Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, November 29, 2016

AF 104 SELAMAT BERSARA MEJ JEN DATO' AMIR



MEJAR JENERAL DATO' HJ AMIR BIN HASHIM (BERSARA)
TEGAR MENENTANG ARUS


Kali ini aku nak menulis mengenai salah seorang IKON dan SIFU kepada Pegawai-Pegawai Materiel TUDM. Dia bukan sahaja pegawai atasan kepada diriku. Tetapi juga seorang sahabat yang boleh bersembang tanpa sekatan sejak awal tahun 90an.

Perjalanan kerja beliau lebih kurang diriku, iaitu hanya 3 tahun pertama sahaja kerjaya dalam TUDM bertugas di unit. Selebihnya di MINDEF atau belajar. Hanya beliau telah diberi peluang berkhidmat sebagai Ketua Cawang Materiel (Logistik) selama dua tahun di TUDM Kuantan. Manakala diriku tidak pernah diberi peluang ke jawatan itu.

Beliau telah mencipta sejarah sebagai Pegawai Materiel pertama diberi amanah untuk menjadi Panglima Pendidikan Udara, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan UPNM dan AKS J4 di Markas Angkatan Bersama.

Beliau bersara wajib dari ATM (TUDM) pada  31 Mac 2017 dan mula bercuti sebelum menjalani Latihan Peralihan (LPK) pada 16 Sep 2016.



MEJAR JENERAL
DATO' HAJI AMIR BIN HASHIM PSAT DSAP DIMP PAT JSM SMP KMN AMP BKT PJM PPS PPA MSc(DRM)(USA) BAcc(UITM) DIA(ITM) TUDM 
 (371060)

Amir bin Hashim dilahirkan di Tg Bidara, Melaka pada 1 April 1957.  Beliau mendapat pendidikan menengah di Sek Men Masjid Tanah sebelum dipilih ke Kolej Melayu Kuala Kangsar sehingga menamatkan STPM. Beliau menyertai latihan Pegawai Kedet TJP ke 34 di Pre-OCTU, Port Dickson dari 10 Julai 1978 hingga 31 Jan 1979 dan Cawangan Kadet, Maktab Tentera DiRaja mulai 2 Jan 1979 sehingga  ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) pada 23 Jun 1979.

Sebaik sahaja menamatkan Kursus Asas Pegawai Bekalan dari 1 Okt 1979 hingga 30 Jun 1980 ditauliahkan, beliau ditugaskan di PPU 3, TUDM Kuantan sebagai Ketua Flait Bekalan sehingga 1 Nov 1981.

Jawatan-jawatan lain:

(1) PS3 Beli, DTU (Nov 81 - Jul 82)
(2) LPK (L2) - Kursus ITM (Jul 82 - Jul 85)
(3) PS3 Belanjawan  - 1 Jul 85.- 2 Jan 89
(4) PS2 Belanjawan/Wang A - 3 Jan 89 - 6 Jul 91.
(5) LPK (L2)- ITM (Jul 91 - Dis 93)
(6) Ketua Cawang Materiel, TUDM Kuantan - 4 Dis 93 - 6 Jun 95.

Semasa Amir berkhidmat sebagai KCM TUDM Kuantan, aku berkhidmat sebagai PS2 SISMAT C yang menguruskan Sumber Manusia. Nama beliau telah dicalonkan untuk mengikuti kursus staf di Australia tetapi dibatalkan untuk memberi laluan kepada pegawai lain. Beliau juga pernah dicalonkan untuk mengikuti kursus Sarjana Perakaunan di UKM. Tetapi tidak kesampaian kerana masalah ekonomi negara yang memotong belanjawan berkursus. AKS Materiel pada masa itu adalah Brig Jen Hj Abdul Rahman Rais TUDM. Beliau amat menyayangi Amir dan merancang untuk groom Amir sebagai pelapis kepimpinan Materiel di masa depan.

Bagaimanapun pada bulan Nov 1998 beliau telah terpilih untuk mengikuti kursus Master in Defence Resource Planning and Management di Naval Post-Graduate school, Monterey, USA selama setahun setengah. Sepulangnya dari USA beliau menjawat jawatan Pengarah Materiel dan dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.

(1) PS1 Wang, MTU - 17 Jun 95 - 30 Nov 98.
(2) LPK (L3) - Kursus USA (Nov 98 - Jul 2000)
(3) Pengarah Materiel, MTU - 1 Jul 2000 - 30 Jan 2004.

