sEKOLAH tEMPUR pEGAWAI mUDA
kem paradise
kem paradise
kota belud
Kursus Pegawai Muda
Bagi Pegawai-pegawai Muda Pasukan Tentera Darat, Young Officers Tactic Course (OTC) atau YO All Arms Tactics Course (AATC) atau Kursus Muslihat Asas Ketua platun (MAKP) di PULADA adalah kursus wajib. Pada penguhujung tahun-tahun 1970an, terdapat juga pegawai-pegawai muda TUDM yang dipilih untuk mengikuti kursus ini bersama-sama rakan Tentera Darat mereka. Mereka yang terpilih ini lazimnya dari kalangan pegawai muda yang sedang menunggu (tempoh yang lama) untuk melapor diri ke kursus asas penerbangan di TUDM Alor Setar. Daripada melapor ke unit-unit tanpa apa-apa kemahiran/kepakaran dan jadi mangsa buli (ragging) seniors, lebih baik mereka dihantar berkursus.
Bagi Pegawai-pegawai Muda Pasukan Tentera Darat, Young Officers Tactic Course (OTC) atau YO All Arms Tactics Course (AATC) atau Kursus Muslihat Asas Ketua platun (MAKP) di PULADA adalah kursus wajib. Pada penguhujung tahun-tahun 1970an, terdapat juga pegawai-pegawai muda TUDM yang dipilih untuk mengikuti kursus ini bersama-sama rakan Tentera Darat mereka. Mereka yang terpilih ini lazimnya dari kalangan pegawai muda yang sedang menunggu (tempoh yang lama) untuk melapor diri ke kursus asas penerbangan di TUDM Alor Setar. Daripada melapor ke unit-unit tanpa apa-apa kemahiran/kepakaran dan jadi mangsa buli (ragging) seniors, lebih baik mereka dihantar berkursus.
Aku
sendiri tak tau apa kandungan kursus tersebut kerana tidak pernah merasainya. Tapi
aku pasti ia mendalami ilmu peperangan (especially insurgency warfare)
khususnya dalam bidang pengendalian senjata, muslihat perang, ikhtiar hidup dan
sebagainya. Dan pastinya jauh lebih teruk dan lebih mencabar berbanding dengan
latihan di Pre-OCTU atau SPK.
Latihan
di Pre-OCTU/SPK dirasakan amat teruk kerana mereka tiada pengalaman. Dari
remaja yang dimanjakan dengan kehidupan keluarga tetiba bertukar kepada
kehidupan latihan ketenteraan yang keras. Cultural shocked. Tapi bagi pegawai
muda yang mengikuti kursus di PULADA mereka sudah dibekali dengan ilmu
tipu-helah (muslihat) dan telah boleh memfokas apa yang bakal berlaku dalam
setiap latihan.
STPM dan Amir Guntur
Buat kali pertamanya, pegawai dari Intake TJP37 telah menjadi perintis apabila kursus YO di PULADA telah dipindahkan ke kem baru di Kota Belud, Sabah. Pusat latihan tersebut dinamakan Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM), Kem Paradise, Kota Belud. Dan Komandan pertama STPM ialah Lt Kol Amir bin Baharudin yang dikenali dengan gelaran yang amat menggerunkan (pada masa itu) 'AMIR GUNTUR KAMPARPUTRA'. Guntur bermaksud 'guruh' atau 'halilintar'. Manakala Kamparputra adalah kerana beliau berasal dari Kampar, Perak. Bayangkan seseorang yang mendapat gelaran seperti itu. Aku difahamkan gelaran itu ada kaitan dengan lambang kebanggaan beliau yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Indonesia.
Buat kali pertamanya, pegawai dari Intake TJP37 telah menjadi perintis apabila kursus YO di PULADA telah dipindahkan ke kem baru di Kota Belud, Sabah. Pusat latihan tersebut dinamakan Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM), Kem Paradise, Kota Belud. Dan Komandan pertama STPM ialah Lt Kol Amir bin Baharudin yang dikenali dengan gelaran yang amat menggerunkan (pada masa itu) 'AMIR GUNTUR KAMPARPUTRA'. Guntur bermaksud 'guruh' atau 'halilintar'. Manakala Kamparputra adalah kerana beliau berasal dari Kampar, Perak. Bayangkan seseorang yang mendapat gelaran seperti itu. Aku difahamkan gelaran itu ada kaitan dengan lambang kebanggaan beliau yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Indonesia.
Semasa
latihan kedet di SPK, kami ada pernah membuat lawatan ke Kem 23 RAMD di Kem Sikamat, Seremban dan Pegawai Memerintahnya ialah Amir Guntur. Pada masa itu
23 RAMD merupakan Batalion RAMD yang amat digeruni oleh mana-mana pegawai muda
yang baru berkhidmat. Nama sahaja Batalion Askar Melayu, tapi budayanya seperti ke kem Rejimen Gerak Khas. Itu persepsi yang aku dengar pada waktu itu.
Maafkan aku jika ia tidak betul. Apa pun cara beliau mentadbir 23 RAMD, PULADA
dan juga STPM aku difahamkan nama Amir Guntur yang berhati waja itu sentiasa
meniti di bibir bekas-bekas anggota di bawah perintah dan anak-anak muridnya.
Tetap menjadi kebanggaan mereka.
Jadi,
cuba bayangkan, bila diketahui oleh pegawai-pegawai muda ini bahawa Komandan
STPM ialah Bapak Amir Guntur.
AMIR GUNTUR KAMPARPUTRA
(Mej Jen Dato' Amir bin Baharudin (Bersara )
gambar diambil dari facebook beliau
Menurut alkesahnya, kesemua warga Tentera Darat yang baru sehari bergembira merayakan pengurniaan tauliah dari DYMM Sultan Perak di SPK telah diarahkan untuk mengikuti Kursus Muslihat Asas Ketua Platun (MAKP) di Sekolah Tempur Pegawai Muda di Kem Paradise, Kota Belud, Sabah selama 6 bulan. Mereka disertai oleh beberapa puluh lagi para senior dari pelbagai intake terdahulu yang masih belum mengikuti kursus MAKP di PULADA.
TJP37 dan MV Sang Fajar
Diceritakan,
malam itu mereka ada Commissioning Ball di sebuah hotel di KL, sebaik selesai
majlis (mana yang bawa girl friend kena hantar gf balik dulu) mereka terus
bergegas pulang ke Port Dickson untuk mengambil beg pakaian dan senjata mereka
kerana keesokan harinya mereka terpaksa ke Pelabuhan Klang untuk menaiki Kapal
MV Sang Fajar menuju ke Kota Kinabalu.
