Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, November 30, 2013

AF 067: UPNM


U.P.N.M


 NATIONAL UNIVERSITY OF DEFENCE MALAYSIA 

Why I choose UPNM as my topic for today?  Couple of reasons:
  • I just came back from Port Dickson - attending a workshop organized by UPNM at Avillion Cove Resorts from 11 to 13th Jan 2012.  The workshop titled 'Towards the Development of UPNM Strategic Plan 2012-2015.
  • UPNM is a unique university (IPTA) in Malaysia.  Public university with military culture. University answerable to two ministries; Ministry of Higher Education (MHE) and Ministry of Defence (MinDef). 
  • The university is located in the military camp.
  • University with two category students- military cadets, fully sponsored by MinDef (with salary - not scholarship) and open (civilian) students like other local universities.
  • This is the university in this country led by (the Vice chancellor) Armed Forces officer.
  • I want to share the proud of the AirForce when the first Vice Chancellor of this university was the RMAF officer (Lt Gen Dato Ir Ismail bin Hj Samion TUDM).  It is a significant part of the RMAF and MAF history.
  • In future - UPNM will be the single provider for the Armed Forces officers (presently the Armed Forces employed the potential officers from various sources such as Kolej Tentera darat, Kolej Tentera Laut, Kolej Tentera Udara, Graduate Scheme

 

SEJARAH UPNM

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan Pusat Asasi Pertahanan dan 4 buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.

Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.



The Chancellor of UPNM is who ever holding the appointment of "Yang DiPertuan Agong Malaysia".  Currently the Pro-Chancellor of UPNM are:
  • Y.Bhg General Tan Sri Mohd Ghazali bin Dato Mohd Seth (R).
  • YMM Brig Jen Tunku Putri Intan Shafinaz binti Almustain Billahi Alhaj Tuanku Sultan Abdul Halim al Muadzam Shah.

1st Vice Chancellor:
Lt Jen Dato' Ir Ismail bin Hj Samion TUDM (10 Nov 2006 - 2009)



2nd Vice Chancellor:
Lt Jen Datuk Hj Zulkifli bin Zainal Abidin (2009 - 2011)



3rd Vice Chancellor:
Lt Jen Datuk Wira Allatif bin Mohd Noor (2011 - 2013)
.
.
4th Vice Chancellor:
Jen Tan Sri Datuk Hj Zulkifli bin Zainal Abidin (Jun 2013 -kini)

.



GALERI UPNM
 





















 



GRADUAN UPNM
PUNYA KEISTIMEWAAN 
DAN KEBANGGAN TERSENDIRI


PROGRAM YANG DITAWARKAN


Pusat Asasi Pertahanan
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi Pertahanan
  • Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan (Z0220)
  • Asasi Perubatan Pertahanan (Z0080)


Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
  • Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00)


Fakulti Kejuruteraan
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi) (ZK25)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa) (ZK50)


Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20)
  • Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)


Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
  • Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)
  • Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (ZP45)

Syarat-syarat kemasukan sila rujuk ke sesawang http://www.upnm.edu.my/ 


BENGKEL TOWARDS THE DEVELOPMENT OF UPNM STRATEGIC PLAN 2012-2015
(11-13 Jan 2012)


Pada 11 hingga 13 Jan 2012 aku dan Kol Muhammad Suhaimi bin Hj Ashaari TUDM (Pengarah PUSPEKA) telah dipilih mewakili organisasi TUDM (atas jemputan UTM) untuk menghadiri Bengkel 'Towards Development of UPNM Strategic Plan 2012-2015' di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Kami melapor (mendaftar) diri pada jam 1400H.  Selain kami, terdapat seorang wakil Markas ATM (Brig Gen Dato Mohd Sharany) dan dua wakil TLDM (Kept Ong T H dan Kept Syed Ahmad Hilmi).  Tiada wakil dari TD.

Bermula pada petang 111430H hingga 121300H kami diberikan taklimat berkaitan perkembangan semua elemen yang ada dalam UPNM yang dikategorikan di bawah tiga abhagian utama ( setiap satu diketuai oleh seorang Timbalan Naib Canselor); Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Industri/Pengantarabangsaan.  Taklimat lengkap termasuklah mengenai pembangunan pengajian, fakulti, pusat-pusat penyelidikan, pusat kecemerlangan, latihan ketenteraan, pembangunan prasarana dan sebagainya.

