Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, September 25, 2018

AF 131 HADIAH DI HUJUNG JALAN

HADIAH DI HUJUNG PERJALANAN

11 APRIL 2018

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XV TELAH MEMPERKENANKAN SYOR MAJLIS ANGKATAN TENTERA KE-563 YANG BERSIDANG PADA 13 MAC 2018 BAGI KENAIKAN PANGKAT PEMANGKU BRIGEDIER JENERAL TUDM KEPADA KOL HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM (371256) MULAI 9 APRIL 2018. 

Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara di Bilik Eaglr Nest pada 11 April 2018.

Image may contain: 2 people, including Halifah Sarkinin, people standing
Penyempurnaan pangkat Brigedier Jeneral oleh PTU pada 11 April 2019

24 JULAI 2018

MENERIMA SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2017 DARI PANGLIMA TENTERA UDARA. INI ADALAH ANUGERAH DUA TAHUN BERTURUT-TURUT YANG DITERIMA, KALI KE 4 SEJAK APC (DULU AKC) DIPERKENALKAN DALAM TAHUN 1995. 



Menerima Sijil APC dari PTU 

Penerima APC bergambar dengan PTU 

bersama anak angkat, Mejar Hairul Anuar TUDM yang turut menerima APC

Bersama 2 staf KOMLEK yang menerima APC
(Mej Zakaria Amir Hussein dan Mej Azrin)

Sempena dengan Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Pahang yang ke 88 pada 24 Okt 2018 telah menerima Darjah Dato' Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari  yang membawa gelaran Dato' . Masih menunggu tarikh investature.



17 DISEMBER 2018

BRIGEDIER JENERAL  HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM (371256) DITAMATKAN MEMBUAT TUGAS KETUA PENGARAH OPERASI LOGISTIK, MK ATM MULAI 17 DIS 2018. DITERUSKAN MEMEGANG JAWATAN ASISTEN KETUA STAF LOGISTIK PERTAHANAN, MK ATM MULAI 18 DIS 2018. 

Majlis Serah Terima Tugas telah disaksikan oleh Ketua Staf Markas ATM pada 17 Dis pril 2018.


Image may contain: 4 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people sitting
Majlis Serah Terima Tugas AKS LP

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling
Menerima Jawatan AKS LP


24 DISEMBER 2018

TIMBALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XVI TELAH MEMPERKENANKAN SYOR MAJLIS ANGKATAN TENTERA KE-570 YANG BERSIDANG PADA 10 DIS 2018 BAGI KENAIKAN PANGKAT SEBENAR BRIGEDIER JENERAL HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM (371256) MULAI 9 APRIL 2019. 


19 APRIL 2019

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XVI TELAH MEMPERKENANKAN SYOR MAJLIS ANGKATAN TENTERA KE-573 YANG BERSIDANG PADA 21 MAC 2019 BAGI KENAIKAN PANGKAT MEJAR JENERAL TUDM KEPADA BRIGEDIER JENERAL HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM (371256) MULAI 9 APRIL 2019. 

Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara di Bilik Eaglr Nest pada 19 April 2019.


Image may contain: 4 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang
Penyempurnaan pangkat Mejar Jeneral oleh PTU pada 19 April 2019

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Menerima Ucapan Tahniah dari PTU 

MENGIMBAU SEJARAH LAMPAU


ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

Semasa SSB diperkenalkan pada tahun 1992, aku bertugas sebagai PS2 Latih dan Wang, di Jabatanarah Latih, Bahagian Anggota, Departmen Tentera Udara (atau DTU-LATIH). Masa itu tiada Anugerah Cemerlang tetapi pengiktirafan dibuat dalam bentuk kenaikan Gaji Melintang, Gaji Menegak, Gaji Mendatar dan Gaji Statik. Aku menerima Gaji Menegak. Boss aku di DTU-Latih ialah Lt Kol Mohd Yusoff bin Abdul Kadir TUDM (Pegawai Kejuruteraan).

Dalam bulan Jun tahun 1996, aku menamatkan kursus BBA(HRM) di UITM Shah Alam dan ditukarkan ke Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara (MTU_Materiel) sebagai PS2 SISMAT. Pengarah Materiel pada masa itu ialah Kol Othman bin Abd Majid TUDM. Pada tahun 1997 aku menerima Anunerah Khidmat Cemerlang (AKC) buat pertama kalinya. Masa itu penerima AKC menerima Sijil Premium BSN bernilai satu bulan gaji. Tahun itu, aku tidak terpilih untuk mengambil Sijil AKC di atas pentas.

Kali kedua aku menerima AKC ialah dalam tahun 2008 (penilaian 2007) semasa bertugas sebagai PS1 Pembaikan di Markas Logistik Udara. Penerima AKC masa itu menerima hadiah wang tunai (cek) bernilai RM1000.000. Boss aku masa itu ialah Brig Jen Dato' Ackbal bin Abdul Samad TUDM. Tahun itu, aku dicalonkan untuk mengambil Sijil AKC dari Timbalan PTU. Tetapi aku tidak dapat hadir kerana bertugas di luar negara.

Pada Mac 2015 aku ditukarkan ke Bahagian KOMLEK, Markas ATM sebagai Pengarah Bantuan Khidmat. Dalam tahun 2017 (penialain 2016) aku sekali lagi diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) buat kali ke 3 sepanjang perkhidmatan. Syukur alhamdulillah.