Cerita menarik dari skot-skot mengenai pergerakan ke KK ialah, sebelum dihantar ke pelabuhan Klang (dari SPK), semua pegawai muda ini ditempatkan di Hotel Malaya KL untuk penginapan satu malam. Hampir 100% adalah budak kampong (walaupun antaranya pernah duduk di sekolah berasrama penuh) kali pertama menginap di hotel. Maka pada hari mereka bertolak, diberitakan pihak hotel mengadu kehilangan sebahagian besar dari tuala dari bilik-bilik hotel yang diduduki oleh pegawai muda ini. Malah ada antaranya yang cuba menyeludup keluar peti televisyen milik hotel ke KK. Nampaknya mereka ini berpandangan jauh. Agaknya kalau duduk dihotel di KK sebelum balik semenanjung, katil di hotel pun akan di'dismantled' dan dimasukkan dalam beg atau kotak untuk dibawa balik.
Kapal MV Sang Fajar
Tahun 1981, enam buah pesawat C130H baru dua tahun beroperasi dan terpaksa melaksanakan pelbagai misi airlift. Pada masa itu kesemua unit/batalion roulement di seluruh negara dilaksanakan oleh pesawat C130H dari No 14 Skn yang berpangkalan di TUDM KL. Oleh itu tugasan untuk mengangkut lebih 200 pegawai muda ini dan perlatan mereka memerlukan dua buah C-130H. Ia tidak mampu digalas oleh No 14 Skn dan bukan priority mereka. C130 TUDM mempunyai tasking dan operasi yang lebih utama. Oleh itu, mereka dihantar menggunakan perkhidmatan kapal laut yang disewa oleh ATM bernama MV SANG FAJAR.
Keperitan
sudah mula dirasai sepanjang perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Kota Kinabalu dengan
menaiki Kapal Laut 'Sang Fajar'. Perjalanan mengambil masa seminggu. Di dalam
perut Sang Fajar mereka bagaikan dilepaskan dalam Stadium Colliseum di zaman
Kerajaan Rome. Para senior adalah bak singa garang yang sedang kelaparan
bersedia untuk membaham mangsa.
Sepanjang perjalanan mereka menjadi mangsa permainan (ragging) sang senior yang menjadi bertambah ganas akibat kebosanan dalam perut kapal. Keliling lautan luas manakala sebelah atas hanya langit yang tidak kelihatan kakinya. Siang malam pagi petang, dalam bilik, luar bilik mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah senior. Kehidupan semakin sukar. Mabuk laut akibat dihayun ombak Laut China Selatan (LCS) satu perkara, dihayun singa yang sedang mabuk pun satu lagi hal.
Ingatkan,
lepas latihan teruk di SPK bolehlah berehat atas kapal menikmati udara bersih
LCS sementara menanti balak bencana yang menanti di STPM Kota Belud.
Mereka sudah dapat membayangkan bagaimana Amir Guntur dan anak-anak
buahnya tidak sabar menanti ketibaan mereka.
Di
dalam kapal Sang Fajar pun kena buat Duty Officer. Dikatakan ada dua Duty
Officer; satu bertugas di bahagian kepala kapal manakala seorang lagi di
bahagian ekor kapal.
Cabaran
utama kehidupan di dalam kapal MV Sang fajar ialah AIR. Bekalan air dicatu,
oleh itu salah satu cara untuk menjimatkan air ialah mengurangkan aktiviti
membasuh baju. Keutamaan untuk mandi dan istinjak sahaja. Jadi, bayangkanlah,
bau pakaian mereka yang berminggu tidak berbasuh. Tak tau sama ada mereka
menggunakan air laut untuk membasuh. Bau?, tak usah cerita lah,
especially di dalam kapal yang tidak ada ventilasi.
pelbagai reaksi muka pegawai muda di atas kapal MV Sang Fajar menuju ke KK, ada yang sedih, ada yang confused ada yang senyum, ada yang blank.
(dari kiri: LtM Jasni, LtM Khalid, LtM Mohd Nor Diwi, LtM Jamil, LtM Hanafiah, LtM John ak Gila dan LtM Goh CP
TJP37 dari Segenting ke Kota Belud
Sebelum TJP 36, latihan pegawai kadet mengambil masa satu tahun, iaitu 6 bulan di YLPPK di Kem Sebatang Karah dan 6 bulan di Cawangan Kadet Maktab Tentera Diraja, Sg Besi. TJP 36 yang terdahulu dipilih untuk menjadi perintis latihan Pegawai Kadet silibus baru (9 bulan) telah gagal mencapai tahap yang dikehendaki dan dilanjutkan tempoh dua bulan lagi.
Oleh itu, Skot 37 telah menggalas tugas perintis latihan 9 bulan. TJP 36 lebih bernasib baik kerana bilangan mereka kecil dan ditempatkan di Kem Sebatang Karah yang telah tersedia lengkap dengan kompleks dan fasilitas latihan kadet. TETAPI TJP37 agak malang. Ketibaan kami tidak disediakan dengan kelengkapan sewajarnya. Ini diakui oleh Brig Jen Dato' Hoon Mun long (Bersara), mantan CO Bn Jebat, lebih 37 tahun setelah kami meninggalkan SPK (semasa Reunion TJP37 di WP TD pada 10 Okt 18)
Kem Segenting merupakan kem tinggalan sebuah Batalion Infantri. Pegawai Kadet ditempatkan di berek bujang (prebet). Kami duduk berasak-asak dan tidak sesekali menepati piawaian sebagai sebuah pusat latihan bakal pegawai ATM. Keseluruhan hampir 300 Pegawai Kadet ditempatkan di satu kompleks yang serba kekurangan.
TJP 37 dalah pengambilan terbesar pegawai Kadet TJP ATM untuk kali pertama. Setelah TJP 36 ditauliahkan pada bulan Mei 1980, TJP 37 dipecahkan kepada 3 Batalion; TUAH, JEBAT dan KASTURI. Bn TUAH dan PK Wanita dibawa ke Kem Sebatang Karah (yang dikosongkan oleh TJP 36), Bn JEBAT kekal di Kompleks Kem Segenting di sebelah kiri Padang Kawad utama (mereka menjadi lebih selesa), manakala Bn KASTURI (the most junior Battalion) dipindahkan ke kawasan Kompleks kedua Kem Segenting (sebelah kanan Padang Kawad) yang keadaan bereknya jauh lebih buruk dan usang dari Kompleks Bn JEBAT.
Maka TJP 37 terutamanya Bn KASTURI memulakan kehidupan baru sebagai Pegawai Kadet dengan keadaan serba dhaif dan kekurangan.
Setelah ditauliahkan, TJP 37 juga merupakan perintis (pioneer) kepada STPM Kota Belud yang baru dibuka bagi menggantikan lokasi kursus MAKP di PULADA.
