Appointment
and Promotion
and Promotion
"Wahhhh...bestnya kalau aku berpangkat
Kapten". Mana taknya, 3 paku atas
bahu, dari jauh dah nampak.
Sewaktu aku mengikuti temuduga awal di Kem Majidee, Johor
Bahru (Dis 1979), semua urusan temuduga dilaksanakan oleh pegawai berpangkat
Kapten sahaja. Masa aku menjalani latihan pegawai kadet (Port Dickson) tenguk
Kapten macam punyalah besar. Dah lah tu, instructor pulak tu. Powerful. Macam hulubalang istana dalam
cerita zaman Kerajaan Melayu dahulu. Apa dia nak buat, dia punya suka. Nak bagi lompat katak, star jump 100 kali,
foward roll, slide roll sampai muntah hijau, nak bagi terjun dalam kolam
longkang (lubang beruang), nak bagi penampar, penendang, penumbuk...... semua
boleh, atas nama 'TRAINING'.
Sehari dalam latihan kedet adalah hari yang paling panjang dalam
kehidupan seorang pegawai tentera. Dulu la.... sekarang tak pasti. Kalau tenguk kaedah latihan dan kehidupan
kedet sekarang, training 10 tahun pun tak apa.
Passing out je dari latihan terus pakai Mejar atau Lt Kol. Hahaha...
Keadaan latihan kedet amat berbeza, perubahan zaman. Pergi balik dari blok ke
kelas naik bas berhawa dingin.... tak payah lah cerita pasal keadaan bilik,
kemudahan makan dan mess dan lain-lainnya.... itu rezeki mereka.
Besarnya pandangan saya ke atas pangkat 'Kapten' berterusan
semasa mengikuti latihan penerbangan.
Semua instructor berpangkat Kapten. Alor Setar ke Kluang ke, sama sahaja- Kapten paling berkuasa dan paling
berleluasa. Instructor boleh buat apa
sahaja, dalam pesawat boleh tumbuk, boleh cubit, boleh maki hamun, dah turun
dari pesawat - masuk briefing room, belasah lagi. Tak puas hati, malam boleh panggil ke mess
dan lanyak lagi. Besarnya Kapten. Seronok betul jadi Kapten ni beb!
Nak lepas dari seksa latihan kedet satu cerita. Dah masuk dalam TUDM, nak panjat tangga
kerjaya another story. Cita-cita satu
sahaja, nak jadi pilot, malangnya hasrat tak kesampaian. Bila masuk bidang baru, Logistik, sebenarnya
pada masa itu (semasa memilih untuk masuk Logistik), aku sendiri pun tak tau
apa benda Cawang Logistik itu. Nak masuk
Engineering, masih trauma dengan kegagalan di UTM sebelum masuk kedet. Nak
masuk Admin, takut kena hantar kursus komando, kena terjun..... nak masuk ATC, aku tak konfiden dengan
English aku, takut kena hantar kursus overseas.... tu yang 'end up' pilih
Logistik.
Bermula kakiku menapak masuk ke Cawang Logistik pada tahun
1981, bermula lah juga perjalananku memanjat tangga kerjaya dalam kareer baru
ini yang aku sendiri tidak nampak arah tujunya.
Ada jalan, lalu, bila jumpa
simpang, ikut mana orang lain lalu. Bila jumpa sungai atau parit, naik apa yang
ada, kalau ada jambatan atau titi, menyeberanglah. Kalau tak ada, kadang naik sampan, kadang
naik rakit, kalau parit tohor, redah je. Kalau parit kecik, lompat je. Bila lompat, kadang jatuh, kaki terkehel,
kalau nasib baik, ada kawan tolong, kalau tidak ada,merangkaklah, cari tempat
teduh, rehat dan rawat.
Aku tak ada cita-cita tinggi dalam TUDM ini. Aku tak pandai
nak meminta-minta. Tak pandai nak 'slow
talk', tak pandai nak lobi, sebab itu banyak benda yang sepatutnya aku dapat
tapi aku tak dapat, aku dilupakan, aku diketepikan. Banyak tempat (points) dalam liku-liku
perjalanan 'career' ku agak mencemaskan.
LPK (L2)
KURSUS ASAS PENERBANGAN
PUSAT LATIHAN TERBANG 2
TUDM KLUANG
(JAN 1981 - OKT 1981)
Sebaik sahaja menamatkan latihan asas ketenteraan di
Sekolah Pegawai Kedet Port Dickson, aku berserta hampir 40 kedet Udara (yang
dikenalpasti untuk menjadi juruterbang) di hantar keTUDM Alor Setar dan TUDM
Kluang (Pulatibang I dan II) untuk menjalani latihan penerbangan (dalam pangkat
Pegawai Kedet Udara). Aku bersama 5 yang
lain dihantar ke Kluang untuk menjalani latihan juruterbang helikopter.
Hayat kerjayaku di TUDM Kluang amat singkat. Hanya dari Februari hingga September 1981
sahaja. Aku gagal dalam latihan penerbangan (Jun 1981) dan diterima untuk
menjadi pegawai dalam Cawang Bekalan, ditumpangkan sementara di Skuadron
Bekalan TUDM Kluang. OC (KCB) ialah Mej Mohammed bin Hussein (salah seorang
pioneer TUDM pada 01 jun 1958). Di TUDM Kluang aku ditauliahkan sebagai
Leftenan Muda (Udara) berkuatkuasa mulai 1 Julai 1981 dan tarikh kekananan
dikebelakangkan pada 24 Januari 1981.
Skot kedet aku yang lain ada commissioning parade, grand,
ahli keluarga datang meraikan. Dapat tabik hormat dan terima watikah dari
Sultan Perak. Tapi aku ditauliahkan di
pejabat Komandan TUDM Kluang. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Mej Abd
Razak Abdul Aziz (Pemangku Komandan) dengan dihadiri oleh OC-OC yang lain. Watikah kena collect sendiri di MINDEF
beberapa tahun kemudian semasa aku dah berpangkat Kapt.
Ada kesilapan plus kecuaian berlaku di pihak BPA mengenai
tauliah aku (alasan terlepas pandang).
