Chegubard lapor polis dakwa kes pengubahan wang haram libat pegawai atasan ATM
22 Disember 2025 02:33pm
KUALA LUMPUR -Satu laporan polis dibuat terhadap seorang pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung dakwaan berkaitan isu pengubahan wang haram.
Laporan dakwaan itu dibuat Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.
SPRM buka kertas siasatan dakwaan rasuah libat seorang pegawai kanan tentera
KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan seorang pegawai kanan tentera.
Beliau menegaskan, semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional berasaskan fakta serta bukti selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Terdahulu, SPRM mengambil maklum dakwaan yang dibangkitkan oleh seorang aktivis semalam berhubung dakwaan aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan tentera.
Menurut sumber, pada kira-kira 11.30 pagi hari ini, pegawai SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek yang melibatkan Tentera Darat dari tahun 2023 hingga kini.
Sumber memaklumkan, fokus siasatan adalah tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tenderterbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
“Transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut juga akan diteliti,” kata sumber.
Semalam, Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menunggu hasil siasatan rasmi sebelum mengambil tindakan seterusnya berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram melibatkan seorang pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MINDEF menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang dan akan dijalankan, selaras dengan komitmen kementerian terhadap pematuhan undang-undang serta prinsip keadilan. – MalaysiaGazette: 23 dIS 2025.
ATM akan mulakan proses cari PAT baharu.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menjelaskan, antara alasan Muhammad Hafizuddeain memutuskan untuk bersara adalah bagi membolehkan ATM memulakan proses melantik PAT yang baharu.
"Sekarang posisi (jawatan) itu dipangku Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain, jadi proses untuk memulakan pencarian PAT akan dilakukan sebelum kelulusan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Ia juga menjadi antara sebab beliau memohon untuk persaraan awal, bagi membolehkan kita mengisi jawatan PAT. Namun soal jawatan tertinggi ini adalah membabitkan proses di mana Majlis Angkatan Tentera akan memainkan peranan sebelum ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
"Sekiranya Tuanku tidak bersetuju dengan mana-mana nama itu, maka kita akan bawakan lagi nama sehingga Tuanku perkenan," katanya.
Sebelum ini, BH melaporkan bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).
SPRM memaklumkan bekas PTD itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.
SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak tahun 2023.
Selepas menyita enam akaun bank milik pegawai itu dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan, SPRM turut menyita tiga jongkong emas, kenderaan mewah serta 23 utas jam jenama Rolex.
Sebelum itu, Mohamed Khaled mengesahkan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau selesai.
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau.
Menteri Pertahanan, Datuk Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu bagi memberi ruang pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilapor membabitkan pegawai berkenaan.
"Bagi memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan melibatkan Panglima Tentera Darat, beliau akan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan.
"Langkah pentadbiran ini diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan," katanya.
Kenyataan itu tidak memperincikan kes membabitkan Muhammad Hafizuddeain, namun ia dipercayai susulan laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempergiatkan siasatan terhadap perolehan tentera.
Terdahulu pada 23 Disember lalu, laporan media memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Difahamkan, siasatan awal SPRM tertumpu kepada projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Kelmarin, media melaporkan tiga individu sudah dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan berhubung siasatan perolehan projek tentera yang turut membabitkan semakan ke atas beberapa akaun disyaki ada kaitan amalan rasuah.
Terdahulu, SPRM mengambil aduan dan merakam keterangan Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Chegubard atau nama sebenar, Badrul Hisham Shaharin mengenai perincian maklumat yang beliau peroleh.
Chegubard mendakwa terdapat 'aliran tunai besar' dikesan dalam akaun bank seorang pegawai dan ahli keluarganya, yang disyaki berpunca daripada syarikat-syarikat yang memperoleh projek ketenteraan. Beliau merujuk kepada audit forensik dokumen yang diterimanya tanpa nama, mendakwa pegawai berkenaan menerima wang antara RM50,000 hingga RM60,000 setiap bulan ke dalam akaun bank.
Dokumen berkenaan, dakwanya, turut menunjukkan pemindahan wang dalam jumlah lebih besar, mencecah ratusan ribu ringgit ke dalam akaun yang dikaitkan dengan pegawai terbabit. Beliau juga mendakwa dana itu dipindahkan daripada akaun syarikat-syarikat yang telah memperoleh projek ketenteraan.
