Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, September 1, 2013

AF 007:BASIC LOGISTICS MANAGEMENT COURSE - KINRARA


BASIC LOGISTICS
COURSE
SEKLOG ITU KINRARA
.
Quotable Quote:

"I as an officer, I check airman block, you must consideration!"
LtM (U) Rusli Ibrahim (1983)


     
 
 

   BASIC LOGISTICS COURSE  
(APR 1983 - OKT 1983)

Flash Back

Aku adalah dari kumpulan serpihan.  Pegawai-pegawai yang gagal dalam latihan asas penerbangan TUDM dan diberi pilihan untuk meneruskan perkhidmatan di dalam Cawang Logistik.

Setelah gagal fasa penerbangan di PULATIBANG 2, TUDM Kluang aku (bersama 6 lagi pegawai 'flying dropped-out' dihantar mengikuti 'Air Movement Module' di Sekolah Kejuruteraan Kapalterbang (SKKT) TUDM Kinrara (lebih kurang bulan September 1981). Modula itu merupakan salah satu dari modula Kursus Asas Pegawai Logistik Siri 20 yang berlangsung selama 9 bulan. Setelah tamat modula itu,  aku dihantar ke TUDM Kuching sebagai Pegawai Bertugas Pergerakan Udara (DAMO).  Sepanjang latihan ini peserta duduk di Mes Pegawai Hospital ATM Kinrara. Keadaan mes tersebut sungguh daif. Bangunan kayu berkonsepkan 'dormitary'. Latihan modula Air Movement ini tidak diberi sijil. Cuma, di akhir modula semua peserta dikehendaki menduduki ujian teori dan ujian menyediakan 'Trim Sheet' untuk pesawat C130, Caribou dan F28.

Setelah bertugas selama setahun 4 bulan di TUDM Kuching, pada 3 April 1983 barulah aku diberi peluang mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik TUDM (Logistics Officer Management Course) Siri 22/1983 di Sekolah Logistik (SEKLOG), Institut Teknologi Udara, Kinrara.

Nota: Nama SKKT telah ditukar menjadi Institut Teknologi Udara (ITU) dalam tahun 1982.

Ketika aku melapor diri untuk KAPPL Siri 22/1983, kepimpinan di ITU adalah:


Komandan: Lt Kol Hj Abas bin Shariff TUDM (bersara Kol TUDM- Allahyarham)


Ketua Jurulatih: Mej Mohamad bin Abu Bakar (bersara)



Image may contain: sky, tree, outdoor and nature

Course Management


Ketua Sekolah Logistik (SEKLOG):

Mej Ng Poh Wah TUDM

No automatic alt text available.


Pegawai Penjaga Kursus Pegawai:

Kapt Azizan bin Shaari TUDM

Image may contain: 1 person

Pegawai Penjaga Kursus LLP:
Lt Rajah Krishnan a/l Perumal TUDM

Course Participants

The list of 18 participants of Course 22/1983 are as follows (with some back ground that I could recalled):

1
Leftenan (Udara) Zambri bin Ahmad (371044)  

Image may contain: 1 person

Zambri dilahirkan di Perak pada 9 Nov 1957.  Beliau menyertai latihan kedet (Pre-OCTU) Panggilan TJP 33 di Kem Sebatang Kara Port Dickson dan kemudiannya di MTD, Sg Besi. Zambri ditauliahkan pada 12 Dis 1978 dalam Cawangan Juruterbang. Beliau gagal latihan penerbangan di Pulatibang 1, Alor Setar, kemudian bertukar ke Cawang Kejuruteraan sebelum bertukar ke Cawang Logistik dan menghadiri Air Movement Module sebelum  ditumpangkan ke TUDM Kuching  Okt 1981 - Apr 83 membuat tugas DAMO. Zamri orang Perak, pernah bertugas bersama aku sebagai DAMO di TUDM Kuching (1981-82) dan sama-sama kena ragged. Tapi dia ditukarkan keluar  (ke Semenanjung) lebih awal dariku kerana masalah keluarga di Semenanjung. Bukannya masalah dengan isteri tapi isteri beliau mengalami masalah kesihatan yang memerlukan perhatian rapi.  Isteri Zambri bernama Zainab @  Zazila.  Dia berumahtangga sebelum ke Kuching. Semasa menyertai Basic Logistics Officers' Course ini Zambri adalah satu-satunya pegawai yang telah berpangkat Lt(U). Oleh itu kami sebulat suara melantik beliau menjadi Course Leader.

Zambri bersara wajib dalam pangkat Lt Kol TUDM dalam tahun 2014 jawatan terakhirnya ialah PS1 Perolehan, Markas TUDM. Zambri adalah juga ayah kepada penyanyi dari program realiti, Malaysian Idol, Zehra Zambri.

