Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, September 1, 2013

AF 011: INDIA PUN INDIA LAH

JANJI OVERSEA
INDIA PUN INDIA LAH
FIRST TIME 'OUT' FROM SOUTHEAST ASIA



India merupakan negara di luar kepompong Asia Tenggara yang pertama aku lawati. Bagi seorang pegawai TUDM (khususnya Cawang Logistik), peluang untuk berkursus di luar negara sama ada India, Australia atau USA akan diperolehi dalam masa 5-10 tahun perkhidmatannya.  Mereka berpeluang mengikuti kursus kepakaran seperti Fuel Quality Control, Explosive Storage, Intermediate Supply Officer atau Air Movement and Dangerous Cargo.

Namun sepanjang tempoh perkhidmatanku, (setakat ini telah 30 tahun), aku tidak pernah mendapat peluang atau tawaran kursus di luar negara. Sehingga tahun perkhidmatanku ke 15 pada tahun 1996 - aku hanya dapat sekali sahaja terlibat dengan tugas rasmi ke luar negara, iaitu Medan Indonesia pada 1991 - sebagai Logistic LO semasa Eksesais Elang MALINDO.

Kali pertama aku keluar dari kepompong Nusantara ialah pada tahun 1997 semasa aku bertugas sebagai PS2 SISMAT C.  Aku diberi peluang untuk tugas PDI bagi peralatan Radio Transceiver dari Bharrat Industries, Chandigrah yang ditaja oleh Syarikat Federal Telecomm.

Terima kasih kepada Lt Kol Kamarudin Mohammad TUDM (PS1 Kontrak pada masa itu) yang mengemukakan nama aku kepada APTU Materiel, kerana beliau mengetahui yang aku tidak pernah diberi peluang ke luar negara.  Memandangkan peluang pada masa itu hanyalah ke India, so grab la apa-apa yang ada, kalau ada lagi nanti yang lebih menarik boleh dipertimbangkan.  India pun India lah.

Aku pergi dengan Mej Hishamuddin (Eng), Encik Maniam (PSU Pero 5- MINDEF) dan Mr Tan dari Fed Communications Sdn Bhd, iaitu local agent kepada Bharrat Elec Ltd, India.

Lawatan ke India adalah satu pengalaman baru yang membuka mata dan hati- kenapa kita perlu bersyukur yang teramat sangat dilahirkan di Malaysia.  Selama ini aku tak tahu kenapa orang suka sangat ke luar negara untuk menyerati PDI yang ditaja oleh pihak syarikat (tertakluk kepada klausa kontrak).

Delhi T3 Int Terminal.jpg  
Image result for indira gandhi airport  
Indira Ghandi International Airport


Parliament House

   
Old Delhi

Image result for new delhi
New Delhi

Tidor satu malam di hotel di Delhi - juga pertama kali duduk di hotel 5 bintang- aku lupa nama hotel itu.  Malam itu kami makan di sebuah restoran Pakistan- makan nasi beriani kambing- sedappppp memang sedap. Lebihnya kami tapau- nak bagi kat driver. Di India, kami dinasihati supaya jangan makan atau minum di tempat-tempat selain hotel dan restoran eksklusif.  Risiko tinggi- kerana air dan makanan yang tidak bersih.



Hotel pertama sebaik sahaja tiba di Delhi

Keluar sahaja dari restoran - kami diberikan suasana sambutan yang amat memeranjatkan oleh penduduk tempatan- kami dikelilingi oleh ramai orang - hingga sukar untuk berjalan. Mereka ialah peminta sedekah yang menghulur tangan tanpa merasa jemu.  Formulanya- jangan bagi- nanti akan bertambah ramai.

Keesokan harinya - pagi-pagi kami bertolak ke Chandigarh menaiki keretapi - 1st Class.  Nama sahaja Business Class - kita punya kelas 3 lebih selesa.  Kalau naik Kelas 3 di India- kita akan duduk sama dengan ayam, kambing dan pastinya dapat free entertainmentt dari sang lalat.

Tapi buruk-buruk railway service di sini,penumpang first class dapat 'flight ration'. Isinya air kotak, biskut, kacang dan gula-gula.Bermula dari Stesen New Delhi- apabila keretapi bergerak, kami telah dipertontonkan dengan pelbagai suasana sebenar kehidupan di kota Delhi. 


Image result for new delhi railway station
Stesen keretapi New Delhi

suasana hingar bangar semasa menaiki keretapi Kelas 3

 
pemandangan biasa di stesen keratapi di India


pemandangan di sepanjang 1-2km laluan rel keretapi sebaik sahaja keluar dari stesen


Pemandangan di tepi rel keretapi:   Keluar sahaja dari bangunan stesen (macam KL Sentral la kononnya)- kami ditayangkan dengan suasana perkampungan setinggan yang kotor-bolor dan sesak. Lihat gambar di atas. Kebetulan waktu kami bertolak, hari masih pagi. Maka ada x-rated action.  Pakcik-pakcik yang sedang melepaskan hajat (besar) ditepi rel.  Dengan muka yang tak ada rasa bersalah langsung- mereka mencangkung mengadap keretapi yang sedang bergerak perlahan- dia angkat kain - dan melepas.  Maka mata ribuan mata dari dalam keretapi boleh melihat dengan  jelas - torpedo dia terjulur je.Cisssssss.  Mahu hilang selera aku untuk 3 hari.

