Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, March 3, 2019

AF 139 ADMIRALS OF THE ROYAL MALAYSIAN NAVY

.


LAKSAMANA
  ANGKATAN SAMUDERA MALAYSIA  
.


 RMN ANTHEM 

SEMBOYAN ANGKATAN LAUT KITA
DI SAMUDERA RAYA 
MENJAGA PANTAI IBU PERTIWI
DARI ANGKARA MURKA

DARI BARAT SAMPAI KE TIMUR
ITULAH PANTAI MALAYSIA 
SETIAP SAAT BERJAGA 
DI TENGAH SAMUDERA RAYA

PERWIRA DAN SATRIA
ANGKATAN LAUT DIRAJA


Sewaktu aku memohon untuk mengikuti temuduga Pegawai Kadet dahulu, pilihan utama dalam borang permohonan ialah TUDM kerana cita-cita aku adalah menjadi Juruterbang. Biasanya, bagi pemohon calon TUDM, pilihan kedua (jika gagal dipilih masuk TUDM) ialah TLDM. Kenapa TLDM jadi pilihan kedua? Pertama kerana 'pre-requisite' akademiknya adalah sama dengan TUDM.  Kedua, pada masa itu, kita lihat TDM merupakan 'second class' berbanding dengan TLDM dan TUDM kerana kelayakan akademik yang diperlukan adalah lebih rendah. Pada masa itu, kita tak terfikir pun kalau masuk TDM khususnya masuk Askar Melayu boleh jadi PAT. Faktor ketiganya ialah TAKUT MASUK HUTAN- kerana pada masa itu peperangan insurgensi masih aktif - boleh katakan saban minggu terdengar berita tentang kematian warga TDM, khususnya infantri (RAMD dan Renjer) yang tewas dek peluru atau jerangkap samar pengganas komunis.

Persediaan aku mengenai maklumat TLDM untuk menghadiri temuduga juga agak sempurna. Aku boleh mengingati nama/jenis/kelas kapal-kapal TLDM malah nama-nama Panglima TLDM.

Ketika aku menyertai latihan Pegawai Kedet di SPK, Pegawai Kadet TLDM tidak mengikuti modula latihan yang sama dengan kadet TDM dan TUDM di SPK Sebatang Karah.  Mereka hanya datang untuk tempoh 3 bulan sahaja untuk mengikuti latihan asas ketenteraan sahaja. Mereka tinggal di blok yang berbeza dan kami tidak dibenarkan bercampur dengan mereka.

Setelah menamatkan latihan 3 bulan di SPK mereka dihantar ke Pusat Latihan Pegawai TLDM di KD PELANDOK- masa itu di Pangkalan TLDM Woodlands (sebelum berpindah ke TLDM LUMUT. Semasa PK TJP37 sedang menjalani latihan, intake TLDM yang masuk menjalani latihan ialah Intake ke 23. Hanya seorang sahaja yang aku kenal iaitu Zainudin Hasan. Sebabnya, Zainudin adalah sama batch dan sama Fakulti dengan aku di UTM Jalan Gurney (1977). Dia ambil kursus Ukur Bahan (aku Senibina). Maka tau lah aku bahawa dia senasib dengan aku dan terpaksa meninggalkan UTM. Zainudin menamatkan perkhidmatan dari TLDM dalam pangkat Kepten (tahun ??) semasa memerintah Kapal KD Inderapura.

Semasa Pegawai Kadet TJP 37 bersiap sedia menjalani raptai untuk perbarisan pentauliahan, maka tiba rombongan Pegawai kadet TLDM (Intake 22) yang telah menamatkan latihan di KD PELANDOK selama 2 tahun.  Mereka ditauliahkan bersama dengan TJP 37.  Hanya dua orang sahaja yang aku kenali, iaitu Burhanuddin Hayati bin Hashim- aku kenal semasa menghadiri temuduga di AFATS pada tahun 1975 - rupanya dia menerima tawaran AFATS walaupun pada malam terakhir di AFATS kami di'brainwashed' oleh senior kami supaya jangan masuk AFATS. Seorang lagi ialah Nordin bin Abu.  Nordin adalah bekas pelajar SDBL Batu Pahat dan aku kenal semasa mengikuti pengajian di UTM pada tahun 1977.  Maknanya dia pun 'kantoi' juga di UTM lebih dulu dari aku dan masuk kadet TLDM. Pada ketika ini (Sep 2013), Nordin masih berkhidmat dengan TLDM dalam pangkat Kdr.

Itu sahaja kaitan aku dengan TLDM.




Peranan utama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ialah untuk mempertahankan perairan negara daripada sebarang bentuk pencerobohan yang boleh mengancam keselamatan dan kepentingan negara.

Menguatkuasakan undang-undang negara di kawasan maritim, membangunkan negara dan menyokong dasar luarnya. Di antara kepentingan negara yang dimaksudkan meliputi pemeliharaan sumber ekonomi terutamanya perikanan dan perusahaan petroleum, laluan komunikasi laut, kabel komunikasi dan elektrik dasar laut.

Sejarah Ringkas Kelahiran TLDM

TLDM mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Penubuhan Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) di Singapura oleh Kerajaan British pada 27 April 1934, merupakan detik permulaan sejarah TLDM. Pasukan ini ditubuhkan bagi membantu pertahanan perairan Tanah Malayu ekoran dari pergolakan politik ketika itu. Apabila meletusnya Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1939, Kerajaan British mula mengambil anggota -anggota baru memperkukuhkan pertahanannya di rantau ini.

Pada masa yang sama anggota SSNVR telah dikerahkan sepenuh masa. Dianggotai oleh bekas SSNVR dan rekrut baru yang kesemuanya terdiri dari anak-anak muda Melayu, Pasukan Royal Navy Malay Section atau Royal Malay Navy, atau lebih singkat lagi dikenali sebagai Malay Navy ditubuhkan. Pasukan ini bermula dengan kekuatan 400 anggota yang dilatih di kem latihan HMMS PELANDOK, pangkalan Tentera Laut British.

Jumlah keanggotaan Malay Navy terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya sehingga 1450 orang dalam tahun 1941.

Sepanjang Perang Dunia Ke-2, anggota Malay Navy dikerahkan untuk berkhidmat di bawah panji-panji British di Lautan Hindi dan perairan Pasifik. Ramai yang terkorban dalam Peperangan tersebut. Setamatnya peperangan, seramai 650 anggota Malay Navy melapor semula untuk terus berkhidmat. Keadaan aman selepas peperangan dan kemelesetan ekonomi mendorong Kerajaan British untuk membubarkan Pasukan tersebut dalam tahun 1947.

