Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, September 6, 2013

EPISODE 027: PENCIPTA SEJARAH DALAM TUDM

DIA YANG PERTAMA
PENCIPTA SEJARAH DALAM TUDM



MEREKA INI MENCIPTA NAMA SEBAGAI INSAN PERTAMA DALAM LIPATAN SEJARAH TUDM  

Kumpulan pertama anak-anak Malaya yang diserapkan dari Royal Air Force (British) ke Tentera Udara Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Jun 1958

Pada 14 Julai 2012 saya menerima emel dari seseorang.  sila baca:

Salam

Dear sir,

My dad Othman Mohd Ismail (he's second in first row - sitting) would like to know is there any change for him to get in touch with any of ex TUDM that served together with him during 1958?

He can be contacted at 04 390 8884. The address is 5, Lorong Senangin 15, 13600 Prai, Butterworth, Pulau Pinang.

Please advise me on these matter if you could as my dad is keen to keep in touch or to catch up with other ex army before he die (this is what he said each time when I called him) .

Thank you
Rozana Othman
Email : vivien_anna2001@yahoo.com

Balasan saya pada tarikh yang sama:

DEAR PUAN ROZANA,

ASSALAMU ALAIKUM.

SAYA AMAT TIDAK MENYANGKA MASIH ADA ANGGOTA KUMPULAN PERINTIS TUDM TAHUN 1958 YANG MASIH HIDUP. SYUKUR ALHAMDULILLAH.  SAYA AKAN MENGHUBUNGI SEGERA PIHAK ATASAN TUDM BAGI MENGUSAHAKAN SESUATU BAGI MENEMUI AYAHANDA PUAN.

YG IKHLAS,

KOL TOHARUDIN

Rozanna Ismail membalas emel saya seperti berikut:

Dear Kol Toharudin,

Thanks for reply my email promptly. Appreciate it very much in deed. I've called up my dad informing him about your email. He's kind of happy about it. At least he knew that he has not been forgotten as on his mind he has been neglected and quite sad about it.

At least if someone from the management able to contact him just to say hello that will be great. And according to dad, he's one of the army that has been together with late Tunku Abdul Rahman negotiate with Chin Peng. He got a lot of story to be told about before merdeka etc. etc.

Saya dan bapa saya terhutang budi di atas kesudian tuan menolong pihak bapa saya.

Selamat berpuasa

Salam from Perth, Australia

Rozana Othman

Sebagaimana yang saya janjikan kepada Rozanna, saya telah menghantar emel kepada Pejabat Perhubungan Raya (PRO) memberitahu tentang perkara ini agar pihak TUDM membuat sesuatu tindakan untuk memenuhi impian Encik Othman bin Mohd Ismail.

Aku kurang pasti sama ada perkara ini diambil berat oleh pihak PRO setidak-tidaknya menyampaikan maklumat kepada kepimpinan TUDM agar dapat diusahakan sesuatu.

x
Abdul Aziz Ahmad. Anak Melayu pertama menerima sayap penerbangan dalam TUDM


Wing Commander Jaswant Singh, anak Malaya dari Air Force Volunteer Reserve pertama menerima sayap penerbangan


MARSYAL MUDA UDARA TAN SRI DATO' SULAIMAN  BIN SUJAK (B)


 ANAK MELAYU/MALAYSIA PERTAMA DILANTIK  MENJADI KETUA TURUS TENTERA UDARA


Air Vice Marshal Dato' Sulaiman bin Sujak - was appointed as Deputy chief of Air Force 01 September 1967.

Sulaiman dilahirkan di Rangoon Road, Singapura pada 25 Mac 1934. Sekolah Kota Raja, Arab Street. 1942 Jepun menawan Singapura, Sulaiman berusia 9 tahun. 1948 Victoria School. Pada tahun 1951 memasuki Federation of Malaya Air Training Corps (FMATC) yang baru ditubuhkan dalam tahun 1950 dan dipilih mengikuti The Festival of Britain mewakili FAMTC.

Permulaan dalam dunia penerbangan bermula dalam tahun 1952 apabila Sulaiman menyertai Malayan Auxilarry Air Force (Singapore Wing).  Latihan penerbangan menggunakan pesawat Tiger Moths dan North American Harvards di RAF Tengah.  Menerima sayap penerbangan (wing) pada tahun 1954.

