PANGKAT &
kebanggaan
KEBANGGAAN WARGA
ATM
SEMAKIN PUPUS
'ATM' SEMAKIN KEHILANGAN IDENTITI
Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu organisasi yang
berbeza dengan mana-mana organisasi beruniform yang lain. Angkatan Tentera atau dalam bahasa
Inggerisnya 'Armed forces' bermaksud angkatan bersenjata yang ditubuhkan khas
untuk berperang mempertahankan negara.
Walaupun negara dalam keadaan perang, aman atau konflik, objektif
kewujudan angkatan tentera tidak berubah, hanya berbeza kepada peranannya
sahaja.
Walaupun negara dalam keadaan aman, anggota tentera tetap
sentiasa menjalani latihan dan operasi bagi menyediakan diri sekiranya berlaku
perang.
Peperangan telah berlaku sejak zaman berzaman. Sejarah Tamaddun Dinasti di China, India,
Kesah para Rasul dan nabi di Tanah Arab, Kesultanan Melaka, Kerajaan Majapahit,
Pembukaan Amerika Syarikat, Revolusi di Perancis dan Rusia dan pelbagai sejarah
manusia sentiasa dipenuhi dengan kesah peperangan. Sehingga wujud terminologi 'Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Dalam zaman moden ini, perlumbaan pembuatan senjata di
kalangan negara kuasa besar dan negara maju telah menyebabkan peperangan
dijadikan sebagai platform atau pelantar ujian keberkesanan senjata buatan
mereka.
Kita tidak menjangka, negara telaga minyak, Kuwait yang
kaya raya dan aman dan langsung tidak bersedia untuk berperang tiba-tiba pada 9
Ogos 1990 telah diserang oleh tentera negara jirannya Iraq. Kita tidak
menjangka pemerintahan Sadam Hussein yang begitu teguh memerintah Iraq
tersungkur akibat serangan besar-besaran oleh Amerika Syarikat sebanyak dua
kali untuk tempoh lebih satu dekat.
Serangan pertama pada bulan Januari 1991 dan serangan kedua pada Mac
2003. Amerika menunggu dua Presiden
bernama Bush untuk menghancurkan Iraq.
Kita tidak menjangka kuku diktator Joseph Broz Tito yang
menyatu dan menubuhkan persekutuan Republik Yugoslavia pada tahun 1945,
tiba-tiba dalam tahun 1991 mereka berperang sama sendiri dan berpecah menjadi
beberapa negara seperti Slovenia, Croatia, Bosnia, Macedonia, Kosovo dan
Serbia.
Tidak disangka pula, Kesatuan Soviet Russia (USSR) yang
ditubuhkan pada tahun 1917 oleh Joseph Stalin yang berakhir pada 1991 apabila
Kesatuan tersebut dibubarkan di mana satu persatu negara anggotanya
mengisytiharkan kemerdekaan. Pelik pula
kali ini, perpecahan USSR ini berlangsung dengan aman. Hari ini kita tidak lagi mendengar nama USSR
atau Soviet Union tetapi adalah negara merdeka seperti Ukraine, Kazakhstan,
Turkemanistan, Uzbekhistan, Armenia, Latvia, Estonia, Lithuania, Azerbaijan dan
lain-lain. Manakala Persekutuan Russia
yang mengandungi 83 negeri dan republik kecil masih unggul sebagai kuasa besar.
Biarpun begitu, banyak peperangan saudara, konflik dan
pemberontakan masih berlaku dengan sekala yang berbeza, khususnya di
negara-negara barat dan timur Afrika seperti Somalia, Liberia, Congo, Angola,
Rwanda, Sierra Leone, Chad, Sudan dan sebagainya.
Oleh itu, kewujudan angkatan tentera di mana-mana negara
masih relevan kerana 'malang tak berbau'. Peristiwa Darurat (1948-1960),
Konfrontasi Indonesia (1963-1966), Perang Insurgensi (1960-1989), Peritiwa 13
Mei 1969 semuanya adalah tragedi dan konflik yang memerlukan kehadiran ATM yang
lengkap dan berwibawa. Cuma, meminjam
kata-kata Dr Mahathir bahawa MELAYU MUDAH LUPA.
Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa, Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat, Tiada maruah, Tiada bebas
Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa
Tiada daulat, Tiada maruah, Tiada bebas
Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa, Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah, Ingatlah
Ingatlah wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah, Ingatlah
Ingatlah wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
Dibacakan oleh Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.
Dalam organisasi ATM heirarki dan pangkat amat penting
untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan pemerintahan. Struktur pangkat
menentukan kuasa atau authority.
Walaupun dalam sektor awam, pangkat juga wujud dan amat penting, pangkat
dalam ATM mempunyai keistimewaan tersendiri.
Kenapa ada Leftenan, kenapa ada Kapten, kenapa ada Kolonel, kenapa ada
Jeneral semuanya ada sejarah tersendiri. Malah kenapa Mejar lebih tinggi dari
Kapten dan Leftenan tetapi Leftenen Jeneral lebih tinggi dari Mejar Jeneral pun
ada sejarahnya.
Struktur pangkat dalam Tentera Darat (TDM), TLDM dan TUDM
juga mempunyai keistimewaan tersendiri.
Struktur pangkat dalam ATM adalah diwarisi dari tentera British. Semasa
zaman koloni British dan selepas merdeka pada tahun 1957 anggota ATM memakai
gelaran pangkat seperti berikut:
Pegawai
1. Officer Cadet (TDM), Midshipman (TLDM) dan Flight Cadet
(TUDM)
2. Second Lieutenant (TDM), - (TLDM), Pilot Officer (TUDM)
3. Lieutenant (TDM), Sub-Lieutenant (TLDM) dan Flying Officer
(TUDM)
4. Captain (TDM), Lieutenant (TLDM) dan Flight Lieutenant
(TUDM)
5. Major (TDM), Lieutenant Commander (TLDM) dan Squadron
leader (TUDM)
6. Lieutenant Colonel (TDM), Commander (TLDM) dan Wing
Commander (TUDM)
7. Colonel (TDM), Captain (TLDM) dan Group Captain (TUDM)
8. Brigadier General (TDM), Commodore (TLDM) dan Air Commodore
(TUDM)
9. Major General (TDM),
Rear Admiral (TLDM) dan Air Vice
Marshall (TUDM)
10. Lieutenant General
(TDM), Vice Admiral (TLDM) dan Air Marshall (TUDM)
11. General (TDM), Admiral (TLDM) dan Air Chief Marshall (TUDM)
Lain-lain Pangkat
1. Recruit (Perajurit Muda atau Pramuda)
2. Private (TDM), Able Rate (TLDM) dan Airman Class (AC) II/I
(TUDM)
3. Lance Corporal (TDM), Leading Rate (TLDM) dan Leading
Aicraftman (LAC) or Senior Aircraftman (SAC) (TUDM)
4. Corporal (TDM), tiada dalam TLDM and Corporal or Junior
Technician (JT) (TUDM)
5. Sergeant (TDM), Petty Officer (PO) (TLDM) and Sergeant
(TLDM)
6. Staff Sergeant or Colour Sergent (TDM), Chief Petty Officer
(CPO) (TLDM) and Flight Sergeant (TUDM)
7. Warrant Officer II (WO II) (TDM),tiada dalam TLDM dan TUDM
8. Warrant Officer I (WO I), Master Chief Petty Officer (MCPO)
dan Warrant Officer (TUDM)
Pada tahun 1975 (kalau tak silap la), Kerajaan telah
meluluskan penyeragaman panggilan pangkat untuk ketiga-tiga perkhidmatan
ATM. Maka pada tahun itu, TLDM dan TUDM
terpaksa mengorbankan identiti mereka untuk menggunakan panggilan pangkat
mengikut Tentera Darat Malaysia.
Contoh:
1. Leftenan, Leftenan (Laut) dan Leftenan (Udara)
2. Mejar, Mejar (Laut) dan Mejar (Udara)
3. Kolonel, Kolonel (Laut) dan Kolonel (Udara)
Bagaimanapun untuk TLDM, mereka hanya menggunakan pangkat
yang sama sehingga Kolonel sahaja. Dari
Komodor ke atas mereka mengekalkan struktur pangkat yang lama.