Kondiri STPM di Kem Paradise, Kota Belud jauh lebih hodoh, buruk dan usang dari Kem Segenting. Kem Paradise adalah peninggalan Tentera British yang sebelum ini digunakan oleh Rejimen Peninjau (Kavalri)- sekarang Armor.
Maka dicatatkan dalam sejarah ATM bahawa TJP 37 ini keluar dari sarang harimau, masuk ke sarang singa. Bukan sahaja kondisi kem yang jauh dari piawaian (standard) pusat latihan pegawai, mereka juga terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran muka bumi, penduduk dan budaya yang serba asing.
keadaan 'classrooom' di STPM hampir sama dengan classroom Rejimen No 10 CPM di dalam hutan sempadan Thailand
(depan sekali Roslan Kadak; baris kedua, Zainudin Ghani (allahyarham), Tahar, Bala Chandran (mendiang) dan Raphael Tan CS (Rizal Tan); baris belakang: Zainal Tompok, Nik Abd Rahman Fathil, Jaafar Marlan dan Mohd Husin)
gambar: ehsan skot Husin Abdullah
salah satu latihan conventional warfare di Kota Belud- pooooh nun jauh mata memandang padang lalang
(dari kiri: Azman, Khalid, Salihuddin, x dan Yusof)
gambar: ehsan skot Khalid Hussein
Lt Hanley (Husin)
gambar: ehsan skot Husin Abdullah
skot Mustapha
bangku dan meja kayu dibina atas inisiatif penghuni berek yang diabaikan kemudahan awam. dibuat dari bahan guna semula.
keadaan dan rupa bentuk berek dan kawasan sekitar kediaman pegawai muda di STPM
gambar: ehsan skot Ariffin Saimon
kanan itu ialah bilik air yang jarang ada air. walaupun mereka dalam gambar ini hanya mandi 1/7 kali seminggu, namun dengan pakaian walking dress dan lanyard merah menyala ini mereka tetap kelihatan macho. gambar: ehsan skot Ariffin Saimon
Kesihan. Kedua-dua Pegawai Muda STPM kekurangan zat makanan dan didera kerja lebih masa (kiri: Mustapha dan kanan: Abdul Razak
gambar: ehsan skot Mustapha Ahmad dan Abdul Razak
Semua binaan diperbuat finishingnya dari zink. Kalau di
kampung zink ini hanya digunakan sebagai dinding bilik mandi atau tandas di
luar rumah sahaja. Bayangkan bagaimana keadaan dalam berek ketika siang
(tengahari) malah bahangnya akan kekal sehingga jam 12 malam ataupun sehingga
embun membasahi bumbungnya. Menurut kata Shohemi, macam mana nak menggambarkan
kepanasan suhu di kawasan ini ialah, dia meletakkan lilin di waktu pagi dan
bila tengahari lilin itu cair.
Untuk menggambarkan bagaimana keadaan TOILET (sama ada
layak dipanggil toilet atau tidak), kata skot Mustapha, ia adalah lubang yang
digali dan diletakkan di atasnya dua batang kayu. Tanpa penutup. Maka di atas
batang kayu itulah pegawai muda kita mencangkung melepaskan bahan-bahan yang
tidak diperlukan. Mungkin, melihat kepada saiz dan rupa bentuk pegawai muda
yang kurus kering itu, aku rasa tak la banyak sangat bahan kotora yang
dibuang. Tapi untuk 300 orang selama
sebulan..... usah dibayangkan la. Bagaimana keadaan kalau waktu musim hujan???.
Antara jurulatih STPM yang berkhidmat di bawah Pak Guntur
di STPM pada masa skot-skot intake pertama MAKP STPM ialah Kapt Zulkifeli bin
Mohd Zain (sekarang PAT) dan Kapt Raja Mohammad Afandi (sekarang PTD). Antara
senior intake SPK/RMC yang turut menyertai intake pertama STPM ialah Lt M
Razali Ahmad (sekarang Mej Jen) dan Lt M Sheikh Mohsin (sekarang Brig Jen).
Cerita Captain John
Diceritakan oleh beberapa orang skot yang mengikuti MAKP di
STPM ini. Semasa zaman Jepun menyerang Asia Tenggara, Kem Paradise ini masih
diduduki oleh tentera British. Pada
malam askar Jepun menyusup masuk ke dalam kem, Duty Officer malam itu bernama
Capt John. Ketika itu beliau sedang menjalankan tugasnya macam biasa iaitu
memeriksa setip blok-blok bujang, memadamkan mana-mana lampu yang masih
terpasang dan memeriksa semua askar yang tidur memasang kelambu.
Malam itu ketika bertugas beliau ditangkap dan dipancung
kepalanya oleh askar Jepun. Selepas tamat pendudukan Jepun, kem tersebut
diambil semula oleh Tentera British. Namun mayat Capt John yang tidak
disempurnakan didapati kerap merayau di waktu malam dan menjalankan tugas rutin
sebagai Duty Officer.
Di salah satu blok di mana mendiang dipancung itulah blok
yang menempatkan pegawai-pegawai muda yang mengikuti kursus MAKP.
Beberapa kali di waktu sunyi tengah malam tetiba ada satu
lembaga tanpa kepala akan merayau di dalam kem dan memeriksa blok-blok dan
memadamkan satu persatu lampu yang masih terpasang. Ada waktunya 'hantu Kapt John' ini akan
memeriksa katil-katil pegawai dan membetul-betulkan kelambu yang terpasang.
Diceritakan, suatu malam, Lt M Chuah sedang mengilatkan
kasut dengan bercahayakan lilin sahaja. Tetiba ada suatu lembaga di hadapannya.
Bagaikan kilat beliau melompat atas katil dan mulutnya meracau membaca
ayat-ayat Qur'an.
dari kiri: Azahari, Mustapha, Kamar Manja (allahyarham) dan Shohemi
Beginilah keadaan sangkar 'oven @ microwave' para pegawai muda semasa menjalani di STPM. Dalam rumah zink ni pun si Mus masih boleh pakai jersey tebal lagi....
gambar: ehsan skot Mustapha Ahmad
walaupun panas kontang dan gersang, skot Mustapha masih mampu melayan mimpi indah... mengharap wajah Mak We datang, tetapi wajah Amir Guntur yang menjelma
gambar: ehsan skot Mustapha Ahmad
gambar atas: bersantai di pekan kota Belud. dari kiri: skot Ishak Johar, skot Yusri Azhar
dan skot Mustapha
bawah: skot Mustapha di hadapan Masjid Jame' Kota Belud
gambar: ehsan skot Mustapha
Melihat kepada gambar-gambar di atas, keadaan blok kediaman
dan fasilitet latihan untuk pegawai muda ATM di STPM teramat-amat dhaif dan
menyedihkan. Bangunan hasil peninggalan
tentera British semasa Perang Dunia II ataupun kem sementara pelarian Askar
British.