Walaupun demikian, pihak British sedar akan kepentingan keselamatan perairan Tanah Melayu dan hakikat itu memperkukuhkan lagi dengan pengistiharan darurat akibat anasir subversif Parti Kominis Malaya pada tahun 1949. Pada tahun yang sama unit tentera laut ditubuhkan semula dan diberi nama Malayan Naval Forces. Pasukan ini seterusnya dianugerahkan status Royal oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1953 menjadikanya Royal Malayan Navy atau istilah Melayunya Tentera Laut Diraja Malaya.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kerajaan British menyerahkan Tentera Laut Diraja Malaya kepada kerajaan Malaya. Penyerahan rasmi telah diadakan pada 1 Julai 1958 dan mulai tarikh tersebut semua kapal Tentera Laut Diraja Malaya (nama singkatan TLDM) mengibarkan bendera sendiri (tidak lagi menggunakan panji-panji British). Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, Tentera Laut Diraja Malaya mengambil gelaran baru Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tentera Laut DiRaja Malaysia telah diambil alih oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia 12 tahun yang lalu, tetapi asal usulnya bermula sejak tahun 1939.

Semasa meletus peperangan dunia yang kedua pihak Kerajaan British telah mengambil keputusan bagi memperkukuhkan pasukan tentera lautnya untuk menjaga keselamatan Singapura dan Malaya dengan anggota-anggota terdiri dari anak-anak watan negeri ini. Berikutan dari itu, pejabat Tentera Laut British (TLDB) telah memperbesarkan bahagian Melayu dalam TLDB. Pegawai-pegawai telah dipinjamkan dari TLDB dan rekrut-rekrut semuanya diambil dari anak-anak Melayu, dilatih sebagai kelasi-kelasi dan juru-juru perhubungan untuk berkhidmat dalam kapal-kapal penyapu periuk api dan lain-lain kapal ronda. Pusat latihan mereka ketika itu adalah sebuah kem pondok dikenali sebagai HMS PELANDOK di Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Bahagian ini telah berkembang dengan pesat meningkat 400 anggota dalam tahun 1939, 800 anggota dalam tahun 1940 dan 1,470 anggota dalam tahun 1941. Beberapa anggota telah berjuang di Ceylon, Afrika Timur dan India dan telah pulang ke Malaya bersama-sama pasukan pembebasan dalam bulan September 1945. Pada tahun 1946, lebih kurang seramai 650 anggota telah melapor diri balik bertugas. Tetapi oleh kerana langkah berjimat Kerajaan Buruh British selepas perang, Bahagian Tentera Laut Malaya ini telah dibubarkan pada April 1947

Pada tahun 1947 hingga 1952 pasukan ini dikenali dengan nama ‘Malayan Navy Force’. Majlis-majlis Perundangan Persekutuan Tanah Malayu dan Singapura (tanah jajahan British) telah bergerak menuju ke arah kerajaan sendiri yang sepenuhnya menyedari kepentingan keperluan-keperluan bagi mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Akhirnya Majlis Perundangan Singapura telah bersetuju mewujudkan satu pasukan tentera laut tempatan sebagai sumbangan terhadap pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam tahun 1948, semasa meletus keganasan penjahat-penjahat komunis dan perisytiharan darurat, pasukan ini mula diperbesarkan. Sebuah kapal pendarat dan lima buah bot motor pertahanan laut telah dipindah  milik kepada Tentera Laut secara pinjaman percuma dari Tentera Laut British.

Pada 23hb Mei 1952, taraf  Diraja telah dianugerahkan oleh Raja British kepada pasukan tersebut dan kemudian dikenali sebagai ‘Royal Malayan Navy’. Pada 1hb Julai 1958, satu persetujuan telah dicapai bagi memindahkan pentadbiran Tentera Laut ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dan pada 13hb Julai 1958 ia telah dipindahkan secara rasminya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali dengan nama ‘Tentera Laut Diraja Malaya’.

Apabila tertubuhnya Malaysia pada 16hb September 1963, Tentera Laut Diraja Malaya telah mengambil nama yang ada sekarang iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ancaman-ancaman dari pengganasan komunis dan konfrontasi telah mempercepatkan usaha-usaha pembesaran TLDM.

Berasal dari sebuah kapal penyapu periuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM sekarang ini telah dilengkapkan dengan kapal selam, kapal peronda generasi baru, kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh  dan unit udara (helikopter).  Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM di mana telah memang menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sains dan teknologi.








 THE ADMIRALS 

Image result for sultan ismail johor mangkat
Almarhum Sultan Ismail 
(DYMM Sultan Johor)
Kepten Yang DiPertua TLDM
(1963-1981)

HRH Sultan MAHMUD ISKANDAR ibni al-Marhum
                    Sultan Ismail
Almarhum Sultan Iskandar Alhaj
(DYMM Sultan Johor)
Kepten Yang DiPertua TLDM
(Mei 1981- 26 Apr 1984)


Sultan Selangor - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan  Sir Hishamuddin Alam Shah
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 
(DYMM Sultan Selangor)
Kepten Yang DiPertua TLDM
(26 Apr 1984 - 21 Nov 2001)

Sultan Sharafuddin Idris Shah 
(DYMM Sultan Selangor)
Kepten Yang DiPertua TLDM
(22 Nov 2001- kini)



SENARAI NAMA
PANGLIMA TENTERA LAUT (PTL) 
(CHIEF OF NAVY)
formerly known as
KETUA TURUS TENTERA LAUT (KTTL)


Commodore E D Norman RN
(15 Mei 1957 – 7 Feb 1960)

Captain W J Dovers RAN
(8 Feb 1960 – 13 Jul 1962)

Captain A M Synnot RN
(14 Jul 1962 –  30 Mac 1965)

Commodore A N Dollard
(1 Apr 1965 – 31 Okt 1967)

Image result for Commodore E D Norman Panglima TLDM
Laksamana Muda Dato K Thanabalasingam
(kemudian dikunia gelaran Tan Sri (2008)
(1 Nov 1967 – 31 Dis 1976)

Laksamana Madya Dato Mohd Zain bin Mohd Salleh PGAT SPMS SPMJ DPTS DPMJ DPMP DSAP DIMP DSSA JMN CVO PPM PPA
(1 Jan 77 – 31 Jan 86)
Setelah bersara, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi ke New Zealand.

Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Nawi
(1 Feb 86 – 31 Okt 90)

Laksamana Madya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak
(1 Nov 90 – 12 Okt 95)

Laksamana Madya Dato Seri Ahmad Ramli bin Mohd Noor
kemudian dikurniakan gelaran Tan Sri (2009)
(13 Okt 95 – 14 Okt 98)

Laksamana Tan Sri Abu Bakar bin Abdul Jamal
(15 Okt 98 – 12 Ogos 02)

Laksamana Dato Seri Mohd Ramly bin Abu BakarMPGAT PSM PJN DSNS PAT JMN DNS KMN PPM PJM PPA psc
kemudian dikurniakan gelaran Tan Sri (2012)
(13 Ogos 02 – 13 Okt 03)

Related image
Laksamana Tan Sri Dato Seri Anwar bin Mohammad Noor PGAT PMN PSAT PSD SJMK SSAP SSIS SPTS DHMS DCSM DPMS DPTS PAT JSM JSD PMP KAT KMN PKT PJM PPS PPA DPKT(Brunei) OLH(France) OMR(Italy) YDU(Indonesia) WE-FCKGC (Thai) PLH(Filipina) NI(M)(Pakistan) LOM(USA) MSc EBM(Warwick) jssc psc 
(13 Okt 2003 – 28 Apr 05)