Pegawai suruhanjaya itu juga ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah PTJ Tentera Darat.
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula 1 Januari lalu. Perkara itu diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang berkata hasrat berkenaan dimaklumkan dalam satu surat yang diserahkan oleh peguam Muhammad Hafizuddeain.
Sehubungan itu, beliau berkata, ATM ketika ini dalam proses untuk mencari pengganti bagi mengisi jawatan Panglima Angkatan Tentera. Pada 31 Disember lalu, Khaled mengumumkan pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631, ditangguhkan.
Pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PAT diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang berlangsung pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.
Turut diputuskan melalui mesyuarat sama ialah pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.
"Saya ingin memaklumkan sudah menerima surat daripada peguam Muhammad Hafizuddeain yang kini sedang bercuti dan memaklumkan hasratnya untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Darat bermula 1 Januari tahun ini.
"Maka dengan permohonan untuk bersara awal ini, ia membolehkan kita memulakan proses untuk mencari pengganti kerana seperti kita sedia maklum, Majlis Angkatan Tentera sebelum ini sudah membuat keputusan untuk beliau menjadi PAT.
"Tetapi keputusan (majlis) ditangguhkan kerana kes yang beliau hadapi dan keputusan untuk menjawat jawatan PAT sepatutnya pada 1 Januari tahun ini tidak dilaksanakan serta ditangguhkan. Maka dengan pengumumannya untuk bersara awal bermula 1 Januari, jawatan PAT kosong.
SPRM geledah kediaman rasmi, pejabat di MINDEF, suspek masuk ICU
Oleh Ilah Hafiz Aziz - Disember 29, 2025 @ 4:28pm
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan tentera yang terbabit dalam siasatan berkaitan aliran tunai besar dalam akaun bank dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital, sejak semalam.
Difahamkan, suspek dikehendaki memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, namun tidak dapat berbuat demikian.
Sumber berkata, tiada keterangan lanjut diambil oleh SPRM setakat ini.
"SPRM dimaklumkan sehingga hari ini, suspek masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangan," katanya hari ini.
Sementara itu, sumber berkata, SPRM sudah menyita beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah milik pegawai kanan tentera itu.
"Siasatan SPRM ketika ini memfokuskan kepada aliran wang yang disyaki masuk ke dalam akaun milik seorang pegawai kanan tentera yang kini disiasat sebagai suspek dalam satu kes rasuah membabitkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia.
"Kelmarin, SPRM sudah menjalankan operasi menggeledah di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta di kediaman rasmi suspek bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
"Penggeledahan tidak menghasilkan sebarang sitaan wang tunai," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan, siasatan tetap diteruskan dengan memanggil saksi-saksi utama membabitkan kontraktor yang dipercayai memperoleh projek berkaitan Tentera Darat.
"Setakat ini, SPRM sudah merakam keterangan lima pemilik syarikat dan jumlah keseluruhan saksi yang dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang," katanya.
Katanya, agensi itu juga sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terbabit dalam pemberian wang rasuah dan siasatan terhadap syarikat berkenaan sedang dijalankan secara berperingkat.
SPRM dijangka akan terus memperluaskan siasatan termasuk aspek aliran kewangan, perolehan projek dan kaitan individu serta syarikat yang terbabit selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009.
Minggu lalu, sepasukan anggota SPRM hadir ke MINDEF untuk mengesan projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki juga mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM:
07 Januari 2026 04:27pm
PUTRAJAYA - Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.
Beliau dilihat tiba pada jam 3.10 petang dengan diiringi beberapa individu ketika memasuki bangunan ibu pejabat SPRM.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Muhammad Hafizuddeain telah diarah bercuti sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan beliau.
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Pada 23 Disember lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat. - Bernama
Skandal rasuah tender perolehan Tentera Darat Malaysia merupakan satu skandal rasuah besar berkaitan tender perolehan yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) pada tahun 2025. Skandal rasuah ini melibatkan beberapa pegawai kanan ATM dan TDM tertinggi, termasuklah Jeneral Tan Sri Dato' Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan. Skandal rasuah ini masih di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal tahun 2026. Skandal ini telah didedahkan oleh aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin (atau lebih dikenali sebagai Chegubard) melalui pembongkaran dan pendedahan dokumen Ops Sun Tzu dan Ops Yamashita kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM.