Bertuah kerana pada masa itu tiada internet atau handphone.
Di STPM mungkin pondok telefon pun tiada.
Kalau tidak aku pasti perkara ini akan menjadi isu politik negara. Pasti
pihak pembangkang akan menwar-warkan bahawa askar-askar kita hidup dalam
sangkar anjing.
Itu cabaran sebenar. Masih ada bumbung kira okay. Masih ada
katil dan tilam adalah mewah. Mungkin salah satu fasa dalam latihan pegawai di
UPNM memerlukan mereka tinggal dalam keadaan sebegini selama 2 minggu atau
sebulan. Sebulan dari 4 tahun.
Adalah dikhuatiri kelak, akan tiba suatu masa, pegawai
tentera kita tidak tahu bagaimana hendak mengikat tali jungle boot, tak tahu
apa itu kayu api. Pada mereka survival adalah ketika blackout (ketiadaan api
elektrik) selama satu malam.
Aku berharap ramai skot-skot yang sama-sama meredah zaman
di STPM ini sudi menurunkan ilmu medan perang mereka untuk aku abadikan dalam
blog ini. Aku juga memerlukan gambar-gambar ketika di sana. Terima kasih skot Husin, Khalid, Mustapha dan
Ariffin kerana sudi mengirimkan gambar-gambar untuk diabadikan di sini.
Namun setelah beberapa tahun STPM ini telah ditutup dan
semua latihan YO berpindah semula ke PULADA.
Pada 7 Julai 13, skot Presiden S37 telah berangkat ke KK
untuk menghadiri Perbarisan Pengurniaan Tauliah kepada Pegawai PALAPES di UMS. Beliau sempat membuat lawatan ke Kem Paradise
yang menyimpan terlalu banyak kenangan PAHIT, MASAM dan sedikit sahaja yang
MANIS dengan merakamkan beberapa gambar.
Setiap gambar di bawah ini mempunyai kenangan
tersendiri....
Di hari pertama ketibaan, semua pegawai muda (peserta MAKP)
dengan penuh ghairah ingin mencari bilik di Wisma Perwira. Standard la jugak.
Namun dengan penuh kehampaan diberitahu bahawa pelatih tidak layak tinggal
dalam Mes Perwira. Mereka ditempatkan di berek zink di belakang mes ini. Di
Wisma Sengsara. Walaupun telah ditauliahkan oleh YDP Agong, nampaknya taraf
mereka adalah seperti Hai Hong di Pulau Bidong.
Padang Tepuk Bumi. Dikatakan, di atas padang ini penuntut
STPM menjalani latihan free fall dari pesawat Caribou/C130 dan repelling dari
helikopter Nuri. Amir Guntur kata sapa yang boleh lompat turun One Go, dapat
kelepasan tak payah compass marching waktu weekend.
Di padang ini juga para pegawai muda menjalani latihan
Tempor Tanpa Senjata (TTS) pada waktu petang. Kata skot Ariffin, latihan akan
diteruskan selagi boleh nampak bumi. sehingga malam. Hingga lepas masuk waktu Isyak. Belum makan
lagi tu. Ringkasnya keluar dari berek waktu pagi sebelum nampak cahaya
matahari, balik berek malam selepas hilang matahari. Pasti Amir Guntur ada
jawapannya. Dharurat.
Depa kata dalam 6 bulan di STPM, berapa kali pergi solat
Jumaat boleh dikira jari sebelah tangan sahaja. Untuk ke masjid di Kota Belud
kena tahan pick-up (kira kereta sapu) bayar seringgit pergi balik. Halangan pun
ye, iman belum kuat pun ye. Kalau di SPK, kena masuk baris, roll call, dan
baris bertiga-tiga cepat jalan. Susah nak corner. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami semua.
Nasib mereka baik. Tak solat pun dapat masuk syurga
Paradise.
Skot Hazizan mengalami kecederaan (kerana over weight-
payung tak larat nak kawal speed) dan di bawa ke Hospital Kota Belud. Skot Razak sebagai pengiring terselamat dari
menjalani free fall.
Lembah dalam gambar di atas kelihatan aman dan permai. Bila
berjalan ke Mess Perwira (dari atau pulang ke blok) pegawai muda pelatih
dikehendaki bukit dan lembah ini. Sengsara. Kata skot Affendi, masa tahun 1981
dulu, bukit bukau ini botak tidak berumput dan tak berpokok. Pastinya batu
merah sahaja. Macam Gurun Kalahari. Ia
juga salah satu laluan ke obstacle course dihujung sana. Tidak kelihatan dalam
gambar.
Mana-mana pegawai muda yang balik blog lebih awal dari
Komandan Amir Guntur, akan menerima hadiah lumayan, membuat road march sebelum
subuh.mereka menyanyi. Hanya yang merasainya boleh bercerita untuk memberitahu
pengalaman ini. Aku tak tahu. Kata skot Husin, lagu yang popular di Wisma Perwira ketika itu ialah Kamelia, nyanyian Abiet G. Ade.
Padang, pagar kayu dan bukit nun jauh di belakang sana juga
membawa banyak kenangan pahit dan masam yang di alami oleh penuntut MAKP.
Semasa latihan Escape and Evasion, tempat ini menjadi tempat penuntut ditangkap
kerana padang yang lapang menyebabkan mereka mudah kelihatan apabila melalui
kawasan ini. Bila kena kejar mereka lari lintang pukang dan merentasi pagar dan
padang ini.
Cerita E & E ini banyak lagi. Kali ini (di STPM)
mereka sudah semakin bijaksana berbanding dengan SPK dulu. Kali ini. inisiatif
meningkat tinggi, walaupun kelihatan pergi dengan tangan kosong serta bekas
semua kosong, rupanya mereka mempunyai MOU dengan pihak Bank di Switzerland
bagi tujuan pelaburan jangka pendek tanpa faedah dan dividen.
Sindiket W: Anggota 9 orang, sorang telan RM50, esok pagi
lapor ke counter pengeluaran untuk mengambil semula wang pelaburan. Ada yang
cepat ada yang slow tapi dari 9, hanya 7 yang pulang modal RM50, 7 orang dapat
kumpul RM350. Mewah ketika itu, boleh
makan besar. Lagi dua orang gagal dan tak keluar keluar sehingga passing out dari
STPM.
(1) Sindiket X: Guna kaedah lain, masukkan wang dalam kapsule
dan jolok masuk (liwatkan) dalam jubuq. Bila sampai satu tempat, melepasi
kawasan larangan, semua masuk dalam sungai, teran kuat supaya lubang jubuq
kembang dan dapat tarik kapsul balik. 100% berjaya.