Laksamana Tan Sri Ilyas bin Din
(29 Apr 05- 13 Nov 2006)

Laksamana Tan Sri Ramlan bin Mohammad Ali
(13 Nov 2006 – 31 Mac 2008)

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar
(1 Apr 2008 – 18 Nov 2015)

Laksamana Tan Sri Dato Seri Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Badaruddin
PGAT PSM SPMS PJN SPTS DGPN DGSM PSAT  DPMS PGDK
(18 Nov 2015 – 29 Nov 2018)

Laksamana Tan Sri Muhammad Redza bin Mohd Sany 
PGAT PSM PSD DPPN DPMS DPTS DSDK PMW PAT KAT KMN PJM PPS PPA MSc DSS ndu(Islamabad) ncc psc
(30 November 2018 - 26 Januari 2023)

Laksamana Tan Sri Datuk Abd Rahman bin Ayob 
PGAT PSM PSAT DPMS PGDK DPSM PAT JSM KAT KMN PJM PPS PPA 
(27 Januari 2023 hingga 22 September 2024) 





Laksamana Datuk Zulhemy bin Ithnain 
PGAT PJN PSAT  DPMS DSPN PAT JMN SIS KAT PJM PPS PPA Order of Legion d'Honneur (France) rcds (UK) MNSA ndc psc
(27 Januari 2023 hingga 22 September 2024) 




MEREKA YANG MENGUKIR SEJARAH

Laksamana Muda Tan Sri Thanabalasingam (B)- anak Malaysia pertama
menjadi Ketua Turus Tentera Laut.

Laksamana Madya Tan Sri Datuk Mohd Zain bin Mohd Salleh (B) - anak Melayu pertama
menjadi Ketua Turus Tentera Laut.

Laksamana Tan Sri Abu Bakar bin Abdul Jamal (B) - PTL pertama
yang secara rasmi berpangkat Laksamana (4 bintang)

Laksamana Tan Sri Anwar bin Mohammad Noor (B) - PTL pertama 
dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera (2005-2009), bekas PTL pertama dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) - 2015


STRUKTUR PANGKAT  PEGAWAI




 STRUKTUR PANGKAT LLP






Laksamana (Admiral)

1.    Laksamana Tan Sri Abu Bakar bin Abdul Jamal (Bersara) - jawatan terakhir PTL.
2.    Laksamana Tan Sri Ramly bin Abu Bakar (Bersara) - jawatan terakhir PTL.
3.    Laksamana Tan Sri Mohammad Anuar bin Mohd Noor (Bersara) -  merupakan PTL pertama dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera setelah bersara dari ATM dilantik menjadi Senator - jawatan terakhir adalah PAT.
4.    Laksamana Tan Sri Ilyas bin Din (Bersara) - jawatan terakhir PTL.. Meninggal dunia pada 6 Julai 2018.
5.    Laksamana Tan Sri Ramlan bin Mohammad Ali (Bersara) - jawatan terakhir PTL.
6.    Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaffar (Bersara) - jawatan terakhir PTL.
7.    Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Badaruddin - LPK - jawatan terakhir ialah PTL sehingga Nov 2019.
8.    Laksamana Tan Sri Datuk Muhammad Redza bin Mohd Sany PSM PSD DSDK DPTS -  PTL. Mengenali beliau semasa berpangkat Laksma (ADC Agong) kerana beliau kerap bersolat jemaah  di Surau Luqman Hakim, KPTOJ.
9.     Laksmana Datuk Abd Rahman bin Ayob 


Laksamana Madya (Vice Admiral)

