Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Monday, September 9, 2013

AF 048: NURI YANG PERKASA DAN BERJASA


S61A-4 NURI


Helikopter Nuri
Perkasa dan Berjasa

28 Mei 2012, aku berada di rumah kerana masih bercuti pendek.  Selepas memandu selama dua hari berturut KL-Tampin-Segamat-Batu Pahat-Yong Peng-Seremban-KL, terasa betul sakit-sakit badan aku.  Pagi-pagi, aku mencari peluh dengan menyapu sampah dan daun kering di keliling rumah dan membakarnya.  Sambil itu aku trim pokok-pokok bunga, daun pisang dan buah-buahan tanaman aku.  Satu pokok hasil tanamanku telah mengeluarkan hasil, iaitu buah kedondong. Lebat juga, ada 4 tangkai, dua sudah pun habis dipetik.  Pisang emas juga telah dua kali menebang hasilnya.  Pisang hutan, aku ambil jantungnya untuk buat ulam, cecah sambal kicap, perrrgghhh, melior.  Buahnya aku dermakan kepada unggas-unggas yang mencari rezeki. Limau kasturi dah puas berbuah dan mula berpenyakit.

Waktu itu, aku melihat '3 Pahlawan Besi TUDM' (pesawat Nuri) berlegar-legar di ruang angkasa membuat raptai untuk perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke 54 pada 1 Jun ini.

Sedikit kelapangan yang aku ada malam ini (sekarang sudah jam 0020), memberi aku ilham untuk menulis sedikit tentang pesawat Nuri ini.  Kali pertama aku berpeluang menaiki pesawat Nuri ialah pada tahun 1981 dari TUDM Kluang ke Pulau Tioman - pergi dan balik (semasa mengikuti latihan asas penerbangan di Pulatibang 2, TUDM Kluang).  Tujuan ke Pulau Tioman ialah untuk latihan survival di sana- sebagai salah satu silibus dalam latihan. 

Aku cuma sempat terbang Bell 47G5A. Kalau aku 'tak bongok' sikit semasa menjalani latihan penerbangan masa tu, mungkin aku juga salah seorang bekas juruterbang Nuri, sama ada telah bersara semasa berpangkat Kapt atau Mej, kalau sedang berkhidmat mungkin masih kelam-kabut mengetuai sebuah skuadron Nuri, atau mungkin telah disenaraikan sebagai 'pahlawan yang gugur' yang hanya didoakan semasa perbarisan atau majlis tahlil HUT TUDM setahun sekali.  Ada dua konklusi: aku tidak bernasib baik kerana aku gagal atau aku bernasib baik kerana aku gagal.

Semasa bertugas di TUDM Kuching (1981-1983) aku beberapa kali berpeluang menaiki pesawat Nuri, antaranya:

(1)   latihan menembak di lapangsasar Bau

(2)   mengikuti penerbangan ke Miri dan Labuan

(3)   mengikuti penerbangan ke Sibu

(4)   menghantar bodevac isteri seorang anggota Tentera Darat ke Kg Tekajung (Matu-Daro)

(5)   adventur ke Gua Niah

Ramai rakan seperjuanganku adalah juruterbang Nuri dan di antaranya gugur dalam nahas Nuri.  Antara yang gugur ialah allahyarham Kapt Fitri Abdullah, mendiang Kapt James Tingom, allahyarham Kapt Fauzi Awab dan lain-lain.


Pesawat atau helikopter Nuri merupakan pesawat dari keluarga 'Raja Laut' (Sea King) buatan Sikorsky Helicopter Incorp, Amerika Syarikat dan mula digunakan dalam TUDM dalam tahun 1969. Kesemua 38 buah pesawat Nuri dibeli secara berperingkat-peringkat.


Pengalaman awalku menaiki pesawat Nuri (1982) di Kuching

Sejarah Pembinaan Pesawat Nuri
(Sumber: wikipedia)


The Sikorsky S61L and S61N are civil variants of the successful SH-3 Sea King helicopter. They are two of the most widely used airliner and oil rig support helicopters built.



