Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, September 6, 2013

EPISODE 032: KEPIMPINAN MATERIEL TUDM

KEPIMPINAN MATERIEL


Direction du RMAF Matériel
JASAMU DIKENANG



Blogpage aku sebelum ini yang bertajuk Cawang Materiel telah mendapat maklum balas yang begitu baik dan positif dari pembaca, khususnya bekas-bekas Pegawai Bekalan atau Logistik atau Materiel.  Ada yang , yang tidak pernah menyangka nama mereka masih diingati dan dicatatkan dalam mana-mana bahan penulisan kecuali tersimpan dalam kabinet besi di arkib Bahagian Sumber Manusia ataupun di JRP.  Malah ada di kalangan sanak saudara bekas-bekas pegawai ini yang mengucapkan tahniah kerana mencatatkan nama datuk, ayah atau sudara mereka dalam blog aku.  Aku juga mendapat maklumat lanjut dan tambahan dari mereka (termasuk memperbetulkan maklumat yang salah) untuk dicatatkan dalam blog ini.

Di kalangan pesara juga termasuk dari anggota LLP seronok membaca nama-nama bekas boss mereka dan mereka dapat mengenang kembali the good, the sweet, the bad and the ugly' story while serving under them. Bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat, ada di kalangan mereka yang baru pertama kali mendengar nama-nama Jeneral dari Cawang Materiel.

Lanjutan dari itu, aku terus berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai latar belakang dan sejarah kerjaya pegawai-pegawai Materiel/Bekalan/Logistik yang berjaya mencapai ke pangkat Brigadier Jeneral ke atas.  Agar kejayaan dan pencapaian mereka akan dijadikan kebanggaan dan contoh kepada seluruh generasi Materiel.

Apa pun, antara komen yang aku tuliskan ke atas mantan-mantan APTU/AKS Materiel di bawah adalah komen peribadi, apa yang aku perolehi melalui pengalaman atau pemerhatian. Mungkin betul dan mungkin tidak.  Oleh tu jika ia tidak menepati cita rasa, saya awal-awal lagi memohon berbanyak-banyak maaf.  Dan jika perlu untuk untuk dipinda atau dipadamkan, sila emelkan kepada saya.  Bagaimanapun penulisan fakta-fakta sejarah adalah hak milik saya, dan sejarah tidak boleh dipadamkan.


PENGARAH MATERIEL 
GROUP CAPTAIN AHMAD SHAH BIN HASHIM
(400013)
(ALLAHYARHAM)


Ahmad Shah bin Hashim  dilahirkan pada 10 Sep 1923 di Pulau Pinang. Beliau menyertai Malayan Air Force Volunteer Reserve (di bawah pentadbiran Royal Air Force) sebagai laskar udara biasa pada 31 Mac 1950. Beliau merupakan antara kumpulan terawal yang menyertai TUDP apabila TUDP ditubuhkan pada 1 Jun 1958.

Ahmad Shah juga merupakan kumpulan pertama anggota pangkat rendah TUDP yang telah ditauliahkan menjadi pegawai pada 6 Mei 1959 dengan menyandang pangkat Flying Officer (setaraf dengan Leftenan) dan bertugas sebagai Supply Officer di No 1 Sqn, KL Base. Beliau dinaikkan ke pangkat Flt Lt pada 1 Jan 1960 dan ditugaskan sebagai Supply Officer di Supply Wing, KL Base. Pada 1 Jan 1964 beliau telah dinaikkan ke pangkat Sqn Ldr dan bertugas di Supply Depot.

Pada 6 Jul 1968, Ahmad Shah telah dinaikkan ke pangkat Wg Cdr untuk menyandang jawatan SO1 Equipment di MINDEF. Pada 30 Nov 1971 telah dinaikkan ke pangkat Gp Capt (setaraf Kolonel) untuk mengambil alih jawatan Director of Supply dari pegawai RAF. Beliau merupakan anak tempatan yang pertama diberi amanah untuk menyandang jawatan tertinggi dalam Cawangan Bekalan TUDM. 

Ahmad Shah bersara pada 10 Sep 1973 atas-atas sebab perundangan. 

Ahmad Shah berumah tangga dengan Puan Wan Jam binti Rejab dan dikurniai dengan lima orang anak iaitu; Wan Tajudin, Wan Malini, Wan Rosslan, Wan Mazlan dan Wan Mahani.


APTU MATERIEL PERTAMA
BRIGEDIER JENERAL (UDARA) DATO' HJ MOHD TAHIR BIN ABDUL RAHMAN DPMJ PAT KMN AMN PPA PPM psc MBIM (400033)
(ALLAHYARHAM

Mohd Tahir bin Abd Rahman dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 25 Jun 1929. Kerjaya Mohd Tahir dalam Tentera Udara bermula di peringkat rendah dengan menyertai latihan rikerut dan berkhidmat sebagai anggota lain-lain pangkat dengan Royal Air Force (British) pada 18 Mei 1947 dan seterusnya menyertai Tentera Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu (TUDP) yang ditubuhkan pada 1 Jun 1958.

Pada 5 Feb 1960 Mohd Tahir ditauliahkan terus ke pangkat Flying Officer (setaraf dengan Leftenan) dalam Tentera Udara DiRaja Persekutuan Tanah Melayu (TUDP) dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Equipment Officer di RMAF Kuala Lumpur sehingga Jun 1964 sebelum bertukar menjadi Supply Officer di RMAF Alor Setar sehingga Dis 1965. Beliau kemudian ditukarkan ke MINDEF untuk menjawat SO3 (Air) Equipment (Jan 1966 - Mac 1966), seterusnya dinaikkan ke pangkar Sqn Ldr untuk menyandang jawatan SO2 Logistic 5 (Mac 1966 - Jun 1968) dan ditukarkan untuk menjawat OC Supply RMAF KL dari Julai 1968 hingga Mac 1970. 




Pada 1 Mei 1971 beliau bertugas di Air Staff Division (Bahagian Turus Tentera Udara), MINDEF sebagai SO2 Supply & Financial Facility sehingga 11 Nov 1971 apabila dinaikkan ke pangkat Wing Commander dan kemudian bertukar ke Air HQ menjawat jawatan Senior Supply Staff Officer sehingga 9 Sep 1973.  

Pada 10 Sep 1973 Mohd Tahir dinaikkan ke pangkat Gp Capt dan dilantik menjadi Pengarah Bekalan dan Wang di BTTU sehingga  dinaikkan ke pangkat Brig Jen (U) pada 8 Sep 1980 untuk menjawat jawatan tertinggi dalam Cawangan Bekalan iaitu Assisten KTTU (Bekalan & Wang) (ASBEK) sehingga bersara pada 23 Mac 1984. 

Perjalanan kerjaya allahyarham amat mencabar, memulakan langkah sebagai seorang Laskar Udara (Airman) dengan Tentera Udara British (RAF) sehingga mencapai ke puncak kerjaya, memimpin Cawangan Bekalan TUDM dan merupakan pegawai Cawangan Bekalan yang pertama dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Udara).

Rekod Kenaikan Pangkat:

Flying Officer - 05 Feb 1960
Flight Lieutenant - 24 Feb 1961
Squadron Leader - 01 Nov 1965
Wing Commander - 15 Mac 1970
Group Captain - 10 Sep 1973
Brigadier Jeneral (Udara) - 08 Sep 1980

Sepanjang kerjayanya dalam TUDM beliau telah mengikuti berbagai kursus seperti Equipment Officer Course, UK (1961), Junior Service Staff Course, RAF Newton (1961), Fuel Management Course, USA (1969), Kursus Staf dan Kommando di SESKO-AU Bandung, Indonesia (1970) dan Military Overhaul Facilities (1971). 

Dato' Mohd Tahir berkahwin dengan Datin Hajjah Che Masniah binti Nasre dan dikurniakan 3 orang anak, Joriah, Muhamad Rasidi dan Muhamad Rasidan.  Setelah bersara beliau dikurnia dengan bintang Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ) oleh DYMM Sultan Iskandar Alhaj yang membawa gelaran Dato'.  Beliau meninggal dunia  pada tahun 2002.

Sepanjang perkhidmatanku dalam TUDM aku hanya berpeluang dua kali sahaja dapat bertemu wajah dengan almarhum.  Pertama kali dalam tahun 1984 semasa aku bertugas di TUDM Kuantan.  Masa itu almarhum membuat lawatan ke unit-unit sebelum bersara dari perkhidmatan.  Dan, kali kedua semasa almarhum menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Brig Jen Dato' Idris bin Saman di Sunway Resort pada tahun 2001 (iaitu selepas 17 tahun beliau bersara). Malam itu aku diamanahkan menjadi eMCee.

Mengikut kata-kata 'my seniors', almarhum merupakan seorang pegawai Materiel yang tegas dan mementingkan kualiti dalam melaksanakan tugasnya. Pada zaman pimpinannya, Cawang Materiel masih terlalu muda dan menghadapi banyak cabaran khususnya untuk transform dari pemikiran cara penjajah kepada cara Malaysia. Tambahan pula keadaan masa itu yang amat kekurangan prasarana komunikasi dan penyampaian (publisiti), maka banyak jasa dan sumbangan almarhum yang tidak direkodkan untuk dijadikan sebagai panduan dan teladan generasi Materiel kini dan akan datang. Bagaimanapun sebagai APTU Bekalan dan Wang yang pertama, almarhum mempunyai tugas yang amat berat dalam membentuk organisasi Materiel sehingga menjadi apa yang wujud pada hari ini.