(2) Sindikey Y: Buat dua strategi, pertama: melabur separuh
dengan memasukkan kapsul melalui lubang jubuq seperti sindiket X, kedua:
separuh lagi di tanam di luar pagar kem. Bila bekalan pertama habis, hantar
pasukan gempur, malam menyusup ke kem, gali balik lubang tempat simpan pelaburan
kelmarin. Juga sukses.
Diberitakan ada juga jurulatih yang memang mangkok
hayun. Betul-betul kaki bodek. Arahan
Komandan setiap sindiket mesti kena tangkap, kalau tidak jurulatih akan kena
buat obstacle course. Bila ada sindiket yang bijak dan tidak tertangkap, maka
jurulatih datang melutut, merayu minta baju dan jungle hat sebagai bahan bukti
tangkapan. takut kena lutu dengan Amir Guntur.
Macam-macam kerenah makhlok yang bernama manusia.
Di atas bukit itu juga pegawai muda ditelanjangkan seperti
di bawah. Namun complete pouches tetap
terpasang gagah.
.
Salah satu risiko yang dilalui oleh pegawai muda dalam Kursus MAKP. Apabila sindiket dapat ditangkap oleh jurulatih (musuh) inilah jadinya. Baju dan seluar akan jadi gadaian. Yang ini mungkin sindiket ini gagal mencapai sasaran atau objektif peperangan yang diekspektasikan oleh jurulatih mereka.
gambar: ehsan skot Azmi Hamid
Perjalanan pulang ke Semenanjung, naik Sang Fajar lagi...
.
skot Ahmad Azan dan skot Presiden Razak. Ahmad Azan ni jumpa semula dalam tahun 1999 semasa kami sama-sama mengikuti kursus staf di MTAT
Begitulah nasib anak muda di perantauan, termenung mengenang nasib 'kena lanyak' yang tak berkesudahan. Soalan yang sentiasa berada dalam kepala mereka semasa itu ialah, kenapa lah aku masuk askar niii?.
Keadaan dalam Sang Fajar, makan apo pun sodapppp
Pada 15 Dis 13, skot Mohd Husin bin Abdullah telah
menziarahi Kem Paradise, tempat tumpah peluhnya dan tempat yang menukar dirinya
dari seorang Pegawai Muda yang masih confused kepada seorang Pegawai Muda ATM
yang lebih berani menghadapi cabaran yang menanti.
Bersama ini disertakan gambar-gambar keadaan terkini Kota
Belud serta Kem Paradise setelah 32 tahun ditinggalkan. Ini adalah sebagai tambahan
kepada gambar-gambar yang diberikan oleh skot Lt Kol Abdul Razak Hussein pada
07 Julai 2013 yang lalu.
Disamping mengenang nostalgia pahit dan manis selama 6
bulan dalam kem penyiksaan beliau juga melahirkan kekaguman ke atas pembangunan
di pekan Kota Belud yang masa itu (1981) rata-rata dipenuhi bangunan kedai yang
diperbuat dari papan sahaja.
Di sini aku perturunkan coretan skot Husin yang mengimbau
kenangan semasa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu (KK) ke Kota Belud (KB).
Aku terpaksa buat banyak suntingan kerana penulisan skot aku yang seorang ini
kerana ketika dia menulis (dalam facebook) ini, seolah-olah dia dalam keadaan complete FSMO dan sedang
berlari sejauh 25km. Grammar 3/10, ejaan 4/25 dan penyusunan ayat 8/15.
"Perjalananku dari KK ke KB memakan lebih kurang sejam
setengah. Satu perjalanan yang tidak membosankan kerana jalan yang luas dan
lurus, jauh berbanding dengan keadaan tahun 1981 yang memakan masa 3 jam
perjalanan dengan menaiki naik bas mini atau pick up. Sesampainya di pinggir
pekan KB kelihatan satu mercu tanda 'kuda padi' yang seolah-olah menunggu
kedatangan pengunjung. Bersebelahan dengan mercu tanda itu ada sebuah bangunan
Balai Bomba tempat kita buat abseiling."
Selamat datang ke Kota Belud
Masjid Jamek Kota Belud
Bandar Kota Belud
Gerbang Pasar Tamu Kota Belud
"Aku terus pergi ke Pasar Tamu melihat pelbagai jualan
orang kampung. Di sini juga telah banyak berubah, Tiada lagi jualan lembu
kerbau atau babi. Gerai tempat mereka berniaga juga telah tersusun rapi. Aku
terus menjelajah ke pekan KB dan berhenti bergambar di tepi padang bola."
Padang Bola yang banyak meninggalkan sejarah dan kenangan kepada siswa STPM
"Padang bola ini mengingatkan aku akan satu perlawanan
bola sepak antara siswa dengan jurulatih STPM. Antara jurulatih kita ialah Kapt
Zulkifli Mohd Zain (PAT sekarang) yang bermain forward dan Kapt Raja Afandi
(PTD sekarang) sebagai goalkeeper. Team mereka telah tewas. Aku yang menyumbat
gol untuk tim siswa. Amir Guntur (Komandan) ajak lawan balik. Lepas itu semua
instructor kena obstacle course."
Skot Affendi dari Australia mencelah. "Pernah pada
satu ketika, sewaktu diadakan satu perlawanan bola sepak, ada sekumpulan orang
kampung yang datang menaiki kereta tiba-tiba turun di tepi padang dan
masing-masing berPARANG, mengajak mereka berlawan". Tapi tidak diendahkan.
Tak pasti sama ada mereka ajak lawan main bola atau ajak lawan gaduh?.
"Pekan KB telah banyak berubah setelah lebih 30 tahun
kita tinggalkan. Deretan kedai-kedai papan kini telah bertukar kepada bangunan
konkrit. Masjid KB yang terletak di persimpangan jalan tempat kita semua
bersembahyang Jumaat jalan masih megah lagi di situ. Aku menyusuri jalan-jalan
di pekan KB dan semuanya telah berturap dengan tar. Tiada lagi jalan batu kerikil yang
berdebu."
Pejabat Majlis Daerah Kota Belud
Skot Ahmad Fadzil mencelah di sini, dan bertanyakan sama
ada sebuah kedai jam (milik orang China) yang sanggup membeli cek dari
pegawai-pegawai muda yang perlukan cash money. Tapi tak dinyatakan berapa
persen caj yang mereka kenakan untuk setiap cek. Skot Husin pun tidak dapat
mengingati di mana kedudukan kedai
tersebut dan pastinya sudah diroboh dan dibangunkan dengan bangunan batu.
"Aku menemui jambatan Sungai Tempasuk yang dulu adalah
jambatan kayu tetapi kini telah bertukar menjadi jambatan konkrit."
Jambatan Tempasuk
"Aku menghampiri dan seterusnya memasuki Kem Paradise.