  1. 1.    Laksdya Dato' Mohd Zain bin Mohd Salleh (Bersara) - Jawatan terakhir ialah PTL.  Setelah bersara sebagai PTL dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand dan pernah menjadi Senator. Meninggal dunia pada 25 November 2000.
  2. 2.    Laksdya Tan Sri Abdul Wahab bin Nawi (Bersara) - jawatan terakhir PTL.
  3. 3.    Laksdya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak (Bersara) - Jawatan terakhir ialah PTL dan meninggal dunia pada 14 April 2000. Jawatan terakhir ialah PTL.
  4. 4.    Laksdya Dato' Seri Ahmad Ramli bin Mohd Noor (Bersara) - jawatan terakhir ialah PTL-  dikurnia gelaran Tan Sri pada tahun 2009.
  5. 5.    Laksdya Dato Harun bin Dato Dr Mohammad Salleh (Bersara) - jawatan terakhir adalah Ketua Staf Markas ATM.
  6. 6.    Laksdya Dato Mohd Rabi bin Abu Samah (Bersara) -  jawatan terakhir adalah Ketua Staf Markas ATM.
  7. 7.    Laksdya Dato' Mohamed bin Nik (Bersara) - jawatan terakhir dalam TLDM ialah Panglima Armada TLDM, kemudian bertukar ke APMM dan bersara sebagai Laksamana (Maritim).
  8. 8.    Laksdya Dato Mohd Amdan bin Kurish (Bersara)-  jawatan terakhir dalam TLDM ialah Panglima Armada TLDM - kemudian menyertai APMM dan bersara dalam pangkat Laksamana (Maritim) dan menjawat Ketua Pengarah APMM.
  9. 9.    Laksdya Dato' Seri Haji Mohammed Noordin bin Ali (Bersara) PJN SPTS PSAT DPTS DIMP - jawatan terakhir ialah TPTL - aku dapat mengenali beliau secara rapat kerana beliau aktif bersolat jemaah  di Surau Luqman Hakim, KPTOJ.  Beliau berperawakan serius dan praktikal.
  10. 10.  Laksdya Dato Jamil bin Osman (Bersara) DPTS  - aku mengenali beliau semasa beliau berpangkat Kept TLDM.  Aku bertugas di Perbendaharaan (2000-2004) dan terlibat langsung dengan projek perolehan  Sea Skua Missiles dan menyelia kontrak pesawat Superlynx.  Beliau (yang juga seorang pilot TLDM) adalah Ketua Delegasi TLDM yang aktif melaksanakan rundingan kontrak dan penyediaan dokumen kontrak. Beliau mempunyai gaya dan karisma tersendiri.  Walaupun ditunjuk dan di'groom' untuk mewarisi kepimpinan TLDM beliau telah bersara awal pada Mac 2012 untuk menyertai sektor swasta.
  11. 11.  Laksdya Dato Abd Hadi bin Abd Rashid (Bersara)-  jawatan terakhir ialah Panglima Pemerintahan Armada
  12. 12.  Laksdya Dato' Hj Nasarudin bin Othman DPTS (Bersara)- jawatan terakhir Ketua Staf Markas ATM. Mengenali beliau secara rapat semasa berpangkat Laksma kerana beliau aktif bersolat jemaah  di Surau Luqman Hakim, KPTOJ.
  13. 13.  Laksdya Dato Seri Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli PJN SPTS PSAT DSAP DPTS DPMS (Bersara)- jawatan terakhir ialah Panglima Armada Barat TLDM.
  14. 14.  Laksdya Dato' Abd Ghani bin Othman PSAT DPTS DSDK DIMP (Bersara) - jawatan terakhir sebagai Panglima Bantuan TLDM.
  15. 15.  Laksdya Dato' Anuwi bin Hassan PJN PSAT DPMS DIMP - meninggal dunia pada 14 Jul 2018 semasa masih dalam perkhidmatan. Jawatan terakhir ialah Timbalan PTL. Aku mula mengenali allahyarham semasa allahyarham berpangkat Kepten dan memegang jawatan Pengarah RISLA, dan mula mengenali lebih rapat semasa allahyarham menjadi AKS BOLP di MK ATM tahun 2015 dan selalu bertemu dan berjemaah di surau Luqman Hakim. Kebetulan OMQ beliau terletak lebih kurang 100 meter sahaja dari surau.
  16. 16.  Laksdya Dato Syed Zahirudin Putra bin Syed Osman PSAT DPMS DPTS PGDK (Bersara) - jawatan terakhir ialah Panglima Angkatan Bersama (sehingga 11 Jan 2019).  Aku mengenali beliau semasa berpangkat Laksma (Komandan MPAT) sebagai jemaah tetap Surau Luqman Hakim KPTOJ dan kemudiannya menjadi Pengerusi Surau 2013-2016 dan saya menjadi salah seorang AJKnya.
  17. Laksdya Dato' Haji Mohd Adib bin Abdul Samad DPTS - (Bersara) - jawatan terakhir ialah Panglima Armada Barat TLDM  - mula mengenali beliau di Yeovil, UK semasa berpangkat Kdr sebagai Pegawai Operasi Tim Projek Helikopter TUDM di Yeovil  dan masa itu aku bertugas di Perbendaharaan menghadiri PRKM Superlynx. Seterusnya semasa beliau menjadi Pengerusi Surau Luqman Hakim (KPTOJ) pada tahun 2016/2017, saya adalah Timbalan Pengerusi II.
  18. Laksdya Datuk Abdul Rahman bin Ayob PJN PSAT PGDK DPSM - Timbalan PTL.
  19. Laksdya Dato' Mohd Rusli bin Ramli (Bersara) - jawatan terakhir ialah Panglima Armada Barat TLDM
  20. Laksdya Datuk Khairul Anuar bin Yahya PJN PSD PSAT - LPK(P) - jawatan terakhir ialah Timbalan Panglima Tentera Laut sehingga 2 Nov 2019. Ditauliahkan di SPK bersama TJP37 pada 24 Jan 1981.
  21. Laksdya Dato' Ganesh a/l Navaratnam PJN PSAT DSIS - jawatan terakhir Presiden PUSPAHANAS (Ketua Eksekutif MIDAS) - sama-sama mengikuti kursus MTAT Siri 28/1999.
  22. Laksdya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah PJN PSAT DSDK - jawatan terakhir ialah Komander National Task Force (NTF) TLDM - my boss in KOMLEK from Mac 2015 till Mei 2018.
  23. Laksdya Dato' Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah PSAT DPTS PGDK DSDK- jawatan terakhir Presiden PUSPAHANAS.
  24. Laksdya Dato' Muhammad Ridzwan bin Abd Rahman PSAT DSDK- jawatan terakhir Panglima Armada Barat.
  25. Laksdya Dato' Sabri bin Zali PSAT DSIS - Timbalan PTL.
  26. Laksdya Dato' Roslan bin Mohd Yunus  DIMP - jawatan terakhir Komander NTF sehingga NTF dimansuhkan pada Jan 2023)
  27. Laksdya Datuk Zulhelmi bin Ithnain PSAT DSPN- Presiden PUSPAHANAS. Mengenali beliau semasa berpangkat Laksma kerana sama-sama mengikuti beliau mewakili ATM sebagai kumpulan pengirig semasa pertukaran MALBAT 850-3 kepada 850-4 pada Sep 2016.
  28. Laksdya Abu Bakar bin Mohd Ajis - Panglima Armada Barat.
  29. Laksdya Dato' Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimey - Panglima Armada Timur
  30. Laksdya Datuk Ts Shamsudin bin Hj Ludin - TPTL
  31. Laksdya Mohd Azwan bin Harun - Panglima Armada Barat
  32. Laksdya Dato' Khir Junaidi bin Hj Idris - Panglima Armada Timur

Laksamana Muda (Rear Admiral)

