edisi khas
Allahyarham Kapt Idrus Musa (Bersara) dan Allahyarham Mej Zainudin Abd Ghani.
BUAT SKOT KOMANDO TJP37
Tajuk ini aku tujukan khas untuk warga skot TJP37 yang
ditauliahkan ke Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGK). RGK atau Komando merupakan
unit elite dalam ATM. Warga RGK menjunjung BERET HIJAU (GREEN BERET) sebagai
lambang kebanggaan mereka. Kebanggaan ini lahir dari kesukaran dan derita yang
mereka terpaksa lalui untuk mendapat anugerah Green Beret tersebut.
Walaupun aku telah melalui latihan pegawai kedet di SPK
sama seperti rakan Tentera Darat yang lain, dan aku rasa aku ammpu melalui latihan
Asas Komando untuk mendapat Beret Hijau namun aku tidak sanggup untuk
menawarkan diri untuk mengikuti latihan tersebut. Andainya aku ditawarkan,
kalau boleh tolak, aku akan tolak.
Dari maklumat yang diterima dari kawan-kawan, dari seramai 279
skot yang ditauliahkan pada 24 Jan 81, hanya 9 sahaja yang terpilih untuk
menyertai RGK. Mereka ialah:
(1) 3001481 PK Khairul Anuar bin Yaacob
(2) 3001491 PK Mohd Nor bin Diwi
(3) 3001495 PK Mohd Shariff bin Yahya
(4) 3001519 PK Mohd Azam bin Mohamad
(5) 3001521 PK Mohamad Hanafiah bin Hamzah
(6) 3001548 PK Sazali bin Abdul Rauf
(7) 3001557 PK Syed Azhar bin Syed Abu Bakar
(8) 3001566 PK Zainudin bin Abdul Ghani
(9) 3001780 PK Mohd Idrus bin Musa
Daripada 9 orang di atas, hanya seorang sahaja yang masih
berkhidmat sehingga tarikh blog ini dikemaskini pada 14 April 2019; iaitu:
Kol Khairul Anuar bin Hj Yaakob - sekarang bertugas
sebagai Ketua Staf di Markas GGK, Kem Iskandar, Mersing.
Kolonel Khairul Anuar bin Yaakob
Dua orang bersara dalam pangkat Lt Kol.
(1) Lt Kol Syed Azhar bin Syed Abu Bakar - Syed Azhar telah bertukar ke Kor Risik DiRaja (KRD) semasa berpangkat Kapten dan tempat terakhir berkhidmat di BSPP - mempunyai kepakaran dalam bidang anti-keganasan.
(2) Lt Kol Sazali bin Abd Rauf - Tugas terakhir Sazali ialah sebagai PS2 Latih di Markas Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing, Johor.
Lt Kol Syed Azhar (Bersara) dan Lt Kol Sazali (Bersara).
Al Fatihah untuk dua skot Komando telah meninggal dunia
iaitu:
(1) Allahyarham Kapt (B) Idrus bin Musa - menceburkan diri
dalam bidang perniagaan dan meninggal dunia di Melaka pada tahun 2007.
(2) Allahyarham Mej Zainudin bin Abd Ghani - meninggal dunia
pada tahun 2009 semasa masih dalam perkhidmatan, ketika bertugas dengan Majlis
Sukan ATM di pantai Telok Chempedak, Pahang.
Allahyarham Kapt Idrus Musa (Bersara) dan Allahyarham Mej Zainudin Abd Ghani.
Empat (4) orang telah menamatkan perkhidmatan sebelum
tempoh persaraan, iaitu:
(1) Mej Mohd Nor bin Diwi (Bersara)- kini menetap di Perlis.
(2) Kapt Mohamad Hanafiah bin Hamzah (Bersara) - sekarang menetap di Melaka.
(3) Dato' Mohd Azam bin Mohamad (berhenti dari perkhidmatan
semasa berpangkat Leftenan) - menjadi ahli perniagaan dan menetap di Bukit Cheng, Melaka.