Design and development

In September 1957, Sikorsky won a US development contract for an amphibious anti-submarine warfare (ASW) helicopter capable of detecting and attacking submarines. The XHSS-2 Sea King prototype flew on 11 March 1959. Production deliveries of the HSS-2 (later designated SH-3A) began in September 1961, with the initial production aircraft being powered by two 930 kW (1250shp) GE T-58-8B turboshafts.

Sikorsky was quick to develop a commercial model of the Sea King. The S-61L first flew on 2 November 1961, and was 4 ft 3 in (1.30 m) longer than the HSS-2 in order to carry a substantial payload of freight or passengers. Initial production S-61Ls were powered by two 1350shp (1005 kW) GE CT58-140 turboshafts, the civil version of the T58. The S-61L features a modified landing gear without float stabilisers.

Los Angeles Airways was the first civil operator of the S-61 introducing them on 11 March 1962, for a purchased price of $650,000 each. 

On 7 August 1962, the S-61N made its first flight. Otherwise identical to the S-61L, this version is optimized for overwater operations, particularly oil rig support, by retaining the SH-3's floats. Both the S-61L and S-61N were subsequently updated to Mk II standard with improvements including more powerful CT58-110 engines giving better hot and high performance, vibration damping and other detail refinements.

The Payloader, a stripped down version optimised for aerial crane work, was the third civil model of the S-61. The Payloader features the fixed undercarriage of the S-61L, but with an empty weight almost 2,000 lb (910 kg) less than the standard S-61N.

Carson Helicopters was the first company to shorten a commercial S-61. The fuselage is shortened by 50 in (1.3 m) to increase single engine performance and external payload. A unique version is the S-61 Shortsky conversion of S-61Ls and S-61Ns by Helipro International. VIH Logging was the launch customer for the HeliPro Shortsky conversion which first flew in February 1996.

One modification for the S-61 is the Carson Composite Main Rotor blade. These blades replace the original Sikorsky metal blades which are prone to fatigue. The Carson Composite Main Rotor blades permit a modified aircraft to carry an additional 2,000 lb (907 kg) load, fly 15 kn (28 km/h) faster and increases range 61 nmi (113 km).

The latest version is the modernized S-61T helicopter. The US State Department has signed a purchase agreement for up to 110 modernized S-61T aircraft for passenger and cargo transport missions in support of its worldwide operations. The first two modernized S-61 aircraft will support missions for the U.S. Embassy in Afghanistan.


Variants
  • S-61L - Non-amphibious civil transport version. It can seat up to 30 passengers (13 Built).
  • S-61L Mk II - Improved version of the S-61L helicopter, equipped with cargo bins.
  • S-61N - Amphibious civil transport version.
  • S-61N Mk II - Improved version of the S-61N helicopter.
  • S-61NM - An L model in an N configuration.
  • S-61 Payloader - Stripped down machine optimised for aerial crane work; features the fixed undercarriage of the S-61L, but with an empty weight almost 900 kg (2,000 lb) less than the standard S-61N.
  • S-61 Shortsky - Shortened conversion of the S-61L and S-61N, designed to increase single engine performance and external payload.
  • S-61T Triton - S-61 modernized upgrade by Sikorsky and Carson; Upgrades include composite main rotor blades, full airframe structural refurbishment, conversion of folding rotor head to non-folding, new modular wiring harness, Cobham glass cockpit avionics; initial models converted were S-61N
Specifications (S-61N Mk II)
 Data from International Directiory of Civil Aircraft

General characteristics

Crew: 2 pilots
Capacity: up to 30 passengers
Length: 58 ft 11 in (17.96 m)
Rotor diameter: 62 ft (18.9 m)
Height: 17 ft 6 in (5.32 m)
Disc area: 3,019 ft² (280.6 m²)
Empty weight: 12,336 lbs (5,595 kg)
Loaded weight: lb (kg)
Max take-off weight: 19,000 lb (8,620 kg)
Power Plant: 2 × GE CT58-140 turboshafts 1,500 shp (1,120 kW) each