Pada 15 Mac 1955 Sulaiman diterima menjalani latihan kedet RAF di RAF Cadet College Cranwell. Disana Sulaiman menjalani latihanketenteraan dan penerbangan menggunakan pesawat Piston Provost T1, jet Vampire T11 dan Vampire F89.  Beliaumenamatkan latihan dan ditauliahkan dalam pangkat ‘Pilot Officer’ dalam RAF pada 1 April1958. Malah beliau merupakan pelatih terbaik keseluruhan dan menerima Piala Phillip Sasson Memorial.  Beliau merupakan pegawai bukan British yang pertama menerima hadiah berkenaan.

Ditukarkan ke 229 OCU RAF Chivenor, North Devon  untukmengikuti latihan peralihan jet pejuang. Hunter F4. 1 Feb 1949 ditukarkan ke No 43 Sqn, RAF Leuchars,Scotland. Gloster MeteorT7.Operasi di RAF Akrotiri, Cyprus (1959) dan RAF El Edem, Libya (1960).

Mei- Sep 1961 menjalani kursus jurulatih penerbangan ke RAF Little Rissington.  Tamat kursus ke Cranwell sebagai jurulatih dan dinaikkan ke pangkat Flight Lt.

Pada awal 1965 ditukarkan ke 249 Sqn, RAF Bassingburn,pesawat pengebom English Electra Canberra. Bertugas lagi di Cyprus. Detasemen di RAF Idris, Lybia dan 3 bulan di RMAF Kuantan, Malaysia  pada 1965. Masih lagi berpangkat Flt Lt (setaraf dengan Kapt TUDM).

Semasa di Kuantan telah mendapat tawaran untuk bertukar perkhidmatan ke TUDM sebagai salah satu rancangan peralihan kuasa kepimpinan TUDM kepada anak tempatan.  Setelah berkhidmat selama 11 tahun dengan RAF, Sulaiman mengakhiri tugas di RAF Akrotiri, Cyprus dalam tahun 1965 itu juga dan terbang ke tanah tumpah darahnya, Tanah Melayu.


Pada 1 Jan1966 Sulaiman dinaikkan ke pangkat Sqn Ldr (Mej TUDM) untuk menjawat jawatan Pegawai Memerintah TUDM Alor Setar, Kedah. 1 Jan 1967 ditukar sebagai PM TUDM Labuan dan dinaikkan ke pangkat Wing Commander (Lt Kol TUDM).


 700139 PW I ABDUL MAULOD BIN UJANG 
  ANAK MALAYSIA PERTAMA BERPANGKAT PEGAWAI WAREN TUDM   




Abdul Maulod bin Ujang merupakan laskar udara yang pertama dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren dalam TUDM.  Dilahirkan pada tahun 1923 beliau memulakan kerjaya sebagai anggota polis, Abdul Maulod kemudian menyertai Malayan Volunteer Air Reserve (MVAR) pada tahun 1947 di Singapura dan menamatkan latihan kontinjen MVAR pada tahun 1948. Beliau menyertai TUDP yang ditubuhkan pada 1 Jun 1958 dan kemudiannya menjadi TUDM pada tahun 1963. 


Abdul Maulod adalah anak Malaysia pertama dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren pada tahun 1968 sebelum bersara pada tahun 1969..  

Warrant Officer Haji Abdul Maulud Ujang was the first Warrant Officer in the RMAF. He was born on 31st July 1923. He joined the Straits Settlement Police Force in Singapore in 1937. Later he joined No 91 Squadron RAF Regiment (Malaya) on 23rd September 1947. He was promoted to the rank of Warrant Officer while he was serving in Hong Kong on 1st June 1957. He was transferred to the Royal Malayan Air Force on 23rd September 1958 and became KL Base Warrant Officer.



 KOPRAL (UDARA) P. MARIAMAH  
  LASKAR UDARA PERTAMA DALAM TUDM 


The first Airwoman in the RMAF is 121350 Kpl P Mariamah who was enrolled into the RMAF on 12 Mei 1969 under RMAF Volunteer Service. She than converted into regular service in June 1972 in Safety and Survival Equipment (SSE) trade.