  1. Laksda Datuk K. Thanabalasingam (Bersara)* - jawatan terakhir ialah Ketua Turus tentera Laut atau Panglima Tentera Laut - menerima gelaran Tan Sri pada tahun 2008.
  2. Laksda Dato Tuan Hashim bin Tuan Mohamed (Bersara) - (allahyarham - meninggal dunia pada 15 Mei 2021). jawatan terakhir ialah Panglima Armada TLDM.  Pada bulan Jun 2011 seorang Korean (Adm An) yang mencari sahabat lama  telah membaca blog ini dan menemui nama Adm Tuan Hashim.  Dia meminta bantuan aku mendapatkan maklumat untuk menghubungi beliau.  Aku usahakan dan berjaya mengesan- beliau mengusahakan sebuah resort (Sailors Rest) di Janda Baik. Aku hubungi Datuk T. Hashim melalui emel mengenai perkara ini dan memaklumkan beliau mengenai hal ini.  Beliau  memberi maklum balas dan menyatakan bahawa Adm An adalah coursemate beliau semasa berkursus di USA pada tahun 1980. Alhamdulillah blog aku dapat membantu menjalin semula hubungan sahabat yang terputus lebih 30 tahun yang lalu. 
  3. Laksda Dato Yaacob bin Daud (Bersara).
  4. Laksda Dato' Abdul Khalid bin Mohd Said (Bersara)- (allahyarham- meninggal dunia pada 27 Mei 2002) - jawatan terakhir allahyarham ialah Timbalan PTL (18 Mac 1994 - 19 Sep 1995).  Allahyarham merupakan pegawai TLDM yang mengetuai pelayaran membawa pulang kapal KD Indera Sakti dari Bremen, Germany pada tahun 1981 ketika berpangkat Kepten. (maklumat diterima dari anak. allahyarham, Elaini melalui emel.
  5. Laksda Dato Mohd Resip bin Hassan (Bersara) - jawatan terakhir ialah Panglima Latihan. Pakar dalam bidang Hiderografi dan Oseanografi.
  6. Laksda Dato Engku Zainal Abidin bin Engku Ngah (Bersara) - jawatan terakhir ialah AKSPA- mula mengenali beliau (kami panggil Pak Engku) semasa beliau berpangkat Laksma dan menjadi TAKSPA.  Ketika itu aku menjadi Pengerusi PIBG SKDTHO, dan anak beliau bersekolah di situ dan menjadi tokoh pelajar.  Beliau kerap datang dalam majlis-majlis di sekolah.
  7. Laksda Dato Mohd Hussin bin Thamby (Bersara) - jawatan terakhir ialah PTL.
  8. Laksda Dato Kamal bin Darus (Bersara)- jawatan terakhir ialah Komandan MPAT.
  9. Laksda Datuk Adinan bin Rasul (Bersara) - jawatan terakhir ialah AKS Logistik, MTL.
  10. 10.  Laksda Dato Ir Hj Jasan Apandi bin Hj Sulaiman (Bersara) - jawatan terakhir ialah AKS Logistik. Tokoh Wira Maal Hijrah KEMENTAH tahun 2007.
  11. 11.  Laksda Dato' Mohd Som bin Ibrahim (Bersara) - jawatan terakhir ialah Pangwila 1.
  12. 12.  Laksda Dato Musa bin Omar (Bersara) - jawatan terakhir - AKS Rancang dan Operasi,MTL. Mula mengenali beliau semasa berpangkat Kdr, ketika beliau menyandang Pegawai Memerintah Kem KEMENTAH pada pertengahan tahun 90an, masa itu aku menjawat YDP PIBG SKDTHO. 
  13. 13.  Laksda Dato Dr Zainal Abidin bin Hamdan (meninggal dunia pada 30 Nov 2014 semasa dalam perkhidmatan) - jawatan terakhir ialah AKS Logistik, MTL.
  14. 14.  Laksda Dato' Gunaselan a/l Salamuthu (Bersara) - jawatan terakhir ialah AKS J3,MAB - semasa berpangkat Kdr, beliau adalah salah seorang DS (Laut) semasa aku mengikuti kursus di MTAT Siri 28/1999.
  15. 15.  Laksda Dato' Tan Eng Seng (Bersara) - jawatan terakhir ialah Panglima Pendidikan dan Latihan.
  16. 16.  Laksda Dato' Khairuddin bin Khalid DPTS  - LPK (P) jawatan terakhir ialah AKS Kejuruteraan - mengenali beliau dalam tahun 2000 semasa beliau berpangkat Kdr, beliau menjadi Ketua Tim Projek Helikopter TLDM (Superlynx) di Yeovil, Sommerset, UK- aku bertugas di Perbendaharaan menguruskan kontrak Superlynx dan misil Sea Skua.   Pertama kali berjumpa di premis TPHTLDM di Yeovil, UK semasa aku mengikuti mesyuarat PRM pada tahun 2000.
  17. 17.  Laksda Dato Mohd Noh bin Lebai Mahat DPTS (Bersara)- jawatan terakhir  AKS Materiel (2015).
  18. 18.  Laksda Dato' Mohammad Rosland bin Omar DPTS (Bersara) -  mengenali beliau semasa berpangkat Kdr/Kept sebagai PS1 dan seterusnya Pengarah Pembangunan Projek (MTL) dan aku bertugas di Perbendaharaan menguruskan pembelian pesawat Superlynx dan Fennec.
  19. 19.  Laksda Dato Abd Rahman bin Abd Karim (Bersara)  -  jawatan terakhir AKS SM. Mengenali beliau semasa berpangkat Laksma kerana beliau kerap bersolat jemaah  di Surau Luqman Hakim, KPTOJ.
  20. 20.  Laksda Dato' Mior Rosli bin Mior Jaafar DPTS (Bersara) - jawatan terakhir Panglima Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM
  21. 21.  Laksda Dato' Mohd Zaim bin Hassan DPTS (Bersara)- Ketua Pengarah Hidrografi dan; Oseanografi.
  22. 22.  Laksda Dato Hj Mohd Rusli bin Hj Idrus (Bersara) - jawatan terakhir AKS KOMLEK, Markas ATM
  23. 23.  Laksda Dato' Azahari bin Abd Rashid DSIS - (LPK-P) - jawatan terakhir ialah AKS Sumber Manusia
  24. 24.  Laksda Dato Anuwar bin Mohd Said DIMP DSIS DMSM (Bersara) - jawatan terakhir AKS Materiel.
  25. 25.  Laksda Dato' Fadzillah bin Mohd Saleh DSDK - LPK(P)- jawatan terakhir ialah Ketua Pengarah Hidrografi. Beliau juga adalah seorang pakar Undang-undang Laut dan Oceaniografi.
  26. 26.  Laksda Dato' Ahmad bin Abdullah PSAT DIMP (Bersara) - jawatan terakhir AKS OPEK
  27. 27.  Laksda Fadzilah bin Hassan (Bersara) - jawatan terakhir AKS Materiel. Mengenali beliau semasa berpangkat Kdr, kemudian semasa berpangkat Kept sama-sama menjadi Pengadil Anugerah Qualiti MINDEF 2012 dan kerana beliau kerap bersolat jemaah  di Surau Luqman Hakim, KPTOJ.
  28. 28.  Laksda Dato' Khairudin bin Mohd Ariff DSDK (Bersara) - jawatan terakhir Timbalan IJ MK ATM.
  29. Laksda Dato' Mohammad Ariff bin Mahru DPTS (LPK-P) - jawatan terakhir AKS Materiel. Mengenali beliau semasa berpangkat Kept kerana sama-sama menjadi Pengadil Anugerah Qualiti 2011.
  30. Laksda Dato' Alias bin Baharudin DPTS (Bersara) - Komander Pangkalan TLDM LUMUT.
  31. Laksda Mohd Hatim bin Saad PSAT - PANGWILA 1. Mengenali beliau semasa berpangkat Lt Kdr kerana sama-sama mengikuti kursus MTAT Siri 28/1999 dan sama-sama sebagai AKS di MK ATM pada tahun 2019. 
  32. Laksda Dato' Hanafiah bin Hassan DSIS  - Ketua Pengarah Hidrografi
  33. Laksda Ir Muhammad Shaiful Adli Chung bin Abdullah PSAT - AKS Kejuruteraan.
  34. Laksda Datuk Mohd Ridzuan bin Hamzah PSAT DPSM - jawatan etrakhir ialah AKS Materiel.
  35. Laksda Dato' Khalid bin Jaafar PSAT DSIS- jawatan terakhir Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM
  36. Laksda Annuar bin Mohamed - Panglima latihan dan Pendidikan
  37. Laksda Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah - jawatan terakhir Timbalan Panglima Pendidikan.
  38. Laksda Dato' Affendy bin Suhaimi DPTS - AKS Materiel
  39. Laksda Rusli bin Ahmad - 
  40. Laksda Chan Peng Chong - jawatan terakhir Inspektor Jeneral
  41. Laksda Dato' Anuar bin Hj Alias DSIS PGB - jawatan terakhir Komander Pangkalan LUMUT 
  42. Laksda Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin - 
  43. Laksda Hjh Rohana binti Jupri - AKS Materiel.  (Rohana merupakan pegawai wanita TLDM pertama dinaikkan ke pangkat Laksda ( 2022), Laksma (18 Dis 2020) dan juga Kepten TLDM pada 20 Okt 2017).
  44. Laksda Sazalee bin Soib TLDM - Panglima MAWILLA II.
  45. Laksda Dato' Abd Halim bin Hj Shaari TLDM - 
  46. Laksda Wan Baharudin bin Wan Mohd Nor - 
  47. Laksda Faryzal bin Myeor - PANGWILLA 1
  48. Laksda Hj Satria Sarawak bin Hj Jais - AKS Materiel. Beliau adalah Pengarah Penyelarasan Bantuan Logistik semasa aku menyandang jawatan SKS Logistik Pertahanan.


