facebook Kapten Dr Ahmad Damanhuri bin Ibrahim)



NOSTALGIA PESAWAT SABRE TUDM

Ruang udara Malaysia pada suatu ketika pernah digegarkan oleh pesawat jet pemintas CAC Avon Sabre F-86 dan ia adalah kemegahan dan simbol pertahanan udara yan g dikendalikan oleh No. 11 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Butterworth.

Kini perkhidmatan pesawat pertama yang khusus untuk tugas pertahanan udara hanya tinggal kenangan dan penerbangan lintas terakhir dilakukankan oleh juruterbang skuadron sebagai ucapan selamat tinggal pesawat tersebut kepada TUDM pada 31 Ogos 1975.

Sejarah No. 11 Skuadron bermula dengan penerimaan 10 buah pesawat Sabre hadiah daripada kerajaan Australia pada bulan September 1969 dengan kekuatan 12 orang pegawai dan 50 orang anggota. Menteri Pertahanan Dato Abdul Razak telah merasmikan penubuhan No. 11 Skuadron di TUDM Butterworth pada 1 Oktober 1969 dan kumpulan juruterbang pertama seramai 6 orang telah menjalani latihan menerbangkan pesawat Sabre dengan bimbingan Royal Australian Air Force –RAAF (Tentera Udara Diraja Australia) yang berpangkalan di pangkalan udara Butterworth.

Ketua Skuadron yang pertama memimpin No 11 Skuadron ialah Squadron Leader Quek Seng Kew dan juruterbang skuadron lain yang menjadi perintis operasi skuadron berkenaan ialah Pilot Officer Amirul Ghani, Pilot Officer Jaafar Ismail, Pilot Officer Cheng Tiom Bow, Pilot Officer Loke Kok Yee dan Pilot Officer Chow Yoon Seng. Kumpulan kedua juruterbang yang dilatih untuk mengendalikan pesawat Sabre No 11 Skuadron ialah Pilot Officer Lau Kon Cheng, Pilot Officer Lee Hock Siew, Pilot Officer Tan Keng Hoe, Pilot Officer Aziz Ramli, Pilot Officer Nasir dan Pilot Officer Yap Ah Toa.

Mereka adalah juruterbang yang bertanggungjawab untuk menjadi nulkias kewujudan No. 11 Skuadron yang berfungsi sebagai skuadron barisan hadapan untuk tujuan pertahanan udara negara. Sebagai pesawat perintis pertama yang digunakan untuk tugas pertahanan di Pangkalan Udara Butterworth, Sabre dilengkapi dengan meriam kembar 30mm Aden dan juga kemampuan untuk dipersenjatai dengan Sidewinder dan ia digerakkan dengan enjin Mk26 Avon yang mampu memberikan dorongan kuasa maksimum enjin sebanyak 75, 000 Ibs.

Ini adalah sebuah nostalgia manusia dan mesin di sebalik ketrampilan pesawat yang pernah mengukir sejarah semasa perang Korea pada 1950 dan versi Sabre yang dihasilkan oleh kilang di Australia adalah adaptasi pesawat pejuang Sabre-F86 buatan Amerika. Pesawat F-86 Sabre yang dihasilkan oleh Amerika Utara Aviation Corporation telah terlibat dalam perang Korea iaitu 51 FIW di Suwon (pangkalan udara K-13) dan FIW 4 di Kimpo (K-14) berhampiran Seoul dan kedua-dua sayap terlibat untuk melawan MiG-15 buatan Rusia yang merupakan pesawat saingan hebat pada era berkenaan.

Pesawat Sabre buatan Australia adalah versi yang dibina di bawah lesen oleh Commonwealth Aircraft Corporation dan ia telah dirancang sejak 1950 justeru Australia telah membuat rancangan untuk memperoleh jet pejuang sejak awal lagi dengan memilih pesawat Hawker P.1081 buatan Britain namun akhirnya memilih Sabre untuk projek pembinaan pesawat pejuangnya sendiri.

