Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, February 17, 2015

AF 083: SAYONARA PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR

PUKL BAKAL TINGGALKAN CATATAN SEJARAH

KUALA LUMPUR 15 Dis.- Pangkalan Udara Sendayan yang baharu bakal memulakan operasinya secara berperingkat mulai Januari 2018.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya yakin Pangkalan Udara Sendayan yang kini dalam fasa terakhir pembinaannya akan beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.


“Perpindahan operasi akan dilakukan secara berperingkat mengikut unit dan anggota di setiap pangkalan sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan TUDM 2017 di Pangkalan Udara Subang dekat sini hari ini.


Tambah beliau, pengoperasian Pangkalan Udara Sendayan itu nanti diharap dapat meningkatkan lagi keupayaan TUDM serta memberi keselesaan tempat kerja termasuklah alat kelengkapan baharu bagi melicinkan lagi tugas-tugas TUDM.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pangkalan-udara-sendayan-beroperasi-mulai-januari-2018-1.573301#ixzz57oYYJf2q
© Utusan Melayu (M) Bhd



Selanjutnya

NAMPAKNYA se­dang tular di media sosial video Majlis Paluan Berundur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga ada pihak yang membangkitkan isu bahawa kem tersebut telah dijual kepada China. Sesungguhnya, ia dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Baca penjelasan berikut untuk mengetahui fakta sebenar.

1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara (PU) Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangunkan sejak tahun 1940-an.

2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.

3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuh raya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.

4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.

5. PU Sendayan dan 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang, Selangor adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.

6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Setar serta di Kinrara.

7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.

ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR

1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di Muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.

ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA

1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu.

Sebaliknya, tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100 peratus Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.

2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.

3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM Kuala Lumpur diserahkan kepada syarikat dari China.

RUMUSAN

1. Adalah tidak benar kerajaan mengetepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan PU Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.

2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.

3. Angkatan Tentera Malaysia memperoleh kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.

4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera.

United Kingdom (UK) telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu, janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai ATM serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

KAPTEN (B) ABDUL RAHMAT OMAR TUN MOHD. HANIFF ialah Konsultan Keselamatan dan Penyiasat Insiden.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/isu-pangkalan-udara-strategik-1.601576#ixzz57oWWEnw2
© Utusan Melayu (M) Bhd






PETALING JAYA, 3 APRIL 2013: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has awarded an RM2.1bil contract to a unit of the Malaysian Armed Forces Fund Board (Lembaga Tabung Angkatan Tentera or LTAT) to develop eight sites for the relocation of the former Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Sungai Besi.

The relocation was to facilitate the construction of the 200.32ha mixed-use Bandar Malaysia, for which 1MDB is the master developer, the state-owned strategic investment firm said in a statement.

Construction work on Bandar Malaysia can only commence after the new facilities are developed and relocation completed.

However, several preliminary works had started while the Bandar Malaysia International Master Plan Design Competition was almost concluded, 1MDB added.

The relocation involves various units of the RMAF, Royal Artillery Regiment (31 RAD) and the air wing of the Royal Malaysian Police (RMP) from the old Sungai Besi airport, the birthplace of the RMAF.

As the turnkey contractor, LTAT's wholly owned unit Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) would design and build installations at the eight locations, including three new sites: the RMAF base in Sendayan, Negri Sembilan; the 31 RAD base in Kajang, Selangor, and the RMP air wing base in Subang, Selangor.

The rest are in Subang; Kuantan, Pahang; Butterworth, Penang; Gong Kedak, Terengganu; and Ipoh, Perak.

The land in Sendayan for the RMAF base and in Subang for the RMP air wing base was recently purchased by 1MDB. The company would also contribute funds towards the improvement and upgrading of specialised equipment as part of the relocation exercise.

PPHM was expected to provide opportunities for local contractors to participate in the development of the new sites, which were scheduled for completion by 2016, 1MDB said. The CEO of 1MDB Real Estate Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib said LTAT, an agency under the Defence Ministry, was in a strong position to ensure that the relocation process would not jeopardise national security.

“They also best understand the needs of the Force's personnel and therefore, would be able to ensure that the welfare of the staff and their families are taken care of,” he added.

