Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, September 1, 2013

AF 002: KELAHIRAN DAN KELUARGA KAMPUNG


KAMPUNG BOY
KELAHIRAN & TUMBESARAN

Penulis dilahirkan pada hari Ahad, 22hb November 1959 (bersamaan dengan 20 Jamadil Awal 1379  di Kampung Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Toharudin  merupakan kombinasi dua kalimat Arab ‘toharu (toharoh)’ yang bermaksud SUCI dan perkataan ‘addin’ yang bermakna AGAMA...jadi maksud gabungan dua kalimat Arab itu (ejaan yang lebih tepat ialah Toharuddin) ialah KESUCIAN AGAMA.

Menurut kata almarhumah nenda sebelah emak penulis (Embah Suminah), nama TOHA juga untuk mengingati semula nama salah seorang abang kepada ibuku yang meninggal dunia sewaktu kecil. Namanya Mohd Toha (lahir antara 2020-2030) dan diubahsuai oleh ayah penulis menjadi Toharudin. Mungkin juga, bila memanggil namaku, embah dapat mengubat kerinduan kepada anak yang disayangi (sebenarnya 6 dari 12 anak nendaku meninggal semasa kecil).

Parit Lapis Mahang adalah salah satu dari puluhan kampung (perkampungan masyarakat Jawa) di sepanjang lebih kurang 20km jalan dari simpang Parit Hamid ke simpang Parit Botak.

almarhum bapak dan almarhumah emak

Bapa penulsi (dipanggil bapak) bernama Abdul Rasid @ Abdul Rashid @ Haji Abdul Aziz bin Haji Tahir. Bapak dilahirkan pada 24 Mei 1927. Tapi penulis percaya, itu bukan tarikh yang tepat kerana keadaan penempatan orang dulu yang jauh dengan pekan, biasanya pendaftaran dibuat setelah beberapa hari atau kadang beberapa bulan bayi dilahirkan.  Bapak meninggal dunia pada 9 Disember 2015
  
Ibu penulis (aku panggil emak) bernama Umi Kelsom binti Haji Mustapha. Emak dilahirkan 17 Julai 1935 di Parit Lapis Mahang dan meninggal dunia pada 5 Julai 2023. 

Ya Allah, engkau ampunilah dosa kedua ibu bapaku yang besar dan yang kecil, janganlah engkau seksa di dalam kuburnya. Merekalah yang mengenalkan aku dengan huruf-huruf AlQur'an.  Sinarilah kuburnya dengan cahaya AlQur'an.
  
 Embah dan Nyai

Kedua-dua almarhum datuk penulis sebelah bapak (Embah Tahir) manakala datuk sebelah emak (Embah Mustapha) berasal (bermigrasi) dari Kabupaten Blora, Propinsi Jawa Tengah, Indonesia. Mereka semua berhijrah ke Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Pertama. Blora adalah sebuah daerah (kabupaten). Kalau perjalanan dari Jakarta ke arah Surabaya, setelah melepasi bandar Semarang (450km dari Jakarta), sampai di pekan Rembang (118km dari Semarang), akan ada simpang ke kanan ke arah pekan Blora. Jarak dari Rembang ke Blora antara 37km.


Peta Pulau Jawa

Kedudukan Kabupaten Blora


Datuk penulis sebelah bapak, almarhum Haji Tahir Haji Tahir @ Isa bin Ibrahim (Embah Tahir) dilahirkan di Jawa dalam tahun 1888 (lebih kurang) dan meninggal dunia di Parit Lapis Mahang dalam tahun 1976. Dalam kad pengenalannya disebut sebagai Haji Tahir bin Jayos. Tapi sebelum semasa hidupnya almarhum pernah bercerita bahawa nama bapanya yang sebenar ialah Ibrahim. Tetapi semenjak kecil almarhum dibela oleh bapa saudaranya yang bernama Jayos. Setelah dewasa almarhum berhijrah ke Tanah Melayu dan mendaftar di sini sebagai Tahir bin Jayos kerana almarhum hanya mengenali penjaganya sebagai bapanya. Embah Tahir meninggal dunia dalam tahun 1976 ketika penulis  dalam Tingkatan 5.

Setelah berhijrah ke Tanah Melayu almarhum Haji Tahir berkahwin  dengan nenda penulis Hajjah Manisah binti Shafie (Nyai Sah) yang dilahirkan pada tahun 1904 dan meninggal dunia pada 19 Mac 1992. Nyai Sah meninggal dunia ketika penulis berpangkat Kapten TUDM bertugas di MINDEF.

Allahyarhamah Mbah Hj Tahir bin Ibrahim dan Allahyarhamah Nyai Hjh Manisah Shafie
(nenda-nendaku sebelah bapak)

Gambar keluarga yang tertua yang dapat diperolehi (1961)
Belakang dari kiri: almarhum Abd Manap @ Hj Shukor, almarhumah Hjh Halimah, Hj Razikan, Hjh Umi Kelsom dan almarhum Hj Abd Rashid 
Duduk dari kiri: almarhum Embah Hj Tahir and almarhumah Nyai Hjh Manisah;
Berdiri di hadapan dari kiri: Hjh Siti Rahimah (kakakku), Hj Khamim (abangku), Shamsiah (sepupuku), almarhum Hj Md Jahrom (abangku) and aku 
(gambar ehsan dari Mohd Rohan Abd Manap)

Almarhum datuk penulis  sebelah emak bernama Haji Mustapha bin Pajoyo @ Haji Omar juga dilahirkan di Tanah Jawa.  Embah Mustapha (penulis tidak pernah menemuinya) meninggal dunia dibunuh oleh anggota Pasukan Bintang Tiga (pengganas komunis) dalam tahun 1945/1946 semasa Malaya di bawah British Military Administration sebaik sahaja Tentera Jepun menyerah kalah. Almarhum dibunuh dihadapan rumahnya di Parit Lapis Mahang. Almarhum diburu oleh anggota Bintang Tiga kerana dianggap sebagai orang kampung yang aktif dan berpengaruh dalam perkumpulan masyarakat dan agama.  Keadaan kehidupan yang dhaif pada masa itu, menurut kata emak aku, jenazahnya hanya dikafankan dengan kain kelambu sahaja. Jenazahnya disemadikan berhampiran dengan tempat kematiannya.

Almarhumah nenekku sebelah emak bernama Hajjah Suminah binti Kasan @ Hassan (aku panggil Mbah Suminah). Direkodkan almarhumah Mbah Suminah dilahirkan di Tanah Jawa pada tahun 1909 di Jawa dan meninggal dunia di Parit Lapis Mahang (rumah bapak) pada 15 Jun 1995 dalam usia 86 tahun. Pada masa itu aku berpangkat Mejar TUDM dan sedang mengikuti pengajian ijazah di ITM Shah Alam.

 Nendaku sebelah emak - Almarhumah Hajjah Suminah binti Kasan @ Hassan 

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesemua nenda-nendaku, ayahandaku, dan bapa/ibu saudaraku yang telah meninggal dunia".

Pada 16 Oktober 13, adik penulis Aminin telah menemui dokumen-dokumen yang amat berharga, iaitu surat beranak bapak dan emak. Baru kini aku tahu bahawa nama asal bapak mengikut dalam Sijil Kelahirannya ialah SUHUD bin Haji Tahir. Dilahirkan pada 24 Mei 1927, manakala nama emak ialah UMI KELSOM binti Mostapa, dilahirkan pada 17 Julai 1935.

Salah satu kewajipan di pagi raya (awal lapan puluhan)

Pusara Almarhum Embah Hj Mostapa jaraknya lebih kurang 50 meter dari rumah bapak


SEPINTAS LALU TENTANG ADIK BERADIK PENULIS

Keluarga penulis boleh dikatakan satu keluarga yang besar. Kami ada lapan adik beradik. Memang meriah. Masa raya lagi la meriah sebab semua akan berkumpul di rumah Bapak. Setiap tahun, angkanya sentiasa bertambah. Hingga sekarang (2010) emak/bapak aku ada 8 anak, satu anak angkat, 43 cucu dan lebih 20 orang cicit.

Ketika gambar ini diambil (1959), emak sedang mengandungkan penulis 

ANAK PERTAMA

Abang penulis  yang sulung bernama Md Jahrom (Rom atau Long). Dia dilahirkan pada 7 Jun 1951. Sekolah rendah di Sek Ren Keb Seri Rejo Sari (SRS) dari 1958-1964, sekolah menengah (aliran Inggeris) di Batu Pahat (1965-1967) sebelum berpindah ke Sek Men Parit Saidi yang baru dibuka dibuka pada tahun 1965 (kemudian dinamakan Sek Men Keb Tunku Mahmood Iskandar- STMI) sehingga tahun 1969.

Hubungan penulis dengan Long kurang rapat kerana pertama: jarak usia kami yang agak jauh - 8 tahun dan kedua: semasa penulis  masih kecil (5 tahun), Long bersekolah di bandar dan tinggal di rumah sewa, kemudian bersekolah di Muar dan terus bekerja di luar daerah. Kami hanya bertemu semasa beliau pulang bercuti sahaja, ditambah pula dengan watak beliau yang agak pendiam. Apa yang  penulis ingat, masa penulis dalam Darjah 4, beliau sudah Tingkatan 5 di STMI. Selalunya, waktu pulang dari dari sekolah (tengahari), ramai kawan-kawan beliau akan singgah lepak di rumah penulis. Rumah penulis jadi macam rumah persinggahan.  Antara sebabnya ialah rumah penulis dekat dengan sekolah (lebih kurang 1 km), di tepi jalan raya laluan utama dan almarhum bapak pula suka melayan mereka. Kami adik beradik kenal dengan semua kawan-kawan beliau.  Antaranya Saadon Samadi, Ramli Ismail, Zamani Hj Mansor, Mohamad Jurimi, Sadiman Bandi, Ismail Sulaiman, Sairi Saimon dan lain-lain.

