.
Semasa di sekolah menengah, aku sememangnya bercita-cita
untuk melanjutkan pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD). Tetapi keadaan
persekitaran di masa itu seperti tiada galakkan dari aspek kerjaya, tiada
penekanan ke atas Bahasa Inggeris menyebabkan cita-cita tersebut terbantut
begitu sahaja. Selepas SRP (1974) setelah gagal untuk mencapai impian ke MTD
aku mencuba pula memohon ke SPPAT (AFATS) namun gagal juga semasa ujian
pemilihan di Port Dickson.
Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC mempunyai keunikan
tersendiri. Ia bukan sahaja Akademi ketenteraan yang ulung di negara kita
bahkan satu-satunya sekolah berasrama penuh yang melaksanakan ciri ketenteraan
yang tunggal di negara ini. Ia mempunyai emej atau prestij tersendiri
berbanding dengan Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SMBP) yang lain.
Ia tidak seperti RMA Sandhurst di UK, tidak seperti OCS
Portsea di Australia, tidak seperti USMA di West Point di USA atau pun RMIC
Dehradun, India. MTD (RMC) merupakan kombinasi sekolah menengah tentera dan
juga pusat latihan pegawai tentera.
Bagaimanapun setelah wujudnya Akademi Angkatan Tentera
Malaysia (ATMA) pada tahun 1995 dan kemudiannya Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) pada tahun 2006, ciri MTD sebagai akademi untuk melath pegawai
ATM sudah beransur hilang. MTD hanya memberikan fokus kepada pendidikan menengah
untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Walaupun pada suatu ketika dulu, MTD pernah membuat
pengambilan pelajar Tingkatan 1, ianya hanya berjalan beberapa tahun sebelum
dihentikan.
Kampus MTD terletak di lokasi bernama Bukit Belimbing dalam
Kem Sungai Besi yang jaraknya kira-kira 16km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Dikelelilingi oleh pemandangan indah tasik
The Mines Resort dan Kompleks Sukan Nasional, Bukit Jalil.
Ia terletak bersebelahan dengan kampus UPNM. Penuntut MTD
dikenali sebagai Putera (Prince), manakala bekas pelajar (Alumni) MTD dipanggil
Old Putera (OP).
SEJARAH MTD
Sejarah MTD bermula tanggal 3 Julai 1952 di Port Dickson,
Negeri Sembilan. Ketika itu ia dikenali sebagai Malay Regiment Training Centre
yang terdiri daripada dua Cawangan iaitu:
1. Pre Officer Cadet Training Unit atau Pre-OCTU (melatih
Pegawai Kadet untuk ketiga-tiga perkhidmatan ATM).
2. Boys Company (pendidikan peringkat menengah Tingkatan 4 dan 5)
MTD mengambil pelajar pertamanya pada September 1952 dengan
menyaksikan 74 pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun terpilih dari 1000
permohonan untuk mengikuti pengajian.
Pada 17 Disember 1953, nama sedia ada ditukar kepada Federation Military
College (FMC) yang mana piagamnya adalah cetusan inspirasi Pesuruhjaya Tinggi
Tanah Melayu, Field Marshall Tun Sir Gerald Templer.
Field Marshall Tun Sir Gerald Templer
Pada 20 Jun 1961, FMC dipindahkan dari Port Dickson ke Kem
Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pada 1 Januari 1966, FMC telah menerima anugera
DiRaja dan nama FMC ditukar kepada
Maktab Tentera DiRaja (MTD) atau Royal Military College (RMC). Perbarisan
menerima menerima anugerah Panji DiRaja oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu,
Sultan Haji Ahmad Shah dilaksanakan pada 3 Jun 1981 di Stadium Merdeka.