Sampai sekarang tidak digazetkan. Bayangkan, aku ditauliahkan pada 1 Jul
1981 (masa itu Sultan Pahang jadi Agong) tetapi watikah aku di tandatangani
pada tahun 1986 oleh Sultan Johor (Agong 1984-1989).
PEGAWAI BERTUGAS PERGERAKAN UDARA 'SYIF B'
TUDM KUCHING
(OKT 1981 - APR 1983)
Setelah menjalani satu kursus singkat (Modula Air Movement)
di SKKT Kinrara (satu kursus yang tidak diiktiraf- kerana tida sijil diberikan-
dan inilah satu-satunya kursus kepakaran Logistik yang pernah aku hadiri
sepanjang perkhidmatanku), aku (dengan Lt (U) Zambri Ahmad) telah dihantar ke
TUDM Kuching untuk menjawat Pegawai
Pergerakan Udara Bertugas (DAMO) Shift B mulai Oktober 1981. Kalau di Pangkalan lain, Air Movement
diletakkan di bawah OC Flying tapi di TUDM Kuching, ia di bawah OC Supply.
OC Supply TUDM Kuching masa itu ialah Kapt (U) Samsudin
Sulaiman (allahyarham) (kemudian diganti oleh Kapt (U) Johari Rais) dan SAMO
ialah Kapt (U) Ahmad bin Ismail (kemudian digantikan oleh Kapt (U) Chin Hoong
Shing). Base Commander masa itu ialah Lt
Kol (U) Nagaratnam Ampalam (kemudiannya digantikan oleh Lt Kol (U) Khong Kah
Sing.
Bertugas di Kuching memang menyeronokkan. Bujang pulak tu. Ada motorsikal dah okay. Dapat merayau ke
bandar Kuching atau pergi picnic ramai-ramai semasa weekend. Masa di TUDM Kuching, pangkat pegawai TUDM
ditukar dari memakai 'embroided bar' kepada 'pip' seperti Army. Orang yang bertanggungjawab menukar ialah PTU
masa itu allahyarham Lt Jen (U) Datuk Mohamed bin Taib. Ye la, dia pun ex-army- jadi, dia nak
"Air Foce to be looked as 'segak' as army" juga la.
Aku berada di TUDM Kuching selama 17 bulan sahaja. Walaupun tempohnya singkat, aku banyak
mendapat pengalaman di sini. Aku dapat
pergi ke banyak tempat seperti Pontianak (Indonesia), Pulau Tekajung, Bau,
Miri, Sibu, Gua Niah, Bako dan hingga ke Labuan dan KK.
LPK (L3)
KURSUS PENGURUSAN PEGAWAI LOGISTIK
INSTITUT TEKNOLOGI UDARA
(APR 1983 - OKT 1983)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 70/83 KTW 190700H Apr 83. LT
M(U) TOHARUDIN BIN ABD RASID (371256)- Ditumpangkan dari Senarai LPK(L2) kepada
TUDM Kinrara mulai 11 Apr 83 hingga 23 Okt 83 untuk mengikuti kursus Pengurusan
Pegawai Logistik Siri 22/83.
Setelah berkhidmat di TUDM Kuching sebagai pegawai
bertauliah selama 17 bulan, aku pun dipanggil untuk menghadiri kursus asas
Pengurusan Pegawai Logistik (Siri 22/1983) di Sekolah Logistik (SEKLOG),
Institut Teknologi Kinrara (ITU). Kursus
ini mengambil masa 6 bulan meliputi modul asas pengurusan dan asas perakaunan
materiel (logistik).
Seramai 18 pegawai menyertai kursus Siri ini di mana
separuh darinya merupakan pegawai 'fresh' dari SPK Port Dickson manakala
bakinya adalah pegawai-pegawai yang 'remaster' dari Cawangan lain atau yang
gagal dari latihan asas penerbangan (termasuk diriku).
Ketua SEKLOG ialah Mej (U) Ng Poh Wah manakala Koordinator
Kursus ialah Kapt (U) Azizan bin Shaari.
Aku menamatkan kursus ini pada bulan Okt 1983 dengan
kedudukan ke 2 dalam kursus. Aku
melangsungkan perkahwinan dengan Adibah pada 16 Okt 1983 iaitu sebaik sahaja
aku menamatkan kursus ini.
KETUA SKN PERGERAKAN UDARA
TUDM KUANTAN
(OKT 1983 - JUN 1986)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 182/83 KTW 050954H OKT 83. LT
M(U) TOHARUDIN BIN ABD RASID (371256)- Ditukarkan dari Senarai LPK(L2) kepada
TUDM Kuantan untuk menjawat jawatan
Ketua Skn Pergerakan Udara mulai 24 Okt 83.
Setelah menamatkan kursus asas Pengurusan Pegawai Logistik
di ITU, Kinrara, aku ditukarkan ke TUDM Kluang untuk memegang jawatan Ketua Skn
Pergerakan Udara (KSPU). Walaupun aku masih berpangkat Lt M(U), aku diberi
jawatan pangkat Kapt (U).
Pegawai Memerintah (CO) Pangkalan ialah Kol (U) Nawi bin
Alias (kemudian digantikan oleh Kol (U) Hussein bin Supian. Manakala Ketua
Cawang Logistik (KCL) ialah Mej (U) Nik Hishamuddin bin Ibrahim (digantikan
oleh Mej (U) Azizan bin Shaari pada 1 Jan 1986).
Di TUDM Kuantan aku tidak melaksanakan tugas sebagai Ketua
SPU, tetapi ditugaskan sebagai Ketua Skn Domestik (KSD) yang menguruskan Stor
Perabut, Rangsum, Pakaian dan Alat Tulis.
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 517/84 KTW 021328H Ogos 84. LT
M(U) TOHARUDIN BIN ABD RASID. Ditumpangkan dari TUDM Kuantan kepada PULATIBANG
3 untuk menjawat jawatan Pegawai Logistik mulai 8 Okt 1984.
