Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, September 2, 2013

AF 016: SEJARAH TUDM

SEJARAH TUDM
SATU LINTASAN

Sejarah penubuhan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  secara rasmi bermula pada 2 Jun 1958, apabila sebuah pasukan (unit)  yang dikenali sebagai Tentera Udara DiRaja Persekutuan Tanah Melayu (Royal Federation of Malaya Air Force) ditubuhkan dengan rasminya. Bagaimanapun, sejarah awal pasukan udara di Tanah Melayu dikesan sejak tahun 1936 selaras dengan penubuhan Straits Settlement Volunteer Air Force (SSVAF) oleh pentadbiran British bagi membantu pertahanan Negeri-negeri Selat.  Pasukan ini dilengkapi dengan pesawat Hawker Audax.  

Pada tahun 1940 SSVAF diperbesarkan sebagai persediaan menghadapi ancaman perang dari Empayar Jepun yang telah mula memperluaskan pengaruhnya ke Tanah Besar China.  Sebuah pasukan yang dinamakan Malayan Volunteer Air Force (MVAF) yang dilengkapi dengan pesawat Tiger Mooth, Leopard Moth dan Dragon Rapide ditubuhkan.  Bagaimanapun pasukan udara ini dimusnahkan oleh Jepun di Sumatera pada tahun 1942.

Kemudian, dalam tahun 1950, Malayan Auxillary Air Force (MAAF) ditubuhkan di Singapura pada tahun 1950. Unit ini turut membantu operasi ketenteraan semasa Darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. MAAF inilah yang menjadi tunggak penubuhan TUDM pada tahun 1958.

http://www.malayanvolunteersgroup.org.uk/malayan-volunteer-air-force.html

KL Air Base was previously the Kuala Lumpur International Airport - 1940s
.
 
Old Sungai Besi Air Base (1940s)
KL Base today- will be fully closed in 2016.
Royal Malaysian Air Force Museum, Kuala Lumpur
.
95 Riffles Sqn RAF Regiment (Malaya) 1950s


First batch Malay Officer in RAF Regt (Malaya) 1952 - 1952
 
Image result for KL Base 1960
KL Base's Air Traffic Control Tower and Base HQ in 1960s
http://www.malaysian-museums.org/rmaf/raf48.htm

Kronologi Sejarah Pembukaan Pangkalan TUDM

Sila ambil perhatian. Maklumat mengenai tahun pembukaan dan penubuhan di bawah ini mungkin ada yang tidak tepat.  Oleh itu maklumat ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan penyelidikan rasmi.
1958 – RAF menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi (juga di kenali sebagai Sempang- membezakan dengan Kem Sungai Besi Tentera Darat) kepada Kerajaan Malaysia untuk dijadikan Pangkalan Tentera Udara DiRaja Persekutuan.   No 1 Skn, No 2 Skn, No 3 Skn dan No 4 Skn berpengkalan di sini.  Di pangkalan ini jugalah TUDP ditubuhkan pada 1 Jun 1958.

1964 – Pangkalan TUDM Alor Star, Kepala Batas dibuka bagi menempatkan Pusat Latihan Asas Penerbangan.  Kepala Batas terletak kira-kira 14km dari bandaraya Alor Setar.  TUDM berkongsi dengan lapangan terbang Sultan Abdul Halim.

1966 – Pangkalan TUDM Labuan dibuka (di kawasan lapangan Terbang Labuan) untuk menempatkan No 5 Skn dan kemudiannya No 8 Skn.

1967 – Pangkalan TUDM Kuantan dibuka bersebelahan dengan Kem Batu 10, Jalan Gambang untuk menempatkan No 6, No 9 Skn dan kemudiannya No 10 Skn. Pada tahun yang sama Pangkalan TUDM Kuching dibuka  untuk menempatkan No 7 Skn. Pangkalan TUDM berkongsi dengan lapangan terbang antarabangsa Kuching -  berhampiran dengan Kem Semenggo.

1969 – Kerajaan Malaysia mengambil alih Pangkalan Udara Butterworth dari RAAF (Ausralia) dan menempatkan No 11 Skn.  No 3 Skn dipindahkan dari PUKL ke pangkalan ini.   TUDM Butterworth juga menempatkan Integrated Air Defence System HQ (IADS) iaitu Markas untuk operasi perjanjian tentera 5 negara (FPDA) iaitu Britain, Australia, Malaysia, Singapura dan New Zealand.