Zambri kini menetap di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

2
Leftenan Muda (Udara) Sulaiman bin Idris (371207)  

Image may contain: 1 person

Sulaiman dilahirkan di Melaka tahun 1961 dan menyertai latihan pegawai kedet Panggilan TJP 36 di SPK, Port Dickson. Sulaiman ditauliahkan pada 31 Mei 1981 ke Cawangan Penerbangan.  Sulaiman telah melepasi latihan asas penerbangan pesawat Bell 47G dan telah gagal menamatkan latihan  penerbangan lanjutan (Alouette) di PULATIBANG 2 TUDM Kluang. 

Setelah menjalani latihan Air Movement Module di TUDM Kinrara beliau ditukarkan ke TUDM Kuantan  antara Okt 1981 - Apr 83. Sulaiman orang Melaka.  Aku jumpa Leman pertama kali  semasa buat aku mengikuti basic flying di TUDM Kluang. Dia senior aku di Kluang. Sulaiman juga jadi bestman aku semasa aku kawin dulu. Sulaiman telah mendirikan rumahtangga sebelum menyertai Basic Logistics Officers' Course, isteri dia bernama Norizan.  Sulaiman juga pernah mendapat biasiswa ATM untuk melanjutkan pengajian diploma (DBS) di ITM Melaka.

Sulaiman menamatkan perkhidmatan TJP semasa berpangkat Kapt TUDM. Tugas terakhir, kurang pasti sama ada sebagai jurulatih di SEKLOG Kinrara atau SAMO TUDM Subang. Sehingga kini aku tidak pernah lagi jumpa dengan Sulaiman. Dari sumber yang kurang pasti, menyatakan beliau menetap di sekitar daerah Klang.


3
Leftenan Muda (Udara) Othman bin Md Jahim (371248)

Image may contain: 1 person 

Othman dilahirkan di Melaka pada 22 Ogos 1956 adalah satu intake (TJP 37) denganku di SPK Port Dickson.   Setelah tamat latihan kedet, beliau menjalani latihan kedet penerbangan di PULATIBANG 1 TUDM Alor Setar mulai Jan 1981 dan gagal di peringkat asas. Setelah gagal penerbangan  Othman ditauliahkan ke dalam Cawang Logistik pada 1 Julai 1981.  Mengikuti latihan Modula Pergerakan Udara di SEKLOG Kinrara dari Sep hingga Okt 1981 dan seterusnya ditugaskan ke TUDM KL sehingga memulakan kursus ini.   Othman  dari Melaka, anak Sarjan Mejar polis. Pernah ikut dia balik Melaka naik motor besar dia masa weekend.  Masa basic course, dia saja yang ada motor besar.  Sebelum ke Basic Logistics Officers' Course, Othman   bertugas di TUDM KL sebagai DAMO. Othman berkahwin dengan Siti Mariam. Man satu kelas dengan aku masa di MTAT (1999). 

Othman bersara wajib dalam pangkat Mejar pada tahun 2006. Selepas bersara Othman menyertai CITO Marketing, Top Entity dan akhirnya AIROD. Othman kini menetap di Subang UEP, Subang Jaya.

4
Leftenan Muda (Udara) Toharudin bin Abd Rasid (371256)

Aku seangkatan dengan Man Jahim dari TJP 37 dan juga dihantar menjalani latihan kedet penerbangan.  Tetapi aku menjalani latihan di PULATIBANG 2 TUDM Kluang. Aku juga gagal di peringkat Basic Flying Course (Bell 47G) dan ditauliahkan dalam Cawang Logistik pada 1 Julai 1981.  Aku kemudian mengikuti latihan Air Movement Module di SEKLOG Kinrara sebelum dihantar bertugas sebagai DAMO di TUDM Kuching  dari Okt 1981 hingga Apr 83 sebelum menyertai kursus ini.

5
Leftenan Muda (Udara) Nasir bin Mamat (371304)

Nasir berasal dari Kelantan dan dilahirkan pada 21 Jun 1959.  Perjalanan Nasir dalam permulaan kerjaya adalah sama dengan Romle, itu menyertai kedet Tauliah Tetap di MTD dan ditauliahkan pada 17 Jun 1982.   Nasir pernah mendapat peluang melanjutkan pengajian diploma dalam bidang Sains Komputer di hujung tahun 1980an di ITM Shah Alam.

Nasir bersara awal dari perkhidmatan pada tahun 2007 dalam pangkat Mej TUDM. Jawatan terakhirnya ialah PS2 Materiel di No 1 Div Udara. Aku tidak pernah menemui lagi selepas beliau bersara.


6
Leftenan Muda (Udara) Romle bin Mat Piah (371308)

Image may contain: 1 person

Romle dilahirkan di Kulim, Kedah pada 31 Mei 1958 dan menyertai TUDM melalui latihan kedet Tauliah Tetap Panggilan ke 21 di Maktab Tentera DiRaja. Antara skot beliau ialah Lt Jen Ackbal, Brig Jen Masrani dan Kol Fadzlette. Romle ditauliahkan pada 17 Jun 1982. Romle telah berumahtangga dengan Hasmah bt Awang sebelum menyertai kursus ini.