 KUMPULAN PERTAMA PRAMUGARI TUDM  
 DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA  

dari kiri:  Celine, Fauziah, Siti Aishah dan Loh S H.
(gambar: ikhsan bluesrider.blogspot.com)

Pada tahun 1978, tercatat satu sejarah dalam TUDM apabila empat orang anggota wanitanya telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenen Muda Udara.  Mereka yang sebelum itu berkhidmat sebagai Pramugari pesawat pengangkutan TUDM telah menjalani latihan asas pegawai di TUDM Kinrara sebelum melayakan diri untuk menjadi pegawai bertauliah.  Mereka ialah:
  • Leftenan Muda (Udara) Fauziah binti Mohd Ariffin - ke Cawangan Tadbir (bersara Kapten)
  • Leftenan Muda (Udara) Celine Chang Yeng Yong - ke Cawangan Trafik Udara (mendiang - meninggal dunia pada tahun 199x semasa berpangkat Kapt)
  • Leftenan Muda Siti Aishah binti Mohamad - ke Cawangan Bekalan (bersara Kapt)
  • Leftenan Muda (U) Loh Soo Har.
  
Lt Muda (U) Fauziah Ariffin dan Lt Muda (U) Celine C Y Y

  
Lt Muda (U) Siti Eshah dan Lt Muda (U) Loh S H

Aku kenal Lt Siti Aishah semasa aku mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 2, TUDM Kluang. Beliau pada masa itu bertugas sebagai Oi/c SCAF di Cawang Bekalan. Beliau adalah isteri kepada Kapt Nazir (jurulatih penerbangan). Kapt Fauziah pula aku kenali semasa aku mengikuti kursus SOS di TUDM Kinrara (1990) pada masa itu dia sedang mengikuti KTPU dan satu kuliah dalam Modula Pengurusan oleh INTAN.  Kapt Celine aku kenali sebagai pegawai KLLU di Cawangan Operasi TUDM KL diawal 90an.  Beliau meninggal dunia akibat penyakit cancer.  Mendiang adalah isteri kepada Kapt (B) Jeffery Sta Maria (juruterbang helikopter).  Aku tak pernah berjumpa dengan Loh Soo Har.  


 KOL (B) AHMAD RIDZWAN MOHD SALLEH
 JURUTERBANG PENGUJI PERTAMA TUDM  

Kolonel Ahmad Ridzuan bin Mohd Salleh TUDM (Bersara) merupakan juruterbang TUDM yang mempunyai kelayakan sebagai Juruterbang Penguji yang pertama dalam TUDM

Kol Ridzuan (B) merupakan graduan Empire Test Pilot School (ETPS), Boscombe Down, UK pada tahun 1978. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.  Semasa menjalani latihan di ETPS beliau telah menerbangkan lebih 50 buah pesawat.  Setelah bersara dari TUDM di pertengahan tahun 90an beliau menyertai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) antara tahun 1996 hingga 2004 sebelum menyertai swasta sebagai juruterbang Air Asia. 



--------------------------------------------------------------------------
 KUMPULAN PERTAMA JURUTERBANG WANITA TUDM  





Sejarah kumpulan wanita pertama menjadi juruterbang TUDM (April 1988)
dari kiri Lt Zainab Shariff TUDM, Lt Fadzilah Abdullah TUDM (sekarang Lt Kol) dan Lt Emilia bt Kamarudin TUDM- Emilia (bersara 2010- Lt Kol) juga wanita pertama sebagai penerbang jet pejuang TUDM dan juga jurulatih penerbangan wanita yang pertama.  Fadzilah masih berkhidmat dan berpangkat Kol TUDM, manakala Zainab telah menamatkan perkhidmatan dalam dalam pangkat Kapt TUDM.  

x
Fadzilah juga mencipta rekod sebagai juruterbang wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Kolonel



 MEJAR WAN FATIMAH BINTI ABD LATIPH TUDM 
WANITA PERTAMA DITAULIAHKAN DALAM TUDM  

 

Mej (U) Wan Fatimah binti Abdul Latiph (Bersara) adalah wanita pertama yang ditauliahkan dalam TUDM.  Beliau dilahirkan pada 23 Jun 1950 di Kota Bharu, Kelantan.  Beliau menyertai TUDM dan ditauliahkan dalam Cawangan Tadbir pada 15 Jun 1972.  Beliau juga pegawai wanita yang pertama dinaikkan ke pangkat Mejar dalam TUDM dan bersara dalam tahun 1981 dalam pangkat tersebut.



