.
TUDM KUANTAN
PANGKALAN UDARA TERAKHIR BAGIKU
TUDM KUANTAN ADALAH
UNIT OPERASI PERTAMA DAN TERAKHIR AKU BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI LOGISTIK
(OKT 1983 - JUN 1986)
Melapor ke TUDM Kuantan
Sebaik sahaja menamatkan Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik Udara (KAPPLU Siri 22/1983) di ITU KInrara dari 3 April hingga 21 Oktober 1983 aku menerima arahan untuk melapor diri ke TUDM Kuantan pada 24 Okt 1983 untuk membuat tugas sebagai Ketua Skn Pergerakan Udara. Penuntut diberi cuti dua minggu (10 - 23 Okt) sebelum melapor diri.
Semasa cuti seminggu itu aku telah melangsungkan perkahwinan dinikahkan pada pagi 16 Okt 1983 di rumah isteriku di Taman Broleh, Batu Pahat dan majlis resepsi di kampungku pada keesokan harinya. Jadi aktivitiku sepanjang 2 minggu itu amat padat. Sebaik sahaja hari penyampaian sijil pada 8hb Okt, aku menguruskan pengambilan pedang untuk Sword Bearers. Balik Batu Pahat, naik bas sahaja. Bayangkan aku membawa 10 bilah pedang dengan menaiki bas ekspress sahaja.
Sebaik sahaja selesai majlis perkahwinan di kedua-dua belah pihak aku pergi untuk melaporkan diri ke TUDM Kuantan. Aku melapor diri lewat dua hari (memaklumkan melalui telegram) kerana isteriku tidak sihat (sakit pengantin baru). Aku tinggalkan isteriku di rumah keluarganya di Batu Pahat. Tiada istilah HONEYMOON dalam kamus hidupku. Selain dari masa yang amat sempit (tiada cuti), masa itu keadaan kewangan juga amat kritikal. Gaji Leftenan Muda cuma RM750 sahaja. Tambah Elaun Khidmat RM50. Gaji masuk RM800. Tolak itu ini, rasanya baki RM400 je. Kereta pun tak ada (tak ada lesen memandu pun). Itulah keadaan pegawai ATM masa itu.
TUDM Kuantan merupakan unit pertama dan terakhirku sebagai operational Logistic Officer. Dalam tajuk ini, lebih banyak lagi CABARAN dan UJIAN sepanjang kehidupanku sebagai Pegawai Muda dan sebagai pasangan pengantin baru yang memulakan kehidupan baru di Pangkalan TUDM Kuantan.
Cabarab 1: Bagaimana Aku ke Kuantan?
Sepertimana yang aku sebut tadi, aku tak ada kereta. Lesen memandu Kelas D pun tak ada. Yang ada Lesen Kelas B1 (motorsikal kecil) sahaja. Hartaku pada masa itu hanyalah sebuah motorsikal Suzuki Cup R80 yang aku beli semasa berkursus di Kinrara.
Aku menunggang kapcai Suzuki Cup aku dari rumah isteriku di Taman Broleh (Batu Pahat) ke TUDM Kuantan (yang jaraknya lebih kurang 280 km atau 174 batu). Dengan sebuah beg besar terikat di belakang motorsikal, aku menunggang melalui jalan Batu Pahat - Ayer Hitam - Yong Peng - Chaah - Labis - Segamat. Perjalanan dalam negeri Johor agak selesa kerana melalui banyak pekan dan perkampungan.
Sebaik sahaja melepas bandar Segamat dan Kg Pekan Jabi dan memasuki Lebuh Raya Segamat Kuantan (Lebuh Raya Tun Razak), suasana sudah berebza. Tiada kelihatan kampung, apa lagi pekan dan bandar. Jarak masih ada 179 km untuk dilalui. Yang kelihatan sesekali ialah simpang (junction) untuk memasuki kawasan Felda Pemanis yang jaraknya berpuluh km dari simpang tersebut. Keadaan lebih membosankan dan mengerikan setelah memasuki sempadan Negeri Pahang. Untuk menemui jalan simpang pun susah. Setelah mengisi minyak penuh di Segamat, aku tidak membawa apa-apa bekalan minyak. Aku tidak membuat perancangan yang betul tentang geografi perjalananku. Aku sendiri tak pernah membayangkan yang aku akan melalui pengalaman seperti ini. Apa yang aku fikirkan, di sepanjang perjalanan ini mesti banyak Felda di tepi jalan atau setidak-tidaknya kedai-kedai di simpang jalan. MELESET.
Aku sendiri tidak dapat mengagak berapa jam perjalanan yang aku perlu lalui dengan kelajuan Suzuki Cup yang paling laju pun antara 70-80km sejam. Kenderaan yang melalui highway ini un amat sedikit. Macam-macam perkara buruk melalui benakku. Tayat pancit, rantai putus, minyak habis, motor rosak dan sebagainya (ketakutan yang terakhir ialah accident atau bertembung dengan binatang buas seperti Sang Belang atau Sang Belalai). Aku pun tidak terfikir yang aku begitu berani mengambil risiko ini.
Pengalaman genting semasa dalam perjalanan melalui Lebuhraya Tun Razak (Segamat-Gambang) minyak motor aku telah sampai ke tahap 'reserve'. Aku jadi panik sikit. Inilahkali pertama aku melalui lebuhraya ini. Pada sangkaanku, sepanjang lebuhraya tersebut mesti akan melalui pekan kecil atau setidak-tidaknya ada petrol station. Ye la...lebuh raya, dah tu pulak, aku dengar sepanjang lebuhraya itu ada berpuluh-puluh tanah rancangan Felda.
Satu R and R pun tak wujud. Aku tak jumpa satu kedai pun sepanjang separuh perjalananku. Kalau ada pun warung kopi pisang sesikat yang terletak di persimpangan jalan nak masuk ke Felda-felda. Tapi tak buka pun. Minyak semakin berkurangan. Aku semakin risau. Mulutku tak henti berdoa memohon pertolongan Allah. Aku mengharap kampung itu ada kedai yang menjual minyak. Alhamdulillah, permntaanku diqabulkan Allah yang menyelamatkan perjalananku.
Entah macam mana aku ternampak seperti jalan tanah merah masuk ke satu ladang. Seolah-olah seperti ada penempatan di dalamnya. Aku pun masuk ke jalan itu. Nasibku agak baik, dengan pertolongan Allah, aku jumpa satu kedai runcit kecil yang menjual minyak petrol dalam botol.