Dengan termeterainya agreement di atas maka, kenyataan bahawa TUDM (organisasi tempat aku cari makan sejak tahun 1981) akan semakin menghampiri tarikh kehilangan satu identity dan legacy yang selama ini menjadi bahan bukti kepada dua sejarah besar Negara; iaitu:

Sejarah aviasi (penerbangan) Negara kerana lapangan terbang di Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai Sempang. Merupakan lapangan terbang antarabangsa yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)

Sejarah TUDM sendiri, di mana PU KL merupakan pangkalan udara yang pertama dibuka di Malaya dan juga pangkalan udara pertama diserahkan oleh pihak Tentera Udara British (RAF) kepada TUDM.

PU Kuala Lumpur menyimpan banyak rahsia dan kenangan manis dan pahit kepada sebahagian besar warga TUDP dan TUDM (khususnya Gen X). Bagi juruterbang helicopter dan angkut, sebahagian besar career mereka bermula di PUKL ini. Begitu juga dengan warga ATC, Supply, Admin dan Teknikal.

Hanya di separuh kedua tahun 1960an baru satu demi satu pangkalan udara yang baru dibuka seperti di Alor Setar, Labuan, Kuantan, Kuching dan Butterworth. Diikuti oleh era 80an di Subang dan Gong Kedak di hujungan tahun 90an. 

Berikut adalah beberapa gambar lama pemandangan dan peristiwa di PU KL di awal tahun-tahun penempatan dan pembangunannya.


 
 
KL Base in 1950s
(the runaway of KL International Airport

the inaiguration ceremony of first international airport in Malaya

KL International Airport (Sungai Besi) terminal building view in 1956
the terminal in 1960s







Chronology of events for Aviation in Malaysia:(Ref:The Star Online)

1898: A balloonist jumps off the top of a government building in Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, and crashes at the edge of the Selangor Padang Club.


1911: G.P. Fuller makes the first recorded flight in Malaya and lands his Antoinette Monoplane at the race course in Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

1924: The first civil aircraft in Malaya, a Fokker FVII of KLM, lands on a bumpy grass strip in Alor Setar, Kedah.

1928: Alor Setar, Kedah, becomes the hub of aviation activities in Malaya as KLM carries out fortnightly services.

1929: Aviation comes to Kuala Lumpur with the inaugural meeting of the Malayan Aeroplane Club held in the Malay States Volunteer Reserve Mess.

1930: Commercial aviation begins in Malaya with the services of Imperial Airways and its “flying boat” operations in Penang.

1938: War breaks out and all civil aviation aircraft are requisitioned by the government.

1948 Kuala Lumpur Airport in Sungai Besi is expanded.

1956: (1 August) Kuala Lumpur Airport in Sungai Besi (Sempang) is upgraded to international airport status with the first flight to Europe taking off there. The inauguration was announced by Prime Minister Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

1965: (30 August) Kuala Lumpur International Airport in Subang is officially opened by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra ibni al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. The cost of KLIA was RM10 billions.

1972: Malaysian Airlines System (MAS) takes to the skies.

1992: Malaysia Airports Bhd (MAB) is formed.

1998: Kuala Lumpur International Airport in Sepang is officially opened by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja’afar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.

2006: The LCCT-KLIA terminal opens to cater to low-cost carriers.

2009: (28 Oct) Subang Skypark (the reconstruction of Subang International Airport) is officiated by the Prime Minister Najib Razak. Cost RM400 millions. 


2014: (2 May)- A mega-hybrid airport KLIA2 is officially opened (scheduled 28 May 2013)- cost RM4.5 billions. KLIA2 is replacing LCCT.



SEJARAH RINGKAS 
PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR

Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force). Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas.

Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar, Singapura. Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF. Pada tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956. Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup.

Sehingga tahun 1960, seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini. Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960.

HARI INI DALAM SEJARAH


"Pada hari ini dalam tahun 1960, telah berlangsung upacara penyerahan Pangkalan Tentera Udara Diraja British (RAF) di Kuala Lumpur kepada Tentera Udara Diraja Malaya (TUDM). Upacara penyerahan itu dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu Sir Geofrey Tory kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak. Sempena penyerahan tersebut, satu upacara perbarisan menurunkan bendera RAF dan mengibarkan bendera TUDM telah diadakan. Ini diikuti dengan penerbangan lintas terakhir pesawat Canberra kepunyaan RAF. Tun Razak menyifatkan hari itu sebagai hari yang bersejarah kepada TUDM kerana mulai saat itu TUDM mempunyai pangkalannya sendiri. 