Walaupun baru berusia setahun jagung, masih mentah, bertatih, namum pencapaian yang ditunjukkan oleh UPNM dari segala aspek amat membanggakan.  Tidak dapat dinafikan, pelbagai masalah besar terpaksa diharungi oleh seluruh warga UPNM - khususnya kekurangan bajet, ketiadaan prasarana yang mencukupi, kawasan kampus yang amat terhad - namun kelihatan warga pengurusan UPNM berhati besar.

Terlalu banyak perkara baru dalam UPNM yang baru kami ketahui.  Pada petang 12 Jan 12, semua peserta bengkel telah dibahagikan kepada empat kumpulan utama untuk membincangkan Pelan Strategi UPNM untuk tahun 2012.  Resolusi yang diambil adalah berasaskan segala maklumat yang diperlolehi dari taklimat sebelum ini.

Cadangan dari setiap kumpulan bakal menjadi panduan kepada pihak pengurusan untuk bergerak dan menggerakkan UPNM ke arah menjadi sebuah universiti (IPTA) yang setanding dengan IPTA yang jauh lebih senior.

Pastinya penumpuanku selain ingin mengetahui kemampuan UPNM sebagai sebuah universiti yang unik dalam negara kita, ialah keupayaan pegawai ATM menerajui sebuah institusi akademik yang digelar sebagai 'menara gading'. Nyata, walaupun bukan seorang yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah, bukan seorang Professor, tidak pernah terlibat dalam kerjaya akademik (kecuali latihan ketenteraan), Naib Canselornya sejak dari yang pertama, Lt Jen Dato Ir Hj Ismail, Lt Jen Datuk Hj Zulkifli dan Lt Jen Dato' Wira Allatif bin Mohd Noor nyata telah menunjukkan kewibawaannya menguasai pentadbiran sebuah IPTA tidak rendah dari Naib-naib canselor IPTA yang lain.  TAHNIAH Dato' NC.

Appresiasi juga untuk Y.Bhg Dato Jesbil Singh (TNC - JI dan PK).

Selain dari Professor/Professor Madya dan pensyarah yang berkelayakan ijazah kedoktoran, ramai sekali bekas-bekas pegawai ATM yang kini bertugas sepenuh masa atau secara 'secondment' yang juga kelihatan amat berwibawa.  Nama-nama seperti Mej Jen Dato Dr Mohd Zain (Dekan), Brig Gen Prof Dr Suhaimi (Pen NC), Kol Prof dr Norazaman, Kept Prof Madya Zulkefly Radzi (Dekan), Lt Kol Prof Madya Ahmad Ghazali (Dekan), Lt Kol Prof Madya Mohd Ghani Madersah (CDRAT), Mej Dr Bibi Zarjaan, Lt Kol Prof Madya Khalid Abd Jalil TUDM dan lain-lain adalah setaraf dengan rakan-rakan academician mereka yang lain. SYABAS sahabat-sahabat.


Pastinya persoalan lain yang ditimbulkan, adakah mahasiswa UPNM (khususnya yang ditaja oleh ATM) mampu bersaing dengan mahasiswa 'awam' yang lain dari aspek akademik?  Mereka terpaksa menjalani latihan ketenteraan penuh, kerana mereka bakal diserapkan sebagai pegawai ATM sama ada Darat, Laut atau Udara.

Kita perbincangkan lagi nanti.
.


inilah anak-anak angkat UPNM aku yang dikenali melalui facebook 


Zamil Afiq bin Zulkifli (Navy)

Abdul Hafeez bin Abdullah Chek (Army)


Muhammad Haekal  bin Azman (Air Force)


Emma Emelia bt Barhath Ali (AirForce)


Siti Zubaidah bt Mohd Shukri (Air Force)

AF066: HAT TUANKU MIZAN



HOSPITAL ANGKATAN TENTERA
TUANKU MIZAN


 
 

Saya boleh kata, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) merupakan salah satu hospital yang termoden dan selesa berbanding dengan hospital Kerajaan yang ada di negara ini.  HATTM yang terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada bulan Ogos 2009.