Selepas tamat SPM. Long tidak dapat ke Tingkatan 6 sekolah Kerajaan (di Johor Bahru) dan beliau belajar dan mengambilambil STP di Sek Men Md Yassin, Muar dan tinggal di rumah Tuan Hj Musbah (saudara sepupu ibu penulis). Long kemudian berkerja sebagai kerani dengan Felda di Chemplak (Labis). Long berkahwin dengan Sharifah Zainah bt Syed Lani, anak seorang staf Felda juga pada tahun 1974. Lepas itu, Long berpindah ke Felda Bukit Batu, Kulai. Kemudian dia bertukar kerja dengan Ladang Bousted di Semberong sebelum bertukar di Ladang Sindora, Kluang dan Ladang Tereh di Paloh. Long juga pernah ditugaskan untuk mengurus ladang di Palembang Indonesia untuk beberapa tahun. Setelah bersara dia tinggal menetap di Taman Lambak, Kluang.


Kekanda sulungku, Md Jahrom meninggal dunia (akibat strok) pada 12 Jun 2018 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1439 (dua hari sebelum menjelang 1 Syawal 1439) di Hospital Kluang. Jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Lambak, Kluang. Almarhum Md Jahrom dan Kak Nah mempunyai 4 orang anak:

1.    Nor Aziyati @ Yati (1976) - berkhawin (1) dengan Khairul Anuar (berpisah) dan dikurniakan seorang anak bernama Muhd Aliff.  Berkahwin (2) dengan Suhairi bin Samian dan dikurniakan dua orang anak.

2.    Khairul Fahmi @ Pam (1978) - berkahwin dengan Aina Salina binti Latif dan dikurniakan 3 orang anak. Pam berkelulusan Diploma Sains Komputer dan bekerja dengan Jabatan Muzium Negara. Mohd Fahmi meninggal dunia pada usia 39 tahun di Hospital Ampang Puteri pada 4 Dis 2017 akibat jangkitan kuman di paru-paru. Jenazahnya di kebumikan di Kg Sungai Nipah, Pulau Indah.

3.    Aini Nadhirah @ Aini (1979).

4.    Mohd Fairuz @ Ayut (1984). - berkahwin dengan Erma binti Mat (seorang guru) dan mempunyai 3 orang anak.  Ayut adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UTHM dan mempunyai perniagaan sendiri dan menetap di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

ANAK KEDUA

Anak kedua dalam keluarga ialah Siti Rahimah (Im atau Ngah). Ngah dilahirkan pada 7 Julai 1954. Sekolah rendah di SRK SRS dan menengah di SMK TMI. Apa yang penulis ingat (masa tu  penulis di sekolah rendah), Ngah ini ramai peminat di sekolah samada dari kalangan cikgu atau rakan-rakan lelaki. Aku kurang mengerti waktu itu, mungkin dia memiliki wajah yang ayu.

Ada satu peristiwa yang penulis masih ingat, satu hari bapak terjumpa sepucuk surat yang dikirimkan ke alamat rumah untuk Ngah. Bila dibuka, rupanya surat dari seorang lelaki yang menaruh hati dan ingin berkenalan dengannya. Apa lagi, bapak pun naik berang, hari tu kakak  pengulus teruk kena belasah. Bapak hendak bakar beg sekolahnya dan suruh dia berkahwin. Kami adik-adik pucat lesi tenguk kakak kena belasah. Kasihan dia, manalah dia tau siapa lelaki yang mencuba nasib itu.

Sewaktu di sekolah rendah dan menengah Ngah dikategorikan sebagai murid yang bijak, selalu dapat position yang baik dalam peperiksaan. Tapi prestasinya menurun semasa di sekolah menengah, lebih-lebih lagi selepas SRP. Agaknya sebab ramai yang ganggu, dia tidak dapat menumpukan pelajarannya. Masa dia di Tingkatan 5, dia sudah dipinang orang. Penulis pun tidak sedar akan pertunangan itu. Setahu penulis, sebaik sahaja selesai peperiksaan SPM (1972), sebelum menerima keputusan lagi, dia telah dinikahkan  dengan seorang Ustaz bernama Hamzah bin Hj Yusof, pemuda sekampung juga. 

Ngah memiliki Sijil Darjah Khas dan layak memohon untuk menjadi Guru Ugama Sekolah Agama Johor.  Beliau diterima menjadi Guru Ugama setelah melahirkan anak keduanya menjadi Guru Agama selepas dia melahirkan anak kedua (kalau tak silap).

Majlis perkahwinan Siti Rahimah (1972)

Ngah dikurniakan anak yang ramai iaitu 9 orang. Tetapi anak ketiganya yang bernama Muhd Razaleigh meninggal dunia selepas dilahirkan. Anak-anak Ngah ialah;

1.    Khasiatul Fauziah @ Uji (1972)- berkahwin dengan Khairul Saleh bin Salihin - dikurniakan 3 orang anak.

2.    Nizatulshima @ Noni (1973) - berkahwin dengan Mohd Azhan dan dikurniakan 6 orang anak. Mohd Azhan meninggal dunia pada tahun 2018.

3.    Mohd Razaleigh (meninggal dunia semasa kecil)

4.    Mohd Nasruddin @ Rudi - berkahwin dengan Sunarti binti Sukiman.

5.    Mohd Rahmat @ Mamat - berkahwin (1) dengan xx (meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2008). Berkahwin (2) dengan Nirzwana pada tahun 2013 (dikurniakan seorang anak) dan berpisah pada tahun 2015 dan kemudian berkahwin (3) dengan Siti Azawiyah.

6.    Mohd Fitri @ Pit -berkahwin dengan Nor Jannah binti Ramli dan mempunyai seorang anak.

7.    Mohd Hamdan (Adan) berkahwin dengan Norhuda binti Misnan dan dikurniakan tiga orang anak

8.    Nur Faizi Fahariah (Faiz). Berkahwin dengan Luqman dan dikurniakan 6 orang anak.

9.    Nur Farizah Syahidah (Ezah). Berkahwin dengan Muhammad Shafiq dan dikurniakan dua orang anak.

Abang Ngah (Hamzah) meninggal dunia pada tahun 2006 setelah beberapa tahun mengalami penyakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Semoga Allah mengampunkan dosamu dan ruhmu tenang di alam barzah.

Bapa dan emak borek, anak-anak pun rintik.  Ngah cikgu agama, arwah abang Ngah pun cikgu agama, setakat ini lima dari 8 anak Ngah mewarisi kerjaya kedua ibu-bapanya. Uji bertugas sebagai guru berijazah di sekolah menengah, Noni dan Rudi sebagai guru agama, Mamat (graduan ijazah Statistik) juga guru sekolah. Faiz pun turut memilih jadi guru ugama sebagai kerjayanya. Ezzah,  graduan UNISEL 2011 bertugas di Selangor.  

Ngah juga tidak berpuas hati dengan kelayakan akademiknya rterus berusaha belajar secara PJJ hingga mencapai ijazah dan bersara sebagai seorang Guru Besar pada tahun 2012.  Setelah bersara, Ngah masih aktif mengajar Fardhu Ain untuk kaum ibu di surau/masjid. Ngah menetap di sebelah rumah peninggalan ayah bonda di Kg Parit Lapis Mahang.

ANAK KETIGA

Anak ketiga adalah Khamim @ Amim. Nama asalnya Nor Khamim tapi bila didaftarkan hanya Khamim sahaja. Amim dilahirkan pada 18 April 1957, beberapa bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Khamim juga seperti abang dan kakanya menerima pendidikan di SRKSRS (1964-1969) dan SMKTMI (1970-1974).

Di kalangan adik beradik penulis, Amim adalah yang paling berani, gigih dan tabah. Sejak di sekolah rendah lagi, dia adalah pelindung kepada adik-adiknya. Oleh kerana jarak dengan umur penulis hanya 2 tahun, maka kami agak rapat, dibesarkan bersama, bermain bersama dan bersekolah bersama. Sama ada semasa di sekolah atau bermain di luar waktu sekolah, kalau ada sesiapa yang mengusik atau mengganggu penulis, memang buruklah padahnya. Jangan nak kata usik, kalau orang tu gertak aku je pun dia akan belasah sampai terkangkang. Dia tidak boleh dicabar, dan sanggup bergelut walaupun lawannya jauh lebih tua atau bersaiz lebih besar. Penulis memang tabik padanya. Dan penulis pun merasa hairan kerana selama kami membesar bersama, dia tak pernah belajar seni mempertahankan diri selain menonton gusti di televisyen. 

Amim juga memang berbakat pemimpin sejak di sekolah rendah. Dia jadi Ketua Pengawas semasa di sekolah rendah dan menengah dan kerap mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.

Selepas SPM, Amim belajar ke Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh dalam jurusan Electronic and Communication dan menerima biasiswa LLN. Selepas tamat pengajian di PUO dia bekerja dengan LLN (sekarang TNB) sehingga sekarang. Aku sekali lagi tabik kepadanya kerana dia dari SPM aliran Sastera dan juga aliran Melayu telah berjaya menempuh cabaran bidang kejuruteraan (yang dipenuhi dengan sabjek Sains dan Matematik) di PUO dengan jayanya.

Penulis berterima kasih kepadanya kerana sering membantu semasa penulis belajar di UTM (1977-1979) yang selalu kekeringan poket. Dia sangat pemurah.

Sehingga kini (2025), dia sudah berusia 68 tahun, dia tetap konsisten dan di kalangan adik beradik, dia tetap yang paling ringan tangan untuk membantu apa saja.