Performance
Max speed: 166 mph (267 km/h)
Cruise speed: 120 knot (222 km/h)
Range: 450 nm (833 km)
Service ceiling12,500 ft (3,810 m)

Rate of Climbing1,310–2,220 ft/min (400–670 m/min)



Perkasa dan Berjasa

Sepanjang tempoh perkhidmatannya lebih 40 tahun dalam TUDM, Nuri amat berjasa kepada negara ini.  Memulakan tugas ketika negara sedang menghadapi peperangan insurgency melawan pemberontakan pengganas komunis yang beroperasi di hutan-hutan tebal Pahang, perak, Kelantan, Kedah serta Sabah dan Sarawak.  Nuri yang melengkapi 4 buah skuadron dalam TUDM iaitu No 3 Skn Butterworth, No 5 Skn Labuan, No 7 Skn Kuching dan No 10 Skn Kuala Lumpur (dulu Kuantan).



Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Melawat No 3 Sk, 
TUDM Butterworth (30 Dis 1974)

Dengan barisan juruterbang yang kental dan berani mati, Nuri gagah dan perkasa memecah kesunyian ruang udara hutan belantara seluruh negara melaksanakan tugas yang amat merbahaya kerana terdedah dengan tembakan mortar pengganas komunis.  Dan bukan cerita rekaan atau imaginasi apabila Nuri dtembusi peluru musuh malah ada yang jatuh terhempas.  Antara misi pesawat ini ialah:

(1)   Menghantar dan mengambil troop ke/dari landing point atau forward location.

(2)   Menggugurkan bekalan, bahan letupan dan minyak.

(3)   Menyelamatkan anggota tentera yang cedera dalam hutan.

(4)   Membuat operasi mencari dan menyelamat.


(5)   Memindahkan penduduk perkampungan orang Asli atau melaksanakan tugas kemasyarakatan di pendalaman hutan.



 

Dalam perkhidmatannya yang sentiasa dalam bahaya, Nuri yang tergolong sebagai pesawat era lama yang tidak dilengkapi dengan alatan moden juga terdedah kepada bahaya penerbangan malam dan cuaca buruk.  Hutan Malaysia yang bergunung ganang dan bila-bila masa sahaja boleh bertukar cuaca hujan, ribut petir serta aliran angin yang berubah haluan. Hanya juruterbang Nuri yang boleh bercerita mengenai hal ini.

Sewaktu aman, Nuri tetap bekerja seperti melaksanakan misi-misi berikut:

(1)   Pengangkutan troop tentera darat ke lokasi yang tiada mode pengangkutan darat dan sungai.

(2)   Membuat penerbangan ikhsan.

(3)   Penerbangan komunikasi dan VIP

(4)   Operasi menyelamat

(5)   Penerbangan latihan dan pertunjukan udara


(6)   Menyertai misi bantuan PBB di luar negara


  

Banyak juga kehilangan pesawat Nuri yang disebabkan oleh masalah cuaca.


Namun, kita mudah sekali LUPA akan jasa Nuri dan seluruh aircrewnya.  Apabila sesekali berlaku kemalangan atau nahas yang melibatkan pesawat Nuri, pelbagai kutukan dan hinaan dihadiahkan kepada TUDM.


  
  
Operasi mengangkat bangkai Nuri yang mengalami kemalangan di dalam kawasan hutan

Warga TUDM, khususnya juruterbang, dan juruteknik sudah berpuluh tahun terlibat dalam senggaraan pesawat ini.  Mereka cukup berpengalaman.  Bukan mudah untuk mereka melepaskan pesawat untuk terbang jika mereka tidak berpuas hati dengan presatsinya.  Juruterbang TUDM, walaupun tidak sehandal juruterbang USA atau Russia yang mempunyai ribuan jam penerbangan bukanlah juruterbang yang bahlol untuk sesenang hati menerima pesawat yang tidak sempurna untuk diterbangkan.