1971 – TUDM Bukit Jugra dibuka untuk menempatkan Pusat Pertahanan Udara II dengan sistem Radar Marconi S600.   Kedudukannya adalah dipuncak Bukit Jugra berhampiran dengan bandar Banting, Selangor.  Pada tahun 1993 radar di PPU2 dipindahkan ke Kuching dan pangkalan TUDM Jugra diambil alih oleh Markas Rejimen TUDM.

1978 –  Pangkalan TUDM Kluang dibuka (di dalam kawasan Kem Mahkota, Briged ke 7 Kluang) dan Sekolah Latihan Helikopter dipindahkan dari PUKL ke pangkalan ini.

1980 – TUDM Ipoh dibuka untuk menempatkan Pusat Latihan Rikrut TUDM.  Sebelum ini latihan asas ketenteraan untuk rikerut TUDM dilaksanakan dengan menumpang fasilitet Tentera Darat di Port Dickson.

1985 – Pangkalan TUDM Subang dibuka, No 1 dan 2 Skn dari PUKL dan No 4 Skn dari Kuantan dipindahkan ke sini.  Pembukaan pangkalan ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di Pangkalan Udara KL yang telah dikelilingi oleh proses urbanisasi bandaraya KL.

1993 - Dua unit baru iaitu TUDM Bukit Petri dan TUDM Bukit Ibam dibuka untuk menempatkan sistem Radar Martello.  Bukit Petri terletak dalam daerah Besut, Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan.  Lokas pangkalan ini lebih kurang 4.1km dari bandar Jerteh. Manakala Bukit Ibam terletak dalam daerah Rompin Pahang dan jaraknya kira-kira 24 km ke pendalaman dari bandar Muadzam Shah (yang terletak di lebuhraya Gambang-Segamat.

1998 – Pangkalan Udara Gong Kedak dibuka selaras dengan penubuhan semula No 11 Skn.  PUGK merupakan bekas pangkalan udara yang pernah digunakan semasa Perang Dunia II.  PUGK terletak di di daerah Pasir Putih bersempadan antara negeri Kelantan dan Terengganu bersebelahan dengan pangkakan TUDM Bukit Petri.

15 Mac 2018 - Perbarisan serah bendera PU Sendayan di PUKL.

Image result for serah bendera TUDM Sendayan

16 Mac 2018 - Pangkalan Udara Sendayan dirasmikan oleh PM.

Image result for pelancaran PU Sendayan

.
Kronologi Sejarah Penubuhan Skuadron Penerbangan
Sila ambil perhatian. Maklumat mengenai tahun penubuhan skuadron-skuadron di bawah ini mungkin ada yang tidak tepat.  Oleh itu maklumat ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan penyelidikan rasmi.