Semoga Allah azzawajalla mencucuri rahmat ke roh almarhum dan menempatkan di kalangan para aminin dan solihin.


APTU MATERIEL KEDUA
BRIGEDIER JENERAL (UDARA) DATO' ANIM BIN HARUN DPTJ JMN SMS KMN AMN PJM PPA PPM MSc(UK) DMS(UK) MMIM MInstPS psc (200357)

Anim bin Harun dilahirkan di Pulau Pinang pada 06 Julai 1944.  Beliau memulakan latihan pegawai kedet di Federal Military College dari 21 Feb 1964 hingga ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 8 Ogos 1964.  Anim memulakan kerjaya sebagai Senior Provisioning Officer, Supply Depot (01 Jan 1966 kemudian ke RMAF KL pada 31 Dis 1966.   Seterusnya beliau ditukarkan ke DTU, MINDEF sebagai SO3 Air Supply/Scale  (1 Jan 1967), SO3 Equipment di Tactical AHQ (25 Apr 1967), SAMO TUDM Labuan (30 Nov 1967) dan SAMO TUDM KL (02 Dis 1968).


Beliau kemudiannya ditukarkan ke No 12 Sqn, TUDM Butterworth sebagai OC Supply Flt untuk menguruskan skuadron pejuang terbaru setelah menerima pesawat Sabre dari RAAF. Kegemerlapan bintang Anim semakin menyerlah apabila pada 28 Jan 1970 beliau dilantik menjawat jawatan Penolong Penasihat Pertahanan di MALAWAKIL London hingga 30 Mac 1973.  Beliau dinaikkan ke pangkat Sqn Ldr semasa bertugas di MALAWAKIL.

Sekembalinya dari London beliau menjawat PS2 Bekalan di BTTU sehingga 23 Okt 1978 sehingga dinaikkan ke Lt Kol (U) untuk menjawat PS1 Bek/Wang di BTTU.  Pada 7 Feb 1980 beliau dinaikkan ke pangkat Kol (U) dan menjadi Pengarah Perancang Pembangunan di Bahagian Staf Tentera Bersama (BSTB) sehingga 24 Mac 1984.  Ini merupakan satu rekod pertama bagi seorang pegawai dari Cawangan Bekalan dilantik ke jawatan ini.

Kemuncak kerjaya Dato' Anim digapai pada 24 Mac 1984, apabila beliau dinaikkan ke pangkat Brig Jen (U) untuk menyandang posisi tertinggi dalam Cawangan Bekalan sebagai APTU Materiel.   Peningkatan kerjaya beliau amat pantas dan beliau dinaikkan ke pangkat Brig Jen (U) ketika berusia 39 tahun, satu rekod yang belum lagi dipecahkan oleh mana-mana pegawai Bekalan/Logistik/Materiel sehingga sekarang.

Rekod Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 08 Ogos 1964
Flying Officer - 1968
Flight Lieutenant - 02 Dis 1968
Squadron Leader - 11 Nov 1971
Lt Kol (U) - 24 Okt 1978
Kol (U) - 07 April 1980
Brigadier Jeneral (Udara) - 24 Mac 1984

Sepanjang kerjayanya, Dato' Anim telah berpeluang mengikuti pelbagai kursus dalam dan luar negeri seperti Fun Rejimen di LATEDA (1965), Air Movement Course, MAMS Seletar, Singapura (1967), Air Command and Staff College di USA (1974), Post Graduate Diploma in Management dari  Victoria University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), UK (1976/77), Purchasing Supply Course, USA (1977) dan Master of Science (Industrial Marketing) dari University of Bath, UK (1977/78).  Beliau juga merupakan pegawai Bekalan yang pertama mendapat kelulusan di peringkat Sarjana (Master).

Dato' Anim bersara awal dari perkhidmatan TUDM pada 1989 ketika berusia 45 tahun ketika perkhidmatannya masih begitu diperlukan untuk mengukuhkan Cawang Materiel. Ketegasan dan kewibawaannya amat dicemburui oleh banyak pihak. Sikapnya yang berterus terang atas nama kebenaran atau membetulkan penyelewengan telah menyebabkan banyak pihak yang berusaha untuk menjatuhkan beliau.
Anim berkahwin dengan Datin Zainab binti Ahmad dan dikurniakan 3 orang anak, Zuhairan, Amrul Zeflin dan Zuzineliza. Setelah bersara, beliau dikurniakan bintang Dato' Paduka Tuanku Jaafar (DPTJ) yang membawa gelaran Dato'.

Setelah bersara, beliau menyertai bidang korporat dengan menubuhkan syarikat sendiri DILOG Training and Services (DTS) Sdn Bhd yang memberi perkhidmatan konsultansi latihan teknikal.  Beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Reka Pacific Bhd sejak tahun 1996.

Beliau juga aktif dalam Yayasan Pembinaan Insan sebagai salah seorang Pengarah sejak tahun 1995. Beliau juga salah seorang Pengarah dalam United World College (UWC), sebuah universiti swasta dan  terlibat dalam pemilihan pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian tinggi di 10 UWC dunia.

Sepanjang aku berkhidmat dalam TUDM aku tidak pernah sekali pun berpeluang untuk berjumpa dengan Anim kerana di awal kepimpinannya aku telah mengikuti kursus di ITM selama 3 tahun,dan apabila aku tamat belajar pada tahun 1989, beliau telah bersara awal dan hanya sempat memimpin Cawang Materiel untuk selama 4 tahun sahaja
Aku tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang gaya kepimpinan beliau, hanya yang aku pernah dengar ialah beliau sangat tegas dan mempunyai ekpektasi yang tinggi ke atas pegawainya.  Mungkin rakan-rakan Logistik boleh membantu saya untuk menambah tulisan mengenai Dato' Anim. Sebagai 'Young Turk' dalam TUDM beliau telah dilatih (groomed) untuk mengambil-alih jawatan tertinggi Materiel ini.

Walaupun beliau berpeluang memimpin Cawang Materiel dalam usia yang masih muda, berpendidikan tinggi dan berpotensi untuk pergi lebih jauh, namun tempoh pimpinan beliau yang amat singkat telah menyebabkan beliau tidak sempat untuk merancang dan membangunkan Cawang Materiel dengan lebih berkesan.

ADA KESAH sedih dan menyayat hati tentang pengakhiran kerjaya Anim dalam TUDM. Begitu cepat beliau mendaki kerjayanya untuk mencapai ke puncak, begitu pantas beliau terpaksa meninggalkan jawatan itu. Melalui pertemuan hati ke hati pada 21 Jan 2017 di semasa menghadiri majlis Aqiqah di rumah Mej Jen Dato' Amir Hashim di Taman Pinggiran Putra, beliau dan isteri telah menceritakan hampir kesemua kesah sedih dan pedih yang melanda kehidupan beliau di saat genting menghadapi tuduhan palsu untuk meruntuhkan kerjaya beliau. Insyaallah akan aku tulis dalam tajuk yang lain.

..................Kewibawaan KEPIMPINAN Materiel tenggelam buat beberapa tahun apabila pucuk pimpinan Materiel TUDM diambil-alih oleh pegawai bukan dari Cawang Materiel. Pastinya, pemimpin yang bukan dari Cawang Materiel hanya melaksanakan tugas AKS Materiel dan bukan memperjuangkan keunggulan kepakaran Materiel.


APTU MATERIEL KETIGA
BRIGEDIER JENERAL (UDARA)
DATO' TUNKU JAAFAR LAKSAMANA BIN TUNKU NONG JEWA
(1989 - 1991)


Image result for tunku jaafar laksamana tunku nong jiwa


APTU MATERIEL KEEMPAT
BRIGEDIER JENERAL (UDARA)
DATO' HJ WAN ABDUL MAJID BIN ABDULLAH

(1991 - 1992)

Image result for tunku jaafar laksamana tunku nong jiwa 



APTU MATERIEL KELIMA
BRIGEDIER JENERAL
DATUK RICHARD CASIMIR ROBLESS DSPN PAT SAP KMN AMN PJM PPA PPM mpat psc MBA(UK) DMS(UK) MMIM MInstPS TUDM
(200351)

Richard Casimir Robless dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1943.  Beliau memulakan latihan pegawai kedet di Federal Military College dari 21 Feb hingga 7 Ogos 1964.  Beliau ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 8 Ogos 1964. Robless memulakan kerjaya sebagai Stock Holding Officer di DEBEK mulai 11 Nov 1964 dan bertukar ke TUDM Labuan sebagai OC Supply Flt pada 01 Julai 1965.  Selanjutnya beliau berpengalaman menyandang pelbagai jawatan pegawai staf dan depot seperti SO3 Supply Provisioning, BTTU (27 Jul 1969), OC Supply Depot, DEBEK (1 Nov 1970), OC Supply, RMAF KL (4 Dis 1972), Senior Equipment/Supply Officer, R & I Team, BTTU (21 Jun 1973), PT2 Bek 2, BTTU (1 Jun 1975), PT2 Bek 2C (15 Okt 1979), PT1 Bek/Wang, BTTU (12 Mac 1980), PT1 Perancang Pembangunan/Kewangan, DTU (1 Jul 1980).


Pada 1 Jan 1983, Robless telah dinaikkan ke pangkat Kol (U) dan ditukarkan ke jawatan Pengarah Pembangunan, DTU seterusnya sebagai Ketua Sekretariat (KESEK) DTU pada  10 Feb 1989.  Beliau merupakan satu-satunya pegawai Materiel yang pernah menyandang jawatan ini.  




