Jika pada 3 Sep 2018 lepas salah seorang skot S37, Ahmad Hasbullah (3001404) telah mencapai kedudukan tertinggi dalam heirarki organisasi Tentera Darat Malaysia, hari ini 5 Sep 2108, seorang lagi skot S37 (TJP37) yang mencapai kejayaan kerjayanya yang tersendiri iaitu skot Mohd Rahim (3001606).
Pada 5 Sep 2018, skot Mejar Mohd Rahim bin Osman (Bersara) telah dilantik menjadi Setiausaha Politik (SUPOL) Menteri Pembangunan Usahawan, YB Ir Mohd Redzuan bin Mohd Yusof. Kebetulan, isteri skot Rahim (Siti Hajar) adalah juga skot TJP37 (Kumpulan Pertama Pegawai TJP Wanita).
Semoga skot Mohd Rahim dapat menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Selalunya aku membuka cerita baru untuk menghidangi pembaca blogku. Namun kali ini aku mahu mengkesah cerita-cerita lama yang semakin luput dari ingatan. Maklumlah, usia kita semakin tua, tempoh hayat semakin singkat, daya ingatan semakin lemah atau berkurang, mata semakin kabur, semakin mudah mengantuk, apa lagi kalau membuat kerja-kerja penulisan seperti ini.
Kesah kehidupan seorang pegawai kadet secara umumnya adalah sama kepada semua intake. Cerita kawad dan extra drill, cerita latihan hutan, cerita PT, cerita menembak, cerita change parade, cerita mencuri atau rembat kasut skot dan sebagainya. Tetapi dalam aliran cerita yang sama akan ada kelainan dan keistimewaan masing kerana setiap intake akan ada karekter tertentu yang menghiasi perjalanan sesuatu intake itu.
Pada 5 Sep 2018, skot Mejar Mohd Rahim bin Osman (Bersara) telah dilantik menjadi Setiausaha Politik (SUPOL) Menteri Pembangunan Usahawan, YB Ir Mohd Redzuan bin Mohd Yusof. Kebetulan, isteri skot Rahim (Siti Hajar) adalah juga skot TJP37 (Kumpulan Pertama Pegawai TJP Wanita).
Semoga skot Mohd Rahim dapat menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Selalunya aku membuka cerita baru untuk menghidangi pembaca blogku. Namun kali ini aku mahu mengkesah cerita-cerita lama yang semakin luput dari ingatan. Maklumlah, usia kita semakin tua, tempoh hayat semakin singkat, daya ingatan semakin lemah atau berkurang, mata semakin kabur, semakin mudah mengantuk, apa lagi kalau membuat kerja-kerja penulisan seperti ini.
Kesah kehidupan seorang pegawai kadet secara umumnya adalah sama kepada semua intake. Cerita kawad dan extra drill, cerita latihan hutan, cerita PT, cerita menembak, cerita change parade, cerita mencuri atau rembat kasut skot dan sebagainya. Tetapi dalam aliran cerita yang sama akan ada kelainan dan keistimewaan masing kerana setiap intake akan ada karekter tertentu yang menghiasi perjalanan sesuatu intake itu.
WHEN THE GOING GET TOUGH
THE TOUGH GET GOING
The phrase is a play on words involving idiomatic (Proverb)
and distinct meanings of "go" and "tough." In context,
"the going" means "the situation," "gets tough"
means "becomes difficult," "the tough" means "people
who are strong or enduring," and "get going" means "become
fully engaged." Taken together, the meaning of the phrase is "When
the situation becomes difficult, the strong will become engaged."
The phrase is an example of antimetabole.
Another interpretation could mean, "Those who act
tough and proud will vacate a situation when it becomes difficult lest they be
proven not as tough as they appear to be."
TERKENANG DI MASA LALU: KEM SEGENTING
Entah macam mana, semasa melayari internet, saya terjumpa
dalam YOUTUBE.com, satu slide show yang
diposkan oleh seorang Alumni AFATS berkaitan keadaan Kem Segenting yang
menempatkan batalion Jebat dan Kasturi mulai 1980 (TJP37). Saya mainkan slide show tersebut dan
mengambil gambar-gambarnya satu persatu dengan menggunakan handphone.
Alhamdulillah, walaupun hasilnya kurang jelas, ia sudah mencukupi untuk saya
abdikan dalam blog ini sebagai kenangan hidup yang tak mungkin dilupakan. Saya
edit dan download dalam blog saya.
Video ini menyebabkan air mataku menitis mengenangkan hilangnya bahan bukti kepahitan yang pernah kulalui dari April hingga Dis 1980
Seperti yang aku tulis di awal muka surat ini, segala-galanya tinggal hanya cerita untuk generasi akan datang. Bagi yang telah melaluinya ia adalah satu kenangan yang hanya akan luput bersama kematian. Buat generasi anak dan cucu, mereka hanya akan percaya jika mereka mempunyai bahan bukti untuk di lihat. Selain dari beberapa gambar yang mampu di buat koleksi, aku bersyukur kerana ada individu dari kumpulan penghuni Kem Segenting lain yang berusaha merakamkan kenangan ini dalam bentuk video.
Seperti yang aku tulis di awal muka surat ini, segala-galanya tinggal hanya cerita untuk generasi akan datang. Bagi yang telah melaluinya ia adalah satu kenangan yang hanya akan luput bersama kematian. Buat generasi anak dan cucu, mereka hanya akan percaya jika mereka mempunyai bahan bukti untuk di lihat. Selain dari beberapa gambar yang mampu di buat koleksi, aku bersyukur kerana ada individu dari kumpulan penghuni Kem Segenting lain yang berusaha merakamkan kenangan ini dalam bentuk video.
Menonton video ini mampu membuatkan air mataku mengalir mengenangkan pahit manis perjalanan hidupku.
Terima kasih kepada bekas pelatih AFATS yang menghuni Kem Segenting selepas zaman kami di atas video ini. Yang tinggal, hanya kenangan.
Penempatan SPK berakhir apabila Kompleks SPK baru siap dibina bersebelahan pada penghujung tahun 1982. Kalau tidak silap TJP45 merupakan intake pertama yang menghuni SPK baru. Berek pejebat dan kediaman Pegawai Kedet (PK) Jebat/Kasturi diambil alih oleh Sekolah Pertukangan Perantis ATM (SPPAT). SPPAT menghuni Kem Segenting sehingga tahun 1994 apabila ia berpindah ke kompleknya sendiri di Kem Sirusa (juga di Port Dickson).
AFATS ditubuhkan pada tahun 1968 ditempatkan di Kem Sirusa
sebelum berpindah ke Kem Segenting pada tahun 1982. Menyebut AFATS, aku juga
ada kenangan singkat dengannya. Selepas tamat peperiksaan SRP (1974) aku
memohon untuk ke AFATS dan dipanggil untuk temuduga. Namun aku gagal dalam ujian pemeriksaan
perubatan di hari terakhir dan tidak terpilih.
Kegagalan ini tidak membunuh minat aku dalam bidang ketenteraan terus
berkobar. Dan akhirnya aku kembali ke
kem tentera apabila terpilih mengikuti latihan PK di Kem Segenting pada tahun
1980.
Sejarah yang tercatit ialah ialah TJP37 (termasuk intake
pertama PK Wanita) merupakan pioneer kepada SPK Kem Segenting. Sebelum TJP37 semua PK menjalani latihan di
Kem Sebatang Karah (bersebelahan dengan Kem Segenting). TJP36 merupakan pioneer SPK yang ditubuhkan
pada tahun 1979 bagi menggantikan Pre-OCTU (atau PLPPK) di Kem Sebatang
Karah. Oleh kerana jumlah pengambilan
TJP37 terlalu ramai (hampir 300 PK), Kem Sebatang Karah tidak mampu menampung
kekuatan tersebut lalu sebahagian besar PK ditempatkan di Kem Segenting. Hanya
1/3 dari PK (Batalion Tuah) dan 22 PK Wanita ditempatkan di Kem Sebatang Karah.
Manakala Batalion Jebat dan Kasturi ditempatkan di Kem Segenting.
25 anak Melayu yang menjadi asas penubuhan Askar Melayu di Port Dickson pada tahun 1933, merupakan nukleas kepada kewujudan ATM sekarang
rupa pekan Port Dickson pada tahun 1960an
Pada 29 Sep 2009, semasa kempen Pilihanraya kecil DUN Bagan
Pinang (yang berlangsung pada 11 Okt 2009), PM DS Najib telah mengisytiharkan
Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.
Ini adalah berasaskan sejarah TDM bermula di sini apabila kumpulan
pertama Pasukan Askar Melayu Percubaan dilatih di sini pada tahun 1933. Nama
bandar Port Dickson diambil sempena nama seorang pegawai British bernama Sir
John Frederick Dickson. Nama asalnya ialah Tanjung sebuah kawasan perusahaan
membuat arang (charcoal) dari kayu bakau. Ia dimajukan oleh pihak British
dengan pembinaan jalanraya dan jalan keretapi dari Sungei Ujong
(Seremban). Nama Tanjung ditukar menjadi
Port Dickson pada tahun 1892.
Port Dickson yang mempunyai jaluran pantai perkelahan yang
indah berkembang maju dengan pesat khususnya dalam bidang industri
pelancongan. Berpuluh buah hotel dan
rumah persinggahan dibina di Port Dickson untuk menampong kehadiran pelancong
yang bertumpu khususnya di hujung minggu dan hari-hari cuti umum.
Bandar Port Dickson sekarang
Sehingga hari ini, Port Dickson masih mengekalkan daerah
yang paling banyak kem TDM seperti Kem Sirusa, Kem Segenting, Kem Sebatang
Karah dan Kem Sunggala. Selain dari pelbagai unit infantri dan bantuan TDM
kem-kem ini menempatkan beberapa buah institusi latihan penting dalam TDM
seperti PUSASDA, INSPEKA, PLPM, KTD, PULAMOR, IKEM dan SPPTD.
ORIENTASI KEM UNTUK PEGAWAI KADET
ORIENTASI KEM UNTUK PEGAWAI KADET
Di bawah ini adalah lakaran peta kasar yang aku buat dalam tahun 2009 (setakat yang aku ingat) kedudukan kompleks latihan SPK Kem Segenting dan Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada tahun 1980.
lakaran kasar Kem Segenting tahun 1980
Melihat kepada lakaran peta di atas, saya terkenang kepada
Orientasi (Pengenalan kepada SPK) pada hari keempat setelah melapor
di SPK. Kami melapor ke Kem Segenting pada 2 April 1980 dan majlis angkat sumpah Pegawai Kadet (PK) dilaksanakan pada 5 April 1980.
Sebelum acara angkat sumpah, bagi kali terakhir PK diberi tawaran sama ada mahu meneruskan latihan atau tidak. Satu persatu bakal PK menangakta tangan dan keluar dari barisan. Tapi jumlahnya kecil sahaja, tidak sampai 10 orang. Selepas majlis angkat sumpah, semua PK yang berpakaian PD Green (berkasut drill- berladam besi) telah dibawa untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran Kem Segenting dan Kem Sebatang Karah.
Sebelum acara angkat sumpah, bagi kali terakhir PK diberi tawaran sama ada mahu meneruskan latihan atau tidak. Satu persatu bakal PK menangakta tangan dan keluar dari barisan. Tapi jumlahnya kecil sahaja, tidak sampai 10 orang. Selepas majlis angkat sumpah, semua PK yang berpakaian PD Green (berkasut drill- berladam besi) telah dibawa untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran Kem Segenting dan Kem Sebatang Karah.
Maksud dibawa itu bukannya dibawa naik bas atau truck TETAPI lari, lompat
katak, forward roll, side roll dan sebagainya. Orientasi ini dikendalikan oleh
Jurulatih Jasmani (PTI) yang diketuai oleh Staff Sarjan Morzerin (masih ingat sangat nama ini) dengan dibantu oleh hampir 20 PTI yang berpangkat Staff Sarjan hingga Lans Kopral.
jalan masuk ke Kem Segenting (sekarang)
Bangunan SPK (Bn Kasturi) di hadapannya padang pawai
(kawad) pada tahun 1980
keadaan padang kawad itu pada tahun 1994
keadaan Kem Segenting selepas ditutup pada tahun 1994,
semua bangunan dirobohkan sebelum bangunan baru Kolej Tentera Darat didirikan.
Larian bermula pada jam 0730 atau 0800 pagi di padang kawad
di atas. Hampir 300 PK di bawa mengikut kompeni dan batalion masing-masing. Keluar dari padang kawad melalui jalan tepi
laut (gambar di bawah). Di sinilah
'hell' bermula. Lari undur, lompat
katak, forward roll, side roll, duck walk (ini antara penyebab utama PK tak boleh mencangkung 2 hari
selepas orientasi) dan macam-macam lagi.