Semasa berpindah dari Port Dickson, pada waktu itu, MTD
terdiri daripada dua Divisyen iaitu:
1. Divisyen Kadet (untuk melatih Pegawai Kadet ATM (Fasa 2)
yang telah lulus latihan Fasa 1, YLPPK (Pre-OCTU), Port Dickson)
2. Divisyen Putera mengekalkan fungsi sebagai Boys Company.
Pada tahun 1987, apabila setiap perkhidmatan TD, TLDM dan
TUDM mempunyai pusat latihan (Sekolah) Pegawai Kadet masing-masing, Divisyen
Kadet di MTD bertukar menjadi Sekolah Pegawai Kadet Tentera Darat.
Pada tahun 1995, Divisyen Kadet (SPK Tentera Darat) telah
dipindahkan ke Kem Ulu Tiram, Johor dan dikenali sebagai Kolej Tentera Darat.
Pada awal tahun 2014, MTD sekali lagi melakar sejarah
apabila institusi ini berpindah ke bangunan barunya di Bukit Belimbing,
Balakong (masih dalam kawasan Kem Sungai Besi).
Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD 2013
untuk seramai 243 Putera yang menamatkan pengajian Tingkatan 5 pada 8 Jan 2014
telah meninggalkan nostalgia yang amat bermakna bagi mereka kerana menjadi
kumpulan terakhir sebelum MTD beroperasi di kampus baharu.
FASA PEMBANGUNAN MTD
Lima (5) fasa penting perkembangan Maktab Tentera Diraja
ini.
Fasa Pertama:
Gagasan idea Field Marshal Sir Gerald Templer yang
merupakan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu, menubuhkan Federation
Military College (FMC) pada Ogos 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Fasa Ke2:
Bermula apabila FMC berpindah ke kampus baharu di Kem
Perdana Sungai Besi pada April 1961."
Fasa Ke3:
Nama FMC diubah menjadi MTD pada tahun 1966 apabila Maktab
ini diberikan status "Diraja". Pengishtiharan bersejarah itu dibuat
bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kadet Jangka Tetap yang
Kesembilan,
Fasa Ke4:
Berlaku pada tahun 1995 apabila Pemisahan Cawangan Kadet
yang berpindah ke Ulu Tiram, Johor bagi membolehkan penubuhan Akademi Tentera
Malaysia (ATMA). Cawangan Putera terus kekal di bawah penyeliaan MTD dan
diletakan di bawah pentadbiran Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Fasa ke 5 (terakhir):
Perpindahan kampus MTD ke kompleks bangunan baru di Bukit
Belimbing.
(Rujuk Ucapan Komandan MTD pada 8 Jan 16)
Maktab Tentera Di-Raja (Bahasa Inggeris: Royal Military
College) lebih dikenali dengan nama singkatan "MTD" atau
"RMC". Selain itu, MTD juga kadangkala dikenali sebagai "Akademi
Tentera Sandhurst Malaysia" dan "The Sitesis Eton-Sandhurst"
merupakan sekolah berasrama penuh di Malaysia. Kawasan kampus MTD yang meliputi
kawasan berbukit hijau seluas 1,200 ekar ini terletak di Sungai Besi, kira-kira
10 batu dari bandar raya Kuala Lumpur. Dikelilingi pemandangan indah dari The
Mines Resort, dan Stadium Nasional Bukit Jalil manjadikan keadaan kampus ini
damai. Pelajar RMC dikenali sebagai Putera, manakala bekas pelajar pula
dipanggil Old Putera. Istilah "Putera" diberikan kerana status Diraja
RMC. Walaupun mereka telah mencapai kedudukan yang tinggi di pelbagai organisasi,
mereka tetap bangga dipanggil dengan gelaran ex-Boy.
Lagu (Anthem) MTD berjodol Berkhidmat Memimpin.