Sepanjang jalan aku hanya melihat ladang sawit Felda yang luas sayup mata memandang, di selang seli dengan rimba yang belum diteroka. Macam-macam nama Felda yang pertama kali aku dengan; Felda Selancar (5), Keratong (10) Paloh Hinai dan Chini (3). Dalam Gugusan Felda Keratong terdapat Bandar Tun Razak dan Kota Bahagia tetapi pada masa itu merupakan BANDAR MATI atau TERBENGKALAI. Hanya terdapat beberapa bangunan kedai yang terbengkalai dan terbiar.
Aku tidak berfikir semasa bergerak dari tumah tadi. Bercampur baur. Apa yang aku buat ialah bertolak dari rumah isteriku selepas makan tengahari, selepas solat Zohor dan sampai di TUDM Kuantan waktu Maghrib.
Masjid Maamur, Batu 10 Jalan Gambang- terletak dalam Kem Gambang
Pagar Pangkalan Udara Kuantan dari jalan utama Kuantan- KL
Pintu Gerbang Utama PU Kuantan dari jalan Kuantan-KL
Balai Pengawal Gerbang Utama
Gerbang Utama dan Balai Pengawal dari arah dalam Pangkalan
Terimal Pergerakan Udara PU Kuantan
Pintu Gerbang Utama PU Kuantan dari jalan Kuantan-KL
Balai Pengawal Gerbang Utama
Gerbang Utama dan Balai Pengawal dari arah dalam Pangkalan
Terimal Pergerakan Udara PU Kuantan
Bangunan Markas Pangkalan
Cabaran 2: Extra Duty Officer
Aku lupa tarikh aku melapor diri ke PU Kuantan. Tapi kalau mengikut 2 hari lewat, maknanya aku melapor pada 26 Okt 83.
Selepas solat Maghrib di Masjid Kem Batu 10 (berkongsi dengan Pangkalan), aku terus menaiki motorsikal ku ke Mes Pegawai. Aku mendapat bilik sementara dengan bantuan rakanku (senior) Lt Sudirman Arshad yang aku kenali semasa di TUDM Kuching (1981-1983). Oleh kerana pada waktu itu, aku berpangkat Lt Muda, maka aku terpaksa melalui minggu orientasi di Mess Pegawai. Maknanya malam lepas dinner kena lapor ke mess dengan memakai planters order. Akut ikut sahaja, sekadar mengikut peraturan. Oleh kerana ramai juruterbang helikopter (10 Skn) dan angkaut (4 Skn) yang aku telah kenali di situ maka aku tidak terasa terasing sangat. Malah kebanyakan pelatih juruterbang pejuang yang ada di PU Kuantan pada masa itu adalah skot aku (Kamalruzaman, Khairil, Felix, Rahim dan Sanusi, dan junior aku (intake 38) seperti Affendi, Jantan (Marzuqi) dan Mues . Mereka sedang menjalani latihan peraltian jet pejuang Aermacchi. Sebelum ini mereka menerbangkan pesawat Tebuan (ditamatkan tauliah dan digantikan dengan Skyhawk)
Orientasi ringan sahaja dan gangguan ringan dari senior Lieutenan seperti Lt Ariff (10 Sqn) dan Lt Fadzlishah (4 Sqn). Ariff ni memang terkenal sebagai Chief Ragger, aku pernah jumpa di Kluang. Tapi tahap orientasi tidaklah menyakitkan dan jauh sekali seperti yang aku lalui di TUDM Kuching dulu. Mungkin setelah berlaku insiden kematian Lt Sugudev di TUDM Kuching dulu, trend ragging secara melampau sudah mula terkawal. Aku mengikuti orientasi di mess selama seminggu.
Pada hari kedua di Kuantan, aku melapor ke pejabat Ajutan Pangkalan. Ajutan ketika itu ialah Kapt Ishak bin Yeop Hamzah TUDM (Kapt Ishak ini kemudiannya bertukar kepada Kor Risik (Tentera Darat) dan kareer beliau sungguh cemerlang sehingga mencapai ke pangkat Mejar Jeneral). Kapt Ishak memaklumkan kepada aku bahawa OC Supply (Ketua Skn Logistic), Mej Nik Hishamuddin bin Ibrahim (telah meninggal dunia) telah mengenakan hukuman Tugas Tambahan (extra duty officer) membuat Pegawai Bertugas selama seminggu (secara selang sehari). Telegram yang aku hantar tidak diterima pakai.
Waktu itu, pegawai bertugas memakai celoreng hijau (No 5). Jadi sehari pakai celoreng, esoknya tukas pakaian kerja (no 3), lusa celoreng. Small matter. My two and half year 'challenging tenure' in RMAF Kuching had given me enough experience to face all the new challenges.
Sebulan pertama kehidupanku di PU Kuantan agak messy, kerana terpaksa tinggal di blok bujang mess yang agak kekurangan. hanya ada katil dan locker sahaja. Isteri masih di Batu Pahat. Jadi, petang-petang selepas waktu kerja akau akan menaiki motorsikal, merayau di kawasan perumahan berhampiran untuk mencari rumah sewa. Pada waktu itu, kawasan yang popular untuk warga TUDM dan juga Tentera Darat ialah Taman TAS, lebih kurang 3km dari pangkalan. Kawasan lain masih kawasan perkampungan. Kalau ada taman perumahan, agak jauh dari pangkalan (ke arah bandar Kuantan).
Cabaran 3: Pasangan Muda Memulakan Penghidupan
Akhirnya, aku mendapat sebuah rumah untuk disewa. Rumah beralamat di No 59, Jalan TAS 38, sebuah rumah teres satu tingkat, dua bilik tidur dan dua bilik air. Pemiliknya berbangsa China yang tinggal berdekatan. Sewanya RM200.00. Jalan TAS 38 adalah jalan yang kedua terkebelakang di Taman TAS.
