ITALIANA
NEGARA MONALISA
LAWATAN LUAR ASIA PERTAMA
PRONTO PRONTO - BUONGIORNO
Nampaknya lawatan kerja ke India merupakan pembuka kepada
perjalananku yang lebih jauh. Setahun kemudian aku dapat sekali lagi peluang ke
luar negara- kali ini lebih jauh dan lebih glamour - ke negara yang terkenal
dengan pelukis Monalisa - Leonardo da Vinci, negara yang terkenal dengan
Tamaddun Rom dan Byzantin. Semasa di
sekolah rendah aku belajar Tawarikh - dan melaluinya aku kenal dengan Julius
Caesar, Pompei, Brutus, Nero dan Caleopatra.
Perjalananku kali ini juga atas nama tugas membuat
'Pre-Delivery Inspection' atau PDI untuk peralatan dan alat ganti sistem
Primary Surveillance Radar (PSR). Radar tersebut dibeli dalam tahun 1996 dan
ditempatkan di Bukit Lunchu dan Bukit Kubong.
Syarikat pembekal ialah Alenia Marconi SpA (sekarang bernama SELEX
Sistemi Integriti SpA)- anak syarikat Finmeccanica, Italy.
Kali ini aku berterima kasih kepada skot aku, Mej Khairudin
bin Zahari TUDM yang masa itu bertugas sebagai Pegawai Logistik Tim Projek PSR
yang diketuai oleh Lt Kol Kamaruzzaman bin Shariff (bersara Brig Jen
Dato'). Kumpulan PDI diketuai oleh En
Rodin Mamat (KPSU Pero 3), aku dan Khairudin.
Tempoh tugas itu adalah dari 16 Oktober hingga 3 November 1998.
Lokasi Alenia terletak di Via Tiburtina, Rome. Sesampainya
dari Lapangan Terbang Fumicino, Rome kami terus di bawa ke premis Alenia untuk
menerima taklimat tugasan. Selepas makan
tengahari baru kami check-in di hotel (aku lupa nama hotel itu). Pertama kali makan makanan Italy- jauh di
luar selera aku yang pertama kali ke luar negara. Telan je la.
Hotel di Rome amat mahal.
Aku dimaklumkan sebuah bilik yang ada dua single bed antara 2 katil ada
ruang yang cukup-cukup sahaja untuk solat.
Harganya lebih kurang USD500 satu malam.
Aku tak ingat, mana aku dapat duit poket kali ini- wakil syarikat memang
tak ada bagi duit poket- dan tiket pun biaya Kerajaan- jadi tak boleh ditukar
kepada ekonomi. Rasanya waktu itu, aku guna wang simpanan sendiri untuk belanja
tambahan. Nasib baik ada peruntukan wang
elaun pakaian mengikut kelayakan iaitu RM1400.
Tugasan di Rome mengambil masa dua hari- kerana aku dan Khairudin
terpaksa meneliti satu persatu peralatan mengikut senarai kontrak. Tapi kebanyakannya Khairudin yang buat kerana
dia dah biasa dengan kontrak dan juga sistem ini. Aku ikut arahan dia sahaja untuk check
kuantiti dan part number. Sebaik sahaja
kami mula bertugas di hari pertama, En Rodin (dan isteri yang dibawa bersama)
telah diusung oleh pihak kontraktor untuk melancung. Apa yang aku tahu, kami akan berjumpa lagi
setelah aku balik dari La Spezia nanti.
Dengarnya dia dibawa melancung ke selatan Italy termasuk bandar Pompei
yang ditelan bumi- ditenggelami lahar volcano akibat dilaknat Allah kerana
kebuasan masyarakat yang berkegemaran seperti kaum Nabi Allah Luth
alaihissalam.
Tajuk blogpage ini 'Pronto Pronto' adalah bermaksud 'Hello
Hello' dalam bahasa Italy. First time
aku dengar apabila salah seorang staf Alenia menajwab telefon dengan perkataan
tersebut. Manakala 'buongiorno' (bunyi:
bunjorno) bermaksud selamat pagi.
Setelah selesai tugas di premis Alenia di Tirbutina, hari
keempat kami bertolak ke La Spezia. ia
itu bandar pelabuhan di utara Italy - jaraknya lebih kurang 330 km dari
Rome. Aku dan Khairudin serta Enrico
Bonani (staff Alenia- yang memandu kereta).
kami bertolak pagi melalui lebuhraya seperti PLUS di Malaysia.