Sejak ditubuhkan pada 2 Jun 1958, TUDM hanya menumpang di pangkalan tersebut. Pangkalan yang terletak di Sungai Besi itu kini dikenali dengan Pangkalan TUDM Kuala Lumpur. la adalah pangkalan pertama RAF di Tanah Melayu dan mula beroperasi sebagai stesen RAF pada 1 Jun 1941. Tujuan ditubuhkan ialah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu di samping menjadi pusat  perhubungan RAF dengan pangkalannya di Seletar, Singapura. 

Walaupun pangkalan ini telah diserahkan kepada TUDM, tetapi Pegawai Memerintah pangkalan ini masih dipinjam dari RAF disebabkan menghadapi masalah kekurangan pegawai dan kakitangan. Hanya sembilan tahun kemudian iaitu pada 31 Mac 1969, anak tempatan telah diserahkan tugas sebagai Pegawai Memerintah. Beliau ialah Group Kapten Mohammed Taib. 

Pangkalan ini mencatatkan seiarahnya sendiri. la pernah digunakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum Lapangan Terbang Subang siap dibina. Di sinilah juga TUDM mula ditubuhkan dengan 14 orang anggota dan sebuah pesawat 'Twin Pioneer'. Dekad demi dekad TUDM terus berkembang maju, kuat dan moden. Perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh TUDM sesungguhnya adalah bertolak dari penyerahan Pangkalan Udara RAF Kuala Lumpur kepada TUDM pada hari ini dalam tahun 1960. Penyerahan itu memberi peluang kepada TUDM membuktikan kemampuannya memulakan usaha ke arah pertahanan sendiri dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan British di Tanah Melayu."


Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM. Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia.
Unit-unit yang terdapat di Pangkalan Udara Kuala Lumpur ialah:
  • Markas Pemerintahan Bantuan Udara (sebelum ini ialah Markas Logistik Udara)
  • Markas Wilayah Udara I (sebelum ini ialah Markas No. 1 Divisyen Udara)
  • Institut Perubatan Penerbangan
  • Detasmen No 3 Skn (sebelum ini ialah No 10 Skn)
  • Air Warfare Centre (AWC)
  • Electronic Warfare Support Centre (EWSC)
  • Institut Perubatan Penerbangan
  • Depot Materiel Udara 1 (MATRA 1)
  • Pancaragam Pusat TUDM dan Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU)
  • Muzium TUDM
  • 31 Rejimen Artileri Pertahanan Udara (DiRaja)
  • 814 Pusat Perubatan AT (PPAT)
  • 628 Pusat Pergigian AT (PGAT)
  • Markas Pasukan Simpanan TUDM
  • Markas Tentera Udara (beberapa Cawangan, Seksyen di bawah organisasi MTU juga ditempatkan di PU KL), seperti:
    • MTU-P&P (Cawangan Infra Bina)
    • MTU-Tadbir (Cawangan Perkhidmatan- Istiadat)
    • MTU-Tadbir (Cawangan Probos Marsyal)
    • MTU-Tadbir (Cawangan Perundangan)
    • MTU-Tadbir (Sel PSTU)
    • MTU-BSM (Sel Pengambilan)
    • MTU-KOMLEK (BTMK) - Bahagian Operasi SPKB
  • Cawangan Peperiksaan, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU)
  • Mes Wira Angkasa (MWA) - Mes pusat untuk pegawai-pegawai TUDM
  • Kompleks Lembaga Sukan TUDM.
  • Mahkamah Tentera TUDM
  • Kelab Rekreasi ATM (Kelab Golf)
  • Dewan Angkasaraya
  • Kelab Penerbangan Selangor


 
 

with courtesy: http://sungaisiput.blogspot.com/2012/05/i-believe-i-can-fly-rmaf-museum-muzium.html


Senarai Pegawai Memerintah

Gp Capt H E Warcup (1956 - 15 Apr 1959)
Gp Capt H A S Disney RAF (16 Apr 1959 - 1 Jul 1960)
Wg Cdr J A W Long RAF (1 Jul 1960 - 1 Okt 1960)
PM pinjaman dari RAF (2 Okt 1960 - 30 Mac 1969)

