Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, September 6, 2013

EPISODE 029: PENGALAMAN DI NEGARA RUSIA


FROM RUSSIA WITH LOVE?
PENGALAMAN MELAWAT NEGARA TERBESAR DI DUNIA


Masa aku di sekolah rendah  dulu, antara lagu 'March' yang paling popular ialah 'Malaysia Berjaya'.  Lagu tersebut dicipta sempena dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Aku difahamkan lagu tersebut kerap dimainkan di radio dan juga dinyanyikan oleh murid-murid sekolah untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk melawan operasi 'Ganyang Malaysia' yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno yang tidak bersetuju dengan penubuhan negara Malaysia.  Salah satu rangkap pantun tersebut ialah "dari Perlis sampai lah ke Sabah".

'Moral of the story' adalah membayangkan jarak antara Perlis dengan Sabah (dalam peta Malaysia) pada masa itu.  Masa itu,  terfikir bila agaknya boleh sampai ke Perlis dan tak pernah terfikir untuk sampai ke Sabah.  Terlalu jauh, apa lagi terpaksa menyeberangi Laut China Selatan.  TETAPI akhirnya aku sampai juga ke Perlis dan juga ke Sabah (Tawau).

Kalau Indonesia pula, moto 'Bhenika Tunggal Ika' menyatukan rakyat Indonesia dari Sabang (utara Sumatera) ke Marauke (di sempadan timur Irian Jaya  dengan Papua NG). Sekarang, cuba pula bayangkan kalau ada lagu 'Rusia Berjaya' dicipta semasa penubuhan Soviet Union.  Akan ada rangkap 'Dari Petersburg sampai lah ke Vladivostok'? Entah berapa puluh ribu kilometer? 

RUSSIA is the biggest country in the world. Former leader of communism ideology. The country where Lenin and Stalin were born and buried. What do you know about Siberia? The most unpopulated area/region in the world (other than desert).

Talk about going to Russia.  My first opportunity to go to Russia was in 1993.  That time, I had just promoted to Major.  I worked as PS2 SISMAT C, Bahagian Materiel.  My AKS then, Brig Jen Hj Abd Rahman Rais (allahyarham) called me and offered me to be a Logistic & Finance Officer in MiG-29 Project Team. This offer was based on my knowledge and experience as Logistic/Finance Officer in Training Directorate(1992-1993).  But, I politely and respectably reject the offer due to 'unpreparedness' to live in that kind of place.  With 4 small children aged between 1 to 8 years, I was not ready. Though, I knew I will get an attractive perks (allowance).
The offer then go to Mej Zainudin Sahak (Zico). 

Kalau ada filem  James Bond bertajuk 'From Russia with Love' arahan Terence Young dan dibintangi oleh Sean Conery, Daniela Bianchi dan Lotte Lenya cukup popular dalam tahun 63 - aku tenguk pun dah umur lebih 40 tahun melalui CD.  Akhirnya, dalam keadaan aku tidak pernah bermimpi atau terfikir untuk sampai ke tanah Russia, dapat juga aku jejaki negara Russia.



Pertama kali aku berpeluang menjejaki tanah Rusia ialah pada tahun 2007 apabila aku terpilih menyertai Pasukan Penerimaan (PDI) untuk peralatan  ILS dan seterusnya menghadiri Majlis Pelancaran (Roll Out) pesawat pertama SU30MKM TUDM di Irkutsk, Tengah Rusia. Tempoh berada di sana ialah dari 13 hingga 26 Mei 2007.  Tempoh terpanjang bagiku berada di luar negara. Bandar Irkutsk terletak ditebing Tasik Baikal (tasik air tawar yang terbesar di dunia) jaraknya lebih kurang 5153 km dari bandaraya Moscow.  Di Irkutsk terletak premis pengeluaran pesawat Sukhoi.  Kumpulan kami terdiri dari 5 orang pegawai TUDM yang diketuai oleh Lt Kol Razip Abd Samad TUDM (PS1 SISGP A), yang lainnya ialah Mej Mohd Noor Azlan 'GIRO' bin Md Aris TUDM (11 Skn), dan Mej Azzudin (PU Gong Kedak).  Kami terbang menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Schipol, Amsterdam sebelum bertukar pesawat Aeroflot ke Domo, Moscow dan sekali lagi bertukar pesawat Aeroflot ke Irskutsk.  Keseluruhan tempoh perjalanan termasuk 'staging/connecting time' ialah 47 jam!,  hampir 2 hari.