Semasa menyandang jawatan KESEK  beliau mengambil peranan yang besar dalam proses reorganisasi TUDM di bawah PTU pada masa itu, Lt Gen Tan Sri Mohamed Ngah Said.  Sebahagian besar perjawatan yang digunakan dalam TUDM sekarang masih menggunakan perjawatan hakiki yang diluluskan pada masa itu.

Pada 1 Jun 1990,  Robless bertukar ke PMU sebagai Pegawai Memerintah sehingga 15 Feb 1992 apabila beliau dilantik menjadi APTU Materiel dan dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM.  

Rekod Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 08 Ogos 1964
Flying Officer - 26 Mac 1966
Flight Lieutenant - 1 Mac 1967
Squadron Leader - 1 Nov 1970
Lt Kol (U) - 1 Julai 1980
Kol (U) - 24 Mac 1984
Brigadier Jeneral (Udara) - 15 Feb 1992

Beliau sekali lagi mengambil peranan penting dalam reorganisasi TUDM tahun 1993 di bawah PTU Lt Jen Dato Seri Abdul Ghani Aziz. Antara hasil reorganisasi ini ialah pemansuhan Markas Bantuan Udara dan penubuhan Markas No 3 Divisyen Udara. Jawatan terakhir sebelum beliau bersara ialah sebagai Panglima No 3 Divisyen Udara mulai 19 Mac 1993. Robless bersara pada 31 Ogos 1995 dan menyertai bidang korporat dan dilantik menjadi Pengarah Urusan ATSC Sdn Bhd yang baru ditubuhkan untuk mendukung pesawat MiG29 TUDM sehingga 1999.  Beliau adalah Panglima No 3 Divisyen Udara yang pertama yang kemudiannya (2002) ditukar nama menjadi Markas Logistik Udara).

Datuk Robless adalah satu-satunya pegawai bukan Melayu yang mencapai jawatan tertinggi dalam Cawang Logistik/Materiel.  Beliau berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Eurasian (Serani).  Kerjaya beliau dalam TUDM amat menyerlah.  Fasih berbahasa Melayu, mempunyai perwatakan yang tenang dan berhemah dalam bercakap, tidak pernah melenting seperti kebanyakan 'Jeneral' yang ada.

Antara kursus yang beliau telah hadiri ialah Squadron Officer di USA (1968), Air Movement Officer, TUDM Kinrara (1970), Supply Officer, UK (1971), Diploma in Management Science, UK (1975) dan Master in Business Administration, University of Aston, Birmingham, UK (1978/79).  Beliau juga mempunyai sayap penerjunan payung dari PLPK Sg Udang (1981) dan kursus MPAT pada tahun 1982.

Kelebihan beliau selain dari 'excel' dalam dunia Logistik, beliau boleh mengenal dan mengingat semua muka dan nama pegawai Logistik walaupun tidak pernah bertugas secara langsung di bawahnya.  Satu lagi, tulisan beliau amat kemas dan cantik serta 'font' yang lain dari yang lain. Macam tulisan komputer.  Kalau dia tulis dua muka surat kertas, trend tulisannya konsisten dari mula sampai akhir.  Kalau orang lain, mula-mula je cantik tapi masuk setengah muka surat dah berubah wajah dan gaya (masuk gaya malas). Semasa menuntut di MPAT, beliau merupakan 'Best Student' dan menerima Hadiah Komandan.

Datuk Robless telah berkahwin dengan Datin Yvonne Rosalind Bouldville dan dikurniakan 4 orang anak, Richard Frederick, Tomothy David, Deborah Mary dan Melissa Anastasia. Isteri beliau, Datin Yvonne Bouldville juga amat ramah. 

Sehingga sekarang, walaupun telah lebih 15 tahun beliau bersara (waktu itu aku baru setahun berpangkat Mejar) beliau tetap mesra dan memelihara hubungan baik dengan bekas pegawai-pegawainya. Setiap kali bulan Ramadhan, beliau dan isteri akan menjemput pegawai-pegawai kanan Logistik (dan isteri) untuk berbuka puasa di Kelab Petroleum, Menara Kembar PETRONAS).

Setelah bersara dari TUDM, Datuk Robless dilantik sebagai Pengarah Urusan Syarikat ATSC Sdn Bhd, sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan melalui .Memorandum of Agreement (MOA) pembelian 18 buah pesawat MiG-29 pada tahun 1992. Saya mendapat maklumat dari sumber tertentu menyatakan bahawa Datuk Robless (bersama beberapa orang pegawai TUDM) merupakan individu yang diberi bertanggungjawab  menyediakan kertas kerja dan merealisasikan penubuhan ATSC sebagai single 'Technical Service and Support Centre for MiG-29".  Mereka kemudiannya menjadi pengasas kepada penubuhan ATSC. Bagaimanapun, setelah sebuah syarikat tempatan lain mengambil-alih pemilikan ATSC, segala sumbangan beliau diketepikan.  Kontrak beliau sebagai Pengarah Urusan ditamatkan.

Setelah meletak jawatan di ATSC beliau aktif menjalankan perniagaannya sendiri dan menubuhkan Rajawali Aerospace Sdn Bhd.  Beliau juga pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Datum Corp Sdn Bhd, Hospis Malaysia Sdn Bhd, First Sunray Sdn Bhd dan Gracious Home Sdn Bhd.


Datuk Robless juga aktif dalam pertubuhan bukan Kerajaan khususnya dalam sektor pendidikan dan kebajikan (charity) seperti Pengerusi atau pun ahli Ahli Lembaga Pengarah Tan Dominic Vendargon Foundation, Stella maris Schools, Assunta Hospital, Hospice De La Salle Foundation and also the President of Selangor/FT Eurasian Association.


APTU MATERIEL KEENAM
BRIGEDIER JENERAL
HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHD RAIS PAT JMN SMJ KMN PIS PPA PPM mpat psc DMS(UK) MMIM TUDM 
 (200378)
(ALLAHYARHAM)


Abdul Rahman bin Mohd Rais dilahirkan di Rengit, Batu Pahat Johor pada 3 Sep 1943 merupakan bekas pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh sebelum menyertai kedet TUDM  di Federal Military College pada 4 Sep 1964. Beliau ditauliahkan ke pangkat Pilot Officer pada 17 Feb 1965.

Abdul Rahman memulakan kerjaya TUDM sebagai Air Movement Officer di TUDM Labuan mulai 1 Jan 1966 hingga 30 Jun 1967 sebelum ditukarkan sebagai SAMO TUDM KL pada 1 Ogos 1967. Seterusnya bertukar jawatan di unit yang sama sebagai OC SCAF (30 Sep 1968), dan OC Supply (31 Mac 1969).  Pada 1 Nov 1969 ditukarkan kepada OC Supply TUDM Kuantan sehingga 25 Feb 1971. Beliau bertukar ke Markas Udara pada 21 Sep 1971 untuk menjawat Flt Lt Equipment (SO3) kemudian bertukar sebagai SO2 Supply/Finance di Markas yang sama pada 7 Jan 1972.

Pada 31 Mei 1975 Abdul Rahman berpeluang berkhidmat sebagai Penolong Penasihat Pertahanan di Canada. Sepulangnya dari Canada beliau menjawat Principal Supply Control Officer di DEBEK pada 25 Mac 1976. Seterusnya PT2 Bek 3, BTTU (25 Okt 78), PT2 Bek 2B, BTTU (10 Mac 79), PSCO, DEBEK (27 Ogos 79) sehingga dinaikkan ke pangkat Lt Kol (U) untuk menjawat PT1 Procurementdi BTTU pada 1 Jul 80. 

Pada 16 Okt 80 dilantik menjadi Pegawai Memerintah DEBEK, kemudian sebagai PT Kanan Bekalan MABANUD (1 Jan 83) dan Pengarah Peruntukan Perolehan, DTU pada 1 Mei 84.

Rekod Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 18 Feb 1965
Flying Officer - 1 Okt 1967
Flight Lieutenant - 10 Jul 1968
Squadron Leader - 7 Jan 1972
Lt Kol (U) - 1 Jul 1980
Kol (U) - 10 Apr 1984
Brigadier Jeneral (Udara) - 8 Ogos 1994.

Abdul Rahman yang ketika itu berpangkat Kol (U) dilantik menjadi Pengarah Materiel pada 7 Julai 89,  dan memangku jawatan APTU Materiel dari 1991 hingga 15 Feb 92 apabila beliau  kembali menjadi Peg Memerintah PMU (dulunya DEBEK). Beliau kemudiannya kembali ke DTU menjawat APTU Materiel pada 1 Jun 93 sehingga dinaikkan ke pangkat Brig jen TUDM pada 8 Jan 94.  Abdul Rahman bersara secara pilihan pada 4 Sep 1996 ketika berusia 53 tahun.

Beliau merupakan seorang yang pendiam dan tegas dan mengambil berat anak buahnya. Dalam surat-surat rasmi beliau menggunakan nama 'Abdul Rahman Rais' sahaja.  Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau berpeluang menghadiri pelbagai kursus ikhtisas, staf dan pengurusan seperti; Fund Regiment (1966), Young Officer Ordnance (1968), Weapon and Space Orientation, Squadron Officer Course & Special Air Ops Course, USA (1971), Kursus Staf di SESKO-AU Bandung, Indonesia (1975).  Beliau juga berpeluang mengikuti kursus Diploma in Management Studies di UK (1977), kursus MPAT (1982) dan Air War College, USA pada tahun 1988.