Amim berumahtangga dua tahun selepas penulis,iaitu tahun 1985 dengan Badariah bt Hj Samin dari Kg Parit Tariman, Senggarang. Masa penulis bertugas di TUDM Kuantan (1983-19860, dia juga ditukarkan ke sana dan kami sama-sama menyewa rumah di Taman TAS, Kuantan. Hasil perkahwinannya dengan Kak Badar Amim dikurniakan 6 orang anak iaitu:

1.    Muhd Yusuf Islam (1986) - graduan UNITEN dalam bidang Perakaunan- memulakan kerjaya sebagai juru audit di TNB dan kemudian berhenti untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

2.    Siti Mariam Jamilah.

3.    Nor Rashidah Aziziyah - berkahwin dengan Razuan Shah bin Abd Razak pada tahun 2016.

4.    Intan Rosharina Zaharah

5.    Ali Imran Syarifuddin

6.    Alif Syukry Albukhary.

Setelah bersara dari TNB, Amim aktif dalam kerjaya barunya sebagai Mutawwif. Amim telah tiga kali menunaikan Fardhu Haji.   Semoga Allah memberi kemudahan kepada kekandaku ini sebagai balasan 'kemudahan' yang dia berikan kepada orang lain. Amim kini menetap di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

ANAK KEEMPAT

PENULIS adalah anak keempat keluarga ini.  Penulis berkahwin dengan Adibah binti Haji Taha dan dikurniakan 6 orang anak, 2 lelaki dan 4 perempuan:

1.    Muhammad Hafeez Firdaus (lahir 27 Ogos 1984) - berkahwin dengan Musfirah binti Kader pada 30 Okt 2011 dan dikurniakan 3 orang anak, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika berusia 9 bulan setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur.

2.    Nur Fairiz Fazeera (lahir 23 Oktober 1985) - berkahwin dengan Mohd Farihan bin Md Ridzuan pada 24 Sep 2010 dan dikurniakan 4 orang anak.

3.    Aisyahnur Abid (lahir 8 Mac 1990) - berkahwin dengan Muhd Noor Hafiz bin Kasim pada 8 Mei 2011 dan dikurniakan 4 orang anak..

4.    Atikah Nur Ezzaty (lahir 6 Jun 1991) berkahwin dengan Muhammad Asyafiq bin Harun pada 30 Ogos 2014 dan dikurniakan 3 orang anak.

5.    Muhammad Heikal Fawwaz (lahir 26 Mei 1995) berkahwin dengan Khadijah binti Abd Rahman pada tahun 2021 dan dikurniakan sepasang kembar perempuan.

6.    Nurul Azyan Syafiqah (lahir 4 Mei 2000).


ANAK KELIMA

Selepas penulis adalah Noradzim @ Ajim) anak kelima. Ajim dilahirkan pada tahun 3 Januari 1963. Di kalangan adik-adikku, Ajim juga dikategorikan sebagai berani, cuma dia bukan kaki bergelut macam Amim. Ajim juga bersekolah yang sama dengan penulis di SKSRS dan SMKTMI. Masa dia dalam Darjah 1, penulis telah berada dalam Darjah 5, dia pernah berkelahi dengan kawan sekelasnya hingga dahinya benjol. Kawan-kawanya bawalah datang berjumpa penulis, mengadu, tapi penulis pula yang menangis kerana terlau kesihan melihat keadaannya. Tak guna punya abang. Kalaulah Amim yang ada ketika itu, pasti lunyai budak itu dikerjakannya.   

Selepas SRP dia melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 Sains di Sek Tun Ismail (STI), Parit Raja. Lepas SPM, dia kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas dan seterusnya mengajar di Sek Men Pulau Lumut, Pelabuhan Klang lebih kurang tahun 1984 atau 85. Pulau Lumut adalah sebuah perkampungan nelayan Melayu. Untuk ke sana perlu menaiki bot selama 45 minit dari jeti Pelabuhan Klang. Tapi kini, Pulau ini telah dimajukan, ditukar nama menjadi Pulau Indah dan wujud sebuah pelabuhan moden (Pelabuhan Barat atau Westport).

Dalam tahun awalnya Ajim tidak tahan mengajar di sana (remote area), beberapa merayu kepada Jabatan Pelajaran memohon ditukarkan ke tanah besar namun tidak berjaya. Tapi akhirnya, dia mendapat hobi baru iaitu memancing di laut  dan selain ikan dia juga berjaya memancing anak gadis Pulau Indah dan akhirnya bernikah dengan Zaharah binti Abd Rahman. Dia bermastautin di sana (Kg Sungai Kembong) sehingga kini. Ajim bersara (awal) pada tahun 2021. Hasil perkahwinannya dengan Zaharah, dia  dikurniakan 7 orang iaitu:

1.    Muhammad Fauzan @ Pojan - sekarang bertugas dengan APMM, berkahwin dengan Reiza Farahwan binti Rosdi pada bulan April 2019.

2.    Ain Nazihah @ Ain - graduan UITM. 

3.    Wahidatul Saidah @ Wahidah - graduan UITM Shah Alam - berkahwin dengan...... 

4.    Muhammd Ilman @ Ilman (1995)

5.    Muhammad Farhan @ Pa'an 

6.    Muhammad Ikhwan @ Iwan.

7.    Nurlyana Hazirah @ Azira.


ANAK KEENAM

Rakhiman @ Man adalah anak yang keenam yang dilahirkan pada 13 Oktober 1965. Penulis tak banyak dapat mengikuti perkembangan Man. Mungkin beza usia selama 6 tahun.  Semasa penulis meninggalkan kampung pada tahun 1977, Man baru Darjah 6. Lepas tu penulis pun jarang balik kampung, setahun sekali dua sahaja.


Man bersekoleh rendah di SKSRS dan bersekolah menengah di STMI kemudian ke SMK Tun Ismail, Pt Raja hingga ke peringkat STP. Kemudian dia membuat berbagai kerja termasuk pekerja buruh binaan dan pekerja ladang di kawasan pendalaman dalam daerah Maran, Pahang. Man juga berminat menyertai tentera tetapi telah gagal dalam temuduga pemilihan Pegawai Kadet.  Man sudah menunaikan Fardhu Haji pada tahun 1990 semasa dia masih bujang lagi - kerana menemani ahli keluarga. Penulis tidak ingat tahun berapa dia berkahwin, tapi itulah hari pertama  dia dapat surat tawaran kerja dengan JPJ. Lebih kurang dalam tahun 1992 atau 1993, Dia berkahwin Salmah binti Jais,  seorang jurutera di MPOB berasal dari Parit Raja. Mereka dikurniakan 4 orang anak, iaitu:

1.    Fatimah Nur Asyikin

2.    Amirul Zulhilmi

3.    Muhammd Imran Zaki - berkahwin dengan 

4.    Aliyah Nazihah.

Taqdir menentukan, jodoh Rakhiman  dengan Salmah tidak kekal dan mereka berpisah dalam tahun 2004. Man kemudian berpindah ke JPJ Kemaman dan membeli rumah di sana dan bertemu jodoh kedua dengan Jamilah binti Abd Ghai, seorang peguam di Kemaman pada tahun 2007 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata:

Iyrdena Zahirah (2008). 

ANAK KETUJUH

Khairiah @ Yah dilahirkan pada 13 Mei 1968. Pada tahun itu nenek aku sebelah mak (Embah Suminah) menunaikan Fardhu Haji dengan menaiki kapal laut dari Singapura. Betapa susahnya orang nak pergi haji masa tu, dengan persediaan yang begitu rapi seperti kotak-kotak makanan sepanjang pelayaran pergi dan balik. Rasanya, 3 bulan baru balik dari Mekah.

Semasa bapak hendak menamakan bayi (Yah), beliau ada menyebut untuk  namakan Khairiah bagi mengambil nama Menteri Pelajaran pada masa itu, Allahyarham Encik Khir bin Johari yang datang merasmikan SKSRS.

Macam juga Man, aku tidak dapat banyak maklumat tentang perkembangan Yah masa kecil kerana dia membesar ketika aku di perantauan. Setahun jumpa sekali dua sahaja. Selepas SPM, Yah memilih kerjaya sebagai menjadi Guru Agama dan sekolah pertamanya di Pontian sebelum ditukarkan ke Batu Pahat. Yah juga telah menunaikan fardhu haji sebelum mendirikan rumahtangga bersama Ngah pada tahun 1989.

Dia berumahtangga pada tahun 1990 atau 1991 dengan seorang pemuda dari Kg Parit Haji Ali bernama Mohd Safingi bin Hj Sulaiman (Pie), graduan Banking dari UiTM. Yah dan Pi'e dikurniakan 5 orang anak:

1.    Fatin Fadwana (1992) - graduan pengajian Pendidikan Khas di UPSI Tg Malim dan menerima Anugerah Pingat Emas DiRaja dalam Konvo UPSI Nov 2015. Berkahwin dengan Muhammad Ariff bin Mohd Yunus.

2.    Umar Abdul Aziz (1995) - graduan UTHM. 

3.    Raihan Nurhanani (1997) - graduan UM.

4.    Khairin Jadwa (2000) - graduan UITM.

5.    Khairunnisa (2005) - penuntut Kedoktoran Veterinar di UPM.

ANAK KELAPAN

Aminin @ Minin dilahirkan pada 3 Februari 1971, anak bongsu - anak paling manja. Ada kelebihan kerana sebahagian besar abang/kakanya sudah berkerja, maka tanggungan bapak sudah semakin ringan. Kebanyakan kebun bapak sudah diupahkan atau dipajakkan kepada orang lain. Hanya memungut hasil setiap bulan. Aminin mungkin tidak lagi merasa kerja-kerja kebun getah, kopi dan kelapa sawit dan berperang dengan nyamuk dan agas seperti abang-abangnya.