Di awal tahun 1981, TLDM membuat keputusan untuk kembali
menggunakan semula struktur nama pangkat asalnya setelah mengambilkira beberapa
isu identiti dan tradisi tentera laut peringkat antarabangsa. bagaimanapun mereka membuat sedikit pindaan
yang bersifat Malaysia:
Pegawai
1. Pegawai Kedet
2. Pegawai Kedet Kanan
3. Leftenan Muda (Lt M) - Midshipman
4. Leftenan Madya (Lt Dya)
5. Leftenan (Lt)
6. Leftenan Komander (Lt Kdr)
7. Komander (Kdr)
8. Kepten (Kept)
9. Laksamana Pertama (Laksma)
10. Laksamana Muda (Laksda)
11. Laksamana Madya (Laksdya)
12. Laksamana (Lksmn)
Lain-lain pangkat
1. Rekrut
2. Laskar Muda
3. Laskar Kelas II
4. Laskar Kelas I
5. Laskar Kanan
6. Bintara Muda
7. Bintara Kanan
8. Pegawai Waran II
9. Pegawai Waran I
Pada tahun 1987, TUDM telah
mengubahsuai sedikit penggunaan pangkatnya seperti berikut:
Kolonel (Udara) @ Kol (U) kepada Kolonel TUDM @ Kol TUDM
tetapi dalam penulisan atau panggilan ia dibaca sebagai: Kolonel (Udara) Ahmad
bin Sulaiman ditukar kepada Kolonel Ahmad bin Sulaiman TUDM.
Tradisi Tentera
Ketiga-tiga perkhidmatan tentera Darat, Laut dan Udara
mempunyai tradisi tersendiri. Dari aspek
pangkat, masing-masing menerima kesamatarafan, contohnya Kolonel, Kepten dan
Kolonel TUDM. Tapi dalam hal persuratan
atau majlis rasmi, jika terdapat ketiga-tiga pegawai yang sama pangkat yang
hadir maka senarai kekananan akan didahului oleh TDM dikuti oleh TLDM dan TLDM.
Ketiga-tiga perkhidmatan juga menerima peraturan bahawa
setiap pegawai yang pangkatnya lebih rendah (Contoh Mejar kepada Lt Kol),
pegawai lebih rendah perlu memanggil 'Tuan' kepada pegawai yang lebih tinggi.
Bagaimanapun (dikatakan) ada beberapa budaya atau amalan yang agak khusus
(walaupun tidak bertulis) dalam perkhidmatan masing-masing. Aku tak pasti sama ada ia salah atau betul
tetapi aku baca dari beberpa sumber tidak rasmi.
Budaya TDM:
(1) Dalam TDM Leftenan Muda perlu tabik dan panggil 'TUAN'
kepada Leftenan dan Leftenan perlu tabik kepada Kapten dan seterusnya.
(2) Seorang pegawai TDM berpangkat bawah dari Kapten apabila
bertukar ke unit baru dan melapor di Mes Pegawai ialah dianggap sebagai junior.
Leftenan Muda yang lebih lama dalam Mes adalah lebih senior dari Leftenan yang
baru melapor unit, dan Leftenan tersebut mesti memanggil TUAN (tetapi tidak
perlu tabik). Kalau dulu-dulu, masih
kena ragging.
Budaya TLDM:
(1) Dalam TLDM mereka amat particular dengan seniority.
Walaupun sama pangkat tetapi jika seorang lebih senior, pegawai yang junior
kena panggil TUAN dan tabik kepada seniornya.
Budaya TUDM:
(1) TUDM dianggap paling longgar dalam mengamalkan tradisi
seniority. Dalam TUDM bagi penyandang
pangkat Kapten ke bawah, pangkat lebih rendah tidak perlu tabik. Leftenan Muda tidak perlu tabik kepada
Kapten. Tetapi pemanggilan 'TUAN'
dilakukan kepada pegawai yang lebih senior walaupun sama pangkat.
(2) Tradisi di Mes pegawai TUDM dahuku agak berbeza, selagi
seorang pegawai Leftenan Muda, ke mana sahaja dia akan tetap kena ragging di
Mes Pegawai.
(3) Bagaimanapun beberapa adat ini antaranya tidak lagi
diamalkan. Contohnya budaya 'ragging'
tidak lagi dibenarkan. Ini kerana dalam
sejarah (tidak bertulis) ATM ramai pegawai yang cedera, sakit jiwa malah
kehilangann jiwa akibat budaya ragging ini.
