Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, March 17, 2015

AF 086 DARI MAJIDEE KE BANANG

KEM MAJIDEE MENYIMPAN SEJARAH KEPERWIRAAN
KEM BUKIT BANANG SATU HADIAH BUAT PENDUDUK BATU PAHAT



TAJUK INI DITULIS KHAS sebagai memberi penghormatan kepada daerah kelahiranku BATU PAHAT yang untuk pertama kalinya menerima sebuah KEM TENTERA (perkhidmatan tetap) sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Inilah satu-satunya Kem Tentera di daerah kelahiranku, BATU PAHAT.

Sebelum pembukaan Kem Bukit Banang ini, di Batu Pahat hanya ada penempatan Askar Wataniah (bukan Kem) di Jalan Dato' Mohd Shah yang menempatkan cawangan Batalion ke 3, Rejimen 501 AW. 

Tanjung Labuh pernah dikaitkan sebagai satu pangkalan tentera British semasa zaman Perang Dunia II. Namun sejarah Tanjung Labuh yang sedia mempunyai sebuah landasan pesawat terbang tidak diteruskan untuk menjadi sebuah kem tentera, hanya sekadar Kem Pengakap yang diberi nama Kem Jubilee Intan yang dirasmikan pada tahun 1956 (sebelum merdeka). Sesekali Tg labuh digunakan oleh pasukan Gerakhas ATM sebagai lokasi terakhir latihan asas Komando dan penerjunan payung dan penganugerahan Green Beret. 

Masa aku dalam zaman persekolahan dulu ada beberapa kali berbasikal bersama kawan-kawan ke Tg Laboh untuk menyaksikan pertunjukan terjun payung oleh pasukan Komando RGKM di sini. Pernah sekali majlis penganugerahan Green Beret disempurnakan oleh YB Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Hamzah bin Abu Samah (antara tahun 1973-1980). Ini adalah juga antara faktor yang menarik minat aku untuk menyertai ATM.

Kini, landasan terbang Tg Labuh lebih popular di kalangan penggemar aktiviti pesawat terbang kawalan jauh.




Sebelum wujudnya Kem Banang di Jalan Tg Labuh Batu Pahat, kem-kem tentera (yang besar) yang ada di Negeri Johor ialah Kem Mahkota di Kluang (yang menempatkan Briged ke 7 Infantri dan beberapa unit TDM lain termasuk Pasukan Udara TD), Kem Majidee di JB, Kem Teberau di JB, Kem Batu 3 (Jalan Kluang-Mersing), Kem PULADA atau Kem Ulu Tiram, Kem Nyassa (Ulu Tiram juga), Kem Quetta, Kluang.

Kem tentera yang terbaru di Johor sebelum Kem Banang ialah Kem Iskandar di Mersing yang menjadi pusat operasi dan pemerintahan Rejimen Gerakhas Malaysia atau Komando.

Sejarah Kem Majidee


Sejarah penempatan pasukan di Kem Majidee, yang terletak di antara Jalan Bakar Batu dan Jalan Tebrau, di tengah-tengah kepesatan pembangunan ibu negeri Johor bermula dengan penubuhan pasukan elit Tentera Darat-Rejimen Gerak Khas Malaysia atau dikenali sebagai Pasukan Komando Malaysia seawal 1965.



Menteri Pertahanan ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein mengarahkan sukarelawan dari Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia mengambil bahagian dalam ujian pemilihan.


Pada 25 Februari 1965, satu Latihan Asas Komando diperkenalkan dan dikendalikan oleh 40th British Royal Marines Commando di Kem Majidee. Melalui latihan intensif berkenaan, lahirnya 15 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang menjadi perintis kepada Pasukan Elit Tentera Darat Rejimen Gerak Khas Malaysia yang sehingga kini digeruni dan dibanggakan oleh Tentera Darat Malaysia.

Sejak 1957, lain-lain pasukan yang pernah menduduki Kem Majidee seperti Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja. 

Turut ditempatkan di sana adalah Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja, Depot Peluru dan Letupan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Rejimen 501 Askar Wataniah.

Pasukan terakhir menduduki Kem Majidee adalah Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipindahkan ke Kem Bukit Banang, Batu Pahat.

Lima pasukan lain iaitu Batalion pertama Rejimen Renjer Diraja berpindah ke Kem Ulu Tiram termasuk 810 Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Trup Semboyan 91 Rejimen Semboyan Diraja, Platun Kor Perkhidmatan Diraja dan Markas Staf Stesen.