Sebaik sahaja menamatkan kursus Basic Logistics Officers' Course, kami berkhidmat bersama di TUDM Kuantan dalam tahun 1983-86. Kami juga menyewa rumah yang berhampiran di  Taman TAS.

Romle bersara dari perkhidmatan di akhir tahun 90an dalam pangkat Mej TUDM. Selepas bersara beliau menyertai syarikat Shahira Maju Sdn Bhd tetapi kemudiannya mengambil keputusan mengusahakan perniagaan sendiri. Romle menetap di Batu Caves, Selangor.

7
Leftenan Muda (Udara) Mior Muhammad bin Mior Sulaiman (371341)

Image may contain: 1 person

Mior berasal dari Perak dan dilahirkan pada 15 Feb 1959.  Mior menyertai latihan pegawai kedet TJP 38 dan ditauliahkan pada 11 April 1981.  Sebelum memulakan kerjaya dalam Cawang Logistik, Mior pernah mengikuti kursus asas  'navigator' di New Zealand.  Setelah menamatkan kursus asas, Mior ditukarkan ke Pusat Materiel Udara.  Isterinya bernama Siti Jamiah, pensyarah perubatan di UM. Mior berkursus SOS di Kinrara sekali dengan aku pada tahun 1991.  Mior seorang pegawai yang rajin menimba ilmi.  Sepanjang dalam perkhidmatannya beliau telah melanjutkan pengajian tinggi atas usaha sendiri.  Beliau mencapai akademik seperti Institute of Supervisory, Chartered Institute of Transport dan Master in Information System.

Mior Muhammad bersara dalam pangkat Mejar TUDM pada tahun 2005. Jawatan terakhirnya ialah PS2 SISMAT A dimana aku sebagai PS1 SISMAT.  Selepas persaraannya, Mior menceburkan diri dalam perniagaan consultancy dan mempunyai syarikatnya sendiri bernama Focus Group Sdn Bhd. Mior kini menetap di Kajang. Pada tahun 2016, Mior telah menjalani pembedahanmemotong sebelah kakinya akibat penyakit kencing manis.

8
Leftenan Muda (Udara) Johany @ Johnny Mickey bin Abdullah (371382)

No automatic alt text available.

Johnny Mickey dilahirkan di Kampung Kundasang, Ranau, Sabah pada   27 Mac 1959. Johnny merupakan bekas pelajar Sekolah Alam Shah dan pernah belajar di UTM dalam jurusan Kejuruteraan sebelum menyertai kedet TUDM.  Di SPK Port Dickson beliau menjalani latihan bersama kedet TJP 39 dan ditauliahkan ke Cawang Kejuruteraan pada 27 Mei 1982. Setelah ditauliahkan beliau ditugaskan ke No 7 Sqn, TUDM Kuching (saya bertemu Johnny di Kuchingugas sebagai DAMO di sana). Di TUDM Kuching Johnny yang pada masa itu menganut Kristian (Katholik) telah  memeluk agama Islam dan menukar nama kepada 'Johany bin Abdullah'.

Johany adalah antara individu yang bercita-cita tinggi meningkatkan tahap akademiknya. Semasa dalam TUDM Johany mengambil inisiatif mengambil kursus luar kampus Diploma dan Diploma Lanjutan dalam bidang Accountancy di ITM dan juga MBA di UKM. Beliau juga merupakan Akauntan Berdaftar (RA). 

Johany bersara secara pilihan semasa berpangkat Mej TUDM pada tahun 2004.  Antara jawatan utama yang pernah disandang ialah KCM TUDM Labuan, KCM TUDM Subang dan jawatan terakhirnya ialah PS1 Kewangan MLU.  Saya tidak mengikuti perkembangan Johany selepas persaraannya tetapi pernah mendengar bahawa beliau mengusahakan pertanian/penternakan dan membuat kerja-kerja amal dan kemasyarakatan di Kg Bokop, Kundasang, Daerah Ranau, Sabah.


9
Leftenan Muda (Udara) Radzali bin Hj Ratin (371386)

Image may contain: 1 person

Radzali dilahirkan di Pulau Pinang pada 1 Okt 1959 dan  menjalani latihan pegawai kedet bersama TJP 39 di SPK Port Dickson.  Beliau ditauliahkan pada 27 Jun 1981 terus ke Cawang Logistik.  Beliau bersama samaku mengikuti Air Movement Training Module bersama Course  20 dan kemudiannya dihantar ke TUDM Labuan dari  Okt 1981 - Apr 83.  Semasa di Labuan beliau telah berkahwin dengan seorang gadis 'Nancy' yang berkerja di Brunei. Tapi kemudiannya mereka berpisah.