Di antara Dis 1999 hingga Feb 2004 aku bertugas di Kementerian Kewangan. Putrajaya sebagai Pegawai Khas TUDM. Pada bulan Dis 2003, aku menghantar surat permohonan untuk bersara awal setelah melihat kedudukan aku dalam senarai kekananan Mejar TUDM, aku tidak nampak bayang untuk dinaikkan ke pangkat Lt Kol. Pada masa itu usiaku sudah masuk 44 tahun. AKS Materiel masa itu ialah Brig Jen Dato' Othman Majid.

Dato' Othman memanggil aku untuk temujanji. Semasa temujanji, beliau memujuk aku supaya menarik balik surat permohonan untuk bersara kerana beliau mempunyai perancangan kerjaya untuk aku. Kata-kata Dato' Othman kepada aku;

"...Toha, saya kenal kamu dan mengetahui kebolehan dan kemampuan kamu. Kalau boleh pegawai macam kamu dan Yunus akan menggantikan kami yang akan meninggalkan perkhidmatan. Saya mahu kamu teruskan perkhidmatan dan jangan berhenti. Materiel need people like you. For your info, saya telah memohon untuk bersara awal mulai 1 Feb 2004 kerana sudah mendapat tawaran dari AIROD, menunggu kelulusan MAT. Nanti, Kol Amir akan ambil alih jawatan saya, Lt Kol Kamarudin (PS1 SISMAT) akan ambil alih tugas Amir dan you akan ambil tugas Kamarudin, I will make sure you get your rank...".

Janji beliau (Dato' Othman) ditepati, apabila beliau mula menjalani latihan peralihan sebelum bersara, Amir telah dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM untuk mengambil-alih jawatan AKS Materiel. Amir adalah AKS Materiel ke 10. Pada masa itu beliau berusia 47 tahun. Dan pastinya urutan janji itu melibatkan diriku yang dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM mulai 1 Feb 2004 dan menjawat jawatan PS1 SISMAT.

(1) AKS Materiel,MTU (1 Feb 2004 - 28 Jul 2007)
(2) Panglima Pendidikan Udara (28 Jul 2007 - Jul 2008)
(3) Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM - (Jul 2008 - 14 Mac 2011)
(4) AKS J4 (Operasi Logistik), MAB (15 Mac 2011 - 15 Sep 2016)


Kerjaya Amir melalui laluan sukar apabila Jen Datuk Azizan bin Ariffin TUDM dilantik menjadi PTU pada tahun 2006. Azizan (kemudiannya Tan Sri) mempunyai hasrat untuk membersihkan gejala rasuah dan salahguna kuasa di Markas Logistik Udara (MLU). Satu Lembaga Penyiasatan diwujudkan dan diketuai oleh Brig Jen Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM. Amir cuba dikaitkan atas jawatannya sebagai AKS Materiel dengan isu penyalahgunaan kuasa di MLU. (******** terlalu banyak cerita di sini********). Namun sehingga penyiasatan selesai, nama beliau bersih. Namun pihak kepimpinan TUDM waktu itu telah menukarkan beliau ke Markas Pendidikan Udara sebagai Panglima. Inilah julung-julung kalinya seorang Pegawai Materiel diberikan penghormatan menjadi Panglima Pendidikan Udara.

Semasa di peringkat awal Dato' Amir ditukarkan dari jawatan AKS Materiel, berlaku banyak kekeliruan di kalangan Pegawai Materiel. Pada masa itu seluruh warga Materiel boleh dikatakan berkabung kerana untuk kali keduanya jawatan AKS Materiel terlepas ke tangan pegawai bukan dari Cawang Materiel. Kali pertama dalam tahun 1989 apabila AKS Materiel pada masa itu dipertuduh di Mahkamah atas kes rasuah. Selama 3 tahun jawatan AKS Materiel telah diambil alih oleh Brig Jen Tunku Jaafar Laksamana (juruterbang) dan Brig Jen Datuk Wan Abdul Majid (Kejuruteraan) sebelum diambil-alih oleh Brig Jen Dato' Richard Robless pada tahun 1993.

Nama Brig Jen Anim kemudiannya dibersihkan apabila Mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. Walaupun nama telah dibersihkan, damage had been done. Nama beliau  mungkin telah bersih tapi beliau telah kehilangan segala-galanya dalam kerjaya beliau. Beliau adalah seorang pegawai Materiel yang dedikasi dan berpotensi. Beliau hanya berusia 40 tahun ketika dinaikkan ke pangkat Brig Jen, mempunyai masa yang panjang lagi untuk memimpin masyarakat Materiel TUDM ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang. Namun taqdir Allah yang menentukan kerjaya beliau diakhiri sebegitu.  Satu kerugian besar kepada warga Materiel dan TUDM amnya.