Gp Capt Mohamed bin Taib (31 Mac 1969- )
Kol (U) Lim Way Aun
Kol (U) Mohd Yunus bin Mohd Tasi
Kol (U) Ahmad Azizah bin Mohd Zain
x
Lt Kol Chong Keng Lay TUDM
Kol Dahalan bin Jani TUDM
Lt Kol Othman bin Abdullah TUDM
Lt Kol Tunku Adnan bin Tunku Kasim TUDM
Lt Kol Mohd Amin bin Mohd Radzi TUDM (bersara Kol)
Lt Kol Rosli bin Mohd Yusof TUDM (bersara Brig Jen)
x
x
Kol Abdul Manaf bin Zaid TUDM (Brig Jen) (2006 - 2008)- sekarang Brig Jen TUDM.
Kol Rosni bin Aziz TUDM  (2008 - 2010) - sekarang Brig Jen TUDM.
Kol Hj Ahmad Affendi bin Shuib TUDM (2010 - 2012)
Kol Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM (2012 - 2014) - sekarang Mej Jen TUDM.
Kol Muhammad Muzammir Ong bin Abdullah (Dis 2014 - 2016  ) sekarang Brig Jen TUDM
Kol Mohd Shahada bin Ismail TUDM (2016 - 2017) - sekarang Brig Jen TUDM
Kol Hj Mohamad Noh bin Daim TUDM (2017 - kini)
(tidak mengikut susunan yang tepat)


Sepanjang kareerku dalam TUDM (sehingga ke tarikh ini) aku sudah tiga kali berpeluang berkhidmat di dalam pangkalan ini:

-  dari Julai 1989 hingga Disember 1991 berkhidmat sebagai PS3 di Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (MK HANUD)
-  dari April 2007 hingga Disember 2010 berkhidmat sebagai PS1 Pembaikan dan KSK di Markas Logistik Udara (MLU)
-  dari Februari 2012 hingga Ogos 2014 sebagai KSK (kali kedua) di MLU yang kemudian dijenamakan sebagai Markas Pemerintahan Bantuan Udara.

Proses penutupan PU Kuala Lumpur dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Mulai 2013, kesemua asset No 10 Skn telah dipindahmilik ke No 3 Skn (PU Butterworth). Kesemua pesawat Nuri dihantar ke PU Butterworth. Manakala pesawat VIP (S70 dan AS61N1) masih ditempatkan di PU KL sebagai Detachment No 3 Skn.  Organisasi No 10 Skn telah dipindahkan ke PU Kuantan dengan pesawat baru EC725. Operasi penerbangan (kawalan lalu lintas udara) telah dihentikan mulai awal 2014 dan kawalan trafik ditangani dari menara LTSAAS Subang.


Pakej pemindahan lain masih tidak boleh didedahkan (ke mana unit-unit yang masih beroperasi di dalam pangkalan ini akan dipindahkan?)


Jalan Lapangan Terbang Lama dari arah Jalan Istana

Pintu Gerbang Utama Pangkalan Udara KL

Image may contain: car, house, tree and outdoor  
Image may contain: tree, basketball court, outdoor and nature  
Image may contain: tree, sky, plant, house and outdoor  
Image may contain: tree, house, plant, sky, outdoor and nature  
Image may contain: tree, house, sky, grass, outdoor and nature  
Image may contain: outdoor  
Image may contain: house, sky, tree and outdoor  
Image may contain: house, tree and outdoor  
Image may contain: one or more people, people standing, house and outdoor  
Image may contain: house and outdoor  
Image may contain: one or more people, tree, sky, outdoor and nature  
Gate masuk ke Depot MATRA 1

Depot MATRA 1

  
Markas Logistik Udara

 
 
Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (1984 - 1994)
Markas No 1 Div Udara (1994 - 2014)
Markas Wilayah Udara I (2014 - kini)

Image may contain: house, sky and outdoor  
Image may contain: tree, sky, outdoor and nature  


RAF Kuala Lumpur Station / Base


RAF KUALA LUMPUR STATION

Military

The airfield was home to:
  • No. 155 Squadron operating Whirlwind Mk4 helicopters.
  • No. 194 Squadron operating Dragonfly helicopters/re-equipped with Sycamore Mk14 helicopters.
  • No. 110 Squadron above two squadrons merged on 3 June 1959.
  • No. 267 Squadron operating Dakota, Valletta, Single and Twin Pioneers (Dakota and Auster using broadcasting loudspeakers.)
  • 848 Naval Air Squadron Royal Navy using Whirlwind helicopters.
  • No 656 Squadron Army Mobile Servicing Squadron servicing Auster Mk.6, 7 and 9.