Ini lawak (joke) dari saya:

Keistimewaan HATTM ini adalah, ia satu di antara hanya 5 hospital lelaki dalam negara ini selain dari Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Hospital Sultan Abdul Halim (Sungai Petani), Hospital Sultan Ahmad Shah (Temerloh) dan Hospital Tuanku Jaafar (Seremban). Anda sangsi?

Kalau anda kurang yakin, mari kita melawat semua hospital di negara ini, kita bergerak dari utara. Di Kangar kita jumpa Hospital Tuanku Fauziah, di Alor Setar (Hiospital Tuanku Bahiyah), di Ipoh (Hospital Tuanku Bainun), di Kelang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di Sabak Bernam (Hospital Tengku Ampuan Jemaah), di Kuantan (Hospital Tengku Ampuan Afzan, di Johor Bahru (Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah), di Batu Pahat (Hospital Sultanah Nora), di Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab), di Kuala terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah), di Kuala Pilah (Hospital Tuanku Najihah), di Kuching (Hospital Normah), di Kota Kinabalu (Hospital Queen Elizabeth II), di Sandakan (Hospital Duchess of Kent) dan di Lahad Datu (Hospital Datin Seri Endon).



HATTM terletak di atas kawasan seluas 40 ekar di Wangsa Maju.  Hospital ini boleh menampong 347 pesakit (katil).  Hospital ini ditadbir oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Markas Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan.  Kebetulan salah seorang dari skot aku, Lt Kol Noor Sabarina @ Loly Maisie Joel binti Abdullah kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir HATTM ini. Beliau adalah satu-satunya skot TJP37 Wanita dalam Tentera Darat yang masih lagi berkhidmat pada masa ini.

HATTM bakal menjadi hospital untuk menjadi tempat latihan mahasiswa Fakulti Perubatan UPNM sebagaimana PPUM untuk pelajar UM, HUKM untuk pelajar UKM, HUSM untuk peajar USM,  Hospital Serdang untuk Fakulti Perubatan UPM dan Hospital Sg Buluh & Hospital Selayang untuk pelajar UITM.

Kali pertama aku mendapat rawatan di HATTM ini ialah pada tahun 2010 kerana menjalani pemeriksaan tahunan seperti ultra-sound dan stress test.  Pada tahun 2011 pula aku mula mendapat rawatan physiotheraphy kerana mengalami sakit tulang belakang dan tulang leher. Jadi setiap bulan aku akan melapor ke HATTM untuk mendapat pemeriksaan dan menjalani latihan pisioterapi selama 6 bulan- sehingga kini aku masih lagi membuat temujanji setiap 6 bulan sehingga sekarang dengan pakar Ortopedik Lt Kol Dr Masdiamin. 



Saya juga sedang mendapat rawatan susulan untuk masalah 'sinus' (resdung) saya di Klinik TNT di bawah pemantauan Pakar ENT (Ear, Nose & Throat) Kol Dr Loh Sheau Torng setiap 5 bulan sejak Okt 2011.  Alhamdulillah setelah 3 kali mengikuti nasihat pakar, banyak perubahan yang aku rasai.  Kini aku juga meneruskan temujanji dengan Dr Loh setiap 5 bulan.


 

Sinuses are air pockets that are located within the bones of the skull and face and are connected to your nasal passages by small tubes or channels, the osteomeatal complex. These channels permit air to flow from the nose into the sinuses and allow drainage of mucous from each sinus into the nose. Sinuses actually begin to develop during the early years of life from an initial small pocket or pouch within the bones of the face. This pocket, which is connected to either the right or left nasal passage by the above channels, slowly enlarges and expands within the bone filling with air during this process. The air within our sinuses exchanges constantly with air flowing through the nose.  

The growth of each sinus is variable, therefore, each of our sinuses are different in size and shape. This variation depends upon individual genes just as we all have different fingerprints. In fact, in each individual the right and left sinuses are generally different in size and shape. 