Aku menyusuri bukit ke arah Mes Pegawai. Aku terkenang keadaan kita sebaik
sahaja tiba dengan trak dari pelabuhan. Kita berbaris di hadapan mess yang
mempunyai dua blok kediaman. Waktu itu, hatiku tertanya-tanya boleh muat ke dua
blok ini untuk menampung lebih 200 siswa pegawai muda ini?".
Berhampiran Balai Pengawal Kem Paradise Kota Belud
Jalan potong dari berek kediaman ke Mes Pegawai
Bangunan Mes Pegawai
Mes ini menyimpan banyak kenangan khususnya kemunculan Capt John menjadi igauan para pegawai muda di STPM
"Rupa-rupanya kita telah dihambat turun bukit ke blok
kediaman yang menakutkan rupanya. Rasanya tidak layak untuk dihuni oleh
pelarian Vietnam sekali pun."
"Dari anjung mess aku terkenang waktu kita menyusuri
bukit naik ke mess untuk menemui jumpa jurulatih yang sebahagian besarnya
adalah bengis bak singa. Kawasan sekitar bukit dulu masih ada pokok-pokok yang
besar. Mess ini telah di tinggalkan kosong. Mungkin Capt John pun telah bosan
dan meninggalkan tempat ini. Mess ni tidak berubah macam dulu juga, tetapi
telah agak usang."
"Seterusnya aku menyusuri turun ke Sg Tambulion tempat
kita bermandi-manda dan membasuh pakaian.
Tempat ini telah dipenuhi dengan rumah-rumah penduduk tempatan tetapi
yang menghairankan aku ialah aku tidak menjumpai seekor pun kuda padi seperti
dulu. Aku berhenti di tepi padang yang luas diseberang jalan Sg Tambulion. Di
sinilah aku terkenang bagaimana Amir Guntur mengajar kita semua TTS sehingga
malam gelap dan hanya bercahayakan sinar bulan. Motto kita pada masa itu ialah:
Sasaran Ku Langit."
Begitulah kenangan pahit manis yang sempat diluahkan oleh
skot Mohd Husin sepanjang perjalanan singkatnya di Kem Paradise pada 16 Dis 13.
Semoga kenangan pahit ini akan dapat mengingatkan skot kita
dan juga skot-skot lain yang telah melalui perjalanan yang sama sebelum
menggalas tanggungjawab sebagai seorang pegawai muda ATM yang layak untuk
ditugaskan di mana-mana sahaja pada sebilang masa.
Dapat juga aku ke Kota Belud
AKHIRnya, walaupun aku tidak pernah melalui pahit getir kehidupan di Kem Paradise Kota Belud, aku dapat juga menjejakkan kaki ke Kem Paradise ini. Pada 8 Ogos 2016, dalam salah satu siri lawatan kerja (semasa berkhidmat di Bahagian KOMLEK, MK ATM) aku berpeluang melangkah masuk ke Kem Paradise, Kota Belud walaupun dalam suasana yang berbeza.
KOTA BELUD dalam bahasa Bajau bermaksud Bukit Pertahanan. Diceritakan dahulunya berlaku pergaduhan di kalangan suku kaum atau antara kampung di sini. Kaum yang berjaya menduduki bukit ini mampu mempertahankan kemenangan.
AKHIRnya, walaupun aku tidak pernah melalui pahit getir kehidupan di Kem Paradise Kota Belud, aku dapat juga menjejakkan kaki ke Kem Paradise ini. Pada 8 Ogos 2016, dalam salah satu siri lawatan kerja (semasa berkhidmat di Bahagian KOMLEK, MK ATM) aku berpeluang melangkah masuk ke Kem Paradise, Kota Belud walaupun dalam suasana yang berbeza.
KOTA BELUD dalam bahasa Bajau bermaksud Bukit Pertahanan. Diceritakan dahulunya berlaku pergaduhan di kalangan suku kaum atau antara kampung di sini. Kaum yang berjaya menduduki bukit ini mampu mempertahankan kemenangan.
Perjalanan darat dari KK ke Kota Belud yang jaraknya lebih kurang 70km melalui pekan Telipok - Tuaran yang mulanya mempunyai jalan yang baik, tetapi selepas melepasi Tuaran jalan mula kurang baik dan bengkakg-bengkok tiada pekan kecuali perkampungan yang kurang tersusun. Ia mengambil masa lebih dari 3 jam dan sangat memenatkan.
Aku mula menggambarkan bagaimana rakan skotku pada tahun 1981 mengharungi kawasan, persekitaran dan suasana seperti ini.
Aku mula menggambarkan bagaimana rakan skotku pada tahun 1981 mengharungi kawasan, persekitaran dan suasana seperti ini.
papan tanda jalan masuk ke Kem Paradise
Simpang masuk dari Jalan utama KK-KB ke Kem Paradise
Approaching to Balai Pengawal Utama
Balai Pengawal sekarang (yang 1981 dulu tak tau macama mana rupanya)
Kem Paradise kini menempatkan Markas Task Force 450 (nukleas kepada Markas 5 Div)
mercu di hadapan Markas
Simpang masuk ke Wisma Perwira (mungkin ini masih kekal sejak 1981)
luasnya menggerunkan
Jalan menaiki bukit ke Wisma Perwira
(bayangkan kalau pegawai diperintah forward roll atau lompat katak dari bawah bukit naik ke mess)
Blok penginapan pegawai
(bayangkan kalau pegawai diperintah forward roll atau lompat katak dari bawah bukit naik ke mess)
Blok penginapan pegawai
bergambar dengan pegawai-pegawai TF 450 di pelantar WP
menunggu hidangan di WP bersama pegawai TF 450 (duduk tengah kiri) ialah Kolonel Ho (RAJD)- Ketua Staf Logistik MK Tf 450.
INI ADALAH TULISAN TENTANG KEHIDUPAN DI STPM, KEM PARADISE YANG DIALAMI OLEH PANGGILAN PERTAMA MAKP DI SITU YANG DIDOMINASI OLEH PEGAWAI TJP 37.
'NERAKA DUNIA'?: KURSUS MAKP SIRI 1/1981; KEM PARADISE, KOTA BELUD
1. Tidak seperti latihan kadet di SPK yang dilengkapi dokongan logistik serta persekitaran yang sedikit baik dan kondusif; permulaan latihan MAKP di Kem Paradise Kota Belud, Sabah sangat menuntut ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Mendengar sahaja nama Lt Kol Amir Guntur, te**r terus kecut; pelayaran MV Sang Fajar terasa sangat laju; 'pejam celek-pejam celek' sudah sampai ke Kota Kinabalu.