Isu Penggunaan Pangkat Tentera
Bagaimanapun sejak awal tahun 2000 banyak organisasi
beruniform telah membuat penstrukturan semula panggilan pangkat dalam sistem
mereka. PDRM masih mengekalkan sistem
perpangkatan mereka seperti berikut:
Pegawai:
1. Inspektor Percubaan (Probationary Inspector)
2. Inspektor (Inspector)
3. Inspektor (Senior Inspector)
4. Penolong Penguasa Polis (Assistant Superintendant of
Police)
5. Timbalan Penguasa Polis (Deputy Superintendant of Police)
6. Penguasa Polis (Superintendant of Police)
7. Penolong Pesuruhjaya Polis (Assistant Commisioner of
Police)
8. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis II (Senior Assistant Commisioner of Police II)
9. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis I (Senior Assistant Commisioner of Police I)
10. Timbalan Pesuruhjaya Polis (Deputy Commisioner of Police)
11. Pesuruhjaya Polis (Commisioner of Police)
12. Timbalan Ketua Polis Negara
(Inspector General of Police)
13. Ketua Polis Negara (Deputy Inspector General of Police)
Pangkat Rendah:
Konstabel
Lans Kopral
Sarjan
Sarjan Mejar
Inspektor Rendah
Di antara jabatan-jabatan Kerajaan lain yang mula
menggunakan struktur pangkat ATM dalam organisasi mereka ialah Jabatan
Pertahanan Awam (JPA3) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Agensi Penguatkuasa
Maritim Malaysia (APMM).
Jika tidak dibendung, akan datang lebih banyak lagi pasukan
beruniform sama ada anggota Kerajaan atau pasukan sukarela akan menggunakan
struktur pangkat ATM kerana berbanding dengan panggilan pangkat-pangkat lain
seperti dalam PDRM, Bomba, Kastam atau Imigresen, pangkat ATM lebih gah disebut
dan lebih glamour.
Dan jika perkara ini berterusan, suatu hari nanti ATM akan
kehilangan identitinya. Nak jadi General tidak perlu masuk ATM. Jadi Pengakap pun mungkin diberi pangkat
General.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kemudian ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Maklumat 1:
Utusan Borneo: Posted on May 26, 2011, Thursday
Mengikut laman web JPAM, struktur penggunaan pangkat
Pegawai JPAM adalah seperti berikut:
Pegawai Tetap
1. G10- Leftenan Muda (PA)
2. G09- Leftenan (PA()
3. G08- Kapten (PA)
4. G07- Mejar (PA)
5. G06- Leftenan Kolonel (PA)
6. G05- Kolonel (PA)
5. G04- Penolong Pesuruhjaya (PA)
6. G03- Penolong Pesuruhjaya Kanan (PA)
7. G02- Timbalan Pesuruhjaya (PA)
8. G01- Pesuruhjaya (PA)
Staf Sokongan
1. G19- Prebet
2. G18- Lans Koperal
3. G17- Koperal
4. G16- Sarjan
5. G15- Pegawai Waran 2
6. G14- Pegawai Waran 1
7. G13- Pegawai Sukarelawan Gred 13
8. G12- Pegawai Sukarelawan Gred 12
9. G11- Pegawai Sukarelawan Gred 11
Nota: dari Leftenan Muda hingga Kolonel mengikut struktur
pangkat pegawai ATM manakala dari Penolong Pjaya hingga Pesuruhjaya mengikut
struktur pangkat pegawai PDRM. tapi satu waktu dulu aku pernah baca berita yang
mencatatkan pangkat Pengarah JPA3 ini juga menggunakan pangkat Brig Jen.
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
Petikan Berita 1:
"Lawas, Sarawak: Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
di daerah ini disaran untuk menghidupkan amalan meronda bagi menangani sebarang
aktiviti jenayah yang semakin berleluasa di peringkat kampung. Ahli Parlimen
Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata "amalan berkenaan mampu mengekang
penularan gejala sosial dan juga membantu mencegah aktiviti jenayah" ketika merasmikan program 1 RELA 1 Malaysia
di Stadium Tertutup Lawas. Hadir sama ialah, Timbalan Ketua Pengarah RELA
Malaysia, Leftenan. Jeneral (RELA) Datuk Mustafa Ibrahim, Pengarah RELA Negeri
Sarawak, Brig. Jen (RELA) Hamfatullah Syawal Hamdan, ketua-ketua RELA dan
ketua-ketua masyarakat."