The osteomeatal channel, or the connection from the sinus to the nose, can also vary substantially in its length or width. This difference can impact greatly on the ability of this channel to function properly. It may be very narrow or tortuous and therefore easily become blocked by swollen tissue such as occurs with sinusitis. Healthy sinuses have a constant exchange of air and simultaneous flow of mucous out. All of this occurs through the osteomeatal channels. Each sinus cavity has one connection to our nasal passage. We have 4 major sinuses on each side. Frontal, Ethmoid, Maxillary and Sphenoid. Blockage of these channels, partial or complete, by either structural conditions or swollen membranes is the cause of Sinusitis. 

The nasal passages, the sinuses and their connecting channels are lined by tissue or membrane called respiratory mucosa. In the healthy state this tissue is very thin and light pink in color. Respiratory tissue produces mucous all the time. In fact many quarts of such fluid are produced in each of us every day. This mucous is moved by small hair like structures within the nose and sinuses, called cilia, to the back of the nose, down to the throat where it is then swallowed. We are not aware of this process because the mucous is thin and watery. In the condition called sinusitis the mucosa becomes very thick and even can form round or oval structures called polyps. This thickening can occur due to many factors which are discussed later. The mucous also can thicken and be difficult to clear from our nose and throat creating symptoms and feelings such as "post nasal drip," clearing of the throat and cough. Such are some of the symptoms of Sinusitis. 
Ref: this short article is copied directly from: josephbjacobs.com/page/what-are-sinuses

nose_anatomy_side.gif

Sebenarnya aku mengalami resdung sejak pangkat Lt Muda lagi (awal tahun 80an).  Macam-macam usaha menggunakan tradisional dan perubatan moden. Namun tak ada perubahan.  Amat menyiksakan sekali, setiap pagi dan petang, aku akan mendapat selsema dan bersin berpuluh-puluh kali sehingga muka ku menjadi sembab, hidung merah dan hingus meleleh.  Aku pantang sekali dengan habuk yang ada pada kertas, kayu dan pakaian yang disimpan lama.  Aku juga pantang makan makanan bergoreng menggunakan minyak yang recycle.  Pastinya kalau membelidan makan goreng pisang di warung tepi jalan, aku akan menerima akibatnya.  Hidung akan jadi gatal sehingga berjan-jam.

Sehingga tahun 2011 aku meminta doktor bertugas di Pusat Perubatan KEMENTAH untuk menemui pakar di HATTM.

Pada 30 April 2012, aku mengalami kecederaan kecil akibat kemalangan motorsikal di kawasan kuarters berhampiran kuarters aku. Kemalangan berlaku pada jam 6 pagi ketika aku bersama isteri pulang dari solat Subuh di Surau Luqman Hakim.  Dengan bantuan jiran aku, Brig Jen Dato' Hj Mazlan Abas, yang membawa aku HATTM untuk mendapatkan rawatan.  Aku ditempatkan di wad ICU sementara.  Buat x-ray dan masuk air. Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius khususnya bahagian dalaman. Hanya luka kecil di muka sebelah kiri dan kedua belah tangan.  Setelah menerima rawatan sewajarnya aku dibenarkn pulang pada jam 12 tengahari.  Terima kasih kepada doktor dan staf berkenaan.
.
 
  


Biasanya apabila aku ada appointment dengan doktor aku terpaksa menunggu giliran yang agak lama.  Kalau appointment dengan Kol Dr Loh S T (otolaryngologist), biasanya cepat sebab beliau mula buka klinik jam 0800H. Lagipun senarai pesakit tidak ramai. Dalam jam 0830H atau paling lewat jam 0900H dah selesai dan boleh balik office buat kerja.

Tapi kalau temujanji dengan pakar Orthopedik memang amat menyiksakan.  Kalau temujanji jam 0900H, sampai jam 1100H, yang temujanji jam 0800H pun belum habis.  Paling cepat 3 jam baru selesai. Nak ambil nombor giliran kena tunggu, nak jumpa pakar menunggu, dah siap rawatan nak tunggu keputusan dan next appointment kena tunggu, last sekali ambil ubat pun kena tunggu lama.  Half day gone.

Apa yang menarik apabila datang ke HATTM ialah aku dapat bertemu dengan ramai veteran ATM sama ada dari TDM, TLDM dan TUDM.  