Pada bulan 1 Ogos 1984 aku dialihkan tugas ke Skn Kenderaan
(job rotation). Bagaimanapun pada 8 Okt
1984, aku ditumpangkan ke Pulatibang 3 atas permintaan Komandannya Lt Kol (U)
Abdul Aziz Iskandar untuk membuat tugas
Pegawai Logistik. Semasa di PULATIBANG 3
aku dinaikkan ke pangkat Leftenan (Udara) berkuatkuasa 14 Jan 1985. Pemakaian
pangkat disempurnakan oleh Pemangku Komandan, Mej (U) Shubli bin Ismail
(allahyarham- meninggal dunia akibat kemalangan pesawat MB339A pada tahun
1985).
Nak pakai pangkat ni pun ada cerita juga. Dalam kawat dari Bahagian Anggota mengenai
pemakaian pangkat pegawai TJP 37 namaku tidak tersenarai. Rakan-rakan
seangkatan (skot) di Kuantan yang lain seperti LtM S.Hamid, LtM Hisham telah
dinaikkan pangkat. Setelah menelefon
pegawai staf Bahagian Anggota, dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan yang tidak
menyenaraikan namaku. Mereka mungkin
mengambil tarikh 1 Jul 1981 aku ditauliahkan di TUDM Kluang, tanpa menyedari
terdapat proviso yang menyatakan tarikh kekananan di kebelakangkan mulai 24 Jan
1981.
Semasa di PULATIBANG 3, Komandan telah menyokong untuk
Pangkat Pemangku Kapt (U) untuk aku, namun sungguh malang, BAT D 11 yang dibuat
oleh Komandan (Lt Kol Aziz) telah ditolak oleh Panglima Mk HANUD dengan alasan penilaian
terlalu tinggi. Aku pun tak faham- tapi
kemudiannya aku mendapat tahu bahawa hubungan antara boss aku (Aziz) dengan
Panglima agak kurang baik (lain kem la kot).
Jadi, sokongan boss aku tak berapa laku. Jadi, proses untuk pangkat aku
tergendala dan memerlukan satu penilaian baru.
Bertambah malang, semasa proses penghantaran semula, aku telah
ditawarkan ke ITM. Sekali lagi,
permohonan tidak diluluskan dengan alasan "tak kan nak dua-dua, dah dapat
ITM, pangkat tak payah laaa..".
Sakit hati aku mendengarnya.
Pada bulan Mei 1986, jawatan Pegawai Logistik PULATIBANG 3
dimansuhkan dan aku ditugaskan semula ke Cawang Logistik membuat tugas Ketua
Flt Kawalan Stok dan Perakaunan.
Pada bulan Jun 1986 aku mendapat tawaran untuk melanjutkan
pengajian (Diploma in Business Studies) di ITM Shah Alam di bawah program
biasiswa pendidikan ATM.
LPK (L2)
KURSUS 'DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES'
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
(JUN 1986 - JUL 1989)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 162/86 KTW 211526H JUN 86. LT (U) TOHARUDIN BIN ABD RASID. Ditukarkan
daripada Ketua Skn Pergerakan Udara TUDM Kuantan kepada LPK (L2) mulai 28 Jun
1986 kerana mengikuti kursus Diploma in Business Studies di ITM Shah Alam mulai
tarikh yang sama.
Kegagalan di UTM pada tahun 1979 mewujudkan trauma dalam
diriku. Kembali ke meja belajar setelah 7 tahun meninggalkan dunia akademik,
untuk kembali sebagai seorang pelajar adalah suatu yg mencabar. Kena pulak
classmates semuanya budak2 fresh lepasan SPM, beza usia 10 tahun!. Terasa jadi budak-budak semula. Di ITM ini, aku telah menebus semula
kegagalanku di UTM (1979), akhirnya aku dapat juga berjalan di atas stage untuk
mengambil segulung diploma, hadiah untuk ayahandaku.
Pengarah: Datuk Nik Abd Rashid Nik Majid kemudian diganti
oleh Dr Mohd Mansor
Ketua Kajian: Dr Ghazali Abdullah kemudian diganti oleh
Tuan Hj Abdullah bin Ghazali.
Yang agak terkilan ialah, aku yang sepatutnya layak memakai
pangkat P/Kapt pada tahun 1985 telah terpaksa menunggu untuk 3 tahun lagi,
kerana tiada kenaikan pangkat untuk pegawai dalam LPK.
PS3 LOGISTIK 3
BAHAGIAN BANTUAN
MARKAS PEMERINTAHAN PERTAHANAN UDARA
(OGOS 1989 - DIS 1991)
Kawat: UDARA/ANGGOTA(PEG) 199/89 KTW 211008H OGOS 89. LT TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan
dari LPK(L2) kepada PS3 LOG 3 Mk HANUD mulai 1 Ogos 1989.
Setelah tamat pengajian di ITM, aku ditukarkan ke Markas
Pemerintahan Pertahanan Udara (Mk HANUD) sebagai PS3 Log 3. Sel yang menguruskan bahan letupan. PS2 aku
ialah Mej Mohd Zaki ishak (beliau ditumpangkan ke DTU untuk projek
komputerisasi logistik). Namun aku tak lama di sel itu, kemudian ditukarkan
(internal reshuffle) sebagai PS3 SISAIR 3B di bawah Mej Mohamad Saifullah (PS2
SISAIR 3). Di sel ini aku bertugas
membantu pengurusan sistem pesawat
C-130, MB339A dan PC7.
Di Mk HANUD aku dinaikkan ke pangkat Kapt (Sebenar)
berkuatkuasa 1 Ogos 1989. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Brig Jen Dato'
Hj Abdul Ghani Aziz TUDM, Panglima Pertahanan Udara. Walaupun Kalau ikutkan tarikh sub-rank Lt, sub-rank
Kapt sepatutnya pada 24 Jan 1989. Tapi
aku di ITM masa itu (dalam LPK), maka kenaikan pangkat tidak diproses, terpaksa
tunggu tamat belajar. Oleh kerana tarikh
naik pangkat aku ialah 1 Ogos, maka secara teknikalnya aku telah kehilangan
'seniority' selama 6 bulan 6 hari. Sungguh malang perjalanan kerjayaku.