Radzali bersara dalam pangkat Mejar TUDM dalam tahun 2003 dan jawatan terakhirnya ialah PS2 SISMAT D. Kini beliau menetap di Bandar Tasik Puteri, Rawang


10
Leftenan Muda (Udara) Rusli bin Ibrahim (371388)

Image may contain: 1 person

Rusli dilahirkan pada   15 Jan 1962 dan berasal dari Kelantan.  Beliau ditauliahkan pada 27 Jun 1981 seangkatan dengan kedet TJP 39. Beliau juga menyertaiku mengikuti Air Movement Training Module di SKKT Kinrara dan seterusnya ditukarkan ke TUDM KL  from Okt 1981 - Apr 83.  Semasa dalam perkhidmatan Rusli pernah menjawat jawatan penting seperti KSM 321 Skn, CO Terminal Peluru 1, Pegawai KCM PU Subang dan PS2 SISGP D di MLU.

Rusli menamatkan perkhidmatan dalam tahun 2008 semasa berpangkat Mejar TUDM. Setelah menamatkan perkhidmatan beliau membuka perniagaan makanan 'Big Food' di TTDI Subang. Dengarnya beliau amat berjaya dama perniagaannya dan sudah mencapai tahap 'jutawan'.  Rusli kini menetap di Bukit Jelutong Shah Alam.

Tahniah Rusli kerana dapat melepaskan diri dari 'an officer yang cuma check airman block' sahaja.


11
Leftenan Muda (Udara) Muhammad Sakir bin Mat Yusof (371411)



Sakir dilahirkan di Kelantan pada 11 Sep 1960. Sakir menyertai latihan pegawai kedet Panggilan TJP39 di SPK Port Dickson dan ditauliahkan ke Cawang Logistik pada  27 Jun 1981.    Setelah ditauliahkan Sakir mengikuti Air Movement Module di SEKLOG Kinrara sekali denganku dan kemudiannya ditugaskan sebagai DAMO di TUDM Labuan dari Okt 1981 - Apr 83. Pada masa ini Sakir berpangkat Mejar TUDM membuat tugas  'Komandan Kem PLKN Ledang' mulai 3 Jan 2011.

Sakir bersara pada tahun 2012 dalam pangkat Mejar TUDM dan tugas terakhir di Cawangan Belanjawan MTU-Materiel.


12
Leftenan Muda (Udara) Borsra bin Abd Wahab (371408)

Image may contain: 1 person

Borsra  dilahirkan pada 20 Mac 1962 dan ditauliahkan bersama kedet TJP39 pada 27 Jun 1981  .  Aku tidak pasti dengan perjalanan kerjaya Borsra sebelum menyertai aku dalam kursus Asas Pegawai Logistik pada Apr 1983. Borsra juga mendapat peluang melanjutkan pengajian ke ITM dalam bidang Chartered Institute of Transport.  Borsra pernah menjawat Komandan PLKK, KSM TUDM Subang .

Borsra bersara dari TUDM pada tahun 2008 semasa berpangkat Mejar TUDM dan jawatan terakhirnya ialah Ketua MATRA 2, PU Subang. Borsra kini menetap di Jasin Melaka.


13
Leftenan Muda (Udara) Lim Eng Lye (371495)

Image may contain: 1 person

Lim dilahirkan di Pulau Pinang pada 10 Jun 1958 dan menyertai latihan kedet Panggilan TJP ke 40.  Beliau kemudiannya mengikuti latihan kedet penerbangan di Pulatibang 2 TUDM Kluang.  Seperti juga sejarah diriku, Lim gagal menamatkan kursus memilih untuk berkhidmat dalam Cawang Logistik. Oleh kerana pada masa itu kursus Asas Pegawai logistik 22/83 baru sahaja bermula, Lim terus diserapkan dalam kursus ini. Beliau ditauliahkan sebagai Lt Muda di ITU Kinrara. Lim merupakan pelajar terbaik kursus KPPLU Siri 22/1983.

Setelah menamatkan kursus beliau berkhidmat di TUDM Butterworth.  Antara jawatan penting yang disandang ialah PS2 Beli (MLU), PS1 R & P (MLU), PS2 Bantuan di Markas ATM, PS2 Latihan di MPLU dan jawatan terakhirnya sebelum bersara ialah PS1 Materiel di Markas No 1 Div Udara.  Lim juga aktif dalam sukan golf.  Beliau memegang jawatan Kapten Kelab Rekreasi Angkatan Tentera (KRAT) untuk beberapa tahun. 

Lim bersara dari TUDM pada tahun 2011 dalam pangkat Lt Kol TUDM dan menyertai AIROD sehingga 2012. Pada tahun 2013 beliau berhijrah ke Australia.


14
Leftenan Muda (Udara) Abu Hanipah bin Hussein (371587)

No automatic alt text available.

Abu Hanifah dilahirkan di Kelantan pada  26 Jan 1960 dan ditauliahkan dalam TUDM pada 21 Mac 1983 setelah menyertai latihan pegawai kedet TJP 45 di SPK Port Dickson. Abu bersama David, Yusnillah, Ahmad Nazri dan Razali Rogigan adalah 'fresh officer'  yang terus melapor ke ITU Kinrara untuk menyertai kursus ini.  Abu telah berumahtangga sebelum menyertai latihan kedet.  Jawatan terakhir Abu adalah PS2 di BOLP Markas ATM.