(4) Skot Mohd Shariff bin Yahya (gagal melapor diri ke unit
selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Muda- tidak dapat dikesan sehingga kini)
Mej Mohd Noor bin Diwi (B) dan Kapt Mohd Hanafiah bin
Hamzah (B)
Dato' Mohd azam dan bekas Lt M Shariff
Dalam perkhidmatan TLDM dan TUDM mereka mempunyai unit
Komando sendiri, iaitu:
(1) Pasukan Khas Laut (PASKAL)
(2) Pasukan Khas Udara (PASKAU)
Di peringkat awal penubuhan PASKAL dan PASKAU, kelayakan
untuk menyertai kedua pasukan khusus mendapat latihan bersama pelatih-pelatih
dari TDM di PULPAK, Sungai Udang. Apabila keduanya telah mempunyai
keanggotaan/pasukan yang mencukupi serta tenaga jurulatih yang berkelayakan,
TLDM dan TUDM melaksanakan latihan asas komando masing-masing.
Manakala PDRM juga mempunyai pasukan elitnya sendiri yang
dikenali sebagai Komando 69. Mereka juga telah membuktikan ketangkasan dan
keperwiraan dalam menjaga keselamatan negara. Cuma yang tak sedapnya nickname
untuk Komando 69 PDRM ini iaitu VAT 69 adalah jenama sejenis arak (whisky)
buatan Germany.
Di kalangan kumpulan elit ini tidak sesekali dibenarkan
merendah-rendahkan pasukan elit yang lain. Setiap pasukan elit mempunyai
keistimewaan masing-masing.
PASKAL
Kenapa RGKM, PASKAL dan PASKAU dianggap unik berbanding
dengan Kor dan Rejimen yang lain di dalam ATM? Sebelum itu marilah kita merungkai
sejarah berkaitan dengan sejarah penubuhan RGKM.
.
Rejimen Gerak Khas
Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas
konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965.
Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut,
Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato'
Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan
telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan
laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando
diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British
(40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.
Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15
orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6
minggu. Pada akhir latihan, hanya 5 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain
pangkat telah berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang
pertama Komando ATM. Mereka adalah :
(1) Leftenan Kolonel Shahrul Nizam bin Ismail.
(2) Mejar Abu Hassan bin Abdullah - bersara Lt Kol
(3) Leftenan Mohd Ramli bin Ismail - bersara Mej Jen, Dato -
allahyarham
(4) Leftenan Muda Ghazali bin Ibrahim - bersara Mej Jen, Dato'
(5) Leftenan Muda Hussin bin Awang Senik - bersara Kol
(6) 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
(7) 300152 Sarjan Anuar bin Talib
(8) 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
(9) 201128 Sarjan Yahya bin Darus
(10) 202072 Koperal Silva Dorai
(11) 203712 Koperal Moo Kee Fah
(13) 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Mohd Siraj
(14) 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga
berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal
Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup
Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi
6 latihan asas komando.
Gerup Gerak Khas ditubuhkan secara rasmi di Kem Majidee,
Johor Bahru pada 1 Ogos 1965. Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai
Pemerintah pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Sarjan
Mejar Skuadron yang pertama. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan
elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani
kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas,
operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
Anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas dengan senjata raifal
Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama
negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit
dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service
(Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan
Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia
yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi
menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut,
pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah
mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas
Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau
mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK
di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu
tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset
yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada
regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah
dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak
Khas Pertama telah ditubuhkan.
Perkembangan
Anggota 11 RGK lengkap dengan kelengkapan yang hampir
menyamai 22 SAS British. Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai
"Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan
dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang
bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti
termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan
GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti British, New
Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan
dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.
Peranan dan tugas prima GGK ialah:
Unconventional Warfare.
Foreign Internal Defence.
Special Reconnaissance
Direct Action.
Counter Terrorism
Asymmetric Warfare
Dalam Rancangan Malaysia Ke-3 dan pembesaran ATM, Pusat
Latihan Peperangan Khas (PLPK) telah mula dibina pada 1 Ogos 1976. Fungsi utama
adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi.
Rejimen Kedua RGK ditubuhkan pada 1 Jan 1977 juga
ditempatkan di Kem Sg Udang. Pada 1979, PLPK telah siap sepenuhnya dan Kolonel
Borhan bin Ahmad menjadi Komandan yang pertama.