Panglima Pertahanan Udara: Mej Jen Dato' Abdul Ghani Aziz
TUDM
Ketua Staf Bantuan: Kol Danny Loh Chong Kwee TUDM
PS1 Logistik: Lt Kol Rajaratnam a/l Nadeson
Dalam bulan Okt atau Nov 1991, aku telah dipanggil temuduga
kerjaya oleh PS1 SISLOG di DTU, Lt Kol Ahmad Haidir TUDM. Meneliti
latarbelakangku dalam bidang akademik, aku ditawarkan untuk mengisi jawatan PS2
Latih/Wang di DTU Latih (menggantikan Kapt Ahmad Zaini yang baru dinaikkan ke
pangkat P/Mej TUDM dan ditukarkan sebagai KCL ITU Kinrara. Jawatan aku di
Markas HANUD diserahkan kepada Kapt Zainal bin Abd Manaf TUDM.
PS2 LATIH B
JABATAN ARAH LATIH
DEPARTMEN TENTERA UDARA
(DIS 1991 - FEB 1993)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 1/92 KTW 201506H JAN 92. KAPT
TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan daripada PS3 Logistik 3 Markas HANUD
kepada PS2 Latih B, DTU-Anggota (Latih) mulai 15 Dis 01.
Lanjutan dari temuduga dengan PS1 SISLOG, aku pun
ditukarkan ke DTU sebagai PS2 Belanjawan Latihan. Walaupun namanya PS2, ia
merupakan perjawatan bertaraf Kapt TUDM yang dikhususkan kepada Pegawai
Logistik. PS1 Latih masa itu ialah Lt
Kol Mohd Yusof Abd Kadir, seorang pegawai Kejuruteraan.
Di sini aku bertugas menguruskan hal ehwal peruntukan
bajet/kewangan (OE) latihan TUDM, meliputi kursus dalam dan luar negara. Aku dibantu oleh seorang EO iaitu Puan Wan
Rokiah Wan Idris. Selain mengendalikan
bajet, aku juga diberi tugas mengurus pelaksanaan semua kursus logistik di
institusi latihan ATM. Manakala untuk
kursus luar negara aku diberi tugas mengendalikan kursus-kursus di UK dan
Jordan. Semasa bertugas di sini aku kenal dengan En Goh Peng Seng dan En Chan
Huan Seng (PSU Kewangan). En Goh aku
jumpa balik semasa bertugas di Treasury- sekarang (2011) sudah JUSA.
Antara PS2 lain di DTU Latih (selepas 'RMAF reorg' pada
tahun 1993 ditukar menjadi MTU-Latih) masa itu ialah Mej Ali Karwi (Urusetia-
bersara Brig Jen Dato'), Mej Ali Abdullah @ Ali Kogia (Juruterbang- bersara
Mej), Mej Ahmad Fauzi (KLLU- bersara Mej), Kapt Azhar (Kej- bersara Mej) dan
Kapt Hafizan Abu Bakar (Log- bersara Mej) yang menjaga urusan
pergerakan/penerbangan.
Pada bulan Mei 1993 aku ditukarkan ke Bahagian Materiel
(SISMAT) untuk menjawat jawatan PS2 SISMAT C (Perancangan Sumber Manusia). Tempat aku di MTU-Latih diambilalih oleh Kapt
Zainudin Sahak TUDM.
Sebenarnya, bermula di sinilah, kerjaya aku dalam Cawang
Materiel ini mula menunjukkan kilauannya.
Satu persatu aku diberikan peluang memegang jawatan yang mencabar dan membolehkan aku membuka network dalam
kerjaya di hadapan.
PS2 BELI B
BAHAGIAN MATERIEL
(FEB 1993 - JUN 1993)
(DITUMPANGKAN KE JAB LATIH - GPT MEJ TUDM)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 43/93 KTW 041808H MAC 93. KAPT
TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan dari PS2 Latih B, DTU-Anggota (Latih)
kepada PS2 Beli C DTU-Materiel
(Pembelian) mulai 1 Mac 93. Ditumpangkan ke DTU Latih mulai tarikh yang sama
HDK.
Walaupun 'on paper' aku dtukarkan sebagai PS2 Beli B, tapi
atas permintaan Pengarah Latih, aku dikekalkan di DTU-Latih membuat tugas PS2
Latih/Wang. Pertukaran jawatan ini
melayakkan aku menerima Gaji Pangkat Tinggi Mejar mulai 1 Mac 1993.
Aku ditamatkan tumpangan ke MTU-Latih dan ditukarkan ke
jawatan PS2 SISMAT C mulai 1 Jul 1993 untuk menggantikan Mej Rodzuan Abd Ghani
TUDM yang melanjutkan pengajian ke ITM.
Terima kasih kepada Rodzuan yang mencadangkan nama aku untuk
mengagntikannya dan memberi jalan kepada aku untuk naik ke pangkat Mejar.
PS2 ANGGOTA C
BAHAGIAN ANGGOTA
(JUN 1993 - JUN 1994)
(MEMBUAT TUGAS PS2 SISMAT C, BAHAGIAN MATERIEL)
Kawat: UDARA/ANGGOTA (PEG) 181/93 KTW 091548H JUL 93. KAPT
TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Meletak jawatan PS2 Beli C, Bhg Materiel- Pembelian mulai 30 Jun 1993 dan
menjawat jawatan PS2 Anggota C, Bhg Anggota mulai 1 Jul 1993. Diteruskan
membuat tugas PS2 SISMAT C mulai tarikh yang sama. Dinaikkan ke pangkat P/Mejar
TUDM mulai 1 Jul 1993.
Pengalaman bertugas sebagai pegawai staf di Bahagian
Latihan selama setahun 5 bulan, banyak memberi pengalaman kepadaku. Pengalaman itulah yang membantuku untuk
bergerak ke tahap kerjaya yang lebih tinggi.
Aku ditukarkan ke Bahagian Materiel- SISMAT ketika TUDM
masih dalam keadaan 'huru-hara' akibat proses reorganisasi secara besar-besaran
oleh PTU pada masa itu (Lt Jen Dato' Ghani). Semua nama unit dan perjawatan
telah ditukar baru. Konsep pemerintahan
TUDM juga berubah menjadi 'centralised command' tetapi pemerintahan di
peringkat unit berubah menjadi 'decentralised'.