Malah lebih menyedihkan ialah, kemalangan Nuri dijadikan bahan gurauan untuk memperlekehkan keupayaan TUDM.  Bacalah blog-blog yang bercerita mengenai Nuri. Nuri pesawat buruk, keranda terbang, juruterbang tidak cukup latihan, juruteknik cuai, TUDM pasang alatganti tiruan yang murah dan pelbagai lagi.



Juruteknik TUDM merawat pesawat Nuri di kawasan operasi

Kalau diberi pilihan untuk 'TICK' memilih sama ada perlukah Nuri ditamatkan perkhidmatan, 100% warga TUDM akan TICK YES.  Tapi siapakah yang berhak membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Nuri dan membeli pesawat baru.


Jasa pesawat Nuri (dan juga Alouette yang lebih tua lagi usianya) bukan kepalang.  Beli dan bacalah buku ini.  Buku ini dtulis oleh seorang bekas juruterbang Nuri yang berpengalaman menerbangkan Nuri dalam pelbagai jenis operasi SEBENAR.  Kebetulan Mej Hj Nor Ibrahim TUDM (B) adalah salah seorang bekas juruarah (DS) aku semasa aku mengikuti Squadron Officer School (SOS) pada tahun 1991.



Mudah-mudahan mata hati anda akan terbuka.  Sebahagian besar kehidupan juruterbang helikopter TUDM pada masa itu adalah bergelumang dengan persekitaran hutan belantara, perkampungan orang asli dan kem-kem Tentera Darat.  Mereka bukan sahaja sentiasa terdedah dengan tembakan peluru pengganas komunis bahkan terdedah kepada risiko kemalangan maut akibat cuaca buruk dan muka bumi hutan Malaysia.


Tidak sebagaimana penerbangan hari ini yang dirancang dan lengkap dengan inflight ration yang enak, mereka mempunyai risiko kelaparan, fatigue, tinggal atau terkandas di kem-kem pendalaman TD dan perkampungan orang asli.



Mereka Yang Perkasa dan Berjasa

Seperti yang ditulis di atas tadi, helikopter Nuri dan Alouette terlibat secara langsung dengan tugasan operasi berisiko tinggi semasa era peperangan insurgency sehingga tahun 1989. Selepas tahun tersebut, penglibatan Nuri dalam operasi berterusan tetapi lebih menumpukan kepada pencegahan, mencari dan menyelamat, penghantaran trup dan ulang bekal dan komunikasi.




Namun tugasan mereka tetap berisiko tinggi dan memerlukan kecekapan dan kemahiran yang tinggi, khususnya apabila berurusan dengan kawasan pergunungan dan hutan tebal di negara kita.  Juruterbang Nuri juga  terlibat secara langsung dengan operasi di luar negara (di bawah panji-panji PBB) seperti di Kemboja dan misi bantuan kemanusiaan (HADR) di Acheh,  Padang dan Jogjakarta - Indonesia.


Antara juruterbang dan krew helikopter TUDM yang menerima penghormatan dengan anugerah Pingat Keberanian ialah:

Senarai Penerima PGB

(1)   Mendiang Flt Lt Choo Yeok Boo

(2)   Kapt Abdul Rahim bin Abd Rahman (Bersara Brig Jen Dato')

Senarai Penerima PTU

(1)   Flt Lt Abdullah@ Dollah bin Ahmad (bersara Jeneral Dato' Seri)

(2)   Flt Lt Abdul Rahim bin Abdul Rahman   (bersara Brig Jen Dato')

(3)   Flt Lt Ng Sek Kee @ Ng Sak Kay

(3)   Flg Offr Chung Ming Teck

(4)   Flg Offr Murad bin Abd Rahman 

(5)   Flg Offr Darby Owen (bersara Lt Kol)

(6)   PW  Arumugam a/l Manickam

(7)   Mendiang Sgt Leong Yee Heang

(8)   Komodor (U) Mohamed bin Ngah Said (bersara Lt Gen Tan Sri)