Sama macam abang-abang dan kakak-kakaknya, Minin bersekolah rendah di SKSRS dan menengah di SMKTMI. Dia masuk Tingkatan 4 Sains di STI Parit Raja. Agak beruntung kerana ketika bersekolah menengah, bapak sudah mampu membelikan sebuah motosikal untuknya. Rezeki anak bongsu. Selepas SPM, Minin masuk ke Maktab Perguruan Melewar, Seremban. Tamat latihan di Maktab, Mini kena mengajar di SRJK (China) di Chukai. Dia pun sama dengan Ajim, mula-mula tidak tahan duduk berjauhan dengan keluarga, beberapa kali memohon pertukaran ke Johor namun tidak berjaya. Kalau Cikgu Ajim menemui penawar kebosanan di laut, Minin pulak membuat tuisyen mengajar anak-anak China. Alhamdulillah, perniagaan tuisyennya berkembang maju.

Dia kemudiannya mengambil cuti belajar untuk mengambil ijazah di UPM selama 4 tahun. Selepas graduat, dia kena tukar ke Pengerang tetapi dia tidak melapor diri.

Entah bagaimana, dia boleh terjerlus dalam bidang perniagaan (telefon bimbit dan komputer) dan kemudian menyertai bidang perkhidmatan pembaikan/senggaraan bangunan dan akhirnya kepada pembekalan alat ganti bot dan alat keselamatan untuk PETRONAS.


Setelah 37 tahun membujang, dan menghabiskan sebahagian besar kerjaya di Kemaman, Terengganu, akhirnya dia bertemu jodoh di Kuala lumpur. Gadis pilihannya bernama Reiza Mardeanna binti Mohd Rosdi. Mereka berkahwin pada tahun 2008 dan setakat ini telah dikurniakan seorang putera, Adam Iskandar yang dilahirkan pada 13 November 2010 (Adam dilahirkan semasa aku berada di Makkah menunaikan Fardhu Haji).

Amir bin Agos (lahir: 1958) adalah anak kepada salah seorang emak saudara sebelah ibuku yang bernama Siti Amirah binti Mustapha @ Lek Siti). Dia menjadi ahli keluargaku ketika berusia 9 tahun (1967) atas sebab domestic problem keluarga ibunya. Sejak hari pertama dia masuk ke rumah kami, kami anggap dia seperti adik beradik. Apa yang dia dapat dari bapak atau emak kami, sama seperti yang kami dapat.


Family Photo: diambil dalam tahun 2000
dari kiri: Md Jahrom, Rahimah, Khamim, Toharudin, Amir, Adzim, Rakhiman, Khairiah dan Amir.

Emak (kiri) dan almarhumah Embah Suminah (kanan)


Gambar tahun 1980

gambar raya (1980) berlatarbelakangkan rumah Nyai (Manisah)

gambar raya (1998) berlatarbelakangkan rumah bapak

PERUBAHAN BENTUK DAN WARNA RUMAH BAPAK






MY CHILDHOOD 

As a normal 'kampong boy', I was grown up within the typical kampong environment. Our (boys) routine activities were driven by the environment such as ground, trees, birds, fruits, water (river and pond) and etc.

Normally we moved in group, 3-5 boys per group to go for fishing, 'melastik burung' (shoot the birds by using catapult, and the bullets were normally unripe coffee bean or small gravels), 'membaling buah mangga (kat kebun orang punya laaa)', or 'mandi parit'. If you see the 'parit' (drain) today, you could not imagine how we all can 'mandi' inside there, what was the product after taking the bath. Actually we all were not 'mandi' but 'berkubang' (wallowing).

'Mandi Parit' - we did not have beach picnic so wallowing in the drain (parit) was the only alternative.

Other games we played were 'main tarik upeh, main gasing (top), main dilu'-dilu'an (police & thief), 'main lastik getah (catapult)', main ogok ilit (kenda-kendi)' and main galah.



'Upeh' is a Javanese word of dry frond from a betel palm tree. For the villagers, 'upeh' was usable. Before 'tupperware' was introduced to the remote kampong areas, they used 'upeh' to wrap food (Malay = bekal) for the school children (Jawa = bontrot). They also used it as a packing material for 'dodol' (Jawa = jenang) and 'getok ubi'. 'Upeh' was also used a game material to entertain our small brother/sister as alternative to 'basikal roda tiga'. Sometimes we (children) performed a competition of 'lumba tarik upeh'. How the 'upeh' was used, please see the picture below.



'Main galah' was famous during the fasting month. The playing time was after 'sembahyang terawikh' (about 1030 pm) and the place was at the 'surau's' compound. We divided into two team of 4 to 6. Normally we played for one or two hours, but sometimes get carried away we played until 1.30am or until my father came with rattan or more lucky, he use the 'kayu tiang main galah' to slash us. However my father will only slash me and my brother, not other boys/players. The others will normally get disappeared fast.

Ending up the games with fighting (struggling) also happened. This happened when one of the players or team was cheating in the games or hitting the rival (while getting through the distance) to hard. However, tomorrow night we will forget the dispute and play again.

Another night games was 'main sembunyi-sembunyi' or 'dilu'-dilu'an' (police and thief). In this games, we would specify the boundary or limitation, so the players could not hide as they like. Sometimes, if we failed to find out, everybody will get worry and start to think nonsense, that was 'dia kena sembunyikan jin' (gin/genie). Our belief was the Muslim gins were staying in the mosque or 'surau'. We believed that the gins will cover our friend and invisible from the searcher.

How to select (among the players) who will become the searcher? There was a 'lagu' for that.  One of the players will say the song and in each word of the song, he will point toward the players one by one.

COK DONG KELADI KAPANG NASI KUNYIT PANGGANG AYAM COK DONG PET!

The person who had been pointed at the word 'PET' will became the searcher!

Today, 'no boys will be playing around at the mosque or 'surau' after Isyak prayers. Only stranger like to sleep inside the mosque or surau because the almost all suraus were installed with  fan. But those days, sleep in the mosque was something to be avoided. If you are 'unlucky' at the midnight, the gins will lift you and put you beside the well or in front the toilet.

Javanese terms:

(1)   Kakang or Kang (abang)- your elder brother or the son of your elder uncle/aunt.

(1)   Kakak or Kak or Bakyu (kakak)- your elder sister or the sister of your elder uncle/aunt.

(3)   Wak (Pak Cik tua)- your elder brother/sister to your mother or father (uncle/aunt).

(3)   Lek (Pak Cik muda) - your younger brother/sister to your mother or father (uncle/aunt).

(4)   Embah (datuk or atok)- your male grandfather.

(5)   Nyai (nenek)- your female grandmother (sometime also called Embah)-in Perak they called 'opah' atau di Negeri Sembilan 'wan'.

(6)   Buyut (moyang) - your grand grand father.

(7)   Putu (cucu) - your grand grand children.

(8)   Dhulur (saudara-mara) -your relatives.

(9)   Ponaan/keponakan (anak saudara) nephew or niece.

(10) Besan - your son's or daughter's parent-in-laws.

(11) Biras - your sister's brother/sister-in-laws or your brother's brother/sister-in-laws.


Dan demikian lah, sekarang tahun 2011, satu persatu bapa/ibu saudaraku meninggalkan dunia yang fana ini, dan kini giliran aku dan adik beradik serta sepupu-sepupuku mengambil alih tugas sebagai ORANG TUA yang juga akan menghampiri sakarul maut pada bila-bila masa sahaja.  Mungkinkah usia kita semua akan sepanjang usia mereka semua yang mencecah sehingga 70-80 tahun????


SEJAK TAHUN 2012 (LEBIH KURANG) HINGGA MENINGGAL DUNIA (2015), BAPAK  SUDAH TIDAK MENGENALI ANAK-ANAKNYA LAGI. YANG BAPAK KENAL HANYA EMAK SAHAJA. KAMI BOLEH BERBUAL APA SAHAJA, TAPI DIA TAK TAU DENGAN SIAPA DIA BERCAKAP...

Tiada gambar yang rumah di mana aku dilahirkan. Sama ada sememangnya tiada gambar atau sudah hilang atau musnah semasa perpindahan. Rumah yang sedia ada dibina dalam tahun 1962 ketika aku berusia 2 tahun lebih. Rumah ini pun sudah banyak kali mengalami perubahan, renovasi dan pembinaan semula. Ini adalah antara gambar rumah bapak yang ada dalam simpanan.

KAMPUNG BOY 


My father had his own way to discipline his family. He was very strict (harsh) to his children, especially in the aspect of education and 'Qur'an learning'. He did his own. Eventhough he only completed Darjah 3 Sekolah Melayu, his Mathematics was highly respected. What had made him so good in Mathematic? As a 'small holder' (pekebun kecil) he has acres of rubber trees and coffee. The dried rubber were sold to the middleman (named Ah Chew), They weighed the 'getah keping' by old type of weighing instrument. I do not know how to describe here but it needs at least 2 person to shoulder. The concept is similar to the weighing instrument shown in the picture below. But this instrument only used by the small shop owner to weigh thins less than 5 kati (those days we did not use pounds or kg).

So, off course, my father need mathematic (calculation) ability to calculate the weight of the 'getah keping' with the latest rubber price. The price were announced everyday at the end of news in the Radio Malaysia. So, one of my duty was to take note of the price. Many categories of 'getah keping' and our product (getah kampong) was the lowest grade, that was Getah No. 5. Kalau yang gred mahal dipanggil Getah Asap Berbunga (Rubber Smoked Sheet- RSS)

During the school weekend (Friday and Saturday), we (my brothers/sisters) have to help aou parents in rubber plantation (is not really a plantation- just smallholhers and we called it 'kebun getah'. We have to wake up in the early morning for rubber-tapping. Still dark. We have to use 'lampu suluh'. It was not a torch light. It used kerosene (minyak tanah) as a fuel. I could not find the picture to show. It was extincted product.

Why in the early morning? It because when the day start to hot (after sunrise), the latex flow will be getting slower (due to drying process), so, the product will be lesser. So, the earlier will be better, more time for the latex to flow and more input.