Saya pertama kali berkhidmat dengan beliau ialah pada tahun 1993 apabila bertukar sebagai PS2 SISMAT C (Personnel) sebaik sahaja TUDM melaksanakan reorganisasi secara besar-besaran. Beliau juga yang menyempurnakan pangkat Mejar saya. Saya kerap berbincang secara berdua dengan beliau berkaitan dengan perancangan anggota Materiel. Beliau tidak banyak kerenah.  Pada tahun 1993 semasa beliau menjadi APTU Materiel beliau pernah menawarkan tugas sebagai Pegawai Logistik dalam Tim Projek pesawat MiG29 di Moscow tetapi saya tolak kerana saya lebih berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.  Tugas tersebut diambil-alih oleh Mej Zainudin Sahak.

Suatu hari ketika berkunjung ke rumah almarhum, almarhum beliau ada bertanya kepada saya, bila nak start main golf. Saya diam. Dia tanya lagi, ada golf set tak? Saya jawab tak ada. Lalu beliau masuk ke bilik setor rumahnya dan mengambil satu golf set lama. "Nah, ambik ni, pegi belajar main golf. Dengan harapan aku akan memulakan permainan selepas itu.

Beberapa bulan selepas itu, dia tanya lagi. Dah main golf?.  Dengan senyuman yang tak ada makna, aku jawab "Belum".  Lepas itu adalah 3-4 kali beliau tanya soalan yang sama dan jawapan dari aku juga adalah sama. Sehinggalah beliau dia bersara, aku belum juga mula main. Dan nampaknya beliau kempunan melihat aku main golf sehingga beliau bersara pada tahun 1996 dan hinggalah beliau pulang ke rahmatullah.

Beliau seorang yang aktif dalam pengurusan sukan ragbi dan pernah menjadi Presiden Persatuan Ragbi ATM dan Naib Presiden Kesatuan Ragbi Kebangsaan.

Beliau meninggal dunia pada 11 Sep 2004 meninggalkan Puan Hajjah Noraini Mohd Yunus dan mempunyai  3 orang anak lelaki; Adham Qalid (bekas Kapt TUDM), Amer Mahmud (juruterbang jet pejuang- Lt Kol TUDM) dan Arief Zaharin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Keluarga almarhum tinggal di Fasa F, Taman Melawati.

Semoga Allah swt mengampuni dosa almarhum dan dihimpunkan di kalangan roh-roh para salihin dan aminin.


APTU MATERIEL KETUJUH
BRIGEDIER JENERAL DATO' HJ MOHD IDRIS @ ROSLI BIN SAMAN DIMP PAT JSM KMN AMN PJM PPS PPA PPM mpat psc DMS(UK) MMIM TUDM (200435) 


Mohd Idris @ Rosli bin Saman @ Hj Taufek dilahirkan di Batang Kali, Selangor pada 25 Mac 1945. Dato Idris juga  merupakan bekas pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh sebelum menyertai kedet TUDM  di Federal Military College pada 20 Feb 1965 dan ditauliahkan dalam TUDM pada 5 Ogos 1965 dalam pangkat Pilot Officer. Setelah menamatkan latihan kedet, beliau terpilih mengikuti latihan penerbangan di Canada sebelum bertukar ke Cawang Bekalan.

Beliau memulakan kerjaya dalam Cawang Bekalan dengan mengikuti Young Officer Ordnance Course di Ordnance School pada 15 Okt 1966 dan kemudian bertugas sebagai OIC Stock Control di DEBEK mulai 8 Jan 1967. Seterusnya jawatan-jawatan yang disandang adalah seperti berikut:



ADC kepada PTU  (Jan 69 - Sep 69)
SAMO, TUDM Kuching (Sep 69 - Okt 70)
PSCO, DEBEK (Nov 70 - Sep 72)
OC Supply, TUDM Butterworth (Mei - Julai 73)
SO2 (Air) Supply, BTTU (Jul 73 - Mei 75)
Penolong Penasihat Pertahanan, Washington (Jun 75 - Ogos 78)
SO2 Bek 3, SO2 Bek 2B, PT2 Bek 2C (Ogos 78 - Sep 79)
OC Materiel Control, AIROD (Dis 79 - Jun 81)
Ketua Bhg Pengurusan Bahan, DEBEK (Jul - Sep 81
PT Kanan Bekalan, Markas Udara (Okt 81 - Feb 82)
Ketua Bhg Logistik, MABES (Feb - Jun 82)
PS1 Perolehan/Pengangkutan, DTU (Jun 83 - Apr 84)
PS1 Rancang Udara, Bhg Perkhidmatan Logistik (Mei 84 - Sep 85)
Ketua Bhg Logistik,MABES (Okt 85 - Okt 87)
Ketua Cawang Kawalan Materiel, DEPLOG (Nov 87 - Jan 89)
PS1 SISLOG, DTU (Feb 89 - Sep 91)
PS1 Lojistik, MABANUD (Okt 91 - Jun 93)
Pengarah Materiel (Jun 93 - Jan 94)
Pengarah Jabatanarah Udara 4 (Jan 94 - Mac 95)
Brigadier Jeneral Staf Bantuan (Mac 95 - Mac 96)
APTU Materiel (19 Mac 1996 - 25 Mac 2000)

Antara kursus-kursus yang pernah dihadiri oleh Mohd Idris sepanjang perkhidmatannya ialah Young Officer Ordnance (1966), Senior Air Movement, TUDM Kinrara (1969), Supply Officer Course, UK (1972), Squadron Officer Course, USA (1972), Supplu and Material Management, UK (1974), Diploma in management Studies, Slough, UK (1979/80), Air Command and Staff College, USA (1983/83) dan MPAT (1988).

Rekod Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 5 Ogos 1965
Flying Officer - 5 Ogos 1969
Flight Lieutenant - 9 Mac 1970
Squadron Leader - 23 Julai 1973
Lt Kol (Udara) - 1 Jan 1982
Kolonel TUDM - 8 Jan 1994
Brigadier Jeneral TUDM - 2 Jun 1996

Dato' Mohd Idris bersara dari perkhidmatan TUDM pada 25 Mac 2000 setelah memegang tampuk pentadbiran Cawang Materiel selama 4 tahun.

Idris merupakan individu yang telah membuka jalan saya ke dunia baru untuk bertugas di Perbendaharaan, yang pada asalnya saya tidak 'happy' dengan pertukaran ini kerana seolah-olah satu 'demotion'. Ini kerana sebelum ke MTAT aku telah membuat tugas PS1 SISMAT selama setahun lebih.  Tapi setelah bertugas di sana (MOF), aku amat bersyukur dan berterima kasih di atas pertukaran ini- aku menimba banyak pengalaman selama 4 tahun 2 bulan di Perbendaharaan.

Idris adalah seorang pemimpin yang tenang, bersifat kebapaan (fatherly) yang amat tinggi terhadap staf bawahannya.  Sepanjang berkhidmat di bawah beliau, saya tidak pernah mendengar beliau meninggikan suara walaupun dalam keadaan tertekan atau marah. Isteri beliau, Datin Fauziah binti Ibrahim juga amat ramah dan baik hati.

Perkahwinan Dato' Mohd Idris dengan Datin Fauziah binti Ibrahim, beliau dikurniakan 3 orang anak, 2 lelaki (Zefny dan Zedryan) dan seorang anak perempuan, Zerith Nellilia.

Dato Mohd Idris dan keluarga kini menetap di Jalan Balau, Seksyen 3, Shah Alam.

Setelah bersara beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Aeon Co (M) Bhd dan Affin Fund Management Bhd. 

Kata-kata atau perkataan kegemaran (menjadi ajukan para pegawai) yang beliau kerap ulang semasa memberi ucapan (without text) atau semasa bercakap dalam mesyuarat atau berbual sama ada rasmi atau tidak, ialah "apa niii..."


APTU/AKS MATERIEL KELAPAN
BRIGEDIER JENERAL DATO' HJ ALI NASIRUDIN BIN HJ IBRAHIM PSD DPKK PAT JSM PKK KAT AMN PJM PPS PPA mpat psc DMS(UK) DipISL FMIL MMIM TUDM (370035)


Ali Nasirudin bin Hj Ibrahim dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 31 Ogos 1951.   memulakan kerjaya dalam ATM dengan menyertai latihan pegawai kedet SSC 19 di Federal Military College mulai 26 Feb 1970 sehingga ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 9 Jan 1971.  Beliau memulakan kerjaya dalam Cawangan Logistik sebagai Equipment Officer TUDM Alor Setar pada 13 Apr 1971 kemudian ditukarkan ke DEBEK pada 1 Mac 1972 sebagai Peg Kawalan Material.  Pada 12 Jun 1974 bertukar ke BTTU menjadi Project Supply Officer pembelian pesawat F28 sehingga 1 Jul 1976 apabila ditukarkan sebagai PT3 Pembelian.  Pada 3 Dis 1978 beliau ditukarkan ke TUDM Butterworth untuk menjawat Ketua Cawang Logistik sehingga 30 Apr 1982.

Beliau kembali ke KL untuk menjawat Pegawai Turus Kanan Bekalan, MABANUD mulai 1 Mei 84 sehingga 2 Jan 1986 apabila betukar ke DTU Kementah menjawat  PS2 Kawalan Material. Pada 1 Nov 1987 ditukar ke MABES menjawat Ketua Bhg Material sehingga 2 Jan 89 kemudian dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM dan ditukarkan ke DEPLOG sebagai Ketua Cawang Material pada 3 Jan 1989 sehingga 21 Feb 1993 untuk berkursus di MPAT.

Sekembalinya dari kursus di MPAT pada 1 Dis 1993 beliau ditukarkan sebagai PS1 Bantuan di MABANUD sehingga pembubaran MABANUD dan penubuhan Markas No 3 Divisyen Udara dimana beliau menjadi Ketua Staf Khidmat mulai 15 Mac 1995 dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM pada 25 Dis 1999 untuk menjawat AKS Materiel. 

Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 9 Jan 1971
Leftenan (Udara) - 9 Jan 1975
Kapten (Udara) - 1 Jun 1976
Mejar (Udara) - 3 Dis 1979
Lt Kol TUDM - 8 Ogos 1989
Kolonel TUDM - 15 Mac 1995
Brigadier Jeneral TUDM - 25 Dis 1999
Mejar Jeneral TUDM - 11 Nov 2006

Datuk Ali memang terkenal dengan sifat 'workoholic'nya. Dalam otak beliau hanya ada istilah kerja, kerja dan kerja.  Kalau ada seminar, tak ada istilah riadhah (especially golf) kerana beliau bukan pemain golf.  Setiap kertas kerja akan dibincang, dikupas dan digulung secara detail, mana-mana sindiket yang tidak mencapai standard akan kena 'gulung sekali'. Bagusnya, setiap kali ada seminar, salah satu program malam ialah qiamullail.  Ini adalah sesuatu yang tak pernah dilakukan oleh mana-mana JENERAL (setakat yang aku pernah kenal).

Aku mula mengenali beliau pada tahun 1983 ketika beliau datang  untuk memberi syarahan kerjaya dalam Kursus Asas Pengurusan Logistik di Kinrara (semasa beliau berpangkat Mej).  Namun sepanjang tempoh aku berkhidmat di dalam TUDM, aku tidak pernah berkhidmat secara langsung di bawah beliau.

Kerja punya cerita, pernah satu kali lebih kurang tahun 2002, Bahagian Materiel menganjurkan Majlis Hari Keluarga dan Sukaneka di salah satu resort di Genting.  Lapor Sabtu petang, sebaik sahaja lepas makan malam (dalam jam 9), beliau buat announcement dan minta izin dari keluarga untuk 'pinjam' para suami dalam sejam dua, untuk buat sedikit perbincangan -inpromptu program - Di dalam satu bilik (yang tidak ada booking pun) kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan satu tajuk untuk setiap kumpulan. Brainstorming.  No food and drink were prepared sebab unplanned agenda.  Masa itu, skot aku 'Othman Jahim' selaku Pengerusi JK Organisasi malam itu, kelam kabut untuk memenuhi arahan mengejut ini.

Isteri dan anak-anak tunggu di dewan makan. We supposed to enjoy with our family dan esok pagi jam 7.30 akan ada sukaneka. Blip blap blip blap, sampai jam 4 pagi baru selesai...walaupun tanpa apa-apa resolusi. Outputnya ialah kami kena kutuk dan leter isteri kami...."Apo punyi family day. Kalau nak buat kojo tak payoh la bawak kami ke sini... tidor kat rumah lagi enjoy".  Tapi, sebagai isteri anggota tentera dan berkerja di bawah Dato Ali Nasirudin, mereka kena fahammmmm.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau telah berpeluang menghadiri pelbagai kursus kerjaya dan akademik seperti; Pegawai Muda Kelengkapan (1971), Basic Supply Officer, TUDM Kinrara (1971), Senior Air Movement Officer, TUDM Kinrara (1971), Diploma in Purchasing, UK (1975), Supply Management Officer, Australia (1977), Advanced Diploma in Management Science dari UMIST, UK (1978/79), kursus staf di MTAT (19786) dan kursus staf  MPAT (1993). Beliau juga mengambil inisiatif melanjutkan pengajian secara persendirian hingga ke peringkat ijazah kedoktoran dari Washington International University.

Datuk Ali berkhidmat sebagai AKS Materiel sehingga 17 Jun 2003 apabila bertukar ke Markas ATM untuk menjawat jawatan AKS Logistik Pertahanan.  Puncak kerjaya beliau adalah apabila dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 11 Nov 2006 untuk menjawat AKS Perkhidmatan Anggota sehingga beliau bersara pada 30 Ogos 2007. Beliau merupakan pegawai Logistik/Materiel yang pertama mencapai ke pangkat Mej Jen TUDM. 

Isteri beliau adalah Datin Rohaiyah binti Ismail, merupakan seorang yang low profile dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Perkahwinan dengan Datin Rohaiyah dikurniakan 3 orang anak, Aelia Nazlee, Izwan Shah dan Aina Yazrin.

Beliau dan keluarga kini menetap di Taman Melawati.

Beliau juga seorang yang perfectionist.  Apa jua kerja, kertas kerja, projek dan assignment yang diberikan akan diteliti dan diubah suai hingga ke saat akhir sehingga beliau berpuas hati. Contohnya, walaupun draf ucapan beliau telah disiapkan 2-3 hari sebelum tarikh majlis, tiap-tiap hari akan ada pindaan. Malah beberapa minit sebelum beliau bangun untuk berucap, beliau masih kelihatan sibuk menulis lagi di atas kertas ucapan beliau.

Apa jua tugasan sama ada boleh atau mustahil mesti dilaksanakan dengan apajua cara sekalipun, tetapi 'paperwork' mesti 'smooth' dan lengkap. Walaupun beliau bukan jenis yang suka melenting, namun jika sesuatu tugasan itu tidak dapat memenuhi citarasa dan 'his expectation' maka masak dan tak lelap tidorlah pegawai yang berkaitan.

Satu lagi, beliau selesa bertugas dengan beberapa orang yang beliau kenal dan boleh diharap sahaja.  Mana-mana staf (terutamanya dari kalangan LLP) yang telah masuk dalam kategori itu, beliau akan bahawa ke mana sahaja beliau ditukarkan - dari LUK hinggalah ke PW.

Selepas bersara, beliau bagaikan menyepi diri dan jarang ditemui. Malah ketika di penghujung tempoh perkhidmatannya, beliau menolak hasrat kami untuk mengadakan majlis perpisahan untuk beliau. Beliau tidak pernah kelihatan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh Cawang Materiel atau TUDM seperti majlis hari raya, acara-acara sempena HUT TUDM dan sebagainya.  Mungkin beliau ingin melupakan segala kepenatan (kerana terlalu kerja kuat) sepanjang hampir 40 tahun dalam TUDM.

....dan Dato' Ali merupakan satu dari segelintir Jeneral-jeneral TUDM (setakat yang aku ketahui) yang tidak memegang kayu golf sehingga hari akhir perkhidmatannya.


AKS MATERIEL KE 9
BRIGEDIER JENERAL DATO' HAJI OTHMAN BIN ABD MAJID DIMP PAT SMS KAT KMN PJM PPS PPA  mpat psc MBus(Aust) PGradTptMgt(Aust) HND(UK) MBIM TUDM (370232)

 


Othman bin Abd Majid dilahirkan di Beranang, Selangor pada 14 Mac 1950.  Menyertai latihan pegawai kedet SSC 20 dari 25 Okt 1970 hingga 14 Apr 1971.  Beliau mencuba untuk menjadi seorang sebagai juruterbang TUDM dengan mengikuti latihan asas helikopter di SEA Helikopter, TUDM KL dari 1 Mei hingga Sep 72 sebelum kembali ke Cawang Logistik untuk mengikuti latihan asas Logistik. Setamat kursus asas beliau bertugas sebagai SAMO di TUDM Kuching dari 3 Mac hingga Dis 73.

Jawatan-jawatan seterusnya yang beliau sandang ialah:

Ketua Skn Latihan Logistik, TUDM Kinrara (1 Jan 80 - 22 Feb 81)
PS2 Bek 2, DTU  (23 Feb 81 - 30 Apr 82)
PS2 Belanjawan, DTU (1 Mei 82 - 31 Dis 83)
Penolong Penasihat Pertahanan, London (1 Jan 84 - 29 Dis  86)
Ketua Bahagian Material, DEBKAT (30 Dis 86 - 30 Apr 87)
PS2 Kawalan Material, DTU (1 Mei 87 - 9 Feb 89)
PS2 Beli D, DTU (10 Feb 89 - 1 Jan 90)
PS1 Wang, DTU (2 Jan 90 - 1 Okt 90) dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM.
Ketua Cawang Logistik, TUDM Kuantan (2 Okt 90 - 3 Mei 92)
PS1 Pembelian, Markas No 3 Div Udara (4 Mei 92 - 21 Feb 93)
Pengarah Materiel, MTU (3 Jun 96 - 24 Dis 99) dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.
Ketua Staf Khidmat, Markas Logistik Udara (25 Dis 99 - 5 Dis 2002)

Kerjaya Othman menjejak ke puncak apabila dilantik menjadi Panglima Logistik Udara pada 6 Dis 2002 dan seiring dengan itu dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM.  Beliau hanya 6 bulan sahaja menduduki kerusi Panglima kerana ditukarkan ke Markas TUDM untuk mengisi jawatan AKS Material, Markas Tentera Udara, jawatan terakhir dalam kerjayanya sebagai pegawai TUDM sebelum mengambil keputusan untuk bersara awal pada 1 Jun 2004 kerana ingin menceburkan diri ke dalam bidang korporat.

