Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, September 7, 2013

AF 035: MY POOR CAREER DEVELOPMENT


PERJALANAN KERJAYA DAN CABARAN

Tulisan ini tidak sesekali satu pelantar untuk melahirkan kekesalanku menyertai TUDM. Aku tetap bangga di atas keputusanku menjadikan kerjaya hidupku. Kini kalau mengambil kira usiaku 58 tahun (2017), aku telah berada dalam perkhidmatan selama 37 tahun. Ini bermakna lebih kurang 63.8% dari usiaku adalah untuk ATM.

Aku redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam hidup dan kerjayaku. Allah lebih mengetahui segala kelebihan dan kelemahan yang aku miliki. Kesemua 6 anak-anakku dilahirkan semasa aku dalam perkhidmatan. Aku besarkan, beri pendidikan dengan menggunakan wang hasil gaji perkhidmatanku dalam ATM.

Tulisan ini hanya sebagai muhasabah atau retreat ke atas pencapaian kerjayaku dari aspek pembangunan sumber manusia sehingga aku mencapai ke tahap pangkat dan jawatan aku ketika ini.

Sebab musabab kenapa aku membuat pilihan untuk menyertai latihan Pegawai Kedet ATM di Kem Sebatang Karah selepas aku menamatkan pengajian menengah telah aku jelaskan dalam tajuk yang pertama Blog ini:

http://tohairforce1981.blogspot.my/2013/08/episode-001-mengapa-aku-masuk-tudm.html


LATIHAN PEGAWAI KEDET
SPK PORT DICKSON
(5 April 1980 - 24 Januari 1981)

Latihan Pegawai Kedet Angkatan Tentera Malaysia Tauliah Jangka Pendek (TJP) Panggilan ke 37, Sekolah Pegawai Kedet, Kem Sebatang Karah, PORT DICKSON. Cerita lanjut sila baca dalam Blog saya berikut:

http://tjp37spk.blogspot.my/2013/03/chapter-1-bermulanya-langkah-satria.html




LATIHAN ASAS PENERBANGAN
PUSAT LATIHAN TERBANG 2
TUDM KLUANG
(Januari 1981 - 30 Jun 1981)

Aku memulakan kerjaya dalam TUDM dengan mengikuti latihan Asas Penerbangan helikopter di Pusat Latihan Terbang II (PULATIBANG 2), TUDM Kluang JOHOR. PULATIBANG 2 terletak di dalam Kem Mahkota Kluang bersebelahan dengan Hospital Kluang (hospital lama). Hospital yang baru (Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom) terletak di Jalan Kota Tinggi.

Pada masa itu, semua latihan asas juruterbang helikopter dilatih menerbangkan helikopter Bell 47G5A buatan USA. Setelah lulus asas baru boleh memasuki kursus lanjutan, menerbangkan pesawat Alouette 103B. Setelah lulus Alouette barulah layak untuk menerima Sayap Penerbangan.

Komandan: Lt Kol (U) Hussein bin Supian - bersara Brig Jen Dato'.
Ketua Jurulatih: Mej (U) Abd Razak bin Abd Aziz - bersara Mej Jen Datuk.
Ketua Kursus QHI: Mej (U) Abdullah bin Hamizah - bersara Kol.
Ketua Skn Peralihan Nuri: Mej (U) Lim Aik Peng - bersara Mej.
Ketua Skn Lanjutan: Mej (U) Abd Jalil Abd Ghani - meninggal dunia.
Ketua Skn Asas: Mej (U) Musa bin Hassan - bersara Mej.
Jurulatih Peribadi: Kapt (U) Syed Busri bin Tengku Bujang - bersara Mej.