Pada 4 Apr 1980 Jabatanarah Gerak Khas ditubuhkan di Markas
Tentera Darat, MinDef dan selanjutnya Markas Gerup Gerak Khas ditubuhkan pada 1
Jan 1981 dan ditempatkan di Kem Imphal, KL.
Dengan penubuhan ini, semua unit RGK mempunyai Markas Pemerintahannya
yang mendiri. Markas GGK ini diletakkan terus dibawah perintah Panglima Tentera
Darat.
Pada 1 Apr 1981, unit-unit Komando telah dirombak semula
seperti berikut:
Rejimen Pertama GK menjadi Rejimen ke 21 Para Komando.
Rejimen Kedua GK menjadi Rejimenke 22 Para komando.
Rejimen ke 11 GK ditubuhkan.
Rejimen ke 12 GK ditubuhkan.
Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK kemudiannya PULPAK)
Namun dalam penyusunan semula ATM di penghujung tahun 1980,
Rejimen ke 12 GK telah dimansuhkan dan kekuatannya diserapkan ke unit-unit
Komando yang lain.
Di antara pegawai-pegawai ATM dari pelbagai Kor/Rejimen
yang menyertai Komando (RGKM) atau ditauliahkan dalam RGKM dan kemudiannya
menjawat jawatan tinggi dalam ATM ialah:
Jen Tan Sri Borhan bin Hj Ahmad (Bersara) dari RAMD (mantan PTD dan PAT)
Lt Jen Dato' Seri Zaini bin Mohd Said SP (Bersara) dari RAMD
Lt Jen Dato' Awie bin Subuh (Bersra) dari Rej Renjer (1977)
Mej Jen Dato' Ramli bin Ismail (Bersara) dari RAMD (1965) -
allahyarham
Mej Jen Dato' Ghazali bin Ibrahim (Bersara) dari RAMD (1965)
Mej Jen Ahmad Rodi bin Zakaria (Bersara) dari RAMD
Mej Jen Dato' Abdul Samad bin Yaacob (Bersara)
Mej Jen Dato' Zolkopli bin Hashim (Bersara)
Mej Jen Haji Hasan bin Ali - masih berkhidmat - Panglima Grup Gerakhas
Brig Jen Dato' Hasbullah Mohd Yusof dari RAMD -
(allahyarham)
Brig Jen Dato' Daud bin Ariffin (Bersara)
Brig Jen Dato' Shamsudin bin Abas (Bersara)
Brig Jen Dato' Mohd Yasin bin Yahya (Bersara)
Brig Jen Dato' Mohd Shahrin bin Abd Majid (Bersara)
Brig Jen Dato' Harun bin Hitam (Bersara)
Brig Jen Dato' Affendi bin Abd Karim (Bersara)
Brig Jen Dato' Ahmad Daniel @ Damien bin Abdulah (Bersara) dari RRD
Brig Jen Jamaluddin bin Jambi - masih berkhidmat
Nota: kurang pasti di antara yang di atas, yang mana yang
merupakan pegawai RGKM asli.
Perwira dan pahlawan RGKM yang menerima pingat keberanian
tertinggi:
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)
(1) LKpl Saimon bin Tarikat
(2) 19151 LKpl Rusli Bin Buang
(2) Lt Jen Dato Seri
Zaini bin Mohd Said
Panglima Gagah Berani (PGB)
(1) Mej Ahmad Bin Rashid (410336)
(2) Mej Baharin Bin Abd Jalil (410560)
(3) 14812 PW II Maamor Bin Said
(4) 23852 Sjn Ali Bin Ahmad
(5) 16075 Kpl Zaki Bin Nordin
(6) 901370 Tpr Sigal s/o Nawan
(7) 928133 Sjn Moid Bin Mohamad
Motto Rejimen: Cepat Dan Cergas
Lambang Rejimen: Digelar sebagai "Harimau
Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau
melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai
warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen
Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan
keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota
rejimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
Beret Hijau: Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret
Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia.
Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
Lanyard Biru: Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan
lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines
Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan
lanyard biru tradisional.
PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS
(PULPAK)
Cerita pasal Komando ni, teringat aku masa aku di sekolah
rendah dahulu. Kampung aku di Jalan Pt Hamid - Pt Botak dalam daerah Batu Pahat
merupakan laluan wajib bagi kumpulan-kumpulan kecil anggota tentera yang
menjalani latihan Komando yang bermula di Kem Sg Udang dan berakhir di Landasan
Terbang Tanjung Labuh. Jarak Tg Labuh dengan kampung aku lebih kurang 15km.
Masa itu aku tak tau lah yang mereka itu menjalani latihan Komando. Ada
kumpulan yang bersembunyi dan ada kumpulan yang menangkap kumpulan lain. Kami
anggap kumpulan yang menangkap itu adalah musuh. Jahat.
Mereka berjalan melalui kebun-kebun getah dan bermalam di
dalam kebun. Kami budak-budak kampung memang lah seronok melihat askar lalu di
kampung kami. Bila tengok kumpulan yang bersembunyi dan mengelak diri dari
tertangkap, kami orang-orang kampong pun kesihan. Kami pun tolong mereka, hantar lauk pauk
untuk mereka makan. Ada yang menolong
mereka membelikan bahan makanan seperti sardin dan sayur-sayuran di kedai.
Orang kerana kanak-kanak ini lurus bendul, ketika membeli
barangan di kedai, mereka di tanya oleh askar lain untuk apa beli makanan ini.
Mereka pun jawablah untuk siapa dan di mana. Kawan yang suruh beli tadi pun tak
pesan apa-apa supaya jawab begini-begini bila ada orang tanya. Sekejap sahaja,
kumpulan yang menyuruh membeli barangan tadi kena serbu, ada yang kena tangkap
ada yang bersembunyi.
Budak-budak seronok dengan abang-abang askar ni ialah
kerana mereka boleh dapat biskut dan jem rangsum kombat mereka. Pada askar makanan tu dah muak, tapi kami
sesekali dapat memang seronok.
Soalan yang biasa ditanyai oleh abang-abang askar ini ialah
'ada kakak tak?. kalau jawab 'ada', seterusnya ialah 'balik kirim salam kat
akak ye'. Masa itu orang kampung kalau
dapat menantu askar rasa megah. Mana taknya, selain gagah dan tampan, bini
askar kan dapat gaji!!!! (rupanya potongan gaji).
Penubuhan PULPAK
Sejarah penubuhan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK)
atau pada asalnya dikenali sebagai Pusat
Latihan Peperangan Khas (PLPK) bermula sejajar dengan pembesaran Rejimen Gerak
Khas pada tahun 70an. Ianya ditubuhkan khusus untuk melatih anggota-anggota
Gerak Khas dan Angkatan Tentera Malaysia amnya. Perkembangan politik dan
ketenteraan serantau di Asia Tenggara telah membangkitkan idea untuk melahirkan
satu pusat latihan khas untuk melatih anggota-anggota yang pakar dalam bidang
masing-masing terutama bagi anggota Pasukan Gerak Khas. Sebelum pusat ini
ditubuhkan, latihan-latihan asas dan kepakaran
untuk operasi khusus telah dikendalikan oleh Rejimen Pertama Gerak Khas
(kini Rejimen 21 Komando). Di atas sebab-sebab keperluan mendadak latihan
khusus, peningkatan kos untuk
membiayai anggota mengikuti kursus di bidang tertentu di luar
negara serta aliran arus perkembangan pasukan khusus di dunia, akhirnya Pusat
Latihan Peperangan Khas telah ditubuhkan di dalam Tentera Darat.