Jalan keluar dari padang kawad. kanan laut dan kiri ialah blok Surau, Dewan
dan kantin serta blok kediaman Bn Jebat. Jalan tepi laut ini menuju ke arah
Lapang Sasar. Di simpang jalan (sebelah kanan) itulah selalunya Apek aiskrim
menunggu pelanggan ketika cuaca panas terik selepas kawad atau petang.
Padang kawad Kem Segenting (dari arah pantai)
Di hadapan itu ialah padang kawad Kem Segenting (dari arah Bn Jebat) - kiri adalah pantai Selat Melaka
jalan yang sama, gambar dari arah bertentangan- dari padang kawad (kanan adalah laut manakala sebelah kiri adalah blok Dewan, Dewan Makan, Surau dan Kantin (berkongsi Bn Jebat dan Kasturi)
Kiri adalah padang kawad manakala kanan adalah bekas blok Markas dan pejabat pentadbiran Bn Kasturi
Dari jalan tepi laut tadi larian orentasi PK membelok ke
kiri melalui jalan belakang Bn Jebat (gambar di atas). Sebelah kiri laluan
ialah blok-blok Bn Jebat manakala sebelah kanannya ialah padang yang digunakan
untuk PT pagi dan bersebelahan dengan Lapangsasar (Rifle Range) Kem Segenting
(gambar bawah). Di jalan ini pun
pelbagai 'torturing' dilaksanakan.
Kalau dilihat dihujung padang sana, ada sebuah bukit. Tiada siapa yang berani memasuki hutan di
bukit tersebut. Walaupun bahagian lain Kem Segenting telah diratakan dan
dibangunkan dengan bangunan baru Kompleks KTD, namun bukit itu masih kekal
megah sehingga sekarang. Kalau bukit lain semuanya habis ditarah kenapa bukit
ini tidak?. Pasti ada sebab musababnya.
Sebelah kanan laluan orientasi ialah Lapang Sasar Segenting
dan juga padang tempat PT pagi
Larian membelok ke kiri, ke jalan utama Kem Segenting
(gambar di bawah). Sebelah kiri jalan
ialah blok-blok Bn Jebat manakala di sebelah kanan ialah bilik mandi dan tandas
Bn Jebat.
sebelah kanan ialah bilik air/tandas Bn Jebat
Bilik air ini juga ada sejarah tersendiri kepada diriku.
Semasa minggu kedua dan ketiga selepas melapor diri, senior cadets (intake 36)
masih ada di Kem Sebatang Karah. Masa
itu kesemua PK TJP37 ditempatkan di Kem Segenting. Selepas waktu makan malam,
semua senior cadets akan datang ke Kem Segenting untuk me'ragging' junior
mereka. Mereka bagaikan singa lapar.
Maklumlah beberapa minggu lagi akan ditauliahkan. Macam-macamlah kita
orang kena. Sengal dan ketegangan urat semasa orientasi masih belum hilang lagi. Star jump, side roll, forward roll, press up,
merangkak bawah capoi (katil), lari keliling blok tu kira biasa la. Cuma mereka tidak dibenarkan untuk 'man
handle'.
Tapi nasib aku amat baik sekali. Ada seorang senior cadet
adalah rakan satu kampung dan satu sekolah ku di STMI Parit Saidi dalam tahun
73-74. Dia junior setahun denganku dan kami sama-sama aktif dalam Kumpulan
Pengakap. Malah dia sama kumpulan yang
aku jadi Patrol Leader. Namanya Jasni Mughari (sekarang Lt Kol). Bila senior menggempur berek PK, dia pun
pura-pura menjerit memanggil nama aku. Dia akan herdik aku kerana kepala boot
tak kilat. Kemudian dia akan bertempik "aku kira sampai 3, bawa drill boot
ke tandas". Bila sampai tandas, aku
pun duduk rehat berbual-bual dengan rakan sekampung. Ketika rakan-rakan lain
tengah kalut kelibut dan menderita kena lanyak dalam berek, aku relaxxxxx.
Jasni ditauliahkan dalam Kor Artileri dan kami bertemu
sekali lagi (satu kursus) semasa kami sama-sama berpangkat Mejar dan menghadiri
kursus staf di MTAT selama setahun di MTAT.
Setelah sampai di hujung kawasan blok-blok Bn Jebat dan
blok kuliah larian sampai semula ke padang kawad di sebelah kiri laluan.
Manakala di sebelah kanan terhidang curam bukit yang mempunyai lebih 64 anak
tangga. Di atas bukit ialah padang bola
dan di sebelah padang boleh terdapat belukar yang menjadi tempat latihan
senjata serta Ilmu Medan Perang (IMP).
SAYU MEMANDANG CERUN BUKIT INI
keadaan curam di sebelah kanan tangga- seperti dulu, masih
lapang dari ditumbuhi pokok. Di sebelah bawah tangga itu sahaja yang sudah ada pokok mangga yang besar. Mungkin ditanam atau tumbuh selepas kami tinggalkan.
Di cerun inilah dua orang PK (TJP37); PK Chin dan PK
Saharudin menemui ajal akibat kecederaan teruk kerana diarahkan oleh PTI untuk
memanjat lereng bukit ini dan kemudiannnya forward roll dan side roll menuruni
bukit. PK yang berpakaian PD Green dan berkasut kawad (drill boot) bergumpalan
sesama mereka. Ramai yang mendapat kecederaan serius (ada yang comma) kerana
terhentak batu atau tapak besi drill boot rakan-rakan sendiri.
Habis sessi perlanyakan di lereng bukit, PK yang masih
mempunyai keupayaan meneruskan perjalanan yang seolah-olah tiada penghujung. PK
yang pengsan dan cedera dibawa ke RSAT.
Perjalanan seterusnya melalui jalan di sebelah kirinya adalah blok-blok
Bn Kasturi, pejabat dan kediaman staf Platun Demo manakala sebelah kanannya
ialah bilik air/tandas Bn Kasturi.
.
Sebelah kiri adalah bekas runtuhan blok Pegawai Kadet Bn Kasturi
Sebelah kiri adalah bekas runtuhan blok Pegawai Kadet Bn Kasturi manakal sebelah kanan jalan adalah bilik air/tandas Bn Kasturi
Kat belakang tandas ini ada pokok-pokok yang melindungi
pandangan dari arah jalan. Kat situlah sesekali kalau malas nak solat Jumaat
(termasuklah saya), keluar dari barisan ke masjid dan lepak atau tidur di
belakang bilik air ini. Tunggu barisan
PK pulang dari masjid dan rejoin masuk baris. Zaman jahiliyah. Ya Allah,
ampunilah dosa dan kelalaianku.
Di atas bukit terdapat kawasan belukar yang redup dan di
bawah pokok-pokok besar itulah tempat PK dari Bn Jebat dan Kasturi belajar ilmu
pengenalan, membuka, mencuci, memeriksa dan memasang senjata.
ini kemungkinan kawasan yang menempatkan Mes Perwira untuk
jurulatih dan staf SPK
Selepas melalui jalan di atas, semua PK dibawa lari ke arah
jalanraya utama Port Dickson menuju ke arah Kem Sebatang Karah. Masa itu semua
sudah exhausted, separuh sedar, hanya mengikut arahan, lari dan lari dan lari.
Peluh basah kering basah kering. Pakaian sudah kotor bolor. Semua makan yang
ditelan pagi tadi sudah keluar semula. Perjuangan diteruskan. Masa ini aku
rasa, nyawa aku pun tinggal tiga suku sahaja. Sambil berlari, mulut aku tak
berhenti menyebut Allahu Akbar. Ya Allah
janganlah engkau habiskan nayawa aku. Jauh di lubuk hatiku, aku mintak
dipengsankan supaya aku dapat terhindar dari meneruskan seksaan ini. Namun
Allah tidak memaqbulkan doaku. Allah ingin aku merasai keseluruhan orientasi
ini supaya hari ini aku dapat bercerita dan berkongsi pegalaman ini.
Di Sebatang Karah, agenda diteruskan. Agenda all the roll
diulang semula. Kalau tadi makanan dalam perut sudah keluar kali ini tiada lagi
makanan tetapi yang keluar ialah MUNTAH HIJAU.
Itu adalah istilah menggambarkan tiada apa lagi yang tertinggal dalam
perut kita.
jalan ke guard room Kem Sebatang Karah
antara kawasan lanyakan PK semasa orientasi
di kawasan ini juga PK dilanyak untuk pusingan akhir (all the type of rolls) dan di sini juga
kebanyakan PK sampai ke tahap muntah hijau.
(terima kasih skot Fendi atas gambar-gambar ini)
Kira-kira jam 11 pagi semua PK dibawa lari semula ke Kem
Segenting. Berakhirlah acara orientasi hari itu. Kembali ke berek masing dalam keadaan lemah longlai. Tekak kering
kontang, tiada lagi air dalam badan. tiada lagi sisa makanan dalam perut dan
usus. Semuanya sudah termuntah keluar.
Tdak menunggu sampai ke capoi (katil), sampai kaki lima berek terus baring
terlentang. Jiwa kosong sekosongnya.
Nyawa bagaikan tinggal di hujung kuku sahaja.
Malam itu seluruh blok dipenuhi oleh suara keharuan dan
penyesalan. Ada racauan, ada tangisan, ada seduan ada ngongoian. Ada yang diam terpaku bagaikan hilang ruh
dibadan. Ada yang terlentang di atas
katil hanya memakai underwear. Ada yang merapu bagaikan dirasuk polong. Hilang malu hilang segan.
Badan lemah tak bermaya. Urat kaki semuanya tegang dan
kaku. Nak baring sakit, duduk sakit, berdiri sakit. Oh emak, oh
ayah...menyesalnya aku. Sungguh menyesal aku memilih jalan ini. Kenapalah aku
begitu bodoh. Kalaulah aku duduk di
kampong, aku hanya perlu membantu ayahku di kebun waktu pagi dan petang
sahaja. Malam aku yang punya. aku boleh
ronda-ronda naik motor dengan kawan-kawan....... Ini baru hari pertama. Ya Allah, aku akan berada di sini selama 9 bulan lagi..
hanya untuk mencapai cita-cita menjadi seorang Leftenan Muda.
SEBAGAI mengenangkan situasi malam pertama selepas selesai orientasi kem di mana waktu itu sebahagian dari jiwa (soul) ku tidak bersama jasadku, meratapi situasi yang paling pahit dan genting dalam diriku, mengutuk diriku yang telah membuat keputusan untuk masa depanku. Aku coretkan perasaan hatiku:
Deruan angin malam
deburan ombak pantai Port Dickson
memecah kesunyian malam
tidak mampu memberi ketenangan
tidak mampu mengubat rindu
tidak mampu mengembalikan kebebasan
Terbayang kegembiraan bersama adik-adik
terbayang kebebasan berlibur bersama kawan sekampung
terbayang masakan ibu
terbayang herdikan ayah kerana kenakalanku
Sakit-sakit segala tubuh badanku
sengal seluruh ototku
calar balar tubuhku
pedih celah-celah jari kakiku
hancur luluh hatiku
Mengapa aku ada di sini
untuk apa aku ke sini
Ingin saja aku bangkit dari capoiku
menyusup di celah-celah samun
menahan lori malam
kembali ke desaku
Ahhhh... mana bole aku begitu
kemana harus aku tuju
sudikah ayah ku menerimaku sebagai pelarian
sebagai pengkhianat negara
Ahhh..tak mungkin aku lakukan
malu aku kepada seluruh warga kampungku
waktu aku meninggalkan mereka dahulu
janjiku untuk mengharung apa jua halangan
janjiku untuk membela keluarga
janjiku untuk menjadi perwira negara
Aku tidak selemah itu
aku tidak pondan
aku bukan Mat Jenin
Teruskan cita-citamu
harungi cabaranmu
buktikan kegagahanmu
tunjukkan kecekalanmu
tamatkan larianmu
KEESOKAN HARInya, kami dikumpulkan di dewan SPK (sebenarnya hanyalah
sebuah blok (berek) kosong yang diisi kerusi sahaja. Dewan senyap sunyi. Komandan dengan suara yang begitu sebak
mengumumkan bahawa dua dari sahabat skot kami telah meninggal dunia akibat
kecederaan teruk semalam. Hampir tercabut jiwa kami dari badan mendengar berita ini. Kesemua gagal menahan titisan air mata. SUNGGUH SEBAK.
