Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Wednesday, October 7, 2026

MIL 157 : 1,000,000 + VIEWS



AWAL OKTOBER 2026, BLOG INI MENCECAH SEJUTA VIEWS.


SYUKUR ALHAMDULILLAH
DALAM MINGGU INI, AWAL BULAN OKTOBER TAHUN 2026, BLOG YANG SAYA BUKA PADA 1 SEP 2013 (TEPAT 12 TAHUN 1 BULAN)  INI TELAH MENCAPAI ANGKA SATU JUTA 'VIEWS'.  Pada 8 Oktober 2026 : 1,002,929 views.


TERIMA KASIH 'VIEWERs' YANG MENYOKONG USAHA PENULIS INI.

Selain dari BLOG ini, penulis mempunyai empat (4) lagi blog. Satu masih aktif dan 3 lagi tidak aktif:

AKTIF (1):

(1)   Putera Lapis Mahang : Malaysia Tanah Airku (dibuka pada 2 Feb 2015) - terkini 836,065.

TIDAK AKTIF (3):

(1)   
Skot Menulis : SSC Intake 37 SPK (dibuka pada 8 Mac 2013) - terkini 221,261 views.

(2)   Putera Lapis Mahang : Internationale (dibuka pada 4 Feb 2015) - terkini 13,326 views

(3)   Putera Lapis Mahang : From d'Cradle to d'Grave (dibuka pada 19 Mei 2019) - terkini 892,004 views.  

NOTA 1 : Blog (3) sebenarnya adalah blog yang paling senior, dibuka pada bulan Sep 2010. Semua ada di sini namun penulis sukar untuk mengemaskini kerana tajuk yang terlalu banyak. Maka penulis memecahkan kepada beberapa blog dan memadamkan (delete) banyak tajuk untuk dipindahkan ke blog-blog yang baru.

NOTA 2 : Sejarah penulisan blog oleh penulis sebenarnya bermula pada 21 Okt 2009 dan posting yang terakhir bertarikh 10 Sep 2010. 


Pada tarikh itu, akaun gmail penulis telah digodam oleh penggodam dari luar negara yang kemudiannya menggunakan emel tersebut untuk menghubungi semua 'senders' dalam inbox gmail tersebut dan meminta wang (menggunakan cerita bahawa penulis (pemilik gmail) terkandas di London, kehilangan dokumen perjalanan dan memerlukan wang untuk pulang ke Malaysia). Lantaran itu, penulis membuka blog baru, iaitu Blog (3)