JENERAL TAN SRI AHMAD SARUJI BIN CHE ROSE TUDM 
PTU PERTAMA BERPANGKAT JENERAL 4 BINTANG  


 LT KOL EMILIA BINTI KAMARUDIN TUDM  
 JURUTERBANG PEJUANG WANITA PERTAMA DAN 
 JURULATIH JURUTERBANG WANITA PERTAMA  

 Lt Kol Emilia Kamarudin TUDM - wanita pertama menjadi juruterbang jet pejuang


Lt Kol Emilia binti Kamarudin TUDM dilahirkan pada tahun 1966 di Sungai Choh, Rawang, Selangor adalah antara 3 wanita Malaysia yang dianugerahkan sayap penerbangan pesawat tentera dan wanita pertama menerbangkan jet pejuang di negara ini dan namanya juga terpahat dalam buku Malaysian Book of Records.

Emilia mempunyai kelulusan A Level dalam bidang kejuruteraan dari Llandrillo College of Technology, North Wales, United Kingdom  dan menyambung peringkat ijazah di Universiti Loughborough juga di United Kingdom.

Beliau menjalani latihan asas pegawai selama enam bulan di TUDM Kinrara, Puchong seterusnya mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar dan berjaya menerima anugerah sayap penerbangan pada April 1988 selepas melakukan penerbangan sebanyak 170 jam.  Setelah mendapat sayap penerbangan, beliau menjalani kursus peralihan jet pejuang di TUDM Kuantan menerbangkan pesawat MB339A.



Setelah lulus dan layak menerbangkan jet pejuang, beliau ditukarkan ke No 6 Skn (TUDM Kuantan) untuk menerbangkan pesawat Skyhawk (A4) dan kemudiannya Hawk.  Beliau kemudiannya mengikuti kursus kejurulatihan penerbangan di KTU Alor Setar dan sekali lagi memecah rekod sebagai Jurulatih Penerbangan TUDM Wanita Pertama.  Di atas pencapaian kerjaya yang cemerlang, beliau pernah menerima Anugerah Maal Hijrah peringkat kebangsaan.

Selepas 19 tahun berkhidmat sebagai juruterbang beliau telah menerbangkan beberapa buah pesawat seperti Pilatus PC-7, Aermacchi MB339, Skyhawk, Hawk dan Aerotiga MD3. Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang selain dari juruterbang di Skuadron Penerbangan ialah Jurulatih Penerbangan di PULATIBANG 1, Ketua Operasi dan Pegawai Memerintah Pusat Simulator Pejuang (PSP) di TUDM Butterworth, Pegawai Staf di Markas Pendidikan Udara dan Markas Operasi Udara, Juruarah di Maktab Turus ATM dan Pegawai Memerintah Electronic Warfare Support Centre di Pangkalan Udara KL.

Kebetulan dalam tahun 2010, beliau pernah bersama saya dalam 'Tim Pemikir' TUDM dalam skop pengurusan sumber manusia. Dimaklumkan bahawa beliau akan bersara dari TUDM pada tahun 2011 dan TUDM bakal kehilangan seorang juruterbang berpengalaman dan saya akan kehilangan seorang rakan pegawai yang 'intelligent'.







Lt Kol Norhana TUDM


Lt Kol Norhana binti Abd Manaf TUDM merupakan juruterbang helikopter wanita pertama dalam TUDM. Norhana yang menerima sayap penerbangan dalam tahun 1995 setelah ditauliahkan dalam tahun 1994 dan menjalani latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1 Pangkalan Udara Alor Setar.



---------------------------------------------------------------------
 DATO' SERI ZULHASNAN BIN RAFIQUE  
  BEKAS PEGAWAI TUDM PERTAMA MENJADI MENTERI 



YB Dato' Hj Zulhasnan dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 20hb September 1954 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Petaling Jaya dan  Sekolah Tinggi La Salle, Petaling Jaya sebelum melanjutkan pelajaran beliau di Victoria Institution, KL dalam tahun 1970. Minatnya terhadap penerbangan telah mendorong beliau untuk menyertai Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di mana beliau telah memulakan kerjaya selaku juruterbang pesawat jet pejuang TUDM pada tahun 1972 menerusi perkhidmatan tauliah jangka pendek selama 12 tahun. Beliau telah bersara dalam tahun 1985 sewaktu berpangkat Mejar (Udara) dan sebagai jurulatih penerbangan jet pejuang Kategori  ‘A’ yang bertauliah.