BERKHIDMAT MEMIMPIN
Berkhidmat Memimpin
Cogan Yang Mulia
Maktab Tentera Diraja
Yang Ternama
Putera-putera Sentiasa
Bersama
Menjunjung Harapan Nusa
dan Bangsa
Menuntut Ilmu Tekun
Usaha
Bersukan Ukir Daya
Sejahtera
Menuntut Ilmu Tekun
Usaha
Bersukan Ukir Daya
Sejahtera
Berdikari Amalan Yang
Terpuja
Memupuk Semangat Wira
Waja
SUSUNAN PANGKAT PUTERA
Within the College,
each Putera belongs to one of eight Companies. They are:
1. Alpha (navy blue)
2. Bravo (yellow)
3. Charlie (green)
4. Delta (red)
5. Echo (black)
6. Foxtrot (maroon)
7. Golf (orange)
8. Hotel (blue)
The SUO is responsible
for all aspects of the Puteras under his command, and is the highest ranking
Putera in the Company. The three JUOs, covering the General, Administration and
Quartering billets of the Company, are equal in terms of rank and assist the
SUO in the running of the Company on a day-to-day basis. All Under Officers are
entitled to a private bunk each, and SUO's are also entitled to have their
meals at the High Table in the Mess Hall. SUO's also carry swagger stick and
don Sam Browne belt during official parade (except Passing Out Parade).
Every Company is led by
one Senior Under Officer (SUO) and assisted by three Junior Under Officers
(JUOs), who are fourth year Puteras appointed by the College administration.
The terms SUO and JUO are a throwback to the traditions of the Royal Military Academy
at Sandhurst, where such titles are still in use today for senior rankholders.
Fourth year Puteras who are not rankholders are entitled to be referred to as
Senior Puteras (SP).
All Companies have four
senior rankholders and five junior rankholders.
SUO's lead their Company at all Parades and are the main
liaisons between the military administration and the Puteras under his care.
SUOs and JUOs are also subject to the authority of the Company's commissioned
officers and instructors, and play a role in the selection of junior
rankholders.
Rank is denoted by slip-on shoulder epaulettes and is worn
on all uniforms except the Mosque Order (traditional Malay dress) and the Planters'
Order (formal blazer and College tie dress). Prior to 1997, these slip-on
epaulettes were only worn by the senior and junior rankholders, and its use was
accompanied by a metallic shoulder title, bearing the name Maktab Tentera
Diraja underneath the rank insignia on the epaulette.
In 1997, this rank insignia structure was amended to bring
it in line with the Officer Cadet rank insignia in use at the Army College
(KTD,Kolej Tentera Darat) and the then-newly established Malaysian Armed Forces
Academy (ATMA, Akademi Angkatan Tentera Malaysia). The main difference between
an Officer Cadet rank insignia and the Putera rank insignia is the color of the
insignia; the bars, knots and chevrons on an Officer Cadet rank are white in
color, while the same on a Putera rank is royal yellow in color.
An SUO's rank insignia consists of four horizontal bars
(one bar for each year of study at the College) with an Austrian knot and
chevron pointing upwards underneath the knot, on a dark green epaulette.
A JUO's rank insignia is identical to the SUO's, except
that there is no chevron underneath the Austrian knot.
The letters MTD (acronym of the College's Malay name,
Maktab Tentera Diraja) are also emblazoned in royal yellow at the bottom edge
of the epaulette for both ranks.
Junior rankholders on the other hand are understudies for
the senior rankholder posts and are invested with similar authority with senior
rankholders. Nevertheless, all actions of junior rankholders are subject to
review by the senior rankholders and the College administration.
Putera Sergeants (P/SGT) are normally appointed from the
third year Puteras in the first quarter of the academic year, and they are
further promoted to Acting Senior Under Officer (A/SUO) and Acting Junior Under
Officer (A/JUO) ranks by the third quarter of the academic year to allow for
the gradual takeover of the Company from the graduating seniors.
A P/SGT's rank insignia consists of three horizontal bars
and three chevrons pointing downwards. An A/SUO's rank insignia consists of
three horizontal bars and a bright red Austrian knot and chevron pointing
upwards underneath the knot. An A/JUO's rank insignia is identical to the
A/SUO's, except that there is no chevron underneath the Austrian knot. The
letters MTD (acronym of the College's Malay name, Maktab Tentera Diraja) are in
royal yellow at the bottom edge of the epaulette for all three ranks.