So much of history (bitter history) to write about rubber tapping until the complete-process of it. It took almost half a day. Normally when we came back from the machine-house, it just due for lunch time. Just enough time to take bath. It was not easy to clear the dried rubber sticked on our skin. It also took time to peel off.

This is a rolling machine, and the last process of converting the latex into a rubber pieces. After this the rubber pieces need to be dried under the sun until they properly dry before they can be sold to the rubber whoseller (buyer)


  
 
susu getah diperolehi dari torehan di kulit pokok getah

 
mesin mengepingkan getah



membekukan susu getah dan menipiskan getah yang telah beku menjadi kepingan tebal


getah yang telah ditekan dengan tapak tangan sehingga menjadi kepingan tebal dimesin supaya menjadi lebih nipis dan ringan


kepingan getah dijemur hingga kering


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKWZXkRyXIkVWW3oUHcupygSMrvMwl9JajpgoLo2RFOpreSzhLaT5aFS-Yro1SPytfstjeuKfUeNIjNraEYahVL6FH91rXV9OcsxBgWY3xBQWEtRTcu68MGf0laYByBKW97hFKzb5aFtoI/s1600/P1010863.JPG

Ini semua adalah gambar hiasan sahaja yang diambil dari blog di atas. Tetapi hampir 100% gambaran kehidupan masa itu seperti dalam gambar-gambar itu.  Hanya suasananya dan persekitarannya yang berbeza.

Di rumah kami, bapak simpan semua kepingan getah yang telah kering di dalam rumah. Di antara dua beam rumah, bapak letak batang-batang buluh sebagai alang-alang. Kita gantung (macam gambar terakhir di atas). Sebulan sekali kepingan getah itu diturunkan untuk dijual. Biasanya aku atau abang aku Amim atau Amir akan kena panjat ke atas dan pusingkan batang buluh itu. Maka kepingan getah akan jatuh melurut.

 
kepingan getah yang telah kering di simpand dalam rumah/stor bagi tujuan dikumpul selama seminggu atau sebulan untuk dijual

dacing untuk timbang getah

Kenapa kepingan getah tidak disimpan di dalam stor di luar rumah?. Mudah je. Masa itu banyak juga PENCURI yang menunggu peluang di tengah malam untuk mencuri kepingan getah ini.

Eveining Activities

After lunch time and and performed Zohor prayers, we have about one-hour to rest, for short nab.

By 2pm we have to start our afternoon activities, either to kebun coffee or palm oil or to clean the 'kebun'. Sometime our parent plant ubikayu (tapioca) and pisang (banana tree) on the newly replanted land. Either belong to us or belong to our neighbours' land. While waiting for the rubber tree to get matured (normally within 5-7 years), normally we planted a cash crops like pisang, keladi, ubi, keledek, jagung and vegetables.

Very seldom for us to have free time during the weekend or school holiday. Forgat about picnic or family outing. They were not in our dictionary.

For the coffee, we plucked every 2 weeks and sold at the local factory owned by Hj Musa (Embah Muso), one of the richest man in my kampong at that time. He had a factory to process a fresh coffee (plucked from the tree) until became a dried coffee bean.

Coming back to my ori topic. My father had his own unwritten rules to be followed by all the family members:

Before the end of Dj 1, mesti hafal Sifir 1 till Sifir 12 (you can find the Table of Multiply at the back page of all work book (buku tulis) cover). The main reason was, at Dj 1 you must know how to calculate the; measurement of foot and inch, feet and yard, cupak and gantang, month and year etc.

By the end of Dj 2, you must memorized Sifir 16. This sifir is to calculate tahil and kati, ounze and pounds.

By the end of Dj 3, you must memorized Sifir 24.

Every day (never failed) at 5pm you must be on the spot of reciting Qur'an. Just reciting. The learning part will be at night after Maghrib.

When you reach home from school, leave your school bag beside the main door. During your lunch, my father will inspect the books, especially 'buku kerja Kira-kira' (Math).

Do not ever tear your books. Sometimes we were trying to cheat him. If we had a lot of 'pangkah' at one page, we tore that page! and normally we forgot that the other side of the page left loose, and we forgot to take it out.

When he is sleeping. do not ever make noise, especially quarreling with your siblings. You will get hell...

When he is at home, do not quarrel. However, 6/8 boys could not stay peaceful for long time.


Inilah gambar bapakku. Tahun ini (2009) beliau berusia 82 tahun. Selain dari membesarkan aku dengan disiplin yang amat tinggi, satu perkara yang melekat dalam sanubariku sehingga aku berusia setengah abad ini ialah cara beliau mengajar aku dan adik beradikku belajar mengaji Al Qur'an. Sebelum ini, aku telah menceritakan bagaimana aku dibesarkan secara 'rattanlogy' dan pelbagai kesah menyayat (sekarang melucukan) yang telah kami beradik lalui. Kali ini aku akan memfokus bagaimana beliau mendidik kami membaca alQur'an.

Image result for qur'an majid lama
Mashaf alQur'an dahulu - panggil Al Qur'anul Majid (bukan Rasm' Uthmany) yang digunakan dalam tahun 60an dan 70an dulu.

Kaedah pengajaran 'rotanlogy' adalah cara yang digunakan oleh almarhum ayahandaku untuk mengajar anak-anaknya
(credit: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=173224107678295&id=106541794346527&set=a.107373747596665)

Antara bapak aku dengan rotan dan antara Qur'an dengan Rotan adalah bagaikan aur dengan tebing, bagai alu dengan lesung dan bagaikan isi dengan kuku.

Perigi dan Sejarahnya




You see the pictures above? I took the photograph on 28 Dec 2009 when i went back for Raya Haji. This is 'Kolam' or 'Perigi Kampung' or well. I have a lot of story about it. When I was small (below 12 years) this is the place we (the whole family) took my bath everyday. No pipe or tap water at that time. Every house in kampung has this 'kolam'. The size ia about 15 x 10 feet. The depth of the water level is about 4-5 feet (depend on the rain season). However during the drought (dry season) the water level will be very shallow, less than a foot and the water taste was so sour.

At that time, there were 3 wells at my house. Today only one left (the pictures). The other two were covered (reclaimed) to allow the land to be used for other purposes, also to avoid dangers to the children. That time my parent did not have many grandchildren like now. Children who do not know how to swim can get drowned in this well.

I do not know how long this 'historic place' could last.

How they took their bath in the open space?. The women (my mother and sister) will take their bath in the early morning or late evening when the it was dark. However, they had the choice to take bath in the light by wearing 'kemban'.

The men and boys? Easy, for the men, they wore 'kain pelikat' or 'seluar katok (boxer??)'. But for the boys (including me) we wore nothing! Naked.

The beauty was, at that time no boys had the 'feeling' to peep the women taking bath. Good boys or stupid boys!.

At that time, there was no 'zink fence' as in the picture above. So, we could dive from all sides. I learnt how to swim in this well (THIS WELL). I used two dry coconuts tied together became a float.

HOWEVER, when i went back to my kampong a week before my Hajj (30 Okt 2010), I found that the well (kolam) was already covered with rubbish (see pics below).  My parent decided to 'close' the historic swimming pool.  They might have their on reason to cover it, I guessed due to potential hazards for children. Dan yang terakhir semasa aku balik kampung pada 15 mac 2012, kambusan ke atas kolam itu semakin penuh dan telah rata dengan tanah daratan.  Hilanglah satu khazanah yang menyimpan sejarah pahit 'anak-anak Hj Rashid @ Aziz'.


CERITA ZAMAN KANAK-KANAK

Selain dari cerita kegarangan bapakku, banyak lagi cerita yang aku ingin kongsi bersama waktu aku masih kecil. Keluargaku bukanlah keluarga yang berada. Tapi dalam kampungku memang ramai lagi yang lebih susah dari keluargaku. Ayahku ada kebun getah dan kopi lebih dari 10 ekar. Ada orang kampung yang tiada tanah langsung, hanya mengambil upah menoreh di kebun orang. Ramai anak-anak yang tidak bersekolah menengah kerana tidak mampu. Rata-rata khususnya anak perempuan, akan menamatkan pengajian di Tahun 6 sahaja. Ramai kawan-kawan ku semasa sekolah rendah yang mempunyai keputusan yang baik sepanjang sekolah rendah telah tidak meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Mereka dikahwinkan dalam usia muda bagi meringankan bebanan ibu bapa mereka.

gaya kampong tulin (berdiri dari kiri, Ajim, Am dan aku), Duduk: Man (entah kenapa muka poyo sangat-  mungkin baru bangun tido.....anggaran tahun 1968 atau 69

Makanan dan Lauk  Harian

Masa kecil, makanan yang biasa adalah lauk dari sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, bayam, meranti serta ikan kering sahaja. Biasanya sayur lemak la...kelapa pun tak payah beli. Tapi kalau pucuk ubi atau meranti aku suka dicelup dalam air panas (Jawa kata dikulup) bila dah lunyai, kemudian diperah. Cecah dengan sambal kicap...aduhhhh sedap bibbb. Sampai sekarang pun aku buat lagi. Isteriku pun suka makan.

Lauk ikan boleh lah seminggu sekali, beli dari Cina penjual ikan yang keliling kampung naik basikal. Daging lembu, jarang sekali. Kena tunggu bapak aku turn bandar Batu Pahat atau pekan Parit Raja.

Sarapan pagi, biasanya 'lempeng kelapa' cecah dengan sambal tumis atau gula pasir je. Kadang ubi rebus atau ubi/pisang goreng. Ada sesekali emak masak 'sego wudhuk'. Sebenarnya, sekarang ni dikenali sebagai nasi lemak. Masak nasi campur dengan santan kelapa. Masa kecik dulu kami panggil sego wudhuk.


lempeng kelapa dan sambal tumis
(credit to: https://kongsi-resepi.over-blog.com/2018/03/resepi-lempeng-kelapa.html)

Nasi Ambeng

Waktu aku di kampung dulu-dulu, nasi ambeng adalah sinonim dengan majlis kenduri. Samada di surau atau di rumah-rumah penduduk kampung. Nasi Ambeng adalah hidangan khas masyarakat Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk dapat berupa perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, serunding, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, dan opor ayam.