Dalam perjalanan kami singgah sebentar di kiosk untuk minum
'cappucino' - juga kali pertama aku merasa minuman yang bernama kapucino
itu. Suasana dalam bulan Oktober di
negara Mediterranean ini agak sejuk tetapi nyaman. Pemandangan sepanjang perjalanan di Italy ini
juga amat indah, banyak melalui kawasan perkampungan dan ladang dan bukit-bukit
batu. kami singgan di bandar Pisa untuk
melawat salah satu bangunan bersejarah dan terkenal di dunia iaitu 'Menara
Condong Pisa'.
Kemudian kami meneruskan perjalanan hingga ke bandar
pelabuhan La Spezia. Kami sampai ketika
hari dah petang. Setelah check ini kami terus pergi ke pelabuhan untuk
memeriksa kotak-kotak peralatan radar yang bakal dihantar ke Malaysia. Kami tidak lama di pelabuhan kerana semuanya
telah 'well packed' dan tidak boleh diperiksa, kami hanya memeriksa dokumen
sahaja.
Petang itu kami melawat sekitar bandar pelabuhan moden itu
yang juga salah satu pangkalan utama Italian Navy. Kami juga melawat satu 'old castle' di tepi
pantai yang digunakan oleh tentera Kerajaan Rom dahulu kala. Kota ini dinamakan
'St George Castle'.
Bandar Pelabuhan dan pangkalan Tentera Laut -La Spezia
Castle St Giogio
dengan Enrico Bonani
bergambar di St George Castle
minum petang dengan Khairudin di gerai tepi laut
dengan Enrico Bonani
bergambar di St George Castle
minum petang dengan Khairudin di gerai tepi laut
Castle of San Giorgio, recently restored. Probably
originated from a watchtower, a first castle is known to have been built by
Niccolo Fieschi in 1262. In 1273 the Genoese destroyed it, and a new
fortification, along with a new line of walls, was erected by the podestria of
La Spezia from 1371.
Kami juga meniki kereta melalui jalan di pesisir pantai -
jalan dibina di tebing bukit yang curam
dan menggayatkan - kerana laut jauh di bawah - jalan pula bengkang-bengkok -
satah condong. kami melalui sebuah
perkampungan yang dinamakan Cinque Terra (yang bermaksud Lima Kampung). Sungguh indah. Rumah di kampung-kampung
tersebut dicat dengan berwarna-warni yang garang.
Kampung Cinque Terra
The Cinque Terre is a rugged portion of coast on the Italian Reviera. It is in the Liguria region of Italy, to the west of the city of La Spezia. "The Five Lands" is composed of five villages: Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, manarolla and Riomaggiore. The coastline, the five villages, and the surrounding hillsides are all part of the Cinque Terre National Park and is a UNESCO World Heritage Site.
Over centuries, people have carefully built terraces on the rugged, steep landscape right up to the cliffs that overlook the sea. Part of its charm is the lack of visible corporate development. Paths, trains and boats connect the villages, and cars cannot reach them from the outside. The Cinque Terre is a very popular tourist destination.
Hari kedua di La Spezia adalah hari bersantai. Pagi-pagi
lagi kami dijemput oleh seorang pegawai TLDM (kalau tak silap namanya Lt Kdr
Zainol) yang menganggotai RMN Corvette Project Team di La Spezia. Aku dan Khairudin di bawa ke rumah sewaan
seorang lagi pegawai TLDM iaitu Kdr Abidin serta keluarga. Pagi itu kami dijamu dengan sarapan nasi
lemak sambal udang - setelah 5 hari tidak merasa makanan Malaysia.
Setelah itu kami dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan
pergunungan di La Spezia dan melawat kedai industri kecil batu marmar.
bersama Kdr Abidin
Tengah hari itu juga kami bertolak pulang ke Rom - tetapi
tidak terus ke Rom. Kami berkereta
mengikut jalan ke arah timur ke bahagian tengah Italy - singgah bermalam di San
Marino - sebuah negara kecil yang merdeka. Kami menginap di sebuah hotel di
situ.