1958 – No 1 Skn di PUKL (pesawat Twin Pioneer).
1962 – No 2 Skn di PUKL (pesawat Dove)
1963 – No 3 Skn  & No 4 Skn di PUKL (pesawat Dart Herald dan Heron)
1964 – Pusat Latihan Penerbangan di PU Alor Setar (pesawat latihan Piston Provost)
1965 – No 5 Skn di PU Labuan (helikopter Nuri dan Alouette)
1967 – No 6 Skn (pesawat FGA Tebuan) di PU Kuantan dan No 7 Skn di PU Kuching & No 8 Skn di PU Labuan (pesawat Caribou)
1969 – No 9 Skn (pesawat Tebuan) & No 10 Skn (helikopter Nuri), kedua-duanya di PU Kuantan dan No 11 Skn (pesawat Sabre C27) di PU Butterworth. No 3 Skn dipindahkan dari PUKL ke PU Butterworth.
1975 – No 12 Skn (pesawat pejuang F5E) di PU Butterworth (dan No 11 Skn (C27) dibubar)
1976 – No 14 Skn (pesawat Hercules C130) di PU KL (No 4 Skn dibubarkan)
1978 – Sekolah Latihan Helikopter (PULATIBANG 2) pindah ke Kluang (dari PUKL) dengan pesawat Bell 47G5A dan Alouette.
1980 – No 4 Skn diaktifkan semula di PU Kuantan (pesawat Hercules PC-130H Maritime)
1981 – No 11 Skn ditubuh semula di PU Butterworth (pesawat peninjau udara RF5E)
1983 – PULATIBANG 3 di PU Kuantan (pesawat lead in trainer MB339A) and No 6 & 9 Skn (jet Tebuan) dibubarkan
1984 – No 4 Skn (di Kuantan) dan No 14 Skn (di PUKL) dipindahkan ke PU Subang manakala No 10 Skn dipindahkan dari PU Kuantan ke PU KL.
1985 – No 6 & 9 Skn, PU Kuantan ditubuhkan semula (pesawat pejuang A4-PTM Skyhawk)
1993 – No 15 Skn (Pusat Latihan Taktikal dan Teknikal Pejuang) di PU Butterworth (pesawat Hawk/MB339). Pesawat MB339A di PULATIBANG 3 digantikan dengan PC7 Mk II. Manakala No 11 Skn dibubarkan untuk kali kedua.  No 8 Skn di Labuan (Caribou) dibubarkan dan pesawatnya digabungkan dengan No 1 Skn yang dipindahkan dari PUKL ke PU Labuan.
1994 – No 16 Skn di PU Subang (pesawat maritim B200T Kingsair). Manakala No 4 Skn dibubarkan untuk kali kedua dan asetnya (PC-130) digabungkan dengan No 14 Skn.
1994 – No 6 & 9 Skn (A4) dimansuhkan dan No 6 & 9 Skn baru ditubuhkan (pesawat Hawk Mk 108 dan 208) 
1994 - No 17 & No 19 Skn di PU Kuantan (pesawat pejuang MiG29N/UB)
1996 - No 18 Skn di PU Butterworth (pesawat Hornet F/A-18D)
1996 - No 20 Skn di PU Subang (pesawat C130 dan Cessna) manakala No 14 Skn (pesawat C-130) dipindahkan ke PU Labuan.  No 1 Skn (Caribou) dipindahkan dari PU Labuan ke PU Kuching.
1998 – No 21 Skn di PU Subang (pesawat CN235) dan No 1 Skn di PU Kuching dibubarkan)
2001 – UAV Skn di PU Labuan (Eagle XTS-150)
2005 -  No 21 Skn dimansuhkan dan No 1 Skn diwujudkan semula di PU Kuching (pesawat CN-235)
2006 – Skn UAV di PU Labuan Skn dibubarkan
2007 -  Penubuhan semula No 11 Skn di PU Gong Kedak dengan pesawat SU30MKM.
2008 -  Penubuhan semula PULATIBANG 3 di PU Kuantan dengan pesawat 8 buah pesawat MB339CM

Sejarah Penubuhan Unit-unit TUDM lain
Sila ambil perhatian. Maklumat mengenai tahun penubuhan unit-unit di abwah ini mungkin ada yang tidak tepat.  Oleh itu maklumat ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan penyelidikan rasmi.

1960 – TUDM ambil alih Lapangan Terbang Sg Besi dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
1963 – Penubuhan Sekolah Kejuruteraan Kapalterbang UDM di Kinrara
1964 – Depot Bekalan dibuka di PUKL
1975 – Pembukaan Depot Baikpulih Kapalterbang (DEBKAT) di Subang
1978 – Institut Perubatan Penerbangan (IAM) dibuka di PU KL
1970 – Penubuhan Pusat Pertahanan Udara Pertama (PPU 1), di TUDM Butterworth
1971 – Penubuhan PPU 2,  di TUDM Bukit Jugra
1972 – Penubuhan PPU 3, di TUDM Kuantan
1977 – Pusat Latihan Rikerut di buka di Ipoh.
1 Apr  1980 –  Pasukan Pertahanan Darat Udara (HANDAU) dan Markas Rejimen TUDM ditubuhkan.
1980 – Sekolah Kawalan Trafik Udara dan Bomba (SEKTUB) di PU Kuantan dan Sekolah Pertahanan Udara (SEKTAHUD) di PU Butterworth.
1983 – DEBKAT Subang diswastakan (AIROD)
1987 -  PUKALUB Subang ditubuhkan.
1992 – Skn 321 Pertahanan Udara di Bukit Peteri dan Skn 322 Bukit Ibam
1994 – Skn 340 Pertahanan Udara di Bukit Kubong.  Pusat Kawalan Komunikasi dan Lapor (PLKKL) di tubuhkan di PU Kuantan dengan menggabungkan SEKTUB dan SEKTAHUD.
1994 - TUDM Kinrara ditutup.  ITAS ditubuhkan di PU Alor Setar, PLPL dan PLPP di PU Subang.  PULATIBANG 2 dipindahkan dari Kluang ke Alor Setar.
1997 – Skn 323 Pertahanan Udara di Bukit Lunchu, Johor.
1 Jun 1993 -  Pasukan Khas Udara (PASKAU) ditubuhkan di TUDM Jugra.
1998 -  PLPL ditubuhkan (SEKLOG + PLKKL)
2001 -  TUDM Kinrara dibuka semula (PLPL dipindahkan dari PU Subang ke Kinrara)
? - ILIT