Pada waktu itu, kos sewaan RM200 sebulan kira agak tinggi juga. Gaji Lt Muda hanya RM750.00 (belum tolak sana sini) . Elaun Rumah RM370 (untuk pegawai yang sudah berkahwin) ia memang sangat membantu. Secara rasmi, aku mula menduduki rumah tersebut mulai 1 Nov 1983. Bagaimanapun untuk menunggu Elaun Rumah dimasukkan dalam pay slip mengambil masa 4 atau 5 bulan. Proses masa itu semua manual. Masuk rumah sewa kena ada BAT L 7, kena siarkan dalam Perintah Bahagian II Pasukan dulu, lepas Jabatanarah Urusan Gaji ATM (UGAT) terima baru elaun dikreditkan dalam gaji kita.
Jiranku disebelah kanan adalah pasangan berbangsa China yang mempunyai seorang anak (aku lupa namanya) dan selang sebuah lagi ialah FSjn Kamarudin (berkerja di MTSS Kuantan), isterinya kami panggil Kak Jan. Jiran sebelah kiri pula ialah Kapten Mohd Mues Yusof (seorang pegawai Trafik Semboyan di Kem Batu 10. Isterinya bernama Kak Nah (Siti Aminah). Mereka mempunyai sepasang anak bernama Muslina (Lina) dan Hasfanizam (Izam). Kak Nah lebih rapat dengan keluarga kami. Semasa isteriku Adibah melahirkan anak sulung kami Muhammad Hafeez Firdaus dan anak kedua kami, Nur Fairiz Fazeera, dialah insan yang paling banyak membantu. Selepas aku berpindah ke KL (untuk melanjutkan pengajian ke ITM pada tahun 1986), kami tidak pernah lagi menemuinya. Menurut khabar, keluarga Kak Nah sudah berpindah dan menetap di Taman Guru, Kuantan.
Bermulalah cabaran memulakan hidup dengan memiliki keluarga sendiri. Di TUDM KUANTAN ini, aku datang membujang (baru seminggu bernikah), kemudian hidup berdua dengan orang yang asing dengan diriku, mengambil-alih tugas insan yang kini bergelar isteri dari kedua ibu bapanya. Memulakan tugas dan tanggungjawab syurga neraka atas nama seorang suami. menerima kelahiran anak pertama dan kedua.

Jiran saya di Taman TAS, Puan Siti Aminah Mohd Yusof
(gambar ini diberikan kepada isteriku sebagai kenang-kenangan)
(gambar ini diberikan kepada isteriku sebagai kenang-kenangan)
Pastinya banyak kenangan pahit dan manis yang aku hadapi dan tempuhi sepanjang tempoh membina sebuah keluarga dalam keadaan serba kekurangan. Cerita tentang keglamoran seorang Pegawai ATM tak pernah aku lalui. Seperti yang aku sebut tadi, dengan gaji pokok RM750.00 setelah ditolak hutang Koperasi, hutang pinjaman kereta, allotment keluarga , bakinya kurang dari separuh untuk belanja dapur, bil air, api dan telefon, minyak kereta/motor dan lain-lain. Memang setiap bulan kena ikat perut. Cukup makan.
RMAF KUANTAN
Pangkalan TUDM Kuantan (sekarang dikenali sebagai Pangkalan Udara (PU) Kuantan terletak di tepi Jalan Gambang, kira-kira 16km (10 batu) dari bandar Kuantan. Bersebelahan dengan Kem Batu 10 yang pada masa itu menempatkan Markas 4 Divisyen (sebelum berpindah ke Kem Wardieburn, KL), dan bebberapa buah unit Tentera Darat seperti Batalion RAMD, Rej Kavalri (Armor), Rej KPT, Rej Semboyan dan lain-lain.
Pada waktu itu, Jalan Gambang merupakan satu-satunya jalan untuk ke KL dengan melalui pekan Gambang, Maran, Temerloh, Mentakab dan Karak. Lebuhraya 2 lorong hanya ada di antara Karak dengan Gombak.
TUDM Kuantan dibuka pada 24 Jun 1968. Pangkalan ini terbahagi dua, dipisahkan oleh landasan terbang (runaway). Dari arah Jalan Gambang, TUDM Kuantan terletak di sebelah kiri lapangan terbang. Manakala di sebelah kananya menempatkan Sekolah Trafik Udara dan bomba (SEKTUB) dan juga Lapangan Terbang Kuantan (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah).
Dalam tahun 1983, unit-unit dan lodger unit yang berada dalam kawasan TUDM Kuantan ialah:
1. No 4 Skn (Maritime) - pesawat PC-130H (kemudiannya berpindah ke TUDM Subang yang baru dibuka pada tahun 1984).
2. No 6 Skn (Fighter) - Skn jet pejuang Tebuan yang ditamatkan perkhidmatan dalam tahun 1982 dan digantikan dengan pesawat A4 Skyhawk yang mula tiba dalam tahun 1984.
3. No 9 Skn (Fighter) - Skn jet latihan pejuang Tebuan yang ditamatkan perkhidmatan dalam tahun 1982 dan digantikan dengan pesawat A4/TA4 Skyhawk yang mula tiba dalam tahun 1984.
4. No 10 Sqn (Helikopter)- Skn yang dilengkapi dengan pesawat Nuri ini berkhidmat di TUDM Kuantan sehingga tahun 1984 kerana dipindahkan ke TUDM KL, mengambil tempat No 14 Skn (Angkut) yang berpindah ke TUDM Subang.
5. PULATIBANG 3. Pusat Latihan Terbang 3 (No 3 Flying Training Centre - 3FTC) merupakan unit latihan peralihan ke pesawat pejuang (Fighter Lead In Training). Ia dilengkapi dengan pesawat MB-339A dari Italy yang dibeli dalam tahun 1982. Sebelum ini peranan FLIT dilaksanakan oleh pesawat Tebuan di No 9 Skn.
6. Light Attack Sqn (LAS). Skn ini dilengkapi dengan pesawat PC 7.
7. PPU 3 (Pusat Pertahanan Udara 3). Unit yang mengoperasikan radar pertahanan udara yang dilengkapi dengan radar Marconi S605.
8. SEKTUB (kemudianya dalam tahun 1994 digabungkan dengan SEKTAHUD dan dikenali sebagai Pusat Latihan Kawal dan Lapor (PLKKL). Dalam tahun 2008 ditukar nama menjadi Institut Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA).
Selepas aku bertukar keluar, apabila TUDM membuat penstrukturan semula organisasinya, beberapa unit baru ditubuhkan di TUDM Kuantan iaitu MATRA 4, TRF, Skn 401 Starburst dan SOC 2.

Kepimpinan Pasukan.
Kalangan pegawai kanan TUDM yang berkhidmat di TUDM Kuantan sepanjang tempoh aku berada di sana ialah:
Kalangan pegawai kanan TUDM yang berkhidmat di TUDM Kuantan sepanjang tempoh aku berada di sana ialah:
1. Kol Nawi bin Alias TUDM - Pegawai Memerintah (bersara sebagai Lt Jen TUDM, dan menerima gelaran Dato'). Pada tahun 1985, Nawi bertukar menjadi DA di Washington dan beliau digantikan oleh Kol Hussein bin Supian TUDM (bersara Brig Jen TUDM, Dato').
2. Lt Kol Abdul Malek Shahar bin Harun TUDM - OC Flying (beliau bersara Mej Jen TUDM, Dato') - Pada tahun 1986, Abdul Malek digantikan oleh Lt Kol Longchik bin Ayub TUDM (bersara Kol - dan telah meninggal dunia).
3. Lt Kol Abd Hamid bin Abdullah TUDM -Senior Engineering Officer (bersara Kol TUDM dan menyertai AIROD dan AIROD Techno Power- menerima gelaran Dato'). Hamid digantikan oleh Lt Kol Yusof Abd Kadir (kemudiannya dalam tahun 1992, aku bertugas di bawahnya di DTU-Latih dan Lt Kol Yusof adalah PS1 Latih.
4. Lt Kol Ridzuan bin Mohd Salleh TUDM -OC 6 Sqn (bersara Kol dan menyertai Air Asia)
5. Lt Kol Chan Poh Sum TUDM- OC 4 Sqn, beliau kemudiannya mengikuti perpindahan No 4 Skn ke TUDM Subang pada tahun 1984.
6. Lt Kol Mustapha Zakaria TUDM @ Pedro - OC 10 Sqn, beliau kemudiannya mengikuti No 10 Skn berpindah ke TUDM Kuala Lumpur pada tahun 1984.
7. Lt Kol Nik Ismail bin Nik Mohamed TUDM (OC 9 Sqn) - later bacame PTU (retired as Jen Tan Sri).
8. Lt Kol Abdul Aziz Iskandar TUDM - Komandan PULATIBANG 3 (3 FTC). Setelah bersara, beliau berkhidmat dengan PBB (aku pernah sekali menemuinya di ITM Shah Alam semasa aku belajar di sana, kebetulan beliau mengambil peperiksaan CIT)
9. Mej Nik Hishamuddin bin Ibrahim TUDM - OC Supply (telah meninggal dunia). Beliau adalah OC aku. Dalam tahun 1986, beliau digantikan oleh Mej Azizan bin Shaari TUDM. Semasa aku mengikuti kursus Air Movement di Kinrara dalam tahun 1981, allahyarham Nik Hishamuddin adalah Ketua SEKLOG, manakala Azizan adalah penolongnya.
10. Mej Sanusi bin Ahmad TUDM - OC Admin (bersara Brig Jen TUDM, Dato), Sanusi digantikan oleh Mej Ibrahim bin Deraman TUDM.
11. Mej Quek Swee Chye TUDM - SATCO (bersara Lt Kol) - Quek adalah jiran sama tingkat semasa aku tinggal di OMQ CA 3.
12. Mej Ismail bin Samion TUDM -OC JUKAT (bersara Lt Jen TUDM, Dato -Ismail mencipta rekod sebagai Naib Canselor UPNM yang pertama (2004 - 2006), dan merupakan Pegawai Kejuruteraan TUDM yang pertama mencapai pangkat Lt Jen.
Pesawat Skyhawk yang memasuki perkhidmatan dalam tahun 1984 telah ditamatkan perkhidmatan dalam tahun 1994 dan digantikan oleh Skn pesawat Hawk Mk108 dan Mk208.
Fancy Dress' one of the Mess function in Officers' Mess
(satu-satunya gambar aktiviti semasa bertugas di Kuantan yang ada dalam simpanan aku)
Mess Pegawai TUDM Kuanta
Foyer Mes Pegawai
(gambar pada Mac 2012)
(gambar pada Mac 2012)
Bangunan yang sama seperti semasa aku berkhidmat di sana pada tahun 1983-86. Cuma sekarang sudah banyak renovation sebelah dalamnya.
SENARAI NAMA PEGAWAI-PEGAWAI MEMERINTAH
PANGKALAN UDARA KUANTAN
1. Wg Cdr Eric George Ramsay (Feb 1968 - Apr 1969)
2. Wg Cdr Lawrence Phong Kew Mun (Apr 69 - Oct 69)
3. Wg Cdr Maximillian Albert Theseira (Okt 69 - Jun 70)
4. Wg Cdr Mohamed bin Ngah Said (Jun 70 - Jan 73)
5. Wg Cdr Max Theseira (Jan 73 - Jan 76)
6. Kol (U) Chuah Ban Hin (Jan 76 - Jan 80)
7. Kol (U) Tunku Jaafar Laksamana bin Tunku Nong Jewa (Jan 80 - Jun 80)
8. Lt Kol (U) Richard George Jalleh (Pemangku: Jun 80 - Ogos 81)
9. Kol (U) Tunku Jaafar Laksamana (Ogos 81 - Apr 83)
10. Kol (U) Nawi bin Alias (Apr 83 - Jan 85) - I was posted in at his time.
11. Kol (U) Hussein bin Supian (Jan 85 - Jul 87) - I was posted out during his command.
12. Kol Mohd Ali bin Wayat TUDM (Jul 87 - Jun 89)
13. Kol Hj Othman bin Sulan TUDM (Jun 89 - Dis 92)
14. Kol Abdullah bin Hj Ahmad TUDM (Dis 92 - Jun 93)
15. Lt Kol Loke Kok Yee TUDM (Jun 93 - Okt 95)
16. Kol Rodzali bin Daud TUDM (Okt 95 - Jun 96)
17. Kol Bashir bin Abu Bakar TUDM (Jun 96 - Feb 98)
18. Lt Kol Abd Malek bin Zakaria TUDM (Pemangku: Feb 98 - Nov 98)
19. Kol Bashir bin Hj Abu Bakar TUDM (Nov 98 - Apr 99)
20. Kol Shamsuri bin Ashaari TUDM (Apr 99 - Dis 01)
21. Kol Ismail bin Ibrahim TUDM (Dis 01 - Okt 04)
22. Kol Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM (Okt 04 - Apr 06)
23. Kol Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM (Apr 06 - Apr 07)
24. Kol Abd Malek bin Zakaria TUDM (Apr 07 - Dis 09)
25. Kol Hj Ibrahim bin Hashim TUDM (Dis 09 - 28 Feb 11).
26. Brig Jen Dato' Hj Mohd Salleh bin Othman TUDM (1 Mac 2011 - 13 Apr 2014)
27. Brig Jen Dato Hj Mohd Yazid bin Arshad TUDM (14 Apr 2014 - 8 Mac 2017)
28. Brig Jen Dato' Hj Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom (9 Mac 2017 - 14 Jan 2018)
29. Kol Wan Amin Hafiz bin Wan MAhmud TUDM (15 Jan 2018 - kini)
Cabaran 4: Ketua Skn Domestik
Upon reporting to the Squadron, I was assigned to hold the appointment of OC Domestic Sqn (serupa macam jaga Stor laaaaa). Looking after barrack, stationery and clothing stores. My staff that I could remember were Sgt Adnan, Kpl Subramaniam, LU Azman, LU Sabudi and Civ Ghazali (Barrack Store) and Civ Long and LU Rosminah at Clothing Store.
Bangunan pejabat Cawang Logistik pada tahun 1983-86.
Gambar diambil pada 30 Apr 2012 semasa aku membuat lawatan. Pejabat Cawang Materiel sekarang telah dipindahkan sejak tahun 1995 di belakang pejabat ini.
My OC was Mej Nik Hishamuddin bin Ibrahim, a Kelantanese. Very charismatic officer, knowledgeable in Supply subject, 'hensem' and very proficient and good command in English. I first met him in 1981 when attending short Air Movement Course in Supply Training Sqn, SKKT Kinrara. Other officers in Supply Branch were;
1. Kapt Ee Ten Long TUDM (OC SCAF/2ic) - however he and the OC could not work together and both keep on blaming each other. When I had a private talk with OC, he always talked bad about ETL (E Sepuluh Panjang) and otherwise. Lucky I was not a 'batu api'. He left as Kapt.
2. Lt M Abdullah Khir bin Hj Saidi TUDM, OC Technical Sqn - retired Lt Kol in 2009 (last apponitment was KCM PU Gong Kedak). He once became a Asst DA in London (2001-2004)
3. Lt M Romle bin Mat Piah TUDM, OC POL Sqn - Romle was together with me in Basic Logistic Officers Course (Kinrara). He retired Mejar and doing his own trading business.
4. Lt M Jemaat bin Atan TUDM, OC Explosive - now Kol.
5. Lt M Shamaun bin Yushak TUDM, MTO - left Mejar and joined PSCND Lumut (now Boustead) and last address is in Sitiawan.
6. Lt M Zamri bin Talib - left Kapt. I never met him from the day I left Kuantan. No news about him.
After commanding small seksyen 'Domestic', I was transferred (internal reshuffle) to MT Sqn (Skuadron Kenderaan) to replace Zamri Talib. Zamri took over Technical Sqn from Abdullah Khir. Dollah went to POL Sqn and Romle took over Domestic from me.
Not much learned in MT Sqn, but worthwhile to know a lot of thing about the types of vehicle (specialist and domestic), the maintenance system, the support system (FAMTO Store- now no more exist). The most worry part was to memorise the serviceability stat of the vehicle everyday, especially air specialist (sensitive and critical) vehicle such as bowser, fire tender, crash vehicle and runaway sweeper.
If you read my entry in TAJUK 7, I mentioned about my experience attending an interview in AFATS Port Dickson in 1974. Where seniors discourage me to proced to my ambition to be an army officer via AFATS. Here, in TUDM Kuantan, one of my Craftman (from Kor JLJ) his name is Shamsuri Md Thani (from Parit Putat, Sg Rambai, Malacca) was ex-AFATS. What was told by my senior in 1974 is true. Shamsuri was together with me in the interview, just nec 'capoi'. This AFATS graduate, became a private soldier. And, myself who failed the 'exciting interview' commissioned as 2nd Lt and now (1983), he is working under my command, my technician. Lucky he did not recognise me well.
But my trip in MT was very short because I was directed to work in Pulatibang 3 (3FTC) under Lt Kol Aziz Iskandar. At that time 3FTC was a lodger unit in TUDM Kuantan. The unit was under the command of MABANUD where as, TUDM Kuantan under MAWILUD 1. Mej Nik tried to hold me and proposed to send Abdullah Khir to 3FTC but was rejected by Aziz Iskandar.
In early 1986, Mej Nik posted out to MAFCA and succeeded by newly promoted Mej Azizan bin Shaari TUDM. He was my instructor in my Basic Supply Course in Kinrara before I got posted to Kuantan.
Cabaran 5: Kursus di Batu Kantonmen KL
Ini adalah kesah cabaran dan derita sepanjang mengikuti kursus selama 3 bulan di KL.
Hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui perasaan hatiku masa itu. Syukur tidak terhingga, sepanjang 3 bulan berulang-alik itu tiada satu pun kejadian tidak diingini menimpa aku. Motorsikal tidak pernah meragam (mati engine, atau rantai putus, atau pancit, atau minyak.
Cabaran 5: Kursus di Batu Kantonmen KL
Ini adalah kesah cabaran dan derita sepanjang mengikuti kursus selama 3 bulan di KL.
Aku melapor diri ke Kuantan pada bulan Okt 1983, 3 bulan sahaja selepas itu, iaitu pada bulan Feb 1984 aku terpilih untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai Kelengkapan Siri 33 di Sekolah Kor Kelengkapan (SKP- sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Ordnans (PULNORD), yang terletak di BATU KANTONMEN, Jalan Ipoh, KL.
Kursus ini mempunyai significant tersendiri dalam riwayat hidupku. Aku terpilih untuk mengikuti kursus ini ketika kedudukan diriku sebagai pegawai muda di TUDM masih belum stabil. Baru 3 bulan lebih melapor diri, baru berkahwin (Okt 1983), baru sahaja membawa isteri ke Kuantan dan menyewa rumah di Taman TAS, Kuantan. Paling mencabar ialah isteriku sedang mengandung anak sulong dan tinggaI seorang diri di rumah sewa. Dalam minggu kedua kursus, nenekku (Embah Suminah) datang menemankan isteriku selama 2 minggu sahaja. Selepas itu, Embah diambil semula oleh abangku untuk balik ke kampung. Aku benar-benar mengharapkan ehsan jiranku, khususnya Kak Nah untuk memantau isteriku.
Sepanjang tempoh kursus, aku tinggal di Mes Pegawai Batu Kantonmen. Setiap dua minggu (kalau ada peluang setiap minggu) aku akan pulang ke Kuantan. Biasanya petang Jumaat selepas selesai sukan petang, aku akan bertolak balik ke Kuantan dan kembali ke KL pada petang Ahad. Bagaimana? Aku berulang alik setiap minggu/dua minggu dengan hanya menaiki motorsikal kapcaiku Suzuki Cup R80 (masa itu dengan gaji Lt Muda sebanyak RM750.00, aku belum mampu membeli sebuah kereta. !!!. Kadang-kadang kalau penat sangat, aku mengambil tiket bas ekpress.
Masa itu, belum ada handphone. Kalau terdesak pun akan call guna telefon awam, melalui telefon rumah kak Nah.
Kalau menaiki motorsikal, bertolak dari KL jam 4.30 petang, lazimnya aku akan sampai Kuantan lebih kurang jam 11 malam. Sehingga sekarang, aku sendiri masih tidak percaya bagaimana aku berani buat seperti itu. Bayangkan menunggang motorsikal (KAPCAI) melalui jalan Karak highway. Masa itu belum ada LPT. Lebuhraya Karak hanya tamat sebelum pekan Karak. Melalui pekan Lanchang, bandar Mentakab dan Temerloh. Biasanya aku akan berhenti solat maghrib di masjid Mentakab. Kemudian menyeberangi Sungai Pahang melalui jalan perkampungan yang sunyi, hutan belukar dan jalan yang berliku menuju Kuantan. Jauh perjalanan sebelum menemui Kampong Awah (simpang ke Jerantut), kemudiannya berpuluh batu baru melalui simpang ke Felda Jengka. Selepas Simpang Jengka, akan menemui pekan Maran, biasanya hari telah melebihi jam 9 atau 10 malam. Berhenti mengisi minyak dan isi botol minyak spare. Dari Maran akan melalui pekan kecil Seri Jaya dan pekan Gambang sebelum sampai ke simpang Lebuhraya Tun Razak (ke Bandar Muadzam dan Segamat). Bila sampai situ, barulah hati berasa sedikit lega. Keseluruhan perjalanan melebihi 250 km. Suasana perjalanan yang SUNYI dan GELAP masa itu bukan seperti sekarang.
Cabaran 6: PULATIBANG 3
Pada 8 Oct 1984, kira-kira satu tahun bertugas di Cawang Logistik TUDM Kuantan, aku menerima kawat dari MINDEF untuk ditumpangkan ke PULATIBANG 3 (3FTC) untuk membuat tugas Pegawai Logistik. Sebenarnya tiada perjawatan Peg Logistik di 3FTC. Ini adalah atas permintaan khusus dari Komandan 3FTC (Lt Kol Aziz Iskandar) terus ke MINDEF. Beliau memerlukan seorang pegawai Logistik untuk membantu menguruskan tugas-tugas Logistik di 3FTC yang mempunyai peruntukan kewangan sendiri dan kuasa untuk melaksanakan Pembelian Tempatan.
Pada mulanya KCL (Mej Nik HIshamuddin) menawarkan (mahu menggantikan aku dengan) Lt M Abdullah Khir (Ketua Skn Teknikal) kerana Abdullah (lebih berpengalaman) telah berkhidmat di Kuantan melebihi dua tahun, manakala aku baru satu tahun. Tetapi Lt Kol Aziz enggan menerima tawaran Mej Nik, beliau mahu aku juga. Maka bermulalah tugasku di 3FTC.

Pada masa itu, terdapat tiga buah Pusat Latihan Terbang (PULATIBANG) di dalam TUDM. PULATIBANG 1 di TUDM Alor Setar untuk menyediakan latihan asas (Bulldog/PC 7) dan lanjutan penerbangan pesawat angkut (Cessna), PULATIBANG 2 di TUDM Kluang yang menyediakan latihan asas dan lanjuatn helikopter (Bell dan Alouette). Manakala PULATIBANG 3 menyediakan latihan peralihan pesawat pejuang (FLIT) dengan pesawat MB339A (Aermacchi).
PULATIBANG 3ditubuhkan dalam tahun 1982 dengan kelengkapan 12 x MB339A (kemudiannya digantikan dengan MB339CM (2008), kedua-duanya buatan Italy. Setelah menamatkan latihan (FLIT) di PULATIBANG 3 ini, juruterbang layak untuk menjadi juruterbang pejuang dan ditugaskan di Skn Operasi sama ada ke No 6/9 Skn (Skyhawk- kemudian diganti dengan Hawk dalam tahun 1994) atau No 11/12 Skn (F5F/F5E/RF5E) atau No 17/19 Skn (MiG-29- ditamatkan perkhidmatan tahun 2015) atau No 18 Skn (F/A-18D).
Dalam tahun 2008, pesawat F5F/F5E/RF5E ditamatkan perkhidmatan dan No 11 Skn menerima pesawat Su30MKM dari Rusia, manakala No 12 Skn dibubarkan.

M34-03 - Aermacchi MB-339A - Malaysia - Air Force
Permulaanku di 3FTC agak kurang yakin kerana bertugas berseorangan di tengah komuniti juruterbang pejuang. 3 FTC mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana Komandannya, Lt Kol (U) Abdul Aziz Iskandar @ Peter memilki karakter yang tersendiri. Aziz Iskandar mempunyai darah Orang Putih dari ibunya. Wajahnya dan kulitnya juga seperti Mat Saleh, tubuhnya besar, tinggi dan gagah. Perwatakannya agak agresif, professioanl dalam kerja, transparent dan tegas tetapi simple dan kurang berprotokol. Bagaimanapun beliau amat friendly.
Gaya hidupnya juga sepeti Mat Saleh. Isterinya Mdm Kerry berbangsa Australia (telah meninggal dunia kerana sakit kanser). Dalam awal tahun 1986, Lt Kol Aziz ditukarkan ke MAGLAT (Markas Grup Latihan Udara) yang berpejabat di Jalan Chan Moi Moi, Taman Tasik Titiwangsa. Aziz Iskandar digantikan oleh Lt Kol (U) Cheng Tiom Bow.
Selepas dia bertukar ke MAGLAT aku ditamatkan tumpangan ke Cawang Logistik untuk membuat tugas Ketua Skn Kawalan Stok dan Perakaunan (SCAF) sehingga Jun 1986 kerana aku terpilih melanjutkan pengajian ke ITM.
Kali terakhir aku berjumpa dengan Aziz Iskandar ialah dalam tahun 1987 atau 1988 di 'mamakteria' ITM Shah Alam. Aku masih belajar DBS dan beliau datang untuk mengambil peperiksaan CIT (U). Selepas bersara (awal) aku dengar beliau berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Aziz Iskandar (pic from Abas Airbus facebook)
Antara pegawai (jurulatih) yang aku kenali di 3FTC ialah:
1. Mej Rodzali bin Daud TUDM- Ketua Jurulatih (beliau bersara dalam tahun 2014 dalam pangkat Jeneral, Tan Sri dan juga sebagai PTU ke 16),
2. Mej Mohd Yusuf bin Isa TUDM (bersara dalam pangkat Lt Kol)
3. Mej Shubli Ismail TUDM (beliau terbunuh dalam kemalangan pesawat MB339A dalam tahun 1985 semasa membuat pertunjukan penerbangan sempena HUT TUDM)
4. Mej Bhupinder Singh a/l Puran Singh TUDM - Ketua Kajian Bawah (bersara Kol),
5. Kapt Lim Swee Fong TUDM (bersara Mej)
6. Mej Abas bin Salimon TUDM (bersara Mej - menyertai commercial airlines),
7. Mej Marsaleh bin Hassim TUDM (bersara Mej Jen, Dato'),
8. Kapt Haidir bin Lebai Yakub TUDM (meninggal dunia (heart attack) di Hospital Batu Pahat di Hari Raya ke 2 tahun 2009. Masa itu beliau berpangkat Kol- semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya),
9. Kapt Ismail Ibrahim TUDM (bersara Mej Jen, Dato),
10. Kapt Ansar Ali a/l Majeth TUDM (bersara Mej Jen, Dato),
11. Kapt Ling Hong Kam TUDM (bersara Lt Kol - menyertai commercial airlines),
12. Kapt Khaw Aik Hock TUDM (bersara Kapt - menyertai commercial airlines),
13. Kapt Kamaruzzaman bin Md Noor TUDM (beliau terbunuh bersama Mej Shubli dalam kemalangan pesawat MB339A dalam tahun 1985 semasa membuat pertunjukan penerbangan sempena HUT TUDM)
14. Kapt Zainudin (bersara Kapt - menyertai commercial airlines)
Among my squad (TJP37) who were in 3FTC (senior students) were Kamalruzaman (now Lt Jen Dato'), Khairil Asri (now Brig Jen Dato'), Felix Golsalves (now Col), Mohd Rahim Ismail (left as Kapt), Sanusi Samion (now Brig Jen Dato'). In 3FTC also I first met with Lt Gen Dato Sri Ackbal (was only a Lt at that time) undergoing fighter conversion flying (junior students) in PULATIBANG 3.
Among the other officers (flying students) in PULATIBANG 3 at that time weremy juniors from Intake 38: Lt Affendi Buang (now Jen Tan Sri Dato' Sri), Lt Jantan @ Marzuqi Taib (retired Major), Lt Abd Mues, Lt Yee.
Later, in 1984, another intake were reporting ini, among them were Lt Azlan Jayaseelan (retired Lt Col), Lt Fauzi (now Mej Jen Dato'), Lt Rashid (now Col). Lt Ackbal, Lt Vicknes, Lt Tan Hui Hock, Lt Najhan, Lt Rohaizad, Lt Norhaizad, Lt Azhar, Lt Khoo, Lt Mohamad Salleh Osman (now Mej Jen Dato'), Lt Wahi Anuar (missing in air action), Lt Azman (died in F5F air crash) dan lain-lain.

The good memory that very seldom for Supply Officer had the experience was, the opportunity to fly in the MB339 and PC7 aircraft. I was given a special treatment by my Commandant. If I need to go to KL for meeting or any official duty, he would task one of the instructor or senior students to send me by MB339 or PC7. Sometimes, he himself flew the aircraft.
In one ocassion, he invited me to fly to KL for a meeting. That morning I purposely came late (refused to go) because why???? I checked with Ops Room a day before and I was informed that he will fly TEBUAN. At that time only ONE Tebuan was flyable and ONLY Aziz Iskandar had the CAT to fly it. We called it 'Flying Coffin'. When he reached KL, he called and asked one of the instructor pilot to send me to KL.
Cabaran 7: Memasuki Rumah Keluarga (OMQ)
As a 2nd Lt, I preferred to live outside, because I can get housing allowance. The allowance helped my life a lot. With RM370 allowance per month and the to pay house rent for RM200, I still got some extra to play around. This because, my pay at that time was only RM750. So minus all the deductions, such as cooperation loans, PERNAMA loans and etc, less than RM400 in my pocket. I could consider that my financial management was not so stable.
In Kuantan I bought a second hand car in 1984, Datsun Pulsar (registered number CQ 5300) with the cost of RM6500.
I was staying in Taman TAS until end of 1985 when my name which was listed in the 'Senarai Tetap' received an instruction to move into the OMQ CA3 in the base with effective on 1 Jan 1986. It was 3 storey block and my house at 1st floor. My neighbours were at the ground floor; Mej Azizan Shaari (now Mej Jen Dato) and Mej Dahalan Jani (retired Kol); 1st floor, Mej Quek S.C (retired Lt Kol) and 2nd floor were Lt Suri Daud (now Kol) and Lt Zulkifli Mues (retired Mej).
Satu peristiwa yang aku tak dapat lupakan apabila berpindah ke OMQ ialah masalah kewangan yang dihadapi kerana tidak lagi menerima Elaun Perumahan sebanyak RM370. Nilai tersebut amat penting. 2 - 3 bulan pertama masuk OMQ, aku masih menerima elaun. Selama ini dengan elaun tu pun sekadar cukup makan je. Yang menyakitkan ialah apabila tiba hari pemotongan, pihak UGAT telah memotong jumlah 3 bulan (RM1110) dengan 2 ansuran sahaja. Maknanya gaji masa itu ialah RM800 setelah tolak hutang koperasi, hutang NAAFI dan tolak lagi pelarasan elaun rumah, rasanya baki gaji aku untuk dua bulan tersebut dalam seratus lebih sahaja. Nak makan apa? Anak ada dua. Untuk berhutang dengan kawan, itu adalah pantang aku. Pagi ke, petang ke, kais je apa yang ada.