San Marino, officially the Republic of San Marino also known as the Most Serene Republic of San Marino, is a state situated on the Italian peninsula on the eastern side of the Apennine Mountains. It is an enclave surrounded by Italy. Its size is just over 61 km2 (24 sq mi) with an estimated population of over 30,000. Its capital is the City of San Marino. San Marino has the smallest population of all the members of the Council of Europe.
San Marino is the oldest surviving sovereign state and constitutional republic in the world, as the continuation of the monastic community founded on 3 September 301, by stonecutter Marinus of Arbe. Legend has it that Marinus left Rab, then the Roman colony of Arba, in 257 when the future emperor, Diocletian, issued a decree calling for the reconstruction of the city walls of Ramini, which had been destroyed by Liburnian pirates.
The constitution of San Marino, enacted in 1600, is the world's oldest constitution still in effect. The country's economy mainly relies on finance, industry, services and tourism. It is one of the wealthiest countries in the world in terms of GDP, with a figure comparable to some of the more developed Italian regions, such as Lombardy and South Tyrol. San Marino is considered to have a highly stable economy, with one of the lowest unemployment rates in Europe, no national debt and a budget surplus.
San Marino City kecil sahaja- hanya sebaris bangunan
sebelah hujung jalan raya utama dari Italy.
Bangunan kompleks membeli belah dan hotel sahaja. Satu kawasan lagi
adalah bangunan pentadbiran negara termasuk bangunan Parlimen dan Residen
Pemerintah. Jalan raya itu mati dihujung di depan hotel tempat kami menginap.
Selepas itu hanya ada satu laluan jalan kaki sahaja menaiki ke arah bukit yang
kiri kanannya semua lot rumah kedai. Macam jalan di pasar malam. Cuma rumah
kedainya adalah bangunan tetap.
San Marino adalah negara yang 100% berorientasikan
pelancing. Selain dari dipenuhi oleh gerai-gerai menjual cenderamata, San
Marino juga terkenal dengan beberapa buah muzium. Tetapi yang paling terkenal ialah 'The Museum
of Torture'. Muzium ini mempamirkan
berpuluh-puluh peralatan dan cara penguasa Italy dahulu kala menyiksa dan
menghukum bunuh orang salah atau orang disyaki melawan pihak pemerintah.
Selepas melepasi jalanan membeli belah, di puncak gunung
negara ini adalah sebuah kota pertahanan (castle) yang sangat besar. Aku dan Khairudin tidak melepaskan peluang
memasuki semua pintu dan kubu dalam kota ini.Dalam perjalanan pulang menuruni
bukit, kami baru membuat aktiviti shopping. Dan semua pembelian dibayar oleh
Enrico. Pandai Mat saleh Italy ni, dia
tak bagi duit tapi dia pegang duit- dan dia tau kita akan segan untuk membeli
lebih-lebih.
Antara destinasi lawatan yang menarik di San Marino ialah
Muzium Penderaan (Musio del Tortura). Di sini ditunjukkan alatn sebenar atau
replika pelbagai cara hukuman dan penderaan yang tidak bertamaddun yang
digunakan oleh penguasa zaman dahulu ke atas pesalah. Sungguh zalim.
Setelah menghabiskan seharian di San Marino, keesokan
paginya kami meneruskan perjalanan pulang ke Rome melalui hiway dan melalui
bandaraya Bologna (bunyinya Bolonia).
Italy adalah negara bergunung ganang, jadi lebuhrayanya dibina ditebing
gunung yang curam atau melalui terowong yang panjang. Sepanjang perjalanan, kami melalui
berpuluh-puluh terowong.
Baki sehari lagi di Rome kami habiskan dengan melawat
sekitar bandaraya Rome dan membeli belah- barangan di Rome amat mahal- duit
pulak tak berapa ada. Italy seperti
Indonesia- wujud tugu (patung) peringatan di mana-mana bagi mengenang pahlawan
mereka.
di depan Tugu Garibaldi
Coliseum
BUONA SERA
KALI KEDUA KE ITALY
Buona Sera bermaksud selamat petang/malam. Ini adalah perjalanan kali kedua ke
Italy. kali ini destinasi perjalanan
adalah ke Cascina Costa di Samarete, Milan
untuk membuat tugas Project Review
Meeting (PRM) untuk helikopter A-109M Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM). Perjalanan kali ini mengambil
masa 5 hari dari 3 hingga 5 November 2003.