Sewaktu perkhidmatannya dalam TUDM beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan tauliah pengiktirafan, baik dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ini termasuklah dianugerahkan Trofi Flying Instructor (Trofi CFS) dan Trofi Jet Provost yang tersohor daripada Royal British Air Force Flying School di RAF Leeming, United Kingdom yang terkemuka, dalam tahun 1980. Hubungan beliau dengan perkhidmatan ketenteraan diteruskan selepas persaraan beliau dan beliau telah ditauliahkan jawatan Kolonel (Kehormat) dengan Askar Wataniah Malaysia dalam tahun 2001.

Selain dari berjaya dalam lapangan perniagaan, beliau juga berjaya dalam kerjaya politiknya. Beliau telah dipilih untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 dalam kawasan Wangsa Maju (WPKL).  Dalam PRU ke 11 (2004) dan 12 (2008) beliau menang lagi dalam kawasan Parlimen Setiawangsa.  Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan  selepas pilihanraya 2004  dan dilantik ke jawatan Menteri Wilayah Persekutuan pada 14 Februari 2006 sehingga April 2009.

Pasted from <http://preview.haynik.com/setiawangsa/index.php

  
YB Tan Sri Hj Zulhasnan bin Rafique
mantan Ahli Parlimen Setiawangsa, WPKL dan mantan Menteri WP


 LT KOL (DR) MOHD YUNUS BIN MASJUKI TUDM  
  PEGAWAI TUDM PERTAMA MENERIMA IJAZAH DOKTOR FALSAFAH 




Dilahirkan di Panchor, Muar, Johor pada 19 April 1963. Memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD) pada bulan Feb 1979.  Melanjutkan pengajian ke  Indiana State University, USA pada tahun 1981 di bawah Biasiswa Angkatan Tentera dan lulus dengan Bachelor of Science (Accounting) pada bulan Mei 1985.  Setamat pengajian di USA beliau ditauliahkan ke Cawang Logistik TUDM pada tahun 1985, antara kumpulan Pegawai Graduan pertama dalam TUDM.

Beliau sekali lagi dipilih melanjutkan pengajian di bawah Biasiswa ATM pada Nov 1992 di UKM Bangi dan lulus Sarjana Perakaunan pada bulan Dis 1994.  Pada bulan Mac 1999 beliau terpilih mengikuti kursus US Air Command and Staff College di  Alabama selama setahun dan berjaya membawa pulang ijazah Masters of Military Arts and Science dari US Air University. 

Semangat Yunus  untuk maju ke hadapan dalambidang akademik tidak pernah padam apabila  pada bulan jun 1996 beliau diterima masuk ke USM untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) dan puncak kejayaan akademik dicapai pada bulan Ogos 2003 apabila dianugerahi dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia (USM) (pengajian ini atas pembiayaan sendiri).   Dr Mohd Yunus merupakan pegawai TUDM pertama mendapat ijazah doktor falsafah semasa dalam perkhidmatan.

Kerjaya dalam TUDM bermula sebagai Jurulatih di SEKLOG ITU Kinrara, diikuti oleh PS3 dan PS2 Wang di Bahagian Materiel DTU, Ketua Cawang Materiel TUDM Subang, Pegawai Memerintah PLPL, PS1 Kontrak dan PS1 SISMAT sebelum dipilih untuk melaksanakan tugas Pegawai Logistik dan Kewangan merangkap Timbalan Ketua Tim Projek SU30MKM di Moscow Russia (2004-2008).  Sepulangnya dari Moscow beliau dipilih mengikuti kursus di MPAT selama setahun pada tahun 2010 dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Satera (Pengajian Pertahanan) dari UKM dan merupakan ijazah Sarjana yang ke3 yang dimilikinya.



Dr Yunus merupakan bintang yang menyinar dalam Cawangan Materiel TUDM dan dilihat sebagai bakal pemimpin yang sememangnya digilap walaupun sebenarnya beliau telah sedia menyinar.  Dengan kelulusan akademik, kelulusan ikhtisas ketenteraan (PME) dan pengalaman tugas yang luas beliau diharapkan untuk membawa Cawangan Materiel ke satu tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Senarai kelayakan akademik dan PME.