Latar belakang
Pada 1 Mac 2025, Kementerian Pertahanan mengumumkan rancangan untuk membuka semula tender bagi penyewaan helikopter UH-60 Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM). Keputusan itu susulan kegagalan kontraktor sebelumnya, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd, untuk menyerahkan helikopter dalam tempoh masa yang dipersetujui. Kontrak pajakan terdahulu, bernilai RM187 juta untuk pajakan empat helikopter selama lima tahun, telah ditamatkan pada November 2024 selepas kelewatan penghantaran berulang kali meskipun terdapat lanjutan. Perolehan asal bertujuan untuk menangani kekurangan helikopter utiliti berikutan penggantungan helikopter S-61A Nuri yang lebih lama. Beberapa syarikat mengemukakan cadangan untuk membekalkan helikopter di bawah tender baharu ini, dengan nilai projek dan tempoh pajakan lima tahun dikekalkan pada RM200 juta untuk empat helikopter. Tentera Darat Malaysia menekankan bahawa "cadangan daripada mana-mana pihak yang berkemampuan akan dipertimbangkan."
Dalam tempoh yang sama, Tentera Darat Malaysia juga dijangka menerima empat helikopter AW149 di bawah kontrak pajakan yang lebih luas yang melibatkan 28 helikopter selama 15 tahun dengan kos yang dilaporkan sebanyak RM16 bilion. Penghantaran helikopter AW149 dijangka bermula pada tahun 2027. Pengambilalihan ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengangkutan udara operasi dan menangani jurang keupayaan. Helikopter yang selebihnya dalam program ini telah diperuntukkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pada pertengahan 2025, Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan secara meluas dianggap sebagai calon utama untuk pelantikan sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT), dengan sokongan yang dilaporkan daripada Majlis Angkatan Tentera. Pada masa tersebut, majlis itu sedang bersedia untuk mengesyorkan beliau sebagai pengganti Mohd Nizam Jaffar, yang dijadualkan akan bersara wajib pada tahun 2026.
Pada bulan Ogos 2025, perhatian orang ramai beralih kepada perolehan pertahanan susulan titah diraja oleh Raja Sultan Ibrahim Iskandar semasa perarakan ulang tahun ke-60 Rejimen Operasi Khas di Kem Iskandar, Johor. Baginda menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan pemerolehan dan penyewaan helikopter tentera yang lebih lama, termasuk helikopter UH-60 Black Hawk yang dilaporkan berusia lebih 30 tahun, dan mengetengahkan isu-isu lama yang berlarutan dengan armada helikopter Nuri. Dalam titah baginda, Baginda mengarahkan MINDEF untuk "membatalkan perolehan aset udara usang" dan memberi amaran agar tidak "mengulangi keputusan perolehan sebelumnya, termasuk pemerolehan pesawat Skyhawk terpakai." Baginda menekankan bahawa "tiada kompromi harus dibuat mengenai keselamatan dan keberkesanan aset tentera" dan menyuarakan kebimbangan mengenai perantara atau bekas pegawai tentera yang terlibat dalam proses perolehan, dengan menyatakan bahawa amalan sedemikian boleh menyebabkan "kos yang melambung tinggi dan penggunaan peruntukan pertahanan yang tidak cekap." Baginda selanjutnya menyatakan bahawa pemerolehan "aset yang tidak sesuai, terlalu mahal, atau tidak selaras dengan keperluan operasi boleh memberi implikasi kepada keselamatan negara dan keselamatan kakitangan." Susulan titah Yang di-Pertuan Agong, tender pada Ogos 2025 untuk helikopter utiliti, termasuk UH-60 Black Hawks, secara teknikalnya dibiarkan terbuka tetapi secara efektifnya dibatalkan. Mohd Nizam mengumumkan pematuhan terhadap panduan diraja, dengan menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia "tidak akan mencadangkan Black Hawks," sebagai penghormatan kepada arahan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kementerian kemudiannya mengalihkan penilaian ke arah helikopter utiliti alternatif, mengutamakan keselamatan operasi dan jangka hayat perkhidmatan yang lebih lama. Tiada pekeliling dalaman formal atau arahan Kabinet dikeluarkan untuk menghentikan tender tersebut, dan pematuhan diuruskan melalui panduan kepimpinan operasi dan bukannya perintah yang didokumenkan.