The Royal New Zealand Air Force 41 Squadron (RNZAF) used Bristol Freighters.

The station was handed over to Royal Malaysian Air Force in 1961. During the height of the Emergency, the single runway had the highest number of aircraft movements in the world.

The station was situated about 3 miles from the town with its own swimming pool and cinema.

Civilian

The airfield was also the site of the first civil airport, Sungai Besi Airport, which had a route to London with British Overseas Airways Corporation (BOAC) using Britannia aircraft. The airport opened in about 1957. Malayan Airways operated Dakota aircraft on domestic flights. The Duke of Gloucester was greeted at the airport by the British High Commissioner in Malaya, Sir Donald Charles MacGillivray, when Malaya was granted independence ("Merdeka").

Sungai Besi Airport was in use as a civilian airport long before 1957, with Malayan Airways Airspeed Consuls and DC3's flying in and out of the airport from the late 1940s. BOAC Argonauts used the airport in the early 1950s, after the Marsden Matting runway and taxiways were replaced by asphalt. A new terminal building was built in 1957 and this may be the source of confusion as to the date the airport was opened. This building was demolished around 2004.

Qantas started Super Constellation services into the airport in 1958 and BOAC Comets replaced the Britannias in 1959.

The civilian airport was later replaced by Sultan Abdul Aziz Shah Airport in 1965.




Kaki Melangkah, 
Air Mata Mengalir


KUALA LUMPUR, 13 Mac 2018-  Pangkalan Udara (PU) Kuala Lumpur melakar sejarah apabila menjadi PU pertama yang berpindah ke PU Sendayan di Negeri Sembilan.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata perpindahan berkenaan dijalankan secara berperingkat dan dijangka selesai pada Oktober depan.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah perasaan campur baur, gembira dan sedih… ada juga veteran yang hadir dan mereka juga faham kenapa kita perlu pindah,” katanya kepada pemberita selepas upacara Perbarisan Perpindahan Permulaan PU Kuala Lumpur di Markas Pangkalan Kuala Lumpur di Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi di sini, hari ini.

Pada majlis itu Affendi turut menyerahkan bendera kepada Komander PU Sendayan Kol Mohamad Noh Daim yang disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

26d834e9 4140 45ad b565 9ac83edc3c75 
02a94762 3ef2 4e80 9907 296c87162502 
TUDM 
384f3bf2 e3a3 44c7 bae5 8dc0e5f9dc58


Perbarisan berkenaan diakhiri dengan acara pergerakan keluar aset dan keluarga anggota Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Affendi berkata acara berkenaan merupakan simbolik kepada perpindahan PU Kuala Lumpur ke PU Sendayan yang dilengkapkan dengan pelbagai fasiliti yang lebih canggih.

PU Sendayan yang dibina di kawasan seluas 303.5 hektar bakal menjadi pusat latihan terbesar untuk pegawai dan anggota TUDM selain menempatkan kompleks sukan, padang golf (sembilan lubang), kemudahan ekuestrian, kolam renang, pusat Islam dan kompleks kediaman.

Berbanding PU Kuala Lumpur yang hanya mempunyai 250 kuarters kediaman, PU Sendayan dibina dengan 693 unit kuarters kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, berkembar dua dan pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya.

Menyingkap kembali sejarah PU Kuala Lumpur, pangkalan itu juga merupakan Pangkalan  Udara Pertama Tentera Udara Diraja British (Royal Air Force) di Tanah Melayu yang mula beroperasi pada 1941 manakala Tentera Udara Diraja Persekutuan pula ditubuhkan dan beroperasi pada 1958.

Pada tahun 1960, kerajaan British secara rasminya telah menyerahkan pangkalan itu kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Persekutuan yang kemudiannya dikenali sebagai TUDM. - BERNAMA






.