? - SITU/LDMC

? - PUKALUB KK

? - LASARUD Kota Belud


Perkembangan TUDM Selepas Merdeka

Selepas mencapai kemerdekaan (31 Ogos 1957), Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu melihat kepada kepentingan mempunyai sebuah pasukan Tentera Udara sendiri bagi mengurangkan penggantung kepada pertahanan yang diberikan oleh Tentera British (Royal Air Force). Satu Enakmen yang dikenali sebagai 'Ordinan Tentera Udara 1958 telah diluluskan oleh Parlimen yang memberikan kuasa untuk menubuhkan sebuah pasukan yang dikenali sebagai Tentera Udara DiRaja Persekutuan.  Seorang pegawai dari RAF,  Air Commodore A.V.R Johnstone telah dilantik mengetuai pasukan ini (Chief of Air Staff).  Sebahagian besar anggota TUDP juga merupakan anggota yang dipinjamkan daripada RAF.  Sebahagian kecilnya merupakan anak tempatan yang berkhidmat dengan RAF yang diserapkan dalam TUDP.  Antaranya ialah Sqn Ldr Sulaiman Sujak, Flg Offr Lim Heng Lip, Sgt Subramaniam, Cpl Othman Mohd Ismail, Cpl Wan Said, Cpl J.D Pasley, Cpl Mahadevan, SAC Surindam, SAC Md Noor, SAC Zainal, SAC Mohamed Hussin dan JT Ismail Ariffin.

NOTA: Salah seorang darinya, SAC Mohamed Hussin telah ditauliahkan sebagai pegawai TUDM dalam Cawang Logistik.  Beliau bersara dalam pangkat Mejar di akhir tahun 80an. Beliau adalah OC Supply pertama saya berkhidmat dibawahnya di TUDM Kluang pada tahun 1981.  Beliau telah meninggal dunia dalam tahun 90an


kumpulan pertama anak Malaya yang menjadi perintis TUDP


NOTA KHAS
PADA 13 JUL 2012, SAYA TELAH MENERIMA EMEL DARI PUAN ROZANA OTHMAN

BELIAU MENYATAKAN BAHAWA AYAHANYA 'ex-CPL OTHMAN BIN MOHD ISMAIL' SALAH SEORANG PERINTIS DI DALAM GAMBAR DI ATAS MASIH LAGI HIDUP DAN AMAT MERINDUI UNTUK MENEMUI SAHABAT-SAHABATNYA BEKAS ANGGOTA TUDM SEBELUM BELIAU MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR.

*Saya telah memanjangkan perkara ini kepada pihak Perhubungan Raya TUDM untuk mengambil sesuatu usaha bagi menemui beliau.  Beliau adalah pahlawan TUDM.

Pesawat pertama yang digunakan oleh TUDP ialah pesawat pengangkut ringan  jenis Scottish Aviation Twin Pioneer (hadiah dari RAF) yang dinamakan 'Lang Rajawali' (pendaftaran FM 1001) yang dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Setahun kemudian ditambah dengan sebuah peswat Chipmunk.

Elemen Bantuan

Pada mulanya TUDM memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang memberikan perkhidmatan komunikasi dan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Persekutuan di samping membantu aktiviti yang dijalankan oleh RAF dan RAAF (Tentera Udara DiRaja Australia). Pada ketika ini hanya dua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yang menyokong operasi ketenteraan khususnya dalam perjuangan menentang pengganas-pengganas komunis semasa Darurat.