P/SGTs, A/SUOs and A/JUOs are not entitled to any
privileges accorded to the senior rankholders.
As of 2009, new epaulette were introduced for the Puteras
following the changes in intakes from Form 2 to Form 4 in the year 2006. The
first year Puteras (or New boys) initially wears a pair of epaulettes having
only one yellow horizontal bar above the MTD acronym. Later on, some of the
Puteras who are promoted to A.P/SGT wears a pair of epaulettes consists of one
red horizontal bar above the MTD acronym and three red chevrons pointing
downwards. The A.P/SGT are the Puteras that will take up the senior ranks of
the Company in the following year.
As of 2014, two new ranks were formed; Putera Commander
(P/CO) and Putera Regimental Sergeant Major (P/RSM). After the selection of
rank holders at the beginning of each year, they will be given a 3-month
probationary period. In the month of April, one SUO will be promoted to P/CO
and one P/SGT will be promoted to P/RSM.
TAHUN 80an HINGGA 1996
TAHUN 1997 HINGGA 2009
TAHUN 1998 HINGGA KINI
TRADISI DAN AMALAN
Normally, after their Passing Out Parade, OPs will get
their class ring (or also known as OP ring) as a sign that they have graduated
from the college and to commemorate their time in the college. The tradition
was influenced by the similar tradition practiced by Royal Military Academy
Sandhurst which was introduced by British administrators during the college's
early days.
Furthermore, OPs wear their college's green tie every
Wednesday. This makes it easier for OPs to recognize each other, regardless of
generations, race and religion.
Salah satu antara syarat tradisi, pegawai ATM yang dilantik
menjadi Komandan MTD mestilah terdiri dari kalangan OP.
SENARAI KOMANDAN MTD
1. Lt Col C. Mahoney OBE MC (1953 - 1955)
2. Lt Col P.A.C. Don DSO (1956 - 1958)
3. Lt Col R.D.L King (1959 - 1961)
4. Lt Col J.W. Pearson (1962 - 1964)
5. Lt Col D.W. Grove DSO (1965 - 1967)
6. Kol Abdul Jamil bin Ahmad - RAMD (1967 - 1968) -
Allahyarham Lt Jen (B) Dato'
7. Kol Jaafar bin Onn - KAD (1968 - 1970) - allahyarham Lt Jen (B) Dato'
8. Kol Syed Hamzah bin Syed Abu Bakar - RAMD (1970 - 1972) -
Brig Jen (B) Dato'
9. Kol Baharudin bin Md Diah -
(1973 - 1974) - Kol (B)
10. Kol Nik Mahmood Fakharuddin bin Nik Ahmad Kamil - RAMD
(1974 - 1977), Allahyarham Lt Jen Dato'
11. Kol Murad bin Jaafar - RAJD (1978 - 1980) - Kol (B)
12. Kol Mohamad bin Munip - JLJD (1981 - 1983), Allahyarham
Dato'.
13. Kol Aboo Samah bin Aboo Bakar - RAMD (1983 - 1985)- Jen (B)
Dato'
14. Kol Abd Ghani bin Yunus - RAMD (1985 - 1990) - Mej Jen (B)
Dato'
15. Kol Hussein bin Hj Yusoff - RAMD (1991 - 1993) - Brig Jen
(B) Dato'
16. Kol Hj Yusop bin Hj Hussin - RAMD (1993 - 1995) - Brig Jen
(B)