Sila baca Tajuk 21: MINDEF Siri 1.
Di sini aku dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar TUDM
berkuatkuasa mulai 1 Jun 1993. Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Kol Hj Abd
Rahman Rais TUDM, APTU Materiel. Mejar
pokai, jamuan mee kari sahaja.
Kepimpinan di Bahagian Materiel masa itu ialah:
APTU Materiel - Kol Hj Abdul Rahman Rais TUDM. (bersara
dalam pangkat Brig Jen pada tahun 1996 dan meninggal dunia pada Sep 2004).
Pengarah Materiel ialah Kol Ahmad Haidir bin Mohd Yusof
TUDM (bersara Kol) manakala PS1 SISMAT ialah Lt Kol Mahamad Fazim bin Ismail
TUDM (bersara Kol TUDM -2004).
Pada bulan Jun 1994 aku mendapat tawaran mengikuti kursus
Diploma Lanjutan di ITM Shah Alam selama 2 tahun. Jawatan PS2 SISMAT C
diserahkan kepada Mej Mohd Zawawi bin Osman TUDM. Ada kesahnya mengenai cabaran dan halangan
untuk aku ke ITM ni.
LPK (L2)
KURSUS 'ADVANCED DIPLOMA IN BUSINESS ADMINISTRATION (HRM)
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
(JUN 1994 - JUN 1996)
Kawat:
MTU/BSM/ANG(PEG) 0045/95 KTW 111532H FEB 95. MEJ TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan
daripada PS2 Anggota C, Bhg Anggota kepada LPK(L2) mulai 3 Jul 94. Mengikuti Kursus Diploma
Lanjutan Pengajian Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) di ITM Shah Alam.
Pengarah: Datuk Ir
Ahmad Zaidie bin Laidin.
Dekan: Prof Dr Hj Tahir bin Abd Hamid (kemudian Datuk).
Ketua Kursus: Puan Fauziah bt Noordin (kemudiannya Puan
Normala Amir Ishak)
Kesah aku di ITM diceritakan dengan lengkap di bawah Tajuk
8.
PS2 LOGISTIK 2
MARKAS PEMERINTAHAN PERTAHANAN UDARA
(JUN 1996 - DIS 1998)
(TUMPANGAN KE MTU-MATERIEL)
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/224/96 KTW 070524H JUL 1996. MEJ
TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM. Ditukarkan dari LPK(L2) kepada PS2 LOG 2 Mk HANUD
dan ditumpangkan ke MTU-Materiel menjawat jawatan PS2 SISMAT B mulai10 Jun
1996.
Setamatnya kursus di ITM, aku ditugaskan di MTU-Materiel
sebagai PS2 SISMAT B. Aku dimaklumkan
bahawa tugas ini adalah sementara sahaja kerana aku telah dicadang untuk
mengambil-alih jawatan KCM TUDM KL yang bakal dikosongkan oleh Mej Rosly Misbah
TUDM yang akan bersara. Namun setelah beberapa minggu di Bahagian Materiel,
Brig Jen Mohd Idris TUDM (APTU Materiel) dan Kol Othman Majid TUDM (Pengarah)
enggan melepaskan aku dari situ (memerlukan khidmatku). Maka aku dikekalkan di MTU-Materiel manakala
jawatan KCM TUDM KL diisi oleh Mej Zaharin Zainudin TUDM.
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/374/96 KTW 130256H NOV 1996 -
ditamatkan membuat tugas PS2 SISMAT B dan seterusnya membuat tugas PS2 SISMAT C
mulai 4 Nov 1996.
Kurang 5 bulan dalam jawatan PS2 SISMAT B, aku ditukarkan
ke jawatan PS2 SISMAT C (dalam bahagian yang sama) kerana terdapat kekosongan
yang perlu diisi serta berdasarkan pengalamanku dalam jawatan tersebut (Jun
93-- Jun 94) sebelum aku ke ITM.
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/240/97 KTW 230210H OGOS 1997 -
ditamatkan membuat tugas PS2 SISMAT C dan seterusnya membuat tugas PS1 SISMAT
mulai 17 Ogos 1997.
Pada bulan Ogos 1997, Mej Zahari TUDM yang menyandang jawatan PS1 SISMAT pada masa
itu telah dipilih untuk bertugas di UK sebagai ADA di MALAWAKIL London.
Pada satu malam dalam satu majlis tahlil di Masjid TUDM KL,
Kol Othman (Pengarah) telah membisikkan satu keputusan kepada aku, katanya
"saya dah bincang dengan APTU, kamu akan ambil-alih jawatan PS1
SISMAT".
Maka bermulalah era buat kerja lebih tinggi tapi tidak
mendapat Gaji Pangkat Tinggi. Aku
bertugas sebagai PS1 SISMAT sehingga akhir tahun 1998 apabila aku dicalonkan
untuk mengikuti kursus staf di MTAT.
Jawatan PS1 SISMAT diserahkan kepada Mej Bardan bin Majid
TUDM yang baru menamatkan kursus di MTAT.
LPK (L2)
KURSUS STAF
MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA
HAIGATE, KL
(04 JAN 1999 - 26 DIS 1999)
Kawat MTU/BSM/ANG(PEG)/239/98 KTW 160304H DIS 1998. MEJ
TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM (371256. Ditukarkan ke LPK(L2) untuk menghadiri Kursus Staf di MTAT
mulai 4 Jan 199 hingga 11 Dis 1999.
Komandan MTAT semasa aku melapor diri ialah Brig Jen Dato
Hidayat Shariff bin Abd Ghaffur. Pada
pertengahan tahun beliau bersara dari perkhidmatan dan tempatnya digantikan
oleh Brig Jen Dato' Mohd Amin bin Mohd Salleh.
Panjang lebar, kesah perjuangan di MTAT ditulis di bawah Tajuk 26.
PS2 URUSETIA
BAHAGIAN BEKALAN, KEMENTAH
(12 DIS 1999- 31 JAN 2004)
(TUMPANGAN KE PERBENDAHARAAN MALAYSIA)
Kawat: MTU/BSM/ANG(PEG)/162/99 KTW 030016H DIS 1999-
ditukarkan dari LPK(L2) kepada PS2 Urusetia Bahagian Bekalan KEMENTAH mulai 12
Dis 1999.