Dalam tahun 1960, TUDM memperolehi keupayaan tempur dengan penghantaran 20 buah pesawat  CL41-G Tebuan  yang dibuat di Canada.  Pesawat ini dilengkapkan dengan stesen persenjataan di sayap yang boleh memuatkan bom dan roket. Pesawat Tebuan ini dibahagikan kepada dua buah skuadron, No. 6 Skuadron dan No. 9 Skuadron. TUDM merupakan pengguna tunggal pesawat ini. Dalam masa ini juga TUDM telah menerima penghantaran 29 buah pesawat Alouette III Aerospatiale yang digunakan untuk khidmat perhubungan. (Helikopter ini kemudiannya dilengkapkan dengan meriam 20 mm ataupun mesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk memberikannya peranan sebagai pesawat bantuan udara.


TUDM fin flash (first).svg
Fin Flash TUDM

Dalam tahun-tahun 1960/1961 juga, beberapa buah pesawat jenis Provost (untuk latihan), Cessna 310F dan Dove (pengangkutan) telah dibeli oleh kerajaan untuk TUDM.

Dalam masa ini juga TUDM telah menerima penghantaran 29 buah pesawat Alouette yang digunakan untuk khidmat perhubungan. (Helikopter ini kemudiannya dilengkapkan dengan meriam 20 mm ataupun mesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk memberikannya peranan sebagai pesawat bantuan udara.



New SVG image    

Roundel TUDM 1963 - 1983

File:Roundel of the Royal Malaysian Air Force.svg
 Roundel TUDM (1982 - kini)


Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat latihan penerbangan.

Selepas penghantaran pesawat Tebuan dan Alouette, TUDM dikuatkan lagi dengan penghantaran pesawat Handley Page Herald (dikenali di kalangan anggota TUDM sebagai “Dart Herald”), pesawat Heron untuk menggantikan Cessna 310F dan juga pesawat pejuang jenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia (RAAF). Keupayaan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan pembelian 20 buah pesawat de Havilland Canadair DHC-4A Caribou.

Pembangunan

Pengangkutan dengan helikopter ditingkatkan dengan penghantaran 36 buah pesawat Sikorsky S-61A-4A Nuri, yang boleh membawa troop seramai 31 orang ataupun membawa muatan sehingga 3 tan.

Sehingga tahun 1970, kerajaan Malaysia mengharapkan pertahanan ruang udara Malaysia yang diberikan oleh RAF dan kemudiannya oleh RAAF yang menempatkan satu skuadron iaitu Skuadron No. 75 RAF dengan pesawat pejuang Mirage III di Pangkalan Udara Butterworth. Selepas Setiausaha Pertahanan Denis Haley mengumumkan pengunduran pasukan tentera British daripada pangkalan-pangkalan di timur jauh (kecuali Hong Kong), TUDM perlu mengambil alih tanggungjawab pertahanan udaranya sendiri.  Pada tahun 1972, pesawat Bulldog telah dibeli untuk menggantikan pesawat latihan Provost.

Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesawat latihan Northrop F-5B Tiger (pesawat ini kemudiannya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaan peninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawat RF-5E Tigereye.

Latihan penerbangan asas dan lanjutan khususnya latihan untuk juruterbang jet (fighter lead-in training) diberi keutamaan dengan pembelian pesawat MB339A   yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984.

Pemodenan TUDM melonjak dengan pembelian 88 buah pesawat simpanan jenis McDonnell Douglas A-4C Skyhawk  milik USN. Daripada 88 kerangka ini, TUDM melantik syarikat Grumman Bethpage untuk memodenkan pesawat-pesawat tersebut ke tahap A-4PTM (Peculiar to Malaysia) yang hampir sama dengan standard A-4M kegunaan USN dan USMC.

Air Superiority

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian peluru berpandu udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM  tetapi hasrat tersebut dibatalkan kerana Kerajaan US tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut atas sebab bantahan daripada Singapura yang merupakan sekutu kuat Amerika. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F/A-18 Hornet tetapi hanya di bekalkan engan peluru berpandu udara-ke-udara jenis separa aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM.  Walaubagaimanapun, TUDM akhirnya memperolehi 20 unit AMRAAM versi C-5 yang hanya mempunyai jarak kelajuan 64 km sahaja berbanding dengan AIM-120D yang mempunyai kelajuan 95 km. Namun, kesahihan berkenaan AMRAAM C-5 tersebut belum dapat dipastikan.  Dasar kerenah birokrasi Amerika (khasnya Kongres) dan Singapura ini telah memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia.

Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAe HAW Mk108 dan Mk208 buatan Britain.  Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan 'close air support' atau 'fighter ground attack' yang sebelumnya dilaksanakan oleh pesawat  A-4PTM Skyhawk.

Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG-29N untuk mengendalikan peranan 'air superiority'. Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F/A-18D yang diterima dalam tahun 1997.

Pada tahun 2008, TUDM juga telah mula menerima  secara berperingkat-peringkat 18 buah pesawat Sukhoi SU-30MKMyang dipesan pada 5 Ogos 2003. Kontrak bernilai RM3.7 bilion  meliputi pakej 'off-set' dan 'counter-trade'  dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang  rakyat Malaysia sebagai  angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa  (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak.

Peranan TUDM dalam melaksanakan penerbangan VVIP juga diberikan perhatian.  Bermula dengan pesawat Fokker Fellowship (F28) yang dibeli pada tahun 1975, kemudian ditambah dengan pesawat Challenger (1984), Falcon (1988) bagi menggantikan Challenger, helikopter Blackhawk S70 (1997), Global Express (1999), dan BBJ-737-700 (2002).

Kronologi Perolehan Pesawat TUDM

Sila ambil perhatian. Maklumat mengenai tahun perolehan pesawat-pesawat ini mungkin ada yang tidak tepat.  Oleh itu maklumat ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan penyelidikan rasmi.

1958/1959 - 1 x Twin Pioneer (dihadiah oleh RAF) dan 1 x Chipmunk -UK

1961/1962-  Provost (mengganti Chipmonk),  Cessna 310F -USA dan  2 x Dove

1963/1964 - 35 x Alouette 111B -France.  2 x Heron (mengganti Cessna 310F) dan  4 x Dart Herald

1966/1967- 16 x Caribou (DHC4) -Canada,  10 x Sikorsky S61A –USA,  19 x Alouette 103B -France, dan 20 x CL41G (Tebuan) - Canada

1969/1970  12 x Sabre C27 (dihadiah Kerajaan Australia,  2 x HS 125 -USA dan   tambahan 6 x S61A (Nuri).

1971/1972 - tambahan 3 x Caribou,  11 x Bulldog 100 -USA dan  tambahan 1 x S61A.
1974/1975/1976 -  14 x Cessna 402B (ganti Provost),  1 x F28 (Fokker Fellowship) -Holland,  12 x F5E (to replace C27) -USA,  tambahan 6 x S61A,  6 x C-130H (ganti Heron dan Dart  Herald),  tambahan 20 x S61A dan  tambahan 8 x Alouette,  dan 7 x Bell 47G -USA.

1979/1980-  3 x PC-130H -USA, dan tambahan 1 x F5E 

1981/1982/1983 -  2 x RF5E -USAm  3 x F5F -USA,  12 x MB339A (Aermacchi) -Italy,  44 x Pilatus PC7 dari Switzerland (ganti Bulldog)
1984/1985 -  2 x Albatross HU16 -USA,  1 x Challenger CL600 -Canada, 1 x MB339A (gantian), tambahan 2 x F5E  dan  44 x A4/T-A4 Skyhawk -USA

1987/1988-  1 x Super Puma (dihadiah oleh Kerajaan Indonesia), 1 x Falcon D900 (ganti CL600) , Canada
1990-  2 x Agusta A109C (dijual 2000), 2 x Agusta AS61-N1 -Italy

1992/1993/1994 -  18 x MiG-29N/NUB -Russia,  18 x Hawk 108 & 10 x Hawk 208 dan  4 x Beechcraft B200T -USA,  20 x MD3-160 Aerotiga -Malaysia
1996/1997 -  8 x F/A-18D Hornet -USA,  2 x S70A Blackhawk -USA
1998/1999 - 1 x Global Express (BD700) -Canada,  6 x CN-235-220 -Indonesia.  Pada tahun ini semua jenis pesawat F5 telah didaratkan.

2000/2001 -  9 x PC7 Mk II -Switzerland,  3 x Eagle 150XT UAV -Malaysia2002/2003/2004 - 1 x BBJ737-700 (from MAS),  2 x CN-235-220M VVIP -Indonesia dan 7 buah pesawat pejuang F5E yang ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1999 telah diaktifkan semula.