Bagi masyarakat Jawa nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam kenduri (tahlil, doa selamat, kekahan dan sebagainya) sebagai sebagai lambang keberuntungan. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan (tanpa sudu), tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikurniai banyak rezeki yang murah.

Nasi ambeng masih a popular di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa. Sekarang pun masih lagi dipraktikkan (walaupun semakin berkurangan) di Johor, Selangor dan Perak (Bagan Datok). Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serunding kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang popular adalah daging ayam masak kecap, mi goreng, dan sambal goreng. Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama.

Nasi Ambeng Mak Uda
Nasi Ambeng Mak Uda

Kejar Mengejar Ayam

Sebulan sekali bapak akan sembelih ayam belaan sendiri. Bapak akan identify ayam mana yang dah sampai waktu untuk disembelih. Nak tangkap ayam, kami adik beradik yang lelaki kena kejar keliling rumah. Kejar sampai ayam tu lembik (lempok kata orang Jawa), dia akan sembunyi celah-celah pokok atau longgokan kayu. Senang la menangkapnya. Tapi kalau kena ayam jantan (jago), lembik lutut juga dibuatnya si pengejar sebelum dapat menangkapnya.

Bapak akan sembelih sendiri. Orang sekarang orang makan daging ayam cuma beli badan sahaja yang telah siap dibersihkan dan dipotong. Paling-paling ada yang ambil isinya seperti hati dan pedal. Sedikit saja yang ambil kakinya. Yang lain buang.

Masa dulu, semua diambil, kepala pun buang paruh je, kaki ayam cuma buang kuku je, buat sup sedappppp.....manakala usus ayam pun ambil, dibelah atau diterbalikkan dan dibuang isi (tahi). usus ni sedap digoreng dengan kunyit. atau masuk dalam sup kaki dan tulang. Tongkeng ayam (Jawa panggil butru) memang sedap...goreng. Kalau tak pun cucuk dengan lidi penyapu, bakar dah mencukupi.

Image result for kena kejar ayam kampung
kena kejar ayam untuk disembelih

menyembelih ayam

Masa aku kecik, orang-orang tua kata, jangan makan tongkeng ayam nanti mudah lupa; jangan amkan pedal ayam nanti kalau sunat liat..... nak takutkan budak-budak supaya jangan makan. Rupa-rupanya sedap.

Biskut Rendam Teh

Dalam rumah aku, sepanjang masa akan ada biskut tawar (orang sekarang panggil biskut mayat) satu tin. Bila abis, bapak akan beli lagi. Untuk minum petang atau makan dengan kopi panas selepas makan malam. Bila malam, biasanya aku dan abang-abang akan ambil biskut tu dalam 4-5 keping, masuk dalam mangkuk. rendam dengan air panas campur gula (atau susu) biar sampai kembang. Ummphhh lazat. Budak-budak sekarang kalau lapar waktu malam, akan cari mee segera atau 'maggi'.... seperti kata Alex peserta Raja Lawak 4 'maggi sudah kembang'.



Kesah Musim Buah

Musim durian adalah saat yang ditunggu setiap tahun. Keliling rumah aku banyak pokok rambutan dan manggis. Tapi pokok durian cuma 2-3 batang sahaja. Tapi, kat rumah nenek aku (Nyai Sah) kat baruh memang banyak pokok durian. Kalau musim durian, kami akan ramai-ramai tidur rumah Nyai. Aku tinggal dengan Nyai sejak aku Tingkatan 4 hingga aku tamat SPM.

Surrrrrrrr....Bukkk. Bunyi durian jatuh tengah malam. Kami adik beradik akan berebut turun cari durian yang jatuh. Seronok masa tu.

Rambutan?... Rambutan kat rumah bapak masih muda dan tak tinggi, jadi boleh jolok/kait dengan buluh je. Tapi rambutan rumah Nyai dah tua, tinggi, kena panjat. Kami buat para (ran) atas pokok rambutan. Makan kat atas. Kalau bukan musim buah, kadang-kadang kami adik beradik lelaki saja suka panjat, main tarzan. Kenangan pahit yang masih kekal seumur hidupku ialah apabila aku jatuh dari pokok rambutan kat rumah Nyai (masa tu usia ku dalam 6 tahun) dan bibirku pecah. Aku di bawa ke hospital untuk dijahit. Bekas luka itu masih ada sehingga sekarang.

Wayang Jabatan Penerangan

Zaman aku kecil, perkataan 'panggung wayang' tiada dalam dictionary kepala otak aku. Jadi, memang tak terfikir atau ada keinginan nak tenguk wayang di panggung.  Lagi pun, kalau ada panggung pun, bapak aku tak akan bagi.  Jadi, hiburan wayang yang kami boleh dapat ialah wayang oleh Jabatan Penerangan yang datang ke kampung dua-tiga bulan sekali. Biasanya pada sebelah petang, van Jabatan telah datang ke laman balai raya kampung aku dan memasang kain layar.  Jadi, malam itu satu kampung pun datang berduyun-duyun.

Image result for wayang jabatan penerangan
ilustrasi wayang kampung

Mereka akan tayangkan filem tahun 50an (confirmed black and white). nanti di tengah-tengah cerita, mereka akan hentikan dan pegawai dari jabatan akan memberi ceramah seperti pendaftaran kanak-kanak, kad pengenalan, pendaftaran sekolah, pilihan raya, berkaitan tatacara pertanian dan perkebunan dan sebagainya.




Inilah hiburan orang kampung masa itu. Bagi pemuda kampung, masa seperti itulah peluang nak tenguk dan mengusik-usik anak dara kampung!

Benggali Penyabit Kepala

Apa itu kabol? Masa aku kecil dulu antara yang kami takut ialah orang India keturunan Benggali/Punjabi yang jual kain atau roti. Kami panggil Benggali dengan panggilan 'Kabol'.  Ada dua kabol yang selalu mengayuh basikal keliling kampung dengan bakul besar di belakang.  Satu kami panggil 'Wak Kanol' satu lagi ' Wak Sajat'. Keduanya beragama islam dan sentiasa memakai serban.  Kami tahu sebab bila masuk waktu sembahyang, mereka akan berhenti di mana-mana surau untuk bersembahyang.  Kenapa kanak-kanak takut 'kabol'?? 

Ceritanya, orang tua-tau nak menakutkan anak-anak supaya jangan merayau waktu tengahari, maka dikatakan kabul-kabul ini mencari kepala manusia untuk digunakan menyemah.  Contohnya, jika ada projek buat jambatan baru, jin penunggu sungai akan meminta habuan kepala manusia.  Kalau tak disemah, nanti jambatan itu akan diganggu, jadi retak atau runtuh.  Maka, kontraktor jambatan akan mengupah kabul-kabul ini untuk menyabit kepala budak-budak yang suka merayau sorang-sorang.  Kepala itu akan dimasukkan ke dalam bakul besar di belakang basikal mereka. Itu sebab, bila nampak kabul lalu, kanak-kanak akan bertempiaran menyembunyikan diri.

Keling/Kling atau India

Aku tak faham kenapa orang India sekarang amat sensitif dengan panggilan Keling (dibunyikan sebagai Kling).  Masa aku kecil, panggilan Keling kepada orang yang berbangsa India adalah satu perkara biasa dan diterima masyarakat, termasuk bangsa atau individu India itu.  Pada masa itu, di kampung-kampung ada kedai-kedai milik bangsa India Muslim, sama ada kedai runcit atau kedai makan.  Masa itu kami tidak ada perkataan 'Mamak' dalam kamus kepala kami.  Yang ada ialah 'Keling'.  Kalau emak atau bapak suruh beli barang, dia akan sebut beli kat kedai 'Keling'.  Ada satu kedai makan milik bangsa India bernama Ibrahim, isterinya orang Melayu.  Kalau nak makan rojak, kami akan kata "makan rojak kat kedai Keling Berahim" atk pulak panggil kedai mamak.  Mereka tak marah pun! Tak ada sensitivity, tak ada niat nak merendahkan martabat atau kasta mereka.  Tapi sekarang, orang India marah betul kalau dipanggil Keling.  Tak pasti sama ada kita salah panggil atau mereka yang berubah dan lupa asal usul mereka. 

Malah dalam pelajaran di sekolah pun, kita ada banyak menggunakan perkataan 'Keling', khususnya dalam simpulan bahasa, contohnya 'Keling Karam', 'Gendang Keling' dan Berani-berani Keling". Apa perlu sensitif, kerana ada juga simpulan bahasa lain yang bersifat negatif seperti 'Janji Melayu' dan 'Cina Buta'?

Ada juga nama-nama benda, gelaran atau tempat dirujuk dengan nama 'Keling' seperti Tanjung Keling,  Pisang Keling, Ubi Keling, Keling Botol, Mabuk Keling,  Kueh Telinga Keling, Keling Pelikat, Pusing Keling dan sebagainya. Malah ramai juga dari kalangan orang Melayu yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama 'KELING' atau 'KLING' dan yang paling yang masyhur ialah Prof Dato' Dr Zainal bin Kling dan Dato' Nordin bin Kling.

Jadi, saya pun tak nampak kenapa panggilan Keling boleh dijadikan isu yang sensitif.  Masa kami sebut perkataa Keling pun, tak ada terlintas untuk menghina atau merendahkan bangsa India.  Itu adalah yang kami tahu sejak kami lahir lagi DAN itulah FAKTA SEJARAH.