Brig Jen Roslan bin Saad TUDM (juruterbang) ditukarkan dari jawatan Panglima No 2 Divisyen (Labuan) ke AKS Materiel sehingga Nov 2007. Kemudiannya, Kol Roslan bin Kasim TUDM dilantik menjadi AKS Materiel dan dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM untuk tempoh 8 bulan sahaja sebelum bersara pada bulan Jul 2009 dan digantikan oleh Kol Azizan bin Shaari TUDM. Azizan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada bulan Sep 2008.

Rezeki di atas kesakitan orang lain. Ketentuan Allah swt, seperti yang dikatakan sendiri oleh Dato' Amir.

Apa yang berlaku ke atas diri saya adalah ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Kedegilan saya juga ada hikmahnya.  Dengan sebab pertukaran saya dari jawatan AKS Materiel secara paksa, ia memberi peluang kepada pegawai Materiel lain naik jadi Jeneral. Pada tahun 2008, saya ada 8 tahun lagi perkhidmatan. Kalau tiada kes ini, saya akan terus jadi AKS Materiel. Roslan dan Azizan tak rasa jadi Jeneral sebab mereka lebih tua dari saya. Tak mungkin pegawai Materiel lain akan dinaikkan pangkat untuk mengisi jawatan di Markas Pendidikan atau UPNM. Mereka terpaksa mencarikan saya jawatan lain supaya saya tidak jadi AKS Materiel.

Dengan sebab saya dikeluarkan dari jawatan AKS Materiel, Roslan Kasim dapat rasa jadi Jeneral walaupun hanya 6 bulan, Azizan pun dapat jadi Jeneral. Azizan lebih bernasib baik kerana Roslan gagal dalam usahanya untuk menambah lanjutan usia persaraan ke 58. Bertambah lagi rezekinya apabila usia persaraan ditambah ke 60 tahun.

Hasil Lembaga Penyiasatan itu, ramai pegawai TUDM (kebanyakannya dari MLU) yang ditamatkan perkhidmatan (antara tahun 2008 hingga 2010) termasuk Panglimanya.

Tempoh perkhidmatan beliau di MPU juga tidak panjang, hanya satu tahun sebelum beliau ditukarkan ke UPNM untuk menuandang jawatan Komandan ALK. Ini juga kali pertama seorang pegawai Materiel diberi tugas itu. Di ALK UPNM tempoh perkhidmatan beliau selama 3 tahun. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah sebagai AKS J4 di Markas Angkatan Bersama. Beliau menyandang jawatan itu selama 5 tahun lebih.

Dato' Amir amat terkenal dengan karakter yang berani bersuara. Dengan pengetahuan yang dimiliki, beliau sanggup berbahas dengan pegawai atasan atas dasar hak dan peraturan. Keberaniannya diiringi oleh suaranya yang lantang dan bahasanya yang berbisa (rang kata mulut tak ada insurans).  'Takut atau kalah' tidak ada dalam kamus hidup beliau. Kalau Jeneral-Jeneral lain yang not well equipped tak usahlah cuba nak berbahas dengan beliau. Akan kena sembelih depan-depan. Atas sebab itu juga, mungkin ramai pegawai-pegawai kanan tidak menyenangi beliau.

Perwatakan dan gaya bahasanya yang agak kasar (mungkin pembawaan gaya orang Melaka) mungkin tidak sesuai dengan sebahagian orang, khususnya yang baru mengenali beliau. Tetapi bagi orang yang telah lama mengenalinya ia adalah biasa dan itulah Dato' Amir. Namun beliau amat ramah dan mudah dihampiri dan cepat mesra. Satu lagi, beliau suka bercakap terus terang, tiada berselindung atau berkias.

Bukan sahaja di kalangan pegawai kanan tentera, jika bermesyuarat dengan pegawai perkhidmatan awam pun beliau begitu lantang menyuarakan kepentingan perkhidmatan. Pegawai tinggi awal pun akan surrender kalau berbahas berkaitan kewangan, belanjawan dan perolehan dengan beliau. Dalam beberapa sessi mesyuarat utama di MINDEF yang melibatkan individu yang terkenal dengan karakter ego and blunt seperti Datuk Azizah Abod, Tan Sri Subhan pun give up untuk berhujjah dengan Dato' Amir. Itulah keistimewaan Dato' Amir yang tidak dapat diwarisi oleh orang lain.