Allahyarham Laksda Datuk Tuan Hashim bin Tuan Mohamed (B) dan isteri

Allahyarham Laksda Abdul Khalid bin Mohd Said 

Laksamana Pertama (First Admiral)
- dulu Komodor

  1. 1.    Komodor Arith Fadzillah bin Alang Ahmad (Bersara).
  2. 2.    Komodor Sidek Shahabudin  -(allahyarham). Meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
  3. 3.    Komodor Dato' Malcolm William Alvisse (Bersara)*
  4. 4.    Komodor Dato' Pavinthran Krishnan Nettur (Bersara)* - P.K. Nettur ketika menjawat Panglima Wilayah Laut II (Labuan) pada tahun 1976 merupakan orang yang bertanggungjawab menemui timbulan karang yang dipanggil Swallaows Reef. Penemuan inilah yang merintis kepada pembinaan Terumbu layang-layang menjadi Pulau Layang-layang.
  5. 5.    Laksma Albert Thong Hon Sin (Bersara).
  6. 6.    Laksma Arasaratnam a/l Kasinater (Bersara).
  7. 7.    Laksma Dato Abd Aziz bin Abd Wahab (Bersara)* meninggal dunia pada 30 Apr 2014.
  8. 8.    Laksma Lim Say Kiang (Bersara).
  9. 9.    Laksma Datuk Thiruchandran a/l Thambipillai (Bersara) - meninggal dunia pada 17 Sep 2016.
  10. 10.  Laksma Datuk Muhamad Yassin bin Saleh (Bersara) - meninggal dunia pada 30 Ogos 2012.
  11. 11.  Laksma Dato Ir Fong Soo Hoi (Bersara).
  12. 12.  Laksma Dato Mohd Ramli bin Samjis (Bersara)
  13. 13.  Laksma Dato Hj Ibrahim bin Hj Jawi (Bersara)
  14. 14.  Laksma Dato Khairudin bin Abd Rahman (Bersara) (allahyarham)- meninggal dunia pada 5 Julai 2021.
  15. 15.  Laksma Dato Yaacob bin Ismail (Bersara)
  16. 16.  Laksma Dato Zainal bin Dali (Bersara)
  17. 17.  Laksma Dato Zakaria bin Md Saman (Bersara)
  18. 18.  Laksma Dato Abd Rahman bin Salleh (Bersara)
  19. 19.  Laksma Ir Abd Rahim bin Jaafar (Bersara)
  20. 20.  Laksma Dato Tan See Ming (Bersara)
  21. 21.  Laksma Dato' Ahmad Kamal bin Yahya (Bersara) (allahyarham) meninggal dunia pada 9 Nov 2015.
  22. 22.  Laksma Dato Abd Aziz bin Mohd Dom (Bersara)
  23. 23.  Laksma Dato Ir Musa bin Hj Mustakim (Bersara)
  24. 24.  Laksma Dato Nicholas Eugene Peterson (Bersara)
  25. 25.  Laksma Dato Ramachandran a/l Wisvanathan (Bersara)
  26. 26.  Laksma Dato Jaafar bin Mohd Yassin (Bersara)
  27. 27.  Laksma Dato Remli bin Shamsudin (Bersara)
  28. 28.  Laksma Dato Ir Hj Ahmad Murad bin Hj Omar (Bersara)
  29. 29.  Laksma Dato Ir Ahmad Radzi bin Omar (Bersara) - aku pernah bersama beliau menyertai mesyuarat 'Project Review Meeting untuk helikopter Superlynx di Yeovil, UK pada tahun 2000.(allahyarham)  meninggal dunia pada 5 Julai 2021.
  30. 30.  Laksma Dato Dr Hj Sutarji bin Kasmin PhD (Bersara)
  31. 31.  Laksma Dato Mokhtar bin Mohd Yusof (Bersara)
  32. 32.  Laksma Dato Marzuki bin Andong (Bersara)
  33. 33.  Laksma Dato' Danyal Balagopal bin Abdullah (Bersara) - pernah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson dari 9 Mei 2018 hingga 14 Sep 2018. Meletak jawatan kerana memberi laluan kepada Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
  34. 34.  Laksma Mohd Sahari bin Sapari (Bersara)
  35. 35.  Laksma Khalied bin Lenggang (Bersara) menyertai APMM - bersara Laksda.
  36. 36.  Laksma Dato Noor Aziz bin Yunan (Bersara) - menyertai APMM, meninggal dunia pada 10 Ogos 2013 - jawatan terakhir dan bersara sebagai Timbalan KP Operasi APMM dalam pangkat Laksda APMM.
  37. 37.  Laksma Mohd Noor Abdul Hamid (Bersara)
  38. 38.  Laksma Dato' Yaacob bin Ismail (Bersara) -meninggal dunia pada 6 Feb 2023.
  39. 39.  Laksma Dato' Noor Azman bin Othman (Bersara)
  40. 40.  Laksma Mohd Yusof bin Sabudin (Bersara)- jawatan terakhir AKS KOMLEK, MK ATM
  41. 41.  Laksma Dato Mohd Rashid bin Harun (Bersara) - Laksma APMM
  42. 42.  Laksma Dato Amzah bin Sulaiman (Bersara)- jawatan terakhir AKS KOMLEK, MK ATM
  43. 43.  Laksma Dato Yahya bin Hashim (Bersara)- jawatan terakhir Panglima Sistem Armada
  44. 44.  Laksma Ir Hj Imran bin Abd Hamid (Bersara) - menyertai politik (PKR) dan memenangi kerusi Parlimen Lumut dalam PRU 2013 untuk penggal 2013-2018. Tewas dalam PRU 14 dn dilantik menjadi Senator pada bulan Julai 2018 untuk tempoh 3 tahun.
  45. 45.  Laksma Dato' Sulaiman bin Mohamad DPTS (Bersara)- jawatan terakhir Panglima Selam dan Periok Api
  46. 46.  Laksma Dato' Wan Othman bin Wan Rahman DPKK DSIS (Bersara) - jawatan terakhir ialah Pengarah Kanan Kejuruteraan
  47. 47.  Laksma Yaakub bin Hussein (Bersara)- jawatan terakhir AKS Sumber Manusia
  48. 48.  Laksma Dato' Wah Yuen Mei (Bersara) jawatan terakhir AKS Tadbir.
  49. 49.  Laksma Dato' Mohd Maidin bin Shahdan (Bersara) - jawatan terakhir KP Cwg Peperangan Siber Strategik, BSPP
  50. 50.  Laksma Dato' Subramanian a/l Raman (Bersara)
  51. 51.  Laksma Soundarajan a/l Kaliappan (Bersara)
  52. 52.  Laksma Dato' Abdul Aziz bin Mohd Sani DPMS (Bersara) - jawatan terakhir Panglima Bantuan
  53. 53.  Laksma Dato' Chin Yoon Chin DSDK (Bersara) 
  54. 54.  Laksma Dato' Mohd Shakaff bin Abdul Manaf DSDK (Bersara) jawatan terakhir ialah Panglima Markas Materiel.
  55. 55. Laksma Ir Hairutdin bin Ayob (Bersara) - jawatan terakhir KP Kejuruteraan
  56. 57.  Laksma Dato' Kay Hai Thuan  DPSM (Bersara) - jawatan terakhir Timbalan IJ MK ATM
  57. 58.  Laksma Azahari bin Abd Aziz (Bersara) - jawatan terakhir AKS Tadbir
  58. 59.  Laksma Dato' Ong Thiam Hock DSIS (Bersara)  - jawatan terakhir Timbalan IJ ATM
  59. 60.  Laksma Dato' Ismail bin Abdullah DBNS (Bersara)- jawatan terakhir Panglima Bantuan (Komander Pangkalan TLDM LUMUT) 
  60. 61.  Laksma Dato' Bahtiar bin Hj Idris  (Bersara) - jawatan terakhir KP Materiel.
  61. 62.  Laksma Mohd Nadzri bin Mansor - Ketua Pengarah Kejuruteraan, MK TL.
  62. 63.  Laksma Dato' Rosli bin Hj Yoob DPMP (Bersara) - jawatan terakhir ialah PANGWILA 3 Langkawi.
  63. 64.  Laksma Dato' Jamaluddin bin Mohd Saman (Bersara) jawatan terakhir Panglima PASKAL.
  64. 65.  Laksma Zualkafly bin Hj Ahmad (Bersara) - jawatan terakhir Timbalan Pengarah Hidrografi.
  65. 66.  Laksma Dato' Haji Shahrom bin Shaim DPKK - Juruiring SPB Yang DiPertuan Agong
  66. 67.  Laksma Dato' Kamaruzzaman bin Jusoh DPKK (Bersara) - jawatan terakhir AKS Sumber Manusia
  67. 68.  
  68. 69.  Laksma Datuk Yeow Hio Siong DPSM (Bersara).
  69. 71.  Laksma Ir Ow Kiat Bin (Bersara) - jawatan terakhir ialah Panglima Logistik Timur
  70.   Laksma Mohd Yusre bin Mohd Yunus (Bersara) - jawatan terakhir ialah AKS Tadbir.
  71. Laksma Ahmad Shafiruddin bin Abu Bakar - -
  72. Laksma Franklin Jeyasekhar Joseph - 
  73. Laksma Rozaide bin Megat Othman -
  74. Laksma Shaiful Bahri bin Baharuddin TLDM - Panglima Logistik Barat
  75. Laksma Dr Najhan bin Md Said - Pengarah Kanan Hidrografi.
  76. Laksma Abd Rashid bin Hussein TLDM - Pengarah Risik Analisis, BSPP
  77. Laksma Haji Jailani bin Adnan TLDM (LPK-P)
  78. Laksma Haji Sahak bin Omar TLDM (LPK-P) 
  79. Laksma Yusne bin Mokhtar TLDM - MPAT
  80. Laksma Yee (Ee) Tai Peng TLDM- Panglima MAWILLA III
  81. Laksma Kept Shaiful Nizam bin Abdul Manan TLDM
  82. Laksma Hj Mohd Redzwan bin Hj Talib TLDM - Panglima PASKAL
  83. Laksma Abdullah Sani bin Ismail TLDM - Panglima Selam dan Peperangan Periok Api
  84. Laksma Abd Hamid bin Ali TLDM (Bersara) - PANGWILA 3
  85. LaksmaYusman bin Ostadi TLDM - 
  86. Laksma Hj Badaruddin bin Taha TLDM - Koamandan MPAT
  87. Laksma Zainol Rashid bin Abdullah - PSA, BPA-MK ATM
  88. Laksma Mohd Asri bin Yaacob - AKS Pentadbiran dan Sekeretariat
  89. Laksma Mohd Razib bin Hj Tahir- Panglima Kapal Selam
  90. Laksma Azeman bin Yusof - Panglima Simpanan TLDM
  91. Laksma Noor Zukhi bin Hj Harun - Komander Pangkalan LUMUT
  92. Laksma Zahari bin Hj Shamsuri -  AKS Perisikan Laut. MK TL
  93. Laksma Azman bin Rabani - AKS Peperangan Komunikasi dan Sistem Informasi, MK TL
  94. Laksma Mohd Izzudin bin Hj Ahmad 
  95. Laksma Azizi bin Hj Ahmad Sarkawi