Abu menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Mej pada tahun 2004 dan menyertai Syarikat Satang Jaya Sdn Bhd (Destini Prima Sdn Bhd) sehingga awal tahun 2014.  Beliau juga mempunyai syarikat sendiri Major Logistics Sdn Bhd.

Abu Hanipah menetap di Gombak.


15
Leftenan Muda (Udara) Ahmad Nazri bin Nayan (371590)

Image may contain: 1 person

Ahmad Nazri dilahirkan pada 14 Mei 1963 dan berasal dari Perak. Nazri kini berpangkat Mej TUDM dan berkhidmat di Markas ATM.  Nazri mengikuti kursus staf di SESKO-AU di Bandung, Indonesia.  Antara jawatan utama yang pernah disandang ialah PS2 Rancang Materiel, MTU, Pegawai Memerintah PLPL dan pemangku PS1 Bantuan MPLU. Beliau dua kali menjadi KCM PU Kuching. 

Nazri masih berkhidmat dan dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk memegang jawatan KCM PU Gong Kedak pada tahun 2011 sebelum ditukarkan ke Markas ATM pada tahun 2013.

16
Leftenan Muda (Udara) David Marshall a/l Parnabas (371595)

Image may contain: 1 person

David dilahirkan di Ipoh, Perak pada pada 23 Jun 1962 dan ditauliahkan ke dalam TUDM pada 21 Mac 1983. David seorang yang dedikasi dan pernah menjadi Ketua MATRA 4, KFM No 17 Skn dan KCM PU Kuantan.   Selain dari itu juga sebagai PS2 di JTMK, pernah berkhidmat di bawah aku sebagai PS1 K dan B; B MLU dan  PS1 KAS, MLU. Beliau adalah pegawai dari kumpulannya (TJP 45) dalam Cawang Materiel yang pertama mencapai pangkat Lt Kol TUDM. 

David dinaikkan ke pangkat Lt Kol pada tahun 2011 dan kini bertugas sebagai PS1 Perolehan, Markas Tentera Udara.


17
Leftenan Muda (Udara) Razali bin Ahmad Rogigan (371607)

Image may contain: 1 person

Razali ditauliahkan pada 21 Mac 1983 dan berasal dari Pulau Pinang.

Razali menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Lt TUDM dalam tahun 1993 dan menyertai syarikat ATSC Sdn Bhd sehingga sekarang sebagai Procurement Manager. Razali menetap di Kuantan.


18
Leftenan Muda (Udara) Mohd Yusnillah bin Mohd Yunus (371622)

Image may contain: 1 person

Yusnillah berasal dari Taiping, Perak dan dilahirkan pada 1 Sep 1964.  Sekarang masih berkhidmat dalam TUDM berpangkat Mejar TUDM.  Pernah menjadi Ketua TP2 dan KSM PPU2 Bukit Jugra.  Pernah bertugas di PMU, MLU dan Markas ATM.

Yusnillah masih berkhidmat dalam TUDM dan berpangkat Lt Kol TUDM dan kini menjawat jawatan sekarang sebagai Komandan Kem PLKN di Bagan Serai.


Crisis: Course Leader

Based on the seniority in service, Zambri was elected as a course leader. However after couple of months, we faced some class crisis, Zambri got frustrated because few of classmates were not cooperated well.  They came late to the class and disrespect the class leader.  So, to make him learned how difficult to control the class. the course leader was given to Sakir. Unfortunately he was ignorance, did not want to take the responsibilities.  A week after, we have another class election and unanimously agreed to elect Radzali Ratin as a course leader.   He was unchallenged until the end of the course. 

You know why we choose Radzali?  First, because of his power of command, second; his style and smartness (gaya) and third, because of his body size, tall and tough.

Accomodation

Throuhout the course all the course participant were staying in the Officers' Mess.  Single room, single bed.  It was a newly constructed buildings.  Most of the room were not adequately furnished.  Each officer was only provided with a single bedstead (iron spring), one table and one junior officers chair.  However it was 100 times better than the room in Medical Corps Officers' Mess where we were staying in Sep 1981.

At that time, there was another basic officers course were running together with our course, namely Kursus Asas Pegawai Urusetia (KAPU).  Among the Admin officers I met there were Fakarudin, Nasir, Khadijah, Zuhri, Hashimah and  Abdul Nazar.

LogCon

Log Con adalah nama bilik rehat atau Kelab Pegawai dan Jurulatih SEKLOG.  Biasanya student dan instructors (kebanyakan instructores ialah SNCO) akan berada di dalam Log Con semasa waktu rehat (break time) pukul 10.30 pagi.  Aku tak ingat berapa kena bayar sebulan untuk tabung yang digunakan untuk menyediakan gula, teh dan kopi.  Makanan boleh dibeli di kantin atau selalunya ada dari kalangan LLP yang meletakkan nasi lemak, mee goreng atau kueh-mueh untuk dibeli.