DAN, itu bukanlah hari terakhir latihan kami di SPK. Hari itu adalah hari pertama dn permulaan
menuju satu impian iaitu memasuki semula padang kawad SPK dengan penuh
kebanggaan untuk menerima tabik hormat dan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai
Muda dalam ATM. SEMBILAN BULAN dari
tarikh itu.
Maha Suci Allah
Segala Puji Bagi Allah
Allah Maha Besar
Syukur kepadamu Ya Allah, yang memberikan aku peluang
kepadaku untuk hidup hingga hari ni dan berjaya mengimbau sedikit pengalaman
pahit getir hampir 300 anak-anak muda yang dipanggil Pegawai Kedet Intake TJP37
untuk memetik seketul 'besi' yang dinamakan Leftenan Muda.
Kem Segenting hanya nama satu tempat dalam peta geografi
Port Dickson.
Bak kata pujangga "Geografi sentiasa berubah, Sejarah
sentiasa bertambah".
Atas nama pembangunan, atas nama perubahan, Kem Segenting
dibongkar untuk memberi laluan kepada pembinaan Kolej Tentera Darat (KTD).
Biarpun SPK Kem Segenting telah lenyap dari pandangan mata,
namun selagi kami masih belum hilang ingatan, kenangan selama 9 bulan melalui
hari-hari sukar tak mungkin akan lekang dari ingatan kami.
Kem Segenting dibongkar.......
Kem Segenting menjadi padang jarak padang tekukur.....
kredit kepada:
www.braderafats22.blogspotcom dan
http://telokkemang.blogspot.com/2008/11/projek-pembangunan-semula-kem-segenting.html
KEM SEGENTING HARI INI
KEM SEGENTING HARI INI
megah dan gagah, Kem Segenting sekarang... kini menempatkan
Kompleks Kolej Tentera Darat (KTD).
Jalan masuk ke Kem Segenting dari jalan utama Port Dickson-
Pasir Panjang
Kompleks Kolej Tentera Darat (KTD) - 2011
Markas KTD
Kediaman (Blok) Siswa
Masjid KTD
Padang Kawad
Komandan pertama yang memerintah KTD Kem Segenting sejak
tahun 2008 di PULADA, Ulu Tiram, Johor ialah Kolonel Abdul Malik bin Ali, yang
merupakan salah seorang warga SKOT 37. Beliau mengakhiri tugas di KTD pada 31
Mei 2013.
Sebelum ini, semasa KTD bertempat di PULADA, skot kami Kolonel Zamrose bin Mohd Zain juga pernah menjadi Komandannya.
Kolej Tentera Darat ini juga kemudiannya dimansuhkan dalam tahun 2013 juga kerana penstrukturan semula sistem latihan pegawai ATM yang menetapkan semua pegawai ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan dilatih di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi.
Nama KTD telah ditukar kepada Akademi Tentera Darat (ATD).
Sebelum ini, semasa KTD bertempat di PULADA, skot kami Kolonel Zamrose bin Mohd Zain juga pernah menjadi Komandannya.
Kolej Tentera Darat ini juga kemudiannya dimansuhkan dalam tahun 2013 juga kerana penstrukturan semula sistem latihan pegawai ATM yang menetapkan semua pegawai ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan dilatih di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi.
Nama KTD telah ditukar kepada Akademi Tentera Darat (ATD).
di bawah lambang sakti ini
anak-anak muda alirkan keringat, airmata
dan rela untuk alirkan darah satria
IMBAU
MENGIMBAU KESAH-KESAH SILAM
Usaha aku membuka blog ini telah menjana lebih banyak idea
dan memberi rangsangan atau motivasi kepada aku untuk menulis lebih banyak lagi
untuk dikongsi bersama. Maklum balas
yang aku terima sama ada melalui ruangan komen dalam blog, melalui emel,
melalui persembangan dalam fesbuk (facebook) serta perjumpaan dengan beberapa
individu yang berminat membaca blog aku telah memberi banyak maklumat baru dan
menarik untuk aku tulis. The snowball is
rolling. It is different with rolling
stone. When the stone rolling, it will be getting smaller and smaller (or
broken) due to the friction but the snowball is getting bigger and bigger.
Sejak aku membuka group SPK Intake 37 dalam fesbuk aku,
semakin hari semakin ramai keahliannya. Semakin lama semakin rancak. Kalau 30
tahun dulu, IT merupakan satu bendasing dalam hidup kita, sebagaimana henfon
hari ini setelah berusia melebihi setengah abad, ramai yang telah bersara,
mereka semakin banyak masa untuk IT.
tapi WALAUPUN TIADA HENFON, masing-masing pakar (especially Army guys)
dalam menhendel alat komunikasi (semboyan) - radio PRC yang terpaksa dipikul ke
mana sahaja apabila pergi exercise. Aku
tak pasti mana lebih berat antara PRC dengan biawak. Aku memang paling tak suka berkomunikasi
dengan radio PRC tu. Paling tak seronok
bila salah hantar mesej atau bahasa (callsign) yang tak betul, instruktur suruh
kena buat star jump atau kena ambik 20 melalui radio je. Kan ke pelik tengah bercakap melalui radio
tetiba buat press-up!.
Dimulakan hanya dengan lebih kurang 12-15 hali, kini dalam
masa 2-3 bulan sahaja, hari ini 22 Dis 2011, keahliannya mencapai 57 orang.
Welldone and tenkiu skot!
Sedih bila teringat balik skot-skot yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita,
tidak dapat sama menceriakan fesbuk ini, tidak dapat bertemu dalam
majlis-majlis reunion yang diadakan. Buat Skot Chin dan Skot Bala Chandra, kamu
dikenangi sebagai sahabat seperjuangan kami.
Marilah kita sentiasa membacakan Fatihah untuk disedekahkan
kepada skot-skot yang beragama islam (kita pun bila-bila masa sahaja- tak akan
ditangguhkan walau sedetik pun). Semoga kita dan mereka sentiasa mendapat
keampunan dari Allah subhanahu wataala dan RUH mereka yang beragama islam
dihimpunkan di kalangan orang mukmin. Al Fatihah untuk arwah Shaharudin, Ahmad
Zamanhuri Alang Ahmad, Haldin Sudin, Badrul Hisham Abdullah, Hisham Ahmad,
Khairi Othman, Abd Halim Sudin, Isha manap, Zainal Rashid, Kamarudin Ibrahim,
Mohd Khairi, Zainal Abidin Ahmad, Idris Musa, Zainudin Abd Ghani dan Kamar
Manja.
Aku anggap laman fesbuk ini menjadi pelantar jejak kasih
untuk mengumpulkan warga tua keluarga besar Skot TJP 37. Banyak cerita-cerita yang pada masa itu
sangat-sangat menyakitkan hati nurani, menyakitkan telinga dan sudah tentu
menyakitkan tubuh badan, kini menjadi bahan lawak hingga terbahak-bahak. Semuanya tinggal kenangan.
Dibawah tajuk ini aku akan cuba memaparkan semula
kesah-kesah lama sama ada yang suka atau duka atau nestapa. Selain dari mendapat sumber dari ingatanku
sendiri yang sudah semakin pudar, entri-entri dalam fesbuk aku sungguh menarik
untuk dijadikan bahan.
Kali ni, aku kena berterima kasih kepada Skot Affendi Hj
Yahya atas sumbangan kartun 'nostalgiathon'nya yang aku kategorikan sebagai
standard dengan kartunis Malaysia yang dah popular seperti Rossem, Lat, Mishar,
Mojo, Din, Kerengge, Hussain Saad dan Usop Sontorian. Aku harap Skot Afffendi mengizinkan kartunnya
untuk yang bakal menghiasi dan melengkapkan
cerita-cerita kenangan yang bakal aku coretkan.
Orientasi Kem
Cerita ini adalah sinopsis kepada cerita panjang di peringkat awal tajuk ini. Cuma pada hari pertama sampai dari Stesen Keretapi
Seremban, semua muka BERSEMANGAT belaka.
Maklumlah semua orang kampung dah tau, anak si polan anak si anu pergi
latihan kedet jadi pegawai tentera, nanti keluar dari sana pakai satu paku.,
gaji sebulan $700. Masa tu Yop, dengan
kelulusan SPM kalau masuk government sector gaji cuma $370 je. Gaji guru lepasan Maktab masa tu pun lebih
kurang $400 lebih sahaja.
Selepas sahaja 'Tragedi' Salam Pengenalan, segala SEMANGAT
yang berKOBAR hampir terKUBUR . Hanya
darah satria sahaja yang menahan dari bendera putih diKIBAR.
Dengar- apa yang aku dengar sendiri, atau dengar dari
cerita skot-skot lain, malam itu (selepas orientasi), macam-macam hal. Ada yang
menangis mengongoi menyesali diri kerana masuk kedet, ada yang meracau macam
kena rasuk, ada katanya yang bersilat kuntau (tapi kena pelempang oleh staf) adayang
diam macam batu, jadi dumbo.
Esoknya, dua tiga hari
Satu badan sakit-sakit, sendi semua bengkak, yang paling seksa ialah tak
boleh nak mencangkung. Adushhhhhh
Lakaran kasar yang aku buat untuk mengimaginasikan
sebahagian dari Kem Segenting yang menempatkan SPK khususnya Bn Jebat dan Bn
Kasturi
Ini adalah simpang jalan masuk ke Kem Segenting (lihat
tanda X dalam peta lararan di atas) - gambar sekarang.
Sayu melihat kesepian di simpang jalan ini. Dulu masjid di
sebelah kiri ni belum ada, yang ada pada masa itu di sebelah kanan hanya kebun getah terbiar yang sudah jadi
belukar - menjadi tempat kami belajar IMP.
Manakala sebelah kiri baru diratakan (tanah merah) untuk membina
Kompleks SPK yang baru. Kami belajar
'section battle drill' - kalau kena
forward roll- habis satu pakaian loreng bertukar jadi warna kuning tanah merah.
Sekarang kem sebelah kiri ini dioperasikan oleh Pusat Latihan Armor (PULAMOR).
Inilah keadaan tangga dalam tahun 2009, kem telah terbiar
begitu lama, Bayangkan, pokok dah tumbuh sebesar ini di pangkal tangga
(source:www.braderafats22.blogspot.com
Betapa huru-haranya keadaan semasa hari orientasi di satu
lereng curam berhampiran dewan makan Kem
Sebatang Karah diimbau melalui lukisan kartun oleh: Skot TJP37 Affendi Hj
Yahya. Kat sinilah, aku dah tak boleh nak tahan nak kencing- lalu aku lepaskan
dalam seluar yang telah oleh basah peluh.
Semuanya kembali kering sesampainya kami di berek di Segenting.
Sessi mengecam mencari yang dituduh (PTI) yang menyebabkan
kematian 2 orang pegawai kedet TJP37
Sememangnya, sebaik sahaja selesai 'camp orientation'
selama dua jam itu, dunia bagaikan telah sampai di penghujung. Semua bertanya diri sendiri, masih hidupkah
aku ini?. Hilang maya, hilang daya, hilang upaya. Tak mampu nak melangkah, tak mampu nak menggapai,
peluh dan kencing berbaur kering bersama.
Merangkak mencari air. Ada yang
meneguk habis air dalam baldi 'API'.
Nasib baik mata boleh buka lagi, kalau tidak baldi pasir sebelah tu pun
di togok.
Apa ke jadah eeee?.
Nak bina kem tentera pun jadi isu politik?
Section Battle Drill (SBD)
Section Battle Drill (SBD)
Dalam latihan peperangan konvensional, SBD adalah satu
silibus yang penting dalam subjek Taktik. Soldadu memerlukan arahan yang jelas
dan tepat dari Komander Platun untuk mempastikan serangan ke sasaran musuh
tepat. Dari aspek teori yang lebih
detail, memang aku dah lupa langsung apa yang aku belajar di SPK lebih 30 tahun
lampau.
Elemen penting dalam SBD yang aku ingat ialah jarak, tanda
sasaran, sudut tembakan, nickname, dan jenis tembakan. Contoh (if i am not
wrong):
"Seksyen- pandang hadapan - 200 meter - pukul 2 -
pokok daun kuning - Jessica (nickname) - tubi-tubi tembakkkkkk!"
Cerita yang ini aku ingat sangat, sebiji-sebiji perkataan
yang dikeluarkan oleh jurulatih (PW Mohamad) kepada Peg Kedet Goh Choon Peng
yang susah sangat menghafal bahasa hukuman.
Kebetulan Goh menggunakan nickname 'Sarimah' - aktres Melayu yang amat popular pada masa
itu.
"Seksyen- pandang hadapan - 200 - pukul 12 - pokok kelapa -
Sarimahhhhh..."