Beliau amat berani menongkah melawan arus demi menegakkan prinsipnya.

Kenaikan Pangkat:

(1)  Leftenan Muda (Udara) - 23 Jun 1979
(2)  Leftenan (Udara) - 23 Jun 1983
(3)  Kapten (Udara) - 1 Jul 1985
(4)  Mejar TUDM - 16 Okt 1989
(5)  Leftenan Kolonel TUDM - 17 Jun 1995
(6)  Kolonel TUDM - 1 Julai 2000
(7)  Brigadier Jeneral TUDM - 1 Feb 2004
(8)  Mejar Jeneral TUDM - 29 Mei 2013

Begitu juga rekod dalam Cawang Materiel, beliau juga penyandang pangkat Brig Jen yang paling lama (9 tahun 3 bulan).  Sebelum ini Dato' Ali Nasirudin menyandang pangkat Brig Jen TUDM selama 6 tahun 11 bulan sebelum dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM.



Kursus-kursus penting dan pencapaian cemerlang yang pernah beliau ikuti sepanjang tempoh perkhidmatannya ialah:

(1)  Basic Supply Officer Course di TUDM Kinrara (1 Okt 1979 - 30 Jun 1980)
(2)  Supply Officer Explosive Course di United Kingdom (9 Nov 1981),
(3)  Diploma in Accountancy, di ITM Shah Alam (1 Jul 1982 - 30 Jun 1985),
(4)  Financial Comptroller Staff Officer and Budget Officer Course di USA (18 Feb 1989 ke 29 Jun 1989)- dalam kursus ini beliau dianugerahi dengan Honours Graduate dan merupakan pelajar Negara asing pertama menerima anugerah tersebut.
(5)  Advanced Diploma in Accountancy di ITM Shah Alam  (7 Jul 1991 - 31 Dis 1993)
(6)  Master in Defence Resource Planning and Management, USNPGS (27 Dis 1998 - 22 Jun 2000)
(7)  Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utaman JUSA di INTAN Bukit Kiara-  beliau telah menerima anugerah Hadiah Siswa Terbaik dan merupakan pegawai ATM yang pertama menerima hadiah tersebut.

Dato' Amir juga memecah tradisi TUDM sebagai pegawai Materiel pertama diberi peluang menyandang jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (2007 - 2008) dan juga Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM (2008 - 2012) sebelum ditukarkan ke Markas Angkatan Bersama (MAB) untuk menyandang jawatan AKS J4. Ini menjadikan beliau sebagai seorang pegawai kanan Materiel yang paling berpengalaman dari aspek kepelbagaian penugasan yang di luar dunia Materiel TUDM.

Walaupun Amir terkorban jawatan AKS Materiel atas situasi dan krisis integriti di MLU, ia sebenarnya memberi kelebihan kepada Cawangan Materiel TUDM. Materiel ada dua Jeneral dalam satu. Malah di antara 2013 hingga 2016, Materiel mempunyai dua Mejar Jeneral. Itu hikmah dari satu kesusahan.

Dato' Amir berkahwin dengan Datin Hajjah Khairiyah binti Hj Ab Karim (atau lebih mesra dengan panggilan Kak Elly) dan dikurniakan 4 orang anak, iaitu Faaiz Hafizi, Faaiz Azizi, Farah Hanim dan Faaiz Hafifi.

Dato' Amir adalah seorang pegawai yang aktif dalam sukan terutamanya badminton dan golf.

Nota sampingan: Kalau cakap mengenai golf ni, rasanya bukan setakat aktif dan memiliki single handicap tetapi ke tahap Hantu Golf. Kalau beliau bermain ke taraf professional mungkin beliau dah jadi millionaire. Tapi beliau enggan menjadi pemain pro kerana pemain pro tak boleh sergah orang. Lagi pun beliau akan kehilangan ramai kawan-kawan airforce kerana  tak ada sapa yang nak main dengan beliau.
.

 
 
 
 
 


SELAMAT BERSARA DATO' AMIR
PERBARISAN MERAIKAN PERSARAAN
DI INSMAT, KINRARA
PADA 29 Nov 2016


   
  
  
  
  
  
  

  
  
Selamat Tinggal TUDM

Sebagai mantan subordinat, mantan murid dalam gelanggang persilatan Materiel, sebagai junior, sebagai sahabat, aku mendoakan agar beliau menghabiskan masa persaraan dengan bahagia bersama ahli keluarga dan sentiasa dalam keberkatan dan kerahmatan Allah swt.