Walaupun terdapat perkembangan ini, rancangan untuk pajakan Black Hawk terus dibincangkan secara terbuka. Laporan pada awal tahun 2025 menganggarkan nilai projek tersebut sebanyak RM185 juta hingga RM200 juta untuk pajakan empat helikopter selama lima tahun, dengan beberapa syarikat swasta dilaporkan menyertainya, ada yang dikaitkan dengan pegawai kanan tentera.
Pada akhir Disember 2025, Muhammad Hafizuddeain secara rasmi dilantik untuk menggantikan Mohd Nizam sebagai Panglima Angkatan Tentera berikutan kelulusan Majlis Angkatan Tentera dan perkenan awal diraja. Walau bagaimanapun, pelantikannya digantung di tengah-tengah aduan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sedang dijalankan terhadap dakwaan penyelewengan dalam perolehan Tentera Darat Malaysia antara 2023 dan 2025.
Perbongkaran dan siasatan
Pada 27 Disember 2025, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin telah meletakkan Muhammad Hafizuddeain bercuti serta-merta. Laksamana Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, telah dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera melalui kuasa menteri. Menjelang 31 Disember 2025, Muhammad Hafizuddeain telah direman untuk siasatan ketika pihak berkuasa menyemak lebih 158 projek Tentera Darat dan pelbagai kontrak kecil untuk potensi penyelewengan perolehan dan penglibatan kartel.
Pada awal Januari 2026, Lt Jen Azhan Md Othman telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 pada 1 Januari. Muhammad Hafizuddeain telah disoal siasat oleh SPRM pada 6 Januari. Pada 7 Januari, beliau dan dua isterinya telah ditangkap berhubung siasatan tersebut. Penangkapan tersebut melibatkan 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian berkaitan perolehan yang lebih luas. Muhammad Hafizuddeain telah direman selama tujuh hari sehingga 14 Januari, manakala isteri-isterinya telah direman untuk tempoh yang lebih singkat. Dalam tempoh ini, SPRM merampas aset yang dikaitkan dengan Muhammad Hafizuddeain dan keluarganya, berjumlah RM11.4 juta. Ketua SPRM Azam Baki menyatakan semasa sidang akhbar pada 15 Januari 2026 bahawa rampasan tersebut termasuk "RM4.4 juta tunai, RM1.4 juta dalam mata wang asing, 26 jam tangan mewah bernilai RM2.3 juta, barang kemas dan emas bernilai lebih RM3.4 juta, dan sebuah kenderaan mewah bernilai RM360,000." Beliau seterusnya menyatakan bahawa 75 akaun bank syarikat bernilai RM32.5 juta telah dibekukan dan SPRM merancang untuk meneruskan permohonan pelucuthakan di bawah Seksyen 41 Akta SPRM 2009, selaras dengan peruntukan AMLA 2001, sementara menunggu kelulusan mahkamah. Aset tersebut dikaitkan dengan 22 kertas kesalahan predikat yang berkaitan dengan siasatan perolehan yang sedang dijalankan.
Susulan pembebasannya daripada tahanan reman pada 14 Januari 2026, Muhammad Hafizuddeain memasuki persaraan awal berkuat kuasa 1 Januari 2026. Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa Muhammad Hafizuddeain "mengemukakan permintaan persaraan awal" dan perkara ini memudahkan pemilihan Panglima Angkatan Tentera yang baharu kerana tiada pertuduhan telah difailkan terhadapnya dan beliau bukan lagi pegawai aktif. Laksamana Zulhelmy Ithnain kekal sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera pada pertengahan Januari 2026 sementara menunggu pengesahan pelantikan tetap. Kementerian itu telah mengumumkan pembaharuan sebagai tindak balas kepada siasatan tersebut, termasuk rancangan untuk "memperbaiki rangka kerja antirasuah, menyemak semula semua proses tender agar selaras dengan amalan terbaik dan melaksanakan disiplin, pendigitalan dan AI yang lebih ketat untuk tadbir urus dan ketelusan." Langkah-langkah ini dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun 2026 bersama-sama peruntukan bajet pertahanan sedia ada.
Sejak kebelakangan ini, pendedahan demi pendedahan berkaitan isu rasuah aset pertahanan khususnya yang melibatkan perolehan dan urus niaga strategik telah dibawa ke ruang awam oleh individu awam seperti Chegu Bard. Saya mendapati pendedahan ini bukan bersifat rambang atau bersandar kepada khabar angin; sebaliknya, ia hadir bersama maklumat yang rinci, tersusun dan kelihatan bersumberkan dokumen rasmi.