Sampai je perkataan Sarimah, Goh tak tau nak sambung..
berulang-ulang dia tersangkut. Lama-lama
jurulatih pun naik angin. Enche Mat
menjerit kat sebelah Goh.
"Gohhh!... dah berbuih burit Si Sarimah kau panggil,
kau tak tembak jugaaaaa......"
Anggota seksyen di bawah arahan Goh tak dapat menahan
gelak. Tapi kedet mana berani nak gelak
kuat, karang kena belasah instruktor.
Senak perut kami menahan ketawa.
Jalan Lasak
Jalan lasak adalah antara program latihan yang menguji
kekuatan mental dan fizikal. Bermula dengan jarak 3 batu, kemudan 5 batu, 10
batu, 15 batu dan 20 batu dan yang terakhir ialah 25 batu.
jalan lasak - lukisan oleh: Skot Affendi Hj Yahya
Acara jalan lasak yang paling mencabar ialah larian dengan
FSMO pada jarak 25 batu (bukan km).
Selain dari jaraknya yang amat jauh- bertolak waktu malam dan tamat
keesokan harinya. Dalam larian ini aku terpaksa menghabiskan 'the last 10k
dengan membawa dua 'fullpack' kerana salah seorang ahli group aku dah piwai.
Dia pun kena papah oleh another person, aku tukang bawak pack dia. kawan yang
lain bawa senjata dia. Apa-apa hal,
kawan yang piwai tu, sekarang pun dah Lt Kol juga.
Untuk mengelakkan pegawai kedet letih, lemah semangat
kerana terlalu menumpukan perhatian kepada larian, staf PTI mengajarkan kita
beberapa buah lagi sebagai pembakar semangat.
Kebanyakan lagu ini adalah mereka pelajari semasa mengikuti latihan di
Indonesia. Antara lagu yang dinyanyikan
semasa berjalan lasak (tapi Tajuk dan sebahagian liriknya aku dah lupa) ialah:
LAGU 1
Ole Ole Bandung
Ibu kota Periangan
Ole Ole Bandung
Kota kenang-kenangan
Sudah lama kita
Tidak berjumpa dengannya
Sekarang, sudah menjadi lautan api
Mari bung rebut kembali
LAGU 2
Satu ribu, dua ribu
Tiga ribu, belum tentu
Empat ribu, pasti kembang
Kalau tidak payung cadangan
Lari-lari kita lari
Agar kuat urat kaki
Badan sihat, ......
Esok boleh lari lagi
Oh adik ku, kau dengarlah
abang pergi tidak lama
cukup bulan dapat gaji
boleh kita jumpa lagi
LAGU 3
Tiada gunung terlalu tinggi
Boleh kami daki di siang hari, siang hari
Tiada jurang terlalu dalam
Boleh kami turun di malam gelap, malam gelap
Hutan rimba, padang lalang
Dusun sunyi, jalannya jauh
Panas terik, hujan berangin
Majulah ayuh maju, kami pantang menyerah
Musim Kemarau
Kemarau bukan satu bencana.
Ia adalah aturan alam. Tapi air adalah amat penting kepada pegawai
kedet. Bayangkan kalau pukul 0630 dan mula PT (latihan jasmani), lepas tu nak
breakfast dan ke padang kawad. Sejam kawad nak masuk kelas. Bayangkan kalau
lepas PT tak mandi??.
Masalah di SPK jika tiba musim kemarau ialah ketiadaan air.
Paip di bilik mandi tidak keluar air. Kedet buang sisa makanan dari perut tapi
bila flush tak keluar air. Kalau dapat
air dalam baldi pun cukup untuk beristinjak saja. Jadi, tak ada siapa yang mahu masuk toilet
untuk qadha' hajat. Tapi, bakal pegawai mesti ada initiatif. Principle of Admin.
Allah Maha Kaya. Dia anugerahkan Selat Melaka untuk pegawai
kedet SPK. Ia perlu digunakan sebaik-baiknya. Manusia juga ada pilihan. Tak boleh siang kita buat waktu malam. Setiap
malam, kedet akan melaksanakan operasi memasang mines di tepi pantai. Jebat dan Kasturi ada kelebihan, pantai
betul-betul tepi berek. Tak sampai 50
meter pun.
Usaha sikit je,
korek sikit pasir pantai. So,
berbaris la sambil sembang-sembang dan menikmati asap rokok. Nyamannya
menikmati tiupan malam angin Selat Melaka. Kalau orang Kuala Selangor datang
mesti heran, patutlah kelip-kelip (fire fly) di Kuala Selangor makin pupus,
rupanya berhijrah ke pantai PD. Tak ada pokok berembang pun kelip-kelip datang
jugak ye.
Esok pagi, segala-galanya seperti sedia kala. Pasir pantai
Port Dickson tetap bersih. Sekali lagi kedet tahu menghargai nikmat Allah yang
menjadikan air pasang dan surut.
lakaran kartun adalah ikhsan dari Skot Affendi Hj Yahya
Apek Jual Eskrim
Tengah penat lepas kawad, peluh membasahi seluruh badan. Tekak kering kerana sejam lebih
terbakar di bawah terik matahari ditambah dengan panasnya tarmac di padang
pawai. Apek dengan tong aiskrem sedia menanti ditepi padang kawad. Berbaris
kedet. Tapi apek tak offer buku lima (buku hutang macam kantin SPK). Aku tak
pasti, satu tong tu mencukupi atau tidak. Kalau apek tu bubuh air kecing, bubuh
biji asam bouy dan gula yang dah dibekukan, aku rasa kedet pun beli jugak.
lakaran kartun adalah ikhsan dari Skot Affendi Hj Yahya
Rembat Bukan Curi
Bayangkan setiap satu Bn Kedet SPK dianggotai oleh 100
Pegawai Kedet memakain pakaian yang sama, warna sama dari hujung kepala hingga
ke hujung kaki, semua pakaian 'issue' (Hak Kerajaan Malaysia). Kasut (entah berapa jenis kasut- drill boot,
jungle boot, kasut potong, dan kasut sukan), setokin, seluar (seluar PD Green,
No 3, seluar loreng, track bottom, PT Bodoh dan swimming trunk), drawers green
(nama saitifik kepada seluar dalam), baju (macam seluar juga- sepasang contoh:
pasangan seluar PT Bodoh ialah T-Shirt PT Bodoh), pakaian kepala (topi loreng,
topi PD green dan beret). Apa yang boleh membezakan empunyanya selain dari saiz
(itu pun sukar kerana saiz kedet lebih kurang je) ialah jika ada tulis
"service no" (nak hantar dobi kena tulis Svc No. Dalam keadaan biasa,
kalau dijemur di perkarangan berek, petang-petang, masing akan angkat pakaian
masing-masing 'di jemuran' yang sudah kering.
Sendiri basuh sendiri jemur sendiri angkat dan sendiri lipat.
Masalah akan berlaku bila berlaku 'change parade' malam
itu. Sebahagian pakaian dalam locker sebahagian di jemuran. Bila jam 12 malam kena change parade,
masing-masing main rembat sahaja. Tak
kira sapa punya. Kenapa jadi macam
ni? Sebab setiap pertukaran pakaian
hanya diberi masa TIGA MINIT sahaja. Bayangkan setiap 3 minit tukar dari entah
berapa jenis pakaian dan yang akhir sekali 'swimming trunk' dan pastinya lepas
itu dalam masa 3 minit semua tenggelam dalam air - Selat Melaka.
Solution- kalau ternampak (kes rembat ni) memang jadi gaduh la... tapi
biasanya, perembat akan tunggu kawan tu basuh dan jemur, masa tu kita letak la balik barang dia tu. Dan, kita pun boleh dapat balik barang kita. Kan ada tulis service number.
lukisan oleh: Skot Affendi Hj Yahya
Jurulatih Kawad
"Angkat kaki, lutut paras, hentak padat,dua, tiga
satuuuup!. Bahasa hukumankawad ada gaya
tersendiri, skrip standard (tak boleh diubah suai)- mesti ada harakat dan mesti
berakhir dengan tepat, tegas dan sentap.
Perbuatan pun sama. Masa hukuman
diberi kerana fokus, jurulatih bagi hukuman atas kaki mana? silap dengar, salah
kaki, bersepah, akibatnya semua kena lari keliling padang kawad atau press up.
gaya pemakaian seorang jurulatih kawad di SPK (bukan gambar
pada 1980) (gambar ehsan dari http://muhamadnazri15.blogspot.com/2014/02/)
Jurulatih kawad mempunyai penampilan yang sama. Tegap, tegas, serius dan segak. Uniform
mereka juga fit to the body dan beza utama antara jurulatih kawad (JLK)dengan
jurulatih yang lain ialah mereka memakai 'white belt' dan selempang merah.
Sarjan Mejar Kawad pula memakai tali pinggang kulit bersama selempang tali
kulit (Sam Browne Belt) berkilat.
Antara JLK yang
disukai oleh semua kedet ialah SSjn Mohd Ali.
Bukan dia lembut atau mesra. Tegas macam rimau juga macam yang
lain-lain. Cuma wajahnya sentiasa manis
walaupun marah. Kedet tak la tertekan sangat walaupun kena juga lari keliling
padang atau kena press up. Dia kalau marah, contohnya; "kedet.... kau buat
betul-betul kedet, kau jangan buat aku marah kedet, karang aku lempang kau,
sampai ke Singapura kang!". tapi
satu hari, tengah sedap dia demo kawat, kanan pusing kiri pusing, angkat kaki,
lutut parasss..prakkkkkkkk...., abis jahitan seluar dia terburai... dengan
bersahaja.... "skuadddd....sediap!, senangggggg drip!" dia pun minta JLK lain ambil alih dan dia
jalan terkepit-kepit keluar padang kawad.
Sapa berani nak ketawa atas padang kawad? Nak mampusssss!
Antara kata-kata lain yang famous dari staf kawad ialah HANTU RAYA kau kadetttt, Celaka kau Kadetttt dan lain-lain. Hingga ada salah seorang jurulatih Kawad bernama Staff sarjan Salleh, kami panggil dengan Staff Hantu Raya.
Antara kata-kata lain yang famous dari staf kawad ialah HANTU RAYA kau kadetttt, Celaka kau Kadetttt dan lain-lain. Hingga ada salah seorang jurulatih Kawad bernama Staff sarjan Salleh, kami panggil dengan Staff Hantu Raya.
Lelap, lelap dan lelap
Prinsip pegawai kedet ialah gunakan masa senggang untuk
merehatkan diri. Ada saja masa untuk
duduk, sistem urat punggung dengan urat mata akan synchronised. Tak kira dalam
kelas ke dalam hutan ke, atas padang kawad ke, di squad hut ke, malah tengah
menembak ketika menunggu giliran untuk mara dari 200 ke 100 pun sempat kun
(lelap).
Terlalu letih, itu sahajaalasannya. Lepas PT pergi kawad,
lepas kawad masuk kelas. masuk kelas duduk, kadang tak dan intsruktor masuk
mata dah lelap. Nak elakkan kun maka
usaha, hisap rokok. Tapi tak abis rokok sebatang, mata dah lelap. Tau-tau api
dan sampai ke jari. Pernah satu hari dalam
kelas Kapt Dahari (dia bersara Mej Jen, Dato), aku terlelap. Kena kompang
sekali dan lari keliling bangunan 12 kali. Kenapa 12 kali. Sedar-sedar je dia
tanya, what's time now? Konfiden aku jawab "12 sir". Pada hal masa tu
dah pukul satu tengahari.
Dalam hutan, masa tengah buat ambush, hujan turun, setia
menunggu musuh, tau-tau musuh dah lepas lalu. Semua lelap. Hadiahnya diterima
dalam hutan tu jugak. Apa lagi side roll dan forward roll.
Waktu yang paling senang lelap ialah di squad hut.
Pelajaran teori tentang senjata, kaedah membuka dan memasang senjata. M-16,
Pistol Browning, GPMG, SLR dan Carl Gustav. Amat membosankan- tu yang sonang je
lolap.
Lagi satu waktu yang paling seronok nak lelapkan mata serta
tanpa gangguan ialah waktu mendengar khutbah solat Jumaat. Masa tu, khutbah tak
ada value langsung kepada kedet. Yang paling penting ialah masa duduk tu.
Walaupun kedet tak berminat dengan khutbah, namun setiap kedet amat
mengharapkan supaya khutbah lebih panjang lagi. Lagi panjang lagi bagus.