Perubahan Nama dan Saluran Pemerintahan
Sejak penubuhannya pada tahun 1977, Pusat Latihan
Peperangan Khas dikenali sebagai PLPK ATM. Ini adalah kerana Pusat ini
memainkan peranan melatihkan anggota pasukan khusus dari ketiga-tiga
perkhidmatan ATM. Pada tahun 1985, PLPK ditukarkan nama kepada PLPK TD apabila
pihak TLDM dan TUDM masing-masing menubuhkan pusat latihan pasukan khusus
masing-masing di Lumut (TLDM) dan di Ipoh (TUDM). Pusat Latihan Peperangan Khas
sekali lagi bertukar nama pada tahun 1995, apabila nama-nama semua institusi
latihan TD diselaraskan seiring dengan penubuhan Pemerintahan Latihan Tentera
Darat. Kini Pusat ini dikenali sebagai Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK)
dan diletakkan di bawah pemerintahan Markas Latihan Tentera Darat. Sementara
itu Markas 21 Gerup Gerak Khas mengawasi urusan pentadbiran tempatan kerana lokasi PULPAK di Kem Sungai Udang.
Kawalan teknikal PULPAK terus ditangani oleh Sel Operasi Pasukan Khusus (SOPASUS)
di Cawangan OPLAT, Markas Tentera
Darat.
Tarikh Ditubuhkan
Pusat Latihan Peperangan Khas diwujudkan pada 11 Ogos 76
dengan seramai 13 orang pegawai dan 143 lain-lain pangkat. Objektif utama
ketika itu tidak lebih dari melatih dan mengendalikan kursus kepakaran bagi
memenuhi keperluan Rejimen Gerak Khas. Pada awal penubuhannya, pusat latihan
ini diwujudkan dengan beberapa cawangan dan terup tertentu sahaja iaitu
Cawangan Komando, Cawangan Payung Terjun, Cawangan Amfibi, Cawangan Tadbir dan
Terup Semboyan.
Tempat DiTubuhkan
Pada awal penubuhan PULPAK, segala latihan-latihan asas dan
kepakaran untuk operasi khusus
dilaksanakan di Rejimen Pertama Gerak Khas (kini Rejimen 21 Komando), Kem
Sungai Udang, Melaka.
Kurs
us Asas Komando
us Asas Komando
Kursus asas komando dibahagikan kepada 4 peringkat utama
iaitu:
(1) LATIHAN PEMANAS BADAN
(2) IKHTIAR HIDUP
(3) FASA LAUT
(4) UJIAN AKHIR
LATIHAN PEMANAS BADAN
Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat
kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu. Latihan di sini disebut
pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di peringkat seterusnya
yang mungkin lebih mencabar. Pelatih akan diperkenalkan dengan kehidupan
seorang komando dan dididik agar tidak kenal erti belas kasihan, terutamanya
kepada musuh. Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya
seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan
medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya.
Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini,
pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak
dibenarkan mandi. Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat.
Sementara latihan fizikal pula ialah:
(1) Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2
sesi iaitu siang dan malam, tidak melebihi 12jam.(Jumlah larian 152km)
(2) Jalan lasak/laju 25km
(3) Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi(138km), juga dalam 2
sesi dan dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276km)
IKHTIAR HIDUP
Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan
kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan
kursus komando. Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi.
Tidak disediakan makanan. Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari
makanan sendiri di kawasan sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak
disertakan bersama. Pelatih hanya tidur di kawasan-kawasan selamat seperti di
atas pokok. Latihan teknik ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu
peperangan hutan didedahkan. Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90km juga
diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi
perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160km (tidak boleh lebih dari 3
hari) Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan
kecuali buang air dan makan. Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian
kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi tujuan
mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya. Teknik bekukan
kedudukan,operasi dan asas pertempuran di kawasan paya diajarkan. Tidak
ketinggalan, ikhtiar hidup. Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan
seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlu membuat tombak runcing
sebagai alat tambahan untuk berburu.
FASA LAUT
Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan
peringkat laut selama 2 minggu. Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini
ialah berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas.
Lain-lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran di
dasar dan permukaan. Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20km dan pandu arah
laut hanya 10km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan dalam kursus asas
komando.
UJIAN AKHIR
Setelah kesemua peringkat diharungi, maka tamatlah sesi
pembelajarannya. Tiba masanya untuk para pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk
dinilai apakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
sebelumnya dengan sebaik mungkin. Terlebih dahulu pelatih akan diberi taklimat
secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik.