17. Kol Ramli bin Nik - RSD (1995 - 1996) - Kol (B).
18. Kol Khalid bin Saad - RAMD (1996 - 1996) - Allahyarham Mej
Jen (B) Dato'
19. Kol Ahmad Rodi bin Zakaria - RGKM (1996 - 1999) - Mej Jen
(B) Dato'
20. Lt Kol Ahmad Ghazali bin Abu Hassan -Pemangku (1999 - 2000)
21. Kol Mohd Razif bin Idris - KOD (2000 - 2002) - Mej Jen
Dato'
22. Kol Azizan bin Md Delin - RAMD (2002 - 2003)- Lt Jen Datuk.
23. Kol Mohd Shukuri bin Hj Ahmad - RAMD (2004 - 2006) - Mej
Jen Dato'
24. Kept Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman - TLDM (2006 -
2007) - Laksdya Dato'
25. Kept Alias bin Baharudin TLDM (2007 - 2010) - Laksma Dato'
27. Kol Zakaria bin Yadi - RAMD (2010 - 2011) - Mej Jen Datuk.
28. Kol Amiruddin bin Dato' Sulaiman - RAMD (2011 - 2012)
29. Kol Wan Ghazali bin Wan Din - KPD (2012 - 12 Nov 2016)
30. Kol Noorul Azril bin Ariffin - RAMD (Nov 2016 - 30 Mei
2017)
31. Brig Jen Shahada bin Ismail TUDM (1 Jun 2017 - kini)
ALUMNI TERKEMUKA
Antara Alumni MTD yang berjaya mengharumkan nama negara:
Tun Dr Ling Liong Sik (bekas Menteri)
Tan Sri Annuar bin Hj Musa (bekas Menteri)
Tan Sri Raja Nongchik Najmuddin bin Raja Zainal Abidin
(bekas Menteri)
Tan Sri Shafee bin Abdullah - Peguam terkenal
Tan Sri Samsudin Osman (bekas KSN)
Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad (bekas Menteri)
Prof Dr Jomo Kwame Sundram (akademis)
Mirnawan Nawawi (bekas pemain hoki kebangsaan)
Tan Sri G. Gnanalingam (CEO West Port)
Datuk Ramli Ibrahim (Indian classical dancer/choreographer)
Datuk Dr Joshua Raj (pakar pembedahan orthopedik dan
penulis)
Dr Samuel Ong, cardiologist (Commandant's Prize winner,
1971)
Tan Sri Abdul Halim bin Ali (bekas KSN)
Tan Sri Dr Salleh bin Mohd Noor (bekas KP Perhutanan)
Arul Kanda - President and Group Executive Director of 1MDB
Shahrol Azral Ibrahim Halmi -Former CEO of 1MDB
Prof Dr Mohd Nasir bin Ibrahim (akademis)
Prof Datuk Dr Kamal bin Saleh (ekonomis)
Tan Sri Dr Munir bin Abd Majid (pakar kewangan)
Prof Datuk Khalid bin Abd Kadir (akademis)
Tan Sri Razali bin Abd Rahman (Pengerusi PEREMBA)
Datuk Dr Ratnanesan Arumugam (pakar pergigian dan Presiden
Persatuan Dental Sedunia)
Tan Sri Mohd Nor bin Yusof (bekas Pengarah Urusan MAS)
Tan Sri Zainol Abidin bin Abd Rashid (bekas CEO LHDN)
Tan Sri Datuk Dr Yusof bin Basiron (bekas KP PORIM, MPOB
dan CEO MPOC)
Prof Datuk Dr Shamsul Amri bin Baharudin (akademis)
Prof Datuk Dr Radin Umar bin Radin Suhadi (mantan NC UPM)
Datuk Seri Michael Yam Kong Choy (CEO Real Estate Co)
Datuk Kunasingam a/l Sittampalam (ED HSS Integrated)
OP IN ARMED FORCES LEADERSHIP
Jen Tan Sri Abd Rahman bin Abd Hamid
Jen Tan Sri Ismail bin Omar
Jen Tan Sri Borhan bin Ahmad
Jen Tan Sri Zahidi Zainuddin
Jen Tan Sri Abdul Aziz bin Zainal
Laksamana Tan Sri Abd Aziz bin Jaffar
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Badaruddin
Jen Tan Sri Rodzali bin Daud TUDM
Jen Tan Sri Roslan bin Saad TUDM
Jen Tan Sri Zulkiple bin Kasim
Tan Sri Hj Affendi bin Buang TUDM
Syarat Kelayakan untuk ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja
(MTD):
Warganegara Malaysia
Jantina- Lelaki
Tinggi minimum: 152 CM
Berat Minimum: 40.5 KG
Body Mass Index (BMI): 18 hingga 27
Ukuran Dada: 74cm (Biasa) dan 79cm (Tarik Nafas)
Penglihatan baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata,
hendaklah tidak melebihi 6/12.
Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang mampu
memudaratkan diri jika buat aktiviti lasak.
Memperoleh 7A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa
Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3
Keutamaan kepada calon yang aktif dalam bidang sukan,
muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform
Tarikh Tutup Permohonan: Biasanya pada 30 November
(tiap-tiap tahun)
Hanya yang pelajar yang layak sahaja akan menerima
keputusan menerusi SMS. Calon yang berjaya terpilih akan menjalani sesi
temuduga terlebih dahulu sebelum berjaya dipilih untuk memasuki Tingkatan 4
Maktab Tentera Diraja.
OP DALAM TJP37
Ramai kalangan OP yang menyertai latihan Pegawai Kadet (PK)
bersama Pengambilan ke 37 (skot aku) yang bermula pada bukan April 1980.
Bagaimanapun mereka melapor diri lewat sebulan setelah majlis Ikrar Sumpah
Setia pada 5 April 1980.
Bila bercerita tentang ex-Boy dalam intake PK, Walaupun
rata-rata mereka berusia muda baru masuk 18 tahun ketika melapor diri, dalam
ilmu ketenteraan mereka jauh lebih berpengalaman. Purata PK dari kalangan awam
adalah antara 19 hingga 22 tahun. Sebahagian besar telah pernah berkerja atau
dropped out dari IPTA. Kalau ada pengalaman mungkin dari PKBM atau Pengakap
sahaja. Kecuali PK dari kalangan bekas anggota LLP.
Rata-rata ex-Boy ini bersaiz kecil kerana mereka masuk MTD
ketika berusia 15 tahun. Malah ada yang tidak mencukupi syarat asas ketinggian
calun PK. Tetapi oleh kerana mereka Putera MTD, mereka tiada pilihan lain.
Walaupun kematangan (kedewasaan) agak kurang mereka telah melalui kehidupan
dalam dunia ketenteraan selama dua tahun di MTD. Sudah melalui pahit jerih dan
persekitaran alam ketenteraan. Mereka sudah biasa dengan uniform, kawad, map
reading, ilmu muslihat peperangan. Jadi, semasa latihan kadet mereka sudah
biasa dengan cara-cara mengilat kasut kawad, change parade, latihan jasmani
(PT), mengendali senjata dan tipu muslihat kehidupan dalam berek.
Kalau kita PK dari awam mematuhi 100% arahan jurulatih
kerana takut hukuman, ex-Boy sentiasa mengambil peluang untuk mencuri peluang
untuk menipu atau mengelat. Lebih-lebih lagi semasa dikenakan hukuman. Mereka
cepat dan pantas mencuri peluang. Contoh jika ada latihan atau hukuman untuk
membuat duck walk, forward roll, side roll, star jump, press up dan sit up. Itu
makanan mereka selama 2 tahun di MTD. Kalau kita buat 10 kali, mereka boleh
tipu, buat 3 atau 4 kali sahaja.