Lesen Basikal

Oh ye, baru aku teringat ada satu benda yang mungkin generasi kini tidak pernah dengar. Masa aku kecik-kecik dulu, setiap basikal mesti ada lesen (kira macam 'road-tax'la nii) yang dibeli di Balai Polis tempatan dan perbaharui setiap tahun. Kalau tidak silap harganya satu ringgit setahun.  Aku tak ingat tahun bila ia dihapuskan. Mungkin tahun 70an juga.  Begitu juga dengan radio dan televisyen.  Semua kena ada lesen. Lesen radio dibatalkan dalam tahun 80an, masa itu seingat aku Dato Rais Yatim adalah Menteri Penerangan.  manakala lesen TV beberapa tahun kemudian- tahun 90an.  Aku masih ingat semasa aku bertugas di Kuantan (1983-86) dan duduk di rumah sewa Taman TAS, ada pemeriksaan lesen TV, dan TV rumah aku tidak diperbaharui.  RM24 sahaja setahun tapi selalu lupa atau cuai.

Lampu Basikal

Satu lagi perkara yang berkaitan dengan basikal ialah lampu basikal. Masa aku kecik-kecuk dulu (tahun 60an), jalan kampung tiada lampu jalan (kecuali bila masuk malam 7 likur sehingga hari raya seminggu apabila orang kampung memasang pelita di sepanjang tepi jalan di hadapan rumah mereka). Tiada lampu LLN (sekarang TNB). Api elektrik belum sampai ke kawasan kampung kami. Malahan, jalan raya Parit Botak pun belum ada kemudahan elektrik.

Untuk berjalan malam, basikal perlu dipasang lampu, dan loceng (dering). Lampu basikal (seperti dalam gambar di bawah) adalah penting kerana basikal diperlukan untuk aktiviti malam seperti pergi kenduri-kendara di rumah saudara-mara atau untuk menjemput Mak Bidan kampung jika terdapat kes bersali di waktu malam.



Cahaya atau api lampu basikal di janakan oleh satu alat yang dipanggil dynamo yang dipasang pada mud-guard (sepit udang) seperti gambar di bawah. Apabila berjalan di waktu malam, dynamo (Jawa panggil delmo) akan diselaras (tekan) dan kepala dynamo akan melekat pada tayar basikal. Apabila tayar berpusing, kepala dynamo akan itu berpusing dan menghasilkan kuasa elektrik yang seterusnya disalurkan ke lampu basikal.

Mana-mana basikal yang tidak dipasang lampu seperti ini, pengayuh basikal akan menggunakan lampu suluh berbateri (torch light). Ia agak sukar sikit kerana terpaksa menggunakan sebelah tangan untuk memegang torchlight tersebut.

Menggunakan lampu basikal (berdynamo) ini akan mengalami kesukaran jika melalui jalan kampung yang becak (berlumpur) kerana apabila tayar diselaputi lumpur, ia akan menjadi licin dan kepala dynamo sukar untuk berpusing. Maka kuasa elektrik tidak dapat di jana.

Radio Transistor dan TV Hitam Putih

Kampung aku hanya ada televisyen pada tahun 1970.  Itu pun sebuah sahaja di dalam satu kampung, iaitu di kedai Wak Ishak.  Masa itu tv hanya mula jam 7 petang hingga 12 malam sahaja. Itu pun ada dua saluran sahaja, RTM1 dan RTM2.  Kadangkala dapat juga TV Singapura (ini kelebihan orang Johor la).  Biasanya kedai akan penuh masa hari Jumaat malam Sabtu.  Ada cerita Melayu.  Selain itu yang gak famous ialah gusti dan cerita Combat (malam Selasa).  Aku tak selalu dapat tenguk TV kerana bapak aku tak bagi.

Image result for radio transistor
radio transistor

Image result for tv hitam putih jaman dulu
Televisyen hitam putih

Sebelum ada TV kami hanya mendapat hiburan melalui radio transistor sahaja.  Selain dari mendengar berita (kerana nak dengar harga getah terkini)- antara program radio yang digemari masa itu ialah drama dalam syair, lagu-lagu permintaan dan berbalas pantun.  Itulah hiburan waktu zaman kanak-kanak dahulu. Amat terhad.

Lampu Pam - Lampu Sentir

Seperti diceritakan tadi, kampung aku hanya ada api letrik pada tahun 1970- menggunakan generator.  Itu pun sebuah rumah sahaja di dalam satu kampung yang memilikinya, iaitu di kedai Wak Es (allahyarham).  Jadi sebelum itu kami hanya menggunakan lampu gas atau kami sebut sebagai 'lampu pom'.  Lampu gas ini hanya digunakan apabila menggunanya ramai seperti masa makan malam dan masa mengaji.  Selepas itu kena padam. Jika kami mahu belajar sendirian, terpaksa guna lampu minyak tanah (bersumbu) yang lebih kecil. Kami sebut lampu cimeni. Semuanya menggunakan minyak tanah (kerosene) sebagai bahanapi.

Itulah kehidupan kanak-kanak kampung, makanan kurang berzat, malam pulak baca buku kekurangan cahaya....

Lampu Gas @ Lampu Pam (digantung di gelegar atau siling rumah)

Lampu Belajar - diletak atas meja (yang famaous tu ialah cap Nyonya)

Image result for lampu sentir kuno
Lampu Tidur (kecil sedikit dari lampu belajar- digantung didinding)

Related image
Ini dinamakan lampu ayam- tapi kadang digunakan sebagai lampu tidur

Cari Kayu Api Untuk Masak

Kayu api adalah perkara wajib dalam kehidupan kampung. Kayu api adalah bahanapi utama di masa itu khususnya untuk masak-memasak di dapur. Malah pada masa ini, kayu api masih digunakan semasa rewang masak memasak dalam kenduri perkahwinan.

Kalau di bandar dari dulu lagi kayu api dibeli dari pembekal. Biasanya dari kayu bakau. Ia lebih tahan lama. Tapi masa di kampung dulu, kayu getah adalah sumber utama untuk dijadikan kayu masak.

Apabila ada orang kampung yang membuat replanting (tanam semula) kebun getah mereka, maka kami adik beradik akan ramai-ramai mencari kayu api. Namanya mencari tapi bukan semudah itu. Kami adik beradik terpaksa membawa gergaji panjang (lebih kurang 6 kaki) yang mempunyai pemegang di kedua-dua belah (seperti dalam gambar ini). Susah betul nak cari gambar gergaji seperti ini.





 



Setelah dipotong pada saiz 1 kaki setengah, kami ikat di belakang basikal (yang berkaria besat)- kami panggil basikal kargo. Kami bawa balik ke rumah. Kalau muatan banyak, kami tolak sahaja basikal itu, Berulang kali kami angkut kayu-kayu api sehingga terkumpul banyak untuk dijadikan stok berbulan-bulan. Tugas seterusnya ialah membelah kayu itu kepada belahan kecil. Tertakluk kepada saiz kayu bulat. Ada di belah dua, ada dibelah empat dan ada yang lebih lagi. Sebelum aku meninggalkan kampung sudah ada mesin gergaji digunakan. namun hanya seorang sahaja orang kaya di akmpung aku yang mampu membelinya iaitu Haji ismail (allahyarham). Beliau anak-beranak mempunyai kepakaran menebang dan memotong kayu getah. Setelah ada mesin gergaji itu, bapak mengupahkan sahaja tugas memotong kayu api. Kami hanya mengangkut dan membelahnya sahaja.

Kayu yang telah dibelah akan disusun bersilang seperti gambar di bawah dan dibiarkan dibawah panas matahari sehingga kering. Lepas itu akan disusun di dalam rumah kayu. Tidak boleh dibiarkan terlalu lama terdedah hujan dan panas kerana aia akan cepat reput.

Beginilah keadaannya dapur yang menggunakan kayu sebagai bahanapi. Untuk memulakan api terpaksa menggunakan getah sekerap dahulu. Getah sekerap yang kering dibakar dengan kayu-kayu yang kecil dan kering kemudian barulah diletak kayu yang lebih besar.


HUKUMAN MEDAN DI ZAMAN ITU

Ikat Pada Pokok Rambutan Bersemut/kerengga

Masa dulu keliling rumah aku memang banyak pokok rambutan. Macam2 nama jenis rambutan, contohnya rambutan gading, rambutan gading, rambutan A4, dan macam-macam lagi. So, adik beradik aku sorang satu ada adik angkat pokok rambutan ini. Masing-masing jaga adik angkat dan bangga dengan hasilnya bila musim buah. Tapi, sekarang semua dah kene tebang bapak aku, ye la bila dah tua, jadi besar dan tinggi, banyak sampah kat halaman rumah. Dulu-dulu, aku, abang atau akak angkat yang jaga, sapu sampah dan sebagainya. Sekarang semua dah keluar kampung, emak bapak aku tebang semua tu. Lagi satu, pokok rambutan ni banyak semut dan kerengganya. Semut hitam. kalau gigit..walaupun tak sesakit kerengga, tapi boleh tahan la seksanya.

Jadi pokok rambutan bukan sahaja menjadi sumber rezeki tetapi juga sebagai alat hukuman bagi kami yang melakukan kesalahan yang tidak terdapat dalam undang-undang negara.

Kesalahan seperti prestasi mengaji yang buruk pada malam tertentu (asyik salah), kesalahan tak hafal sifir, kesalahan mengoyak buku, kesalahan banyak pangkah (salah) dalam kerja sekolah, gaduh adik-beradik dan lain-lain. Antara hukuman yang famous dalam keluarga aku ialah ikat di pokok rambutan. Tak kira salah atau tidak. Kalau gaduh 3 orang, maka tiga-tiga akan diikat sekali. Bila dah terkena bisa gigitan kerengga atau semut hitam tu, baru datang penyesalan. Tapi penyesalan tidak memberi makna. Lain kali mungkin akan kena ikat lagi, atas kesalahan lain pulak. Di luar jangka.