(9)   Kapt (U) Ahmad Radzi bin Hashim (bersara Mej)

(10) Kapt (U) Mohd Khalid bin Ali (bersara Mej) - sekarang Dato'

(11) Mej (U) Chong Keng Lay (bersara Lt Kol)

(12) Kapt (U) Nor Ibrahim bin Sulaiman (bersara Mej)

(13) Mendiang Sjn Leong Yee Heng

(14) Lt (U) Mohd Som bin Othman

(15) Kapt Saadan bin Basirun TUDM

(16) Kapt Tien Sen TUDM

(17) Kapt Mohammad Izhar bin Hasan TUDM (sekarang Kept APMM)

(18) Lt Gabriel Joel TUDM

(19) Lt Nazhar bin Abdullah TUDM



.
Mereka Yang Terkorban Ketika Berjasa

Mereka adalah sebahagian dari pahlawan negara yang terkorban semasa bertugas. Walau apa punca kemalangan sekali pun yang menyebabkan kematian mereka, mereka tetap telah mencurahkan bakti, menerbangkan pesawat sama ada Nuri, Alouette atau Super Puma untuk kepentingan negara dan TUDM.  Banyak nama-nama AQM tidak tersenarai. Untuk yang beragama islam kita sama-sama sedekahkan al Fatihah untuk mereka:

  1. Plt Offr Zainal Abidin bin Hanafi (Alou- 1967) 
  2. Plt Offr Mohammad Shir bin Mohammad Ali (Alou -1967)
  3. Kapt (RMR)Mahmood bin Mohamed Zain (Alou- 1969)
  4. Sqn Ldr Abdul Jalil bin Shamsudin (Alou- 1969) 
  5. Flying Officer Lim Bok Chun (Nuri -1973)
  6. Kapt (RMR) Ramli (Nuri- 1973)
  7. Flt Lt Lim Cheng Kim (Nuri -1973)
  8. Kapt (U) Choo Yeok Boo (Nuri- 1976)
  9. Kapt (U) Mustafa Kamal bin Mohd Shafie (Nuri- 19676)
  10. Lt Chung Meng Teck (Nuri -1976)
  11. Lt Wan Munsiff bin Wan Salim (Nuri- 1976)
  12. Kapt (U) Wee Kong Beng (Alou- 1979)
  13. Kapt James anak Tingom TUDM (Nuri- 1989)
  14. Kapt Shuhaini Ahmad TUDM (Nuri- 1989)
  15. Sjn (U) Zainuddin Ahmad Samad (Nuri- 1989)
  16. Kapt Fauzi bin Awab TUDM (Nuri- 1989)
  17. Kapt Zaimi bin Isroh TUDM (Nuri- 1989)
  18. Sjn (U) Koey H C (Nuri- 1989)
  19. Kapt Tan Eng Huat TUDM (Nuri- 1991)
  20. Lt Saiful Bahri Baharum TLDM (Nuri- 1991)
  21. FSjn G. Balasubramaniam (Nuri- 1991)
  22. Mej Kamarul Bahrain bin Ahmad TUDM (Puma- 1993)
  23. Kapt Mohd Fitri @ Chew Ban Chai bin Abdullah TUDM (Puma- 1993)
  24. Sjn (U) Nordin bin Ahmad (Puma-1993)
  25. Sjn U (W) Azni binti Alias (Puma-1993)
  26. Lt Zaili bin Othman TUDM (Nuri- 1996)
  27. Lt Emila Effendy bin Sehur Ismail TUDM  (Nuri- 1996)
  28. Kapt Zulkifli bin Othman TUDM  (Nuri- 1996)
  29. Sjn (U) Hamdan bin Jais  (Nuri- 1996)
  30. Kapt Khairul Anuar bin Mohd Shamsudin TUDM (Nuri- 1996)
  31. Lt Zamani bin Mohamed TUDM (Nuri- 1996)
  32. Sjn (U) Abang Wahi A.Saili  (Nuri- 1996)
  33. Kapt Dicky Rishi Chin  (Nuri- 2004)
  34. FSgt  Zailani bin Abd Kadir  (Nuri- 2004)
  35. Mej Abd Hadi bin Wahab TUDM ( (Nuri- 2004)
  36. Kapt Ismaizilas bin Ismail TUDM (Nuri- 1996)
  37. Sjn (U) Sentaliah anak Jandur  (Nuri- 1996)
  38. Kapt Nor Azlan bin Datuk Termuzi TUDM  (Nuri- 2007)
  39. Kapt Intan Noor Asyikin Mohd Aroff TUDM (Nuri- 2007)
Nota: mungkin ada nama yang tidak tersenarai