Pengalaman pahit pertama ialah ketibaan di Lapangan Terbang Domodedovo.  Sistem pengurusan di kaunter ketibaan memang teruk dan menyakitkan hati.  Kaunter untuk memeriksa passport memang banyak - ada 5-8 kaunter tapi tak ada sistem berbaris.  Kami dari Malaysia dan pengalaman ke negara lain khususnya negara barat, 'queue' memang satu perkara yang penting dalam 'counter service'.

Kami punya lah ikut peraturan, ikut barisan di belakang sebagaimana biasa. Tapi setelah setengah jam, tak bergerak.  Rupanya orang Russia main celah je, dari belakang nampak masuk baris, rupanya kat depan sapa masuk dulu, tak ikut giliran. Yang bengang tu, penumpang Rusia ni bawak anjing pun boleh. 

Di Irkutsk kami duduk di Angara Hotel. Di sana telah menunggu  kumpulan pegawai-pegawai TUDM dari Project Team (dari Moscow) iaitu Kol Syed Salim TUDM (Project Leader), Lt Kol Dr Mohd Yunus TUDM, Mej Mior Badrishah TUDM (sekarang Lt Kol), Mej Pidrus TUDM (sekarang Lt Kol) Mej Mohd Azlan TUDM dan Mej Juani TUDM.

Mula-mula check in di hotel, memang terkejut sebab, jumlah bil hotel mesti dijelaskan semasa  check in. Bayangkan aku akan duduk di Irkutsk selama 13 hari. Kebetulan entah macam mana kad kredit aku tak boleh guna, walaupun sebelum bertolak, aku telah memaklumkan perjalananku kepada pihak bank.  Maka, habislah wang tunai yang aku bawa untuk bayar bil hotel.  Terpaksa hantar SOS untuk dapatkan bantuan dari KL.  Kebetulan seminggu lepas itu ada kumpulan kedua yang menyertai PTU (Tan Sri Azizan) yang datang dengan pesawat C-130 TUDM.


 

Hotel Angara di hadapan Sg Angara, Irkutsk

Walaupun masih dalam bulan Jun, cuaca di Irkutsk adalah sejuk terutamanya di waktu malam dan pagi kerana anginnya sangat sejuk.   Aku pulak tak membuat persediaan rapi, cuma bawa jeket tebal tapi tidak membawa 'long John'.  Apabila angin bertiup kuat, kurasai pipiku bagaikan kebas.  Masa (waktu) di Irkutsk hanya berbeza setengah jam kemudian dari waktu di KL.



Bandar Irkutsk tidak lah besar sangat, agak aman dan bersih.  Tidak sibuk berbanding dengan banadar-bandar di negara barat khususnya Moscow.  Wajah orang di sini ada percampuran darah Mat Saleh, China dan Mongol.  Wanitanya cantik-cantik dan tinggi-tinggi.



 
 

di kawasan termpat penerimaan ILS

Tugas di sini agak relax, pagi jam 0900 mula bertugas di premis Sukhoi, memeriksa semua packing/konsainmen yang bakal dihantar ke Malaysia.  Cabaran utama ialah sistem pelebalan di sini.  Semua manual, setiap masalah mesti disampaikan melalui jurubahasa.  Yang paling membosankan ialah ramai pekerja adalah perempuan tua, dah nenek-nenek.  Nasib la interpreter tu lawa, jadi tak lah bosan sangat.   Tapi sijurubahasa ni selalu monteng (absent from the place of duty).  Ada seorang pekerja wanita tu, juga comel, kecik je tubuh dia (saiz Melayu), tapi boyfriend dia dok follow, tak bagi kita orang dekat atau nak ambik gambar dengannya. Bila dia tengok kita nak snap, dia akan datang dan suruh ambil gambar dia. Jealous betul.

 

Apa yang paling aku tidak sukai sepanjang melaksanakan tugas di premis Sukhoi ini ialah 'keadaan tandas'.  Terlalu kotor hingga untuk masuk ke dalamnya pun tak lalu.  Pernah (pertama kali) aku mencari tandas mahu 'qadak hajat' dan ditunjukkan arahnya oleh salah seorang pekerjanya. Gelap gelita. Macam tengah malam. Tak ada pintu.  Aku pun meninjau masuk. Bau? MasyaAllah!.  Dalam kegelapan itu, aku nampak seorang pekerja sedang melepaskan hajatnya. Macam tandas zaman Perang Dunia Pertama (aku pun tak pernah tenguk).  Tak ada air, tak ada lampu, tak ada pintu.....Aku batalkan hasrat ku..... hajat tergendala.