Merempuh Halangan
Rasanya tak payah cerita lah pasal merempuh halangan
(obstacle) ni. Kesah biasa sahaja. Kalau
ada kesah lucu pun kes kedet yang montel-montel yang susah nak lepas bila kena
latihan panjat tali, mengeberang halangan (bergayut) dan turun dengan
tali. Tak larat nak tampung badan lalu
jatuh dalam kolam. Atau pun melepasi kolam dengan menggunakan tali macam
tarzan. ramai juga yang tak lepas.
Keluar 'Weekend' dan Extra Drill
Tiga bulan pertama latihan di SPK kami tidak dibenarkan
keluar dari kem walapupun pada hari minggu. Dari bangun pagi sampai ke bangun
keesokan harinya kami hanya tau berek, dewan makan, kantin, padang kawad dan
padang tembak sahaja.
Kalau masa ini diberi peluang keluar weekend, rasanya ramai
yang jadi 'prisoner of war'. Selepas
tempoh 'confinement' , masuk penggal dua, pakai dua 'balak' atau bahu, barulah
kami diberi peluang untuk keluar weekend secara bersyarat:
(1) Sebulan hanya sekali sahaja.
(2) Mesti pakai uniform No 3 (working dress). Bayangkan dengan uniform complete, berjalan-jalan di Kota PD, ke pantai Telok Kemang.
(3) Tidak dibenarkan melebihi pekan PD hingga ke Pasir Panjang. Maknanya nak ke Seremban pun tak dibenarkan.
(4) Mesti tulis dalam buku weekend dan balik sebelum jam 5 petang.
(5) Keluar weekend bukan satu mandatory, kalau ada buat hal masa week day, atau kalah dalam acara sukan, menembak atau apa-apa hal masuk kategori buat 'fuck-up' - punahlah harapan untuk keluar weekend.
Masuk penggal 3, kami dibenarkan keluar weekend memakai
'Planters Order'. Pernah sekali aku tak baca Part One Order, aku keluar
weekend, kalau tak silap masa tu hari Raya Haji (lebih kurang Oktober 1980),
selepas Solat Raya Haji di atas padang kawad SPK Segenting, aku pun keluar
bersama kawan-kawan ke pekan PD, beraya ke rumah salah seorang Staf Bn Kasturi
(Sjn Ramli) di Telok Kemang. Hari tu kami dibenarkan pulang ke Kem lewat,
sebelum jam 10 malam. Semasa menunggu bas untuk balik ke Kem, berhampiran Telok
Kemang, satu bas arah ke PD, seorang
kawan aku menjenguk kepala dari bas sambil menjerit'
"Toha, kau duty guard malam ni!!!"
Berderau darah aku masa tu, pucat. Patut kena lapor jam 5 petang. masa itu dah
jam 6 lebih. Mampus la aku. Kawan aku
Razak dah ambil alih tugas, tapi aku tetap kena 'charge for absent from the
place of duty".Silap-silap haribulan aku boleh kena 'expel' dari SPK!
Keesokan harinya aku dibawa masuk (oleh Bn Sgt Major, PW2
Mohd Som) menghadapi perbicaraan terus ke hadapan Pegawai Memerintah (CO) Bn
Kasturi, Mej Fathulzaman. Keputusannya aku dijatuhi hukuman 'kawad tambahan
selama 7 hari - satu jam setiap hari'.
Puhhhhh...pengalaman pertama dan terakhir kena charge dan dihukum dalam
kerjaya aku dalam ATM.
Lubang Beruang
Cerita lubang beruang ini amat popular di kalangan pegawai
ATM keluaran (produk) Sebatang Karah. Ia adalah sebuah kolam terbiar berlumpur
yang bersaiz lebih kurang 10 x 10 kaki. Bukan sahaja kotor dan busuk, dalam tu
entah apa yang ada. Tapi dalam keadaan
tertentu lebih 100 orang kedet boleh masuk dalamnya. Semasa aku di SPK, aku pun
tak tau mana satu lubang beruang ini. Yang ada cuma sebuah kolam bersaiz 20 x
10 kaki. Di atas kolam tersebut ialah tali yang terentang untuk latihan
fizikal, setiap kedet perlu melepasinya- ia menguji kekuatan tangan. Sesiapa
yang gagal melepasi tali itu akan jatuh dalam kolam. Jebat dan Kasturi di
Segenting selamat sebab sesekali sahaja kena ke sana tapi Tuah di Sebatang
Karah, mesti ada cerita sendiri.
River Crossing
Satu lagi latihan yang mencabar kekuatan minda dan fizikal
ialah river crossing 'with complete FSMO (plus weapon)' dengan menggunakan
peralatan asas tentera sahaja. Pack kena jadi pelampung. Kena balut dengan ponco, dan ada tekniknya
supaya tidak bocor atau air tidak meresap ke dalam pack. Latihan dilaksanakan di Sungai Lukut. Orang
kata sungai tu ada buaya. Tapi sebelum latihan dimula, staf SPK meletupkan
dinamite di beberapa bahagian sungai - aku rasa untuk menghalau buaya la kot.
Bagi membantu kedet supaya tidak dibawa arus sungai, tali direntangkan
menyeberangi sungai.
Apa yang jadi kenangan di sini ialah bermacam-macam kerenah
dan gaya kedet apabila satu persatu (secara berpasangan) kedet dilepaskan
menyeberangi sungai. Mana yang datang
dari kampong dan tahu berenang, tak de masalah, tenang, enjoy the crossing
hingga menyentuh tanah seberang.
Yang jadi cerita ialah anak-anak kota yang tak tahu
berenang atau anak-anak kampung yang tak ada sungai. Tak tahu berenang. Masuk je dalam air dah mula terkial-kial,
tercungap-cungap, terkinja-kinja, belum mula berenang lagi dah tenggelam timbul
macam dah nak mati.
Sebenarnya aku pun dah lupa siapa partner aku menyeberang
pada hari itu. Tetapi Allah Maha Kuasa,
setelah 30 tahun, melalui facebook, seorang bekas PK mengaku masih ingat
berenang bersama aku. Dia ialah PK Hazman.
Hazman tidak meneruskan kerjaya dalam ATM tetapi menyertai Jabatan
Kastam DiRaja.
Antara peristiwa lucu yang aku ingat ialah salah seorang
skot aku, PK Rajakandan yang berenang berdekatan dengan aku. Dia punya panik
dan kecoh, lain macam je. Bukan sahaja terkial-kial, tapi mulut dia juga bising
entah apa punya bahasa dia cakap. Nak
tergelak aku. Dengan itu, maka baru lah aku faham dan menerima kenapa ada
simpulan bahasa (yang aku belajar di sekolah rendah dulu) 'Keling Karam".
Macam mana rupanya kalau mereka karam, kalau baru cecah air dalam keadaan yang
selamat, ada float, ada tali dan ada pengawal pun masih kecoh. Aku pun tak tahu kenapa orang India sekarang
marah sangat dengan perkataan Keling.
Pada hal, tanyalah siapa sahaja, dalam tahun 60n-80an, kami sebut perkataan tersebut dengan bebas
tanpa apa niat buruk atau prasangka untuk menghina atau memperendahkan kaum
tersebut. Masa itu, kata kias seperti
keling karam, keling botol, rojak keling, keling mabuk, pisang keling, keling jual roti tak menjadi hal. Malah banyak tempat diabadikan dengan nama
Keling seperti Tanjung Keling dan Jalan Masjid Kapitan Keling.
Ikhtiar Hidup (Survival)
Salah satu subjek dalam Ilmu Medan Perang ialah ikhtiar
hidup. Di SPK (sebelah belakang Kem Sebatang Karah) ada satu kawasan yang
dipanggil 'Survival Village'. Di kampung
ini kebanyakan staf yang bertugas ialah keturunan Iban dari Rejimen Renjer.
Kami diajar cara bagaimana membuat perangkap binatang, burung dan ikan di dalam
hutan.
Bau asap dan masakan amat sensitif dan mudah dikesan. Musuh boleh mengesan lokasi pasukan dari bau
masakan. Oleh itu kami juga diajar cara memasak di dalam hutan secara taktikal
supaya bau dan asap masakan tidak dapat dikesan oleh musuh.
Kebetulan pada hari itu ada seekor ular sawa yang sebesar
peha dapat ditangkap. Hari itu, staf survival mengajar kami cara menyembelih
ular sawa (walaupun sembelih tetap tak jadi halal pun) dan melapah kulit. Lepas itu, mereka memasak sup dari daging
ular sawa. Dan hampir 300 kedet hari itu
diarah untuk merasa menu spesel "SUP ULAR SAWA".
Kalau dah commissioned, duduk pejabat asyik
"mengulo" je, tandanya masa kedet dulu terlebih makan daging 'ulo'
sawa ni laaa.
Escape and Evasion
Melepaskan Diri dan Menghindar (Escape and Evasion) merupakan satu program latihan yang benar-benar
mencabar minda dan fizikal. Ia juga
menguji kecerdikan dan inisiatif, taktik dan teknik untuk hidup (survival),
pada masa yang sama mengelak dari dijejaki atau diperangkap oleh pihak musuh.
Oleh itu, pantang kepada semua kumpulan ialah melalui
jalan, apa-apa jalan la, sama ada jalan raya atau jalan kampung. Kerana musuh (jurulatih) sentiasa berkeliaran
di mana-mana.
Sekiranya- mana-mana sindiket atau kumpulan dapat ditangkap
oleh musuh (jurulatih), barang milik mereka akan dirampas, tertakluk kepada
pihak musuh. Mungkin tangkapan pertama
mereka akan dirampas baju sahaja, untuk tangkapan kali kedua kasut mereka akan
dirampas dan seluar mereka dikoyak-koyakkan. Atau mungkin hanya ditinggalkan
seluar dalam sahaja. Kedet terpaksa
berusaha sama ada meminta pertolongan orang kampung atau menggunakan daun-daun
kayu untuk menutup bahagian tubuh.
Pegawai kedet juga dilarang membawa apa-apa makanan dan
DUIT. Tapi ramai yang bijak dengan
pelbagai inisiatif, berjaya menyeludup wang kertas. Cara bagaimana? itu inisiatif masing-masing.
Kami diberi masa 3 hari 3 malam untuk kembali ke kem pangkalan.
Apa pun, mana-mana sindiket yang mempunyai anggota 'ladies
cadet' lebih bernasib baik, especially dari Tuah Bn kerana mereka duduk satu
Kem, boleh merancang. Kedet Wanita diberi peranan sebagai Bendahari Kehormat
sindiket. Semua not (RM50) diserahkan kepada mereka untuk disimpan. Kat mana
mereka simpan, itu RAHSIA mereka. Mereka
ada advantage kerana instruktor tak akan kelebek tempat-tempat khusus. Apa yang
sahabat lelaki tau, bila dah keluar dari kawasan kem, Bendahari akan keluarkan
wang simpanan untuk dibelanjakan apabila diperlukan.
CUMA, walaupun sindiket aku mendapat seorang ahli dari
kalangan kedet wanita, kami tak terlintas untuk mengoptimakan beliau. OTAK
kurang cerdik masa itu. Walaupun sindiket aku ada bekas BOY (RMC), tapi
dikurniakan OTAK yang kurang cerdik juga, tak boleh menasihati sindiket.
Mungkin kebijaksanaannya telah dihabiskan di RMC dulu.
Semua cerita mengenai E & E disimpulkan dengan dua
gambar yang masih diperolehi di bawah.
Terima kasih Skot Sohemi kerana masih menyimpan gambar-gambar ini. Kenapa kami jadi seperti ini, terlalu banyak
pengalaman yang boleh di ceritakan. Lebih 30 kumpulan dan setiap kumpulan
mempunyai pengalaman sendiri.
Antara pengalaman yang aku lalui sepanjang perjalanan:
(1) Meredah belukar paya yang dalamnya paras pinggang -
biasanya tempat seperti ini adalah tempat persembunyian ular sawa.
(2) Menyeberangi sungai yang dalamnya paras bahu dalam kegelapan malam kerana di jambatan ada musuh menunggu,
(3) Menumpang lori-lori sayur untuk mempercepatkan perjalanan
(4) Melalui kawasan estet, mendapat ehsan dari penduduk estet- diberi makan nasi daun pisang (kebetulan ada majlis perkahwinan) - dalam keadaan pakaian yang compang camping dan berbau busuk- apa lagi kedet yang kebuluran - hilang malu hilang segan - belasahhhhh.
(5) Ada anggota skuad yang hilang semangat juang, menangis mengongoi di tengah malam, menyesali kesukaran yang dilalui.