17 APRIL 2017


MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2016
DI DEWAN PERKASA, WISMA PERWIRA ATM


PADA 17 April 2017, nama aku telah dipilih dari kalangan 30 pegawai/LLP di kawasan KL yang menerima Sijil di atas pentas. Anugerah disampaikan sendiri oleh YB Menteri Pertahanan pada 17 Apr 17 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Syukur alhamdulillah. 
 
 
 menerima Sijil APC dari YB Menteri Pertahanan

 
 bersama beberapa staf TUDM yang turut menerima APC


 14 FEBRUARI 2008

ANUGERAH WIRA MAAL HIJRAH KEMENTERIAN PERTAHANAN 1429H/2008M 


ANUGERAH Tokoh Maal Hijrah 1429H/2008H peringkat Kementerian Pertahanan yang diadakan minggu lalu dianggap pencetus semangat dan perangsang kepada setiap anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menunaikan tanggungjawab mereka mendaulatkan keselamatan negara, bangsa dan agama.

Melalui pengiktirafan itu, anggota terpilih percaya sokongan moral melalui anugerah itu akan mendorong mereka berusaha lebih gigih lagi dalam meningkatkan kualiti kerja, sekali gus mengharumkan nama ATM melalui aktiviti agama dan sosial.

Lapan anggota terdiri dari lima lelaki serta tiga wanita terpilih menerima anugerah berkenaan mengikut kategori masing-masing membabitkan ketiga-tiga cabang ATM yang disampaikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin.

Mereka ialah Lt Kol Toharudin Abd Rashid TUDM yang bertugas di Markas Logistik Udara Pangkalan Udara, Kuala Lumpur yang terpilih sebagai penerima Anugerah Wira Maal Hijrah manakala Ustaz Jalal Abas daripada Markas Staf Stesen Kuantan, menerima Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah.

Anugerah Bilal Ibnu Robah diterima Pegawai Waran (PW) Ahmad Termizi Hamid (Tentera Darat) ; PTI Ramli Yahaya (TLDM) ) dan Sarjan Yahaya Abdullah (TUDM).

Tiga wanita menerima anugerah sama ialah Datin Sri Hany Lubis Raja Endamora Lubis (TDM), Siti Azanah Mohd Diah (TUDM) dan Aminah Sidik dari Markas Staf Stesen Kuantan.

BERITA HARIAN 18 FEB 2008.


KERATAN AKHBAR 2

Wira Maal Hijrah Kementerian Pertahanan

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

DALAM kesibukan menjaga sempadan dan keselamatan negara, Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lupa meraikan sambutan Maal Hijrah pada 14 Februari lalu.

Sambutan tahun baru kalendar Islam itu disambut meriah dengan majlis penganugerahan tokoh Maal Hijrah dijadikan acara kemuncak pada hari berbahagia tersebut.  Ternyata Kementerian Pertahanan dan ATM bersatu padu bagi menghayati sejarah dan ajaran Islam, sebagai penyuluh hidup dan landasan warga tentera serta kakitangan awam kementerian itu. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.  Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah dan panglima-panglima dari ketiga-tiga perkhidmatan (darat, laut dan udara).  

Anugerah tertinggi majlis itu, iaitu ‘Wira Maal Hijrah’ telah diberikan kepada Leftenan Kolonel Toharudin Abd. Rasid TUDM berusia 49 tahun. Beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor, menunjukkan kecemerlangan ketika berkhidmat di Bahagian Perolehan, Perbendaharaan Malaysia dan antara tugas yang dipikul berkaitan rundingan kontrak antara Kerajaan Malaysia dengan negara-negara lain. Bapa kepada enam orang anak ini memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) dari ITM dan Ijazah Sarjana juga dalam bidang sama dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Selain kecemerlangan tugas, Toharudin yang merupakan pensyarah sambilan di Universiti Terbuka Malaysia juga menunjukkan minat mendalam dalam bidang ilmu dan keagamaan. Dalam kesibukan kerjaya serta menguruskan rumah tangga, beliau masih sempat mempelajari bahasa Arab dengan mengikuti kelas malam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Dari segi sumbangannya kepada masyarakat setempat, Toharudin sangat aktif berkhidmat di surau-surau serta masjid-masjid sekitar tempat tinggalnya. Sewaktu menetap di Pangkalan Udara TUDM Kuching, Sarawak, beliau pernah dipertanggungjawabkan menjadi Timbalan Yang Dipertua Agama di pangkalan tentera itu.

Tidak terhenti di situ, suami kepada Adibah Taha ini juga sangat mencintai seni pengajian kitab suci Islam itu dan taranum (melagukan bacaan al-Quran). Kecintaannya terhadap bacaan ayat-ayat suci terbukti sehingga terpilih mewakili unit TUDM ke pertandingan tilawah al-Quran peringkat TUDM.

Semasa menetap di kawasan perumahan awam di Shah Alam, Selangor pula, Toharudin turut diberi kepercayaan oleh penduduk sekitar Seksyen 17 sebagai Setiausaha merangkap Imam Surau Al-Amin di situ. Beliau pernah juga berkhidmat sebagai Pembantu Amil di kawasan tersebut.

Dalam skop yang lebih kecil, ketua keluarga ini dilihat telah berjaya menerapkan ajaran Islam kepada anak-anaknya. Anak sulungnya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al Qur'an dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Kuala Kubu Bahru dan dijadual melanjutkan pelajarannya ke Universiti Imam Muhammad Bin Saud di Riyadh, Arab Saudi, Mac depan. Manakala anak keduanya (perempuan) sekarang berada di tahun akhir Kursus Diploma Pengajian Al Qur'an dan AsSunnah di Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pemilihan Toharudin sebagai Wira Maal Hijrah dilihat tepat dengan tema sambutan Kementerian Pertahanan tahun ini, Menjana Ummah Gemilang.


Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment