SKUAD TJP37 TERBANG TINGGI
‘HANRUH’ DAN ‘PERISTA’
Pembukaan Sekolah Pegawai Kadet dan pengambilan Pegawai Kadet dalam jumlah yang besar serta memendekkan tempoh latihan dari 12 bulan kepada 9 bulan bermula dari TJP 36 (Ogos 1979) hingga TJP 42 (Ogos 1981) merupakan langkah drastik untuk meningkatkan kekuatan ATM bagi menghadapi ancaman pengganas komunis di bawah Konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dan Program Istimewa Angkatan Tentera (PERISTA).
Kesan dari Teori Domino era Perang Dingin terutamanya kejayaan Vietnam Utara (berideologi komunisme) menakluk Vietnam Selatan (kapitalisme) dan pengunduran tentera USA dari konflik Indo-China berkenaan, Kerajaan Malaysia pada akhir 1970an telah merangka penggubalan doktrin "Pertahanan Menyeluruh" (HANRUH) yang membawa kepada pemodenan Angkatan Tentera Malaysia menerusi Program Istimewa Angkatan Tentera (PERISTA). PERISTA telah dilancarkan pada tahun 1979 dengan dua tujuan utama, iaitu:
(1) Memodenkan Angkatan Tentera Malaysia dengan peralatan tempur yang membolehkan ATM untuk menjadi sebuah angkatan tentera konvensional dan menghadapi peperangan bercorak konvensional (conventional warfare) tanpa kehilangan taringnya dalam peperangan bercorak menentang insurgensi (counter-insurgency/COIN warfare).
(2) Menyusun atur struktur organisasi ATM supaya menjadi sebuah angkatan tentera yang bersifat lebih organik tetapi mempunyai keupayaan tempur yang jauh lebih tinggi.
Secara amnya, objektif pertama telah membawa kepada pemodenan peralatan yang digunakan oleh ATM. Antara perolehan peralatan yang diperkenalkan dalam tempoh perlaksanaan PERISTA adalah kenderaan pengangkut anggota (Armoured Personnel Carriers/APC) Radpanzer Condor dan pesawat pejuang A4PTM Skyhawks. Kedua-dua perolehan ini menampakkan persediaan terhadap menghadapi perang dengan Vietnam. Antara aset yang diperolehi dibawah PERISTA adalah 2 buah pesawat tinjauan RF-5E Tigereye; 40 buah pesawat tempur A4PTM Skyhawk; 460 buah APC Radpanzer Condor 4 x 4; 186 buah IFV SIBMAS (162 SIBMAS AFSV-90 & 24 SIBMAS ARV); 2 buah kapal korvet kelas Kasturi (KD Kasturi & KD Lekir); dan 4 buah kapal penyapu ranjau kelas Lerici (kelas Mahamiru).
PERISTA kemudian dibatalkan sekitar tahun 1985-1986 oleh mantan Perdana Menteri keempat Malaysia disebabkan beberapa kritikan dan juga ketirisan dana.
Mujurlah Teori Domino ini terbantut di Kemboja @ Kampuchea @ Republik Khmer, tidak berjaya merentasi Thailand. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu hari ini Skuad TJP37 ini tidak berbangga dengan kelahiran 21 orang Jeneral di atas tetapi ‘mungkin’ skuad TJP37 yang tinggal hari hanya dapat mengingati dan mengenang kehilangan sebahagian besar warganya dalam pertempuran melawan serangan tentera rakyat Mao Zedung (Mao Tse Tung) dari utara sebagaimana ramainya Askar Melayu yang terkorban semasa cuba menyekat serangan tentera Imperial Jepun pada tahun 1942.
1. https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=
1153328&mobile=2
2. Artikel "Dasar Pertahanan Negara: Pandangan Sekilas Lalu" oleh: Danny Liew Shan Lee yang diterbitkan Majalah Perajurit pada tahun 2007.
TJP37 DAN SEKOLAH PEGAWAI KADET
TJP37 melapor diri ke Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Port Dickson pada 2 April 1980 dan mengangkat sumpah pada 5 April 1980. TJP37 adalah pengambilan ke 2 dalam sistem dan struktur latihan Pegawai Kadet sepenuh masa selama 9 bulan di SPK, Port Dickson bagi menggantikan tempoh latihan setahun, iaitu 6 bulan di Pre-OCTU, Port Dickson dan 6 bulan di Cawangan Kadet, RMC, Sungai Besi.
Pengambilan TJP 37 merupakan pengambilan yang pertama melibatkan jumlah Pegawai Kadet yang paling besar (300 orang) dalam sejarah ATM. Begitu juga dengan jumlah pegawai yang ditauliahkan melebihi 260 orang.
TJP 37 turut menempa sejarah kerana terdapat 22 orang Pegawai Kadet wanita sebagai pengambilan pertama Pegawai Perkhidmatan Tetap Tauliah Jangka Pendek Wanita, yang terdiri dari 20 Pegawai Kadet Darat dan 2 Pegawai Kadet Udara. Sebelum ini semua pengambilan pegawai wanita adalah melalui Rejimen Askar Wataniah, pengambilan Pegawai Ikhtisas atau pun Pegawai Tugas Khas.
Apabila Pegawai Kadet TJP 36 ditauliahkan pada bulan 31 Mei 1980, kami TJP37 mendominasi Kem Sebatang Karah dan Kem Segenting. Pegawai Kadet Batalion Tuah dan Kompeni Pegawai Kadet Wanita telah menempati kompleks asal SPK/Pre-OCTU di Kem Sebatang Karah, manakala Pegawai Kadet Batalion Jebat dan Batalion Kasturi menempati Kem Segenting sehinggalah kami ditauliahkan.
Kem Segenting merupakan sebuah kem lama yang dibina semasa pentadbiran koloni British dan kemudiannya menempatkan Batalion Infantri untuk beberapa tahun. SPK hanya menghuni kem ini sehingga penghujung 1982 apabila kompleks SPK disiapkan. Kem Segenting kemudiannya diambil alih oleh Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera dari tahun 1982 hingga 1992. Ia kemudiannya menempatkan sementara rekrut Tentera Darat sebelum di musnahkan dan terbiar untuk beberapa tahun untuk memberi laluan kepada pembinaan Kolej Tentera Darat (KTD) yang disiapkan pada tahun 2012 dan pada tahun 2014 ia bertukar nama menjadi Akademi Tentera Darat (ATD) sehingga hari ini.
PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN
Walaupun Pegawai Kadet TJP37 menerima latihan ketenteraan dalam keadaan serba kekurangan, terutamanya Batalion Kasturi yang menduduki berek kediaman kayu berwarna hitam yang amat daif, diwarisi dari tentera British. Batalion Tuah dan Jebat agak bernasib baik kerana berek kediaman mereka telah dibaikpulih dengan bangunan kayu yang lebih baik dan selesa.
Jumlah yang terlalu ramai juga memberi kesan kepada kualiti latihan kerana jurulatih tidak dapat memberikan tumpuan yang secukupnya kepada setiap Pegawai Kadet. Bilangan jurulatih sama ada pegawai atau LLP ditambah hampir sekali ganda untuk memenuhi keperluan latihan. Namun, pihak ATM masih mengekalkan tahap standard atau piawaian Pegawai Kadet dari segi kecergasan fizikal, keupayaan dan kualiti kepimpinan serta kemampuan akademik (pengajian ketenteraan).
Dari jumlah asal seramai 300 Pegawai Kadet yang melapor diri pada 2 April 1980, seramai 201 Pegawai Kadet Tentera Darat dan 23 Pegawai Kadet TUDM telah pada hari perbarisan pentauliahan pada 24 Januari 1981. Seramai 10 orang Pegawai Kadet yang gagal mencapai piawaian yang ditetapkan telah dilanjutkan tempoh latihan selama tiga bulan lagi dan ditauliahkan bersama Pegawai Kadet TJP 38 pada 11 April 1981. Manakala 5 Pegawai Kadet telah terpilih untuk mengikuti latihan di OCS Portsea, Australia (3) dan RMA Sandhurst, United Kingdom (2). Seramai 37 Pegawai Kadet TUDM juga tidak ditauliahkan kerana perlu menamatkan latihan asas penerbangan di Sekolah Latihan Penerbangan, TUDM Alor Setar. Bakinya seramai 24 orang Pegawai Kadet telah gagal lebih awal (penggal pertama atau kedua), memohon untuk berhenti kerana melanjutkan pengajian ke IPTA, diberhentikan atas masalah disiplin dan meninggalkan latihan tanpa kebenaran (absent or desertion).
Selanjutnya dari jumlah 37 Pegawai Kadet TUDM yang terpilih mengikuti latihan penerbangan, seramai 23 orang telah berjaya mendapat sayap penerbangan (bergelar juruterbang) dan bakinya seramai 14 orang telah gagal dan ditauliahkan ke Cawangan Kejuruteraan, Logistik dan Urusetia.
Sebagaimana kelazimannya, setelah melalui perjalanan yang sukar di dalam kerjaya perkhidmatan masing-masing, jumlah pegawai ini semakin mengecil dari semasa ke semasa. Ada yang menamatkan perkhidmatan tempoh TJP (atau lanjutan tempoh) semasa berpangkat Leftenan, Kapten dan Mejar. Ada yang meneruskan ke perkhidmatan tauliah tetap dan seterusnya bersara awal, bersara pilihan atau bersara wajib mengikut kaedah-kaedah perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Perjalanan kerja pegawai dari TJP37 adalah SUKAR dan KERAS kerana terpaksa bersaing rapat dengan senior TJP36 (Tauliah: 31 Mei 1980), TJP38 (11 April 1981), TJP39 (11 Jun 1981), TJP 40 (21 November 1981), TJP42 (6 Mac 1982) dan TJP42 (22 Mei 1982) di samping pegawai dari Regular 20 (16 Mei 1981) dan Regular 21 (17 Jun 1982).
Pencapaian kerjaya warga bekas Pegawai Kadet TJP 37 dalam perkhidmatan Tentera Darat dan TUDM amat membanggakan termasuk dari kalangan Pegawai Kadet Wanita. Seramai 99 orang telah dapat mencapai pangkat Lt Kol dan ke atas dan dari jumlah itu, 21 orang berjaya mencapai ke pangkat Brigedier Jeneral ke atas dan yang lebih membanggakan lagi ialah dua darinya mencapai pangkat Jeneral 4 Bintang dan menduduki jawatan sebagai Panglima Perkhidmatan, iaitu Panglima Tentera Darat (PTD) ke 27 dan PTD ke 28). Status dan kedudukan skuad TJP 37 pada 20 September 2023 (apabila kesemuanya telah menamatkan perkhidmatan) ialah: 2 x Jeneral, 3 x Leftenan Jeneral, 5 x Mejar Jeneral, 12 x Brigedier Jeneral, 8 x Kolonel dan 69 x Leftenan Kolonel.
JENERAL 4 BINTANG
(1) Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain (Rejimen Askar Melayu Diraja).
LEFTENAN JENERAL
(1) Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Lt Jen Datuk Haji Azlan bin Abd Rahman (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(3) Lt Jen Datuk Haji Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
MEJAR JENERAL
(1) Mej Jen Datuk Haji Romlee bin Yahya TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(2) Mej Jen Dato Haji Khairil Asri bin Bahrin TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(3) Mej Jen Dato' Haji Sanusi bin Samion TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(4) Mej Jen Dato’ Felix Gonsalvez a/l Alexander PTU TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(5) Mej Jen Dato’ Haji Toharudin bin Ab Rasid TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia - Materiel).
BRIGEDIER JENERAL
(1) Brig Jen Kamaralzaman bin Tun Dr Abdul Aziz (Rejimen Renjer Diraja)
(2) Brig Jen Haji Abdul Razak bin Hussain (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(3) Brig Jen Mohd Tahar bin Abd Razak (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(4) Brig Jen Khairul Anuar bin Yaakob (Bersara) (Rejimen Gerakhas Malaysia).
(5) Brig Jen Dato' Haji Jaafar bin Marlan (Bersara) (Kor Perkhidmatan Diraja)
(6) Brig Jen Haji Roslan bin Shaari (Bersara) (Kor Ordnans Diraja).
(7) Brig Jen Mohd Fanashim Benson bin Hashim (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(8) Brig Jen Dato' Haji Jumali bin Salamat TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Juruterbang).
(9) Brig Jen Dato' Haji Hasaza bin Hanafiah TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(10) Brig Jen Dato’ Mohammad Shuairi bin Abdullah TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel).
(11) Brig Jen Dato' Hajah Yohanez binti Ahmad TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel) - wanita.
(12) Brig Jen Dato’ Tamilanty a/l Periasamy TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa).
KOLONEL
(1) Kol Haji Abdul Malik bin Ali (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Kol Ajhman bin Hj Bakor (Kor Armor Diraja) telah meninggal dunia
(3) Kol Zulkarnain bin Abu Bakar (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(4) Kol Abd Halim bin Idris (Bersara) (Kor Risik Diraja).
(5) Kol Haji Muhammad Shuhaimi bin Hj Ashari TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(6) Kol Ir Dr Mohd Asri bin Ismail TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(7) Kol Haji Mohd Sabri bin Shamsudin TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan)
(8) Kol Haji Abd Razak bin Mat TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa)
LEFTENAN KOLONEL
(1) Lt Kol Ahmad Kamal bin Hassan (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(2) Lt Kol Haji Ahmad Nadazari bin Isa (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(3) Lt Kol Haji Ahmad Ghazali bin Puteh (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(4) Lt Kol Mohd Ariffin bin Saimon (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(5) Lt Kol Mohd Shafie bin Arshad (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(6) Lt Kol Haji Miswan bin Bujang (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(7) Lt Kol Haji Mohamad Yatim bin Mohamad Noor (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(8) Lt Kol Haji Ku Ahmad Khir bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(9) Lt Kol Haji Mohd Hairudin bin Mokri (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(10) Lt Kol Mohd Hanafiah bin Mohd Ramli (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(11) Lt Kol Mohd Sahar bin Said (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(12) Lt Kol Datuk Haji Nazli bin Alias (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(13) Lt Kol Anwar bin Mohammad Yusof (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(14) Lt Kol Haji Pazil bin Mat (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(15) Lt Kol Haji Saifulbahri bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(16) Lt Kol Din bin Ali (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(17) Lt Kol Haji Shamsudin bin Sulaiman (Bersara)(Rejimen Askar Melayu Diraja).
(18) Lt Kol Haji Salahuddin bin Daud (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(19) Lt Kol Haji Mohd Yusof bin Saidi (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(20) Lt Kol Haji Roslan bin Hj Kadak (Bersara) (Rejimen Askar Melayu Diraja).
(21) Lt Kol Azlan Shah bin Abdul Aziz (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(22) Lt Kol Johan Juan @ Juan Chow Huat bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(23) Lt Kol Hamdan bin Othman (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).– telah meninggal dunia.
(24) Lt Kol Haji Ishak bin Hj Johar (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(25) Lt Kol Mohd Rizal Tan @ Tan Chee Ser (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(26) Lt Kol Firdaus Quah @ Quah Boon Hock bin Abdullah (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(27) Lt Kol Vasuthevan a/l Loganathan (Bersara) (Rejimen Renjer Diraja).
(28) Lt Kol Abd Mubin bin Othman (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(29) Lt Kol Che Jamal bin Othman Shah (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(30) Lt Kol Ganese a/l Jaganathan KPK (Bersara) (Kor Armor Diraja)
(31) Lt Kol Goh Choon Peng (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(32) Lt Kol Haji Majdi bin Kamarudin (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(33) Lt Kol Haji Mohd Norzuki bin Mohd Yusof (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(34) Lt Kol Robert Foo Yap Sia (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(35) Lt Kol Tajri bin Joned (Bersara) (Rejimen Artileri Diraja).
(36) Lt Kol Jasni bin Mohd Noor (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja).
(37) Lt Kol Khalid bin Ismail (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja).
(38) Lt Kol Sam Foong Sow (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja) - wanita.
(39) Lt Kol Roslan bin Ali (Bersara) (Rejimen Semboyan Diraja).
(40) Lt Kol Badrul Hisham bin Suda (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(41) Lt Kol Haji Mohd Nordin bin TP Kunjupathy (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(42) Lt Kol Haji Abd Rahman bin Tarmiji (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(43) Lt Kol Abdillah bin Awang (Bersara) (Rejimen Askar Jurutera Diraja).
(44) Lt Kol Syed Azhar bin Syed Abu Bakar (Bersara) (Kor Risik Diraja).
(45) Lt Kol Yusri Azhar bin Ramli (Bersara) (Kor Kesihatan Diraja).
(46) Lt Kol Hajah Nor Sabrina @ Lolly Maisie Joel binti Abdullah (Bersara) (Kor Kesihatan Diraja) - wanita.
(47) Lt Kol Haji Sazali bin Rauf (Bersara) (Rejimen Gerakhas Malaysia).
(48) Lt Kol Haji Mohd Shah bin Abd Rahman (Bersara) (Kor Perkhidmatan Diraja).
(49) Lt Kol Norzahari bin Zeelan (Bersara) (Kor Perkhidmatan Diraja).
(50) Lt Kol Haji Abd Razak bin Siran (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(51) Lt Kol Haji Khalid bin Hamid (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(52) Lt Kol Haji Hamdan bin Abd Rahim (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(53) Lt Kol Haji Azman bin Daud (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(54) Lt Kol Haji Lod bin Atan (Bersara) (Kor Odnans Diraja).
(55) Lt Kol Baharudin bin Hussein (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(56) Lt Kol Ir Haji Mohd Nasir bi Sulaiman (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(57) Lt Kol Haji Kamarudin bin Ibrahim (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(58) Lt Kol Haji Ahmad bin Ismail (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(59) Lt Kol Haji Mohd Yusof bin Awang (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(60) Lt Kol Haji Zulkhurnain bin Ahmad (Bersara) (Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja).
(61) Lt Kol Ahmad Jamari bin Mohamad TUDM (Bersara)(Tentera Udara Diraja Malaysia-Juruterbang).
(62) Lt Kol Haji Azemi bin Mat Saud TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(63) Lt Kol Ahmad Zaini bin Mohd Ali TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel).
(64) Lt Kol Khairudin bin Mohd Zahari TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Materiel).
(65) Lt Kol Thien Pian Khong TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Kejuruteraan).
(66) Lt Kol Abd Razak bin Mat Salim TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Tadbir).
(67) Lt Kol Hajah Sarkiah binti Zainuddin Hipney TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Tadbir) - wanita.
(68) Lt Kol Mohd Shafie bin Ali TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa).
(69) Lt Kol S. Hamid bin Mohd Yusof TUDM (Bersara) (Tentera Udara Diraja Malaysia -Pengurusan Ruang Angkasa).
The Last of The Mohicans of SSC37 ialah Brig Jen Kamaralzaman bin Abdul Aziz yang bersara wajib pada 8 Disember 2022. Bagaimanapun, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain yang sepatutnya bersara pada 21 September 2022 telah dilanjutkan perkhidmatannya selama setahun lagi oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Aku tidak mampu untuk menulis riwayat kerjaya setiap high-flyer skuad TJP 37 ini. Memadai jika aku dapat memilih kalangan yang mencapai pangkat Brig Jen (dan yang setaraf di dalam TUDM) ke atas dengan harapan mereka ini boleh dijadikan contoh atau rujukan kepada warga ATM yang mengenali mereka.
SKUAD AHMAD HASBULLAH BIN HJ AHMAD NAWAWI
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi PGAT PSM PJN SPTS DCSM PSAT DGMK DPMK DSAP DPMS PAT JSM KAT KMN AMK PJM PPS PPA MA(Lancaster) MSS(USAWC) usawc mpat plsc (Canada).
Jawatan Terakhir: Panglima Tentera Darat di Markas Tentera Darat ke 27, Kementerian Pertahanan Malaysia dari 3 September 2018 hingga 10 Jun 2020.
Skuad Ahmad Hasbullah dilahirkan pada 2 November 1960 di Kuala Kangsar, Perak, mendapat pendidikan menengah di Methodist Secondary School, Sungai Siput sehingga tamat Tingkatan 5 pada tahun 1977, kemudian meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6 di Sek Men Clifford, Kuala Kangsar sehingga tahun 1979 sebelum menyertai latihan Pegawai Kadet TJP 37 di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson mulai 2 April 1980.
Berasaskan kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan semasa menjalani latihan di SPK, pada bulan Oktober 1980, beliau telah terpilih mengikuti latihan Pegawai Kadet di Officer Cadet School, Portsea, Australia selama satu tahun. Beliau telah ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 11 Disember 1981. Dari 3 orang Pegawai Kadet TJP37 yang terpilih mengikuti latihan di OCS Portsea, hanya Ahmad Hasbullah seorang yang berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.
Sepanjang kerjayanya dalam ATM, skuad Ahmad Hasbullah telah melaksanakan pelbagai tugas-tugas dari peringkat unit operasi dan latihan, Markas Formasi dan Markas Tentera Darat serta tugas operasi dan jurulatih di unit operasi dan latihan.
Skuad Ahmad Hasbullah memulakan kerjaya sebagai pegawai muda dengan menjawat tugas sebagai Ketua Platun diikuti oleh Pegawai Kenderaan di Batalion ke 25 RAMD, Kem Remilies Ipoh, Perak kemudiannya sebagai Ketua Kompeni sebelum ditukarkan ke Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson sebagai Jurulatih, PS3 Sel Pegawai di Departmen Tentera Darat (Cawangan Tadbir) dan Penolong Ketua Kompeni di 4 RAMD. Semasa berkhidmat di Batalion, beliau turut terlibat dalam operasi memerangi pengganas komunis sehinggalah perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989.
Pada 1 Mac 1991, beliau dinaikkan ke pangkat Mej untuk menyandang jawatan Ketua Kompeni di Batalion 4 RAMD. Pada 17 November 1992, skuad Ahmad Hasbullah telah dipilih untuk mengikuti kursus di Land Forces Command and Staff College, Ontario, Canada sehingga 15 Jun 1993. Setamatnya dari Canada, beliau ditugaskan sebagai Juruarah di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi mulai 16 Jun 1993. Pada 20 Februari 1995, ketika berusia 34 tahun skuad Ahmad Hasbullah telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol dan diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah Batalion ke 2 RAMD di Kem Sungai Ara, Pulau Pinang.
Skuad Ahmad Hasbullah telah terpilih mengikuti kursus peringkat Sarjana di University of Lancaster, United Kindom dari 1 Oktober 1996 hingga 8 November 1998. Sepulangnya dari kursus itu, beliau ditukarkan ke Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat sebagai PS1 Tadbir dan selanjutnya terpilih sekali lagi untuk mengikuti kursus di MPAT, Haigate dari 7 Februari hingga 2 November 2000. Beliau merupakan Siswa Terbaik Akademik dan dianugerahkan Hadiah Lembaga Pengarah MPAT.
Setamatnya kursus MPAT, skuad Ahmad Hasbullah ditukarkan ke jawatan Ketua Staf di Markas 11 Briged, Kem Sungai Buloh mulai 3 November 2000 sehingga 1 April 2001 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Kol untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Pendidikan ATM.
Skuad Ahmad Hasbullah merupakan satu-satunya Pegawai Infantri dan juga pegawai bukan dari Kor KPA-Pendidikan yang pernah dilantik ke jawatan itu dengan misi untuk membuat reformasi di Jabatan Arah Pelajaran ATM. Dalam tempoh 2 tahun menyandang jawatan itu, beliau telah sama-sama berperanan dalam mengubah dasar Skim Pengajian Tinggi ATM apabila cuti melanjutkan pengajian bergaji penuh diluluskan kepada warga ATM untuk semua tahap pengajian dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dengan Universiti Terbuka Malaysia mula diperkenalkan. Beliau juga terlibat secara langsung dalam proses mewujudkan Skim Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) yang boleh dinikmati oleh warga ATM sehingga kini.
Pada 18 April 2003, skuad Ahmad Hasbullah telah ditukarkan ke jawatan Kolonel Latih di Cawangan Operasi dan Latihan, Markas TD. Lima bulan sahaja dalam jawatan itu iaitu pada 10 September 2003, beliau telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan mengambil alih jawatan Assisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT). Pada 27 Jun 2004, beliau telah terpilih mengikuti Interntional Fellows Program diUS Army War College (USAWC),Carlisle, Pennsylvania selama setahun.
Sepulangnya dari USAWC, beliau diamanahkan memegang jawatan sebagai Panglima 11 Briged di Kem Sungai Buloh mulai 12 Jun 2005. Dua tahun kemudian, pada 1 Februari 2007, beliau ditukarkan pula ke Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Trendak untuk mengambil alih jawatan Panglima 3 Divisyen Infantri an dinaikkan ke pangkat Mej Jen.
Pada 31 Oktober 2009, ketika berusia 49 tahun, kerjaya skuad Ahmad Hasbullah terus melonjak apabila dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan diamanahkan untuk memikul tanggugjawab sebagai Panglima Medan Tentera Darat, iaitu jawatan tertinggi dalam heirarki operasi Tentera Darat.
Mengambil alih tugas PTD dari Jen Tan Sri Zulkiple Kassim
Kerjaya skuad Ahmad Hasbullah semakin menghampiri kemuncaknya apabila beliau diamanahkan untuk memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat mulai 1 Ogos 2011. Beliau menyandang jawatan tersebut selama 7 tahun di bawah pemerintahan 3 orang Panglima Tentera Darat sehingga beliau dilantik menjadi PANGLIMA TENTERA DARAT ke 27 menggantikan Jen Tan Sri Zulkiple bin Kassim pada 3 September 2018.
Sepanjang kerjayanya, skuad Ahmad Hasbullah telah mengikuti pelbagai kursus profesional di dalam dan luar negara. Antaranya ialah di Australia Infantry Centre, Singleton, US Army Advanced Infantry School, Fort Benning Georgia (USA), Land Forces Command and Staff College, Kingston, Ontario, Canada dan US Army War College (USAWC), Carlisle, Pennsylvania dan Senior Executive in International Security di Harvard University. Beliau juga memiliki beberapa kelulusan akademik peringkat tertiary seperti Diploma in Training and Development dari Leicester University, United Kingdom pada tahun 1997, Master in International Relations and Strategic Studies dari University of Lancaster, United Kingdom pada tahun 1998 dan Master in Strategic Studies dari USAWC pada tahun 2005.
Di atas pencapaian kerjaya yang cemerlang sehingga ke tahap Panglima Perkhidmatan, skuad Ahmad Hasbullah turut menerima beberapa anugerah pengktirafan seperti anugerah Hall of Fame ke 11 Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada 30 September 2019; graduan antarabangsa tunggal yang pernah menerima anugerah Hall of Honour dari Canadian Army Command and Staff College pada 26 Disember 2019; dan penerima ke 71 anugerah US Air War College International Fellows Hall of Fame pada 31 Mac 2020.
Dalam tempoh 6 bulan terakhir Ahmad Hasbullah menyandang jawatan PTD, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penglibatan pasukan Tentera Darat sebagai barisan hadapan memerangi serta mencegah rebakan wabak COVID-19 (terutamanya Kor Kesihatan Diraja) begitu signifikan. Sehingga YB MENHAN menggelar beliau sebagai Panglima COVID.
Skuad Ahmad Hasbullah juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang amat jarang dimiliki oleh mana-mana Panglima, khususnya Panglima Tentera Darat yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam heirarki sebuah organisasi Tentera Darat yang mempunyai kekuatan lebih 80,000 anggota tidak termasuk lebih 50,000 anggota simpanan. Beliau mempunyai kekuatan dan kebolehan menulis dan menganalisa apa yang dilihatnya setiap hari. Bermula dengan hari pertama sebagai PTD ke 27, beliau mula menulis tentang apa yang dilihat dan apa dilakukan serta segala aktiviti Tentera Darat di dalam dan di luar Negara dan seterusnya menulis pendapat beliau, merujuk kepada peraturan dan perundangan yang sedia ada, fakta kehidupan manusia di dunia, persekitaran alam dan tanpa gagal mengaitkannya dengan peranan dan tanggungjawab setiap pelaku termasuk dirinya terhadap Penciptanya, Allah Azzawajalla.
Prinsip penulisan beliau adalah berasaskan kepada Rukun Negara, semangat jati diri dan cintakan Negara, menjunjung Wasiat Raja-Raja Melayu serta memegang teguh Ikrar Kesatria. Berjaya Dunia dan Berjaya Akhirat.
Penulisan dan nukilan beliau dalam bentuk bait-bait PUISI yang diberi nama Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD) ini, pada awalnya diposkan ke dalam group whatsapp Army Commanders dan Staf PTD dan mereka akan viralkan tulisan/catatan tersebut ke saloran pemerintahan masing-masing sehingga dapat ditatapi dan difahami oleh seluruh warga Tentera Darat. Kompilasi DMPTD ini bukan sahaja diedakan dalam organisasi Tentera Darat bahkan turut menjadi cenderahati kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin organisasi utama Negara.
Hasil nukilan inspirasi Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah
Sehingga hari terakhir pemerintahannya, sebanyak 4 siri DMPTD telah berjaya diterbitkan dan ditambah dengan 3 buah lagi kompilasi PTD 27. Satu hasil nukilan yang mengkagumkan dan bakal menjadi tatapan dan bahan pemikiran rakyat Malaysia, terutamanya generasi warga Tentera Darat dalam melaksanakan tugas mengawal pertahanan Negara.
Ahmad Hasbullah mnyerahkan tugasnya sebagai PTD kepada penggantinya pada 11 Jun 2020 untuk memulakan cuti dan latihan peralihan sehingga tarikh persaraan wajibnya pada 10 November 2020.
Ahmad Hasbullah mnyerahkan tugasnya sebagai PTD kepada penggantinya pada 11 Jun 2020 untuk memulakan cuti dan latihan peralihan sehingga tarikh persaraan wajibnya pada 10 November 2020.
SKUAD ZAMROSE BIN HJ MOHD ZAIN
Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain PGAT PSM PSD SPMS DPPN PNBS SPDK DGSM SSNS DCSM PSAT DIMP DPNS PAT JMN JSM KAT KMN KSD BCK AMS PJM PPS PPA PNBB MA(UKM) DipPSP(UM) ndc (Thailand) mpat psc.
Jawatan Terakhir: Panglima Tentera Darat di Markas Tentera Darat ke 28, Kementerian Pertahanan Malaysia mulai 11 Jun 2020 hingga 21 Mac 2023.
Skuad Zamrose dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 22 September 1962. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sek Men Tunku Besar Tampin mulai Tingkatan 1 hingga 3 dan sebelum terpilih ke Maktab Tentera Diraja (MTD) pada tahun 1978. Kerjaya beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia bermula apabila menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada tahun 1980. Skuad Zamrose ditauliahkan sebagai Lt M pada 24 Januari 1981 dan menyertai Batalion Ke 8 RAMD sebagai unit pertamanya. Di sepanjang perkhidmatannya, skuad Zamrose telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat mahupun Angkatan Tentera Malaysia sebagai pemerintah, staf dan jurulatih.
Skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk menyandang jawatan Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD pada tahun 2002, diikuti oleh Ketua Staf di Markas 11 Briged Infantri, Kem Sungai Buloh pada tahun 2003. Ketika beliau menjawat Ketua Staf Markas 11 Briged, Panglimanya adalah skuad Brig Jen Dato’ Ahmad Hasbullah. Dari 11 Briged beliau ditukarkan ke jawatan Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) pada tahun 2005. Pada tahun 2006, skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Kol untuk memikul tugas sebagai Komandan Kolej Tentera Darat di Kem PULADA sehingga tahun 2008.
Pada tahun 2009, skuad Zamrose dinaikkan ke pangkat Brig Jen untuk memegang tugas sebagai Panglima 4 Briged Infantri (Mekanis) di Kem Batu 10, Gambang, Kuantan. Seterusnya pada tahun 2012, beliau ditukarkan ke jawatan Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat sehingga tahun 2014, diikuti oleh Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan di Markas Tentera Darat, sehingga tahun 2015.
Pada tahun 2015, skuad Zamrose dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan ditukarkan ke jawatan Panglima Divisyen Ketiga Infantri selama setahun sebelum dihantar ke Cotabato City, Mindanao, Filipina untuk menyandang tugas sebagai Ketua Misi 11th International Monitoring Team (TPA-M 11) dari Mac 2016 sehingga bulan Mac 2017. Kecemerlangannya semasa menjalankan tugas ini beliay telah dikurniakan The Combat Commander’s (KAGITINGAN) Badge dari Tentera Darat Filipina yang disempurnakan oleh Lt Gen Romeo S Brawner Jr, Commanding General, Philippine Army pada 27 April 2022.
Sepulangnya dari Mindanao beliau dilantik menjadi Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Markas ATM sehingga tahun 2018.
Pada 2 November 2018, skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan dilantik menjadi Panglima Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang, Sarawak. Pada 11 Jun 2020, tanpa melalui jawatan Timbalan PTD, skuad Zamrose telah dinaikkan ke pangkat Jeneral dan seterusnya menjawat jawatan PANGLIMA TENTERA DARAT ke-28 bagi menggantikan skuad Ahmad Hasbullah.
Sepanjang perkhidmatannya di dalam ATM, skuad Zamrose telah mengikuti beberapa kursus/pengajian di dalam dan juga di luar negara. Antara kursus utama yang dihadiri adalah Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dengan pengajian Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan, Universiti Malaya pada tahun 1996, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dengan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Dasar dan Keselamatan), Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001 dan National Defence College di Thailand dari Mac 2008 hingga Julai 2009.
Skuad Zamrose merupakan satu dari dua skuad TJP37 yang masih dalam perkhidmatan sepenuh masa ketika buku ini disiapkan. Mengikut peraturan ATM yang sedia ada, tarikh persaraan wajib skuad Zamrose adalah pada 21 September 2022.() Namun sebagai penyandang jawatan PTD, Seri Paduka Baginda YDP Agong telah berkenan melanjutkan perkhidmatan beliau selama satu tahun lagi atas keperluan perkhidmatan.
SKUAD ABDUL HALIM BIN HJ JALAL
Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim bin Hj Jalal PJN PSAT DPKK PAT JMN JSM SDK KAT KMN BCK PJM PPS PPA PNBB MSc (Global Security)(Cranfield) MA(Def Strat Studies)(Deakin) LLB (UiTM) DipLaw(ITM) Dip PSP(UM) fdssc (Australia) psc.
Jawatan Terakhir: Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dari 15 Mei 2018 hingga 18 Disember 2020.
Skuad Abd Halim dilahirkan di Pasir Putih, Kelantan pada tahun 13 Mei 1961, mendapat pendidikan menengah di Sek Men Selayang Baru dan Sek Men Maxwell, Kuala Lumpur sehingga tahun 1978 sebelum menyertai latihan Pegawai Kadet TJP 37 di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson. Setelah ditauliahkan sebagai Lt M pada 24 Jan 1981, beliau ditugaskan sebagai Ketua Platun di Batalion ke 24 RAMD.
Selain dari jawatan sebagai Ketua Platun, di dalam Batalion ini, skuad Abdul Halim turut diberi peluang menjawat Pegawai Rintis Serang, Pegawai Risik serta Ajutan sehingga beliau ditukarkan keluar pada 31 Disember 1986. Dari 24 RAMD, beliau diberi tugas staf di Departmen Tentera Darat (Cawangan Tadbir) sebagai PS3 Tadbir DTD Tadbir mulai 1 Januari 1987 sehingga bulan 30 Jun 1988 apabila terpilih mengikuti kursus Diploma Undang-undang di Institut Teknologi MARA selama 3 tahun. Setamatnya pengajian di ITM beliau ditukarkan ke DTD-Tadbir sebagai PS3 Undang-Undang mulai 1 Dis 1991 sehingga 30 November 1992 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Mejar dan ditukarkan sebagai PS2 Undang-Undang di unit yang sama sehingga 30 Jun 1994 untuk melanjutkan pengajian Diploma lanjutan Undang-undang (bertaraf ijazah) di ITM Shah Alam.
Setamatnya kursus di ITM, skuad Abdul Halim ditugaskan sebagai Pegawai Undang-undang MALBATT dalam misi pengaman UNROFOR di Bosnia mulai 12 Jun 1995 hingga 23 Jun 1996. Sepulangnya dari misi UNPROFOR, beliau ditugaskan di Markas TD (Cawangan Sumber Manusia) sebagai PS2 Undang-Undang.
Pada 4 Januari 1998, skuad Abdul Halim dipilih untuk mengikuti kursus staf selama setahun di MTAT Haigate dan pada 4 Januari 1999 ditukarkan ke jawatan PS2 Perundangan di Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas ATM sehingga 2 Januari 2001 apabila ditukarkan ke Batalion Pertama RAMD sebagai Ketua Kompeni.
Pada 1 Jun 2001, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Lt Kol dan diberikan amanah untuk menjadi Pegawai Memerintah Batalion ke 14 RAMD di Kem Mahkota, Kluang, Johor sehingga 26 Ogos 2002 kerana dipilih untuk mengikuti pengajian Sarjana di University of Cranfield, United Kingdom. Sepulangnya dari United Kingdon, skuad Abdul Halim ditugaskan sebagai PS1Gerak di Markas 3 Divisyen mulai 28 Ogos 2003 dan kemuadiannya ditukarkan pula sebagai PS1 Strategik Darat di Bahagian Perancang Pertahanan, Markas mulai 20 Januari 2005.
Pada 12 Jun 2006, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Kol untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Markas 3 Divisyen Infantri sebelum ditukarkan ke jawatan Pengarah Rancang di MK TD-Cawangan Perancangan & Pembangunan mulai 1 Mac 2007 dan kemudiannya sebagai Pengarah Pembangunan mulai 1 Ogos 2008.
Pada 3 November 2008, skuad Abd Halim dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai Panglima 12 Briged Infantri, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur sebelum terpilih mengikuti Defence Strategic Studies Course di Australia selama setahun pada mulai 3 November 2009. Sepulangnya dari Australia, beliau ditugaskan sebagai Panglima 5 Briged, Kem Loke Kawi, Sabah mulai 15 Disember 2010 dan pada 1 Ogos 2012, beliau ditukarkan pula ke jawatan Pengarah Pengurusan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.
Pada 1 April 2013, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral untuk mengisi perjawatan baru sebagai Pengarah Komponen Pertahanan di Markas Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) yang baru ditubuhkan. Selanjutnya pada 15 Disember 2013, beliau ditukarkan semula ke Markas TD sebagai Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan sehingga 5 Ogos 2015 untuk mengambil alih tugas sebagai Panglima 4 Divisyen Infantri di Kem Wardieburn. Jawatan terakhir dalam pangkat Mej Jen adalah sebagai Ketua Staf di Markas Tentera Darat mulai 17 Mac 2016.
Pada 8 Februari 2017, skuad Abdul Halim dinaikkan ke pangkat Lt Jen untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Staf Markas ATM. Tugasnya sebagai Ketua Staf berakhir pada 15 Mei 2018 apabila beliau diberi amanah besar untuk memimpin sebuah pusat pengajian tinggi iaitu sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang kelima. Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli bin Zainal Abidin yang dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera.
Skuad Abdul Halim memulakan cuti dan latihan peralihan mulai 18 Disember 2020 sebelum mencapai usia persaraan wajib pada 12 Mei 2021.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 41 tahun, skuad Abd Halim telah berpeluang mengikuti kursus tertiary dan professional military education peringkat tinggi di beberapa buah instutusi dalam dan luar negara seperti Diploma Undang-Undang (1991) dan Bachelor of Laws @ LLB (1995) dari Universiti Teknologi MARA, Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1998., Master in Global Security Studies dari University of Cranfield, United Kingdom pada tahun 2003 dan Master in Defence and Strategic Studies dari University of Deakin, Australia pada tahun 2010. Selain dari itu, skuad Abdul halim juga pernah menghadiri Seminar Law of Armed Conflict di Australia dan Seminar Tranasnational Security Cooperation foe Executives di Asia-Pacific Center for Security Studies (APCSS), Honolulu, Hawaii.
SKUAD KAMALRUZAMAN BIN MOHD OTHMAN
Leftenan Jeneral Datuk' Haji Kamalruzaman bin Mohd Othman PJN PSAT DSAP DIMP PAT SAP DJN KMN AAP PJM PPS PPA PNBB awc (USA) psc (NZ) jt TUDM.
Jawatan Terakhir: Ketua Staf, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dari 1 Mei 2018 hingga 17 Januari 2020.
Skuad Kamalruzaman dilahirkan pada 26 Julai 1960 di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sains Pulau Pinang. Setelah menamatkan latihan asas ketenteraan di SPK, Kem Segenting dari 5 April hingga Disember 1980 beliau telah terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang I (No 1 FTC) di TUDM Alor Setar sehingga berjaya mendapat sayap penerbangan pada 16 Julai 1982 dan ditauliahkan sebagai Lt M (U).
Setelah mendapat sayap penerbangan skuad Kamalruzaman telah dipilih menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan CL41G) di No 9 Skn, TUDM Kuantan sehingga 24 Januari 1983 dan kemudiannya pesawat MB339A dan PC7 di PULATIBANG 3, TUDM Kuantan sehingga 17 Disember 1983. Beliau kemudiannya bertugas sebagai juruterbang operasi di No 6 Skn (pesawat A4 Skyhawk) sehingga 16 Julai 1985. Beliau mengikuti Kursus QFI di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar dan seterusnya menjadi instructor terbang di PULATIBANG 1 dari 1 Januari 1988 sehingga November 1990. Pada 1 September 1992 dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM dan bertugas sebagai jurulatih di PULATIBANG 3 sehingga September 1993.
Skuad Kamalruzaman menyertai misi pengaman PBB di Bosnia Herzegovina dari September 1993 hingga Ogos 1994. Sepulangnya dari Bosnia, beliau dirtukarkan ke No 11 Skn untuk menerbangkan pesawat RF5E sehingga ditukarkan ke No 17 Skn, TUDM Kuantan (pesawat MiG-29) pada bulan Mac 1997.
Pada 7 Februari 2000, beliau dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM untuk menjawat jawatan Pegawai Memerintah No 19 Skn, TUDM Kuantan. Pada 18 Februari 2003, beliau ditukarkan ke jawatan Pegawai Memerintah No 15 Skn, TUDM Butterworth dan dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.
Pada 18 Oktober 2004 skuad Kamalruzaman ditukarkan semula ke No 17 Skn, TUDM Kuantan juga sebagai Pegawai Memerintah sehingga ditukarkan ke jawatan Komander Pangkalan Udara (PU) Kuantan pada 3 April 2006. Pada 2 April 2007, beliau bertukar ke MINDEF untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Rancang dan Operasi Udara di Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Markas TUDM dan seterusnya pada 1 Oktober 2009, skuad Kamalruzaman dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM dan mengambil alih jawatan Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P & P).
Pada bulan 20 Ogos 2010 skuad Kamalruzaman ditukarkan ke Markas Logistik Udara (MLU) sebagai Panglima Logistik Udara dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 1 Januari 2011. Pada 1 Ogos 2013, apabila berlaku penstrukturan organisasi TUDM, beliau telah ditukarkan ke Markas ATM untuk menyandang jawatan Assisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan.
Pada tahun 2014, beliau ditukarkan ke Markas Angkatan Bersama (MK AB) sebagai Assistem Ketua Staf AKS J3 sehingga tahun 2016 apabila kembali ke organisasi TUDM untuk menyandang jawatan sebagai Assisten Ketua Staf (Operasi dan Strategi), Markas TUDM. Pada 29 Januari 2018, skuad Kamalruzaman telah ditukarkan ke jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dan dinaikkan ke pangkat Lt Jen TUDM mulai tarikh yang sama. Pada 1 Oktober 2018 beliau sekali lagi ditukarkan ke Markas ATM untuk mengambil tugas sebagai Ketua Staf dan beliau menyandang jawatan itu sehingga 7 Januari 2020 untuk memulakan cuti dan latihan peralihan sebelum bersara pada 26 Julai 2020.
Sepanjang perkhidmatannya beliau telah menghadiri beberapa kursus penting seperti MiG Conversion Course di Poona, India pada tahun 1995, Senior Command and Staff College, Auckland, New Zealand pada tahun 1997, Air War College di Alabama, USA pada tahun 2002 dan Kursus JUSA di INTAN pada tahun 2010.
SKUAD AZLAN BIN ABD RAHMAN
Leftenan Jeneral Datuk Hj Azlan bin Abd Rahman PSAT PSD DSDK DSPN PAT JSM KAT KMN AMN AMK PJM PPS PPA MScSoc(Defence Studies)(UKM) Dip PSK(UKM) LEMHANNAS (Indonesia) mpat psc
Jawatan Terakhir: Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera dari 30 Oktober 2018 hingga 18 Mei 2021.
Skuad Azlan dilahirkan di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 19 Oktober 1961, mendapat pendidikan menengah di Sek Men Jenis Kebangsaan Kepala Batas. Setelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 24 Januari 1981, skuad Azlan ditugaskan sebagai Ketua Platun di Batalion Pertama RAMD, Kem Loke Kawi. Sabah.
Sejarah kerjaya skuad Azlan semasa menjadi pegawai muda amat padat dengan pelbagai jawatan di peringkat pasukan dan tugas staf di MINDEF serta kursus kerjaya di dalam dan luar negara. Selain dari 1 RAMD (1981-1987), beliau juga pernah berkhidmat dengan 25 RAMD di Kem Tapah, Perak dan Kem Paket, Sri Aman (1993 – 1995) sebagai Ketua Kompeni sebelum dipilih menghadiri kursus Command and Staff Course di Pakistan selama setahun mulai 24 Januari 1995.
Sepulangnya dari Command and Staff College, Pakistan beliau ditukarkan ke PULADA sebagai jurulatih mulai 27 Januari 1996, seterusnya menghadiri kursus Diploma di UKM selama setahun mulai 23 Mei 1997. Setamatnya kursus beliau ditukarkan pula ke 22 RAMD sebagai Penolong Pegawai Memerintah sehingga 31 Disember 1998 kerana ditukarkan ke MINDEF bagi membuat tugas Pembantu Ketenteraan (PK) kepada PAT (Jen Tan Sri Zahidi bin Zainudin) dan dinaikkan ke pangkat Lt Kol mulai 17 Januari 2000. Beliau meneruskan tugas sebagai PK kepada PAT sehingga 1 Januari 2001 kerana ditukarkan ke jawatan Pegawai Memerintah Batalion 6 RAMD.
Pada 15 Januari 2003, skuad Azlan mengikuti kursus di MPAT dan kemudian ditukarkan sekali lagi ke jawatan PK (merangkap Pegawai Tugas Khas) di Pejabat PAT mulai 15 Januari 2004 sehingga 7 Ogos 2005. Pada 8 Ogos 2005, skuad Azlan telah dinaikkan ke pangkat Kol dan ditukarkan ke Markas Medan Tentera Darat sebagai Kolonel Tadbir dan seterusnya mengambil alih jawatan Timbalan Panglima 7 Briged mulai 1 Januari 2007.
Pada 17 Januari 2010, skuad Azlan dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan diamanahkan menjadi Panglima Briged Sempadan di Kem Bukit Keteri, Perlis sehingga 1 September 2011 kerana dpilih menghadiri Program Pendidikan Regular Angkatan 47 di Lembaga Ketahanan Nasional (LEMHANNAS), Indonesia selama setahun.
Sepulangnya dari kursus itu, beliau ditugaskan mengambil alih jawatan Panglima 12 Briged di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur mulai 22 Oktober 2012 dan seterusnya ditukarkan ke jawatan sebagai Pengarah Infantri mulai 19 September 2013 diikuti oleh jawatan Ketua Pengarah Perancangan di Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Darat mulai 30 Oktober 2015.
Pada 5 Mei 2018, skuad Azlan ditukas kelewatan Ketua Staf Am, Markas Pemerintahan Medan Barat (MPMB) Tentera Darat, Kem Sungai Besi dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen. Khidmatnya di MPMB hanya 5 bulan lebih sahaja keranan pada 30 Oktober 2018, beliau ditukarkan ke jawatan Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA). Kemuncak kerjaya skuad Azlan adalah pada 20 Julai 2020 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan kekal melaksanakan tugas sebagai AKSPA. Skuad Azlan mengakhiri tugas rasminya sebagai AKSPA pada untuk bercuti dan menjalani latihan peralihan sebelum mencapai usia persaraan wajib pada 18 Oktober 2021.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di dalam ATM, selain dari menghadiri kursus kerjaya, kepakaran teknikal, staf dan PME di dalam dan luar Negara skuad Azlan turut memperolehi kelayakan akademik peringkat pengajian tinggi seperti; Diploma Pengajian Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1998 dan ijazah Sarjana Sains Sosial (Kajian Pertahanan) juga dari UKM pada 2003. Selain dari itu, skuad Azlan juga pernah menghadiri beberapa seminar peringkat antarabangsa seperti International Symposium Course di Beijing, China dan Pacific Armies Management Seminar (PAMS XXXVII) di New Zealand.
SKUAD ROMLEE BIN YAHYA
Mejar Jeneral Datuk Hj Romlee bin Yahaya PSD PSAT DSAP DIMP PAT JSD SMP KSD KMN AMN AMK PJM PPS PPA MScSoc (Defence Studies)(UKM) B.Mil Sc (Mu’tah) Dip Psychology (UKM) ndc (Thailand) mpat psc jt TUDM.
Jawatan Terakhir: Panglima Wilayah Udara I, Pangkalan Udara Kuala Lumpur dari 29 Januari 2018 hingga 3 April 2019.
Skuad Hj Romlee dilahirkan di Kg Merbok, Kuala Muda, Kedah pada 6 November 1959 dan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Merbok sebelum terpilih ke Maktab Tentera Diraja pada tahun 1975. Setelah menamatkan Tingkatan 6 (STPM) di MTD pada tahun 1979, beliau telah menyertai latihan di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada tahun 1980. Setelah menamatkan latihan di SPK, skuad Hj Romlee mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar sehingga layak mendapat sayap juruterbang dan ditauliahkan sebagai Lt M (U) pada 16 Julai 1982. Skuad Hj Romlee memulakan kerjaya sebagai juruterbang di No 2 Skuadron, TUDM Kuala Lumpur sebagai co-pilot dan Kapten Pesawat Cessna 402B.
Sebahagian besar kerjayanya sebagai juruterbang juga dihabiskan di Skuadron ini. Dalam tiga pertukaran kemudiannya beliau telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat VVIP seperti Fokker 28, Falcon 900, BD700 Global Express dan BBJ 737-700 sebagai Kapten pesawat, jurulatih, pemeriksa juruterbang (pilot eximiner), Ketua Bahagian Operasi, Pegawai Eksekutif dan akhirnya dilantik sebagai Pegawai Memerintah No 2 Skn pada tahun 2009.
Semasa berpangkat Kapt TUDM dan Mej TUDM, skuad Hj Romlee yang mempunyai kelayakan sebagai Jurulatih (QFI) telah berkhidmat sebanyak tiga kali di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar bermula pada tahun 1988 sebagai jurulatih asas penerbangan serta jurulatih kepada kursus jurulatih penerbangan (flying instructor) dan juga menjawat tugas sebagai Pegawai Eksekutif. Di PULATIBANG I, beliau menerbangkan pesawat Bulldog 100, MD3, PC 7 dan PC 7 Mk II. Sepanjang tempoh penugasan tersebut beliau telah mengajar 14 siri kursus asas penerbangan di PULATIBANG 1 dan lebih dari 3 siri kursus jurulatih penerbangan di Institut Latihan Instruktor Terbang (ILIT).
Pada tahun 2003, skuad Hj Romlee telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM dan telah diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah PULATIBANG 1. Selepas melaksanakan tugas sebagai Pegawai Memerintah PULATIBANG 1 beliau ditukarkan ke Jabatan Kesiapsiagaan Operasi (JKO), Markas Operasi Udara sebagai Pemeriksa (examiner) juruterbang F28, F900, BD700 dan BBJ 737-700. Kemudiannya menjawat PS1 Kesiapsiagaan yang bertanggungjawab meliputi Sistem Darat (Air Defence dan Air Traffic Controller) dan Sistem Udara (Jututerbang dan Pesawat).
Pada tahun 2009, skuad Hj Romlee telah dinaikkan ke pangkat Kol TUDM untuk mengambil alih tugas Pegawai Memerintah No 2 Skuadron. Pada 12 Disember 2012, skuad Hj Romlee telah mengambil alih tugas sebagai Komander pangkalan Udara Subang dan dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM. Beliau memerintah Pangkalan itu sehingga bulan Mac 2013 untuk mengikuti kursus NDC di Bangkok, Thailand selama dua tahun 6 bulan. Sepulangnya dari kursus tersebut beliau ditugaskan di Markas Operasi Udara (MOU) sebagai Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiagaan Operasi (KPBK). Apa MOU melalui penstrukturan semula organisasinya dan dijenamakan sebagai Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), skuad Hj Romlee telah dilantik menjadi Ketua Staf dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM berkuatkuasa pada 30 Oktober 2015.
Pada 15 September 2016, skuad Hj Romlee telah ditukarkan ke jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dan memegang tampuk pemerintahan sehingga 29 Januari 2018 apabila ditukarkan ke Markas Wilayah Udara Satu sebagai Panglima Wilayah Udara I, iaitu jawatannya yang terakhir dalam perkhidmatan sebelum menyerahkan jawatan tersebut pada 8 April 2019 untuk memulakan percutian dan latihan peralihan sebelum bersara pada 5 November 2019.
Skuad Romlee berpeluang menghadiri beberapa kursus staf (Professional Military Education) dan akademik di dalam dan luar Negara seperti Diploma Psikologi (Kaunseling) di UKM dari Julai 1991 hingga Julai 1992, Junior Commander Course di India pada tahun 1993, Staff and Command Course di Royal Jordanian Command and Staff College, Amman dari Februari 1996 hingga Julai 1977 dan turut mendapat ijazah Bachelor in Military Science dari University Mu’tah, kursus di MPAT dengan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Strategik Pertahanan) dari UKM dari Januari 2006 hingga Januari 2007 dan kursus di National Defence College, Thailand dari Mac 2013 hingga September 2015.
Selain berpengalaman sebagai juruterbang dan examiner pelbagai jenis pesawat VIP/VVIP yang membawa skuad Hj Romlee ke merata dunia, beliau juga pernah menjadi salah seorang juruterbang pasukan aerobatik ‘Taming Sari’ sebanyak dua kali yang mengadakan beberapa pertunjukan semasa Pamiran LIMA, Hari Kebangsaan dan Hari TUDM.
Sepanjang penugasannya di No 2 Skn, beliau berpengalaman berkhidmat menerbangkan Yang DiPertuan Agong ke 12 hingga 14 iaitu Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah; serta 3 orang Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Sri Mohd Najib Abd Razak dan beberapa Timbalan Perdana Menteri. Selain dari beliau juga pernah membawa DYMM Sultan Pahang, Sultan Kelantan dan Sultan Selangor dan lain-lain.
SKUAD KHAIRIL ASRI BIN BAHRIN BIN ABDUL AZIZ
Mejar Jeneral Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin DIMP PAT KAT PPT AMP PJM PPS PPA MScSoc (UKM) DipPSP (UM) dssc (Australia) mpat psc TUDM.
Jawatan Terakhir : AKS Sumber Manusia, Markas Tentera Udara dari 15 Disember 2018 hingga 8 April 2019.
Skuad Khairil Asri dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 16 September 1962 dan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Undang Rembau sebelum terpilih ke Maktab Tentera Diraja pada tahun 1978. Pada 5 Mei 1980, skuad Khairil telah menyertai latihan Pegawai Kadet TJP 37 di SPK, Port Dickson. Setelah menamatkan latihan di SPK, skuad Khairil mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar sehingga layak mendapat sayap juruterbang dan ditauliahkan sebagai Lt M (U) pada 16 Julai 1982.
Setelah mendapat sayap penerbangannya skuad Khairil Asri telah dipilih menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan CL41G) di No 6/9 Skn, TUDM Kuantan. Beliau merupakan kumpulan terakhir pelatih juruterbang pejuang yang menerbangkan pesawat Tebuan sebelum ia ditamatkan perkhidmatan. Pada 24 Januari 1983 beliau menyertai kumpulan pertama kursus peralihan pesawat MB339A di PULATIBANG 3, TUDM Kuantan sehingga 17 Disember 1983. Setelah melayakkan diri menjadi juruterbang pejuang, skuad Khairil dutukarkan ke No 6 Skn sebagai juruterbang taktikal pesawat A4 Skyhawk.
Skuad Khairil merupakan juruterbang TUDM pertama terlibat dalam kemalangan pesawat A4 Skyhawk dalam tahun 1985 (ketika berpangkat Lt (Udara) apabila enjin pesawat yang dipandunya mengalami masalah teknikal dan jatuh terhempas di hujung landasan terbang (runway) TUDM Kuantan. Beliau yang sedang membuat penerbangan latihan, berjaya menyelamatkan diri melalui ejection seat yang berfungsi dengan baik beberapa saat sebelum pesawat terhempas di landasan.
Pada 22 Jun 1988, skuad Khairil mengikuti kursus jurulatih juruterbang (QFI) di TUDM Alor Setar dan seterusnya menjadi jurulatih di PULATIBANG 1 sehingga 2 Januari 1992 apabila ditukarkan semula ke TUDM Kuantan untuk membuat tugas sebagai jurulatih di PULATIBANG 3.
Khairil Asri dinaikkan ke pangkat Mej TUDM pada 1 Mac 1993 dan pada 28 Mei 1995, skuad Khairil mengalih kerjaya dari juruterbang pejuang kepada juruterbang pesawat angkut dengan mengikuti kursus peralihan pesawat C130 di No 4 Skn, TUDM Subang dan seterusnya menyandang tugas sebagai kapten Pesawat PC130H sebelum ditukarkan ke No 20 Skn sebagai Flight Commander C mulai 18 Jun 1996.
Pada tahun 1998, beliau menghadiri kursus staf di MTAT, Haigate selama setahun dan setamatnya kursus beliau kembali ke No 20 Skn. Pada 2 April 2001, beliau ditukarkan ke MTU-Operasi sebagai PS2 Eksesais dan Kontijensi (EKSKON) sebelum ditukarkan ke jawatan PS2 Kesiapsiagaan, markas Operasi Udara (MOU) dan dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM pada 2 Jun 2003. Selanjutnya pada 5 Januari 2004, beliau diamanahkan untuk memikul tugas sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skn. Pada 30 Ogos 2004 skuad Khairil ditukarkan ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Udara (MTU- P & P) sebagai PS1 Keupayaan (Cawangan Rancang Udara) MTU RANUD sebelum terpilih mengikuti kursus selama setahun di INSPEKA, Port Dickson pada bulan April 2006.
Sepulangnya dari kursus beliau ditugaskan semula ke MTU- P & P sebagai Ketua Tim Projek Perolehan Pesawat PC-7 Mk II mulai 6 November 2007 sehingga 10 Januari 2009 apabila beliau terpilih untuk mengikuti kursus di MPAT selama setahun. Pada 16 Januari 2010, selepas menamatkan kursus di MPAT, skuad Khairil ditukarkan ke PU Butterworth sebagai Pegawai Memerintah Pusat Simulator Pejuang (PSP) sehingga 1 Jun 2013 apabila ditukarkan ke jawatan Pegawai Eksekutif PU Subang. Pada 1 Disember 2010, skuad Khairil diamanahkan untuk menyandang tugas sebagai Komander PU Labuan dan dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.
Pada 4 November 2013, skuad Khairil telah berangkat ke Autralia untuk mengikuti Defence and Strategic Studies Course (DSSC) selama setahun dan sepulangnya dari Australia, beliau ditugaskan ke Bahagian Operasi dan Strategik, Markas Tentera Udara sebagai Pengarah Pengurusan Strategik dan diikuti dengan pertukaran ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan sebagai Pengarah Projek-Projek Dalam Negeri mulai 14 Januari 2015.
Pada 14 Mac 2016, skuad Khairil telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM dan ditukarkan ke Markas Angkatan Tentera untuk menyandang tugas sebagai Ketua Cawangan Latihan di Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP). Skuad Khairil dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 15 Disember 2018 dan mengakhiri perkhidmatannya dalam ATM dengan jawatan sebagai Assisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas TUDM sehingga 9 April 2019 untuk bercuti dan mengikuti latihan peralihan sebelum bersara pada 3 Oktober 2019. Skuad Khairil mengambil keputusan untuk bersara 3 tahun lebih awal dari tarikh persaraan wajibnya pada 15 September 2022.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, skuad Khairil telah berjaya memperolehi kelayakan akademik dari dalam dan luar negara seperti Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1998, Sarjana Pengurusan (Pemerintahan Pasukan) dari Universiti Malaya pada tahun 2007 dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Strategik Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 serta Defence Strategic Studies Course di Australian Defence College dari 4 November 2013 hingga 11 Disember 2014. Beliau juga pernah menghadiri Joint Warfare Course di Australia, dan seminar di Asia-Pacific Center for Security Studies (APCSS) di Hawaii.
SKUAD TOHARUDIN BIN AB RASID
Mejar Jeneral Dato’ Hj Toharudin bin Ab Rasid PSAT DSAP DIMP PAT KMN KAT AMN MBA(UKM) BBA(Hons) (HRM)(UiTM) Dip PSP (UM) DBS (UiTM) psc AMIHRM TUDM
Jawatan Terakhir : Assisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera dari 18 Disember 2018 hingga 21 Mei 2019.
Skuad Toharudin dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 22 November 1959 dan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Tunku Mahmood Iskandar sehingga tamat SPM pada tahun 1976 dan melanjutkan pengajian dalam bidang Senibina di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur mulai bulan Jun 1977. Selepas gagal menamatkan pengajian pada bulan Jun 1979, beliau menyertai latihan Pegawai Kadet di SPK, Port Dickson sehingga Januari 198, diikuti dengan latihan asas penerbangan di PULATIBANG II, TUDM Kluang. Skuad Toharudin tidak berjaya meneruskan latihan penerbangan dan ditauliahkan ke Cawangan Logistik pada 1 Julai 1981.
Semasa berpangkat Lt M (Udara) beliau berkhidmat di pangkalan TUDM Kuching dan TUDM Kuantan sebelum dipilih melanjutkan pengajian Diploma di ITM Shah Alam dari bukan Jun 1986 hingga Jun 1989. Setamatnya kursus beliau ditugaskan ke Markas Pemerintahan Pertahanan Udara mulai Ogos 1989 sehingga Disember 1991 apabila ditukarkan ke Cawangan Latih, Departmen Tentera Udara (DTU) sebagai PS2 Kewangan.
Pada 1 Julai 1993 beliau dinaikkan ke pangkat Mej TUDM dan ditukarkan ke Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara (MTU-Materiel) sebagai PS2 Sistem Materiel (SISMAT) C sehingga bulan Jun 1994 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di ITM Shah Alam. Setamatnya kursus beliau kembali bertugas di Bahagian Materiel sebagai PS2 SISMAT C sehingga Januari 1999 apabila beliau terpilih untuk mengikuti kursus staf di MTAT, Haigate selama setahun.
Setelah tamat kursus di MTAT, beliau dipinjamkan ke Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan sebagai Pegawai Khas TUDM mulai Januari 2000. Pada 1 Februari 2004 beliau di tukarkan ke MTU-Materiel sebagai PS1 SISMAT dan dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM. Pada bulan Ogos 2005 beliau bertukar ke jawatan PS1 Pengurusan Kontrak di Bahagian yang sama sehingga bulan April 2007 apabila ditukarkan ke Markas Logistik Udara (MLU) sebagai PS1 Perkhidmatan Pembaikan.
Pada 1 Julai 2008 beliau memangku jawatan Ketua Staf Khidmat merangkap Pegawai Memerintah Markas (MLU) sehingga disahkan ke jawatan tersebut pada 1 Jun 2009 dan dinaikkan ke pangkat Kol TUDM. Pada 1 Januari 2011 beliau ditukarkan (sebagai pioneer) ke Bahagian Pengurusan Strategi, MTU sebagai Pengarah Pengurusan Strategik sehingga Februari 2012 apabila beliau kembali bertugas sebagai KSK di MLU.
Pada bulan Ogos 2014, beliau ditukarkan ke MTU-Materiel untuk menyandang tugas sebagai Pengarah Materiel. Pada 16 Mac 2015 beliau ditukarkan ke Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK), Markas ATM untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Bantuan Khidmat.
Pada 9 April 2018, Toharudin ditukarkan ke Bahagian Logistik Pertahanan (Markas ATM) sebagai Ketua Pengarah Operasi Logistik dan dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM. Pada 18 Disember 2018, beliau mengambil alih tugas sebagai Assisten Ketua Staf (AKS) Logistik Pertahanan dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 8 April 2019. Toharudin mula bercuti pada 21 Mei 2019 dan mengikuti latihan peralihan sebelum memulakan persaraan wajib pada 21 November 2019.
Sepanjang hampir 40 tahun perkhidmatannya dalam ATM, skuad Toharudin telah berjaya memperolehi beberapa kelulusan akademik dan professional seperti Diploma in Business Studies dari Institut Teknologi MARA pada tahun 1989, Bachelor in Business Administration (Honours) (Human Resource Management) dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 1996, Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1999 dan Master in Business Administration secara persendirian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003.
Selain dari itu, beliau juga berpeluang menghadiri beberapa kursus/seminar di luar negara seperti Pacific International Logistics Symposium di Honolulu, Hawai; International Defence Resource Management Course di Seoul, Korea; dan International Logistics Interopearbility Seminar di Oberammergau, Jerman.
Peristiwa paling pahit yang dilalui semasa dalam perkhidmatan ialah ketika menyandang jawatan Ketua Staf Khidmat (merangkap Pegawai Memerintah), Markas Logistk Udara antara April 2007 hingga Disember 2010, berlakunya kes kehilangan dua buah enjin J85 pesawat F5E dari dalam gudang MATRA 1 pada akhir tahun 2008. Beliau terpaksa menghadapi penyiasatan dari PDRM, Lembaga Penyiasatan TUDM, Provos Marsyal TUDM dan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) serta menjadi saksi semasa perbicaraan di Mahkamah.
SKUAD SANUSI BIN SAMION
Mejar Jeneral Dato' Haji Sanusi bin Samion DIMP PAT JSM SMP KAT KMN AMN PJM PKN PPS PPA MSc(NRS)(NDUUSA) DipDSS(China) DipPSP (UM) fndu(China) awc(USA) psc jt TUDM.
Jawatan Terakhir : Assisten Ketua Staf J3, Markas Angkatan Bersama, Kem Sungai Panching, Kuantan, Pahang (10 Disember 2019 hingga 30 Oktober 2020).
Skuad Sanusi dilahirkan di Kluang, Johor pada 10 September 1962 dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Batu Pahat (HSBP) mulai tahun 1975 sebelum terpilih mengikuti pengajian di Maktab Tentera Diraja pada tahun tahun 1978 dan 1979 dan seterusnya menyertai skuad TJP 37 dalam latihan Pegawai Kadet di SPK, Port Dickson.
Setelah menamatkan latihan di SPK, skuad Sanusi mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar. Kerjaya skuad Sanusi agak berbeza di peringkat awal perkhidmatan apabila beliau ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) dan diserapkan ke perkhidmatan Tauliah Tetap berkuatkuasa pada 2 April 1980 bagi membolehkan beliau mengikuti kursus penerbangan di luar negara (Australia). Beliau kemudiannya menyambung latihan penerbangan di PULATIBANG 1 mulai 14 Ogos 1981 sehingga layak mendapat sayap juruterbang pada 20 Februari 1983.
Setelah mendapat sayap penerbangan skuad Sanusi telah dipilih menjalani latihan peralihan pesawat pejuang MB339A di PULATIBANG 3, TUDM Kuantan sehingga 9 September 1984. Setelah layak menjadi juruterbang pejuang, beliau dikekalkan di PULATIBANG 3 sebagai juruterbang operasi pesawat MB339A sehingga 14 April 1986. Apabila TUDM menerima pesawat A4 Skyhawk (menggantikan Tebuan) dan No 6 dan No 9 Skuadron diwujudkan semula, beliau ditukarkan No 9 Skn (peralihan pesawat A4) dan kemudian ditukarkan sebagai juruterbang di No 6 Skn hingga 2 Julai 1989 untuk mengikuti kursus Computer Software di USM selama setahun. Setamatnya kursus beliau kembali bertugas di No 6 Skn.
Pada 14 Januari 1991. Skuad Sanusi mengikuti kursus QFI di ILIT, TUDM Alor Setar dan diikuti dengan pertukaran ke PULATIBANG 1 sebagai jurulatih juruterbang sehingga Oktober 1994 apabila beliau ditukarkan ke No 15 Skn, TUDM Butterworth sebagai jurulatih pesawat Hawk Mk 108/208 sehingga tahun 2000. Skuad Sanusi dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM pada 1 April 2000 dan diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 6 Skn, TUDM Kuantan.
Pada 17 Jun 2002, Sanusi telah terpilih mengikuti kursus di National Defence University, USA selama setahun. Sepulangnya dari kursus tersebut, beliau membuat tugas sebagai Pembantu Ketenteraan kepada Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Nik Ismail TUDM mulai 2 Julai 2003 sehingga 1 September 2004 apabila ditukarkan ke jawatan PS1 Rancang Sumber Manusia.
Pada 1 Mei 2005 beliau sekali lagi ditukarkan ke PU Butterworth sebagai Pegawai Eksekutif No 15 Skn dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Kol TUDM pada 29 Oktober 2006 untuk mengambil alih tugas Pegawai Memerintah No 15 Skn. No 15 Skn merupakan skuadron latihan taktikal dan teknikal untuk pesawat Hawk dan MB339A. Pada 2 Januari 2008, skuad Sanusi ditukarkan pula ke jawatan Pegawai Memerintah No 18 Skn dan menerbangkan pesawat F/A-18D Hornet.
Pada 1 September 2008, skuad Sanusi ditukarkan ke Kuala Lumpur untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Eksesais di Markas Operasi Udara sebelum ditukarkan ke jawatan Pengarah Pembangunan Sumber Manusia di Markas Tentera Udara pada 2 Mei 2010.
Pada 29 Mac 2011, skuad Sanusi telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM dan diamanahkan untuk memikul tugas sebagai Komander Pangkalan Udara Butterworth. Pada 1 September 2011, beliau telah dipilih untuk mengikuti kursus di National Defence University di Beijing, China selama setahun. Sepulangnya dari Beijing, beliau ditugaskan ke Markas ATM untuk membuat tugas sebagai Ketua Cawangan Latihan di Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP) mulai 2 September 2012. Pada 14 Mac 2016, skuad Sanusi telah menyertai Tim Pemantauan Antarabangsa di Mindanao sebagai Timbalan Ketua Misi TPA-M-11 yang diketuai oleh Mej Jen Dato’ Zamrose bin Mohd Zain (skuad Zamrose). Sekembalinya dari Mindanao, skuad Sanusi ditukarkan ke Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) sebagai Ketua Staf Latihan mulai 5 Mac 2017.
Skuad Sanusi telah dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 10 Disember 2019 dan ditukarkan ke Markas Angkatan Bersama (MK AB) sebagai AKS J3. Beliau menyandang tugas tersebut sehingga 30 Oktober 2020 untuk bercuti dan menjalani latihan peralihan sehingga tarikh persaraannya pada 10 Jun 2021. Skuad Sanusi telah memilih untuk bersara lebih awal dari tarikh persaraan wajibnya pada 9 September 2022.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di dalam ATM selama 41 tahun 2 bulan, skuad Sanusi telah berjaya memiliki beberapa kelayakan akademik dan professional seperti Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1997, Master of Science in National Resource Strategy dari National Defence University, Washington DC, USA, Advanced Diploma in Defence Strategic Studies dari National Defence University (NDU), Beijing, China pada tahun 2012.
SKUAD FELIX GONSALVEZ A/L ALEXANDER
Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Felix Gonsalvez a/l Alexander PSAT DPTS PAT SAP JMW KAT KMN AMN AMP PTU PJM PPS afcc (China) psc jt TUDM
Jawatan Terakhir : Ketua Staf, Markas Pemerintahan Operasi Udara, Pangkalan Udara Subang.
Skuad Felix Gonsalvez dilahirkan di Langkap, Perak pada 31 Disember 1961 dan Horley Methodist Secondary School, Telok Intan, Perak. Setelah menamatkan latihan di SPK, Port Dickson, skuad Felix mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar sehingga layak mendapat sayap juruterbang dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 16 Julai 1982.
Setelah mendapat sayap penerbangan skuad Felix telah dipilih menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan CL41G) di No 9 Skn, TUDM Kuantan sehingga 24 Januari 1983 diikuti pesawat MB339A dan PC7 di PULATIBANG 3 sehingga 17 Disember 1983. Sebahagian besar kerjaya skuad Felix semasa berpangkat Kapt TUDM dan Mej TUDM berada di No 6/9 Skn dan No 17/19 Skn, PU Kuantan menerbangkan pesawat MB339A, A4 Skyhawk dan MiG-29.
Pada 29 September 1988, ketika berpangkat Lt (U), skuad Felix telah berjaya menyelamatkan diri menggunakan ejection seat, apabila engine fuel pump pesawat A4 Skyhawk yang dipandunya mengalami masalah teknikal di ruang angkasa Pulau Yu (di selatan Pulau Tioman) dan jatuh terhempas di dalam Laut China Selatan. Peristiwa itu berlaku ketika beliau yang sedang membuat penerbangan formasi untuk pengguguran 500 pounds Mk 82 bombs.
Pada tahun 1997, skuad Felix menghadiri kursus di MTAT, Haigate selama setahun dan mendapat Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan manakala pada bulan September 2015, skuad Felix telah terpilih menghadiri kursus staf di Air Force Command College AFCC), Beijing selama setahun. Skuad Felix dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM pada 2 Januari 2002 dan semasa menyandang pangkat ini, beliau telah diamanahkan untuk menyandang beberapa jawatan penting seperti Pegawai Eksekutif PU Kuantan, PS1 Latihan di Cawangan Peperangan Bersama (PESAMA), Markas ATM, Ketua Pusat Operasi Taktikal Udara (POTU), Pegawai Eksekutif PU Gong Kedak, Komander Air Warfare Centre (AWC) dan Pegawai Eksekutif PU Butterwoth. Pada 25 Februari 2010, skuad Felix telah dinaikkan ke pangkat Kol TUDM dan sekali lagi memikul tugas sebagai Komander AWC untuk kali kedua.
Pada 11 Januari 2019, skuad Felix telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM dan dilantik menjadi Inspektor Jeneral Tentera Udara. Beliau memegang jawatan itu sehingga 20 Januari 2020 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM dan ditukarkan ke jawatan sebagai Ketua Staf di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU). Skuad Felix menyerahkan tugas terakhirnya pada 4 Jun 2021 untuk bercuti dan menjalani latihan peralihan sebelum memulakan persaraan wajib pada 30 Disember 2021. Selepas bersara Felix tinggal menetap di Australia.
SKUAD YOHANEZ BINTI AHMAD
Brigedier Jeneral Dato' Yohanez binti Ahmad DIMP PAT KAT KMN PJM PPS PPA MMgmt(OUM) Dip PSP(UM) DBS(ITM) psc TUDM.
Jawatan Terakhir : Assisten Ketua Staf Materiel, Markas Tentera Udara (dari 14 Ogos 2015 hingga 16 September 2016).
Skuad Yohanez merupakan salah seorang dari jutaaan kaum wanita anak Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menjadi kebanggaan diri, ahli keluarga, kaum wanita, rakan sejawat, TUDM, ATM serta rakyat Malaysia.
Skuad Yohanez dilahirkan di Kg Pengkalan Batu, Mersing, Johor pada 4 April 1957, mendapat didikan awal menengah di Sekolah Menengah Sri Mersing dari tahun 1970 hingga 1974. Setelah menamatkan SPM, beliau melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam pada tahun 1976 dan lulus Diploma in Business Studies pada tahun 1979.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian di ITM, beliau menyertai temuduga pengambilan Pegawai Kadet ATM di Ipoh pada penghujung tahun 1979. Yohanez telah melepasi semua tahap temuduga dan terpilih bersama 21 orang lagi rakan sebayanya untuk menyertai latihan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP) ke 37 di Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada 2 April 1980. Yohanez dan 21 rakannya ini merupakan lembaran sejarah baru dalam ATM kerana mereka merupakan pengambilan pertama bakal pegawai wanita dalam perkhidmatan tetap ATM.
Skuad Yohanez ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 24 Januari 1981. Daripada 22 Pegawai Kadet Wanita tersebut, 20 orang menyertai Tentera Darat dan 2 orang menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Skuad Yohanez ditauliahkan dalam Cawangan Bekalan (sekarang Materiel) manakala Lt M (U) Sarkiah binti Zainudin ditauliahkan dalam Cawangan Urusetia.
Pada 4 Mei 1981, Lt M (U) Yohanez mengikuti Kursus Asas Pegawai Bekalan di Institut Teknologi Udara (ITU), Kinrara selama 9 bulan sehingga 7 Mac 1982. Sebaik sahaja menamatkan kursus beliau ditugaskan di TUDM Kluang sebagai Pegawai Flait Kawalan Perakaunan Stok. Pada 23 Oktober 1983 dan kemudiannya bertukar ke TUDM Kinrara untuk membuat tugas Pegawai Latihan Bekalan di Sekolah Logistik (SEKLOG), Institut Teknologi Udara (ITU). Beliau dinaikkan ke pangkat Kapten (Udara) pada 1 Disember 1985 dan mengakhiri tugasya di TUDM Kinrara pada 4 Januari 1987.
Pada 5 Januari 1987 skuad Yohanez telah terpilih mengikuti Budget Officer Course di USA selama 6 bulan dan sepulangnya dari USA beliau ditugaskan di Pusat Materiel Udara (PMU), TUDM Kuala Lumpur sebagai Pegawai Prosesan Barangan mulai 1 Julai 1987 dan pada 20 November 1991 beliau dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM dan ditukarkan ke jawatan sebagai Ketua Edaran Fizikal. Pada 15 Mac 1993 beliau ditukarkan ke Markas Bantuan Udara (MABANUD) sebagai PS2 Logistik 1 (Bantuan Pesawat) dan pada 1 Mac 1997 Mej Yohanez TUDM ditukarkan ke TUDM Butterworth untuk membuat tugas Ketua Cawang Logistik (KCL). Beliau merupakan pegawai wanita yang pertama diamanahkan membuat tugas sebagai KCL.
Beliau kemudiannya ditukarkan sebagai Jurulatih Kursus Pegawai Skuadron (SOC) di Institut Latihan Ikhtisas TUDM (ILIT). Pada tahun 1998, skuad Yohanez menghadiri kursus staf di MTAT, Haigate dan setamatnya kursus beliau ditukarkan ke Markas No 3 Divisyen Udara membuat tugas sebagai PS1 Sistem Grup F mulai 4 Disember 1998.
Pada 1 Mac 2002 beliau ditukarkan ke Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara untuk menjawat jawatan PS1 Belanjawan dan dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM pada 13 Januari 2004. Skuad Yohanez merupakan pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat tersebut.
Pada 3 Mei 2010, skuad Yohanez telah dilantik menjadi Pengarah Belanjawan dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Kol TUDM pada 28 Februari 2011. Beliau juga mencipta sejarah sebagai pegawai wanita TUDM pertama menyandang pangkat Kol TUDM. Pada 15 Mac 2014 Yohanez ditukarkan ke jawatan Pengarah Materiel.
Kerjaya Yohanez mencapai ke puncaknya pada 14 Ogos 2015 apabila beliau dilantik menjadi Assisten Ketua Staf (AKS) Materiel di Markas Tentera Udara iaitu jawatan tertinggi dalam heirarki organisasi Materiel TUDM. Pada tarikh yang sama beliau dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM. Beliau sekali lagi memecah rekod sebagai pegawai wanita TUDM pertama mencapai ke pangkat tersebut.
Yohanez memegang jawatan AKS Materiel selama satu tahun satu bulan dan memulakan cuti dan kursus peralihan mulai 16 September 2016 sebelum memulakan hari persaraannya pada 3 April 2017.
Selain dari Budget Officer Course, skuad Yohanez juga beberapa kali berpeluang mengikuti kursus di luar negara seperti Security Assistance Management Foreign Purchaser di Wright Peterson, Ohio, USA pada Julai 2005, Kursus Performance Based Contracting di Northampton, UK dan kursus Financial Management di Melbourne, Australia pada Jun 2010. Skuad Yohanez juga berjaya memperolehi Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya dan ijazah Master in Management dari Universiti Terbuka Malaysia pada tahun 2006.
Pencapaian kerjaya skuad Yohanez telah berjaya memartabatkan kaum wanita di satu tahap yang tinggi dalam organisasi TUDM. Ia seharusnya menjadi pendorong kepada semua wanita berkerjaya dan membuktikan bahawa konsep Glass Ceiling tidak wujud di dalam TUDM. Peluang kenaikan pangkat dan pengiktirafan sentiasa terbuka berasaskan kepada merit atau keupayaan melaksanakan tugas dan persaingan yang sihat.
SKUAD JAAFAR BIN MARLAN
Brigedier Jeneral Dato' Hj Jaafar bin Marlan DSDK PAT SDK KAT KMN AMK BCM PJM PPS PPA PNBB MMgmt(UM) MScSoc (Defence Studies)(UKM) DipPSP(UM) mpat psc
Jawatan Terakhir : Ketua Pengarah Logistik, Cawangan Logistik, Markas Tentera Darat.
Skuad Jaafar dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 18 April 1958 dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Inggeris, Jalan Kluang dan Sekolah Tinggi Batu Pahat sehingga tahun 1975. Sebaik sahaja ditauliahkan pada 24 Januari 1981, beliau mengikuti Kursus Muslihat Ketua Platun di Sekolah Tempur Pegawai Muda, Kem Paradise, Kota Belud, Sabah. Jawatan pertama beliau ditugaskan adalah sebagai Ketua Platun di 24 Kompeni Angkut, Taiping.
Skuad Jaafar menghadiri kursus staf selama setahun di MTAT, Haigate pada tahun 1996 dan setahun setelah menamatkan kursus dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM pada tahun 1998 dan diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai Komandan Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (PULMAT). Semasa dalam pangkat Lt Kol ini beliau telah juga menyandang pelbagai jawatan penting seperti Pegawai Memerintah Markas Kor Perkhidmatan 3 Divisyen di Kem Trendak, Melaka; Juru Arah di MTAT, PS 1 Kor Perkhidmatan di Markas 3 Divisyen; dan PS1 Kerjaya di Jabatan Arah KP, Markas Tentera Darat. Pada 16 Januari 2003, skuad Jaafar telah menghadiri kursus di MPAT selama setahun.
Pada tahun 2006, skuad Jaafar telah dinaikkan ke pangkat Kol untuk menyandang jawatan Kolonel Logistik di Markas Medan Tentera Darat, Kem Sungai Besi dan seterusnya ditukarkan ke Markas Tentera Darat untuk mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Kor Perkhidmatan.
Pada tahun 2016, skuad Jaafar telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan kekal dalam jawatan Pengarah KP sehingga tahun 2017 apabila ditukarkan ke Cawangan Logistik sebagai Ketua Pengarah Logistik sebagai jawatan terakhir dalam kerjayanya sebagai pegawai ATM. Skuad Jaafar mula bercuti, seterusnya menjalani latihan peralihan pada bulan Oktober 2017 sebelum memulakan persaraan wajibnya pada 17 April 2018.
Semasa dalam perkhidmatannya, skuad Jaafar telah memperolehi kelayakan akademik peringkat pengajian tinggi seperti Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1996, Sarjana Pengurusan (Pengurusan Pemerintahan Pasukan) dari Universiti Malaya pada tahun 2000 dan Sarjana Sains Sosial (Kajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003.
SKUAD JUMALI BIN SALAMAT
Brigedier Jeneral Dato' Jumali bin Salamat DIMP PAT SMS KAT KMN PJM PPS PPA MSc(NRS)(NDUUSA) MscSoc (Defence Studies)(UKM) mpat psc (ROKAFCSC) jt TUDM.
Jawatan Terakhir : Komander, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
Skuad Jumali dilahirkan di Klang, Selangor pada 30 April 1959 mendapat pendidikan menengah di Sek Men Tengku Idris Shah Kapar dan Sek Men Tengku Ampuan Rahimah, Kelang, sehingga tamat Tingkatan 6 pada tahun 1978. Setelah menamatkan latihan Pegawai Kadet di SPK, Port Dickson, skuad Jumali mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar sehingga layak mendapat sayap juruterbang dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 16 Julai 1982.
Kerjaya sebagai juruterbang skuad Jumali bermula di No 1 Skn, TUDM Kuala Lumpur menerbangkan pesawat Caribou sebelum bertukar ke beberapa skuadron lain sebagai juruterbang dan Ketua Flait seperti No 2 Skn, TUDM KL (pesawat Albatross), No 8 Skn TUDM Labuan (Caribou)dan No 16 Skn, TUDM Subang (B200T Kingsair).
Pada tahun 1998, skuad Jumali telah dipilih menghadiri kursus staf di Republic of Korea Air Force Command and Staff College (ROKAFCSC) di Seoul selama satu setengah tahun. Sepulangnya dari kursus tersebut beliau ditukarkan ke Markas Tentera Udara untuk menyandang jawatan sebagai PS2 Safety B di Pejabat Inspektorat Jeneral TUDM dan kemuadiannya sebagai PS2 Angkut/Maritim dan PS2 Keperluan Udara di Bahagian PERLUD, Markas TUDM.
Pada 1 September 2004, skuad Jumali dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM dan ditukarkan ke Markas No 1 Divisyen Udara sebagai PS1 Angkut/Maritim, kemudian ditukarkan ke Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP), Markas ATM sebagai PS1 Operasi & Eksesais mulai 18 Ogos 2006. Pada 12 Januari 2009, skuad Jumali telah terpilih menghadiri kursus setahun di MPAT, Haigate dan setamatnya kursus di MPAT, beliau ditugaskan sebagai Juru Arah (DS) di MTAT, Haigate mulai 16 Januari 2010 sebelum ditukarkan ke PU Subang untuk menyandang tugas sebagai pegawai Eksekutif mulai 3 Januari 2011 sehingga 31 Ogos 2011 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Kol TUDM dan dilantik menjadi Komander Pangkalan Udara Kuching.
Pada 20 Jun 2014, skuad Jumali telah dipilih mengikut kursus di National Defence University, Washingtn DC, USA sehingga 30 Jun 2015. Sepulangnya dari NDU USA, skuad Jumali ditukarkan ke Bahagian Operasi dan Strategik (BOS) Markas Tentera Udara untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi mulai 1 Julai 2015 hingga 18 September 2016.
Skuad Jumali dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM pada 19 September 2016 dan diamanahkan memikul tugas sebagai Komander PU Butterworth. Tugas ini merupakan jawatan rasminya yang terakhir sebelum mencapai persaraan wajib pada 29 April 2019.
Semasa dalam perkhidmatan, beliau berpeluang mengikuti beberapa kursus tertiary seperti Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (bersama MPAT, Haigate) pada tahun 2010, National Defence University di Seoul dan National Defence University, Washington DC, USA pada tahun 2015.
Beliau juga telah mengikuti beberapa kursus peralihan pesawat dan professional military education di luar negara seperti Albatross HU16 Pilot di Northrop, USA, B200T Super King Air Pilot di Bonanza, USA, Advance Security Cooperation for Executive di Hawaii, USA, Senior Management Integrated Peace Mission di Canada dan International Defence Resource Management di Monterey, USA.
Sepanjang kerjayanya sebagai juruterbang, skuad Jumali telah banyak melalui pengalaman pahit manis khususya sebagai juruterbang pioneer pesawat amfibia atau flying boat Albatross dari tahun 1985 sehingga pengoperasiannya ditamatkan pada tahun 1990 serta pesawat Caribou dan Beechcraft.
Pengalaman menerbangkan pesawat Caribou yang berusia lebih 20 tahun (pada masa itu) juga tidak terlepas dari situasi yang mengerikan seperti membuat tindakan emergencies seperti propeller reverse inflight after take-off di Sibu, engine failed after take-off di Bario, engine on fire flight dari Kucing ke Balikpapan, Indonesia ketika membawa VIP. Pesawat yang dipandunya juga pernah hampir terhempas kerana terperangkap dalam cuaca buruk di ruang angkasa Labuan. Bersama pesawat Albatross pula beliau pernah membuat emergency landing di Subang kerana masalah kebocoran minyak haiderolik dan membuat night emergency landing di Empangan Durian Tunggal, Melaka. Beliau juga merupakan juruterbang pertama pesawat B200T yang mengalami engine failure ketiga melakukan penerbangan maritime surveillance.
SKUAD HASAZA BIN HANAFIAH
Brigedier Jeneral Dato' Haji Hasaza bin Hanafiah DIMP PAT SDK KAT KMN PJM PPS MBEM (Warwick) MScSoc (Defence Studies) (UKM) mpat psc TUDM.
Jawatan Terakhir : Pengarah Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace TUDM (PUSPEKA), Pangkalan Udara Subang (dari 27 Februari 2017 hingga 23 Februari 2018).
Skuad Hj Hasaza dilahirkan di Jeniang, Kedah pada 5 Jun 1959 dan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Jitra dan Sek Men Teknik Alor Setar, Kedah sebelum menyertai TUDM. Setelah menamatkan latihan di SPK, Port Dickson dan ditauliahkan sebagai Lt M (Udara), skuad Hj Hasaza ditugaskan di TUDM Kinrara sebagai Ketua Flait Mekanikal, Cawangan Latihan Ahli Udara dan selepas itu ditukarkan ke Depot Bekalan di TUDM Kuala Lumpur sebagai Pegawai Pemeriksaan Penerimaan diikuti oleh pertukaran sebagai Ketua Flait Rawatan Sistem Elektrikal dan Instrumen TUDM Alor Setar dan Ketua Tim Senggaraan, TUDM Subang.
Semasa berpangkat Mej TUDM beliau telah membuat tugas sebagai PS2 Kejuruteraan Pesawat (JUKAT) dalam pengkhususan sistem helikopter di Markas Bantuan Udara (MABANUD) dan PS2 Kejuruteraan 1B (Helikopter) di Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Udara (MTU). Skuad Hasaza terpilih menghadiri kursus MTAT, Haigate pada tahun 1998.
Pada tahun 2000, skuad Hasaza dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM dan mengambil alih jawatan Ketua Air Force Plant Representive Office (AFPRO) di AIROD Sdn Bhd. Dari AFPRO AIROD, skuad Hj Hasaza ditukarkan ke Markas No 3 Divisyen Udara (kemudian menjadi Markas Logistik Udara) sebagai PS1 Sistem Group B. Keistimewaan skuad Hasaza adalah kemahiran dan kepakaran teknikal yang beliau miliki ke atas berkaitan sistem pesawat angkut dan helicopter khususnya pesawat C130 dan Nuri.
Pada bulan September 2008, skuad Hj Hasaza dinaikkan ke pangkat Kol TUDM dan mengambil alih tugas sebagai Ketua Staf Sistem (KSS), Markas Logistik Udara. Pada tahun 2009, beliau mengikuti kursus setahun di MPAT, Haigate dan setamatnya kursus beliau kembali menyandang jawatan sebagai KSS.
Pada bulan September 2016. Skuad Hj Hasaza dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM dan kekal dengan tugasnya sebagai KSS sehingga beliau ditukarkan ke Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA) pada 27 Februari 2017.
Walaupun tarikh persaraan wajibnya pada 4 Jun 2019, atas faktor kesihatan, skuad Hasaza memulakan cuti dan seterusnya latihan peralihan pada bulan 23 Februari 2018 kerana beliau mengambil tarikh persaraan awal pada 3 September 2018.
Sepanjang perkhidmatan selama 37 tahun 7 bulan, skuad Hj Hasaza telah berpeluang menghadiri kursus pengajian tinggi dan memperolehi beberapa peringkat ijazah dan diploma seperti Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautikal) dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM) pada tahun 1984, Diploma Pengajian Strategik Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1998, Master of Science (Engineering Management) 2002, University Warwick pada tahun 2002 dan Sarjana Sains Sosial (Pengurusan Strategik Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010.
SKUAD MOHAMMAD SHUAIRI BIN ABDULLAH
Brigedier Jeneral Dato’ Mohammad Shuairi bin Abdullah DIMP PAT KAT AMN PJM PPS PPA psc DIA(UiTM) DipPSP(UM) TUDM.
Jawatan Terakhir : Ketua Staf Khidmat, Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Pangkalan Udara Subang dari 8 Jun 2020 hingga 13 Ogos 2021.
Skuad Mohammad Shuairi dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 14 Februari 1962. Keluarga skuad Shuairi berasal dari Perak, dilahirkan di Port Dickson kerana ketika itu ayahnya bertugas sebagai anggota Kor Kavalri di Port Dickson. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sek Men Buyong Adil (Government English School), Tapah, Perak sehingga tahun 1979 sebelum menyertai ATM.
Sebaik sahaja menamatkan latihan Pegawai Kadet di SPK, Port Dickson pada Januari 1981, beliau telah dihantar ke PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar untuk mengikuti latihan asas penerbangan. Bagaimanapun beliau tidak menamatkan latihan penerbangan dan ditauliahkan ke pangkat Lt M (Udara) ke Cawangan Logistik pada 29 Julai 1981 (kuat kuasa pada 24 Januari 1981).
Kerjaya skuad Shuairi sebagai pegawai Logistik (Materiel) bermula dengan jawatan sebagai Pegawai Penstoran Simpanan Khas di Pusat Materiel Udara, TUDM Kuala Lumpur dan kemudian sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kembalik Komponen di pasukan yang sama sebelum bertukar tugas sebagai pegawai staf di Departmen Tentera Udara. Pada 17 Disember 1990 beliau ditukarkan ke TUDM Butterworth sebagai Ketua Terminal Peluru Pangkalan 2 (BAT 2) dan kemudiannya ditukarkan sebagai Ketua BAT 1 di TUDM Kuantan pada 22 Mei 1992. Pada 1 Jun 1994, dari BAT 1 skuad Shuairi ditukarkan ke Markas No 3 Divisyen Udara sebagai PS2 Sistem Group D (Explosive) sehingga 4 Januari 1998 kerana dipilih untuk menghadiri kursus staf di MTAT, Haigate selama setahun.
Setamatnya kursus di MTAT, beliau ditugaskan ke Markas No 1 Divisyen Udara sebagai PS 2 Materiel mulai 1 Januari 1999 sehingga 28 Februari 2002 apabila ditukarkan ke Markas Operasi Udara sebagai PS1 Rancang Logistik. Pada 3 Januari 2006, beliau ditukarkan pula ke Bahagian Materiel, Markas TUDM sebagai PS1 Khidmat Kewangan. Pada 1 Disember 2006, ketika masih berpangkat Mej TUDM telah dipilih menyertai Tim Projek (In Plant) bagi perolehan pesawat MB339CM di Milan, Italy sebagai Pegawai Logistik dan Kewangan. Beliau berada Tim Projek tersebut sehingga 31 Mac 2010.
Pada 1 April 2010, skuad Shuairi telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM dan ditugaskan sebagai PS1 Siasatan (Udara) di Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA), MINDEF. Pada 7 Januari 2014 beliau ditukarkan pula ke Bahagian Materiel untuk mengambil alih jawatan PS1 Sistem Materiel (SISMAT). Pada 5 Oktober 2016, beliau telah dinaikkan ke pangkat Kol TUDM untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Materiel.
Pada 9 April 2019 skuad Shuairi mengambil alih jawatan Ketua Pengarah Operasi Logistik (KPOL) di Bahagian Logistik Pertahanan, Markas ATM. dan telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM. Pada 8 Jun 2020, beliau ditukarkan pula ke jawatan Ketua Staf Khidmat (KSK) di Markas Pemerintahan Bantuan Udara sehingga 13 Ogos 2021 untuk bercuti dan mengikuti latihan peralihan. Mengikut peraturan ATM yang sedia ada, tarikh persaraan wajib skuad Shuairi adalah pada 13 Februari 2022.
Selain dari kursus kepakaran khususnya dalam pengurusan bahan letupan, skuad Shuairi juga memiliki Diploma in Accountancy dari Institut Teknologi MARA dan Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya
SKUAD ABDUL RAZAK BIN HUSSAIN
Brigedier Jeneral Haji Abdul Razak bin Hussin PAT DSM KAT KMN AMN BCM PJM PPS PPA mpat psc MMgmt (UM) MScSoc (Defence Studies)(UKM) DipPSP(UM).
Jawatan Terakhir: Panglima 13 Briged, Markas 13 Briged, Kem Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah dari 26 November 2019 hingga 27 Mac 2021.
Skuad Abdul Razak dilahirkan di Melaka pada 21 Oktober 1961 dan mendapat pendidikan menengah di Gajah Berang Secondary School Melaka. Sebaik sahaja ditauliahkan pada 24 Januari 1981 dan menghabiskan kursus Muslihat Asas Ketua Platun (MAKP) di Sekolah tempur Pegawai Muda, Kota Belud, Sabah, beliau ditugaskan sebagai Ketua Trup (Troop Leader) di Rejimen ke 3 Kavalri Diraja atau 3 KAD (nama lama bagi Rejimen Armor Diraja), Kem Sunggala, Port Dickson sebelum meningkat ke jawatan Penolong Ketua Skuadron dan sebagai Pegawai Risik 3 KAD di Sarawak sebelum ditukarkan ke PULADA (Johor) pada tahun 1989 hingga 1992 dan 11 KAD, Sabah dari 1992 hingga 1994. Ketika berkhidmat di 11 KAD, skuad Abd Razak dinaikkan ke pangkat Mejar pada 24 Januari 1994.
Pada 8 November 1994, skuad Abdul Razak menghadiri kursus staf di MTAT dan setamatnya kursus, beliau ditukarkan kembali ke 11 KAD sebagai Ketua Skuadron mulai 6 November 1995 sehingga 2 Mei 1996 apabila beliau diberi penghormatan sebagai pemimpin pertama mengoperasikan Skuadron Armor Para (SAP) dan beliau memimpin B Skn (Para) sehingga 2 November 1997 apabila beliau dipilih mengikuti kursus Sarjana di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) dengan kerjasama Universiti Malaya sehingga 30 November 1998.
Setamatnya kursus, beliau ditukarkan ke PULADA sebagai Jurulatih Kursus Taktik Semua pasukan (TSP) sehingga 14 November 1999 apabila beliau ditukarkan ke MINDEF sebagai PS2 Belanjawan di Cawangan Perancangan dan Pembangunan (P & P), Markas TD dan pada 29 September 2003 beliau dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk menyandang tugas PS1 Pembangunan di Cawangan P & P.
Perjalanan skuad Abdul Razak selanjutnya semasa dalam pangkat Lt Kol melalui pengalaman berharga dengan menjawat pelbagai jawatan penting. Pada 25 Jun 2005 beliau terpilih menyertai Tim Pemantauan Antarabangsa (IMT) di Mindanao selama setahun, diikuti dengan pertukaran sebagai Pegawai Memerintah Rejimen Kedua Armor Diraja (2 KAD) mulai 24 Ogos 2006 sehingga ditukarka sebagai Juru Arah (DS) MTAT pada 1 Februari 2009. Pada 15 Januari 2012, beliau diamanahkan untuk mengandar tugas sebagai Komandan Pusat Latihan Armor (PULAMOR) di Kem Sebatang Karah, Port Dickson.
Pada 19 Februari 2014, skuad Abdul Razak ditukarkan ke Jabatan Arah Armor untuk membuat tugas sebagai PS1 Teknikal diikuti oleh jawatan PS1 Tadbir mulai 12 Julai 2014 . Pada 12 Januari 2015, beliau dipilih untuk mengikuti kursus di MPAT dan setamatnya kursus, beliau kembali bertugas sebagai PS1 Tadbir di Jabatan Arah Amor, Markas Tetera Darat dari 11 Januari 2016 hingga 12 Mac 2017.
Pada 13 Mac 2017, skuad Abdul Razak telah dinaikkan ke pangkat Kol atas perjawatan Timbalan Komandan Institut Pegawai Kanan TD (INSPEKA) membuat tugas sebagai Pengarah Pusat Olah Perang TD (POPTD) di Kem Sirajuddin, Gemas. Beliau mengetuai POPTD sehingga 25 November 2019.
Pada 26 November 2019, skuad Abdul Razak dinaikkan ke pangkat Brig Jen untuk mengambil alih jawatan sebagai Panglima 13 Briged Infantri di Kem Chenderawasih, Lahad Datu, Sabah.
Skuad Abdul Razak memulakan percutian dan diikuti oleh kursus peralihan pada 27 Mac 2021 sebelum mencapai usia persaraan wajib pada 20 Oktober 2021.
Semasa dalam perkhidmatan, beliau berpeluang mengikuti beberapa kursus professional military education seperti Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan (bersama MTAT) dari Universiti Malaya pada tahun 1995, Sarjana Pengurusan (Pemerintahan Pasukan) dari Universiti Malaya (bersama IPDA) pada tahun 1998 dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (bersama MPAT) pada tahun 2015.
Nota: Skuad Abdul Razak merupakan Presiden Kelab Skuad TJP 37 (S37) sejak ditubuhkan lebih kurang pada tahun 2007. Ia bukan satu pertubuhan rasmi (berdaftar) tetapi satu kumpulan solidariti (Pegawai Kadet Intake Ke 37 Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson) yang wujud secara tidak terancang melalui pertemuan (reunion) demi pertemuan sehingga mewujudkan satu hubungan adik-beradik di kalangan ahlinya yang aktif.
SKUAD THAMILANTY A/L PERIASAMY
Brigedier Jeneral Tamilanty a/l Periasamy DIMP PAT KAT AMP AMK PJM PPS PPA psc MBA(CSU, Australia) MBA(Aviation Mgmt)(RMIT Melbourne) DipMgmt(UM) DipPSP(UM) DipAPM (KLIA College) TUDM
Jawatan Terakhir: Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan Udara, Pangakalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.
Skuad Tamilanty dilahirkan di Kajang, Selangor pada 15 Februari 1961 dan mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sultan Abdul Aziz, Kajang hingga tahun 1977 sebelum terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja. Selepas menamatkan pelajaran (MCE) di MTD beliau menyertai latihan Pegawai Kadet TJP 37 di SPK Port Dickson. Skuad Tamilanty ditauliahkan sebagai Lt M (Udara) pada 11 April 1981 ke dalam Cawangan Kawalan Lalu Lintas Udara (KLLU) dan unit pertama beliau ditugaskan ialah sebagai Pegawai Operasi di Skn Kawalan Trafik, TUDM Alor Setar. Skuad Tamilanty menjalani latihan asas (1982) dan lanjutan (1984) Air Traffic Control Officer (ATCO) di Australia. Selepas TUDM Alor Setar beliau ditukarkan ke TUDM Kluang dan kemudiannya mebuat pelbagai tugasan dan jawatan di Cawang Operasi TUDM Kuantan serta Jurulatih di Sekolah Trafik Udara dan Bomba (SEKTUB). Dari TUDM Kuantan skuad Tamilanty bertukar ke TUDM Kuching sebagai Ketua Skuadron Operasi pada tahun 1992, kemudian ditukarkan ke Cawang Operasi TUDM Subang diikuti dengan pertukaran ke Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara Bersama (PUKALUB), Subang sehingga 31 Oktober 1996.
Pada 1 November 1996, Skuad Tamilanty telah dinaikkan ke pangkat Mej TUDM untuk menjawat tugas sebagai PS 2 Sekretariat 1 di Cawang Sekretariat MK ATM diikuti dengan jawatan PS1 ATOC/ASOC di Markas No 1 Divisyen Udara sehingga Disember 2003. Beliau mengikuti kursus staf di MTAT, Haigate selama setahun mulai bulan Januari 2004. Setamatnya kursus beliau ditukarkan sebagai Pegawai Staf Udara di Markas Medan Tentera Darat diikuti oleh Pengawas POTU di No 1 Divisyen Udara (November 2005) dan Ketua Flait KTU PU Labuan mulai 1 Februari 2008.
Pada 12 Februari 2009, Skuad Tamilanty telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM untuk menjawat tugas sebagai Ketua Cawang Operasi diikuti dengan jawatan Pegawai Eksekutif PU Labuan. Pada 1 Mac 2010, beliau ditukarkan ke PU Kuantan membuat tugas Ketua Sekolah Kawatan Trafik Udara di Institut Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) sehingga 02 Jun 2013 apabila beliau ditukarkan ke Markas Pendidikan dan latihan Udara (MPPLU) sebagai PS1 Kurikulum sehingga 10 Mac 2017 apabila skuad Tamilanty mengambil alih jawatan Pengarah Kurikulum di Markas yang sama dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.
Pada 17 Februari 2020, kerjaya skuad Tamilanty mencapai ke puncaknya apabila beliau dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM dan dilantik menjadi Ketua Staf MPPLU mulai 20 April 2020 sehingga Ogos 2020 apabila beliau memulakan cuti dan latihan peralihan sebelum bersara dari perkhidmatan pada 14 Februari 2021.
Skuad Tamilanty amat mengambil berat dalam pembangunan diri. Selain menghadiri kursus yang ditawarkan oleh perkhidmatan, beliau turut mengambil inisiatif meningkatkan tahap pendidikan akademiknya secara persendirian atau sambilan. Beliau memiliki Diploma in Management dari Continuous Learning Centre, Universiti Malaya pada tahun 1999, Master in Business Administration dari University of Charles Sturt, Wagga Wagga, Australia pada tahun 2002, Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 2004, Master in Business Administration (Aviation Management) dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia pada tahun 2007 dan Diploma in Aviation Planning & Management - KLIA College pada tahun 2013.
SKUAD KHAIRUL ANUAR BIN YAAKOB
Brigedier Jeneral Khairul Anuar bin Haji Yaacob PAT SMJ PCM KAT KMN AMN PJM PPS PPA PNBB(Kemboja) MSocSc (Defence Studies)(UKM) mpat psc (USMCSC)
Jawatan Terakhir: Ketua Staf Perkhidmatan, Markas 21 Grup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing, Johor (dari 31 Mac 2020 hingga 22 Feb 2021).
Skuad Khairul Anuar dilahirkan di Temoh, Perak pada 14 September 1961 dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah St Michael, Ipoh dan Sek Men Mahmud, Raub, Pahang sehingga Tingkatan 5 pada tahun 1978. Selepas menamatkan latihan Pegawai Kadet di SPK dan ditauliahkan sebagai Lt M, skuad Khairul Anuar ditugaskan di Rejimen 22 Para Komando, Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGKM) di Kem Sungai Udang, Melaka untuk membuat tugas sebagai Ketua Terup. Beliau lulus Kursus Asas Komando di Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK –kemudian menjadi PULPAK) untuk melayakkan dirinya memakai green beret pada 31 Disember 1981.
Dari 22 Para Komando (22 Kdo), skuad Khairul Anuar ditukarkan ke PULPAK pada 1 Mei 1985 sebagai Pegawai Latih dan seterusnya sebagai Penolong Ketua Skuadron di 21 Kdo mulai 1 Januari 1991. Pada 10 Mei 1992, beliau telah berkhidmat di Kemboja di bawah misi pengaman United Nation Transition Assistance Group (UNTAG) selama setahun.
Pada 6 Julai 1993, skuad Khairul Anuar telah dinaikkan ke pangkat Mej untuk menyandang jawatan Ketua Skuadron di 21 Rejimen Komando selanjutnya menjadi Penolong Pegawai Memerintah pada 1 Februari 1997 sehingga 9 Julai 1997, apabila terpilih mengikuti kursus staf di US Marine Corps Command and Staff College, Quantico, Virgina selama setahun.
Sepulangnya dari kursus, beliau ditugaskan ke Markas 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), Sungai Udang mulai 9 Julai 1998, selanjutkan ke Markas TD Sel Operasi Pasukan Khusus (SOPASUS) sebagai PS2 Kerjaya mulai 15 Oktober 1999 dan kembali ke Rejimen 21 Kdo sebagai Penolong Pegawai Memerintah mulai 3 Januari 2002.
Pada 1 Jun 2002, skuad Khairul Anuar dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk menyandang jawatan sebagai PS1 Teknikal di Markas TD- SOPASUS dan pada 16 Mac 2004, kembali ke Kem Sungai Udang untuk menggalas tugas sebagai Pegawai Memerintah 21 Kdo sehingga 13 Januari 2006. Skuad Khairul Anuar telah terpilih mengikuti kursus staf di MPAT, Haigate selama setahun mulai 14 Januari 2006 dan setamatnya kursus, beliau ditukarkan ke Markas 21 GGK sebagai PS1 Gerak mulai 16 Januari 2007, selanjutnya ditukarkan sebagai Juru Arah (DS) di MTAT, Haigate mulai 1 Januari 2008 sehingga 9 Februari 2011 apabila beliau ditukarkan pula ke PULPAK untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Pada 1 November 2013, beliau ditukarkan semula ke Markas TD- Jabatan Arah Gerakhas sebagai PS1 Teknikal.
Pada 14 Januari 2016, skuad Khairul Anuar dinaikkan ke pangkat Kol dan diamanahkan memegang tugas sebagai Komandan PULPAK. Beliau berkhidmat sebagai Komandan PULPAK sehingga 28 April 2016 apabila ditukarkan ke 21 GGK sebagai Timbalan Panglima 21 GGK seterusnya sebagai Kolonel Operasi (Pengstrukturaan semula 21 GGK) mulai 2 Februari 2017.
Pada 31 Mac 2020, skuad Khairul Anuar melangkah ke puncak kerjayanya apabila dinaikkan ke pangkat Brig Jen untuk menyandang jawatan Ketua Staf Perkhidmatan di Markas 21 GGK. Beliau merupakan satu-satunya pegawai Rejimen Komando dalam skuad TJP 37 yang berjaya mencapai pangkat ini. Beliau mengakhiri perkhidmatannya pada 22 Feb 2021 apabila memulakan cuti dan akan mengikuti latihan peralihan pada 13 Jun 2021, sebelum mencapai usia persaraan wajib pada 14 September 2021.
Semasa dalam perkhidmatan, beliau berpeluang mengikuti kursus di AsiaPacific Center for Strategic Studies, Honolulu, Hawaii pada tahun 2004 dan mengikuti pengajian Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (kerjasam dengan MPAT) pada tahun 2006.
Pada tahun 1985, semasa berpangkat Lt, skuad Khairul Anuar sebagai Ketua Trup Alpha Skn Whisky dari 22 Para Komando pernah terlibat secara langsung dengan Operasi Jala Aman untuk memburu salah seorang ketua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) bernama Ubong di hutan sempadan Sarawak-Kalimantan di bawah kawalan RASCOM. Perjalanan ke lokasi dengan bot ekspres dari Sibu ke melalui Sungai Rejang sehingga ke Song, bertukar menyayuh 18 buah sampan (dua orang satu sampan bersama rangsum) melalui Sungai Katibas hingga ke penghujung hulunya. Trup di bawah pimpinan skuad Khairul Anuar berada di dalam hutan selama 56 hari terus menerus tanpa ulang bekal sama ada melalui darat atau udara bagi mengelakkan kehadiran mereka dikesan oleh musuh. Mereka terpaksa menanam rangsum yang mereka bawa sebagai bekalan simpanan (food dump).
SKUAD ROSLAN BIN HJ SHAARI
Brigedier Jeneral Roslan bin Hj Shaari PAT KAT KMN PJM PPS PPA MMgmt (UM) MScSoc (Defence Studies)(UKM) DipPSP(UM) mpat psc
Skuad Roslan dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 7 Jun 1961, mendapat pendidikan menengah di Sek Men Dato’ Sedia Raja, Rembau sehingga tamat Tingkatan 5 pada tahun 1978. Beliau melapor diri untuk menyertai latihan Pegawai Kadet di SPK, Port Dickson pada 2 April 1980 dan ditauliahkan sebagai Lt M pada 11 April 1981 ke dalam Kor Kelengkapan (sekarang Kor Ordnans Diraja). Sebaik sahaja ditauliahkan dari SPK, Port Dickson, skuad Roslan ditugaskan sebagai Pegawai Tadbir di Sekolah Kor Kelengkapan (SKK), Kem Batu Kantonmen. Antara jawatan penting yang disandang oleh skuad Roslan semasa berpangkat Mej ialah PS2 Ordnans di Markas 1 Divisyen Infantri, Kuching mulai tahun 1994 hingga Januari 1998 apabila terpilih mengikuti kursus staf di MTAT, Haigate selama satu tahun. Setamatnya kursus pada bulan Disember 1998, beliau ditukarkan ke jawatan Pegawai Pemerintah 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP) mulai Januari 1999. Pada tahun 2000, beliau terpilih mengikuti dipilih mengikuti kursus Sarjana di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) dengan kerjasama Universiti Malaya dan setamatnya kursus, beliau telah ditukarkan ke jawatan Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Ordnans (PULNORD) mulai tahun 2001 hingga tahun 2003.
Pada 30 Mac 2003, skuad Roslan telah dinaikkan ke pangkat Lt Kol dan diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Komandan Pusat Latihan Ordnans (PULNORD) diikuti oleh pertukaran ke jawatan Pegawai Memerintah 74 Batalion Ordnans Diraja (74 BOD), Kem Batu Kantonmen pada 15 Januari 2004, kemudiannya sebagai PS1 Ordnans di Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Trendak mulai 9 Mac 2005, dan seterusnya ke jawatan PS1 Rancang di Bahagian Logistik Pertahanan, Markas ATM mulai 6 November 2006, PS1 Operasi/Eksesais di Cawangan J4, Markas Angkatan Bersama pada 1 Januari 2008.
Pada 3 Januari 2011, skuad Roslan telah terpilih mengikuti kursus di MPAT, Haigate selama setahun dan setamatnya kursus, beliau ditukarkan ke jawatan PS1 Rancang, Jabatan Arah Ordnans, Markas TD mulai 15 Januari 2012. Pada 30 Oktober 2015, skuad Roslan dinaikkan ke pangkat Kol untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Kump Ordnans di Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MPLTD) dan diikuti dengan pertukaran sebagai Pegawai Memerintah 93 Depot Peluru Pusat, Kem Mempaga, Bentong, Pahang mulai 28 Julai 2017. Ini merupakan kali keempat skuad Roslan menyandang jawatan Pegawai Memerintah unit Kor Ordnans Diraja.
Kerjaya skuad Roslan mencapai ke puncaknya apabila beliau dinaikkan ke pangkat Brig Jen mulai 30 Mac 2020 untuk menyandang jawatan sebagai Assisten Ketua Staf Logistik di Cawangan Logistik, Markas TD. Beliau memegang jawatan itu sehingga 9 Februari 2021 untuk memulakan percutian dn diikuti oleh latihan peralihan sehingga sampai usia persaraan wajib pada 6 Jun 2021.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya selama hampir 41 tahun, beliau telah berpeluang menghadiri pelbagai kursus kerjaya dan professional military education. Beliau juga turut menerima kelayakan akademik seperti Diploma Pengajian Strategi dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1998; Sarjana Pengurusan (Pengurusan Pemerintah Pasukan) dari Universiti Malaya pada tahun 2000 dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011.
SKUAD MOHD TAHAR BIN ABD RAZAK
Brigedier Jeneral Mohd Tahar bin Abdul Razak PAT PKK SAP KAT KMN AMT AMK PKC PJM PPS PPA PNBB(Liberia) PNBB(Bosnia) PNBB(Lubnan) NATO (Bosnia) MA (UM) MScSoc (Def Strat Studies)(UKM) mpat psc.
Jawatan Terakhir: Komandan Institut Pegawai Kanan (ISPPEKA) Tentera Darat, Port Dickson (11 Jun 2020 hingga 3 Disember 2020).
Skuad Mohd Tahar dilahirkan di Segamat, Johor pada 3 Jun 1961, mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Segamat sehingga tamat Tingkatan 5 pada tahun 1978. Setelah menamatkan latihan di SPK, Port Dickson dan ditauliahkan sebagai Lt M beliau ditugaskan sebagai Ketua Terup di Rejimen ke 2 Kavalri Diraja (2 Kav) di Kem Batu 10, Gambang, Kuantan dan kemudiannya ditukarkan ke 4 Kav di Kem Lapangan Terbang. Sungai Petani pada tahun 1983, diikuti dengan pertukaran sebagai Jurulatih Kanan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW), Ipoh pada tahun 1989.
Pada 17 Mac 1994, semasa berpangkat Kapt, skuad Mohd Tahar berpeluang berkhidmat sebagai Pegawai Pemerhati PBB di Liberia di bawah pentadbiran United Nations Observer Mission in Liberia (UNOMIL) sehingga 16 September 94 kemudian disambung pula dengan tugas dengan misi pengaman di Bosnia di bawah penyeliaan United Nations Protection Force (UNPROFOR) dari 17 September 1994 selama 6 bulan juga.
Pada 21 Mac 1995, skuad Mohd Tahar dinaikkan ke pangkat Mejar untuk menyandang jawatan Ketua Skuadron di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD). Pada 25 Jun 1997, skuad Mohd Tahar menerima peluang ketiga berkhidmat di bawah panji PBB apabila terpilih menyertai Malasian Contingent (MALCON IV) di Bosnia selama 6 bulan. Sepulangnya dari Bosnia pada 28 Disember 1997 beliau kembali ke 1 KAD sebagai Ketua Skuadron sehingga 5 Januari 2000 untuk mengikuti kursus di MTAT, Haigate.
Pada 5 Januari 2001 beliau ditugaskan untuk memimpin Skuadron Armor Para (SAP) di 1 KAD sehingga 10 Januari 2003 apabila ditukarkan ke Markas TD- Jabatan Arah Armor sebagai PS1 Gerak. Pada 25 Oktober 2004, beliau terpilih mengikuti Program Sarjana Pengurusan Pemerintah Pasukan di IPDA, Port Dickson selama setahun. Setamatnya kursus tersebut, belia ditugaskan sebagai Peperiksaan di Markas Pemerintahan Latihan TD.
Pada 1 Mac 2006, skuad Mohd Tahar dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk menyandang jawatan Ketua Staf Markas 10 Briged Para, diikuti dengan pertukaran sebagai Pegawai Memerintah Batalion ke 5 Rejimen Sempadan (5 RS), Kem Bukit Kayu Hitam pada 12 Jun 2007.
Beliau terpilih mengikuti kursus di MPAT dari 12 Januari 2009 hingga 11 Januari 2010 dan setamatnya kursus, beliau dilantik menjadi Ketua Staf di Markas 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada 9 Jun 2012, beliau ditukarkan pula ke Markas ATM- BOLP untuk membuat tugas sebagai PS1 Sel Operasi A.
Pada 25 Oktober 2013, buat kali keempatnya khidmat beliau dengan misi PBB diperlukan. Kali ini beliau membuat tugas sebagai PS1 Gerak di Markas MALBATT 850-1, Kem Maarakah, Lubnan selama satu tahun. Sepulangnya dari Lubnan, skuad Mohd Tahar dilantik menjadi PS1 Tadbir di Jabatan Arah Armor, Markas TD mulai 13 Oktober 2014.
Skuad Mohd Tahar dinaikkan ke pangkat Kol pada 4 Februari 2016 untuk menyandang tugas sebagai Pengarah Sekretariat di Markas TD dan kemudiannnya diamanahkan untuk membuat tugas sebagai Komander SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) di Cyberjaya di bawah seliaan Agensi Bantuan Bencana Alam Malaysia (NADMA) mulai 31 Mei 2018. Seterusnya pada 1 Februari 2020, beliau ditukarkan ke Institut Pegawak Kanan Tentera Darat (INSPEKA), Port Dickson sebagai Pengarah Army Lesson Learnt Centre (ALLC).
Perjalanan kerjaya skuad Mohd Tahar tiba di puncaknya apabila beliau dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 11 Jun 2020 dan diamanahkan untuk menyandang jawatan sebagai Komandan INSPEKA. Beliau menyandang jawatan ini sehingga awal Disember 2020 apabila beliau memulakan cuti diikuti oleh kursus peralihan sebelum mencapai usia persaraan wajib pada 2 Jun 2021.
Pengalaman skuad Mohd Tahar dalam operasi, latihan dan juga tugas staf di semua peringkat organisasi ATM tidak ternilai harganya. Mungkin beliau merupakan satu-satunya pegawai ATM yang pernah berkhidmat di bawah misi PBB sebanyak 4 kali iaitu Liberia, dua kali ke Borsnia dan Lubnan.
Skuad Mohd Tahar juga berpeluang mendapat melanjutkan pengajian akademiknya di peringkat tinggi dan berjaya memperolehi Diploma Pengajian Strategi dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 2000; Sarjana Pengurusan (Pengurusan Pemerintah Pasukan) dari Universiti Malaya pada tahun 2005 dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2009.
SKUAD MUHAMMAD FANASHIM BENSON BIN HASHIM
Brigedier Jeneral Muhammad Fanashim Benson bin Hashim DNS KAT KMN PMC ANS PJM PPS PPA PNBB (Bosnia) MScSoc (Def Strat Studies) (UKM) DipPSP (UM) mpat psc.
Jawatan Terakhir: Ketua Pengarah Doktrin, Markas Pemerintahan Latihan dan Dokrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson.