Setelah menamatkan kursus setahun di MTAT, aku ditukarkan
ke satu dunia baru dalam kerjayaku. Aku
ditugaskan di Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Perbendaharaan Malaysia untuk
menggantikan Mej Kabul Surat TUDM (ke MTAT).
Mula-mula aku terasa 'demoralised' kerana sebelum ke MTAT
aku telah membuat tugas PS1 SISMAT (satu jawatan Lt Kol yang kanan dalam Cawang
Materiel) dan sekarang aku ditugaskan ke jawatan yang bertaraf lebih rendah.
Kes PERASAN la niiii.
Bagaimanapun setelah beberapa bulan di Perbendaharaan
(sebagai Pegawai Khas TUDM), aku merasa tugas ini amat sesuai dengan diriku.
Aku cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia 'civil service'. Rata-rata mereka (civil servants) amat
menghormati 'profesionalisma' pegawai tentera yang bertugas di sana.
Di BPK aku diberi tugas menguruskan semua hal ehwal
perolehan dan kontrak peralatan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan pesawat
dan alat dukungannya. Si sini aku bukan
sahaja menjaga keprluan TUDM sahaja tetapi meliputi Unit Udara TLDM, Pasukan
Udara TD, Unit Udara Polis, Unit Udara JBPM dan DCA. Selain dari itu turut mengendalikan kontrak
perkhidmatan sewaan khidmat penerbangan untuk Suruhanjaya Pilihanraya, Jabatan
HE Orang Asli dan Jabatan Alam Sekitar.
Semasa melapur di BPK pada hujung Dis 1999, Setiausaha
Bahagian (SBPK) ialah Hajjah Kamariah Hussin (bersara Dato), kemudian
digantikan oleh Dato Hjh Kamesah Abu Bakar pada tahun 2001. Manakala Timbalan SBPK (Kerja) ialah Tuan Hj
Mohd Shamsuddin Mohd Salleh. Pada tahun 2002 terdapat perubahan organisasi di
BPK dan unit Kapal Terbang diletakkan di bawah TSBPK (Bekalan) iaitu Hjh Safiah
bt Basrah (bersara Dato').
Ketua Penolong S/Usaha (KPSU) Unit Kapal, Kapal Terbang
(KK) ialah En Abd Ghaffar bin A.Tambi (sekarang Dato'), kemudian digantikan
oleh En Ghani Talib (bersara) dan kemudian digantikan oleh En Abd Shukur bin
Ibrahim (sekarang Dato').
Aku berkhidmat di BPK selama 4 tahun 1 bulan sebelum
kembali bertugas ke MINDEF mulai 1 Feb 2004. Tugas PKTU di Bahagian Perolehan,
Perbendaharaan Malaysia diambil alih oleh Mej Noor Azmi bin Abd Rahman TUDM.
PS1 WANG
BAHAGIAN MATERIEL
(01 FEB 2004 - 31 MEI 2009)
(PS1 SISMAT)
Kawat: N/A
Sekembalinya dari Perbendaharaan, aku bertugas ke MINDEF
untuk kali ke 3 dan membuat tugas PS1 SISMAT (untuk kali kedua) dan dinaikkan
ke pangkat Pemangku Lt Kol TUDM berkuatkuasa mulai 1 Feb 2004. Pemakaian pangkat
disempurnakan oleh TPTU, Lt Jen Dato' Azizan bin Ariffin TUDM.
Kali ini aku bertugas sebagai PS1 SISMAT dengan pangkat dan
gajinya sekali. Ada sedikit pengurangan
tugas kerana jawatan PS2 SISMAT C (pengurusan sumber manusia) telah diambil
alih oleh Bahagian Sumber Manusia yang baru ditubuhkan pada tahun 2002. Jadi PS2 Rancang SM (Materiel)
bertanggungjawab kepada AKS Simber Manusia.
Pegawai atasanku semasa di sini ialah Dato Amir bin Hashim
TUDM sebagai AKS Materiel dan Kol Azizan bin Shaari TUDM sebagai Pengarah
Materiel.
Pada bulan Oktober 2005 terdapat rombakan kecil dalam
Bahagian Materiel. Aku ditukarkan untuk
menjawat PS1 Pengurusan Kontrak, manakala penjawatnya Mej Khidzri Hj Ahmad
mengambil-alih PS1 SISMAT. Berdasarkan
pengalaman mengurus kontrak dan 'network' aku semasa bertugas di di Cawangan
Kontrak.
Khidmat aku sebagai PS1 Kontrak berakhir pada bulan Apr
2007 apabila berlaku 'major reshuffle' di MLU selepas berlaku peralihan pucuk
pimpinan TUDM pada akhir tahun 2006.
TUMPANGAN KE MARKAS LOGISTIK UDARA
Kawat: N/A
Dalam gejolak ombak Tsunami MLU yang telah bermula pada Okt
2006, satu rombakan besar-besaran telah dilakukan. Rombakan ini dibuat dalam 2 peringkat, Fasa 1
pada bulan Feb 2007 manakala Fasa 2 dalam bulan April. Di MLU aku diletakkan di
Cawang Pembaikan, satu tempat yang menghadapi masalah paling kronik, dan menjadi
sasaran utama 'BOI' yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Brig Jen.
Terlalu banyak peristiwa pahit dan masam sewaktu bertugas
di Cawang Pembaikan ini. Setiap hari, waktu pagi untuk memulakan kerja adalah
cabaran. Ada waktu nanti akan aku buka
satu Tajuk khusus yang menceritakan pengalamanku selama15 bulan menjawat
jawatan PS1 Khidmat Pembaikan.
Pucuk pimpinan MLU pada masa itu ialah Panglimanya Brig Jen
Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM (naik Mej Jen pada Okt 2009), Ketua Staf Khidmat
(KSK) ialah Kol Azizan Shaari TUDM dan Ketua Staf Sistem (KSS) ialah Kol Hj Ab
Razak bin Mohd Khairan TUDM.