(6) Kebetulan dalam skuad aku ada kedet wanita (PK Hasnah)- tapi aku kagum dengan ketabahan dia - tidak pernah merungut langsung. Begitu juga dengan kedet wanita dalam kumpulan lain. Walaupun mereka hanya menurut apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kedet lelaki, mereka melalui segala kesukaran yang dilalui. Tabah bersama, meredah semak samun, panas terik, terpaksa tidur di mana-mana dalam kegelapan malam dalam hutan atau kebun untuk mengelak dari jejakan musuh.
(7) Jika tertangkap musuh, sebelum diambil pakaian, kedet akan dibuli dahulu seperti press up, star jump, slide roll dan forward roll. Bayangkan, apabila tertangkap, kasut dirampas, sementara memohon ihsan (jika ada melalui kampung) kedet akan membalut kaki dengan kain buruk untuk berjalan meredah semak, kebun dan hutan.
(8) Ada yang telah hampir sangat dengan kem tetapi telah tertangkap, mereka akan di bawa semula ke check point yang pertama.
Sekarang: Sama ada subjek E and E ini masih dilaksanakan
di mana-mana pusat latihan kedet dalam ATM atau tidak. Kalau ada mungkin subjek survival yang dibuat
macam majlis rekreasi Hari Keluarga. Bawa khemah dan katering sekali macam
kerja kawin. Nak masuk hutan pun, banyak
hutan dan bukit yang dah kena tarah. Nak
masuk hutan betul, jauh sangat, nanti keluar hutan calar-balar, luka sana sini,
komplen hantar MMS kat parents, parent lapor pulak kat wakil rakyat. Maka heboh pulak dalam Parlimen, kata pegawai
kedet didera. Jenuh Komandan nak jawab kat PAT atau Menteri. Komandan, CI dan jurulatih akan kena tukar.
Exercise WIRA JAYA
Ex-Wira Jaya adalah latihan kombinasi terakhir yang
meliputi peperangan insurgency dan conventional. Bermula dengan latihan peperangan insurgency,
meredah lembah dan bukit dan hutan belantara - kebanyakan pergerakan dilakukan
di tengah malam- meliputi advance party, rear party, attack dan withdrawl,
ambush, camping dan macam-macam lagi.
Yang paling tak tahan ialah memikul GPMG dan Carl Gustav naik bukit
turun bukit. Otak tak boleh nak fikir,
jadi zombi- berjalan-berjalan-berjalan.
Aku tak ingat sangat kat mana point kami diturunkan kerana
pada masa tu tak ada rasa nak tahu. Yang
kita tau, bila trak berhenti, kami turun, kat situ kita buka map- plot untuk
next check point. Antara kawasan yang dilalui (seingatanku) ialah Ulu Sepri,
Titi dan Kg Gagu Ulu... (kalau baca buku Samad Idris- Sejarah Askar Melayu)-
kawasan ini dulu ialah sarang pengganas komunis.
AKU RASA PASAL INILAH BANYAK INSTRUCTOR KEDET JADIK
GILA. Tiap-tiap tahun ikut kedet buat
benda yang sama. Bayangkan, selepas kami
(TJP37), tiap-tiap tiga bulan ada intake kedet masuk. Aku rasa antara mereka
dah mencapai kegilaan ke tahap gaban.
Kalau instruktor boleh naik heli ke lokasi exercise, aku rasa Kapt
Rahmat G, Kapt Hamid G dan Lt Amiruddin tak akan jadi macam itu punya G. The
first 2G is Gunner (Artilery Corps)
Jumlah perjalanan entah berapa puluh km pun kami tak tau.
Destinasi akhir ialah Bukit Broga di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Pekan Broga dalam daerah Hulu Langat,
Selangor. Betul-betukl dibelah oleh sempadan negeri Selangor-N.Sembilan. Tapi Bukit Broga dalam Negeri Sembilan.
Bukit Broga juga dipanggil Bukit Lalang
Ketibaan pasukan infantri ( kami -askar jalan kaki) di kaki
Bukit Broga disambut dengan berpuluh buah trak 3 tan yang berisi syarat dengan
peralatan perang konvensional.
Berpuluh-puluh gulung kawat duri (barbed/concertina wire), beratus batang iron picket, guni,
cangkul, shovel, dan entah apa-apa lagi, skot Darat je yang boleh ingat
terminologi itu. Semua kena bawa naik ke
puncak bukit. ATM mesti menakluki puncak
bukit sebelum musuh tiba. Dalam perang
konvensional siapa yang dapat menawan kawasan yang tinggi, dia ada advantage. Cuma, cabarannya ialah punca air yang lazimnya terletak di bawah bukit.
Sekarang kita dengar PETIKAN rintihan insan-insan terpilih,
yang kekeringan peluh untuk mengalir, sepanjang beberapa hari bermastautin di
puncak Bukit Broga. Petikan ini aku
pungut dari yahoogroups TJP37. Sejak aku
buka kedai fb ni, yahoogroup dah kurang pelanggan.
Adegan 1.....satu lagi perkara kat broga yg tak boleh
dilupakan adalah bila waktu malam dengar bunyi cangkul dan mess tin tengah
korek kubu.... macam lagu dan irama.... sayu betul bunyinya.... sampai sekarang
masih berdengung bunyi tersebut. Roslan Shaari
Adegan 2....tak bolih lupa capt rahmat "bantai"
kaki saya semasa nak marching keatas bukit. Terduduk,sepatut tak bolih step on
the road ( jalan raya) semasa marching, tapi akibat penat terbabas berjalan gak
atas jalan raya.....apa lagi jerit lah Capt Rahmat, kedet..itu kenangan,
mengajar kita disiplin n to be tough. Norhaili Abd Latif
Adegan 3. Yang
paling tak dapat aku lupa di Broga ni bila sahabat kita LOD tiba-tiba muncul di
trench aku dengan 4 gulung D10 Cable dengan airmuka yg paling sayu... Rupanya
dia kena pasang cable tu untuk line `Set K' ke semua defence position dari
bukit ke bukit. Tapi lepas tu, cable tak habis pasang, dah kena withdraw
pulaak. Hanya yg keluar dari mulut LOD ketika itu...."Man. ....Ada air
tak??" Malangnya aku pun kekeringan ketika itu. Anyway LOD, for that
nostalgia, you can have a crate of Coca Cola the next time we see each other
(Itu pun kalau kau bagi aku `stroke' OK). Azman Daud
Adegan 4. actually,
ko bukan orang pertama aku mintak air, dah baper bukit aku naik, xsilap aku,
takes me more than 6 hr to completed the job .. siap tgh mlm kot.. at least aku
tahu hows defence has been laid.. and bn mana yg paling efficient.. kalao x pandai
ikut kompas jln tgh mlm mahu aku sesat.. but juz imagine masa withdrawl
abandone position b4 midnite n no movement b4 last light... take me another
round utk tarik. semula cable. yg xbest nya.. tiap2 position ada password yg
lain masa nak enter. asyik kena tahan jer..sabor jer lar.. tgh mlm derang ingat
musuh demo nyusup nak curi senjata...bnyk lagi citer aku ble share... masa tu
aku angkat tangan kat signal corps and it will b my last priority to join.
hahahaha. thanks azman for reminding me. Lod Atan.
"Bygkan aku kena pasang g10 cable n then tanggalkan di
semua lokasi. Mmg mcm hamba tebusan . Tapi aku happy tgk muka skot yg aku
jumpa. Berapa kali jatuh n kutip cable kat bwh bukit. Bila fikir semula. Bnyk
kenangan aku. Pasal kapt rahmat tu, dia yg buat kita semua ada cerita utk d
kongsi bsama. Maafkan lah saja." - Lod Atan
Adegan 5. buat trench tak siap-siap. Pakai pix axe utk
korek lubang.... Lepas tu fitik pulak angkat def equipt kat bawah bukit.
Seksa...Mohamad Shuairi.
"apa kurangnya, skot kita D.Swami kat Broga. Dah cakap
(merapu) sorang-sorang atas busut (batu), maca lah kita semua tak penat".
Tapi kes yang berikut (yang diperkesah dalam kartun Affendi
di bawah) ini, aku sendiri tak tau perkara ini berlaku. Hanya diceritakan oleh
salah seorang dan disokong (saksi) oleh beberapa skot yang lain. Skot-skot pun
tak bagi tau 'exactly who is the guys' sebab melibatkan maruah seseorang.
(Walaupun akhirnya aku tahu siapa- namun ia tetap satu rahsia). Lagi pun Erra Fazira pun dah pesan, Biarlah Rahsia.
Tapi masa itu, si pembuat ni memang kena maki hamun dan 'lahanat' sepanjang malam.
Kata mereka, skot yang buat kerja ni dah pun pakai Lt Kol
dan masih berkhidmat ketika aku tulis kesah ini. Dan dengarnya 'kena relegate'
(turun skot). Yang tau diam-diam atau
gelak sorang-sorang je la, dan yang tak tau, tak payah lah nak tau.
SPECIAL CORNER:
KAPTEN RAHMAT
.....antara kenangan yang paling tragis tetapi paling
melekat dalam jiwa setiap warga TJP37 (mungkin beberapa intake yang lain ialah
perihal Kapt Rahmat. Sebut sahaja nama
Kapt Rahmat, semua tak akan dua kali tanya..... lebih terkenal dari Komandan
dan CI. Terkenal dengan muka yang tak
pernah senyum, tak pernah ada good mood (dari hari pertama sampai melangkah
keluar dari SPK) dan yang membuat namanya terpaku dalam dada setiap kedet ialah
ideologi 'sadisme' nya.
Aku rasa, walaupun semua kedet telah maafkan dia atas semua
tindakan sadisnya, namun kalau jumpa dia di mana-mana tak akan ada yang mahu
memperkenalkan diri sebagai anak didikannya semasa di SPK.
Sampai la ni,tak ada siapa yang ada jawapan yang lebih 50%
tepat sebab musabab dia jadi macam itu.
Tapi beberapa assumption yang boleh dibuat ialah dia:
Dia nak balas dendam kerana masa dia latihan kedet atau
masa dia di AFATS dulu dia kene lanyak teruk oleh instruktor kerana dia lopong
sangat; atau
Dia nak balas dendam kena ragging teruk semasa melapor di
unit pertama dia, sebab dia idle, tak boleh cooperate dan suka mengasingkan
diri; atau
Masa kecik dulu dia teruk kena dera oleh emak atau bapak
dia, atau (kalau ada), emak atau bapak tiri dia. Masa dera pulak kena belasah dengan kayu api.
Itu pasal, dia suka belasah kedet dengan kayu.
Antara petikan berkaitan Kapt Rahmat. Tak payah aku nak
mengingat semua peristiwa dan tragedi, cukup meletakkan apa yang skot-skot
tulis dalam fb sebagai testimonial.
"Masa tu ada ke istilah 'ration party?. aku kena pelangkong dek Kapt rahmat tu masa
aku 'incas' ration party', "ko mari sini, pandai engko
ye!"..Pelepukkk... Ramai juga skot yang kena guling (forward roll) sampai
ke bawah bukit. Sampai sekarang aku ingat
beno tempat tu" Norhaili.
"Aku kena tetak kepala (oleh Kapt Rahmat) dgn kayu
sebesar lengan masa fitik tolak barbed wire naik Bukit Broga la...sbb tgh mengah2,
musuh tembak, lewat take cover...apa lagi si Rahmat yg membawa rahmat ada
situ....nasib baik helmet ikut spek..kalau tak, pocah kepalo den". - Toha
"Saya pun pernah merasa penangan Kapt Rahmat tu dgn
kayu...tahan aje la...at the same time Kapt tu bagi pulak kat kepala ladies...
ladies tu tak menangis, tapi air matanya meleleh....sedih dan kesihan...." - Hazman
"...yang aku ingat Aini kena ketuk dengan Kapt Rahmat
masa latihan section battle drill kat kebun getah depan kem sebatang karah,
masa tu tak pakai helmet, pakai jungle hat je sebab module CIW. Tentu Aini
ingat lagi sebab aku ngan Hazeman pun tak lupa...some people are just being
sadist...dia wack sekuat hati." - Mustapha
"Si Rahmat ni dengor cerita berhenti kapt je tak
sempat pakai mej..dia ni X-afats intake 2...kena ragging teruk kut tu yang
balas masa kat Kedet..." - Suhaimi
"Mi hang la ni baru berani citer dia ex afats la. dulu
jgn kata nampak muka dia dengan nama pun hang dah lari... Sapa yang tumpang
kheta dia nak pi PD kena turun tengah jalan pasai banyak mulut sgt??? pak pin
tau kut....." - Sohemi
"Saya satu dari kadet yg kena turun tengah jalan tanpa
apa2 sebab dia berhenti kereta turun kan kami..kami tak tahan dia pun ,dia yg
berhenti suruh kami naik..tak salah dua orang lagi Malik dan Dswami dah lupa
detail, sapa pun tak pernah lepas dari dia kena ketuk sampai patah kayu..kayu
dia suruh kita cari pulak tu". - Azrul Hardav
"Recall my memory kat Broga tu, puhhhhh, Kapt
Rahmat! Sapa tak ingat dia!. Aku masih
ingat lagi masa dia suruh Razak Kiran forward roll dalam longkang, Memamng
zalim - Razib Atan
"Tak boleh lupa, dia pukul kepala aku dengan kayu
besar. Nasib baik masa tu dalam hutan aku pakai helmet. Kalau tak....(bodoh seumur hidup)...- Monica
Mowe.