The contents (syllabus) of the Basic Supply or Logistic Course were changing from time to time, depend on the environment and service requirement.  Before my course, the length of the course was 9 months.  The syllabus of the course covered basic supply, general/materiel management and specialist module (such as fuel, air movement, finance and transportation). Therefore, the graduate will be able to be assigned at any appointment in the base.

In my course, the length was reduced to 6 months covers only general management and basic supply management.  The selection of the officers for the specialist module/course will be based on career.  At one time, the course was shortened to 3-4 months and only covers basic knowledge of supply management,  the rest of the module will be taught in individual specialist course.

Course Management

The Commandant of the Institute (Institut Teknologi Udara) then was Lt  Kol (U) Hj Abas bin Shariff, the Chief Instructor was Mej (U) Mohammad bin Abu Bakar (wife dia Mat Saleh). The other senior officers (who I can remember) were Mej Abdullah bin Lembik (OC Admin), Mej Syed Ibrahim al Habsi (OC Supply), Mej (U) Vincent Pinto (Head of Engineering School), and Mej (U) Lai Keat Min (OC Admin School).  The efforts of Pinto and Lai to build the new officers' mess bar (before I came to ITU) was memorised by naming the mess bar as 'Pinto-Lai Bar'.  However that mess is now no more there.  I had been demolished.  The present Officers Mess was built in 2002.

Just for info, the ITU camp was closed in 1994 with the grand plan to centralised all the training school in TUDM Alor Setar (under the name of Air Force College).  Kinrara camp was planned to be sold to the private sector.  However the plan was not materielised.  In 2001, SEKLOG was relocated back to Kinrara, and all the old wooden building (which were deteriorated-by-nature) were replaced by new buildings.

The Logistic School (SEKLOG) was headed by Mej (U) Ng Poh Wah.  The officer-in-charge of the Officers course was Kapt (U) Azizan bin Shaari,  the Oi/c for other rank courses was Lt (U) Rajah Krishnan (retired Mej).  Difficult to recall the name of all my instructorsin my basic course.  Among others were PW Henry, FSjn Abu Bakar, Sjn Avtar Singh, and Sjn Shariff.

Mej(U) Ng Poh Wah - Head of School of logistics (SEKLOG) and Kapt (U) Azizan Shaari (Officer In-Charge of Officers' Course)

My Project Paper

Project paper was the main assignment for the course participant.  The topic assigned to me was 'How to manage inactive items?'.

Joke of the Year

Kembali kepada kesah di sebalik tajuk blog ini "I as an officer, I check airmen block, you must consideration!" .

Alkesah, semasa kami mengikuti kursus Asas Pegawai Logistik, rata-rata kami hanya mampu membeli motorsikal.  Dalam ramai-ramai tu, ada yang tidak mempunyai lesen pemandu. Dulu-dulu, ada pegawai ATM yang menunggang motorsikal atau memandu kereta tanpa lesen apabila ditahan polis akan menunjukkan 'BAT C 10' untuk melepaskan diri.  Kita panggil 'Lesen Agong'  Biasanya polis yang buat 'road block' akan melepaskan mereka atas dasar sama-sama anggota beruniform.

Tetapi langit itu tidak selalunya cerah.   Ada waktunya anggota polis itu tidak menerima 'lesen Agong'.  Maka akan berlaku perbalahan untuk melepaskan diri.

Inilah yang berlaku kepada coursemate aku, LtM(U) Rusli.  Rusli dan Sakir selalu keluar malam kerana mereka ramai geng di KL ni.  Lewat malam baru balik.  Pada suatu malam, motorsikal mereka telah ditahan oleh anggota polis yang membuat road block di Jalan Puchong.  

Oleh kerana mereka tak ada lesen memandu, "Lesen Agong" pulak tak laku, maka untuk melepaskan diri mereka terpaksa buka skrip drama yang lain.  Kalau nak setakat memperkenalkan diri sebagai Pegawai TUDM sahaja (setakat pangkat Leftenan Muda pulak tu!), mungkin tak cukup power.  Maka kena tambah kuah, kena speaking England.  Tapi apa nak buat, dulu sekolah kampong, maka demi menunjukkan 'kepegawaian'  dan ke'teroran' maka Rusli pun buka ayat!

 "I as an officer, I check airmen block, you must consideration......."

Maksud yang mungkin ingin disampaikan oleh Rusli masa tu ialah, dia seorang pegawai, ada tanggung jawab besar, ramai anggota (airmen) di bawah kawalannya.  Jadi, tolong la beri pertimbangan.....jangan lah saman.

Kesah ini diceritakan sendiri oleh Sakir selaku pembonceng motorsikal itu.   Yang betulnya, tanyalah Rusli sendiri.  Dan lepas itu, Rusli memang kena kutuk sepanjang zaman.

Terlalu banyak kesah di ITU Kinarara yang belum sempat aku tuliskan.