Lalu timbul satu persoalan dalam diri saya dan yang wajar ditanya secara rasional dan berfakta iaitu dari manakah datangnya maklumat sedemikian rinci, siap tarikh, siap nama, siap angka dan gambar?
Jom kita sama-sama fikir secara asas atau rasional, bagi sesuatu perjanjian jual beli atau kontrak rasmi, hanya tiga pihak yang lazimnya menyimpan dokumen lengkap dan sah iaitu Kontraktor, Peguam yang mengendalikan perjanjian, dan Jabatan itu sendiri; dalam konteks ini, Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Jika ditimbang secara logik dan pengalaman, adalah sukar untuk membayangkan kontraktor akan secara sukarela membuka pekung sendiri yakni membunuh diri. Begitu juga pihak peguam, yang terikat dengan kerahsiaan profesional dan risiko perundangan. Maka, secara munasabah, saya lebih cenderung mempercayai bahawa maklumat ini datang dari dalam organisasi sendiri sama ada daripada pegawai, anggota, atau staf awam yang mempunyai akses sah kepada dokumen berkenaan. Persoalan seterusnya, pada saya yang lebih penting bukanlah siapa, tetapi mengapa dia atau mereka bertindak demikian?
Mengapa ada individu dari dalam sanggup mengambil risiko untuk mendedahkan maklumat yang boleh menggoncang institusi atau merosakkan imej organisasinua sendiri? Jawapannya tidak semestinya bersifat tunggal. Mungkin wujud rasa tidak puas hati terhadap ketidakadilan. Mungkin ada unsur cemburu melihat kemewahanyang melampau. Atau mungkin juga dan ini yang paling mulia kerana tidak sanggup menanggung dosa kering, tidak rela bersubahat dengan kemungkaran yang berlapikkan sistem dan jawatan.
Makanya, Atas sebab itu, saya tidak bersetuju jika kumpulan ini disamakan dengan peribahasa “api di dalam sekam” yang membawa makna niat jahat, pembakaran dari dalam, atau pengkhianatan tersembunyi. Malah, istilah “membocorkan maklumat” juga tidak tepat untuk mereka yang bertindak demi kebenaran dan kepentingan awam. Sebaliknya, saya memilih untuk menamakan mereka dengan peribahasa yang baharu saya cipya, yang lebih adil dan bermaruah iaitu “Benih baik tersembunyi, hasilnya memayungi bumi.” Makaudnya Niat dan amal yang senyap melahirkan manfaat yang luas. Ataupun, “Subur di akar, rendang di dahan.” yang memberi makaud Asal yang baik melahirkan kesan yang kuat dan berpanjangan. Mereka ini bukan perosak sistem, tetapi pembetul arah. Bukan pengkhianat institusi, tetapi penyelamat maruahnya.
Justeru, pada pandangan saya, MINDEF wajar berterima kasih, dan bukan bersikap defensif. Barangkali disebabkan kelicikan, kepintaran dan jaringan tersusun pihak yang terlibat dalam rasuah, sistem dalaman sendiri gagal “menghidu” jenayah yang berlaku. Tanpa pendedahan dari luar yang hakikatnya berpunca dari dalam, kemungkaran ini mungkin terus tersorok, terpelihara dan diwariskan.
Individu-individu ini sepatutnya dipanggil dalam sesi khas tertutup, diraikan secara beradab, diberi penghargaan, jika bukan dalam bentuk pengiktirafan rasmi, sekurang-kurangnya jamuan, sijil, atau pampasan kos dan risiko yang mereka tanggung demi mendapatkan maklumat tersebut. Jangan sibuk bertanya dari mana maklumat diperoleh, siapa orang dalam, atau bagaimana rantaian itu berlaku. Biarlah itu kekal rahsia mereka. Tugas institusi hanyalah menghargai dan bertindak.
Akhirnya, saya akui dengan jujur:
pendedahan demi pendedahan ini menjadikan saya antara manusia yang paling gembira di atas muka bumi. Bukan kerana aib terbuka, tetapi kerana masih ada harapan untuk organisasi saya menjadi lebih baik dan dihormati selpas ini. Masih ada insan yang memilih kebenaran walau terpaksa berdiam. Masih ada benih baik yang tersembunyi dan hasilnya kini mula memayungi bumi.
FB
Pena Celoreng