Tempoh aku berada di SAS juga amat singkat. Tidak sampai
sebualan. Aku menerima tawaran untuk mengikuti pengajian Senibina
(Architecture) di UTM, Jalan Gurney. Oleh kerana inilah cita-cita asalku untuk
menjadi seorang Arkitek, maka aku tidak mahu melepaskan peluang yang satu ini.
Aku menemui Guru Kelasku, Cikgu Yunus bin Marullah, memohon
kebenaran untuk menamatkan pengajian di T6R untuk pulang ke kampong bagi membuat
persediaan dan dokumentasi sebelum melapor diri ke UTM dua minggu lagi. Itulah
juga hari terakhir aku di SAS. Petang itu, aku mengheret semula beg pakaianku
keluar dari perkarangan SAS menaiki teksi ke Stesen Bas di Pudu Raya.
Pada tarikh yang aku sendiri telah lupa, lebih kurang bulan
Mei 1977, apabila aku meninggalkan SAS untuk ke UTM, maka putuslah hubunganku
dengan kawan-kawan baru yang baru sahaja aku kenali. Aku melupakan mereka,
mereka juga tak mungkin ingatkan aku kerana masing-masing sibuk melayan
pengajian dan kerjaya masing-masing.
Nama 34 Pelajar Kelas Tingkatan 6 Rendah tahun 1977 yang
dapat diperolehi namanya melalui rakan sekelas yang lain ialah:
1. Ahmad Noh bin
Jeni (B.Pahat)
2. Abd Hamid
(Pahang)
3. Abd Rashid
(Johor)
4. Abd Razak bin
Ahmad (Johor)
5. Adam bin Sulong
(Terengganu)
6. Azman (Muar)
7. Abd Malek bin
Azman (Muar)
8. Abu Bakar bin
Kattar (Batu Pahat)
9. Abd Talib bin
Abd Hamid (Besut, Terengganu)
10. Ali bin Senik (Kelantan)
11. Baharuddin bin
Abd Kadir (Kelantan)
12. Che Shukri bin
Che Hassan (Kelantan)
13. Dzainal bin Abd
Rahman (B.Pahat)
14. Engku Hamzah bin
Tuan Mat (Kota Bharu, Kelantan)
15. Fathur Rahman
bin Sahari (Batu Pahat, Johor)
16. Jaafar bin Samah
(Bukit Bunga, Kelantan)
17. Johari bin Udar
(Johor)
18. Kamaruzzaman
(Kelantan)
19. Kamarudin
(Melaka)
20. Kamdani bin Md Salleh (B.Pahat)
21. Khairudin bin
Abd Hamid (Pekan, Pahang)
22. Marjuni bin
Suradi (Pontian)
23. Mohd Fauzi
(Jerantut, Pahang- meninggal dunia
24. Misro bin Jerut
(Muar)
25. Minhad bin Abu
Yamin (Muar, Johor)
26. Sapini bin Mat
Saman (Melaka)
27. Simi bin Abd
Ghani (Pasir Putih, Kelantan)
28. Sidek bin Jaffar
(Kelantan)
29. Yasman Hj Tamsir
(Johor)
30. Toharudin bin
Abd Rasid (Johor)
31. Tuan Adnan
(Kelantan)
32. Zakaria bin Md
Alip (Johor)
33. Zakaria bin
Bokhari (Pontian)
34. Zaki bin Muda
(Besut)
Latest info:
1. YA Dato' Hj Abu
Bakar bin Katar (Hakim, Mahkamah Tinggi, Johor Bahru),
2. Tuan Hj Abd Talib
Hamid (pesara Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Selangor)
3. Tuan Hj Abdul
Malek Azman (pesara Prasarana Selangor Bhd)
4. Dato Hj Adam bin
Sulong (pesara JUSA B, EPU, JPM. Menetap di Kajang).
5. Tuan Hj Ali Senik
(pesara BERNAS, Machang).
6. Tuan Aznan bin Tuan Ismail (Bandar Tasik Puteri, Rawang)
7. Dato' Hj Che
Shukri bin Che Hassan (pesara JUSA C, BADSA KEMENTAH).
8. Tuan Hj Dzainal bin Abd Rahman (bersara Pengurus Felda Ayer Hitam).
9. Dato' Hj Engku Hamzah bin Tuan Mat (JUSA C, JPM- ICU). meninggal dunia pada 29 September 2019 semasa masih memegang jawatan Ketua Pengarah MKN.
10. Tuan Kamdani Md Salleh. Pesara Guru. Menetap di Batu
Pahat, Johor)
11. Tuan Khairudin
Hamid (pesara Penolong Pegawai Tadbir Kanan Awam di TUDM Kuantan).
12. Tuan Hj Marjuni bin Suradi (Pesara Guru Besar. Menetap di
Sg Pinggan, Pontian) - meninggal dunia pada 9 Feb 2019 di Pontian.
13. Tuan Minhad bin Abu Yamin (pesara PTD di ICU JPM). Meninggal dunia pada 15 Jun 2020.
14. Tuan Hj Misro Jerut (Bendahari UTHM, Batu Pahat.
Menetap di Putrajaya).
15. Dato' Haji Simi Abd Ghani, Pengarah Siasatan SPRM).
16. YA Tuan Haji Sapini Mat Saman (pesara Hakim Mahkamah
Perusahaan).
17. Tuan Sidek Jaffar (Pengarah AADK Johor).
18. Tuan Hj Yasman Tamsir. Pegawai di PPN Johor.
19. Tuan Hj Zaki Muda (JPS Terengganu). Meninggal dunia di Setiu pada 5 Ogos 2020.
20. Tuan Zakaria Bokhari (Guru di Benut, Pontian).
21. Tuan Hj Zakaria Md Alip (pesara di Bahagian Akuntan Negara, Putrajaya).
Selain dari Marjuni dan Abd Talib, sahabat yang meneruskan
kerjaya sebagai guru ialah Yasman Tamsir, Kamdani Md Saleh, Zakaria Bokhari dan
Johari Udar. Kamdani telah bersara awal (55 tahun) manakala Yasman berkhidmat
di Pejabat Pelajaran Negeri Johor.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan kepada ruh almarhum Mohd Fauzi, Marjuni, Engku Hamzah, Minhad dan Zaki dan seterusnya melimpahi kehidupan rakan-rakan lain dengan kesejahteraan dan keimanan.
reunion pertama di rumah Engku Hamzah (Taman Ramal Suria, Bangi) pada 17 Sep 2012
bertemu Khairudin pada Jan 2015
Sekolah Alam Shah (SAS) was established as a result of the
National Education Policy advocated by the 1958 Razak Report. It became the
first Malay school to offer Form Six classes. Hence, the school trail blazed
the way for Malay stream students to enrol in tertiary education in
institutions of higher learning both local and overseas.
On 7 February 1963, SAS enrolled its first students. His
Majesty of Second Yang DiPertuan Agong; Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan
Alaeddin Sulaiman Shah consented the use of His Majesty's name (Alam Shah) on
the school. On 7 March 1964, the school was officially opened by His Majesty
the then Sultan of Selangor, Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum SUltan Salahuddin
Abdul Aziz Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
On 26 April 2003 the school shifted premises to a new
142,000m sq campus in Putrajaya. In officiating the new premises on 24 March
2007 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz, the Sultan of Selangor, had consented SAS taking
on the name of his grandfather Sultan Hisamuddin Alam Shah. The school is
henceforth known as Sekolah Sultan Alam Shah (SAS).
Maka, berakhirlah Fasa Pertama perjalanan singkat yang
mencipta titik-titik hitam dalam kehidupanku.
Biar pun singkat, ia tetap satu catatan sejarah dalam
lipatan hidupku. Antara nostalgia, impian, cita-cita dan kenyataan.
Biarpun ia singkat ia tetap menyuburkan apa yang dinamakan
persahabatan yang kembali berbunga setelah puluhan tahun layu dan terkubur di
dalam timbunan cita-cita dan kerjaya.
AKU muatkan sekalung PUISI ciptaan salah seorang rakan sekelas L6 SAS 1977 untuk tatapan CLASSMATES yang masih hidup di dunia ini:
MENUNGGU GILIRAN
Sahabat SAS yang masih bernafas,
Kita masih dikurniakan waktu menghirup udara-Nya dengan
puas,
Mencicip rezeki-Nya yang meruah,
Hidup kita yang jelas arah,
Ke hadrat-Nya kita berserah.
Sahabat pertama, Saudara Fauzi dipanggil-Nya,
Mendahului senarai yang nyata,
Disusuli pula Haji Marjuni dijemput Pencipta,
Selepas itu, Engku Hamzah pula hilang di mata,
Undangan Khaliq cepatnya tidak terkata,
Pada 14 Jun 2020 pecah berita,
Pergi tak kembali sahabat kita,
Jam 11.49 pagi Minhad Abu Yamin seperti diwarta.
Innalillahi wainna ilaihirajiun itulah yang mampu dikata.
Semoga Allah mengganjari mereka dengan syurga.
Tanggal 5 Ogos 2020 pecah khabar,
Sahabat sekelas telah beredar,
Haji Zaki sebelumnya terlantar,
Dipanggil Ilahi penuh debar,
Lebih kurang jam dua belas tengah malam ditunjuk radar,
Innalillahiwainna ilaihirajiun bibirku bergetar.
Sahabatku,
Kita mengikut jadual ketentuan Ilahi,
Sihat atau sakit tidak menyalahi,
Kudrat dan iradat-Nya tertinta sejak azali,
Perlu bersiaga, jangan menyesali,
Di alam sana yang kekal abadi,
Hajat kita, mendakap syurgawi.
Bicara al-Faqir,
Abdul Talib Hamid,
Sempena Perginya Mengadap Ilahi,
Minhad Abu Yamin,
14.6.2020 Ahad. Dan Allahyarham Zaki pada 5.8.2020. Rabu.
Fasa Kedua rentak rapuh kehidupanku iaitu selama dua tahun
di UTM akan kuceritakan dalam Bab yang akan datang.
No comments:
Post a Comment