Pada bulan Feb lepas aku bersembang dengan pesara bernama Lt Kol Stevenson dan isterinya.  Beliau dari Kor Perkhidmatan dan pakar dan pioneer dalam bidang Air Despatch. Banyak dapat pengalaman dari beliau kerana tugas beliau banyak berurusan dengan TUDM. Beliau juga satu intake dengan mantan PTU, Tan Sri Mohamad bin Ngah Said.  Walaupun mereka ini telah berpuluh tahun bersara, mereka tetap bersemangat dan bangga pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera.

Pada 22 Julai 12 aku melawat skot aku Mej Sazali bin Rauf di Wad Orthopedik kerana menjalani pembedahan lututnya.



Pada 24 Julai 2012 lepas, semasa menunggu temujanji dengan Pakar Orthopedik, aku kebetulan duduk di sebelah bekas pegawai kanan TDM.  Beliau adalah Lt Jen Dato' Jamil bin Ahmad.  Mantan Panglima Markas Kor TD.  Kami dapat bersembang panjang. Beliau bercerita tentang pengalaman semasa bertugas di Congo, sebagai Brigade Major di MSF pada tahun 1960, pengalaman beliau semasa konfrontasi, pengalaman beliau semasa insurgency, pengalaman pernah menaiki helikopter membuat pendaratan cemas di Sabah semasa beliau menjadi CO Batalion RAMD, pengalaman beliau sebagai  BGS dan sebagai  AKSPA di MINDEF.  Menurut beliau kesakitan di tulang belakang (orthopedik) yang dihidapinya adalah bermula dari kemalangan pesawat tersebut (terhentak kuat).

Melihat airmuka memang beliau seorang yang jujur dan mempunyai integriti yang tinggi.  Beliau pernah menolak banyak tawaran 'suapan'  dari kontraktor yang berurusan di MINDEF.  Belliau kecewa dengan sikap beberapa pegawai kanan ATM, malah antaranya menduduki jawatan tertinggi TDM terlibat dalam hal-hal berkaitan rasuah ini (tanpa menyebut nama). Beliau melahirkan rasa kecewa melihat keadaan pegawai ATM sekarang yang amat kurang sifat 'regimental'. Antaranya cara berpakaian, budaya di Mes Perwira, kriteria pemilihan kenaikan pangkat dan berbagai bagai cerita lagi.  Seronok betul dapat bersembang dengan beliau.  Beliau walaupun sudah berusia lebih 80 tahun, masih sihat.  Bercakap tidak berhenti-henti, tetapi seronok kerana banyak bertanya balik beberapa perkara kepada aku.  Jadi tidaklah dia seorang yang bercakap. Risau juga akau kalau banyak yang tak tau kalau ditanya.

Dan, beliau juga adalah bekas abang ipar kepada Brig Gen Dato' Hj Roslan bin Kasim (Bersara), mantan  AKS Materiel (Jan- Jul 2008).
.
Almarhum Jeneral Tun Hj Ibrahim bin Ismail, mantan Ketua Turus AT 1970-1977 (sekarang Panglima Angkatan Tentera) merupakan pegawai tinggi pertama ATM yang meninggal dinia di atas katil di wad HATTM. Beliau mninggal dunia pada jam 0445, 23 Dis 2011 pada usia 88 tahun. 

MENHAN menziarahi almarhum beberapa hari sebelum meninggal dunia
 
Jenazah almarhum Tun Ibrahim diberikan penghormatan ketenteraan dibawa keluar dari HATTM untuk disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Sejarah Almarhum boleh dibaca dalam blog ini di bawah Tajuk 44 (Anak Johor Tersohor 1)



 
 
 


RAWATAN ORTHOPEDIK

CUCUKU DILAHIRKAN
23 NOV 12- AISYAHNUR MASUK
24 NOV - AUNY HUMAYRA DILAHIRKAN

.
 
 
 

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang berurusan dengan HAT Tuanku Mizan ini:

  • Mengurus pesakit dari kalangan pesara yang telah berusia lanjut dan kurang upaya. Mereka dilayan seperti pesakit biasa dan terpaksa menunggu berjam-jam tanpa diberi sebarang keutamaan. Ada dari mereka datang jauh dari seluruh negara untuk mendapatkan rawatan.