Rekod Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 14 Apr 1972
Leftenan (Udara) - 14 Apr 1976
Kapten (Udara) - 15 Sep 1978
Mejar (Udara) - 14 Apr 1985
Lt Kol TUDM - 4 Mei 1992
Kolonel TUDM - 3 Apr 1997
Brigadier Jeneral TUDM - 6 Dis 2002

Kursus-kursus yang beliau hadiri sepanjang dalam perkhidmatan adalah:

Senior Air Movement di TUDM Kinrara (1971)
Basic supply Officer, TUDM Kinrara (1972)
Air Movement and Dangerous Cargo Managment, Australia (1973)
Supply Officer Explosive, UK (1974)
Pegawai Muda Kelengkapan, PLK (1974)
High National Diploma in Business, UK (1975-1977)
Adv Diploma in Purchasing Supply, UK (1977/78)
Kursus Staf MTAT (1988)
Post Graduate Diploma in Transportation Management (Aust) (1994)
Master in Business (Logistic Mgmt), RMIT, Australia (1994/1996)
Kursus Staf MPAT (1998)

Setelah bersara pada 1 Jun 2004 beliau untuk menyertai AIROD Sdn Bhd sebagai Ketua Bahagian Kontrak Kerajaan.  Setelah menematkan kontrak dengan AIROD beliau menyertai syarikat Global Aerospace Sdn Bhd. Beliau adalah penyandang jawatan AKS Materiel yang paling singkat, iatu selama 6 bulan sahaja.

Dato Othman berkahwin dengan Datin Jamilah @ Tini binti Marzuki dan mempunyai seorang anak. Datin Tini meninggal dunia pada tahun 2016 (Al Fatihah)

Selain dari almarhum Pak Rahman dan Dato' Idris, Dato Othman merupakan seorang lagi pegawai kanan Materiel yang memberi peluang dan mendidik diriku untuk meningkat sehingga ke tahap kerjaya sekarang. Beliaulah yang menghalang hasrat saya (tidak memproses surat permohonan) untuk bersara awal pada penghujung tahun 2003 semasa aku berpangkat Mejar TUDM.  Beliau memujuk dan memberikan motivasi kepada aku supaya membatalkan hasrat untuk bersara awal dan meneruskan perkhidmatan.

Dato Othman juga seorang yang workaholic, dan tidak bermain golf.  Seingat aku beliau hanya mula aktif bermain golf semasa berpangkat Kol TUDM menjawat Pengarah Materiel).

Setelah bersara beliau menyertai AIROD hanya dua tahun sahaja kemudiannya menyertai syarikat Global Aerospace.


AKS MATERIEL KE 10
BRIGEDIER JENERAL DATO' HAJI AMIR BIN HASHIM PSAT DSAP DIMP PAT JSM SMP KMN AMP BKT PJM PPS PPA MSc(DRM)(USA) BAcc(UITM) DIA(ITM) TUDM (371060)



Amir bin Hashim dilahirkan di Tg Bidara, Melaka pada 1 April 1957.  Beliau mendapat pendidikan menengah di Sek Men Masjid Tanah sebelum dipilih ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau menyertai latihan Pegawai Kedet TJP ke 34 di Pre-OCTU, Port Dickson dari 10 Julai 1978 hingga 31 Jan 1978 dan Maktab Tentera DiRaja mulai 2 Jan 1979 sehingga  ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) pada 23 Jun 1979. Sebaik sahaja menamatkan Kursus Asas Pegawai Bekalan dari 1 Okt 1979 hingga 30 Jun 1980 ditauliahkan, beliau ditugaskan di PPU 1, TUDM Butterworth sebagai Ketua Cawang Bekalan sehingga 1 Nov 1981.

Jawatan-jawatan lain:

PS3 Belanjawan  - 1 Jul 85.- 2 Jan 89
PS2 Belanjawan/Wang A - 3 Jan 89 - 6 Jul 91.
Ketua Cawang Materiel, TUDM Kuantan - 4 Dis 93 - 6 Jun 95.
PS1 Wang, MTU - 17 Jun 95 - 30 Nov 98.
Pengarah Materiel, MTU - 1 Jul 2000 - 30 Jan 2004.
AKS Materiel,MTU - 1 Feb 2004 - 28 Jul 2007.
Panglima Pendidikan Udara (28 Jul 2007 - Jul 2008)
Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM - (Jul 2008 - 14 Mac 2011
AKS J4 (Operasi Logistik), MAB (15 Mac 2011 - 16 Sep 2016)

Rekod Kenaikan Pangkat:

Leftenan Muda (Udara) - 23 Jun 1979
Leftenan (Udara) - 23 Jun 1983
Kapten (Udara) - 1 Jul 1985
Mejar TUDM - 16 Okt 1989
Lt Kol TUDM - 17 Jun 1995
Kolonel TUDM - 1 Julai 2000
Brigadier Jeneral TUDM - 1 Feb 2004
Mejar Jeneral TUDM - 14 Jun 2013

Begitu juga rekod dalam Cawang Materiel, beliau juga penyandang pangkat Brig Jen yang paling lama (9 tahun 3 bulan).  Sebelum ini Dato' Ali Nasirudin menyandang pangkat Brig Jen TUDM selama 6 tahun 11 bulan sebelum dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM.

Kursus-kursus penting yang pernah beliau ikuti sepanjang tempoh perkhidmatannya ialah; Asas Pegawai Bekalan,TUDM Kinrara (1 Okt 1979 - 30 Jun 1980), Supply Officer Explosive, United Kingdom (9 Nov 1981), Diploma in Accountancy, ITM (1 Jul 1982 - 30 Jun 1985), Financial Comptroller Staff Officer and Budget Officer Course, USA (18 Feb 1989 ke 29 Jun 1989), Advanced Diploma in Accountancy, ITM (7 Jul 1991 - 31 Dis 1993), dan Master in Defence Resource Planning and Management, USNPGS (27 Dis 1998 - 22 Jun 2000).

Dato' Amir juga memecah tradisi TUDM sebagai pegawai Materiel pertama diberi peluang menyandang jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (2007 - 2008) dan juga Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM (2008 - 2012) sebelum ditukarkan ke Markas Angkatan Bersama (MAB) untuk menyandang jawatan AKS J4. Ini menjadikan beliau sebagai seorang pegawai kanan Materiel yang paling berpengalaman dari aspek kepelbagaian penugasan yang di luar dunia Materiel TUDM. Beliau dinaikkan ke pangkat Mej jen TUDM semasa menjawat jawatan AKS J4 di MK AB.

Dato' Amir berkahwin dengan Datin Hajjah Khairiyah binti Hj Ab Karim dan dikurniakan 4 orang anak, iaitu Faaiz Hafizi, Faaiz Azizi, Farah Hanim dan Faaiz Hafifi.

Dato' Amir adalah seorang pegawai yang aktif dalam sukan terutamanya badminton dan golf. 


APTU MATERIEL KE 11
BRIGEDIER JENERAL (UDARA) DATO' ROSLAN BIN SAAD TUDM
(Jul 2007 - Jan 2008)

 Image result for roslan saad


AKS MATERIEL KE 12
BRIGEDIER JENERAL DATO' HAJI ROSLAN BIN KASIM DIMP PAT KAT KMN PJM PPS PPA psc MMgt DipIPS(UK) TUDM (370164)



Roslan bin Kasim dilahirkan di Kota, Negeri Sembilan pada 8 Okt 1952. Beliau mengikuti latihan asas pegawai Kedet di RMC dari 15 Dis 1970 hingga ditauliahkan pada 13 Apr 1972. Memulakan kerjaya di TUDM KL sebagai Pegawai Bekalan dan Pegawai Pergerakan Udara.

Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 14 Apr 1972
Leftenan (Udara) - 14 Apr 1976
Kapten (Udara) - 3 Jan 1977
Mejar (Udara) - 21 Sep 1981
Lt Kol TUDM - 19 Jan 1994
Kolonel TUDM - 13 Jan 2004
Brigadier Jeneral TUDM - 2 Jan 2008

Sepanjang tempoh perkhidmatannya alam TUDM beliau telah memegang pelbagai jawatan di semua peringkat organisasi:

DEBEK (O i/c Stock- 1977)
BTTU (PT2 Bekalan A) - 1 Jan 1980 - 14 Jan 1981
PT2 BW 1C dari 21 Sep 1981 - 31 mac 1983)
MAWILUD 1 (PS2 Rancang Log/Kewangan - 1 Apr - 31 Dis 83,
MABES (PS2 Pergerakan/Pengangkutan - 1 Jan 84 - 2 Jan 85),
DTU (PS2 Bahan Letupan - 3 Jan 85 - 2 jan 89)
TUDM Kluang (Ketua Cawang Bekalan)  (3 Jan 89 - 1 Jan 91)
MARDIK (PS2 Log 1  - 26 Mac 91)
MTU (PS 1 Kontrak) (1 Jun 93)
MK ATM (PS1 Perancangan dan Pembangunan Ops (21 Nov 1994)
MTU-JTMK (PS1 Tek Maklumat) (17 Jun 1996)
No 3 Div Udara (PS1 Beli)  (1 Dis 97)
MK ATM-BLP (PS1 Penyamaan) (22 Jan 2001).

Pada 13 Jan 2004 beliau dinaikkan ke pangkat Kol TUDM untuk menjawat Pengarah Penyelaras Bantuan Mk ATM sebelum dilantik menjadi Pengarah JTMK pada 20 Ogos 2005.  Pada 24 Jan 2007 beliau dilantik menjadi Pengarah Materiel.  

Pada 2 Jan 2008 Roslan dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM untuk menjawat AKS Materiel sehingga Julai 2008 sebelum beliau memulakan cuti persaraan sehingga 7 Okt 2008. Beliau berada di puncak kerjaya sebagai  AKS Materiel selama 6  bulan sahaja.