Berakhirnya legasi Kem Majidee
gambaran Kem Majidee dari udara

Pintu Gerbang Kem Majidee

  
Kem Majidee di penghujung hayatnya



Selepas 74 tahun menabur bakti melahirkan ribuan wira negara, menjadi perkampungan kepada puluhan ribu (mungin ratusan ribu) warta ATM dan ahli keluarga mereka, Kem Majidee Johor Bahru ditutup bagi memberi laluan projek pembangunan namun namanya kekal terpahat dalam sejarah ketenteraan negara kita.

Projek tersebut hasil kerjasama pintar awam-swasta iaitu antara Kumpulan Selia dan Kerajaan Johor menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ). Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM13 bilion, ia melibatkan kawasan kem seluas 133 hektar dan tempoh 15 tahun untuk disiapkan.

Namun, seperti rakyat negeri Johor yang lain khususnya warga Johor Bahru, nama Kem Majidee telah sebati sebagai salah sebuah entiti yang cukup sinonim dengan bandar raya itu.

Dibina di tanah seluas 134 hektar, Kem Majidee mula diduduki tentera British pada tahun 1942 sebagai salah sebuah pertahanan hadapan di Johor semasa Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun kem ini dikosongkan pada 30 Januari 1942 apabila tentera British berundur ke Singapura.

Kem ini kemudiannya diserahkan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 11 November 1957 tetapi masih menjadi sebahagian daripada garison British Far East Land Forces yang berpangkalan di Singapura. Ketika itu jumlah keanggotaan di Kem Majidee kira-kira 500 orang termasuk Kompeni Woksyop Kor Jurutera Letrik dan Jentera PersekutanTanah Melayu.

Kedudukannya cukup strategik iaitu terletak cuma tujuh kilometer dari Singapura. Semasa dibangunkan, kawasan Majidee masih hutan belukar dan hanya terdapat kampung-kampung Melayu sahaja.




salah satu rupabentuk rumah keluarga di Kem Majidee

Peninggalan British

Kem ini mampu memuatkan kira-kira 3,000 penghuni pada satu-satu masa, kem ini dilengkapi kemudahan seperti kediaman pegawai dan anggota, bangunan pentadbiran, masjid, sekolah, pasar dan kedai-kedai.

Sebahagian daripada bangunan-bangunan utama seperti blok kediaman dan hospital di kem ini merupakan era peninggalan British. Bangunan yang dibina daripada konkrit ini masih kukuh.

Kem Majidee turut menjadi perintis penubuhan pasukan komando Malaysia Special Service Unit (MSSU) yang kini dikenali Gerup Gerak Khas (GGK).



Bagi bekas Pegawai Waran II Sulaiman Khalid, 56, kerjaya tenteranya bermula di Kem Majidee apabila ditukarkan ke situ selepas tamat menjalani latihan rekrut di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, banyak pengalaman manis dikutip terutama bagaimana dia menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam kem. Katanya, beliau dan rakan-rakan gemar menghabiskan cuti hujung minggu di Pantai Lido, Johor Bahru.

"Paling tidak dilupakan apabila kami pernah berjalan kaki balik ke kem sejauh 30 kilometer dari Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram selepas berlatih.
"Itu lumrah bagi perajurit baharu tetapi semuanya pengalaman berharga kerana menjadikan kami tentera yang lasak dan sentiasa bersedia," ujarnya.

 
Dewan Serba Guna Kem Majidee

Markas Batalion Infantri

Beberapa pasukan infantri pernah menduduki Kem Majidee seperti 9 RAMD, 14 RAMD, 15 RAMD dan Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD). 
Kem Majidee juga pernah menjadi lokasi pertama penempatan 17 RAMD Para setelah ditubuhkan pada tahun 1970 di Kuala Lumpur.

Depot Peluru dan Letupan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Rejimen Ke-501 Askar Wataniah (AW) juga pernah ditempatkan di sini.

Penutupan Kem Majidee meninggalkan sejarah tersendiri. Di akhir perkhidmatannya, berikutan penutupan kem ini sejumlah 2,500 anggota tentera daripada pelbagai pasukan terlibat dengan perpindahan ke kem-kem lain.

Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) berpindah ke Banang, Batu Pahat mendiami kem baharu seluas 140 hektar yang pembinaannya menelan kos kira-kira RM126 juta.

Lima pasukan lain iaitu 1 RRD berpindah ke Kem Ulu Tiram termasuk Trup Semboyan 91 Rejimen Semboyan Diraja, Platun Kor Perkhidmatan Diraja dan Markas Staf Stesen Johor Bahru.

Rujukan: Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3UdGH2ZZE

.
http://koding-kn.blogspot.com/2014/07/berakhirnya-legasi-kem-majidee.html


Post Pic

Majidee Camp Officially Closed

KUALA LUMPUR:  (22 Jun 2014). The Majidee army camp, one of the oldest in Malaysia, was officially closed yesterday.