Ia dipecahkan kepada 3 peringkat utama:
Peringkat Perjalanan/Air Gelap. Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan
menuju ke kawasan operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan
bertolak pada waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak
tetap, mengikut berapa panjangnya anak sungai.
Peringkat Operasi.
Tiba dikawasan operasi yg telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu
serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti demonstrasi
serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya lebih
besar dan kompleks.
Peringkat Pelarian.
Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih
dipaksa sekeras-kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang
kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih
yang bertindak sebagai musuh (bersenjata). Proses pembolosan ini dipanggil
Escape and Evasion (E and E). Jarak pelarian biasanya mencecah 200km
untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan.
Sekiranya pelatih dapat
dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan
mendera dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakan-rakan
pelatih lain yang berjaya mengelakkan diri. Sekiranya pelatih memberitahu
apa-apa rahsia, maka beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak
memakai beret hijau. Ini disebabkan pelatih tersebut tidak tahan akan seksaan
yang dikenakan. Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan
bagaimana pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit,
bahkan sampai meragut nyawa. Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan
seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di
bawah & lain-lain. Sebagai tambahan, terdapat syarat-syarat yang perlu
dipatuhi jurulatih dalam latihan penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh
menyeksa rekrut sehingga menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.
Pelatih yang berjaya dan disahkan layak bergelar komando,
mereka diberi kerehatan di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berkhirnya
proses E&E yang telah diterangkan sebelumnya. Juga memberi peluang
kepada rekrut-rekrut baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat
persediaan semasa hari penganugerahan.
CUBA MENJEJAKI TAPAK
PAHLAWAN-PAHLAWAN GERAKHAS
PANGLIMA GRUP GERAK
KHAS
(1) Brig Jen Dato’ Harun bin Taib (1 Jan 1981 – 1 Jan 1984) - Bersara Mej jen.
(2) Brig jen Dato’ Borhan bin Ahmad (1 Jan 1984 – 19 Dis 1985) - Bersara Jen
(3) Brig Jen Datuk Hasbullah bin Yusof (19 Dis 1985 – 1 Jul 1989) - meninggal dunia
(3) Brig Jen Datuk Hasbullah bin Yusof (19 Dis 1985 – 1 Jul 1989) - meninggal dunia
(4) Brig Jen Dato’ Mohd Ramli bin Ismail (1 Jul 1989 – 3 Mac 1993) - Bersara Mej Jen
(5) Brig Jen Dato’ Ghazali bin Ibrahim (3 Mac 1993 – 3 Nov 1995) - Bersara Mej jen
(6) Brig Jen Dato' Daud bin Ariffin (3 Nov 1995 -
(7) Brig Jen Dato' Ahmad Rodi bin Zakaria (
(8) Brig Jen Dato Awie bin Suboh (1 Sep 2006 - 28 Jul 2009) - bersara Lt Jen
(7) Brig Jen Dato' Ahmad Rodi bin Zakaria (
(8) Brig Jen Dato Awie bin Suboh (1 Sep 2006 - 28 Jul 2009) - bersara Lt Jen