"Kapt Rahmat ni dok mana sekarang?. Dulu aku nampak
kat Kg Pasir, JB. Dia kendali stesen
minyak Petronas or Shell (tak ingat). Tu
la, kita orang Kasturi jarang kena pelangkong si Rahmat ni." - Zakaria
Mohamad.
"Masa aku kat KTD Ulu Tiram (1996-2000) kebetulan aku
menyewa rumah sebelah sedara dia. Khabarnya dia bukak stesen minyak
Petronas. Sedara dia pun tak percaya
bila aku cerita kesah masa di SPK.
Khabarnya masa itu dia pun membujang lagi." - Ariffin Saimon.
Cerita dari Skot Shohemi Hashim. Skot aku berasal dari Kedah dan hobbynya
mengajuk cakap orang. Antara yang menarik ialah bila dia mengajuk cakap SSjn
Eliap (Iban). Tapi ini bukan cerita
pasal dia mengajuk cakap Eliap tapi cerita pasal dia kena penampau Jepun
dari Kapt Rahmat.
Peristiwa berlaku semasa ujian Semboyan di kawasan lapang sasar Kem Segenting. Skot hohemi kena
penampar Jepun dengan Abang Rahmat (yang langsung tak membawa rahmat) apabila
dia kata Kapt Rahmat telah salah menyebut 'Victor' padahal sepatutnya dia
menyebut 'Whisky' jadi bila dia (skot) encode telah menjadi ayat lain. Lepas kena penampaq tu Rahmat kata "saya
tak pernah silap tapi kamu yang pekak
dan bangang". Lepas tu dia kata "Kamu tak payah jawab soalan lain,
kamu pergi forward roll sampai ke bilik kamu!". Masa tu berek Jebat memang
bersebelahan dengan lapang sasar Segenting. Jurulatih Semboyan, Kapt Lim Eng
Tai tenganga tengok. Dan skot kita ni
failed paper Semboyan.
Kapt Lim Eng Tai ni pelat sikit, kalau dia cakap, kat
hujung mesti ada 'tek'. Sampai ada yang gelar dia Kapt Lim 'Tek'. Lagi satu, dia punya favourite caption ialah
"kak chik hang!". Masa aku
kerja di Mindef dalam tahun 96-99 dia masih Mejar lagi. Tapi kemudian masa aku
dah Lt Kol, aku jumpa dia dah pakai Lt Kol.
Moral of the story, kalau boss atau jurulatih salah, jangan
sesekali kata dia salah. Pelajaran ini perlu dipegang sehingga kita hidup tak
ada boss.
There are only TWO rules of the military officer; RULE No.
1- the boss is always right. RULE No. 2
- If you think that your boss is not right, please refer to RULE No. 1.
Macamana rupa Kapt Rahmat niiii?
dari kiri: Kapt Suthakaran, Kapt RAHMAT, Kapt Hasbullah,
Kapt Ganeson, Kapt Kamarudin dan Kapt Vincent Sinnapan
akhirnya 'permata' dalam lumpur telah ditemui oleh skot
Affendi pada 7 Sep 2013
(pertemuan Affendi dengan Kapt Rahmat (B) di Ampang Park)- 2013
Kapt Rahmat hadir dalam majlis perkahwinan anakku yg ke 4 pada bulan Sep 2014
Kedet Wanita - Bunga-bunga Penyeri
Kehadiran Kedet Wanita sebenarnya mencipta sejarah sendiri
kepada TJP37. Mereka adalah kumpulan
wanita pertama menjalani latihan sepenuh masa sebagai kedet TJP di SPK. Seramai 22 serikandi telah terpilih sebagai
perintis kepada kumpulan ini. Antara
kedet pertama aku temui semasa menaiki keretapi dari Stesen Kluang ke Seremban
untuk melapor ke SPK ialah Yohanez dan Marmilah. Mereka naik dari stesen Segamat.
Aku tidak banyak cerita mengenai kedet wanita ini kerana
kami dari Bn Jebat dan Kasturi diletakkan jauh dari mereka. Semasa bulan pertama kami melapur (sebelum
TJP36 ditauliahkan), semua kedet TJP37 ditempatkan di Kem Segenting. Manakala kedet wanita di tempatkan di Kem Sebatang
Karah. Bila kedet TJP36 meninggalkan Kem
Sebatang Karah, TJP37 dibahagikan kepada 3 batalion; Bn Tuah mengambil-alih
berek TJP36, manakala Bn Jebat dan Bn Kasturi kekal di Kem Segenting.
Blok Tempat Tinggal Pegawai Kedet Wanita
(pada bulan Dis 2015, bekas Pegawai kadet Asmah (kiri) dan Marmilah (kanan) melawat semula blok tempat tinggal mereka semasa latihan tahun 1980)
Tandas blok PK Wanita
(diceritakan juga ada cerita-cerita tersendiri bila waktu tengah malam)
Jadi, Kedet Bn Tuah lebih rapat dengan Kedet Wanita. Mereka
PT pagi bersama (lain PTI laaaa- bukan kena darling carry bersama) berkawad
bersama, merempuh halangan bersama, makan satu dewan. Kami (Jebat dan Kasturi) hanya berpeluang
dekat dengan kedet wanita semasa latihan luar seperti latihan hutan, menembak
di lapang sasar, dan Wira Jaya (of course not sitting in the same trench). Itu
pun biasanya kalau ada sindiket kecil, seorang kedet wanita akan dimasukkan
dalam mana-mana sindiket Pegawai Kedet lelaki.
semasa melapor diri pada Apr 1980
semasa menjalani latihan pegawai kadet -1980
dicelah-celah rakan seperjuangan lelaki
semasa hari pentauliahan
dengan uniform sebelum dan setelah ditauliahkan
dengan uniform sebelum dan setelah ditauliahkan
lebih 30 tahun selepas meninggalkan SPK
Walaupun di Kem Sebatang Karah, Bn Tuah diserikan dengan
Kedet Wanita, aku dengar juga cerita bahawa mereka juga menghadapi tekanan
perasaan. Mereka bengang bila kedet
wanita diberi keistimewaan oleh Tuan Komandan dan jurulatih lain. Walaupun pada aku mereka (wanita) melalui
kesukaran dan 'toughness' yang sama, mungkin lebih lagi sebab mereka wanita.
Aku rasa geng Tuah bengang bila mereka kena 'dera dan
deril' di depan kedet wanita kot.
Apanak buat skot, tak kan nak dapat semua. Ada kala happiey
ada kala sediey....
Bab kedet wanita ni, geng Jebat dan Kasturi memang agak
jeles jugalah dengan abang Tuah. Dalam
kerinduan kepada emak dan keluarga, ada juga kedet wanita yang boleh mengubat
mata. Walaupun keadaan mereka masa itu lebih kurang sama dengan kita juga,
namun isu endeng-mengendeng tetap berlaku. Frankly, aku sendiri bukan main
susah nak ingat nama mereka sebab bila pakai loreng atau PD Green, semua lebih
kurang sama je, rambut pendek dan muka gelap (kena bakar matahari di padang
kawad). Yang pasti tak boleh tak kenal ialah Usha Pannikar (sebab dia adalah
sorang dari kaum India dan setelah ditauliahkan aku kenal ayahnya adalah
pegawai Pelajaran di TUDM Alor Setar. PKW Sam Foong Sow selalu keliru dengan
Ann-Marie- cuma Ann lebih feminine berbanding Sam. Lolly juga mudah dikenali kerana satu-satunya
gadis Iban. Monica 'gadis Serani' pun famous kerana paling 'comelote' di
kalangan PKW- semuanya ada minat tapi tak berani dekat. Dia pulak jenis pemalu. Yang lain-lain tu
ingat-ingat lupa mukanya, mungkin jumpa pun tak kenal. Yang ada jumpa lepas tauliah hanya Siti
Zaliha, Hamidah dan Sam F S sahaja. Che
Gayah pernah jumpa dalam satu mesyuarat masa dia aku dan dia sama-sama Kapt,
tapi macam tak kenal je, tegur pun jawab macam bukan skot je. Yang lain tak
pernah jumpa.
Yang di Jebat dan Kasturi kalau ada peluang masa
'joint-exercise' seperti map reading, firing (shooting), tactics etc akan
mencuba nasib juga. Comot-camit masa itu
tetap sedap dipandang. Ye la, masa tu
usia di awal dua-puluhan. Prinsip 'lelaki' di usia ini adalah di tahap pertama
iaitu 'pandangan hidup'. Maksudnya 'baru pandang dah hidup!. Kalau usia 30an-
menentukan pegangan hidup (kena pegang baru hidup), usia 40an adalah fasa
'urutan hidup' - kena urut baru hidup. Sekarang ni di usia 50an pegang prinsip
'cabaran hidup'. Kena cabar baru hidup.
Ada juga yang memegang prinsip 'tamparan hidup'- kena tampar baru hidup.
Ops, lupa pulak bercerita tentang kedet wanita tadi.
Melencong dari tajuk. Kalau buat
appreciation buat macam ni, memang kepala dah kena lantun dengan kayu sebesar
lengan (pastinya oleh Kapt Rahmat atau Lt Amirudin).
Kebanyakan kedet wanita diserapkan ke Kor Perkhidmatan
(KPD), Kor Ordnans (KOD). Mankala yang lain masuk RSD, KPTD, KRD dan KPA.
Sebahagian besar menamatkan perkhidmatan TJP mereka dalam pangkat Kapt dan
Mejar sahaja. Setahu aku yang kekal beberapa orang sahaja yang meneruskan
perkhidmatan ke Tauliah Tetap. Yang masih kekal dalam perkhidmatan sehingga
tarikh ini (31/12/2011) ialah Kol Yohanez TUDM, Lt Kol Noor Sabarina (Loly)
(KKD) dan Lt Kol Sam Foong Sow (RSD).
Hanya dua sahaja kedet wanita untuk TUDM, seorang lagi ialah Sarkiah,
yang bersara wajib (2009) dalam pangkat Lt Kol TUDM. Skot Sam FS bersara pada
tahun 2012 manakala Noor Sabarina pada tahun 2014. Kedua-duanye bersara Lt Kol.
Yohanez mencatat sejarah sebagai wakil PK Wanita TJP37/Wanita 1 yang mencapai pangkat Brigedier Jeneral. Beliau bersara pada tahun 2016 dan menerima gelaran Dato' (dari Sultan Pahang).
Yohanez mencatat sejarah sebagai wakil PK Wanita TJP37/Wanita 1 yang mencapai pangkat Brigedier Jeneral. Beliau bersara pada tahun 2016 dan menerima gelaran Dato' (dari Sultan Pahang).
Berikut adalah beberapa gambar blok PKW 1980 yang diambil
oleh skot Marmilah dan skot Asmah yang menghadiri reunion SSC31 di Kem Sebatang
Karah pada 13 Dis 2014:
Kesah Monica
Macam aku sebut di atas, di kalangan 'guys', Monica jadi
macam celebrity. Abang-abang di Tuah banyak lah cerita, Kami di Segenting, meleleh air
lior je. Kalau pergi exercise jauh, 3
ton atau bas yang bawa kedet wanita dari Sebatang Karah dah penuh awal-awal
lagi oleh budak-budak Tuah. Ehhh..ada bas ke masa tu? aku pun dah lupa.....
Tapi ada satu kesah, kedet Salihudin ni, bila naik bas je
dia mesti 'cup' duduk sebelah Monica. Tak tau la, berani ke dia tegur Monica
tu, atau saja syok nak duduk sebelah, nak pandang dan bagi hidup. Atau nak
dapat 'heat' Monica untuk bawa balik blok buat bekal semangat pertandingan
gusti lima lawan satu.
Bila setiap kali Salihudin asyik blok (tak bagi laluan), satu hari
skot Wahid pun naik hangin la....Dia pun lama juga berniat tapi tak dapat chance. Maka hari itu, si Wahid pun pergi dekat dan
tepuk bahu Salihudin dan jerkah Salihudin.