Mereka Yang Berjaya

Nuri juga telah melahirkan beberapa orang juruterbang yang kemudiannya berjaya mencapai puncak kerjaya yang membanggakan dalam TUDM.  Ramai 'Jeneral-Jeneral' (sama ada yang telah bersara atau masih berkhidmat) adalah bekas juruterbang Nuri. Malah ada di antaranya yang menduduki jawatan No 1 dalam TUDM. Antaranya 'bintang-bintang' yang dilahirkan oleh pesawat Nuri ialah:
  1. Jen Tan Sri Ahmad Saruji bin Che Rose TUDM (B) - mantan PTU
  2. Jen Dato' Seri Abdullah Nasution TUDM (B) (juga seorang 'pakar aerobatik' juruterbang Alouette sebelum bertukar menjadi juruterbang pejuang) - saya rasa mesti juga pernah menerbangkan Nuri. - mantan PTU
  3. Lt Jen (U) Tan Sri Mohamad bin Ngah Said (B) - allahyarham (mantan PTU)
  4. Lt Jen Dato' Seri Hj Abdul Ghani Aziz TUDM (B) (seorang juruterbang heli sebelum menjadi juruterbang pejuang) - mantan PTU. Ghani merupakan juruterbang pejuang yang pertama dilantik menjadi PTU. Bermula dari sini,  juruterbang pejuang mula menguasai barisan kepimpinan TUDM, dan secara perlahan penguasaan juruterbang heikopter dan angkut semakin menipis. Ghani telah menyediakan barisan kepimpinan masa depan dari kalangan juruterbang pejuang dengan menaikkan pangkat pegawai-pegawai muda yang berpotensi. bagi memimpin TUDM di abad ke 20.
  5. Lt Jen Dato' Nawi bin Alias TUDM (B)
  6. Lt Jen Dato' Abu Bakar bin Md Said TUDM (B)
  7. Lt Jen Dato' Mohd Sabri bin Adam TUDM (B)
  8. Lt Jen Dato' Wan Nor Mazlan bin Che Jaafar TUDM
  9. Mej Jen Dato' Hj Mohd Fauzi bin Hussain TUDM (B) - mantan TPTU
  10. Mej Jen Datuk Ahmad Merican TUDM (B) - allahyarham - mantan TPTU
  11. Mej Jen Dato' Abdul Razak bin Abdul Aziz TUDM (B)
  12. Mej Jen Dato' Hj Yahaya bin Bidin TUDM (B)
  13. Mej Jen Dato' Hj Che Yahaya bin Idris TUDM (B)
  14. Mej Jen Dato' Mohd bin Sulong TUDM (B)
  15. Mej Jen Dato' Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM (B)
  16. Mej Jen Dato' Hj Mazlan bin Abas TUDM (B)
  17. Mej Jen Dato' Jamal bin Abu Bakar TUDM (B)
  18. Mej Jen Dato' Hj Ibrahim bin Hashim TUDM (B)
  19. Mej Jen Dato' Shabre bin Hussein TUDM
  20. Mej Jen Dato' Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM
  21. Brig Jen Dato' Stephen Ngiau Tai Kong TUDM (B) - mendiang
  22. Brig Jen Dato' Radzi bin Zainuddin TUDM (B)
  23. Brig Jen Dato' Ranjit Singh Gill TUDM (B)
  24. Brig Jen Dato' Hussein bin Supian (B)
  25. Brig Jen Dato' Goh Seng Toh TUDM (B)
  26. bekas Brig Jen Datuk Hj Abdul Hadi bin Abdul Khattab TUDM
  27. Brig Jen Dato' Rosli bin Mohd Yusof TUDM (B)
  28. Brig Jen Dato' Tuan Mustapha bin Tuan Hussein TUDM (B)
  29. Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Hong TUDM
  30. Brig Jen Raja Ikram bin Raja Othman TUDM
  31. Brig Jen Suhaimi bin Hussein TUDM
  32. Brig Jen Haji Shahada bin Ismail TUDM
Kemalangan Nuri