Cita-cita awal menyertai TUDM untuk menjadi seorang Juruterbang tidak kesampaian. Aku gagal menamatkan latihan dan diberi pilihan untuk meneruskan perkhidmatan dan seterusnya ditauliahkan dalam Cawangan Logistik. Kesahku di PULATIBANG 2, aku ceritakan di sini:

http://tjp37spk.blogspot.my/2013/03/chapter-3-pulatibang-agony.html


Setelah gagal menamatkan latihan asas penerbangan, aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) dan ditumpangkan sementara di Skn Logistik TUDM Kluang sehingga Sep 1981. Kemudian aku dihantar mengikuti Air Movement Module dalam Kursus Basic Logistic Management Officer Siri 20 di Institut Teknologi Udara, TUDM Kinrara. Setamatnya kursus tersebut aku ditumpangkan ke Pangkalan TUDM Kuching sebagai Pegawai Bertugas Pergerakan Udara Shift B. Aku bertugas di TUDM Kuching sehingga 10 April 1983 sebelum dihantar untuk mengikuti Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik Siri 22 di ITU Kinrara mulai 11 April 1981.


KURSUS ASAS PENGURUSAN PEGAWAI LOGISTIK
INSTITUT TEKNOLOGI UDARA (ITU)
KINRARA
(11 April 1983 - 11 Oktober 1983)

Ini adalah Kursus Pengurusan Pegawai Logistik Siri 22, yang merupakan kursus asas (wajib) untuk semua Pegawai Logistik TUDM.. After I dropped from my flying course, I (with another 6 flying dropped out) were sent to short Air Movement module (chipped in the one of the Basic Supply Officer course) in Kinrara. No certificate awarded to me. Then, I was posted to RMAF Kuching to work as DAMO. I attended this mandatory career course two years plus after I remastered to Logistics Branch!. Very late. Overtaken by 2 batches of my juniors.

Komandan: Lt Kol (U) Hj Abas bin Shariff - bersara Kol.
Ketua Jurulatih: Mej (U) Mohamad bin Bakar - bersara Mej.
Ketua SEKLOG: Mej (U) Ng Poh Wah - bersara Mej.
Pegawai Latihan: Kapt (U) Azizan bin Shaari - bersara Mej Jen.



KURSUS ASAS PEGAWAI KELENGKAPAN
SEKOLAH KOR KELENGKAPAN
(18 Feb - 19 Mei 1984)

Setelah menamatkan Kursus Asas Pengurusan Pegawai Logistik, aku ditukarkan ke TUDM KUantan untuk menjawat Ketua Skn Pergerakan Udara. Namun di TUDM KUantan aku tidak pernah membuat tugas tersebut. Sesampainya di Kuantan aku ditugaskan sebagai Ketua Skn Domestik, kemudiannya sebagai Pegawai Logistik PULATIBANG 3.

Aku melapor diri ke Kuantan pada bulan Okt 1983. Pada bulan Feb 1983 aku terpilih untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai Kelengkapan Siri 33 di Sekolah Kor Kelengkapan (SKP- sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Ordnans (PULNORD), yang terletak di BATU KANTONMEN, Jalan Ipoh.

Komandan: Mej Devan Pillai - bersara Lt Kol.
Ketua Jurulatih: Mej Khairudin bin Abu Bakar - bersara Mej Jen Dato.
Koordinator: Lt Azman (meninggal dunia masa berpangkat Kapt)/Kapt Idris - bersara Mej.

Kursus ini mempunyai significant tersendiri dalam riwayat hidupku. Aku terpilih untuk mengikuti kursus ini ketika kedudukan diriku sebagai pegawai muda di TUDM masih belum stabil. Baru 3 bulan lebih melapor diri, baru berkahwin (Okt 1983), baru sahaja membawa isteri ke Kuantan dan menyewa rumah di Taman TAS, Kuantan. Paling mencabar ialah isteriku sedang mengandung anak sulong dan tinggaI seorang diri di rumah sewa.

Sepanjang tempoh kursus, aku tinggal di Mes Pegawai Batu Kantonmen. Setiap dua minggu (kalau ada peluang setiap minggu) aku akan pulang ke Kuantan. Biasanya petang Jumaat selepas selesai sukan petang, aku akan bertolak balik ke Kuantan dan kembali ke KL pada petang Ahad. Bagaimana? Aku berulang alik setiap minggu/dua minggu dengan hanya menaiki motorsikal kapcaiku Suzuki Cup R80 (masa itu dengan gaji Lt Muda sebanyak RM750.00, aku belum mampu membeli sebuah kereta. !!!. Kadang-kadang aku mengambil tiket bas ekpress.