Laksamana Pertama (Kehormat)

1.   Laksma (K) Raja Dato Seri Jaafar bin Raja Musa - Raja Muda Perak.
2.   Laksma (K) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan.



BELASUNGKAWA

1.   Kept Basiron bin Mohd Noh TLDM - meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 2006.
2.   Kept Ahmad Shukri bin Mohd Yunus TLDM (meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan 31 Mac 2012)
3.   Kept Ismail bin Shafie TLDM- meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 2016.
4.   Kept Jumali bin Jabon TLDM - meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 26 Ogos 2018.

masih terus berusaha mencari dan mengemaskini maklumat


Kepten (Kehormat)

Kept (K) Prof Tan Sri Dr Mohd Gauth bin Hj Jasmon - Naib Canselor Universiti Malaya
Kept (K) Prof Datuk Dr Harun bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
Kept (K) Tan Sri Dato' Seri Kong Cho Ha, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.
Kept (K) Prof Dato Seri Dr Ir Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim, Naib Canselor UMP: Komandan PALAPES UMP.
Kept (K) Datuk Abdul Wahab bin Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Manjung
Kept (K) Datuk Ahmad bin Othman, Ketua Jabatan Laut Malaysia
Kept (K) Datuk Azhar bin Mansor, Pelayar
Kept (K) Datuk Seri Ir Dr Judin bin Abdul Karim, Ketua Pengarah JKR.
Kept (K) Prof Dato' Dr Noor Aeni bin Hj Mokhtar, Naib Canselor UMT: Komandan PALAPES UMT
Kept (K) Prof Dr Zainal Ashirin bin Shahardin: Peg Mem PSTL Setiu- UMT
Kept (K) Prof Dr Sakina Sofia binti Baharom - Pengarah Operasi, Educity Iskandar Sdn Bhd.