Mengikut beberapa catatan yang aku perolehi, sejak ia berkhidmat dalam TUDM, sebanyak 14 kemalangan besar telah menimpa pesawat ini dan 10 darinya kemalangan maut. Catatan itu juga menyatakan sehingga tahun 2007 (kemalangan maut terakhir) nahas pesawat Nuri telah mengorbankan 81 jiwa termasuk, juruterbang, pembantu juruterbang, Kuartermaster, penumpang dari kalangan anggota tentera/polis atau pun awam.

Antara pegawai tertinggi ATM yang maut dalam nahas Nuri adalah allahyarham Mej Jen Dato Mustaffa bin Awang dan Brig Jen Dato' Hasbullah Mohd Yusof.


Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM (data didapati dari bernama.com)

  •  25 April 1969- Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak (maklumat ini dipersoalkan- kemalangan Alouette).
  • 11 Mac 1972- 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
  •  26 April 1976- 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980- Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
  • 25 April 1981- 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • 11 Julai 1981- Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
  • 14 Nov 1989- 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
  • 18 Dis 1989- 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
  • 28 Ogos 1990- 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
  • 16 Jan 1991- Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
  • 10 Jun 1991- 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
  • 11 Julai 1991- 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
  • 16 Okt 1996- 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
  • 19 Mac 1997- 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
  • 5 Mac 2004- 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
  • 30 Mac 2004- 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
  • 15 Ogos 2004- 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
  • 13 Julai 2007- 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
  • 10 Julai 2008- Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.
  • 23 Dis 2013 - Sebuah pesawat .Nuri TUDM telah jatuh terhempas semasa membuat pendaratan di atas landing point Pulau Perak (utara Selat Melaka). kesemua 6 anggota tentera dalam pesawat selamat.


  
  
Mangsa Tragedi Gubir 1976

-ALBUM LAMA NURI-
era di mana Nuri adalah nyawa TUDM- "Nuri datang bermakna TUDM datang untuk menyelamatkan kita"

(gambar-gambar dari blog xnuripilot.blogspot.com)

 
 
kem gubir 
Zaman kegemilangan pahlawan besi di tahun 70an dan 80an

 
 

Kesah kehidupan 'kegembiraan dan kesengsaraan' juruterbang dan AQM Nuri boleh diperolehi dari buku Catatan X-Nuri Pilot karangan Mej Hj Nor Ibrahim (Bersara)- tapi, hanya jauhari yang tahu manikam, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hubungan Nuri dengan warga TD yang beroperasi adalah 'bagaikan aur dengan tebing' bagi warga Tentera Darat, Nuri adalah penyambung nyawa mereka, bagi krew Nuri, warga TD yang menanti bantuan Nuri adalah penyuntik semangat dan keberanian mereka.

Satu kepuasan sebagai juruterbang yang tidak dirasai oleh juruterbang pejuang dan sayap akku yang lain

   
Mej Hj Nor Ibrahim bersama ternakan kesayangannya 'Nuri'

Mungkin suasana seperti di dalam gambar di atas (kerjasama antara perajurit TD dengan aircrew Nuri)  tidak lagi berlaku sekarang ini.