Semoga segala dugaan dan cabaran getir yang Dato' lalui sepanjang tempoh perkhidmatan (khususnya dalam 10 tahun terakhir) bakal menjadi kenangan yang menebalkan lagi keimanan untuk menghadapi cabaran di dunia persaraan. Lebih tenang dan berlapang hati dalam menghadapi kerenah manusia yang sememangnya tidak pernah lekang dari sifat hasad dengki, khianat dan saling mencari kesalahan sesame manusia.


Sad Note

Aku ada sedikit cerita berkaitan dengan post-BOI ke atas MLU. Antara tindakan selepas siasatan ialah USAHA dan keghairahan segelintir pihak atasan TUDM untuk mengaitkan Dato Amir dengan individu-individu yang dituduh melakukan salahguna kuasa  dan penyelewengan yang melibatkan jutaan RM. 

Antara perkara yang diberikan tumpuan ialah mendakwa Dato Amir ada kaitan dengan tindakan individu di MLU memberikan kerja-kerja senggaraan komponen pesawat kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai capability tetapi memanipulasikan klausa Kontrak bagi membolehkan syarikat A memonopoli kerja-kerja senggaraan di luar skop Kontrak. 

Syarikat A mempunyai kontrak dengan Kerajaan (TUDM) dengan skop peralatan produk keluaran DotDot UK.  Kelulusan oleh Kementerian Kewangan jelas mencatatkan bahawa skop Kontrak adalah terhad kepada '"DotDot UK product".  Tetapi di dalam skop Kontrak yang dimuktamadkan (dimeteri di MINDEF) yang mencatatkan bahawa skop Kontrak adalah "all RMAF equipment". 

Sukar untuk dibuktikan sama ada kesilapan ini akibat kecuaian, terlepas pandang atau memang terdapat konspirasi antara pihak syarikat dengan individu tertentu yang menyediakan dokumen Kontrak.

Akibatnya, MLU telah mengoptimakan skop Kontrak tersebut (all under the sky) dengan menghantar peralatan yang rosak ke syarikat tersebut. Malah terdapat kes (hasil laporan Lembaga Penyiasatan) di mana terdapat konspirasi antara pegawai MLU dengan beberapa syarikat yang mempunyai kontrak dengan Kerajaan (MLU) supaya menolak tawaran pembaikan atas alasan tiada keupayaan (non capability) supaya peralatan tersebut boleh dihantar ke Syarikat A tadi.

Apa yang lebih mengejutkan ialah, Syarikat A telah meletakkan harga (nilai pembaikan) yang sangat tinggi sehingga melebihi 10 kali gandar kos pembaikan sebelum ini (melalui rekod sejarah pembaikan).

NAMUN, sehingga siasatan, mereka gagal mendapatkan bukti bahawa Dato' Amir terlibat dalam konspirasi itu.

PUN BEGITU, nasib kerjaya Dato' Amir telah pun terjejas. Malah melalui mulut beliau sendiri, beliau telah diarahkan supaya bersara secara sukarela supaya kes tersebut tidak dipanjangkan. Namun Dato' Amir yang tegar dengan prinsip beliau tidak bersalah, enggan menurut nasihat tersebut.

Lanjutan itu, beliau telah ditukarkan ke jawatan Panglima Pendidikan Udara, keudiannya ke Akademi Latihan Ketenteraan di UPNM selama 3 tahun dan seterusnya ke Markas Angkatan Bersama selama lebih 5 tahun, sebagai tekanan untuk beliau supaya bersara lebih awal. Namun semuanya gagal. 

Dato' Amir berada di luar oraganisasi TUDM selama lebih dari 9 tahun sehingga beliau bersara wajib pada tahun 2016.

The Otherside of Midnight

Sebenarnya banyak lagi kesah tentang Dato' Amir yang ingin aku tulis jika ada kesempatan. Antaranya merupakan perkara yang patut diikuti (dicontohi) oleh pegawai-pegawai generasi akan datang. Ada sebahagian cerita hanya untuk hiburan dan gurauan semata-mata. 

Selain dari itu, banyak juga cerita kenangan, pengalaman dan ingatan yang aku terima dari beliau sendiri dan yang diceritakan oleh rakan-rakan seperkhidmatan.