MEJAR MOHD RAHIM BIN OSMAN (3001606)
KRD
MEJAR DR AHMAD AZAN BIN HJ RIDZUAN (BERSARA) (3001611)
RAMD
KAPTEN HAMDAN BIN ABDULLAH (BERSARA) (3001616)
RRD
KAMARUZAMAN BI ABD KARIM (3001702)
BEKAS PEGAWAI KEDET
KAPTEN JAUDIN BIN MAT SAAD (BERSARA) (3001767)
KOD
KAPTEN MD NOOR BIN OTHMAN (BERSARA) (3001768)
RAD
REJIMEN ARTILERI DIRAJA
LT KOL ABDUL RAZAK BIN MAT TUDM
(KASTURI)
BRIGEDIER JEMNERAL HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM (371269)
271267
371268
MEJ DAUD BIN MOHD SALLEH TUDM (BERSARA)
BRIGEDIER JEMNERAL HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM (371269)
MEJ DAUD BIN MOHD SALLEH TUDM (BERSARA)
BRIGEDIER JEMNERAL HJ KHAIRIL ASRI BIN BAHARIN TUDM (371269)
CJT
371270
KAPT MD RAHIM BIN ISMAIL TUDM (BERSARA)
X
CAWANG JURUTERBANG (PEJUANG)
KAPT MD RAHIM BIN ISMAIL TUDM (BERSARA)
X
CAWANG JURUTERBANG (PEJUANG)
371271
TIDAK DAPAT DIKESAN
TIDAK DAPAT DIKESAN
371272
TIDAK DAPAT DIKESAN
TIDAK DAPAT DIKESAN
371299
LT KOL S. HAMID BIN MOHD YUSOF TUDM (BERSARA)
(TUAH)
CAWANG PRA (KAWALAN TRAFIK UDARA)
(TUAH)
CAWANG PRA (KAWALAN TRAFIK UDARA)
371300
LT KOL SHAFIE BIN MOHAMAD ALI TUDM (BERSARA)
(TUAH)
KOLONEL TAMILENTHY A/L PERIASAMY (3717301)
PRA
LT KOL SHAFIE BIN MOHAMAD ALI TUDM (BERSARA)
(TUAH)
KOLONEL TAMILENTHY A/L PERIASAMY (3717301)
PRA
CAWANG PRA (KAWALAN TRAFIK UDARA)
ADEGAN SAMPINGAN...CERITA HANTU OP
CERITA HANTU 1
CERITA HANTU 1
Cerita hantu dengan boarding school memang tak boleh dipisahkan. Cerita ini aku baca dari salah satu blog OP. Betul ke tidak kena verify kat OP juga.
Katanya cerita ini bermula dari satu tragedi yang berlaku pada awal tahun 80an. Pada masa itu keliling Kem Sg Besi masih dikelilingi oleh tasik-tasik bekas lombong yang besar dan dalam. Masih belum dibangunkan oleh Country Heights Holding Bhd (1988) menjadi The Mines Resort seperti sekarang ini.
Kejadian bermula bila pada suatu petang 'budak-budak Putera (Boy) sedang beriadhah bermain kayak. Setelah selesai berkayak, semua pelajar pulang ke asrama untuk meneruskan rutin harian mereka. Selesai mandi, solat, makan malam dan pergi prep di kelas.
Tetiba-tiba pada jam 11 malam, tetiba Rahim bangun dan keluar dari biliknya di tingkat 1 dan terjun ke bawah. Rahim terus berlari laju menuju ke tasik tempat pelajar berkayak petang tadi. Pantas sekali lariannya tidak tercapai dek akal (di luar kelajuan biasa) dan tiada siapa yang mampu mengejar. Sampai di tepi tasik dia terus terjun ke dalam tasik dan hilang. Tidak timbul-timbul lagi.
Pelbagai usaha menggunakan teknologi penyelamatan pada masa itu, dari pasukan ATM dan Bomba, semuanya gagal belaka. Mayat Rahim tidak dapat ditemui. Lalu terdapat cadangan untuk menggunakan kepakaran 'spritual' atau khidmat BOMOH.