  NURI TETAP TERBAIK  

Semasa Hari Terbuka di PU Subang pada 3 Jun 2012 bersempena dengan HUT TUDM ke 54, salah satu cara pertunjukan ialah penerbangan aerobatik disamping membuat demonstrasi 'fast roping' dan 'spie rig' (bersama anggota PASKAU) oleh sebuah pesawat Nuri. Aku sendiri tidak pernah melihat aksi Nuri seperti itu sejak lebih 30 tahun dalam TUDM.  

Kali terakhir aku menonton aksi mendebarkan yang betul-betul mengecutkan jantung aku ialah semasa mantan PTU, Jen Dato' Seri Abdullah Nasution menerbangkan pesawat Alouette untuk kali terakhir (aerobatik) di hari terakhir perkhidmatannya pada 4 April 2004.  Seorang 'tua' berusia 56 tahun mampu membuat pertunjukkan penerbangan yang amat-amat merbahaya dan ditambah dengan pesawat yang diterbangkan (Alouette) telah berusia melebihi 40 tahun.


Satu, aku kagum dengan keupayaan pesawat yang berusia diambang 40an mampu untuk membuat penerbangan yang amat mendebarkan dan merbahaya.  Kedua, masih ada rupanya juruterbang Nuri TUDM (berpangkat Kapten) memiliki kecekapan dan keberanian sebegitu rupa.

Kalau juruterbang jet pejuang membuat aksi solo di udara, bukan sesuatu yang memelikkan, kerana itu adalah kerja mereka.  Penonton hanya seronok melihat aksi dan tidak risau pesawat akan terhempas.  Tapi apabila pesawat Nuri berbuat begitu, semua penonton fokus dengan jiwa yang berkecamuk.

Aku sendiri, penipu kalau aku tidak terbayang jika berlaku satu yang tidak baik ke atas pesawat ini. Hati aku berkata "kalau lah dot dot dot pesawat Nuri hari ini, habislah segala harga diri TUDM yang berusia 54 tahun".  Hancur lah misi hari terbuka TUDM hari ini.  Esok surat khabar tempatan akan dicetak 5 kali ganda dari biasa.

Tahniah!. Tabik 'spring' untuk juruterbang Nuri.  Kalau Mej Nor Ibrahim (B) "ex-Nuripilot' menonton aksi ini, pasti kaki dan tangan beliau akan gatal, gian untuk memegang ,'cyclic stick' dan 'collective lever' dan memijak 'rudder paddle' Nuri.

 
  
  
  
  

CHALLENGES AND RISKS

 

ACHTUNG!
if you are interested
Other than this, you are invited to visit my other 
BLOGs:
coltoras1959.blogspot.com
dan
tjp37spk.blogspot.com

thank you

1 comment:

  1. adalah sesuatu yang normal apabila sesebuah pesawat terhempas...punca adalah pelbagai...cuaca,technical,jurutebang, dsb...pada saya...selagi ada alat ganti,selagi sesebuah pesawat itu boleh dirombak rawat serta baik pulih secara total dan boleh dinaik taraf dari pelbagai sudut...tiada sebab sesebuah pesawat itu untuk ditamatkan perkhidmatannya...malah penggunaannya akan menambahkan lagi kecekapan para juruterbang dalam memahirkan diri dengan pesawat tersebut..masih ramai yang menggunakan versi nuri sama ada dalam versi tentera atau pun civil...seperti alouette III juga...ia adalah sebuah pesawat yang popular didunia dan masih digunakan diserata dunia...dengan pembelian EC725...sepatutnya bebanan Nuri bolehlah dikurangkan...Nuri boleh menumpukan tugasnya kepada SAR serta bantuan kemanusiaan...sebab kita dah ada EC725 bagi tujuan yang memerlukan advanced technology...tak perlu lah EC-725 digunakan untuk menghantar bantuan mangsa banjir...guna lah Nuri...Tambah yang baru...kekalkan yang lama... sebarang komen ,pendapat boleh terus kepada saya : mmicktarjick@hotmail.com

    ReplyDelete