Memang diakui pesawat Sabre yang dipunyai oleh TUDM telah lama digunakan oleh RAAF, tetapi sebagai langkah awal untuk TUDM mempunyai pesawat barisan hadapan yang mempunyai kemampuan untuk terlibat dalam peperangan udara, kehadiran Sabre adalah sebuah transisi sebelum TUDM sendiri mempunyai pesawatnya yang canggih.

Bagi Flying Officer Loh Lee Aik mungkin beliau tidak akan lupa sepanjang hayatnya kerana akibat kerosakan pesawat Sabre yang diterangbangkannya beliau terpaksa menggunkaan kerusi injal untuk menyelamatkan dan itu merupakan satu-satunya kemalangan pesawat Sabre sepanjang perkhidmatannya dengan TUDM daripada 1969 sehingga 1975.

Satu lagi aksi yang mungkin masih dalam ingatan penduduk Kuala Langat adalah semasa perasmian TUDM Bukit Jugra pada 21 Disember 1972, Flight Lieutenant Zainuddin Che Din telah memperagakan aksinya dalam satu pertunjukkan aerobtik sehingga beliau terpaksa menanggalkan tangki minyak pesawat berkenaan justeru terbang terlalu rendah.

Kebolehan dan ketrampilan juruterbang memang tidak dapat dinafikan, walaupun juruterbang bertukar ganti, aset pertama pesawat pemintas udara terus dimanfaatkan apatah lagi dengan penubuhan Pusat Pertahanan Udara di TUDM Buttterworth yang dilengkapi dengan radar. Sistem pertahanan udara secanggih mana tidak akan memberi apa-apa makna jika ia tidak dilengkapkan dengan pesawat yang mampu unutk mempertahankan ruang udara negara dan kehadiran pesawat Sabre adalah mukadimah kepada satu sistem yang lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Radar akan mengesan pesawat musuh dan pesawat pejuang akan diterbangkan untuk menggempur pesawat musuh atau menghalaunya daripada memasuki ruang udara negara yang berdaulat. Selama 6 tahun pesawat Sabe telah terlibat dalam ADEX (Latihan Pertahanan Udara) yang dikendalikan oleh Headquaters Integrated Air Defence System (HQIADS) yang melibatkan tentera udara lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand iaitu di bawah perjanjian sebelum penguduran sepenuhnya Tentera Udara Diraja British –RAF daripada Timu Jauh pada 1972.

RAAF terus mengekalkan ketumbukan pesawat Mirage di Butterworth sebagai pengkalan hadapan di rantau ini sebelum ia berundur pulang ke tanahairnya Australia. Selama 6 tahun pesawat Sabre menjadi benteng pertahanan negara dan juruterbang Sabre silih berganti dan akhirnya khidmat pesawat hadiah daripada kerajaan Australia itu ditamatkan pada 1975.

Sebanyak 4 buah pesawat sabre telah dihadiahkan kepada kerajaan Indonesia pada 1976 dan tugas untuk menerbangkan pesawat Sabre ke Indonesia telah dilakukan oleh bekas juruterbang No.11 Skuadron yang telah dibubarkan iaitu Kapt Abdullah Ahmad, Kapt Lui, Lt basher Abu Bakar dan Lt Victor Emmanuel.

Sebuah daripada pesawat berkenaan telah diserahkan kepada No. 75 Squadron RAAF yang berpangkalan di Butterworth pada ketika itu dan ia digunakan sebagai pesawat sampingan bersama pesawat pejuang Mirage yang beroperasi di Malaysia pada ketika itu.


Pesawat Sabre yang telah tidak digunakan itu telah dipamerkan di bandar Pekan, Muzium Taiping dan TUDM Bukit Jugra untuk pameran statik sebagai lambang perkhidmatannya yang menjadi kebanggan TUDM sebelum ia mempunyai keupayaan pesawat supersonik F-5E yang lebih canggih menggantikan Sabre F-86 yang terkenal semasa era Perang Korea 1950. Sabre akan terus menjadi bahan nostalgia TUDM terutamanya para juruterbang yang menerbangkannya dan kebanyakannya kini menjalani kehidupan awam.

(Ciplak dari facebook Malaysian Jet Fighter)