Bayangkan kalau premis ini terpaksa menjalani audit kualiti dari aspek 'occupational safety and health' atau 'technical airworthiness management' sebelum layak untuk menjual produknya. Aku rasa sampai sekarang, kita tak akan dapat beli barang dari Russia.

Mission not accomplished. Solution? I brought a bottle of mineral water, walk out to the building compound.  There were a lot of staking boxes around the premis. So, I hide behind one of the big boxes and accomplished my mission.

It might be one of the boxes that we received in Gong Kedak later.

Infront of Irkutsk Mosque

Bersolah Jumaat di Masjid Irkutsk


In Irkutsk, we have the opportunity to perform our 'Jumaat prayers' at Irkutsk Mosque, the only mosque in Irkutsk. We meet the Imam (can speak little English). The 'khutbah was short' but the summon (lecture) before the azan was very long. The Muslim community were very friendly. The mosque is the only place you could find 'halal meat'. 

During the period of 'solah' many policemen patrolling around the mosque. I think, because of their 'bad perception' towards Muslim (relate to terrorism) were there. The condition of the mosque? An old building, poor workmanship, renovation works here and there. The interior was also not so good.

We met two gentlemen before the prayers; one was rugged, wearing jersey, old jeans and beret. Another one, look very smart, wearing coats and neck tie (he claims Iranian) and did a lot of talking with us. Both about 35-40 years old. We thought, the smart one must be the wealth off businessman and the rugged one is his driver or body guard. However after the prayers, we met again and shaking hands before dispersal. They enter one luxurious car, the smart guy took the driver's seat and the rugged one sat behind.


 
 
Restaurant in Russian Language

Roll Out Ceremony

Dalam kesejukan pagi 24 Mei 2007  (dalam terjahan angin yang  sungguh kuat dan sejuk), Majlis Penyerahan pesawat SU30MKM pertama dilangsungkan.  Ia secara rasmi telah diserahkan oleh Presiden Sukhoi Co kepada Y.Bhg PTU pada masa itu (Jen Tan Sri Azizan TUDM).  Dalam majlis tersebut aku telah diberi penghormatan untuk membacakan Doa Selamat. Suara Jawa ini berkumandang di bumi Russia.


bergambar dengan Kol Kamarudin (DA Moscow) dan Lt Kol Dr Yunus (Dy Head of SU Project Team)

 


Melawat Baikal Lake

  



Setelah selesai tugas di Irkutsk, kami berpecah dua.  Aku dan Lt Kol Ir Razip menyambung tugas di United Kingdom -membuat lawatan facilities Rolls-Royce.  Manakala yang lain akan terus pulang ke Malaysia.   Kami melalui satu pengalaman pahit akibat kerenah di airport Moscow bersama Razip.   Seperti biasa, kami sampai untuk check in 2 jam sebelum departure time. Tapi langkah pertama untuk check in sahaja mengambil masa 45 minit.  Petugas tu dok belek tiket dan passport kami macam ada yang tak kena- tapi tak bertanya.  Lepas tu keluar masuk entah berapa kali- tapi tak ada maklumat diberi.  hampir 45 minit kemudian, kami disuruh masuk macam tu sahaja, macam tak ada masalah.

Next point ialah, kaunter imigresen. kat situ pun kami sangkut lagi lebih 45 minit juga. Petugas wanita tu asyik belek dan selak passport kami- lepas tuletak tepi- juga tak di beritahu kenapa dan apa maklumat yang diperlukan.  Tercegat lah kami di sebelah kaunter  macam orang kena suspek je.  Rasa dalam hati, tak payah cakap, takut sangkut- kena tahan ada, marah dan sakit hati pun memang ada, rasa takut tertinggal flight pun ada.  Campur baur.

Selesai urusan passport/imigresen, betul2 ada dalam 5-10 minit untuk boarding.  Dan akhir sekali- entah apa-apa lagi, dah sampai dekat pintu masuk pesawat pun ada lagi pegawai imigresen yang meminta untuk periksa passport.  Selak, belek entah apa lagi yang dia nak check.  Aku tenguk yang kena hadapi kerenah seperti ini hanya penumpang yang bukan Mat Saleh je- itu pun yang hitam atau bukan putih.  Orang China, Jepun dan yang sewaktu dengannya tak kena pulak.