Skuad Muhammad Fanashim Benson dilahirkan di Singapura pada 14 September 1961, mendapat pendidikan menengah di Sek Men Mahmud, Raub, Pahang sehingga tamat Tingkatan 5 pada tahun 1978. Setelah ditauliahkan dalam pangkat Lt M ke dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera (KJLJ) pada 24 Januari 1981 dan menjalani kursus Muslihat Asas Ketua Platun di Sekolah Tempur Pegawai Muda, Kota Belud, Sabah dari 25 Februari hingga 27 Jun 1981, beliau ditugaskan sebagai Pegawai Depot Bantuan Kecil (DBK) di PULADA, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Semasa berpangkat Kapt, skuad Benson pernah menjawat tugas sebagai Ketua Unit Senggaraan di 11 RAMD dan PS3 Pemeriksa (CIV Team), Markas Logistik TD dan ketika berpangkat Mejar, beliau telah berpeluang menyertai misi pengaman PBB di Cambodia bersama pasukan MALBATT di bawah pentadbiran United Nation Transition Assistance Group (UNTAG) pada tahun 1995. Pengalaman berkhidmat di Cambodia memberikan keinsafan apabila melihat kehidupan rakyat yang menderita akibat peperangan saudara dan penindasan oleh Regim Khmer Rouge di bawah pimpinan Pol Pot. Skuad Benson telah terpilih mengikuti kursus staf selama setahun di MTAT, Haigate pada tahun 1998.
Pada 1 Mac 2003, skuad Benson dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel untuk membuat tugas PS1 JLJ di Markas Medan TD sebelum ditukarkan sebagai Pegawai Memerintah 73 Woksyop Divisyen di Kem Trendak, Melaka mulai 27 November 2003. Selanjutnya beliau ditukarkan Jabatan Arah JLJ sebagai PS1 Gerak/Tadbir mulai 1 Ogos 2006 sebelum terpilih mengikuti kursus di MPAT selama setahun mulai 14 Januari 2008.
Setamatnya kursus di MPAT, beliau ditugaskan sebagai Juru Arah di MTAT, Haigate mulai 15 Januari 2009 hingga 6 Januari 2011 apabila ditukarkan ke Markas 3 Divisyen sebagai PS1 Logistik. Jawatan terakhirnya dalam pangkat ii ialah sebagai Komandan Institut Kejuruteraan Elektronik Darat (IJED) mulai 2 Januari 2014.
Pada 3 Februari 2017, skuad Benson dinaikkan ke pangkat Kol untuk mengambil alih jawatan yang baru diluluskan iaitu sebagai Pegawai Memerintah 21 Kumpulan Logistik, markas 21 GGK di Kem Iskandar Mersing. Pada 1 April 2008, beliau ditukarkan pula ke Markas Pemerintahan Logistik TD sebagai Ketua Kumpulan JLJ sehingga 6 Januari 2020 apabila ditukarkan ke Markas Pemerintahan Medan Barat TD, Kem Sg Besi sebagai Kolonel Logistik.
Kerjaya skuad Benson mencapai ke puncaknya apabila dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 25 September 2020 dan diamanahkan untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Doktrin, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD (MPLDTD) di Kem Segenting, Port Dickson. Skuad Benson bersara pada 13 September 2021.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya selama hampir 41 tahun, skuad Benson telah berpeluang menghadiri pelbagai kursus kerjaya dan professional military education. Beliau juga turut menerima kelayakan akademik seperti Diploma Pengajian Strategi dan Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 1998; Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2009.
SKUAD KAMARALZAMAN BIN ABDUL AZIZ
Brigedier Jeneral Kamaralzaman bin Tun (Dr) Abdul Aziz PAT KAT KMN PKN PJM PPS PPA PNBB MMgmt (Malaya) DipPSP (Malaya) psc.
Jawatan Terakhir: Pengarah Penulisan, Pejabat Panglima Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan.
Skuad Kamaralzaman dilahirkan di Kuala Lumpur pada 8 Disember 1962, merupakan bekas Putera Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi dari tahun 1978 hingga 1979. Setelah ditauliahkan dalam pangkat Leftenan Muda ke dalam Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 11 April 1981, beliau ditugaskan sebagai Ketua Platun di Batalion Keempat, Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) di Kem Pakit, Simanggang, Sarawak.
Kamaralzaman dinaikkan ke pangkat Kapten pada bulan Mac 1986 dan pangkat Mejar pada bulan Disember 1995. Beliau telah mengikuti kursus staf selama setahun di MTAT, Haigate pada tahun 1996 dan menerima Post Graduate Diploma in Security and Defence Studies dari Universiti Malaya. Beliau kemudiannya terpilih mengikuti kursus dan menerima ijazah Master in Management (Command Management) dalam tahun 1998.
Pada 1 Oktober 2001, skuad Kamarakzaman dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel untuk membuat tugas Ketua Sekretariat di Markas Tentera Darat sebelum dipinjamkan untuk membuat tugas sebagai Directing Staff di Australian Command and Staff Course, Australia. Jawatan dan tugas lain yang disandang semasa dalam pangkat Lt Kol ialah Timbalan Pengarah Pusat Oolah Perang (POP) TD, PS1 G di Jabatanarah Infantri Markas TD, PS1 Operasi di Bahagian Operasi dan Latihan (OPLAT) Markas TD dan seterusnya dipilih sebagai anggota Tim Penulis kepada Panglima Tentera Darat (PTD) mulai bulan Mei 2010 sebelum menyertai Tim Penulis di Pejabat Panglima Angkatan Tentera (PAT) mulai bulan Jun 2011.
Pada bulan Oktober 2016, skuad Kamaralzaman telah dinaikkan ke pangkat Kolonel untuk menyandang tugas sebagai Pegawai Staf Kanan kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya sebagai Ketua Penolong Pengarah di Seksyen Kerjasama Persempadanan MKN. Pada tahun 2020 beliau kembali ke Pejabat PAT untuk membuat tugas sebagai Pegawai Staf Kanan Kanan Penulisan kepada PAT.
Pada bulan Jun 2022, Kamaralzaman mencapai kemuncak kerjayanya apabila dinaikkan ke pangkat Brig Jen bagi melaksanakan tugas sebagai Pengarah Penulisan kepada PAT. Skuad Kamaralzaman merupakan skuad TJP 37 yang ke 22 dan terakhir berpeluang mendapat kenaikan ke pangkat Brig Jen.
Skuad Kamaralzaman memiliki satu keistimewaan tersendiri iaitu kemahiran ‘penulisan’ bertaraf antarabangsa dan telah diberi kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi ATM sebagai ahli tim penulis I Pejabat PAT selama hampir 12 tahun. Sebagai ahli sehingga mengetuai Tim Penulis PTD, PAT serta Ketua Pengarah MKN, beliau telah menulis puluhan teks ucapan PAT serta teribat secara langsung dalam pelbagai pembentangan kertas kerja dalam seminar peringkat antara bangsa, antaranya: Shangrila Dialogue, Qianshen Dialogue serta Chief of Defence Conference Indo Pac Command serta United Nations Providing Nations di UN HQ New York.
Atas keperluan perkhidmatan, tarikh persaraan wajib Kamaralzaman pada 8 Disember 2022 telah dilanjutkan kepada 23 Mac 2023. Ini merupakan sejarah dalam perkhidmatan ATM apabila seorang pegawai yang berpangkat lebih rendah dari Lt Jen mendapat keistimewaan seperti ini.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai pegawai muda, Kamaralzaman pernah terlibat secara langsung dalam operasi Counter Insurgency Warfare (CIW) dari tahun 1981 hingga 1989 dan sebagai Penasihat Ketenteraan di Pejabat PAT beliau turut terlibat dalam menangani beberapa operasi ketenteraan seperi OP SAMBAR (Para) pada tahun 1991, OP DAULAT di Lahad Datu pada tahun 2013 serta insiden kemalangan pesawat MH17 pada tahun 2014.
Skuad Kamaralzaman dilahirkan di Kuala Lumpur pada 8 Disember 1962, merupakan bekas Putera Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi dari tahun 1978 hingga 1979. Setelah ditauliahkan dalam pangkat Leftenan Muda ke dalam Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 11 April 1981, beliau ditugaskan sebagai Ketua Platun di Batalion Keempat, Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) di Kem Pakit, Simanggang, Sarawak.
Kamaralzaman dinaikkan ke pangkat Kapten pada bulan Mac 1986 dan pangkat Mejar pada bulan Disember 1995. Beliau telah mengikuti kursus staf selama setahun di MTAT, Haigate pada tahun 1996 dan menerima Post Graduate Diploma in Security and Defence Studies dari Universiti Malaya. Beliau kemudiannya terpilih mengikuti kursus dan menerima ijazah Master in Management (Command Management) dalam tahun 1998.
Pada 1 Oktober 2001, skuad Kamarakzaman dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel untuk membuat tugas Ketua Sekretariat di Markas Tentera Darat sebelum dipinjamkan untuk membuat tugas sebagai Directing Staff di Australian Command and Staff Course, Australia. Jawatan dan tugas lain yang disandang semasa dalam pangkat Lt Kol ialah Timbalan Pengarah Pusat Oolah Perang (POP) TD, PS1 G di Jabatanarah Infantri Markas TD, PS1 Operasi di Bahagian Operasi dan Latihan (OPLAT) Markas TD dan seterusnya dipilih sebagai anggota Tim Penulis kepada Panglima Tentera Darat (PTD) mulai bulan Mei 2010 sebelum menyertai Tim Penulis di Pejabat Panglima Angkatan Tentera (PAT) mulai bulan Jun 2011.
Pada bulan Oktober 2016, skuad Kamaralzaman telah dinaikkan ke pangkat Kolonel untuk menyandang tugas sebagai Pegawai Staf Kanan kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya sebagai Ketua Penolong Pengarah di Seksyen Kerjasama Persempadanan MKN. Pada tahun 2020 beliau kembali ke Pejabat PAT untuk membuat tugas sebagai Pegawai Staf Kanan Kanan Penulisan kepada PAT.
Pada bulan Jun 2022, Kamaralzaman mencapai kemuncak kerjayanya apabila dinaikkan ke pangkat Brig Jen bagi melaksanakan tugas sebagai Pengarah Penulisan kepada PAT. Skuad Kamaralzaman merupakan skuad TJP 37 yang ke 22 dan terakhir berpeluang mendapat kenaikan ke pangkat Brig Jen.
Skuad Kamaralzaman memiliki satu keistimewaan tersendiri iaitu kemahiran ‘penulisan’ bertaraf antarabangsa dan telah diberi kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi ATM sebagai ahli tim penulis I Pejabat PAT selama hampir 12 tahun. Sebagai ahli sehingga mengetuai Tim Penulis PTD, PAT serta Ketua Pengarah MKN, beliau telah menulis puluhan teks ucapan PAT serta teribat secara langsung dalam pelbagai pembentangan kertas kerja dalam seminar peringkat antara bangsa, antaranya: Shangrila Dialogue, Qianshen Dialogue serta Chief of Defence Conference Indo Pac Command serta United Nations Providing Nations di UN HQ New York.
Atas keperluan perkhidmatan, tarikh persaraan wajib Kamaralzaman pada 8 Disember 2022 telah dilanjutkan kepada 23 Mac 2023. Ini merupakan sejarah dalam perkhidmatan ATM apabila seorang pegawai yang berpangkat lebih rendah dari Lt Jen mendapat keistimewaan seperti ini.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai pegawai muda, Kamaralzaman pernah terlibat secara langsung dalam operasi Counter Insurgency Warfare (CIW) dari tahun 1981 hingga 1989 dan sebagai Penasihat Ketenteraan di Pejabat PAT beliau turut terlibat dalam menangani beberapa operasi ketenteraan seperi OP SAMBAR (Para) pada tahun 1991, OP DAULAT di Lahad Datu pada tahun 2013 serta insiden kemalangan pesawat MH17 pada tahun 2014.
SPECIAL TRIBUTES
SKUAD GANESE A/L JAGANATHAN
SKUAD Ganase a/l Jaganathan dilahirkan 3 Oktober 1958 di Sentul, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya skuad TJP 37 yang menerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK). Beliau ditauliahkan ke Kor Kavalri Diraja (kini Kor Armor Diraja). Walaupun Ganase tidak mencapai pangkat ‘Jeneral’ semasa dalam perkhidmatan, aku tetap memilih kesah beliau untuk dimasukkan di dalam episod ini atas keistimewaan yang tersendiri.
Pada tahun 1999, ketika Ganase berpangkat Mejar, beliau telah dipilih sebagai Pegawai Pemerhati Tentera PBB untuk menyertai misi di Sierra Leone (UNAMSIL) selama setahun. Sierra Leone mengalami masalah pemberontakan tentera Revolutionary United Front (RUF) pimpinan Foday Sankoh yang mahu menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Ahmad Tejan Kabbah. Semasa berkhidmat di bawah misi PBB inilah Ganase melalui satu pengalaman ngeri dan traumatic yang telah meletakkan dirinya diambang maut.
Di Sierra Leone, Ganase bersama beberapa pegawai pemerhati pelbagai negara telah ditempatkan di pekan Kenema dan dipindahkan ke Makeni untuk 6 bulan kedua.
Peristiwa ngeri trsebut berlaku pada 1 Mei 2000 beberapa hari sahaja selepas Ganase dipindahkan ke penempatan baru di Makeni. Satu gerombolan pemberontak RUF yang diketuai oleh Col Agustine Gbao telah mengepung kem demobilisasi PBB kerana menuntut 10 anggota mereka yang belot untuk dijatuhi hukuman. Kem tersebut dikawal oleh anggota tentera PBB dari Kenya. Ganase bersama seorang pegawai Bangladesh telah dihantar untuk meninjau keadaan kem itu yang telah terputus hubungan komunikasi dengan pihak luar. Ganase cuba berunding dengan Gbao tetapi usahanya menemui kegagalan.
Sekumpulan pemberontak yang diketuai Brig Gen Maurice Kallon tiba-tiba datang menyerang tentera PBB di kem itu. Mereka kemudiannya menangkap dan menawan Ganase dan rakannya. Dengan muncung pistol di kepalanya serta beberapa senjata tajam dihalakan ke lehernya, mereka berdua dalam keadaan tangan terikat di belakang telah dibawa dengan menaiki sebuah kenderaan Mercedes Benz yang dikawal oleh berbelas askar pemberontak yang lengkap bersenjata ke kem mereka.
Tentera PBB (Batalion Kenya) langsung tidak membantu atau berusaha untuk menyelamatkan pegawai pemerhati (tidak bersenjata) yang ditawan oleh pemberontak. Sesampainya di kem itu, Ganase melalui saat yang paling mendebarkan apabila ia diarahkan untuk berdiri di bawah sebatang pokok untuk ditembak. Namun Ganase terselamat kerana tiba-tiba Gen Kallon bertukar fikiran tidak jadi menembaknya. Kemudian, Ganase di bawa ke Teko Barracks camp di Makeni.
Di dalam Teko Barrack, Ganase mendapati beberapa orang lagi pegawai tentera PBB yang telah ditawan lebih awal. Tidak lama kemudian 3 orang pegawai pemerhati yang datang untuk berunding juga telah ditawan dan dijadikan tebusan oleh Kallon. Mereka menawan tentera pemerhati adalah bertujuan untuk menentukan PBB mengikut kemahuan mereka dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden Tejan Kabbah. Setelah dua hari berada di Teko Barrack, mereka dipindahkan pula ke Kem Tahanan Koidu. Dalam perjalanan ke Koidu, kenderaan yang membawa mereka mengalami kemalangan teruk dan beberapa orang tebusan mengalami kecederaan parah. Mereka dipaksa berjalan kaki sejauh 3 km ke Kem Koidu. Sepanjang tempoh di dalam Kem Tahanan Koidu, mereka telah beberapa kali diancam untuk dibunuh, dihina, tidak diberi makan yang mencukupi dan didera secara fizikal.
“I accept the reality that I have gone through it, and I feel that I am fortunate that I came out of it alive so that I can share my experiences with potential military observers who will be deployed for missions,”
Setelah 18 hari Ganase dan rakan-rakannya hidup sebagai tebusan di Koidu, pada 20 Mei 2000 mereka telah dibawa ke pekan Kailahun bersempadan dengan negara Liberia. Pada keesokan hari, mereka di bawa ke Monrovia (ibu kota Liberia) dan mereka dibebaskan di situ.
Setelah selesai peristiwa ngeri itu, Ganase meneruskan baki 2 bulan tempoh khidmatnya di Sierra Leone dan pulang ke tanah air pada 29 Jun 2000.
Ganase menamatkan perkhidmatan cmerlangnya dalam ATM pada tahun 2013. Beliau telah mencatatkan pengalaman terpahit dalam perkhidmatannya selama 32 tahun itu dalam bukunya bertajuk ‘21 Days: A True Story of a Malaysian Hostage in Sierra Leone’ yang diterbitkan kali pertama pada tahun 2005.
Setelah bersara, Ganase aktif dalam memberi ceramah motivasi yang menekankan latihan mental untuk pegawai-pegawai dan anggota ATM yang membuat persediaan menyertai misi pengaman di luar negara.
“Major Ganase is a most able officer who has the highest standards. He is also a very resilient and courageous man, who has handled a most demanding situation in a totally professional manner. I judge that he will achieve promotion to lieutenant-colonel quickly and have a most successful army career. “He is a credit to his service and country. His performance has been truly outstanding and he deserves the highest commendation for his performance during the mission.”
Col J.J.L. Poraj Wilczynski (UNAMSIL Team Leader).
Biar pun begitu, beberapa kali namanya diangkat oleh pegawai atasannya untuk menerima anugerah pingat keberanian telah diketepikan dengan alasan operasi yang beliau lalui tidak terlibat dengan pertempuran secara langsung dengan musuh.
Bagaimanapun sumbangan beliau tetap diberi perhatian apabila beliau telah dikurniakan pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) sempena Hari keputeraan rasmi Seri Paduka Yang DiPertuan Agong pada tahun 2006, iaitu kategori terbawah dalam senarai pengiktirafan keberanian peringkan Persekutuan.
SEMOGA ALLAH (swt) MEMBERKATI PERJUANGAN SKUAD TJP37