Jawatan PS1 Pembaikan aku sandang sehingga 30 Jun 2008
apabila aku menerima arahan untuk mengambil alih jawatan KSK dari Kol Azizan
yang ditukarkan ke MTU-Materiel untuk mengambil alih jawatan AKS Materiel.
Mulai 1 Jul 2008 (officially handed over on 14 Jul 08), aku
mengambil-alih jawatan KSK yang lebih mencabar dan menyesakkan. Sebagai KSK aku bertanggungjawab ke atas
Cawangan Pembelian, Pembaikan, Kawalan Aset dan Stok, Kewangan, Khidmat
Domestik dan secara tak langsung juga cawangan R & P. Walaupun begitu, aku tidak layak untuk
mendapat ganjaran seperti elaun menanggung tugas atau pun Gaji Pangkat Tinggi.
Sebagai KSK, aku juga diberi tugas sebagai Pegawai
Memerintah Markas. Maka PS1 Tadbir dan
Khidmat Tempatan juga terletak di bawah kawalanku.
PENGARAH RANCANG OPERASI
MARKAS TENTERA UDARA
(MEMBUAT TUGAS KETUA STAF KHIDMAT, MLU)
(01 JUL 2009 - 31 DIS 2010)
Kawat: N/A
Setelah 15 bulan 'menanggung' siksa sebagai KSK tanpa
ganjaran, akhirnya rezeki yang bulat datang bergolek. Berkat kesabaran dan usaha serta sokongan
semua pihak, aku diberikan hakku dengan pangkat Kolonel TUDM berkuat kuasa
mulai 1 Jun 2009. Jadi seksa yang
dibayar balik ialah selama 5 bulan.
Setelah menanggung tugas KSK selama 10 bulan, aku telah
dinaikkan ke pangkat P/Kolonel TUDM berkuatkuasa mulai 01 Jun 2009. Kenaikan
pangkat ini adalah menggunakan jawatan Pengarah Rancang Operasi. Sebenarnya, aku sendiri tidak pernah bermimpi
untuk sampai ke sini. Semoga Allah akan memberi diriku kekuatan untuk aku
meneruskan sumbangan kepada TUDM dan negara.
PEGAWAI MEMERINTAH
NO 17 SKUADRON
TUDM KUANTAN
(01 JAN 2011 - kini)
(MEMBUAT TUGAS PENGARAH PENGURUSAN STRATEGI)
(01 JAN 2011 - 07 FEB 2012)
Semasa aku berada
Mekah mengerjakan Haji, aku menerima SMS dari Kpl Latif (PA KSK) yang
memaklumkan bahawa aku telah ditumpangkan ke MTU sebagai Pengarah Pengurusan
Strategik mulai 13 Dis 2010.
Kawat MTU/BSM/PENG(PEG) 300/2010 KTW 151945H DIS 2010. KOL
TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM (371256) -
Ditamatkan tumpangan tetap kepada MLU daripada MTU mulai 31 Dis 2010.
Ditukarkan daripada Pengarah Rancang dan Operasi MTU kepada Pegawai Memerintah
No 17 Skn mulai 01 Jan 2011. Ditumpangkan kepada MTU membuat tugas Pengarah
Pengurusan Strategik mulai tarikh pertukaran.
Dalam kawat jawatan lain, dalam realiti pegang jawatan
lain. Ad-hoc dalam ad-hoc.
Pengarah Pengurusan Transformasi
Bahagian Pengurusan Strategik
Markas Tentera Udara
(MEMBUAT TUGAS KETUA STAF KHIDMAT, MLU)
(08 JAN 2012 - 24 OGOS 14)
Perjuanganku dalam jawatan Pengarah Pengurusan Strategik
tidak lama. Ini adalah jawatan yang paling singkat aku sandang dalam sejarah
kerjaya TUDM aku. Kawat diterima pada 9hb Feb 12, tapi tarikh kuatkuasa mulai
8hb Feb 12. Wah, bunyinya macam '24 hrs
posting'. Biasanya kalau macam ni mesti ada kes besar? Biarlah RAHSIA.
Kawat MTU/BSM/PEMB(PEG) 823/2012 KTW 081430H FEB 2012. KOL
TOHARUDIN BIN ABD RASID TUDM (371256) -
DITUMPANGKAN SEMENTARA DARIPADA MTU DASH BPS KEPADA MLU MEMBUAT TUGAS KETUA
STAF KHIDMAT MULAI 8 FEB 2012.
Bermulalah era ke dua penugasanku sebagai KSK di MLU. Hanya pada 11 Mei 2012, aku menerima kawat
pertukaran (tumpangan tetap) dari BSM iaitu MTU/BSM/ PENG(PEG)/ 137/2012 KTW
101910H MEI 2012 yang menyebut 'DITAMATKAN TUMPANGAN TETAP KEPADA MTU DRP NO 17
SKN TUDM MULAI 07 FEB 12. DITUMPANGKAN TETAP DRP NO 17 SKN TUDM MEMBUAT TUGAS
KETUA STAF KHIDMAT MULAI 08 FEB 12.
Setelah dua kali berkhidmat sebagai KSK di MLU, pada bulan
Ogos 2014 aku telah ditukarkan ke Markas Tentera Udara untuk menyandang tugas
Pengarah Materiel mulai 15 Ogos 2014. Tetapi melapor diri ke MTU pada 25 Ogos
2014.
Kawat: MTU/BSM/PENG(PEG)/56/XXXX KTW XXXX OGOS 15.
KOL HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM (371256) DITUKARKAN DRP
PENGARAH PEGAWAI MEMERINTAH NO 17 SKN TUDM KEPADA PENGARAH MATERIEL MTU MULAI
15 OGOS 14..
PENGARAH MATERIEL
BAHAGIAN MATERIEL, MTU
(15 OGOS 14 - 15 MAC 2015)
Perkhidmatanku sebagai Pengarah Materiel juga amat singkat.
Lebih singkat dari tugas sebagai Pengarah Pengurusan Transformasi selama 12
bulan (Jan 2011 - Feb 2012). Aku hanya menyandang jawatan Pengarah Materiel
selama 7 bulan setengah. Kenapa ini berlaku?. Biarlah ia menjadi kenangan pahit
dalam sejarah hayatku dalam TUDM.