Keistimewaan

Walaupun apa cerita tentang Dato' Amir, satu keistimewaan yang sukar untuk disaingi oleh mana-mana pegawai Materiel yang lain ialah pengetahuannya tentang pengurusan belanjawan dan kewangan serta keberanian serta ketegasannya (dalam mempertahankan dasar dan keperluan TUDM) ketika berhadapan dengan pihak MINDEF dan juga MOF.

PERGINYA SEORANG PERWIRA

BERITA TERKINI: Pada 12 Mac 2015 bersamaan 11 Ramadan 1446H, Mej Jen Dato' Hj Amir bin Hashim TUDM (B) telah meninggal dunia pada jam 5.47 petang di Hospitan ATM Tuanku Mizan, Setapak setelah menderita penyakit kanser paru-paru sejak beberapa bulan.

Jenazah almarhum disolatkan di Masjid Al Qudus berhampitan dengan kediaman keluarganya di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan pada 13 Mac 2025 dan seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kem Perdana, Sungai Besi.

SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT DAN KEAMPUNAN KE ATAS RUH ALMARHUM DAN DIHIMPUNKAN BERSAMA ARWAH PARA SYUHADAK DAN SOLIHIN.




Edit
All reactions:
Shahputra Alang Awanghakimi, Zull Fadzli and 29 others






Sunday, October 2, 2016

AF 101 LUBNAN LEBANON LIBAN


LEBANON
LUBNAN
LIBAN


Satu peluang yang agak mengejutkan. Sejak bertukar ke KOMLEK pada bulan Mac 2015, aku memang tidak menjangka untuk mendapat peluang ke luar negara. Lebih kurang dalam bulan Jun 2016, boss aku ada menyatakan bahawa aku bakal diberikan tugas sebagai penaung Projek HRMIS. Untuk itu, nama aku telah dicadangkan untuk mengikuti Technology Programme Update ke Beijing di bawah kontrak Pembangunan HRMIS Fasa 2 dari 16 hingga 22 Jul 16. Bagaimanapun atas beberapa sebab tertentu namaku telah digugurkan dan digantikan oleh pegawai lain. Tiada rezeki ke Beijing la nampaknya.

Pada bulan Ogos tahun yang sama, boss ada menyebut-nyebut untuk memberi peluang kepadaku mengikuti delegasi ATM ke Lubnan semasa pertukaran MALBATT 850-3 kepada MALBATT 850-4 dalam bulan September. Sepatutnya beliau akan pergi, namun dalam tempoh dua bulan yang lepas beliau telah membuat tugas rasmi ke Beijing (PRC), Salt Laker City (USA)  dan Brisbane (Ausralia) maka beliau mengambil keputusan untuk memberi tempat ke Lubnan kepadaku. Setelah proses pencalunan diluluskan maka ia hampir menjadi kenyataan.

Tugas utama ke Lubnan ialah untuk menentukan kerja-kerja meningkatkan keupayaan komunikasi antara MALBATT dengan Malaysia.  KOMLEK menghantar 6 anggota dalam delegasi ini.

D7 681- AirAsiaX - 14 Sep 2016 - Departure: 1700H.

Subang Air Base ke Beirut International Airport

Sebelum bercerita tentang perjalanan dan pengalamanku di Lubnan, mari kita berkenalan dengan negara Lubnan atau Lebanon ini.                                                        

Lubnan (bahasa Arab: لبنان, Lubnān) merupakan sebuah negara di barat laut Asia di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Syria serta Israel.

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut.

Sejarah Ringkas

Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan selepas Perang Dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang penduduk telah terkorban dalam perang ini.

Politik

Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah.

Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki diarahkan oleh pemimpin Syria. (Pihak Syria telah mencampur tangan dalam sistem politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990.) Pembunuhan ini telah mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden Emile Lahoud, Speaker Nabih Berri, Jeneral Michel Aoun dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah Perdana Menteri Fouad Siniora, Amine Gemayel, Samir Geagea dan anak Hariri, Saad Hariri.

Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan pembunuhan pemimpin Kristian Maronite Pierre Amine Gemayel pada November 2006 telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora meletak jawatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama kerajaan telah meluluskan satu Mahkamah Khas Lubnan untuk menyiasat pembunuhan Rafik Hariri.