2. Pijak saja kaki di Kem Paradise, siswa mula rasa 'disiksa' dengan sambutan Selamat Datang bentuk baru ke STPM. Tanpa diprogram, sesi orientasi mengambil mula dgn satu bentuk penyiksaan fizikal yang keras. Mana tidaknya, bermula dengan 'ekspedisi' berjalan kaki membawa pek galas, kit bag dan beg awam dari jalan besar ke Mes Perwira STPM; disusuli deraan 'non-stop senaman tempur'; kemudian dibedal dengan batang cangkul dan 'sitting stick'. Setelah Gunung Kinabalu hilang kabusnya, barulah orientasi tidak rasmi itu berhenti-rehat. Rata-rata, bakal siswa merasakan bahawa "Ini bukan "Kem Syurga" tetapi sebenarkan ciri-ciri "Kem Neraka dunia". Siswa benar-benar mengalami cultural shocks.
3. Setiba di bilik kediaman; kami diagih kpd Coy latihan. Terkejut besar; bangunan kediaman kami terdiri bangunan zink @ ME Pike Hut - dinding, pintu, tingkap & bumbong daripada 'corrugated galvanised iron (CGI)', dan berlantai papan. Ia bukannya berek kayu seperti kediaman SPK. Begitu juga ciri tandas, ia berlantai konkrit dan tandas cangkung. Sebahagian besar bangunan dan fasilitas masih dlm progres akhir pembinaan oleh Tim Konstruksi RAJ.
4. Jangkamasa kursus selama 6 bulan. Seingatnya, tiada course break. Setiap hari yang berlalu bagaikan dunia mahu kiamat; tergesa-gesa, terkejar-kejar, haru biru, kacau bilau, konfius dan pelbagai riuh-rendah lain. Keadaan penuh gawat yang menyumbang kepada perumpamaan 'neraka dunia' adalah bilamana:
° Bekalan elektrik diperolehi dari generator sering mengalami litar pintas. Siswa kerap mengguna cahaya lilin bagi sudahkan kerja kursus (biasanya; military appreciation, order, map and model preparation). Panas siang dan malam umpama berada dalam ketuhar; dipanggang kiri, kanan, atas dan bawah.
° Tiada bekalan elektrik dan air ke tandas. Pakaian loreng tidak dibasuh sepanjang kursus (jika ada boleh dikira jari), cuma dicelup air parit bila ada air; jika tidak hanya jemur di ampaian.
° Separuh siswa mendapat katil double decker bertilam dan berbantal. Baki siswa tidor berlapikkan campbed robek yang usang/koyak atas lantai. Separuh berbantal; yg lain menggulung pakaian untuk dijadikan bantal.
° Tiada almari pakaian. Semua pakaian diperosok dalam kit bag dan beg awam.
° Selepas seminggu di STPM, kebanyakan tandas mula rosak dipenuhi najis. Siswa hanya 'mandi gaya P Ramlee', membuang air besar dan kecil di tepi parit-parit kecil dalam hutan di tepi berek.
° Siswa memakai panties pakai buang. Bisnis panties selalu out of stock di Kota Belud.
° Bau pakaian yang berpeloh dan bau badan memualkan tetapi hidung siswa tidak menghidu apa-apa kerana 'telah tersumbat'.
° Bangunan berbatu blok di tepi dewan makan dijadikan kelas JSPA dan dewan peperiksaan. Kerusi meja almost zero. Siswa berbaring kekanan, kekiri lurus dan ke depan dan ke belakang lurus semasa menjawab kertas soalan.
° Sajian harian tersedia di dewan makan rumah masak. Menu setiap hari tanpa extra messing. Tiada minuman sejuk kecuali bancuhan panas orange squash.
° Sesekali dapat minum air nenas panas RTBK yang dibancuh dalam bekas tin setinggi 3 kaki untuk tenaga dan melegakan tekak. Untuk mendapatkan isi nenas yang mendap dalam bekas; siswa menyeduk gunakan waterbottle cup; dengan mencelupkan tangan hingga ke pangkal ketiak lengan baju celoreng untuk dapatkan isi nenas.
° Tiada kenderaan untuk jurulatih dan siswa. Semua berjalan kaki pergi dan balik dari kem ke lokasi eksesais medan seperti latihan abseiling di menara Bomba Kota Belud, menembak Carl Gustav, eksesais pemusnahan JSPA, eksesais/geladi 'all 4 phases of war'. Hanya komandan mempunyai Land Rover tetapi selalunya berkuda padi.
5. Falsafah latihan STPM adalah "sebaik-baik kebajikan adalah latihan". Konfius sekejab. Itu sebabnya mungkin saya tidak dibenarkan balik semasa adik meninggal dunia akibat kemalangan. Jika balik juga; RTU. Ketat sungguh peraturannya; tiada runding mahupun budibicara.
6. Tidak menghairankan, latihan yang diterima persis seorang bakal komando; kerap merempoh halangan (scramble course), 'nampak langit; berlari', bernyanyi kuat bersemangat lagu tempur, ber-TTS di Kota Belud Airfield, biasanya sehingga waktu maghrib. Jika didenda; hukuman keras diterima secara kolektif (collective punishment). Inilah bentuk kebajikan dalam ertikata sebenar STPM.
7. Sepanjang 6 bulan juga siswa berhadapan dengan keperitan persekitaran dan eksesais-eksesais di lapangan, antaranya:
° Hampir setiap hujung minggu melaksana map reading (orienteering) siang dan malam dalam semua bentuk persekitaran - bukit, tebing tegak, paya, hutan dll. Latihan 'berkonsep mencari harta karun'; ikut arahan bertulis yang disembunyikan. Jurulatih tidak terlibat di lapangan. Mereka dibenarkan libur di Wisma/kediaman. Masa untuk rehat siswa pada hujung minggu sering diganggu dan dipenuhi dengan latihan-latihan luar rancana yang betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal (perkataan yang sering digendang-nobat oleh Komandan - mental and physical resiliance).
° Siswa tidak dapat merasai hidup berwisma. Jika 'tersesat dan bergentayangan berhampiran wisma', memang mencari nahas. Jurulatih yang rata-rata keluarganya di Semenanjung akan sering 'naik shiekh' bagai 'hendak makan orang' dan menganggap siswa bagaikan tawanan perang. Keadaan ini dikeranakan tiada hiburan yang ada di Kota Belud selain Pasar Tamu Mingguan Kota Belud dan panggung wayang koboi.
° Majoriti jurulatih agak bengis dan berbahasa keras kerana 'melayan stress' masing-masing. Pantang berdepan siswa pewai dan lembek, batang cangkul dan sitting stick hinggap di helmet. Ini menjadi fenomena biasa seolah-olah ia SOP yang membolehkan.
° Majoriti jurulatih terdiri pegawai married bachelor. Moral jurulatih terkesan. Keadaan lebih memburuk bilamana jurulatih juga letih dan stress dengan harrassment Komandan. Mereka juga kadang-kadang dilihat 'berlatih' di sirkit merempuh halangan. Bagi melampias stress jurulatih, jalan mudah melepas kemarahan adalah dengan 'berhibur' bersama para siswa. Ini merupakan kesan sampingan yang ditanggung dan diterima siswa.