Antara kursus yang dihadiri semasa dalam perkhidmatan ialah Pegawai Sajian di PLKP Taiping (1972), Supply Officer Managment, TUDM Kinrara (1973/4),  Air Movement Management, Australia (1975), Diploma in Purchasing, UK (1977), Kursus Bahasa Thai (1979/80),  Squadron Officer Course, TUDM Kinrara (1981), Diploma Pengurusan Materiel, TUDM Kinrara 1984), Staf MTAT,Haigate (1991) dan Logistic Executive Develeopment, USA (1996).

Beliau mempunyai lima orang anak melalui perkahwinannya dengan Datin Asmah binti Ahmad, iaitu Kamarul Redzuan, Rezawati Kamalia, Khairul Fariz, Amran Fazrul dan Azreen Elyani.  

Saya tidak pernah berkhidmat di bawah Dato' Roslan sejak saya masuk TUDM, tapi hubungan kami baik dan mesra.  Beliau kerap memberikan nasihat berdasarkan pengalaman beliau.  "Senikata" percakapan beliau yang menjadi ajukan pegawai-pegawai Materiel yang mengenali beliau ialah "When I was in Kluang"- untuk menceritakan pengalaman beliau semasa menyandang jawatan Ketua Cawang Logistik TUDM Kluang.


AKS MATERIEL KE 13
MEJAR JENERAL DATO' HAJI AZIZAN BIN SHAARI PSAT DSAP DIMP PAT JMN KMN AMP PJM PPS PPA psc MMgt(Aust) DipPSP(UM) TUDM (370630)


Azizan bin Shaari dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang  pada 25 Feb 1956.  Beliau mendapat pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja (1973-1974) seterusnya menyertai latihan Pegawai Kedet TJP 27 di MTD juga mulai 27 Mei 1975 sehingga ditauliahkan sebagai Lt Muda  (Udara) pada 11 Nov 1975.

Unit pertama beliau ditugaskan ialah Pangkalan Udara KL iaitu sebagai Pegawai Pergerakan Udara mulai 1 Mac 1978.

Beliau berpeluang menyertai pasukan Projek Perolehan Pesawat Hawk di United Kingdom dari bulan Januari 1991 hingga 27 Ogos 1995.

Rekod pergerakan kerjaya beliau adalah:

Pegawai Pergerakan Udara TUDM KL (1 Mac 78) dan TUDM Kuantan (17 Jul 78)
Pegawai DEBEK TUDM (1 Feb 80 - 30 Jun 81)
Pegawai Latihan TUM Kinrara (1 Dis 82 - 31 Dis 83)
PS2 Rancang dan Kewangan, MAWILUD (1 Jan 84 - 28 Feb 85)
PS2 Belanjawan, DTU (1 Mac 85 - 31 Okt 85)
KCM TUDM Kuantan (1 Nov 85 - 30 Nov 89)
PS2 Logistik 2, Mk HANUD (1 Dis 89 - 31 Jan 91) - membuat tugas Peg Logistik/Kewangan Tim Projek Hawk, DTU)
Pegawai Logistik Tim Projek MOU Hawk (LN), UK (31 Jan 91 - 27 Ogos 95)
Pegawai Logistik Tim Projek MOU Hawk (DN) (28 Ogos 95 - 1 Dis 95)
Pegawai Memerintah MATRA 1 (16 Dis 96 - 14 Jun 98)
PS 1 Penyamaan, BLP, Mk ATM (15 Jun 98 - 15 Jan 2000)
PS1 Beli, Mk No 3 Div Udara (15 Jan 2000 - 5 Dis 2002)
Ketua Staf Khidmat, Mk 3 Div Udara (6 Dis 2002 - 31 Jan 2004)
Pengarah Materiel, MTU (1 Feb 2004 - 23 Jan 2007)
Ketua Staf Khidmat, MLU (24 Jan 2007 - 30 Jun 2008)
AKS Materiel, MTU (1 Jul 2008 - 31 Dis 2011)
AKS Logistik, MTU (1 Jan 2011 - 12 Ogos 2015) - tugas sebagai AKS Materiel.

Sehingga kini, beliau adalah penyandang jawatan AKS Materiel yang paling lama iaitu sekiranya mengambil tarikh bersara wajib sedia ada beliau  menyandang jawatan ini selama 7 tahun 1 bulan dan 20 hari.

Kenaikan Pangkat:

Pilot Officer - 11 Nov 1975
Leftenan (Udara) - 11 Nov 1979
Kapten (Udara) - 5 Sep 1980
Mejar (Udara) - 1 Nov 1985
Lt Kol TUDM - 14 Feb 1997
Kolonel TUDM - 6 Dis 2002
Brigadier Jeneral TUDM - 1 Feb 2009
Mejar Jeneral TUDM - 1 Jan 2011

Memiliki Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan dari UM (1996) dan Master in Project Management dari ADFA, University of New South Wales, Canberra, Australia pada tahun 2000.

Kursus-kursus yang lain yang dihadiri:

Ikhtiar Hidup, PULADA (1975)
Letupan Khas & Periuk Api, SJTD (1977)
Muslihat Pegawai Muda (1977)
Asas Pengurusan Bekalan (1977/78)
Supply Officer Explosive and Fuel,  UK (1980/81)
Kursus Pegawai Skuadron (1982)
Diploma Pengurusan Materiel, ITU Kinrara (1985)
Kursus Staf MTAT (1996)

Azizan berumah tangga dengan Datin Rogaiyah binti Hj Abdul Samad dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Nurhafizza, Mohamad Redza dan Mohamad Nizar.

Beliau menyerahkan jawatan AKS kepada Kol Yohanez Hj Ahmad TUDM pada 12 Ogos 2015 (untuk bercuti sebelum bersara) setelah memegang jawatan AKS Materiel selama 7 tahun 41 hari, iaitu penyandang jawatan yang paling lama dalam sejarah Materiel. Beliau bersara secara rasmi pada 23 Feb 2016

Perkenalan saya dengan Dato Azizan bermula seawal aku menjejaki kerjaya sebagai Pegawai Logistik TUDM pada tahun 1981.  Semasa aku mengikuti Modula Pergerakan Udara (1981) dan Kursus Pengurusan Pegawai Logistik (1983) beliau (masa itu berpangkat Kapten) adalah Pegawai Penjaga Latihan Pegawai di Sekolah Logistik (SEKLOG), ITU Kinrara.

Selepas tamat kursus asas (Okt 83), aku ditukarkan ke Cawang Logistik, TUDM Kuantan. Pada tahun 1985, beliau (berpangkat Mej) ditukarkan ke TUDM Kuantan sebagai Ketua Cawang Logistik.  Kebetulan kami duduk di OMQ dalam blok yang sama, beliau di Tingkat 1 saya di Tingkat 2.

Setamatnya kursus di ITM pada Ogos 1989, aku ditukarkan ke Markas HANUD sebagai PS3. Pada tahun 1990 beliau juga ke Mks HANUD sebagai PS2 tetapi untuk jangkamasa singkat kerana beliau kemudiannya ditumpangkan ke DTU untuk membuat tugas dalam Tim Projek MOU (Hawk).

Pada tahun 2004 aku ditukarkan ke SISMAT sebagai PS1, masa itu Kol Azizan juga melapur ke sana sebagai Pengarah Materiel.

Pada Jan 2007, Kol Azizan ditukarkan ke MLU sebagai KSK dan pada bulan April, aku ditukarkan ke MLU sebagai PS1 Pembaikan dan pada bulan Jul 2008 aku mengambil alih tugas KSK dari beliau.

Pada 15 Ogos 2014 aku telah ditukarkan ke MTU (Bahagian Materiel) untuk menjawat jawatan Pengarah Materiel dan Dato' Azizan masih menyandang jawatan AKS Materiel.

Tapi langit tidak selalunya cerah. Hubungan yang bagaikan adik beradik selama berpuluh tahun berakhir dengan suasana yang agak masam dan kusam. Aku hanya menjawat jawatan Materiel selama 6 bulan sahaja. Selama tempoh itu, walaupun aku menjawat jawatan Pengarah Materiel, atau orang nombor dua dalam heirarki organisasi Materiel, aku telah disisihkan, tidak pernah diajak berbincang berkaitan dengan pengurusan Materiel. Tugasku dihadkan setaraf sebagai Pegawai Staf 1 sahaja.

Akhirnya beberapa bulan sebelum beliau bersara aku (tanpa diberi maklum atau diajak berbincang) ditukarkan keluar dari organisasi TUDM. Pada 16 Mac 15 aku ditukarkan ke Bahagian KOMLEK Markas ATM. Pastinya keputusan PTU (kebetulan skot Azizan) membuat pertukaran itu setelah menerima nasihat Azizan kerana suasana kerja selama 6 bulan sebelum itu menjadi bukti yang nyata. Pasti ada sebabnya. Aku banyak menerima maklumat dari kawan-kawan rapat berkaitan perkara ini dan aku tidak ingin menyiasat kerana aku percaya kepada usaha dan qadha dan qadar Allah swt.

Selama berpuluh tahun aku amat menghormati sifatnya yang lemah lembut dan aku anggap sebagai abang, rupanya terdapat sesuatu yang sukar dibaca disebaliknya. Sejak tarikh itu, aku hilang HORMAT ke atas beliau. Bukan kerana pangkat atau jawatan. Kesemua majlis rasmi yang meraikan dirinya seperti Perbarisan Persaraan, Majlis Makan Malam Materiel dan TUDM aku tidak hadiri.