Fakta Lubnan

Ibu negara dan bandar terbesar: Beirut
Bahasa rasmi: Bahasa Arab
Kerajaan: Republik
  • Presiden: Michel Suleiman
  • Perdana Menteri: Saad Hariri
Kemerdekaan:
  • Diisytiharkan: 26 November 1941
  • Diiktiraf: 22 November 1943
Penduduk: 3,925,502 (ke-128 dunia) (anggaran 2007)
KDNK (PPP):
  • Jumlah: $US21.45 bilion (ke-103 dunia) anggaran 2006
  • Perkapita: $US5,500 (ke-90 dunia)
Human Dev Index (HDI) (2006): 0.774 (sederhana / ke-24)
Mata Wang: Lira Lubnan (LL)
Kod Panggilan: 961
Internet TLD: .lb





Lebanon terletak di dalam wilayah panas dunia iaitu rantau Timur Tengah. Lebanon dikelilingi oleh negara-negara yang berperang sejak zaman berzaman. Sejak berlakunya peperangan Arab-Israel dari tahun 1948, 1967 dan 1973 dan kemudian tanpa henti diikuti oleh perang saudara di kalangan kumpulan etnik penduduk Lebanon. Disamping itu rantau Arab juga terus menerus dikelilingi oleh kancah huru-hara seperti Perang Iran-Iraq (1980) dan Perang Iraq atau Perang Teluk (1990 hingga kini), kebangkitan rakyat Masir dan Perang Saudara di Libya (2014 hingga kini).

Namun berasaskan kajianku, Lebanon tidak mempunyai angkatan tentera yang kuat. Ini dapat digambarkan dengan kekuatan tentera udaranya seperti berikut. Malah keseluruhan jumlah tentera aktif Lubnan hanya 72,000 anggota sahaja. Ini menunjukkan Lubnan bukan negara yang membina angkatan tentera untuk berperang tetapi hanya sebagai show forces sahaja dan operasi keselamatan dalam negara sahaja.

Bagi menghadapi musuh luaran, Lubnan memerlukan bantuan asing.

Lebanon Air Force

Strength: 2000 Personnel with 70 aircraft.

Inventory

3 x Cessna AC-208 (USA) - Propeller Class for attack role equipped with missile armed for close air support.
3 x Sikorsky S-61 (USA) - helicopter (utility/VIP/water bomber)
11 x Aerospatiale Puma/IAR SA 330  (France) - helicopter (transport).
7 x Aérospatiale SA342 Gazelle (France) - helicopter (attack and anti-armor)
17 x Bell UH-1H Iroquois (USA) - helicopter (utility)
9 x Huey 2 (USA) - helicopter (utility)
4 x Robinson R44 - helicopter (training)
10 x AeroVironment RQ-11 Raven (UAV PAtrol)

Future inventory

In November 2015, the air force placed an order for 6 Embraer Super Tucano turboprops.

Lebanon may buy six Russian attack helicopters during general Jean Kahwaji's visit to Moscow in June 2016.

Pada masa ini keadaan di Lubnan masih belum aman sepenuhnya, khususnya di sebelah selatan negara tersebut. Keselamatan kawasan ini masih ditadbir oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (UNO) di bawah United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL).

Role of UNIFIL

Monitoring cessation of hostilities and helping ensure humanitarian access to civilian population

Originally, UNIFIL was created by the Security Council in March 1978 to confirm Israeli withdrawal from Lebanon, restore international peace and security and assist the Lebanese Government in restoring its effective authority in the area. The mandate had to be adjusted twice, due to the developments in 1982 and 2000.

Following the July/August 2006 crisis, the Council enhanced the Force and decided that in addition to the original mandate, it would, among other things, monitor the cessation of hostilities; accompany and support the Lebanese armed forces as they deploy throughout the south of Lebanon; and extend its assistance to help ensure humanitarian access to civilian populations and the voluntary and safe return of displaced persons.


HQ UNIFIL located at Na Quora, at the Israeli-Lebanese border.



UNIFIL DEPLOYMENT August 2011.png  
  
Peta Kawasan Operasi UNIFIL

Dengan wujudnya UNIFIL dan penyertaan ATM dalam misi keamanan di Lubnan inilah yang membolehkan aku berpeluang terbang dan mendarat di tanah Lubnan. Perjalanan bermula pada jam 141345H Sep 16 dari rumah ke PU Subang. 



di rumah - sebelum bertolak


di Pergerakan Udara Subang


Pegawai-pegawai kanan yang sending off

Team KOMLEK



Setelah membuat check in, kami menaiki pesawat AirAsia yang disewa khas oleh MINDEF untuk membawa kumpulan ketiga MALBATT 850-4 yang dalam proses untuk mengambil alih dari MALBATT 850-3 yang telah berkhidmat selama setahun di Lubnan. Pesawat berlepas pada jam 1700H dan dimaklumkan bahawa perjalanan tanpa henti selama 11 jam.