2008/2009 - 8 x MB339CM (Italy), 10 x PC-7 Mk II (Switz),  18 x SU30 MKM (Sukhoi) - pesawat MB339A ditamatkan tauliah.

2010 pesawat Cessna 402B ditamatkan tauliah.

2012 (Dis) - 2/12 x EC725 Cougar - France

2013 (Mac) - 1/4 X A400M (Airbus) – France

2015 - pesawat MiG-29 ditamatkan perkhidmatan.


Sejarah Penubuhan Markas-Markas Formasi TUDM
Sila ambil perhatian. Maklumat mengenai tahun penubuhan Markas-markas Formasi di bawah ini mungkin tidak tepat dan masih dalam pencarian dan kemaskini.  Oleh itu maklumat ini tidak sesuai untuk dijadikan bahan penyelidikan rasmi.

1958 - Bahagian Staf Udara (Air Staff Division)
19xx -  Markas Taktikal Udara
19xx -  Markas Udara (MARUD)
1979 -  Markas Besar Operasi Udara (MABES)
1979 -  Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1)
1979 -  Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2)
1980 - 5 Ogos - Markas Bantuan Udara (MABANUD)
1982 - Markas Pendidikan Udara (MARDIK)
1984 - Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (MK HANUD)
1985 - Markas Grup Latihan Udara (MAGLAT)
1994 - Markas No 1 Div Udara (formasi Tempur + Pertahanan Udara)
1994 - Markas No 2 Div Udara (formasi Bantuan dan Latihan)
1994 - Markas No 3 Div Udara (formasi Logistik)
1994 - Markas No 4 Div Udara (formasi Assigned Forces - East Malaysia)
2001 - Markas Operasi Udara (MOU)
2001 - Markas No 1 Div Udara (Operasi Semenanjung)
2001 - Markas No 2 Div Udara (Operasi Sabah dan Sarawak)
2001 - Markas Logistik Udara (MLU) - gantikan MK No 3 DU
2001 - Markas Pendidikan Udara (MPU) - 2009 dijenamakan semula sebagai Markas          Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU)
2013 - Penjenamaan semula: Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) menggantikan MOU, Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) menggantikan MLU dan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) menggantikan MPLU.

Future Air Force

TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat 'AWACS' tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.

Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan menambah kekuatan fleet pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. 

Pesawat peronda maritim jenis EMB-145 juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh TLDM.

TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F-18E Super Hornet dengan Boeing membeli semula pesawat F/A-18D yang kini digunakan oleh TUDM. Sehingga kini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini. Antara yang menjadi punca perolehan Super Hornet kepada TUDM ini terbantut adalah disebabkan sikap Washington yang terlalu banyak mengeluarkan syarat yang tidak menyenangkan Kuala Lumpur, seperti sekatan pembekalan peralatan Beyond Visual Range, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AMRAAM dan banyak lagi serta Washington enggan menerima bayaran counter-trade yang diingini Kuala Lumpur iaitu menggunakan hasil komoditi negara bagi menjelaskan pembayaran pesawat. Selain dari itu, Malaysia mengalami kekurangan dana yang secukupnya. Atas dasar luar Amerika telah menyebabkan Malaysia beralih kepada perolehan SU-30MKM buatan Russia bagi menggantikan perolehan Super Hornet, sebagai membalas budi kepada Moscow yang sudi melatih dua rakyat Malaysia dalam program Angkasawan Negara pada tahun 2007.

Pada tahun 2009, TUDM juga telah menerima  8 buah pesawat Aermacchi model MB-339CM bagi menggantikan pesawat 'lead in fighter trainer' MB339A (yang dibeli pada tahun 1982).

Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangi kontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter Eurocopter EC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak menolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat penambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yang akan datang yang mana ianya merupakan pesawat yang berpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari dan menyelamat.