  • Bachelor of Science (Accounting), Indiana State University USA.
  • Sarjana Perakaunan, UKM Bangi.
  • Diploma of Air Command and Staff College, Alabama USA.
  • Master in Military Operational Arts and Science, Air University, USA
  • Doktor Falsafah (Perakaunan), USM Pulau Pinang.
  • Diploma Maktab Pertahanan AT (MPAT).
  • Sarjana Sastera (Pengajian Pertahanan), UKM Bangi.
Dr Mohd Yunus telah dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM dalam bulan Januari 2014 dan dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral TUDM pada 2 Feb 2016.




 KOL YOHANEZ BINTI HJ AHMAD TUDM  
 PEGAWAI WANITA TUDM PERTAMA 
 BERPANGKAT BRIG JEN TUDM 





Kol Yohanez binti Ahmad TUDM dilahirkan di Mersing, Johor pada bulan April 1957 dan menyertai latihan Pegawai Kedet di Sekolah Pegawai Kedet (SPK), Port Dickson bersama dengan Panggilan TJP 37 pada bulan April 1980.  Beliau merupakan salah seorang wanita yang menyertai kumpulan pertama Pegawai Kedet Wanita yang menjalani latihan Pegawai Kedet untuk Angkatan Tetap ATM.  Beliau ditauliahkan dalam Cawangan Logistik TUDM pada 24 Januari 1981.

Antara jawatan penting yang disandang ialah sebagai Jurulatih di SEKLOG, ITU Kinrara, Ketua Cawang Materiel PU Butterworth, PS1 Kawalan Aset dan Stok, PS1 Belanjawan dan kini menyandang jawatan Pengarah Belanjawan di Markas TUDM. Beliau dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM berkuatkuasa mulai 27 Feb 2011.

Yohanez memiliki Diploma in Business Studies dari ITM, Diploma MTAT dan Sarjana Pengurusan dari OUM. Beliau merupakan Pegawai Kanan Wanita pertama dalam Tentera Udara Diraja Malaysia yang memakai pangkat Kolonel TUDM.

Pada 20 Ogos 2015, Yohanez mengambil alih jawatan AKS Materiel dan dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM pada 22 Ogos 2015. Beliau sekali lagi mencipta sejarah sebagai wanita pertama menyandang pangkat Brig Jen TUDM dan wanita pertama dilantik ke jawatan AKS dalam ketiga-tiga perkhidmatan.





 PW (U) II (W) NOR ZAIMA BINTI MOHD NOOR  
  PEGAWAI WAREN PANGKALAN WANITA TUDM PERTAMA 






Pada 8 Ogos 2012, satu lagi sejarah PERTAMA dicipta dalam TUDM.  Pegawai Waren (Udara) Wanita Nor Zaima binti Mohd Noor telah mengambil alih jawatan Pegawai Waren Pangkalan atau 'BWO' (setaraf dengan RSM di unit-unit Tentera Darat)  Institut Latihan Tentera Udara (ITU), TUDM Ipoh.  Inilah kali pertama TUDM memberi kepercayaan kepada seorang warga wanitanya memegang jawatan tertinggi dalam heirarki anggota LLP dalam sesebuah pangkalan.  Mungkin ini juga adalah sejarah dalam ATM.

Pada tahun 2014 beliau ditukarkan untuk mengendalikan tugas yang lebih besar dan mencabar, iaitu sebagai PWP PU Subang sehingga bersara pada 26 Jan 2016.


Image result for PW Nor Zaima





 LT KOL NAZATUL RINA BIN MAT LASIM TUDM 

  PEGAWAI WANITA PERTAMA MENJADI JURUIRING SULTAN  







MELIHAT raut lembut wajahnya, tidak siapa menyangka beliau mampu menggalas tugasan yang kebanyakannya dipelopori pegawai kanan lelaki.
Bukan mudah mengatur langkah dan mengawal selia kenamaan yang penuh dengan disiplin tinggi dan protokol istana.

Namun bukan mustahil bagi pegawai wanita ini yang telah 17 tahun mengabdikan jerihnya kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Malahan beliau kini telah menginjak tahun ke lapan melakukan tugasan sebagai juru iring tentera kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pemilik nama Lt Kol Nazatul Rina Lasim, TUDM bukan asing lagi dalam uniform itu kerana beliau satu-satunya pegawai kanan wanita yang diberi peluang menjawat jawatan itu.