Graduation Dinner

Di akhir kursus kami menganjurkan Majlis Makan Malam di Mes Pegawai.  Masa itu kalau nak buat majlis di hotel, agak sukar.  Di Jalan Klang Lama masa itu tiada hotel yang bersesuaian untuk dipilih.  Kalau nak buat di Kuala Lumpur, agak jauh dan di luar kemampuan para pegawai yang rata-rata bergaji lebih kurang RM750.

Lagi pun masa itu, kebanyakan pegawai hanya menaiki motorsikal sahaja.


COURSE ALBUM

CLASSROOM




COURSE VISIT TO KCT PORT KLANG


 
 
 
 
 
 
 
 
 

LOGCON
'
 
 
'

ITU FUN FAIR
'

.

COURSE TRIP TO KUALA TAHAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.

FINAL DINNER IN KINRARA

 
 
 

KURSUS PEGAWAI SKUADRON
SIRI 22/1990


Kembali ke ITU

Pada bulan April 1990 aku datang sekali lagi ke ITU Kinrara untuk mengikuti Kursus Pegawai Skuadron (KPS) di Sekolah Pegawai Skuadron (SOS).  Waktu ini aku telah berpangkat Kapt TUDM.  Kursus SOS merupakan Professional Military Education yang tertinggi dianjurkan oleh TUDM.  Dalam sistem Gaji SSM, lulus SOS merupakan syarat untuk pegawai berpangkat Mejar menerima pergerakan gaji ke P2. Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1980, SOS menumpang di ITU Kinrara sehingga tahun 1994 apabila ia mengambil alih fasilitet TUDM di Jalan Azyze, Pulau Pinang (dulunya adalah kompleks Markas Pendidikan Udara (MARDIK).  Kampus itu sekarang dikenali sebagai Sekolah Ikhtisas Tentera Udara(SITU).

Gambar Sqn Officer Course 22/90

Peserta Kursus KPS Siri 22/1990 adalah seperti berikut:

1.   Mej Zakaria bin Tahir TUDM (Transport Pilot) - Course Leader- bersara Lt Kol TUDM.

2.   Mej Zurrahim bin  Alias TUDM (Transport Pilot) - Project Leader - bersara Lt Kol TUDM

3.   Mej Joachim Albert Kok TUDM (Heli Pilot)- bersara Mej TUDM

4.   Kapt Hashim bin Hamdan TUDM (Tpt Pilot)- bersara Lt Kol TUDM

5.   Kapt Roshaimi bin Zakaria TUDM (Fighter Pilot)- kini Mej Jen Dato'

6.   Kapt Affendi bin Buang TUDM (Fighter Pilot)- kini Jen Tan Sri Dato' Sri - Panglima Tentera Udara ke 19.

7.   Kapt Ahmad bin Ali TUDM (Kejuruteraan)- bersara Mej TUDM

8.   Kapt Hasaza bin Hanafiah TUDM (Kejuruteraan)- bersara Brig Jen TUDM, Dato'

9.   Kapt Khairudin bin Mohd Zahari TUDM (Logistik)- bersara Lt Kol TUDM

10. Kapt Toharudin bin Abd Rasid TUDM (Log)- kini Brig Jen TUDM

12. Kapt Mior Muhammad bin Mior Sulaiman TUDM (Log)- bersara Mej TUDM

13. Kapt Nazri bin Dashah TUDM (Urusetia)- bersara Brig Jen TUDM, Dato'

14. Kapt Siva a/l Kissam Pillay TUDM (Urusetia) TUDM - bersara Lt Kol TUDM

15. Kapt Lim Chan Hock TUDM (KTU) - bersara Mej TUDM

16. Kapt Kho Hock Khooi TUDM (KTU)- bersara Mej TUDM

17. Kapt Mohd Yusri Madeonus bin Mohd Yunus TUDM (KTU)- bersara Mej TUDM

18. Kapt S. Hamid bin Mohd Yusof TUDM (KTU)- bersara Lt Kol TUDM

19. Kapt Azil bin Hj Noh TUDM (KPU)- bersara Mej TUDM

20. Kapt Osman bin Salim TUDM (KPU)- bersara Mej TUDM

Ketua Sekolah Pegawai Skuadron masa itu ialah Mej Chin Yoon Sem TUDM (KTU) manakala 2 juruarah (DS)nya ialah Mej Hj Noor Ibrahim (Heli Pilot) dan Mej Koh Kia Lim (Tpt Pilot).  Mej Chin dan Mej Hj Noor Ibrahim bersara dalam pangkat Mej TUDM manakala Mej Koh bersara dalam pangkat Brig Jen TUDM (Dato') sebagai IGTU.

Mej Hj Noor Ibrahim TUDM (Bersara) is the owner of one of the popular 'military related' blog (xnuripilot.blogspot.com)

Komandan ITU semasa aku melapor diri ialah Lt Kol Abu Hasan bin Ali (bersara Brig Jen Dato') dan kemudiannya digantikan oleh Lt Kol Ir Hj Ramli bin Ajir TUDM (telah bersara- Prof Madya di UPM).