Kalau bertolak dari KL jam 4.30 petang, lazimnya aku akan sampai Kuantan lebih kurang jam 11 malam. Sehingga sekarang, aku sendiri masih tidak percaya bagaimana aku berani buat seperti itu. Bayangkan menunggang motorsikal melalui jalan Karak highway. Masa itu belum ada LPT. Lebuhraya Karak hanya tamat sebelum pekan Karak. Melalui pekan Lanchang, bandar Mentakab dan Temerloh. Biasanya aku akan berhenti solat maghrib di masjid Mentakab. Kemudian menyeberangi Sungai Pahang melalui jalan perkampungan yang sunyi, hutan belukar dan jalan yang berliku menuju Kuantan. Jauh perjalanan sebelum menemui Kampong Awah (simpang ke Jerantut), kemudiannya berpuluh batu baru melalui simpang ke Felda Jengka. Selepas Simpang Jengka, akan menemui pekan Maran, biasanya hari telah melebihi jam 9 atau 10 malam. Berhenti mengisi minyak dan isi botol minyak spare. Dari Maran akan melalui pekan kecil Seri Jaya dan pekan Gambang sebelum sampai ke simpang Lebuhraya Tun Razak (ke Bandar Muadzam dan Segamat). Bila sampai situ, barulah hati berasa sedikit lega.  Keseluruhan perjalanan melebihi 250 km. Suasana perjalanan yang SUNYI dan GELAP masa itu bukan seperti sekarang. 

Hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui perasaan hatiku masa itu. Syukur tidak terhingga, sepanjang 3 bulan berulang-alik itu tiada satu pun kejadian tidak diingini menmpa aku. Motorsikal tidak pernah meragam (mati engine, atau rantai putus, atau pancit, atau minyak habis, atau minyak hitam habis atau sebagainya. Subhanallah.

  



DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
(Jun 1986- Mei 1989)

Pada waktu itu (awal tahun 1980an), dalam TUDM tidak ramai pegawai yang mempunyai sijil SPM Pangkat 1 (Pemegang Pkt 1 biasanya berada di Universiti). Oleh itu, pegawai yang mempunyai keputusan SPM yang bagus akan mendapat peluang mengikuti kursus pengajian tinggi (tertiary education) di IPTA. Pemilihan untuk ke IPTA adalah satu kebanggaan kepada mana-mana pegawai ATM. Aku adalah di antaranya. 

Aku terpilih mengikuti Diploma in Business Studies (DBS) di ITM Shah Alam selama 3 tahun dan melapor diri pada bulan Jun 1983. Kesah aku di ITM aku ceritakan di sini. Sila rujuk ke:

http://coltoras1959.blogspot.my/2010/09/tajuk-10-dbs-itm-1986-89.html



KURSUS PENGENALAN SISTEM KATALOG
MAFCA MINDEF
(12 Feb- 17 Feb 1990)

Kursus seminggu ini adalah modula pengenalan sebelum seseorang pegawai dipilih mengikuti Kursus Indoktrinasi Pengurusan Sistem Katalog selama 2 bulan yang dianjurkan oleh MAF Cataloguing Authority (MAFCA), KEMENTAH.  Peserta kursus ini dapat elaun RM5.00 sehari untuk sajian tengahari bagi peserta dalam kawasan Lembah Klang. Peserta luar LK dapat lebih, RM15 kalau tidak silap.

Setelah selesai kursus pengenalan selama seminggu ini, beberapa minggu kemudian aku dipanggil untuk kursus Indoktrinasi selama 2 bulan. Kursus dilaksanakan di Bangunan MAFCA (dalam kawasan Bangunan BSPP).