"Din, asyik engkau je duduk sebelah Monica, engkau
bangunlah, aku pun nak rasa duduk dengan dia jugak"...
Maka, Salihudin dengan muka doposen (atau lebih murah dari
itu) pun bangun cari tempat lain.
Kesah Mat Kiwi
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf (zahir dan batin)
kepada individu yang ada kaitan dengan cerita-cerita ini. Sesekali tidak
bertujuan untuk menghina atau memperkecilkan, hanya sekadar mengimbau kenangan
lalu (nostalgia) dalam lipatan sejarah TJP37. ok kan skot???
Ada seorang dari kalangan skot kami yang menerima gelaran
sebagai 'Mat Kiwi'. Aku pun tak pernah tanya bagaimana dia dapat gelaran
itu. Aku sendiri pun segan nak panggil
gelaran itu kerana bila dah tua-tua macam ni mungkin ada yang sensitif. Tapi bila saja ada reunion, geng-geng TD
masih panggil dia dengan gelaran Mat Kiwi.
Ceritanya begini, PK Ahmad bin Ismail adalah pegawai kedet
yang sebelum ke SPK merupakan pelajar AFATS (SPPAT) Port Dickson. Students AFATS ni macam juga exPutra RMC,
tubuh mereka kecil-kecil tapi ligat dan pantas. Maklumlah dah 2 tahun kena
lanyak berbanding dengan fresh cadet SPK.
Di SPK, Ahmad dari Bn Jebat. Pengalaman amat membantu. Itu
pasal Ahmad (kita panggil Mat sahaja) cekap dalam mengilat kasut. Bila free dia
akan duduk di tepi berek tekun mengilat kasutnya. Biasalah kilatkan kasut guna kiwi cap burung
kiwi dengan kain pengilatnya. Kalangan kedet kasut Mat lah yang paling
mengerlip, kalau tersengih kat 'kepala but' dia boleh nampak gigi satu
persatu. Kalau masuk parade atau
roll-call, memang nampak sangat beza kasut Mat dengan PK yang lain.
Itu pasal lah kita orang panggil Mat Kiwi.
Dalam kedet Jebat ni, orang yang paling suka menggelar
orang lain ialah Ishak. Ada sorang ni pulak, gelaran Cipan. Nanti aku cerita SIAPA dia Cipan ni? dan
macamana dia dapat gelaran ini. Kena dapat pandangan pakar-pakar rujuk dalam
Facebook TJP37. Ye la, kadang-kadang
walaupun hanya kenangan, takut juga kalau menyinggung perasaan kerana cerita
ini mungkin dibaca oleh anak, cucu atau sedara mara mereka.
Ada satu lagi gelaran 'THREE STOOGEs'. Yang ini aku tak
akan sebut namanya langsung kerana ia melibatkan 'maruah dan keperibadian'.
Operasi 'Nite Mine Laying'
Biasalah bila musim kemarau, SPK memang menghadapi masalah
air. Mandi-manda bukan satu masalah
kerana air laut hanya beberapa langkah sahaja.
Yang menyiksakan ialah untuk 'qadha' hajat'. Nak masuk tandas, memang
tak ada selera. Dah penuh. Boleh muntah.
Maka, terpaksa tahan. PK (Pegawai Kedet bukan Pengganas
Komunis) terpaksa menunggu waktu malam untuk melakukan operasi. Bila malam menjelang, selepas waktu prep dan
selepas room inspection, maka satu persatu atau secara kumpulan kecil PK akan
membuat espionage dan penyelinapan masuk ke kawasan operasi. Memasang 'mine'
and 'yours'. Askar, mesti sentiasa dalam
keadaan berbaris. Ada yang beroperasi
sendirian, ada yang berkumpulan sambil bersembang sambil mengasap.
Mengelakkan dikesan musuh? Ah Mudah. sebelum lay out, korek
sedikit pasir, selepas selesai, sepak pasir, kambus semula. Selesai. Cuci hadas
kecil? just 4-5 step behind. tak perlu
bimbang 'mine' akan ditemui oleh orang awam atau musuh kerana pantai SPK adalah
exclusive untuk PK sahaja.
Pasal hal ini aku ada satu cerita yang diceritakan oleh
salah seorang skot aku. Ini berlaku
semasa exercice 'E & E'. Tengah 'si
PK sekor ni' ni berendam dalam air mencuci- selepas selesai tugas- tetiba
seorang instruktor (satu-satunya instruktur wanita- Lt N) mengajukan senjata di
kepala sambil menyergah "Bangun cepat- kamu telah ditawan!". "Puan, saya tak pakai apa-apa ni Puan!,
malu Puan, Puan janga tengok Puan!!".
"Okay, pakai cepattttt!, perintah Lt N, sambil memlingkan mukanya
ke arah lain. Apa lagi, si PK ni pun bangun, tak sempat pakai apa pun, lalu
bingkas dan cabut lari, hilang dalam kegelapan!. Selamatkan diri dulu, pakai seluar kemudian.!
Kaki Busuk!!
Jangan salah anggap, kaki busuk bukan ada kene menegne
dengan siapa yang busuk hati dan menganiaya sesama kawan. Ini memang
betul-betul punya kaki yang bau busuk. Kenapa? Why? Why? Why??
Jungle boot merupakan pakaian wajib PK dalam banyak jenis
latihan seperti IMP, taktik (latihan peperangan), jalan lasak, senjata, PT
kombat dan sebagainya. Jungle boot dipakai bersala seluar loreng. Mula2 memakai
memang rasa keras kerana masih baru dan tak biasa. Tapi lama-lama kaki dah
menyesuaikan diri dan kasut mula menadi lembut akibat dipakai setiap hari.
Oleh kerana stokin cuma dapat dua pasang kadang bila masuk
hutan sampai dua hari tak bertukar. Bau busuk/bacin mula timbul. Apatah lagi
kalau kasut basah akibat masuk dalam paya atau sungai. Basah lembab kering
balik, terus pakai. Bau tak payah kira. Kalau exercise dalam hutan, jarang
dapat rehat buka kasut kerana takut kena 'hayak' oleh instruktor, tak sempat pakai kasut. Nayaaaaa...
kulat air- malah lebih teruk dari ini.
bedak anti-septik
Bila selalu sangat pakai kasut dan stokin lembab dan basah,
lama-lama celah-celah jari kaki akan pecah dan gatal, timbul penyakit yang
dinamakan 'kulat air'. Walaupun dibekalkan dengan bedak kaki (antiseptic
powder). Bedak kaki tak sempat kering dah pakai balik.
Kulat air ini akan hidup kalau kaki basah atau lembab. ia
makan kaki dan berbau tak menyedapkan. Gatal dan pedih. Yang menyedihkan ia
hidup bertahun-tahun. Selepas dua pulh tahun dalam perkhidmatan, sakit tersebut
belum hilang. Malah setelah bersara bertahun-tahun pun kesan kulat air masih
kekal.
KULAT AIR yang aku alami sejak keluar dari SPK (1980) hanya pulih setelah aku mendapat rawatan dari Klinik Dr Ko (Taman Melawati) pada tahun 2017. Bayangkan. 36 tahun menderita.
KULAT AIR yang aku alami sejak keluar dari SPK (1980) hanya pulih setelah aku mendapat rawatan dari Klinik Dr Ko (Taman Melawati) pada tahun 2017. Bayangkan. 36 tahun menderita.
PKW X Minta Keturunan
Semasa latihan pegawai kedet ada diceritakan bahawa salah
seorang Peg Kedet wanita yang telah meminta keturunan?
Salah satu dari acara dalam program latihan kedet ialah terjun
junam maut (abseiling) menggunakan tali.
Kemahiran ini perlu untuk anggota tentera merentasi sungai tanpa perlu
membina jambatan atau menuruni bukit yang curam serta banyak halangan.
Kedet perlu menaiki menara menggunakan tangga dan akan
menggelongsor turun dengan menggunakan tali yang dilengkapi dengan aksesori
keselamatan. Kedet juga diajar teknik menjaga keselamatan semasa turun. Sebelum turun, kedet perlu meminta kebenaran
kepada pegawai (jurulatih) yang mengawasi latihan itu;
"Saya ....(Nombor, Pangkat dan Nama) minta kebenaran
untuk turun Tuannnnnnnn"
Maka tibalah giliran seorang Pegawai Kedet Wanita ni untuk
terjun turun'
"SAYA......3001578 PEGAWAI KEDET WANITA X X MINTA
KETURUNAN TUANNNNNNNNN"
Oleh itu sesiapa yang ingin tau siapa PK Wanita tersebut,
inisiatif sendiri laaaa. Nombor dah bagi dah tuuuuu....
PK Norhaili @ Mat Sabun
Kenapa Norhaili digelar Mat Sabun?
Kebiasaannya gelaran Mat Sabun ini diberikan kepada prebet
bujang yang tinggal dalam berek. Kenapa
Mat Sabun?. Mat Sabun dikaitkan dengan
kegemaran melepaskan syahwat kelakian secara masturbation menggunakan sabun
sebagai bahan pelicin. Biasalah orang
bujang, tenguk video biru dan sebagainya, maka sabun jadi bahan
pelepas..... Jadinya, perebet bujang selalu dikaitkan dengan Mat Sabun. Dan,
mana-mana pegawai bujang yang mempunyai kegemaran yang sama akan turut digelar
Mat Sabun. Tapi dah jadi kebiasaan kemudian, bila Prebet sahaja depa panggil
Mat Sabun. Kadang panggil Mat Ca'i (yang
ni aku tak tau dari mana datang gelaran ni).
Masa latihan kedet di SPK dulu, semua 'other rank' tanpa
kira pangkat kita orang panggil STAF. Jadi kalau bertemu di mana sahaja, kita akan bagi hormat, PAGI STAPPPP,
PETANG STAPPPPP....Mamat ni (PK Norhaili) suka menyamar jadi Prebet. Malam-malam bila habis waktu kelas (prep) dia
akan duduk di kantin. PK lain pakai
'planters order' lengkap. Dia dengan selamba akan pakai kemeja lengan panjang
dengan lengan berlipat. Duduk di kantin
sedap-sedap hisap rokok. Tujuan dia ialah supaya staff SPK tak kacau dia.
Apalagi, semua PK yang masuk kantin (dan tak kenal dia) akan bangun hormat kat
dia. PETANG STAPPPP...
Wah apa lagi, dia naik seronok pulak...dalam hati ketawa
berdekah-dekah dan kutuk kawan sendiri "bongok betul skot aku
ni...." Bila pecah tembelang tu
yang skot semua panggil Mat Sabun kerana menyamar menjadi Mat Sabun. Tapi sama ada dia betul-betul praktis apa yang
dikaitkan dengan hobi asal Mat Sabun tadi, Wallahu A'lam bissawabbbb.
Cerita PK Azrul Dapat Naik Kereta Percuma
Antara cerita menarik ialah bagaimana PK Azrul (dulunya
Hardav Singh) bersama PK Malik ALi dan seorang lagi PK (dari Tuah Bn) keluar ke bandar Port Dickson semasa weekend.
Semasa menunggu bas di tepi jalan, tiba-tiba sebuah kereta
berhenti di depan mereka dan mempelawa mereka masuk. Maka kedet bertiga tu dengan rasa penuh
serba-salah campur takut-takut pun masuk lah.
Bila tiba satu tempat yang agak sunyi, jauh dari kawasan orang ramai,
tetiba pemandu kereta itu memberhentikan keretanya dan berkata,
"all of you,
get off!!!!!".
Maka tiga sekawan tu dengan penuh kebodohan dan persoalan
pun kelam kabut keluar dari kereta itu.
Mana tau dibuatnya pemandu tu orang gila. Mampus dia pukul atau dia
tembak ke. Walaupun 3 lawan satu ada
kemungkinan boleh menang TAPI mereka bertiga mengambil jalan terbaik untuk
keluar dan tahan kereta lain.
Kenapa mereka tak membantah arahan pemandu itu walau
sepatah perkataan pun???
Jawapannya amat mudah.
Sebenarnya mereka amat mengenali pemandu kereta itu- iaitu Kapt RAHMAT.
YANG TINGGAL HANYA KENANGAN
,
antara blok-blok peginapan Pegawai Kadet di Bn Tuah (gambar 2010)
lagi kartun-kartun hasil karya skot Affendi Yahya
Perbarisan
Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kedet TJP37 pada 24 Januari 1981
PLEASE FEEL FREE TO VISIT MY ANOTHER BLOG:
coltoras1959.blogspot.com dan
toharudinairforce81.blogspot.com
No comments:
Post a Comment