Aku lihat Encik Maniam termenung jauh. Terpegun. Terkedu. Ini merupakan kali pertama juga beliau menjejaki tanah benua kecil India. Pastinya, dalam hati sanubarinya terdetika kata-kata "terima kasih yang tidak terhingga kepada datuk nenekku yang berhijrah ke Malaya dulu untuk keluar dari kemiskinan"


Jadi, hampir sepanjang satu jam pertama perjalanan kami,dipaparkan dengan keadaan yang hampir serupa.Bila keretapi melalui ladang-ladang kampung, kelihatan penduduk kampung sedang mencangkun di tengah lapang di kebun.   Boleh dilihat jelas kerana di sana keadaan tanahnya lapang dan berumput jenis menjalar sahaja. Meraka pulak, walaupun ada pokok tapi tak ada usaha untuk berselindung.

 
aku tak nampak keadaan ini- tapi ini benar berlaku di India

Perjalanan dari Delhi ke Chandigarh mengambil masa lebih kurang 4 jam. Bandar Chandigarh terletak di kawasan tanah tinggi dan lebih sejuk.  Bandarnya pun lebih bersih dan lanskap yang cantik.  gadis-gadis di kawasan ini juga putih dan cantik, macam dalam filem Hindustan.

Chandigargh merupakan bandar perindustrian yang moden. Sistem perbandaran dan jalanrayanya lebih sistematik dari Delhi. Walaupun wajah kemiskinan penduduknya masih tidak dapat disembunyikan, ia adalah lebih bersih dan teratur.


Tapi on the way nak ke kawasan industri, kami melalui kawasan kampung juga- dan terpandang juga keadaan kotor - dan aktiviti melepas (membuang najis) di atas tanah lapang. Kelihatan juga beza antara masyarakat kaya dan miskin, di mana ditengah-tengah kawasan miskin ada sebuah bunglow besar- berpagar tinggi.

di Chandigarh memang banyak taman-taman yang cantik

Setelah selesai tugas membuat pemeriksaan dan ujian radio di premis Bharrat Industries-  dan juga di satu lokasi yang jauhnya lebih 20km dari kilang- satu kawasan pergunungan ke arah pekan Simla di kawasan Himalaya.  Pemandangan yang menakjubkan dengan sungai mengalir di lembah yang kontang - cantik saja la- kalau di buang negeri dan duduk di tempat macam ni, tak tau la, berapa hari nyawa aku boleh bertahan

 
 
  
Banyak pemandangan seperti ini (patung batu) di sekitar bandar Chandigarh

Setamatnya tugas di Chandigarh kami pulang semula ke Delhi. Masa untuk bershopping dan melawat.  Semua perjalanan kami (di India) ditanggung oleh kontraktor.  Sepanjang tempoh itu kami menaiki kereta jenama 'Ambassador'  iaitu Indian national car.  Gunanya minyak diesel. Yang tak tahan ialah baunya.  Hinggakan, kami menolak untuk melawat Taj Mahal di Agra kerana terpaksa naik Ambassador lebih 2 jam.  Mau mabuk darat dibuatnya..

Ambassador for taxi
Ambassador juga digunakan sebagai kereta rasmi Jeneral tentera India

Di India, itu lah satu fesyen kereta yang ada. Warna pun amat terhad, yang nampak cuma hitam, putih dan biru.  Teksi guna, Staff car General, malah Menteri Kerajaan India  pun pakai kereta yang sama.  Mereka bangga dengan kereta  itu.

India juga terkenal dengan industri textiles dan juga leather product. Dengan bekalan yang ada dapat jugalah aku belikan beberapa helai pakaian untuk anak-anak aku.  Setakat yang mampu.  Tapi memang berbaloi, sampai hari ini (2011) setelah hampir 15 tahun kasut anak aku masih elok lagi- memanglah jarang dipakai- tapi kualitinya memang tinggi.  Baju sahaja yang tak boleh dipakai lagi sebab dah sempit tak boleh diperturunkan lagi.
Kalau lihat gambar di bawah, semua pakaian yang dipakai oleh Atikah, Heikal (dengan kasut sekali) dan Aisyahnur adalah pakaian yang aku beli di India.  Pakaian yang dipakai oleh Atikah dan Aisyah kemudian diperturunkan kepada Nurul- dan masih elok lagi.

  
Anak-anakku memperagakan pakaian produk India (1997)


 
kiri:dengan pengawal kawasan istana dan kanan: melihat kemahiran menenun di kedai karpet

Malam kedua kami di Delhi, Mej Hishamuddin diserang demam denggi.  Sebenarnya sebelum bertolak, dia dah kena tapi doktor bagi ubat dan pulih sementara dan mampu untuk menyertai tim.  Kalau declare awal-awal, memang doktor tak akan bagi. So,malam-malam terpaksa Mr tan cari doktor bawa ke hotel.  malam itu dia kena satu jab. Alhamdulilalh esoknya dia dapat recover.


posing bersama pekerja hotel (kanan- Mr Tan)

Kami melawat sekitar Delhi- seperti kawasan Kompleks Kerajaan dan Parlimen India.  Dua hari kami bershopping. Hari terakhir di Delhi kami sempat menziarahi pejabat Penasihat Pertahanan Malaysia. Aku lupa namanya, an Army Colonel.  Kebetulan masa itu,ada dua pegawai ATM sedang berkursus di National Defence College di New Delhi, iaitu Brig Jen Datuk Nik Ismail TUDM dan Kol Zubin (Army).  Datuk Nik kemudiannya menjadi PTU pada tahun 2004.  Kami kemudiannya diajak ke OMQ Kol Zubin untuk minum teh petang. 

Standard OMQ untuk Kolonel macam la rumah Sarjan di Malaysia (tak teringat nak ambil gambar)


bersama pengawal di kawasan Kompleks Parlimen India

..

No comments:

Post a Comment