KURSUS INDOKRINASI PENGURUSAN SISTEM KATALOG ATM
MAFCA MINDEF
(Mei 1990)

Ada kesah tersendiri untuk kursus ini. Sejarah aku kena RTU atas dasar prinsip. Mungkin aku memang tidak bijak dalam ilmu ini. Tidaklah payah sangat, tapi kebetulan aku kurang berminat dengan subjek ini. Dalam kursus ini ada test setiap minggu. Syarat kursus ialah sesiapa yang gagal dua kali dalam ujian mingguan akan ditamatkan dan pulang ke unit asal. Isunya ialah 80% peserta memang tidak dapat memenuhi keperluan ujian tapi sebahagian besar meniru. Jadi mereka lulus. Aku berpegang teguh kepada prinsip tidak meniru. Maka memang aku tidak dapat melepasi masa dan standard yang ditetapkan.

Dari 3 ujian pertama, aku hanya lulus sekali, maka aku ditemuduga oleh Pengarah MAFCA dan dihantar pulang ke unit. Seingat aku ada 5 atau 6 pegawai yang RTU ini. Walaupun rasa malu juga, tapi aku rasa bangga kerana aku gagal kerana memegang prinsip. Kegagalan ini tidak menjejaskan laluan kerjaya aku kerana ia hanya kursus sampingan. Kalau aku lulus kursus ini mungkin salah satu dari jawatan yang aku pegang dalam sejarah kerjayaku ialah Pengarah MAFCA. Ini disebabkan di peringkat pegawai berpangkat Lt Kol ke atas, pegawai yang mempunyai lulusan MAFCA amat terhad.


KURSUS PERKADERAN DAKWAH
KELANA JAYA (KAGAT)
23 Julai - 28 Julai 1990

Kursus Perkaderan Dakwah ATM, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, di Kompleks Tabung Haji, KELANA JAYA


KURSUS PEGAWAI SKUADRON
Sekolah Pegawai Skuadron
Institut Teknologi Udara, KINRARA
28 Feb - 6 Julai 1991

Ini adalah kurus PME pertama yang aku hadiri semasa dalam perkhidmatan. Pada mulanya nama aku adalah dalam senarai simpanan sahaja. Tapi beberapa hari sebelum kursus bermula, nama aku terpilih ke senarai utama kerana terdapat calon yang menolak.

 

MODULA PENGURUSAN (MODULA SPS)
INTAN KL
(4 Mac - 15 Mac 1991)

Modula Pengurusan (KPS), Institut Tadbiran Awam Negara, di TUDM KINRARA adalah sebahagian dari Kursus Pegawai Skuadron (SOS).  Modula ini mengambil masa 2 minggu dengan semua pensyarahnya didatangkan dari INTAN.  Peserta KPS bergabung dengan peserta Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia (KTPU).


KURSUS KESELAMATAN ANTARABANGSA
INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR
PETALING JAYA
(14 Sep - 19 Sep 1992)

Kursus Keselamatan Antarabangsa anjuran Institut Diplomatik dan Hubungan Luar Negeri, Jalan Elmu, PETALING JAYA.   Kursus ini melibatkan wakil-wakil dari ATM, Polis dan pegawai-pegawai Tadbir Awam (PTD) yang bertugas di MKN dan Bahagian Keselamatan Negeri (BKN). Ia mendedahkan kita tentang isu-isu 'international security', peranan UNO dalam universal peace-keeping.



KURSUS 'WRITE IT RIGHT'
INTAN KL
(11 - 12 April 1994)

Kursus Write It Right (Letter/Memo), Institut Latihan Tadbir Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, PETALING JAYA.  Kursus pendek ini mengajar memperbaiki keupayaan menulis surat dan memo dalam Bahasa Inggeris.  Pesertanya terdiri dari staf dari perkhidmatan awam, tentera dan polis.