Pernah dalam masa seminggu, sementara menunggu gaji masuk, isteri aku hanya masak bubur nasi sahaja (poridge) dengan lauk sambal kicap dan bilis goreng. Tak ada sapa yang tahu kesengsaraan ini. Pada ketika itu, pernah satu hari, ada seorang kawan aku datang rumah waktu tengahari, itulah yang aku hidangkan...... tapi apa yang dia tahu, itulah menu makan tengahari aku sekeluarga hari itu.
Berlinang air mata aku mengenang peristiwa itu.
OMQ CA3 tahun 2013- setelah 28 tahun aku tinggalkan
antara sejarah TUDM yang diukir semasa aku bertugas di Pangkalan TUDM Kuantan adalah ketibaan kumpulan pertama pesawat pejuang A4 Skyhawk PTM yang dibeli dari United States.
SKYHAWK MELAPOR DIRI
PENERBANGAN KUMPULAN PERTAMA PESAWAT
A4-SKYHAWK TUDM KE MALAYSIA
28 Disember 1984 – Kumpulan pertama empat buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk milik TUDM telah tiba di Pengkalan Udara Kuantan, Pahang D.M. pada 28 Disember 1984.
Seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan Malaysia memberitahu, kumpulan pertama 4 buah daripada 40 buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM (Perculiar To Malaysia) Skyhawk “refurbished” milik TUDM yang dipesan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1980 akan diterbangkan oleh juruterbang-juruterbang kontrak warga Amerika Syarikat.
Beliau berkata empat buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini akan membentuk elemen permulaan untuk satu daripada dua buah skuadron pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell A-4PTM Skyhawk. Setiap skuadron mengandungi 17 buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.
Empat buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini akan terbang dari Lapangan Terbang St. Augustine, Florida, Amerika Syarikat (sekarang Northeast Florida Regional Airport) ke Pengkalan Udara Kuantan, Malaysia melalui benua Eropah sejauh 18,400 kilometer dan berhenti di 12 buah lapangan terbang persinggahan untuk mengisi minyak. Pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini mempunyai kelajuan maksimum 1,080km sejam dan boleh terbang tanpa henti sejauh 3,200 kilometer dengan tangki minyak tambahan.
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Malaysia berkata, juruterbang-juruterbang kontrak warga Amerika Syarikat akan menerbangkan pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk ini secara berkumpulan. Bilangan pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk bagi satu kumpulan akan ditentukan kemudian. Penerbangan akan dibuat dalam selang masa satu minggu atau satu bulan sehinggalah penyerahannya tamat pada pertengahan tahun 1985.
Syarikat Grumman Aircraft Engineering Corporation (sekarang Grumman Aerospace Corporation), salah sebuah sebuah syarikat pembuat dan pengeluar kapal terbang terbesar di Amerika Syarikat, dipertanggungjawabkan untuk membaikpulih dan mempertingkatkan keupayaan sebanyak 40 buah lebihan pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4 Skyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat untuk TUDM. Di samping itu syarikat ini juga akan menyediakan khidmat sokongan penyenggaraan, latihan untuk juruterbang dan jurulatih penerbangan serta latihan untuk kakitangan penyenggaraan yang kosnya dianggarkan bernilai US$120 juta atau M$288 juta Malaysia.
Sebanyak 34 buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas A-4 Skyhawk satu tempat duduk di rekabentuk semula sebagai McDonnell Douglas A4-PTM (Perculiar To Malaysia) manakala enam buah pesawat terbang jet pejuang jenis McDonnell Douglas TA-4 Skyhawk dua tempat duduk di rekabentuk semula sebagai McDonnell Douglas TA-4PTM (Perculiar To Malaysia). McDonnell Douglas A4-PTM dan McDonnell Douglas TA-4PTM yang telah siap dibaikpulih dan dipertingkatkan keupayaannya mula dikeluarkan dari Syarikat Grumman Engineering Corporation pada 25 Mei 1984.
Seramai empat orang jurulatih penerbangan TUDM yang sedang mengikuti kejurulatihan penerbangan peralihan selama tiga bulan di Syarikat Grumman Engineering Corporation, Lapangan Terbang St. Augustine, Amerika Syarikat akan kembali ke tanah air pada penghujung tahun 1984.

Hari ini, pesawat A4 menjadi lambang kemegahan sebagai mercu tanda di pintu gerbang Pangkalan Udara Kuantan
KEMASKINI: 26 MAC 2018
LAST COUNTING: 2289
KEMASKINI: 26 MAC 2018
LAST COUNTING: 2289
Dato Mat Yasin bin Mat Daud bersara dgn pangkat Mej Jen. Ketua Misi IMT-Mindanao 4
ReplyDeleteterima kasih di atas maklumat tuan
DeleteNama saya Brig Jen Dato Pahlawan Hj Jamel bin Hj Ahmad 410463 commissioned on 12 April 1969 Intake SSC 14 kedalam Kor Rejiment Askar Jurutera Diraja RAJD. Bersara pada 23 Sept 2005. Jawatan terakhir disandang Inspektor Jeneral Tentera Darat. Harap dapat masukan nama saya di bawah Jeneral RAJD. Terima kasih.
ReplyDeletePemerhatian dan input dari YBhg Dato' amat saya hargai. Saya mohon pengesahan adakah sememangnya terdapat dua Brig Jen Dato' Jamel dari RAJD (Dato' Jamel bin Tahir dan Dato' Jamel bin Ahmad). Atau berlaku kesilapan di pihak saya.
DeletePengesahan YBhg Dato' amatlah dihargai. Terima kasih
Mej Jen Dato Redzuan bin Baharudin - KS MK TD
ReplyDeleteAdakah beliau dari Kor KAD atau RAMD? Mohon pencerahan sebab saya perasan yang beliau memakai stable belt RAMD.
Thanks and that i have a swell supply: How Much House Renovation Cost top home remodeling companies
ReplyDelete