The 132-hectare camp which was sited between Jalan Bakar Batu and Tebrau Highway, had been operating for 74 years after it was set up in March 1940.

   

It was first occupied by the British Army after the Japanese surrendered and later taken over by the Malaysian government from Nov 1957 until now.


The camp was home to the Commando unit and the elite Special Force army regiment which remains the pride of the army.

    
The closure of the camp was marked by a special symbolic ceremony which began at 5.15pm with a performance by the fifth, tenth, 14th and first Royal Malay Regiment.
At 6.30pm, the trumpet was blown, playing the song "The Retreat" while the flags of all the units were brought down as a symbolic gesture to mark the end of duty for the day.
Also present at the ceremony were Army chief, General Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Division 3 commander, Major General Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, 7 Brigade commander Brigadier General Abdul Aziz Abdullah and Johor Deputy Police Chief Datuk Ismail Yatim.
ARKIB : 15/05/2010



Kem Bukit Banang, Batu Pahat


BATU PAHAT 14 Mei – 2010. Kem Majidee di Johor Bahru akan dipindahkan ke Banang, di sini pada 2012 dengan kerja-kerja pembinaan kem baru itu bermula Ogos ini.

Pembinaan kem tersebut akan menelan belanja kira-kira RM126 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja‘affar Hashim berkata, kem baru itu dibina di atas tapak seluas 140 hektar, berhampiran Sekolah Menengah Sains Batu Pahat yang juga masih dalam pembinaan.

“Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Besar tentang perkara tersebut baru-baru ini.
“Kira-kira 3,000 anggota tentera termasuk keluarga mereka dijangka dipindahkan ke kem baru tersebut pada 2012,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penanaman Cerucuk Jejantas Pejalan Kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banang Jaya, di sini semalam.

Turut hadir ialah Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat, Ir. Khalid Omar.
Jaa‘far berkata, satu batalion tentera melibatkan kira-kira 1,000 anggota tentera akan dipindahkan ke kem baru di Banang.

Beliau memberitahu, sebuah masjid akan dibina di hadapan kem itu bagi memenuhi keperluan umat Islam di kawasan sekitar, antaranya Taman Bukit Flora dan Taman Evergreen yang masih belum mempunyai kemudahan rumah ibadat tersebut.

Sementara itu, katanya, pembangunan pesat di kawasan Senggarang termasuk pembinaan kem tentera di Banang menuntut peningkatan tahap kualiti dan keselamatan jalan raya di kawasan itu.

“Sehubungan itu, kita telah menjalin kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan JKR untuk menjalankan kajian mengenai tahap kualiti dan keselamatan jalan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang.

“Buat permulaan, lampu isyarat akan dipasang di persimpangan Banang Jaya dan Sungai Suloh yang juga terletak berdekatan kem baru itu,” katanya.

Beliau berkata, kajian itu turut melibatkan tahap kelajuan dan jarak pemandangan berikutan bentuk jalan yang agak berbukit di kawasan Banang dan Sungai Suloh, malah difahamkan ia antara laluan yang paling banyak meragut nyawa di negara ini.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm&arc=hive#ixzz3UdAceJEy
© Utusan Melayu (M) Bhd


Kem Majidee ditutup secara rasmi pada Sabtu


JOHOR BAHRU: Sayu. Itulah perasaan yang terpancar di wajah sebilangan anggota tentera darat berikutan penutupan secara rasmi Kem Majidee, antara kem tertua di Malaysia, hari Sabtu.

Terletak di antara Jalan Bakar Batu dan Lebuhraya Tebrau, kes seluas kira-kira 132 hektar itu beroperasi selama 74 tahun sejak penubuhannya pada Mac 1940.

Kem Majidee turut menjadi perintis kepada pasukan Komando, pasukan elit tentera darat-Rejimen Gerak Khas yang sehingga kini menjadi kebanggaan tentera darat.

Kem itu akan berpindah ke Banang, Batu Pahat dan pembinaan kem baharu di atas tapak seluas 140 hektar dijangka membabitkan kos kira-kira RM126 juta.

Sejumlah 2,500 anggota daripada pelbagai pasukan terlibat dengan perpindahan ke kem-kem lain berikutan penutupan kem ini.

Bagi Mejar Mohd Ziarul Aflah Mohd Fadzil daripada Rejimen 501 Askar Wataniah Kem Tebrau, kehidupannya sebagai askar bermula di Kem Majidee apabila beliau menjalani pemilihan pada 1998 ketika berusia 21 tahun.