Itu lah pengalaman pahit- seolah-olah dah tak ingin lagi nak jejak lagi ke Russia.  Mereka (semua orang putih)  masih anggap bangsa kita (Kulit sawo matang dan hitam) sebagai bangsa second class.

KALI KEDUA KE RUSIA
TCG/CIP and LSM MiG-29/SU30 di MOSCOW 
(25 - 30 June 2010)

Ini kali kedua aku berpeluang menjejaki negara bekas pemimpin Komunis dunia, Stalin. Kali ini aku datang ke Russia untuk menghadiri 'Technical Coordination Group and Components Improvement Programs (TCG/CIP) and Logistic Support Meeting (LSM) dengan OEM pesawat MiG-29 dan SU30MKM. Ramai kali ini termasuk pegawai-pegawai dari MLU dan PU Kuantan serta ATSC. Delegasi diketuai sendiri oleh Panglima Logistik Udara, Mej Jen Dato' Ackbal dan CEO ATSC, Kol Hj Selamat Bakin TUDM (Bersara).

Kami bertolak dari LCCT KL (Air Asia) pada 250920H Jun (flight D7 2006) melalui London. Stay kat London satu malam di Corus Hotel, Lancaster Gate, Bayswater Road. Pagi 260855 naik British Airway ke Domodedovo Int Aiport, Moscow (Mockba). Kami duduk di Hotel Crowne Plaza, Krasnopresnenskaya Road, Moscow. Panoramanya menarik, ditepi Sungai Moskva. Bilik ku mengadap ke sungai. kat seberang sana, Hotel Radisson... ni, i ambik gambarnya. Cantik kan??
.
 

melawat Kremlin dan St Baselle 

Kalau tenguk gambar di atas, nampak tak ada sorang gadis Mat Salleh (Russian)?.  Itu adalah anak angkat Kol Manaf (DA Moscow)dan isterinya (Kak Hazanah) di samping jadi 'tourist guide' kami.  Namanya 'Aini'.  Nama sebenar, tak tanya pun. Cakap Melayu bukan main fasih. Dia ambil subjek Pengajian Malaysia di universiti tempat dia belajar.  

 
shopping souvenir di Imaylovskoye

Ahad 27 Jun- kami berpeluang untuk 'sight seeing' bandar Moscow dan melawat Bangunan Kremlin dan Dataran Merah (Red Square) serta pekan Ismaylovskoye (sedap sebutannya Ismailuzki) yang penuh dengan gerai cenderamata. Tapi cuma buka sampai jam 5 petang sahaja.

Isnin 28 Jun- menghadiri mesyuarat TCG/CIP & LSM di premis PJSC RAC MiG di Botskinky Drive.

 

Selasa 29 Jun - mesyuarat TCG/LSM di Rosoboronexport di Stromynka Road. Malam itu kami dijemput untuk makan malam di rumah Kol Abd Manaf Zaid (DA).  Kami disambut mesra oleh seluruh ahli keluarganya.  Ada juga Malaysian students yang turut  berada di sana.




Rabu, 30hb Jun- bertolak ke Zurich untuk Provisioning Review Meeting dengan Pilatus Ltd.

Perjalanan kali ini agak smooth- tidak seperti pengalaman pertama tahun 2007 dulu - tapi kerenah dan slow tetap wujud.

Walau bagaimana pun,apa yang diceritakan di atas lebih kepada 'the beautiful parts of Moscow'.  Kalau anda ingin tahu, selain terkenal sebagai 'the most expensive cost of living in the world' Moscow merupakan one of the most polluted city in the world' (sila baca wesite: www.mostinterestingfacts.com

FROM RUSSIA WITH?

With LOVE? Huh! This was my worst experience of visiting other countries. If I have the choice to visit Russia again and I have the choice to opt YES or NO, I will say No.

PEMBACA YANG DIHORMATI,

Jika anda ingin mengetahui lebih 'detail' tentang budaya, norma dan sikap penduduk Russia saya sarankan supaya anda membaca buku tulisan Lt Kol Dr Mohd Yunus bin Masjuki bertajuk "Liku-liku Meniti Kejayaan 2: Pahit Manis Di Bumi Rusia".

Ada tempat dalam buku tersebut yang boleh menyebabkan KITA menitiskan air mata apabila menghayati 'penderitaan' yang beliau alami untuk menghadapi kerenah orang Rusia.


 
.


.

No comments:

Post a Comment