Petikan Berita 2
"Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Negara,
Senator Boon Som Inong (sekarang Dato') dan pemimpin-pemimpin masyarakat Siam
dari Kedah, Perlis, Kelantan dan lain-lain. Dalam majlis itu juga, Boon
Som telah dianugerahkan pangkat
Brigadier Jeneral (RELA).
Tan Sri Mahmood Adam (KSU KDN) dan Lt Jen Dato' Mustapha
Ibrahim (Ketua Pengarah RELA) memakaikan pangkat Brig Jen (RELA) (Kehormat)
kepada Senator Boon Som Inong
1. Leftenan Jeneral
(RELA) Dato Mustapha bin Ibrahim
2. Ketua Pengarah
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
Petikan Berita 3:
Tahniah kepada YB Dato Hamidah Osman diatas pemakaian
Pangkat Kehormat RELA iaitu Mej. Jen. Kehormat (RELA). Dengan pemakaian pangkat
ini maka RELA negeri Perak akan terus mantap dalan perlaksanaan tugas demi
membantu dalam ketenteraman awam. Mej Jen. Kehormat (RELA)YB Dato Hamidah Osman
adalah juga ADUN Sungai Rapat juga Exco
Kanan Kerajaan Negeri Perak.
Pemerhatian:
Macam mana Ahli EXCO boleh mendapat pangkat Mej Jen (Kehormat)-
kalau sebelum ini Menteri Besar (YAB Dato Seri Zambri) hanya menerima pangkat
Laksamana Pertama (Kehormat) TLDM (setaraf dengan Brig Jen).
Struktur pangkat pegawai dalam pertubuhan RELA adalah sama
seperti struktur pangkat dalam Tentera Darat sama ada di peringkat Pegawai atau
pangkat rendah (kumpulan pelaksana/sokongan).
Apa sebenarnya telah berlaku? Sengaja, kebetulan atau
terlepas pandang?.
Kalau kita pergi ke negara mana pun, bila sebut sahaja
Leftenan Jeneral, Mejar Jeneral, Brigadier Jeneral atau Kolonel- mesti pangkat
dalam Angkatan Tentera. Hanya sesetengah
negara sahaja pasukan Polis menggunakan struktur pangkat ini.
Apa motif dan relevansi untuk JPAM dan RELA menggunapakai
struktur pangkat ini? Adakah mereka
sebahagian dari pasukan tentera bersenjata yang berperanan mempertahankan
negara dari serangan luar, pergi berperang ataupun menyertai misi
pengaman/pemerhati ketenteraan di negara asing (bawah PBB)?
Adakah mereka juga ditauliah oleh Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong??
Ini bukanlah isu cemburu atau sakit hati apabila mereka
boleh menggunakan pangkat seperti ATM tetapi lebih kepada hak ekslusif dan
peranan mereka.
Katakan seorang anggota RELA berpakaian awam memperkenalkan
diri sebagai "Saya Lt Abdullah", orang yang diperkenalkan tak akan
menyangka lain, dia ni mesti pegawai tentera.
Kalau memperkenalkan diri dengan memakai uniform RELA, orang akan bertanya,"awak ni tentera
apa? ada ke tentera pakai uniform macam ini?
Kalau ada pegawai RELA keluar di khalayak, orang ramai akan
terus menyangka mereka adalah pegawai ATM- kalau kebetulan ada pegawai ATM di
situ, orang ramai akan jadi confused!
Isunya,kenapa begitu mudah pihak berkuasa memberi
kebenaran/kelulusan untuk kedua-dua jabatan ini mengguna pakai struktur yang
sama dengan pangkat ATM.
Dah lah tu,ada pulak yang guna separuh separuh; separuh
guna struktur pangkat pegawai tentera,
separuh lagi guna struktur pangkat pegawai Polis.
No comments:
Post a Comment