Nazatul Rina, memulakan kariernya dalam TUDM selepas menamatkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautikal), Kolej Tentera Udara dan ditauliahkan pada tahun 2002. Beliau kemudiannya telah ditugaskan di cawangan Logistik pada tahun 2003 sebelum diberi kepercayaan menjawat jawatannya kini.

Mengimbas kembali penglibatannya dalam TUDM, anak kelahiran Johor ini memilih kerjaya sebagai pegawai TUDM kerana mahu dirinya lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian.




Namun, tanpa disedari TUDM juga banyak mengajarnya erti kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara. Mengakui bertugas dengan penuh protokol sebagai cabaran baharu dalam hidupnya, Nazatul Rina berkata, beliau amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberi peluang keemasan ini dan kepercayaan yang amat tinggi oleh Tuanku Sultan Pahang bagi mengiringinya dalam setiap acara rasmi baginda.

“Bayangkan, saya hanya sekuntum mawar di antara 13 lagi juru iring Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Raja dan Yang Dipertua Negeri.

“Pengalaman ini memang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Saya langsung tidak pernah terfikir dengan apa yang saya lakukan ini.

“Lebih-lebih lagi bidang ini selalunya dilakukan oleh pegawai kanan lelaki sahaja,” kata wanita berbintang Capricorn ini.

Walaupun dikata telah berada di puncak kerjaya dengan jawatan yang disandang kini, beliau sedar masih belum puas bergelar pegawai TUDM dan banyak lagi yang perlu dipelajarinya. Kata pegawai berkulit sawo matang ini, beliau masih berhajat untuk digerakkan dalam misi-misi khas Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau juga pernah turut serta dengan misi PBB di Congo pada tahun 2007 selama setahun sebagai ‘Military Observer’ dan kemudiannya ditugaskan sebagai ‘Mission Food Officer’.
“Inilah naluri seorang tentera, memang sentiasa mahukan cabaran dalam penugasan ketenteraan.
“Tidak pernah puas dengan cabaran dan tanggungjawab,” katanya.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Kenderaan dan Pegawai Gudang di MATRA I (2003-2005), Pegawai BAKAT Udara (2006), Pegawai Latih PLPL, Kinrara (2008).

Bercerita lanjut, sebelum ditugaskan sebagai juru iring kepada Tuanku Sultan Pahang, Nazatul Rina pernah melakukan tugasan sama kepada Panglima Tentera Udara, Tan Sri Azizan Ariffin TUDM pada tahun 2008.

“Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang tujuh tahun bersama Tuanku, saya sedar bukan mudah, tetapi saya mahu belajar.

“Ilmu ini tidak ada di luar sana, tidak ada dalam buku. Saya amat berterima kasih kepada Tuanku, Sultanah Hajah Kalsom dan anakanda baginda yang percaya dengan tugasan saya selama ini,” katanya.
Beliau turut berkongsi pengalaman yang sememangnya tidak akan dilupakan ketika berkhidmat sebagai juru iring ini.

Jelasnya peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan ketika mengiringi Tuanku meninggalkan satu majlis yang melibatkan kenamaan diraja dan Perdana Menteri di Sri Perdana.

“Ketika mengiringi Tuanku untuk masuk kereta, sedang saya sibuk memberi ‘salute’ kepada kenamaan diraja, entah macam mana kasut saya tertanggal sebelum saya menaiki kereta.

“Pada masa itu hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya. Kejadian ini disaksikan kenamaan lain, cuba bayangkan,” akhirinya tersenyum.










The Defence Minister Dato' Razak presented the wing to Pilot Officer Arthur Cheah on 14 December 1961 at RAF Station KL. The other officers receiving the wings were Pilot Officer Ahmad Idris, Pilot Officer Chuah Nee Wah
and Pilot Officer Gopal Ramdas.






"saya memohon, warga TUDM atau bekas warga TUDM yang memegang rekod PERTAMA dalam TUDM (atau mereka yang mempunyai maklumat) dapat menyampaikan maklumat kepada saya melalui emel- agar kita dapat kongsi bersama kejayaan itu".

.

No comments:

Post a Comment