AKS MATERIEL KE 14
BRIGEDIER JENERAL DATO' YOHANEZ BINTI AHMAD DIMP PAT KAT KMN AMN PJM PPS PPA psc MMgt(OUM) DipPSP(UM) TUDM (371261)



Yohanez binti Ahmad dilahirkan di Mersing, Johor pada 4 April 1957 dan mendapat didikan di Sek Men Sri Mersing. Setelah menamatkan persekolahan menengahnya beliau melanjutkan pengajian ke ITM Shah Alam sehingga mendapat Diploma in Business Study pada tahun 1976.

Beliau menyahut seruan pertiwi apabila terpilih menyertai latihan kumpulan pertama Pegawai Kedet Wanita Tauliah Jangka Pendek (TJP) bersama-sama dengan pengambilan TJP Siri ke 37 yang bermula pada 5 April 1980.

Kerjaya kenaikan pangkat beliau ialah:

Leftenan Muda (Udara) - 24 Jan 1981.
Leftenan (Udara) - 24 Jan 1985
P/Kapten (U) - 1986
Kapten TUDM - 24 Jan 1989.
P/Mejar TUDM - 1992
Mejar TUDM - 24 Jan 1994.
Lt Kol TUDM - 19 Jan 2004.
Kolonel TUDM - 28 Feb 2011
P/Brig Jen TUDM - 15 Ogos 2015.

Beliau ditauliahkan ke Cawang Logistik TUDM pada 24 Januari 1981. Unit pertama beliau bertugas ialah TUDM Kinrara sebagai Pegawai Penjaga Kursus di Sekolah Logistik. Di antara jawatan penting yang disandang ialah:
Jurulatih Sekolah Logistik, TUDM Kinrara (1981-1986)
P2 Beli, Markas No 3 Div Udara
Jurulatih SITU, P. Pinang
Ketua Cawang Logistik, PU Butterworth
PS1 SISGP F, Markas No 3 Div Udara.
PS1 Belanjawan, MTU
Pengarah Belanjawan, MTU (x - 16 Mac 2015)
Pengarah Materiel, MTU (16 Mac 2015 - 20 Ogos 2015)
AKS Materiel (20 Ogos 2015 - 15 Sep 2016).

Yohanez mencipta sejarah tersendiri sebagai pegawai wanita pertama dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM  (2011) dan juga Brig Jen TUDM (2015). Beliau juga melakar sejarah TUDM sebagai pegawai wanita pertama yang menerima gelaran Dato', malah di kalangan pegawai tetap (Tugas Am) Tauliah Jangka Pendek yang pertama mendapat gelaran Dato'. 

Dalam sejarah ATM, Yohanez merupakan pegawai wanita ke 6 dinaikkan ke pangkat Jeneral Satu Bintang.

Nota: 
Mej Jen Dr Roshidah bt Ishak dari Kor Kesihatan Diraja merupakan pegawai wanita pertama dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Jan 2007) adalah merupakan Pegawai Ikhtisas (PD). Pada Nov 2015, Roshidah dinaikkan ke pangkat Mej Jen (juga pegawai wanita pertama) sebelum bersara pada wal 2016.

Mej Jen Dato' Fadzlette Othman Merican dari Kor Perkhidmatan Am merupakan pegawai wanita keempat dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Dis 2013). Pada Nov 2017, Fadzlette dinaikkan ke pangkat Mej Jen (JUSA C) di KDN. Fadzlette merupaan pegawai wanita Tauliah Tetap Panggilan ke 21.

Brig Jen Dato' Dr Thavachelvi a/p Thangarajah juga dari Kor Kesihatan Diraja merupakan pegawai wanita kedua dinaikkan ke pangkat Brig Jen (2009).

Brig Jen Dato' Norhuda binti Ahmad dari Kor Risik Diraja merupakan pegawai wanita ketiga dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Feb 2011). Norhuda ditauliahkan sebagai Pegawai Askar Wataniah sebelum bertukar kepada pegawai perkhidmatan tetap Tugas Am.

Brig Jen Suriakala a/p Suriabagavan adalah pegawai wanita kelima dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Jun 2015).

   . 
AKS MATERIEL KE 15
BRIGEDIER JENERAL DATO' DR HJ MOHD YUNUS BIN MASJUKI DIMP PAT KAT KMN AMN PKN PJM PPS PPA PhD(Acc)(USM) MAcc(UKM) MA(USA) MA(UKM) BAcc(USA) mpat psc TUDM (372005)





Mohd Yunus bin Masjuki dilahirkan di Panchor, Muar, Johor pada 19 April 1963. Memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD) pada bulan Feb 1979.  Melanjutkan pengajian ke Indiana State University, USA pada tahun 1981 di bawah Biasiswa Angkatan Tentera dan lulus dengan Bachelor of Science (Accounting) pada bulan Mei 1985.  Setamat pengajian di USA beliau ditauliahkan ke Cawang Logistik TUDM pada tahun 1985,antara kumpulan Pegawai Graduan pertama dalam TUDM.

Beliau sekali lagi dipilih melanjutkan pengajian di bawah Biasiswa ATM pada Nov 1992 di UKM Bangi dan lulus Sarjana Perakaunan pada bulan Dis 1994.  Pada bulan Mac 1999 beliau terpilih mengikuti kursus US Air Command and Staff College di  Alabama selama setahun dan berjaya membawa pulang ijazah Masters of Science in Military Arts and Science dari US Air University.

Semangat Yunus  untuk maju ke hadapan dalambidang akademik tidak pernah padam apabila  pada bulan jun 1996 beliau diterima masuk ke USM untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) dan puncak kejayaan akademik dicapai pada bulan Ogos 2003 apabila dianugerahi dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia (USM) (pengajian ini atas pembiayaan sendiri). Dr Mohd Yunus merupakan pegawai TUDM pertama mendapat ijazah doktor falsafah semasa dalam perkhidmatan.

Kerjaya dalam TUDM bermula sebagai Jurulatih di SEKLOG ITU Kinrara, diikuti oleh PS3 dan PS2 Wang di Bahagian Materiel DTU, Ketua Cawang Materiel TUDM Subang, Pegawai Memerintah PLPL, PS1 Kontrak dan PS1 SISMAT sebelum dipilih untuk melaksanakan tugas Pegawai Logistik dan Kewangan merangkap Timbalan Ketua Tim Projek SU30MKM di Moscow Russia (2004-2008).  Sepulangnya dari Moscow beliau dipilih mengikuti kursus di MPAT selama setahun pada tahun 2010 dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Sains Social (Pengajian Pertahanan) dari UKM dan merupakan ijazah Sarjana yang ke3 yang dimilikinya. Beliau seterusnya diamanahkan untuk menjawat tugas sebagai Pengarah Bantuan Operasi Udara (Markas Pemerintahan Operasi Udara) pada tahun 2011 sehingga  ditukarkan ke Markas Pemerintahan Bantuan Udara sebagai Ketua Staf Khidmat pada bulan Ogos 2014 dan kemudiannya menyandang jawatan Ketua Staf (merangkap KSK) di Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) mulai Jan 2015. Pada 16 Sep 2016 beliau telah dilantik ke jawatan AKS Materiel.

Senarai kelayakan akademik dan PME

BSc(Acc). Bachelor of Science (Accounting), Indiana State University USA (1985)
MAcc. Sarjana Perakaunan, UKM Bangi (1994).
Diploma of Air Command and Staff College, Alabama USA (2000).
MSc. Master Science in Military Operational Arts and Science, Air University, USA (2000)
PhD. Doktor Falsafah (Perakaunan), USM Pulau Pinang (2003).
Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) 2010).
MA. Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan), UKM Bangi (2010).






LAIN-LAIN JENERAL MATERIEL
DI LUAR ORGANISASI TUDM


 MEJ JEN DATO' HJ ALI NASIRUDIN BIN HJ IBRAHIM TUDM (BERSARA)

ASSISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
MARKAS ATM
(11 JUL 2003 - 10 NOV 2006)

ASSISTEN KETUA STAF PERKHIDMATAN ANGGOTA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA
MARKAS ATM
(11 NOV 2006 - 30 FEB 2007)


 MEJ JEN DATO' AMIR BIN HJ HASHIM TUDM (BERSARA)

KOMANDAN
AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
(JUL 2008 - 14 APR 2011)

ASSISTEN KETUA STAF J4
MARKAS ANGKATAN BERSAMA
(15 APR 2011 - 16 SEP 2016)

MEJ JEN  HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM

KETUA PENGARAH OPERASI LOGISTIK
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
MARKAS ATM
(9 APR 2018 - 17 DIS 2018)

ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
MARKAS ATM

(17 DIS 2018 - 21 MEI 2019)


 BRIG JEN DATO' HJ MIOR AZAM BIN MIOR SAFI (BERSARA)

ASSISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
MARKAS ATM
(6 APR 1999 - 3 JAN 2000)


BRIG JEN DATO' HJ RODZUAN BIN ABDUL GHANI (BERSARA)

KETUA PENGARAH OPERASI LOGISTIK
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
MARKAS ATM
(17 SEP 2106 - 8 APR 2018)


BRIG JEN DATO' HJ OTHMAN BIN AHMAD DIMP AMP TUDM

PEGAWAI  KHAS TUDM
BAHAGIAN PEROLEHAN KERAJAAN
KEMENTERIAN KEWANGAN
(2016 -KINI)



BRIG JEN  MOHAMAD SHUAIRI BIN ABDULLAH TUDM

KETUA PENGARAH OPERASI LOGISTIK
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
MARKAS ATM
(9 APR 2018 - KINI)

1 comment:

  1. I don't know if you'll ever see this. Thank you for creating and keeping this blog alive. My grandfather was Ahmad Shah bin Hashim and I have very little memory of him as he passed away when I was a little. Thanks to this blog I have more information on who he was.

    ReplyDelete