STRUKTUR PANGKAT 

1958 - 1977

Pilot Officer (PO)
Flying Officer (Flg Offr)
Flight Lieiutenant (Flt Lt)
Squadron Leader (Sqn Ldr)
Wing Commander (Wg Cdr)
Group Captain (Gp Capt)
Air Commodore (A/Cdre)
Air Vice Marshall (AVM)
Air Marshall (AM)
Air Chief Marshall (ACM)

1977 - 1987

Leftenan Muda (Udara)
Leftenan (Udara)
Kapten (Udara)
Mejar (Udara)
Leftenan Kolonel (Udara)
Kolonel (Udara)
Brigadier Jeneral (Udara)
Mejar Jeneral (Udara)
Leftenan Jeneral (Udara)
Jeneral (Udara)

1987 hingga kini

Leftenan Muda TUDM
Leftenan TUDM
Kapten TUDM
Mejar TUDM
Leftenan TUDM
Kolonel TUDM
Brigadier Jeneral TUDM
Mejar Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral TUDM
Jeneral TUDM


  PANGKAT PEGAWAI  


  PANGKAT LLP  

1958 - 1977

Aircraftman II (AC II)
Aircraftmman I (AC I)
Senior Aircraftman (SAC)
Junior Technician (JT)/Corporal (Cpl)
Sergeant (Sgt)
Flight Sergeant (FSgt)
Warrant Officer

1977 - 1987

Laskar Udara II (LU II)
Laskar Udara I (LU I)
Laskar Udara Kanan (LUK)
Koporal (Kpl)
Sarjan (Sjn)
Flait Sarjan (FSjn)
Pegawai Waran II (PW II)
Pegawai Warran I (PW I)

1987 hingga kini

Laskar Udara II (LU II)
Laskar Udara I (LU I)
Laskar Udara Kanan (LUK)
Koporal (Kpl)
Sarjan (Sjn)
Flait Sarjan (FSjn)
Pegawai Waran II (PW II)
Pegawai Warran I (PW I)



9 comments:

  1. Assalamualaikum...
    saya nk knl admin blog ini blh x?saya melihat blog ini banyak maklumat mengenai Kem TUDM di Butterworth....Tajuk tesis saya adalah SEJARAH KEM TUDM DI BUTTERWORTH....kalau tuan tidak kisah..saya ingin mendapatkn mklumat mengenai sejarah kem ini...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sdri Junaidah. Tahniah kerana mempunyai minat untuk mendalami sejarah TUDM. Saya tidak mempunyai maklumat lanjut berkaitan sejarah TUDM Butterworth. Tapi anda boleh mendapatkannya dari pihak TUDM Butterworth sendiri (sila buat appointment dengan Pegawai Tadbir) atau anda boleh merujuk ke Arkib Negara dan Muzium TUDM di Pangkalan Udara KL.

      Delete
    2. Assalam tuan,sy ad persoalan untuk sejarah pembukaan dan yang berkaitan dgn Kem bukit Ibam,bolehkah berkongsi serba sedikit.Ini kerana saya ad taklimat tentera berkaitan bukit ibam

      Delete
  2. tima kasih admin atas respond tuan...kalau saya nk pergi ke Muzium TUDM di Pangkalan Udara KL,saya perlu tulis surat ke tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti muzium2 lain anda bebas untuk masuk. tetapi untuk mendapat maklumat lanjut yang lebih terperinci, sila temui pegawai Muzium, Lt Kol Roslan.

      Delete
  3. tima kasih atas maklumat tuan...Allah ja dpt mmbalas...andai tuan ada beberapa maklumat mengenai kem TUDM di Butterworth, tuan jgn lupa inform kat saya ye...sy akan ke arkib negara dan ke muzium utk dapat maklumat yang terperinci.In sya Allah....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan admin saya danial akmal bin hamdan dari Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang,,, terima kasih kepada tuan saya ucapkan kerana memberi maklumat yang begitu berguna utk saya,, saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan Rejimen TUDM Jugra kerana saya terlibat dengan penulisan sejarah tudm jugra,, jadi adakah tuan mempunyai maklumat dan dokumen2 yang blh dijadikan sebagai bahan eviden?

    kerjasama tuan amat saya hargai,,, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, saya nasihatkan sdra membuat kunjungan ke TUDM Bkt Jugra, membuat temujanji dengan pemerintah paskan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Tkasih.

      Delete
  5. Good write up. Ayah saya seorang bekas Tentera Udara. Pernah berkhidmat di TUDM Bukit Jugra. Radar Marconi tu macam sama dengan Marconi College tempat ayah saya dihantar training sekitar tahun 1973 atau 1974 saya tak ingat exact year. Anyway bagus penulisan dan boleh dijadikan bahan rujukan.

    ReplyDelete