(9) Brig Jen Dato Abdul Samad Yaakob (2010-2012)
(10) Brig Jen Dato' Harun bin Hitam (2012 - x)
(11) Brig Jen Dato' Affendy bin Abd Karim (
(12) Brig Jen Datuk Zolkopli bin Hashim (2016 - 2017)
(13) Mej Jen Dato' Zolkopli bin Hashim (10 Jan 2017 - 23 Nov 2017)
(14) Brig Jen Hj Hasan bin Ali (23 Nov 2017 - 28 Dis 2017))
(15) Mej Jen Datuk Hj Hasan bin Ali (29 Dis 2017 - kini)
(10) Brig Jen Dato' Harun bin Hitam (2012 - x)
(11) Brig Jen Dato' Affendy bin Abd Karim (
(12) Brig Jen Datuk Zolkopli bin Hashim (2016 - 2017)
(13) Mej Jen Dato' Zolkopli bin Hashim (10 Jan 2017 - 23 Nov 2017)
(14) Brig Jen Hj Hasan bin Ali (23 Nov 2017 - 28 Dis 2017))
(15) Mej Jen Datuk Hj Hasan bin Ali (29 Dis 2017 - kini)
PENGARAH GERAK KHAS
(1) Lt Kol Shamsudin bin Abbas (1 Sep 1980 - 28 Feb 1981) -
bersara Brig Jen
(2) Lt Kol Zainuddin bin Taib (1 Mac 1981 - 31 Mei 1982) -
bersara Kol
(3) Lt Kol Shamsudin bin Abbas (1 Jun 1982 - 5 Ogos 1984) -
bersara Brig Jen
(4) Lt Kol Zaini bin Said (6 Ogos 1984 - 31 Dis 1985) - bersara Lt Jen Dato' Seri
(5) Lt Kol Zainuddin bin Taib (1 Jan 1986 - 25 Jul 1986) -
bersara Kol
(6) Lt Kol Daud bin Ariffin (26 Jul 1986 - 31 Mei 1990) - bersara Brig Jen Dato'
(7) Lt Kol Ahmad Rodi bin Zakaria (1 Jun 1990 - 31 Jul 1991)
- bersara Mej Jen Dato'
(8) Lt Kol Mohd Muzzamil bin Hj. Abd Rahman (1 Ogos 1991 - 17
Dis 1992)
(9) Lt Kol Muhamad Yassin bin Yahya (18 Dis 1992 - 13 Feb 1994)
- bersara Brig Jen Dato'
(10) Lt Kol Che Hashim bin Ishak (14 Feb 1994 - 30 Nov 1994) -
bersara Kol
(11) Lt Kol Muhamad Yassin bin Yahya (1 Dis 1994 - 31 Jan 1996)
- bersara Brig Jen Dato'
(12) Lt Kol Mohd Muzzamil bin. Hj. Abd Rahman (1 Feb 1996 -
bersara Lt Kol
(13) Lt Kol Ahmad Daniel @ Damien bin Abdullah - sekarang Brig
Jen Dato'
(14) Kol Affendi bin Abd Karim - sekarang Brig Jen Dato'
(15) Kol Hj Hassan bin Ali - sekarang Brig Jen.
Brig Jen Fadhil bin Tajuddin
Brig Jen Hj Hasan bin Ali ( - 2014)
Brig Jen Fadhil bin Tajuddin (2014 - )
Kol Khairul Anuar bin Yaakob
Kol Othman bin Mustaffa (9 Mac 2017 - kini)
KOMANDAN PULPAK
Kol Hussin bin Awang Senik (1 Jan 1977 - 28 Feb 1978) -
bersara Kol
Kol Borhan bin Ahmad (1 Mac 1978 - 31 Dis 1980) - bersara
Jeneral Tan Sri
Kol Hasbullah bin Yusof (1 Jan 1981 - 15 Nov 1983) -
meninggal dunia Brig Jen Dato'
Kol Mohd Ramli bin Ismail (16 Nov 1983 - 15 Jan 1987) -
bersara Mej Jen Dato'
Kol Ghazali bin Ibrahim (16 Ja 1987 - 15 Jan 1990) -
bersara Mej Jen Dato'
Kol Zainuddin bin Taib (16 Jan 1990 - 31 Jul 1991) -
bersara Kol.
Kol Ahmad Rodi bin Zakaria (1 Ogos 1991 - 30 Apr 1995) -
bersara Mej Jen Dato'
Kol Mohd Shahrin bin Hj. Abd Majid (1 Mei 1995 - 15 Mei
1995)
Kol Muhamad Yasin bin Yahya (16 Mei 1997 - ) - bersara Brig
Jen Dato'
Kol Abas bin Mat (
) - bersara Kol
Kol Fadhil bin Tajuddin ( - 9 Jan 2011) - sekarang Brig Jen
Kol Jamaluddin bin Jambi (10 Jan 2011 - 2013) - sekarang
Brig Jen
Kol Kol Adi Ridzwan bin Abdullah
.
Mej Jen Haji Hasan bin Ali
salah seorang pegawai kanan dalam RGKM adalah classmate aku semasa mengikuti Kursus Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) di UITM dari 1994 - 1996
..
.
No comments:
Post a Comment