° Proses melanyak-lumat mental dan fizikal begitu extreme. Teruknya rasa bagai hendak mati. Kebajikan kepada siswa kurang diberi keutamaan. Adalah tidak mudah mendapat Attend C jika sakit atau tidak sihat. Selalunya, BAT F 256 tertulis M&D. Tiada Pegawai Perubatan Tentera yang berani memberi Attend C. Ini mungkin antara sebab seorang skot dari Kor Renjer telah meninggal dunia akibat 'terkena pokok rengas'. Adalah percayai, beliau tidak diberi cuti sakit dan akhirnya melarat. Sebab-sebab kematian sebenar oleh BOI tidak dapat dipastikan.
° Siswa hanya layak bermimpi untuk bercuti hujung minggu atau berlibur. Jika tiada aktiviti latihan hujung minggu, siswa yang belum lulus ujian berlari tempur akan melaksana ujian. Ramai yang telah lulus ujian 5, 10 dan 15 km; tetapi ada siswa yang berterusan gagal ujian berlari 2 km dan masih gagal sampailah kursus tamat (dan berhutang hingga sekarang). Kesannya, siswa kategori gagal ini hanya dibenarkan berlibur di pekan koboi, Kota Belud. Saya salah seorang daripada mereka.
8. Saya umpamakan Kem Paradise sebagai penjara/lokap. Kem ini juga boleh diandaikan tempat ngeri persis 'neraka dunia'. Siksaan mental dan fizikal ke atas penghuninya amat keras. Ujian yang datang dalam pelbagai bentuk, yang rata-rata berkesudahannya berupa azab bukannya kenikmatan.
9. Penjara yang terdiri warden-warden bermuka bengis serta 'lokap-lokap' kediaman yang panas, langsung tidak selesa dan sesuai seolah-olah Tuhan menunjukkan neraka dunia. Perasaan dalam penjara dan lokap boleh diumpama manusia disiksa sementara menunggu dosa-dosa dihisab sebagai hukuman. Bangunan berek dan persekitaran kem sangat panas umpama tinggal dalam ketuhar, peluh meleleh 24 jam; tidak ada angin.
10. Penghuni sentiasa dalam tekanan, tidak tahu tarikh dan hari. Bagi yang tidak tahu malu, ada yang berbogel dan separuh bogel dgn 'seluar dalam wanita,(panties) yang dipakai buang'. Tempat makan, minum, berak, kencing, semua tidak selesa. Kepanasan gila membuatkan pakaian serta badan berbau busuk/ tengik, manakala ketiadaan air membuatkan dubur dibersihkan dengan kertas tisu. Kebanyakan tandas tersumbat. Pilihan yang ada, 'membuang dalam semak'.
11. Tompokan-tompokan najis manusia bertaburan di tepi-tepi parit yang separuh kering. Bekas/dulang bersisa makanan di dewan makan tidak dicuci dengan bersih. Dulang berminyak dibersihkan dengan hujung bawah baju celoreng sebelum makanan diambil.
Inilah realiti 'neraka dunia' STPM, Kem Paradise, Kota Belud bukannya cerita rekaan.....
12. Eksesais akhir paling ditunggu-tunggu oleh siswa. Ia bakal menentukan siswa yang lulus dan gagal. Kita akan melihat betapa gembiranya orang apabila dapat pulang dan keluar bebas dari penjara, yang diumpamakan seperti menunggu perhitungan dosa di Padang Mahsyar. Betullah cerita di Padang Mahsyar. Semua orang tidak kisah hal-hal orang lain. Diri sendiri sahaja paling penting. Rakan-rakan yang berbogel pun tak ada masa tengok dan fikir sebab takut dengan dosa-dosa sendiri.
13. Samalah seperti di dalam penjara; menunggu bila nama akan dipanggil untuk dikeluarkan dari 'neraka dunia' itu untuk di bawa ke syurga (balik ke pasukan). Kita boleh melihat betapa gembiranya orang yang dipanggil namanya untuk pulang dan betapa sedihnya orang yang menunggu tidak pasti bila nama mereka akan dipanggil. Semuanya berserah kepada Allah.
14. Ketahanan mental & fizikal paling dituntut. Bagi STPM, latihan itulah kebajikan yang mutlak. Sekeras mana latihan yang dihadapi oleh siswa; seteruk mana jurulatih turut 'dipaksa-berlatih sama', pengakhirannya mengesahkan bahawa STPM telah berjaya membentuk kualiti kepimpinan dan fizikal yang kental di kalangan siswa (dan jurulatih). Sifat-sifat ini merangkumi kejujuran, disiplin diri, motivasi, inisiatif, keberanian, dan keyakinan diri.
15. Persekitaran latihan di STPM, Kem Paradise, Kota Belud yang dirujuk sebagai 'Neraka Dunia' merupakan penyataan nakal siswa MAKP Siri 1/1981. Tak kenal maka tak sayang. Ternyata, neraka dunia inilah telah melahirkan sebahagian besar pemimpin tertinggi ATM ketika di kemuncak karier para 'Gunturian'. Terima kasih khusus buat Mej Jen Dato' Amir Baharudin @ Amir Guntur Kamparputra serta semua staf Jurulatih MAKP Siri 1/1981. Dirgahayu, Gunturian....
Nota:
Lagu Guntur Kamparputra adalah antara lagu tempur yg sentiasa dikumandangkan oleh siswa di STPM, Kota Belud. Ia dicipta oleh Lt Muda Mohd Rawa bin Hj Seman (bersara; Brigedier Jeneral), siswa MAKP Siri 1/1981. Ia dicipta semasa kami mengikuti kursus ini.
Berikut disertakan link; Melodi & Lagu Guntur Kamparputra dinyanyikan sendiri oleh Pak Guntur. Scene ini dirakam secara langsung oleh Skot Kapten Affendy bin Yahya (Bersara) semasa bertemu Pak Guntur di Bangkinang, Sumatra, Indonesia. Semangat weiii.....
***
Mohd Nordin TPK
SU3, SgBuloh
8 Sep 21
Tahun bila Kem Parasdise Kota Belud ditubuhkan?
ReplyDeleteKem paradise wujud sejak zaman British lagi. Tak diketahui tarikh sebenar ditubuhkan.
ReplyDeleteTuan, Sekolah Tempur Pegawai Muda telah ada sebelum 1981 lagi ke?
ReplyDeleteSebelum 1981, STPM ini dilaksanakan di PULADA Ulu Tiram, Johor.... selepas STPM Kota Belud ditutup, ia berpindah semula ke PULADA.
Delete