Graduation Dinner di KRTU

Anda semua boleh mengikuti perkembangan Mej Hj Noor Ibrahim dalam laman blognya bertajuk" x_nuripilot@blogspot.com

Kinrara: Dulu dan Sekarang

Pada tahun 80an dulu, hanya ada satu jalan untuk ke Kinrara.  kalau dari KL atau PJ mesti melalui Jalan Klang Lama yang sempit dan sesak kerana rumah kedai yang berdekatan dengan tebing jalan.  Jalan pun teruk, tidak rata.  Sepanjang jalan, adalah rumah kedai lama yang dibina dalam tahun 60an.  Kalau sampai di Batu 4 atau 5, ada sebuah pasar basah di tepi jalan.  Yang menyulitkan ialah pembeli meletakkan kereta di tepi jalan tanpa mengikut peraturan.  Jalan utama menjadi kecil dan sesak.  Tapi masa tu tak la komplen sangat sebab aku ke sana sini naik motorsikal je.

Dari Jln Klang Lama, sampai ke simpang Jalan Puchong (tandanya ialah Balai Polis), masuk kiri arah ke Puchong.  TUDM Kinrara di Batu 7.5.  Masa tu yang agak ramai setakat di Bt 8 (Taman Tenaga) sahaja.  Selepas itu, jalan arah ke pekan Puchong kebanyakannya ladang getah (estate) dan perkampungan Melayu, hinggalah ke Kajang. Jalan bengkang-bengkok dan sunyi.  Sesekali kalau aku bosan duduk di mes, aku akan naik motorsikal merayau mengikut jalan itu ikut setakat mana yang aku mahu baru pusing balik.

Kadangkala kalau ke KL, malas nak naik motorsikal, aku naik bas dari Kinrara ke Stesen Bas Kelang.  Masa tu stesen bas yang popular di KL ada 3 iaitu Pudu Raya, Jalan Pekeliling dan Stesen Bas Klang.

Pada waktu itu, abang aku Amim yang bekerja di LLN (Jalan Bangsar) tinggal di sebuah rumah di Taman Desa di Jln Klang Lama itu.  Jadi, bila weekend, aku selalu lah melepak kat rumah dia.

Dulu di luar pagar ITU Kinrara (1981-1993) especially di sebelah belakang blok-blok Mes Perwira (pagar paling belakang kem) adalah ladang/kebun getah dan bekas lombong yang terbiar.  Mana-mana pegawai yang menempati blok paling belakang, pintunya pengadap ke arah kebun getah tersebut.  Nyamuk tak payah nak cakap la. Sayang masa itu, aku tak mengambil gambar-gambar blok di mes tersebut.

Manakala di sebelah depan ITU Kinrara (1983) adalah pekan Batu 7 Kinrara yang hanya ada sederet rumah kedai lama dua tingkat.  Rumah kedai itu masih wujud hingga sekarang. Sebelah kiri rumah kedai itu (jalan ke arah pekan Puchong) adalah kedai-kedai kayu (beratap zing) milik peniaga China yang tidak sistematik.  Kebanyakannya ialah bengkel besi dan barang recycle.  Manakala sebelah kanan (jalan ke arah Jalan klang Lama) adalah bekas lombong terbiar.

Setelah PLPL Kinrara dibuka semula (diaktifkan semula) pada tahun 2001, semua kebun getah tersebut telah bertukar menjadi Bandar Kinrara (BK).

PLPL sekarang sungguh cantik dengan bangunan baru atau bangunan lama yang dibaikpulih. Ia merupakan satu-satunya pangkalan atau unit TUDM yang diperintah sepenuhnya oleh pegawai Cawang Materiel.

Persekitaran PLPL Kinrara sekarang amat berbeza.  Sejak pertengahan tahun 1990an, banyak kawasan ladang dan setinggan telah dimajukan.  Bandar Kinrara dibangunkan. Taman-taman perumahan tumbuh bagai cendawan di musim hujan.  Jalan Puchong telah menajdi jalan sehala, malah pengguna jalanraya mempunyai banyak pilihan.  Boleh melalui lebuhraya KESAS dan Jalan Bukit Jalil.

Yang tak berubah dan semakin teruk ialah Hospital AT Kinrara yang berjiran dengan TUDM Kinrara (PLPL). Setakat ini (2011), kem tersebut terbiar.  Bangunan semakin usang.

Tanah TUDM Kinrara telah beberapa kali ditawarkan untuk dijual kepada pihak swasta untuk dibangunkan. Keseluruhan tanah Kem Kinrara (50% ital dan 50% ) meliputi keluasan 104 ekar, geografinya amat sesuai untuk dibangunkan kondomium kelas tinggi.  Pada tahun 2005 MINDEF pernah merancang untuk menjual tanah tersebut tetapi entah kenapa ia senyap begitu sahaja.  Masa itu, aku bertugas sebagai  SISMAT turut terlibat secara langsung untuk menulis justifikasi kepada pihak MINDEF untuk mempertahankan tanah Kinrara dari dijual kepada pihak swasta.

No comments:

Post a Comment