Apabila bomoh telah datang, membacakan Surah Yasin dan juga doa-doanya, dia meminta supaya tilam dan bantal Rahim dibawa ke tepi tasik dan dihanyutkan ke tasik. Seperti ada remote control, tilam itu bergerak ke tengah tasik. Bila sampai ke tengah tasih, tilam dan bantal itu terus menjunam masuk ke dalam tasik.
Doa dan jampi diteruskan. Beberapa minit kemudian, tetiba tilam dan bantal tersebut timbul dalam keadaan menegak dan kelihatan mayat Rahim seperti melekat tidur di atas tilam tersebut. Perlahan-lahan tilam tersebut terapung di atas permukaan tasik dan Rahim seperti tidur nyenyak di atasnya. Lalu tilam itu seperti di kawal dari jauh bergerak ke tepi tasik. Maka mayatnya dapat disempurnakan.
Diceritakan, menurut kata Tok Bomoh itu, pengayuh kayak yang dipegang oleh Putera Rahim (Pelajar Tingkatan 4) telah terkena anak jin yang sedang bermain-main di tasik tersebut. Lalu anak jin tersebut mati. Maka keluarga jin pun marah dan minta nyawa Rahim sebagai ganti. Setelah ia mendapat nyawa tersebut maka jasad Rahim dipulangkan.
Betul ke ni? Tak tau la....
Dikatakan, sehingga beberapa tahun, hantu Rahim akan pulang ke asrama untuk menziarahi kawan-kawan seasramanya. Jadi mana-mana Putera yang menduduki bilik Rahim pada ketika Rahim datang malam itu, mereka bernasib baik menemuinya.
CERITA HANTU 2
Ada satu lagi cerita hantu di MTD. Tentang kebenarannya, itu pun kena tanya OP juga.
Kali ini melibatkan bilik asrama yang lain pula.
Kesah bermula pada satu hari Jumaat. Tahun bila tidak dinyatakan. Semua Putera MTD diwajibkan untuk bersolat Jumaat di Masjid berdekatan. Tapi adalag seorang Putera yang agak nakal, cuba untuk ponteng solat Jumaat. Dia bersembunyi di dalam locker besi. Entah macamana, dia tertidur. Bila bangun, dia cuba membuka pintu locker tersebut tetapi gagal. Mungkin dikunci oleh rakannya dari luar yang tidak mengetahui dia ada di dalam.
Dia mencuba, menendang pintu locker agar dapat didengar.
DUM DUM DUMMMMM....tetapi tiada siapa yang mendengarnya.
Rupanya hari itu pelajar MTD mendapat long weekend kerana hari Isnin dan Selasa adalah hari cuti. Pulang dari solat Jumaat, mereka semua pulang ke kampung masing-masing. Tinggallah Putera yang bersembunyi tadi keseorangan di dalam locker kerana dia tertidur nyenyak.
Oleh kerana terlalu lama dalam locker, kepanasan dan kekurangan udara, maka Putera tersebut mati di dalam locker. Mayatnya hanya ditemui busuk setelah pelajar pulang dari bercuti.
Sejak itu, untuk beberapa tahun kemudian, sesekali Hantu Putera itu akan sesekali melawat bilik asramanya. Sesiapa yang tidur di capoi tempat lamanya, dia akan baring di sebelahnya. Atau kadang, di tengah malam akan kedengaran bunyi seseorang menendang-nendang dari dalam locker.
APA PUN PUTERA MTD telah berpindah ke bangunan asrama yang baru. Di harapkan hantu-hantu di asrama yang lama tidak tau jalan ke asrama yang baru. Maka Putera di MTD baru akan aman tenteram.
Apa pun, selagi TIDAK HILANG MELAYU DI DUNIA ini, cerita hantu ini tak akan lenyap dari mulut ke mulut Melayu ini.
Asrama baru MESTI ada hantu yang baru. Kita tunggu cerita dari penghuninya nanti.
No comments:
Post a Comment