"Setiap askar pasti melalui saat yang sama dalam kehidupan mereka iaitu menjejakkan kaki di kem ini sebelum memulakan kehidupan seterusnya sebagai seorang askar," kata beliau ketika mengimbas kembali kenangannya di kem itu.

Kapten Boniface Anak George pula mempunyai kenangan manis ketika zaman kanak-kanak semasa tinggal di kem itu selama tiga tahun mengikuti bapanya yang berkhidmat di Batalion 2, Rejimen Renjer Diraja.

Boniface, 35, bersama-sama Mohd Ziarul, turut menjalani latihan pada tahun yang sama dan di kem yang sama.

Ketua Kompeni Bantuan bagi Satu Renjer Kem Ulu Tiram itu adalah antara sebahagian anggota tentera dan keluarga yang hadir pada Istiadat Paluan Berundur, tradisi simbolik sempena penutupan Kem Majidee secara rasmi hari ini.

Istiadat itu dimulakan dengan pertunjukan pancaragam gabungan Rejimen 5, 10, 14 dan 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang memainkan lagu seperti Adik Sayang, Tari Tualang Tiga, Inilah Barisan Kita sambil menari.

Ini disusuli dengan persembahan pantomen berkisar tentang sejarah Kem Majidee dengan anggota-anggota tentera melakonkan semula babak-babak penyerahan Kem Majidee oleh askar Jepun kepada Angkatan Tentera British dan penyerahan kem itu kepada kerajaan Malaysia pada 11 Nov 1957.

Tiupan tetuang (trumpet) mengalunkan lagu 'The Retreat' berkumandang serentak dengan penurunan bendera semua pasukan yang secara simboliknya menandakan selesainya tugas-tugas am untuk hari itu.

Deklamasi sajak bertajuk 'Nafas Terakhir Majidee' hasil nukilan Lt Shaiful Ridzuan Abdul Rahim dipersembahkan oleh Mejar Mohd Radzi Othman, daripada Rejimen 10 RAMD.

Istiadat berakhir dengan penyerahan bendera pasukan kepada pegawai pemerintah dan teriakan gempur wira sebanyak tiga kali.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima 3 Divisyen Mejar Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Panglima 7 Briged Brigedier Jen Ab Aziz Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.

Rujukan:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kem-majidee-ditutup-secara-rasmi-pada-sabtu-38160

Batalion Kesepuluh
Rejimen Askar Melayu Diraja
Kem Bukit Banang
KM 8 Jalan Tanjung Laboh 83040 BATU PAHAT
Johor Darul Takzim

Tel   :  07-4282000
Faxs  :  07-4289100


Sejarah Batalion Ke 10 RAMD

Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu DiRaja (10 RAMD) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jul 67, di Kem Sulva Line, Jalan Tambun, Ipoh, Perak. Di peringkat awal penubuhan, hanya Markas Batalion dan Markas Kompeni sahaja yang wujud di mana Kapt Rijaludin bin Mohd Salim telah dilantik sebagai Ketua Kompeni Markas, Kapt Mohd Ali bin Dollah sebagai Ajutan dan Lt Hashim bin Alwi sebagai Kuartermaster. Anggota-anggotanya pula merupakan mereka yang diserapkan dari pasukan-pasukan RAMD yang lain.

Kemudian Kompeni A telah ditubuhkan di mana ia telah diketuai oleh Kapt Mohd Sidek bin Jaafar dan disertai oleh anggota-anggota kompeni lepasan Pusat Latihan Rekrut (PLR), Port Dickson. Seterusnya, Mej Mohd Hashim bin Mohd Ali telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Memerintah, diikuti dengan penubuhan Kompeni B. Pada 18 Apr 68, pasukan telah menerima Lt Kol Mohkti bin Jabar sebagai Pegawai Memerintah yang pertama. Di peringkat akhir penubuhannya, Kompeni C dan Kompeni D telah ditubuhkan pada 6 Mei 68 di mana Lt Abu Zahrin bin Abu Bakar telah dilantik menjadi Ketua Kompeni D. 

Satu perbarisan sempena penubuhan 10 RAMD yang terdiri daripada 11 orang pegawai dan 275 orang LLP telah diadakan dan pengistiharan rasminya telah dibuat oleh Menteri Pertahanan. Perbarisan tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Kanan Tentera serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perak. 

Kuasa penubuhan adalah FED (M) 3000/4/66 pada 6 Mei 68.

Batalion ke 10 RAMD telah berkhidmat di beberapa buah negeri berikut:



.







.


Nama Kem Sri Banang ditukar menjadi Kem Majidee sebagai mengabadikan sejarah nama Kem Majidee itu sendiri pada.