Setelah melalui penerbangan selama 11 jam pesawat mendarat di Rafiq Hariri International Airport, Beirut lebih kurang jam 10 malam.



Image result for beirut airport  


Pegawai Pergerakan Udara MALBATT ialah Kapt Khiswan TUDM (850-3) dan Mej Azram TUDM (MALBATT 850-4). Setelah selesai urusan imigresen dan kastam di airport dalam masa lebih satu jam, kami di bawa dengan beberapa kenderaan ke penempatan MALBATT di Kem Maarakeh, kira-kira 75 km ke arah selatan dari Beirut (Beyrouth). Oleh kerana keadaan sekeliling yang gelap, dan kepenatan berdiri menunggu di airport tadi, maka lebih banyak tidur sepanjang perjalanan.


Di Kem Maarakeh kami ditempatkan di blok penginapan mes pegawai yang mirip kepada sebuah berek kabin. Setiap blok boleh menempatkan 4 penghuni dan berkongsi bilik air/tandas. Begitu begini, hampir jam 3 pagi baru dapat tidur. Jam 1000H adalah majlis rasmi ketibaan delegasi.


keadaan sekeliling Kem Maarakeh

  
Jam 0930 pegawai yang duduk di Mes Pegawai telah bersedia untuk menunggu ketibaan Ketua Delegasi, Laksma Zulhelmi Ithnain (AKS J5 MAB). Sambil menungu kami bersarapan di Kafe PX.






Selepas Ketua Delegasi menerima tabik hormat kami diberi sambutan tarian tradisional Melayu oleh angggota MALBATT 3 sebelum diperkenalkan kepada pegawai-pegawai MALBATT 3 dan 4 menuju ke bilik taklimat. 

16 Sep merupakan Hari Perbarisan serah menyerah tugas Komander MALBATT 850-3 (Kol Reizal Arif bin Tan Sri Hassan) kepada Komander MALBATT 850-4 (Kol Nazim bin Mohd Alim).


bersama Lt Kol Ilime (kiri) dan Kol Dr Saravanan (MK AB)

Hampir semua Tanah dalam Kem Maarakah ini yang tidak ada bangunan atau Tanah lapang ditanami dengan pokok zaitun (olive).  Walaupun telah disewakan kepada UN, pemilik Tanah ini masih mempunyai kuasa ke atas Tanahnya. Setiap pembinaan bangunan atau pemasangan kemudahan telefon, internet dan sebagainya mesti diuruskan melalui tuan Tanah. Tuan Tanah juga masih berhak menuai hasil buah zaitun dari ladangnya di dalam kawasan kem. 





  
  



Tugas utama KOMLEK dalam delegasi kali ini adalah untuk memberi kelengkapan dan kemudahan X Band kepada MALBATT. Tim X Band bertugas dari peringkat pemasangan antenna, pengujian dan pentauliahan system di sana.



bersama Mej Azram (kiri) dan Kapt Khiswan (kanan)


Mez Azram adalah Movement Officer untuk MALBATT 850-4 menggantikan Kapt Khiswan (MALBATT 3)


bersama Kol Reizal (kiri) dan Kol Yazid (MK AB)



Salah satu aktiviti delegasi adalah membuat lawatan ke pusat pengagihan air UN di Harris Camp. MALBATT telah diberi amanah untuk menjadi penguasa Kem ini. Kem ini diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Kapten berperanan mengawal pencatuan dan pengagihan air bersih kepada semua Kem UN yang lain. Di dalam ini terdapat perigi sedalam 7000 meter yang airnya dipam untuk disimpan dalam tangki-tangki besar. Setiap hari lori dari kem-kem UN seluruh Lebanon akan datang ke Harris Camp untuk mengambil catuan air.



lawatan ke Kem Haris


Kem Tibnin 

  



Kafra Intermediate School

.

  



bersama Komander MALBATT850-3, Kol Ariff Reizal 

Solat Jumaat di Surau MALBATT

19hb Sep merupakan hari terakhir di Kem Maarakah. Lebih kurang jam 0900H, rombongan delegasi bertolak ke bandaraya Beirut (Beyrouth). Di Beirut kami ditempatkan di Hotel Ramada. Sehari di Beirut kami berpeluang melawat bandar Beirut.

Jam 2100H, 21hb Sep kami bersiap untuk bertolak ke Lapangan Terbang Rafiq Hariri untuk bertolak pulang ke Malaysia. Pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur bertolak pada jam 0015H, 22 Sep 16.


.