Kumpulan kali ini dianggotai oleh dua pihak iaitu JBPM dan
TUDM selaku juruterbang yang mengetuai Unit Udara JBPM yang diketuai oleh PPjB
Hamdan (Pen Pengarah Pembangunan JBPM), Lt Kol Shabre Hussein dan Mej Khairudin
(juruterbang TUDM) dan seorang jurutera udara JBPM. Aku mewakili Bahagian Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan.
Penerbangan dari KL mendarat di LTAB Fumiciano, Rome
kemudian kami bertukar flight domestik ke LTAB Malpensa, Milan. Berlaku kekeliruan sedikit di Rome yang
membuat kami panik. Nama syarikat
penerbangan dalam tiket tidak kami temui di paparan skrin. Kalau seorang mau berpeluh- menggelabah. Rupanya penerbangan telah digantikan dengan
yang lain tanpa memberitahu kami.
Di Milan kami tinggal di sebuah hotel dalam satu pekan
kecil yang mengadap sebuah tasik (Tasik Maggiore) yang indah, iaitu Hotel
Concorde, Arona. Satu akwasan pelancungan di daerah Lombard.
Jaraknya 25km dari Lapangan Terbang Malpensa, Milan.
gambar-gambar di tepi Tasik Maggiore, Arona yang indah dan nyaman
Selain dari kota membeli belah untuk golongan elit, Milan
juga dipenuhi bangunan yang berunsur sejarah silam. Milan juga terkenal sebagai kota pengeluar
barangan kulit.
Mesyuarat dibuat pada keesokan harinya. Kebetulan masa itu adalah bulan Ramadhan.
Hari pertama kami sampai ialah 8 Ramadhan 1424.
Mula-mula memang kami berniat untuk meneruskan puasa, tapi mengenangkan
cuaca amat sejuk dan akan menyulitkan pihak syarikat mengaturkan waktu buka dan
sahur- maka kami membuat keputusan untuk tidak berpuasa - ganti balik di
Malaysia nanti.
Jarak dari Arona ke Milan lebih kurang 70km, tapi aku tidak
berapa ingat jarak antara hotel dengan premis Agusta tapi agak jauh jugak
la. Tapi perjalanan tak lama sebab tidak
cross bandaraya Milan. Milan adalah
second biggest city di Italy.
Perjalanan dari hotel ke premis Agusta, melalui jalan yang
cantik, bersih dan berpemandangan indah. Especially di lereng-lereng
bukit. Ramai penduduk Italy memiliki big
bike. Tapi musim sejuk ni kurang la yang naik baik, kena pakai jeket yang
tebal.
Mesyuarat cuma setengah hari sahaja, lagi separuh hari kami
melawat fasilitet Agusta- kilang helikopter mereka. Masuk hari ketiga, kami telah selesai tugas -
masa untuk bersantai.
Kalau waktu kali pertama ke Italy kami melancung ke San
Marino, kali ini kami merentasi tanah Italy jauh ke pantai timur, iaitu
bandaraya Venice - bandar terusan.
Sekali lagi, aku sampai ke lokasi yang aku tak pernah mimpi untuk
sampai. kami menaiki GONDOLA menyusuri
terusan-terusan di Venice. Tiupan angin
musim sejuk sungguh kuat dan sejuk. Kebas pipi dibuatnya. Pemandangan di
sepanjang terusan sungguh indah dan menakjubkan- khususnya jambatan-jambatan
yang berbagai rupa- tamaddun Italy.
Malaysia harus berbuat sesuatu membangunkan pusat
pelancungan seperti ini. Idea Dr
Mahathir membina Putrajaya dengan dilengkapi dengan tasik buatan dan
perkhidmatan feri atau cruise, amat dihargai.
Setelah menghabisi laluan air- kami merayau pula melalui
laluan jalan - di celah-celah bangunan yang antik dan modern. Kami tak ada langsung niat membeli belah -
satu: mahal, dua: tak ada duit, tiga: malas nak jinjing beg/barang. Kami hanya ingin menikmati keindahan
sahaja. Sempat singgah juga ke kasino.
Tenguk jeee!. Kan di Malaysia tak boleh
masuk. macam itu rupanya dalam kasino.
itulah pengalaman aku melawat negara Italy
TAPI MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU TETAP LEBIH BAIK DARI ITU SEMUA
TAPI MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU TETAP LEBIH BAIK DARI ITU SEMUA
..
No comments:
Post a Comment