Aku ditukarkan ke Markas ATM untuk mengisi jawatan yang
dikosongkan oleh Kol Hj Kamarudin bin Mohamad yang telah bersara wajib mulai
Feb 2015.
Kawat: MTU/BSM/PENG(PEG)/56/2015 KTW 091846H MAC 15. KOL HJ
TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM (371256) DITUKARKAN DRP PENGARAH MATERIEL MTU
(TU00174) KEPADA PENGARAH KHIDMAT BANTUAN BHG KOMLEK MATM MULAI 15 MAC 15.
PENGARAH BANTUAN KHIDMAT (PBK)
BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN (KOMLEK)
MARKAS ATM
(16 MAC 2015 - 8 APR 2018)
ss
ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN
BAHAGIAN LOGISTIK PEERTAHANAN PERTAHANAN
MARKAS ATM
(mulai 9 APR 2018)
(KETUA PENGARAH OPERASI LOGISTIK)
.
.
RINGKASAN KENAIKAN PANGKAT
Leftenan Muda (Udara) - 1 Julai 1981 (kekananan pada 24 Jan
1981).
Leftenan (Udara) - 24 Jan 1985.
Kapt TUDM Sebenar - 1 Ogos 1989.
Pemangku Mej TUDM - 1 Jun 1993.
Mej TUDM Sebenar - 1 Ogos 1994.
Pemangku Lt Kol TUDM - 1 Feb 2004
Lt Kol Sebenar - 1 Feb 2004
Pemangku Kol TUDM - 1 Jun 2009.
Kol TUDM Sebenar - 1 Jun 2009.
Pemangku Brig Jen TUDM - 9 Apr 2018.
Akronim:
LPK ialah (L) Latihan, (P) Peralihan dan (K) Kontijensi.
L1- latihan jangka panjang, melebihi 12 bulan atau semua
latihan luar negara.
L2- latihan dalam negara kurang 12 bulan tapi melebihi 6
bulan.
L3- latihandalam negara kurang 6 bulan.
APA SELEPAS INI?.....
MENANTI KETIBAAN UNTUK DIBEBASKAN DARI 'AKTA ANGKATAN
TENTERA 1972'
BAKI PERKHIDMATAN 'BERKESAN' (JIKA MASIH ADA USIA)
31 DIS 2011 - 0 BULAN
31 DIS 2012 - 0 BULAN
31 DIS 2013 - 0 BULAN
31 DIS 2014 - 0 BULAN
31 DIS 2015 - 0 BULAN
31 DIS 2016 - 0 BULAN
31 NOV 2017 - 12 BULAN
31 NOV 2018 - 12 BULAN
21 NOV 2019 - 10 BULAN 21 HARI
AKTIVITI KE ARAH PERSARAAN (IKUT PERKIRAAN BIASA):
21 MEI 2019 - MENGHABISKAN CUTI PERKHIDMATAN (3 BULAN)
21 OGOS 2019 - MENJALANI LATIHAN PERALIHAN
JAWATAN BARU MUNGKIN SEBAGAI ORANG TUA YANG MENOLONG TOK
SIAK MASJID TAMAN PANCHOR JAYA MEMBERSIHKAN KARPET DAN MENYUSUN SEJADAH.
21 NOV 2019 - TARIKH TAMAT PERKHIDMATAN- PADA USIA 60 TAHUN
22 NOV 2019 - MULA MAKAN DUIT PENCEN......
WALAUPUN PADA JAN 2012, TARIKH BERSARA TELAH DILANJUTKAN
SEHINGGA USIA 60 TAHUN (MAKNANYA TARIKH BARU PERSARAAN AKAN JATUH PADA TAHUN
2019). MUNGKINKAH AKU AKAN BERKHDIMAT SAMPAI 60 TAHUN.
SEJAK LEBIH 30 TAHUN YANG LALU (1977), SEBAGAI ANAK AKU
TIDAK PERNAH MEMPUNYAI MASA MERAIKAN KEDUA IBU BAPAKU. KINI USIA MEREKA TELAH
MASUK KE ERA YANG MEREKA TIDAK MENGENALI AKU, TAPI AKU MASIH SIBUK DENGAN KERJA
AKU. NAK AMBIL CUTI SEMINGGU SUSAHNYA
MACAM NAK DAPAT TEMPAT UNTUK MENUNAIKAN HAJI.
BEGITU JUGA, SEBAGAI SUAMI DAN BAPA, SAMPAI AKU DAH
BERCUCU, AKU MASIH KERAP MENGABAIKAN KEBAJIKAN ISTERI DAN ANAK-ANAKKU. ADAKAH
AKU HANYA AKAN MELEPASKAN SEGALA KENIKAMATAN DUNIA SEKARANG KETIKA MANA AKU
SUDAH TIDAK BERDAYA ATAU SUDAH TIDAK BOLEH LAGI MENGINGATI NAMA-NAMA CUCU AKU??
TERIMA KASIH TUDM
TERIMA KASIH ATM
MENJUNJUNG KASIH YDP AGONG
TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA
BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Pangkat-pangkat selepas ini yang semakin sukar atau mustahil
untuk dicapai:
BRIGADIER JENERAL
MEJAR JENERAL
SUKAR TAPI TIDAK ADA SATU YANG MUSTAHIL UNTUK DICAPAI
'BAGAIMANAPUN' KURANG BERMINAT UNTUK MENGEJARNYA SEBAB DIA PUNYA CABARAN,
KERENAH, RISIKO DAN TANGGGUNGJAWAB YANG
DIPIKUL TAK BERBALOI DENGAN GANJARAN (DUNIAWI)
YANG DITERIMA
LEFTENAN JENERAL
JENERAL
TAK ADA CITA-CITA DAN SECARA LOGIKNYA MEMANG 'IMPOSSIBLE'
UNTUK MENCAPAINYA
LIMA BINTANG??
"NOTHING IS POSSIBLE"
LIMA BINTANG??
"NOTHING IS POSSIBLE"
No comments:
Post a Comment