KURSUS IMAM PEGAWAI ATM
KAGAT (KELANA JAYA)
(22 - 26 Sep 1997)

Kursus Imam Pegawai ATM 1/97, Kor Agama ATM, di Kompleks Jemaah Haji KELANA JAYA. Kursus ini terdiri dari pegawai-pegawai berpangkat Lt Kol ke bawah dari ketiga-tiga perkhidmatan (TDM, TLDM dan TUDM).



KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENGESAH DALAMAN MLVK
PORT DICKSON
27- 29 Oktober 1997

Kursus Induksi Pegawai Pengesah Dalaman Bagi Sijil Kemahiran Malaysia selama seminggu ini dianjurkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), di Banglo Semai Bakti, PORT DICKSON.  Pesertanya terdiri dari pegawai dan PTBK dari TUDM yang berurusan dengan latihan dan pembangunan kurikulum.


ILS AWARENESS
MARKAS ATM
12 - 16 May 1998

ILS Awareness Course, TLM (Australia), di Markas ATM, KEMENTAH- in my personal record in HR, it is written that I attended this course in Australia. Peeeeerahhhhh. The 5 day course was conducted by one company from Australia in 20th Floor MINDEF, organized by Markas ATM.


KURSUS NEUROLINGUISTIK PROGRAMMING
RISUD
(11 - 13 November 1998)


Kursus Neuro-Languistic Programming, Jabatanarah Perisikan Udara, TUDM SUBANG. The facilitator for this 3 day course was Kdr Nasir from RMN.


KURSUS STAF
MAKTAB TURUS AT (MTAT)
HAIGATE KL
(4 Jan - 11 Disember 1999)

Inilah kursus kerjaya yang pertama setelah aku tamat kursus SOS pada tahun 1991.

Kursus Staf, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), HAIGATE. I have special topic in my blog about my course in MTAT. This course was also covered the English and Management Module conducted by INTAN 15 - 27 Nov 1999. And for your knowledge, this course is the HIGHEST career course I have been attended in my career in the Armed Forces. Lucky Officer!

Cerita di Staff College boleh dibaca di sini:
http://tohairforce1981.blogspot.my/2013/09/episode-014-staff-college.html



MODULA PENGURUSAN
(MODULA MTAT)
INTAN, BUKIT KIARA
(4 Mac - 15 Mac 1991)


KURSUS KECEMERLANGAN ORGANISASI
LANGKAWI
10 - 13 April 2005.

Kursus Kecemerlangan Organisasi , Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KEMENTAH di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Good opening and leadership lecture in the first day by Dato Sirajuddin bin Salleh, the Deputy Sec Gen of MINDEF.



KURSUS NEGOTIATION FOR TRAINING FOR TRAINERS
INTAN WILAYAH SELATAN, KLUANG
(20 - 24 Februari 2006)

Negotiation for Training of Trainers, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Selatan KLUANG.  Peserta dari kalangan pegawai Tadbir Awam, Tentera dan Polis.  Ia memberi pengetahuan mengenai kaedah dan taktik mengadakan rundingan.  Fasilitator utamanya adalah seorang Professor (berbangsa Nigeria) dari universiti Oxford, UK.

REHAT YANG PANJANG

SELEPAS kursus INTAN pada bulan Feb 2006, aku berehat panjang dari menghadiri apa-apa kursus sama ada kerjaya atau kursus sampingan.

Pada tahun 2008, aku pernah ditawarkan untuk mengikuti kursus kursus staf di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) untuk tahun 2009 - ini merupakan satu twin programme bersama UKM untuk ijazah Sarjana Sains Sosial (Kajian Keselamatan). Namun atas keperluan perkhidmatan (yang ketika itu sedang terlibat secara langsung dengan program pemulihan Markas Logistik Udara (MLU), aku tidak dilepaskan untuk mengikuti kursus tersebut.