    





 DatoKhairudin  DatoMohdNoh

datoRahman  


Kepten TLDM (Bersara)

1.   Kept Cheah Pee Cheng TLDM
2.   Kept Daud bin Nawawi TLDM
3.   Kept Jalaluddin bin Idris TLDM
4.   Kept Musa bin Jabar TLDM
5.   Kept Phang Kok Kheng TLDM
6.   Kept Cheah Voon Leong TLDM
7.   Kept Khoo Teck Chuan TLDM
8.   Kept Kamaludin bin Singah TLDM
9.   Kept Razali bin Mohd Nor TLDM
10.  Kept Awaluddin bin Mohal TLDM
11.  Kept Abd Halim bin Zakaria TLDM
12.  Kept Nik Anis bin Nik Abdullah TLDM (meninggal dunia 18 Ogos 2020)
13.  Kept Ahmad bin Harun
14.  Kept Mokhtar Rasali bin Mohd Fadzil TLDM
15.  Kept Adri Juhan Cheah bin Abdullah TLDM
16.  Kept Karunetthy a/l Sinnathamby TLDM
17.  Kept Hamid bin Yaakob TLDM
18.  Kept Simon Wong Tet Fook TLDM
19.  Kept Mohd Ghazi bin Yahya TLDM
20.  Kept Goh Siew Cheng TLDM
21.  Kept Abd Wahid bin Anang TLDM
22.  Kept Aminuddin bin Abdullah TLDM
23.  Kept Chintarajan a/l Kuttan
24.  Kept Soon Tet Loy TLDM
25.  Kept Shawal bin Alif TLDM
26.   Kept Khalid bin Hamidon
27.   Kept Mohd. Farouk bin Osman
28.   Kept Mat Taib bin Yasin
28.   Kept Mohd. Shukur bin Md. Nor
30.   Kept Abdul Razak bin Yusof
31.   Kept Jaafar bin Mohd Yasin TLDM
32.   Kept Noh bin Abdul 
33.   Kept Udin bin Ujud TLDM (meninggal dunia)
34.   Kept Mokhtar bin Abd Wahid
34.   Kept Prof Dr Zulkifly bin Mat Radzi TLDM
36.   Kept Abd Rashid bin Awang TLDM
37.   Kept Abdul Wahab bin Ahmad TLDM
38.   Kept Dr Hassan bin Omar TLDM
39.   Kept Johari Ramzan bin Hj Ahmad TLDM
40.   Kept Azhar bin Hassan TLDM
41.   Kept  Musa bin Mohd Yusof TLDM
42.   Kept Ali bin Idrus TLDM
43.   Kept Wang Kong Seng TLDM
44.   Kept Rusli bin Ahmad TLDM
45.   Kept Azizol Rahman bin M. Zaman TLDM
46.   Kept Ong Nee Hock TLDM
47.   Kept Abdul Malek bin Mohd Daud TLDM
48.   Kept Rosli bin Abd Rahman TLDM
49.   Kept Annuar bin Murad TLDM
50.   Kept Syed Mustaffa bin Syed Abd Kadir TLDM
51.   Kept Sijar bin Jurini TLDM
52.   Kept Ghazi bin Ismail TLDM
53.   Kept Jamil bin Mohamad TLDM
54.   Kept Zainal bin Amir TLDM
55.   Kept Ahmad Puzi bin Abd Kahar (menyertai APMM) - bersara Laksamana
56.   Kept Mohd Taha bin Ibrahim (menyertai APMM) - bersara Laksda
57.   Kept Zulkifli bin Abu Bakar (menyertai APMM) - Laksamana
58.   Kept Sulaiman bin Mahmud TLDM
60.   Kept Harith bin Adam TLDM
61.   Kept Mohd Aliyas bin Hamdan TLDM
62.   Kept Ismail bin Hamzah TLDM
63.   Kept Mamu bin Saidalee TLDM (menyertai APMM) bersara Laksda
64.   Kept Mohd Zahari bin Jamian TLDM
65.   Kept Abd Karim bin Md Yunus TLDM
66.   Kept Yunus bin Sari TLDM
67.   Kept Kamarudin bin Idris TLDM
68.   Kept Zukarani bin Talib TLDM
69.   Kept Jeffry Faisal @ Jeffry Selvarajah a/l Nadarajah TLDM
70.   Kept Abd Aziz bin Abd Ghaffor TLDM
71.   Kept Ir Sivalingam a/l Muniandy TLDM
73.   Kept Wan Baderul Hisham bin Wan Muda TLDM
74.   Kept Jamel bin Abdul Rahman TLDM
75.   Kept Ir Abd Rashid bin Hussain TLDM
76.   Kept Mohd Zaman bin Ibrahim TLDM
77.   Kept Abu Bakar bin Abd Malek TLDM
78.   Kept Suhaimi bin Sani TLDM 

masih terus berusaha mencari maklumat


LAST COUNTING: 8062


11 comments:

  1. Salam tuan..kalau dengar cerita kawan saya..Dato Surtaji sekarang mengendalikan syarikat kawalan keselamatan maritim dan pembekal pekerja utk syarikat perkapalan..pastu ex panglima Paskal pula jadi presiden veteran paskal dan bakal buka pejabat di Lumut juga

    sekian

    ReplyDelete
  2. salam tuan, kebetulan saya google nama ayah saya to find his old photos. x sangka posting ni masih baru which was last year.

    saya anak kepada kapt. b hj. nik anis

    ReplyDelete
  3. INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN

    Allahyarham Kept Nik Anis Nik Abdullah TLDM(B) telah meninggaldunia pada
    172200H Ogos 2020.

    Alamat rumah Allahyarham :
    👇
    A13A - 13
    Dpines Kondo
    Jln Cempaka 6
    Tmn Nirwana
    68000 AMPANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas maklumat. Innalillahi wainna ilaihi rojiun

      Delete
  4. Salam wbt

    Jika meninggal masih dalam servis akan berstatus “bersara” juga ke? Saya anak kepada Kept Hj Basiron Mohd Noh, beliau meninggal tahun 2006.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tidak. Maaf saya tidak tahu Kept Basiron mennggal semasa dalam perkhidmatan, akan diperbetulkan. Terima kasih atas maklumat

      Delete
  5. as salam Tuan... kalau masih mencari 47. Kept Abdul Malek bin Mohd Daud TLDM Tuan boleh cuba hubungi no telefon ni (012 515 2073 Capt Malek Daud)... dia ni sepupu saya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan..saya nak tanya..adakah tentera laut sahaja yg dibenarkan menyimpan janggut??

    ReplyDelete
  7. Setahu saya BETUL. sebab isteri TLDM sahaja yang tahan geli. Hahhaha

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam tuan, untuk info, Ayahanda saya, Kepten Hj Mohd Izzudin Bin Hj Ahmad TLDM (Malawakil/DA Tokyo) sudah pulang ke Tanah Air sejak Ogos 2021 & juga sudah dinaikkan ke pangkat Laksma pada Julai 2022. Kini beliau dalam fasa cuti peralihan sebelum bersara wajib pada Jun 2023.
    Jawatan terakhir - Pengarah Staf Am BPA CSA, Markas ATM.

    ReplyDelete