Campak Dalam Kolam

Dah tenguk gambar kolam kat atas tadi? Kolam tu selain dari tempat mandi harian, ia juga adalah tempat dijatuhi hukuman. Adik beradik aku, tak kira lelaki atau yang perempuan, kalau buat salah seperti tak lulus periksa atau koyakkan buku sekolah, hukumannya ialah bapak akan campak dalam kolam.

Kalau tanya Ngah, Abang Amim, dan Amir (mungkin Ajim dan Man juga), banyak cerita dan derita yang boleh dikaitkan dengan kolam ini.

Pikul Batang Pisang Keliling Kolam

Suatu petang, lepas zohor, bapak aku tak ada kat rumah atau pun sedang tidur. Abang aku, Amim dan Amir main mandi kolam (yang dalam gambar tu laaa). mandi punya mandi (Jawa panggil 'ngublek'), tak sedar satu kolam dah jadi keruh kerana lumpur di dasar kolam dah naik. Kelabu satu kolam. Kebetulan, petang tu, aku demam, jadi tak ikut 'ngublek' dengan abang-abang aku. Aku cuma duduk mencangkung kat tepi kolam menonoton abangku bersuka ria mandi manda.

Bila petang, bapak nak mandi, dia tenguk kolam dah jadi kubang kerbau, apa lagi, menyinga lah orang tua tu. Kami kena 'fall-in' dan dibicara dan dijatuhi hukuman 'on the spot'. Amim dan Amir kena pikul batang pisang (macam pikul 'log' masa kedet laaa) keliling kolam. Aku terselamat kerana tak mandi. Aku jadi tukang kira. Aku tak ingat berapa pusinga semuanya, tapi yang pasti tak kurang 50 kali pusingan.

Kena Kejar Kerana Menangis

Masa kecik, aku ni 'gembeng' atau 'kememeh', kuat menangis. Usik sikit je nak menangis. Oleh kerana adik beradik kami ramai lelaki (6/8) maka untuk menjimatkan belanja bulanan, bapak aku beli sendiri alat gunting rambut dan gunting rambut sendiri rambut anak-anaknya. Satu hari, bapak aku gunting rambut kami. Gunting tu agaknya tumpul, jadi menggigit-gigit rambut, sakit laaa.... Jadi sambil menahan kesakitan gigitan gunting tu, aku menangis tersedu-sedu. Bapakku pun naik angin (dia memang pantang tenguk anak menangis). Maka diketuk kepala aku dengan mesin gunting rambut tu... Aku terkejut, entah macamana, terus lompat dari kerusi dan lari. Apa lagi abang-abang aku pun kene kerah untuk kejar aku. Kejap je, dapat tangkap dahhh...apa lagi kena la satu round belasah...dan sambung lagi gunting rambut...

Belasah Dengan Kayu Masak

(rotan tu biasa laaaaaa). Kalau bapak aku tak sempat nak cari rotan, apa-apa yang ada depan dia, dia akan capai untuk belasah kami. Kadang dahan pokok, kadang kayu masak, kadang pelepah kelapa.... Adoooiiiiiiiiii. Kalau zaman sekarang, mesti dah ada orang yang report polis kerana mendera anak-anak.

Zaman itu, masak guna bahan api dari kayu.  Itu pun satu kerja juga.  Bila hari minggu, kami dikerah kekebun-kebun getah orang kampung yang baru ditebang (untuk replanting).  Kami akan memotong kayukayu getah dengan gergaji (dua orang satu gergaji).  Potong kayu getah bulat-bulat dalam urukan dua kaki.  Kumpulkan, bawa balik rumah.  Di rumah nanti kami akan belah kayu itu untuk dijadikan kayu masak.  Setelah kering kami masukkan dalam 'rumah kayu'yang dibina khas  untuk melindungi kayu supaya tidak kena hujan.

....dan, kadang-kadang kayu masak itu lah yang akan makan tubuh badan kami.  Kalau kami buat salah berdekatan dengan rumah kayu, bapak akan capai kayu masak dan belasah kami kat situ juga.

Dan stayle bapak aku ni, kalau dia tengah naik 'sheh' jangan ada sapa nak tolong.  Emak cuma berani tengok dari jauh sahaja.  Tak berani dia nak intercept.  Karang dia mak-mak sekali kena hamun.  Selalu yang boleh menyelamatkan kami ialah kalau ada orang datang ke rumah.  Kawan-kawan bapak atau saudara mara atau jiran.  Bapak ada sikit segan kalau orang luar nampak 'keganasannya yang melampau' itu. 

Firman Allah Ta'ala maksudnya:

"Aku perintahkan manusia akan membuat kebajikan kepada Ibu-Bapak nya"
Adapun ertinya membuat kebajikan kepada keduanya itu iaitu mendengarkan dan menurut perintahnya dan memberi hormat kepadanya, menyenangkan hatinya dan menjauhkan kemurkaannya atau kejengke lannya, dan jangan mengeluarkan perkataan kasar kepadanya".

Firman Allah Ta'ala maksudnya:

"Maka jangan engkau berkata kepada ibu-bapa engkau perkataan yang kurang hormat seperti kata "Ufh", dan jangan engkau bentak-bentak pada keduanya, dan berkatalah engkau pada keduanya dengan perkataan hormat lagi mulia"

Dan Firman Alloh Ta'ala maksudnya :

"Rendahkan diri engkau kehormatan bagi keduanya, Hai Tuhanku beri Rohmat pada keduanya sebagaimana keduanya itu telah memelihara daku waktu kecilku adanya"

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI SEGALA DOSA KEDUA IBU-BAPAKU SEPANJANG HAYATNYA- DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA DAN AKHIRATNYA




AKU PUNYA ADIK BERADIK
DARAH DAGINGKU
DUNIA AKHIRAT


ROTAN- ALAT BANTUAN MENGAJAR YANG PALING PENTING DALAM SEJARAH KELUARGAKU- IA TELAH MENJADIKAN KAMI SEPERTI HARI INI

Antara almarhum bapak aku dengan rotan adalah bagaikan aur dengan tebing, bagai alu dengan lesung, bagaikan isi dengan kuku.

Related image

Selain dari membesarkan aku dengan disiplin yang amat tinggi, satu perkara yang melekat dalam sanubariku sehingga aku berusia setengah abad ini ialah cara bapak mengajar aku dan adik beradikku belajar mengaji Al Qur'an. Sebelum ini, aku telah menceritakan bagaimana aku dibesarkan secara 'rattanlogy' dan pelbagai kesah menyayat (sekarang melucukan) yang telah kami beradik lalui. Kali ini aku akan memfokus bagaimana beliau mendidik kami membaca alQur'an.

Kami tidak pernah dihantar mengaji ke rumah orang lain. Dari mengenal Alif Ba Ta hingga khatam Al Qur'an, semua bapak aku yang handle. Biasanya kami mula mengaji Muqaddam dalam usia 5-6 tahun. Lazimnya apabila masuk Darjah 1, kami dah masuk Qur'an.

Seperti orang-orang tua zaman terdahulunya, almarhum bapak tak berapa concern sangat tentang bab sembahyang (solat). Bab Solat dia jarang tanya. Mungkin zaman dulu, semua bersekolah pondok, waktu solat semua solat.

Tapi bab mengaji ni, dia memang tak ada tolak ansur langsung. Mengaji adalah rutin yang wajib. Prinsip bapak aku, kalau pandai mengaji, tajwid betul, solat akan sempurna. Dia kata, semua orang boleh tunjuk dia solat lima waktu, tapi apa yang dibaca tak de siapa yang dengar kecuali Pak Imam. BETUL JUGAK KAN?

Tapi, yang kami tak tahan tu ialah tang 'keringanan tangan almarhum bapak aku'. tak kira ada benda yang dia pegang atau pun tidak, silap sikit je, tangan akan naik. Yang pasti 99% dari masa mengaji,  rotan akan sentiasa ada di tangannya. Biasanya yang selalu kena swing ialah bila baca panjang pendek tak betul. Mengaji dengan almarhum bapak aku ni, dia tak ajar hukum-hukum tajwid. Dia tak sebut apa itu Mad, apa itu Idgham, apa itu Izhar, Iqlab dan Ikhfa'. Ikut apa yang keluar dari mulut dia. Macam parrot. Yang kita tau cuma panjang, pendek, nun mati kena baca dengung, tanwin, mati dan sabdu. kami cuma tau hukum hakam tajwid ni setelah sekolah agama sahaja.  Kalau nak tau kami baca betul atau tidak ialah, kalau sekali sebut salah dia akan kata 'HAH!. Dua kali salah juga,...siuppppp! (rattan swing). Sambil swing tu la dia betulkan sebutan yang salah tadi.

Satu lagi, kami belajar mengaji guna bahasa Jawa. Tak ada datas, bawah atau depan. Kami guna 'jabar' untuk diatas, ' jer' untuk dibawah dan 'pes' untuk didepan. Mati, sama guna mati juga, sabdu kita panggi 'tejid', baris dua, kita guna tanwin. Jadi kalau baris dua bawah akan dibaca 'tanwin jer'. Bacaan huruf juga beza, bukan Alif, Ba, Ta, Tsa.....tapi dibaca Alip, Be, Te, Tse, Jim, Kha, Kho...... yang lain sama kecuali 'Rho' disebut 'Rhe'... kalau sekarang, bila dah belajar Tajwid, baru kami tahu rupanya itu adalah bacaan 'imalah'.

Kalau sekarang ni aku baca huruf Arab gaya Jawa, pasti anak-anak aku akan gelakkan aku.



ALBUM LAMA


Ini lebih kurang tahun 1981 - semua yang ada ni masih bujang trang tang tang- tenguk la si Minin tuu, lokooo je lagi. Kalau cakap sekarang ni bawak Lexus ke Merc, mesti korang tak caya

No comments:

Post a Comment