Pada bulan Jun 2010, aku sekali lagi menerima tawaran untuk menghadiri kursus di MPAT.  21 Jul 2010, attended ADFELPS test at RMC, Sg Besi. Bagaimanapun sekali lagi peluangku terbantut, sekali lagi atas keperluan perkhidmatan. Aku hanya dibisikkan sahaja mengenai perkara ini (berlaku pertukaran kepimpinan di MLU yang memerlukan khidmatku untuk membantu pemerintah yang baru.  Akhirnya memang sah tak jadi pergi. Aku redha dengan ketentuan ini. Aku pun tak pernah melihat surat atau signal yang membatal pencalonan itu, sebab lepas balik dari Mekah, aku tak terima surat tawaran untuk melapor diri.

Dalam bulan Julai 2010 juga berlaku satu lagi gimik dalam kerjaya aku.  Aku diarahkan untuk menghadiri ujian Bahasa Indonesia di Bangunan Kedutaan Besar Indonesia pada 9 Julai 2012.  No official correspondents - my PA received a call from MTU-Latih.  According to the instruction, I was selected as 'reserve candidate' for higher staff course LEMHANAS, Indonesia.  Just to fulfill the instruction, I went for the test. I know that I will not going.

Sepanjang kerjayaku selama 30 tahun, AKU TIDAK PERNAH diberi peluang untuk mengikuti kursus di luar negara. 

Lazimnya pegawai Materiel akan berpeluang sekurang2nya sekali berkursus di luar negara khususnya Australia atau USA. Ada yang berpeluang berkali-kali. Aku memang banyak kali berpeluang ke luar negara, tapi tugas seperti FAT, PDI, LSM, TCG, JPRM, PRM dan sebagainya. Tak lebih seminggu. Pergi untuk kursus pendek atau panjang, TAK PERNAH.

Sepanjang kerjaya aku, aku juga tidak pernah diberi peluang mengikuti apa-apa kursus kepakaran Logistik seperti Pergerakan Udara, Pegawai Kenderaan, Kawalan Mutu Bahanapi, Pengurusan Bahan Letupan, Pengurusan Kewangan dan sebagainya. Tengok la dalam senarai di atas tu? apa kursus kepakaran yang aku pernah pergi? Oleh sebab itu, dalam kerjayaku, I had set in my mind that the highest rank I could achieve is Mejar OR taking consideration of my 'psc', 'Lt Col' will be a bonus.

Apa pun, aku bersyukur kerana dapat peluang dua kali untuk mengikuti kursus tertiary, iaitu DBS dan ADBS(HRM) di ITM. Biarpun begitu, bagi kursus ijazahku (HRM), aku terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan tempat di ITM seterusnya menggunakan cara luar biasa untuk mendapatkan kelulusan Panglima Tentera Udara kerana saluran biasa tidak sukses.  Apa pun cara, aku tidak memijak kepala orang lain atau menabur pasir ke dalam periok nasi orang lain.

Dan dengan memiliki ijazah ini aku layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana walaupun dengan perbelanjaan sendiri.

Pada 19 April 2013 - Telah berlaku satu lagi gimik dalam kerjayaku.  Aku ditawarkan untuk mengikuti kursus di Korean National Defence University (KNDU) bermula pada 4 Mei 2013. Kursus ini perlu melalui dua fasa iaitu Korean Language dari Mei 13 hingga Dis 13 dan diikuti oleh Defence and Strategic Staff Course selama satu tahun.

Atas pelbagai faktor perkhidmatan dan peribadi, aku menolak tawaran ini.


DEFENCE RESOURCE MANAGEMENT COURSE
KNDU, SEOUL, KOREA
(under Dept of Military and Training Cooperation)
CANADA
(6 - 10 Feb 2017)

Setelah 36 tahun berkhidmat, inilah kursus luar negara yang pertama dalam kerjayaku sebagai seorang pegawai ATM/TUDM. Kalau tugas luar negara memang dah puas pergi merata tempat, tapi atas nama kursus, ini adalah pertama kali. Bukan sahaja kali pertama kursus di luar negara tapi kali pertama menjejak kaki ke bumi Korea.


http://tohairforce1981.blogspot.my/2017/02/af-107-ke-korea-juga-akhirnya.html












    No comments:

    Post a Comment