Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Wednesday, January 4, 2017

AF 105 NEW CHIEF OF AIR FORCE



JENERAL DATO' SRI AFFENDI BIN BUANG
SSAP PSAT DIMP PAT SAP KAT AMP PTU PJM PPS PPA rcds (UK) dssc (Australia) MA (Deakin) psc jt TUDM 


HARI INI 4 JAN 2017, aku menghadiri Majlis Penyampaian Perintah Ulung olehYBhg Panglima Tentera Udara (PTU) yang baru, Jeneral Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bertempat di Auditorium KEMENTAH. Majlis bermula jam 0900H hingga 1100H.

YBhg Jen Dato' Sri Affendi TUDM mengambil alih tugas PTU secara rasminya pada 21 Dis 2016 dari mantan PTU YBhg Tan Sri Roslan bin Saad TUDM.

Affendi merupakan anak kelahiran negeri Sarawak yang pertama dilantik menjadi PTU, malah memecah rekod sebagai anak Sarawak pertama dilantik menjadi Panglima ketiga-tiga Perkhidmatan ATM, iaitu Darat  Laut dan Udara.


Affendi menerima tongkat kuasa dari Roslan
disaksikan oleh PAT, Jen Tan Sri Raja Mohamed Afandi bin Raja Mohamed Noor


BERITA AKHBAR

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dilantik sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baharu menggantikan Jene­ral Tan Sri Roslan Saad berkuat kuasa hari ini. Affendi dilantik sebagai Panglima Tentera Udara Ke-18 dalam Majlis Serah Terima Tugas dan Istiadat Perbarisan yang turut disaksikan Panglima Ang­katan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Pangkalan Udara Subang, dekat sini. 

Affendi sebelum ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara selama kira-kira dua tahun sebelum menggantikan Roslan Saad, yang akan bersara wajib daripada perkhidmatan pada 27 Mei 2017. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam TUDM, Affendi, 54, merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) cawangan Putera pada tahun 1978 sehingga 1979 sebelum ke cawangan Kadet, seterusnya ditauliahkan dalam TUDM pada tahun 1981. Beliau juga pernah mengikuti pelbagai kursus sepanjang dalam perkhidmatan antaranya kursus Pengajian Strategik daripada Kolej Pertahanan dan Pe­ngajian Strategik, Australia serta Kolej Pengajian Pertahanan Diraja, London. Sebelum ini, Affendi turut memegang beberapa jawatan penting dalam TUDM antaranya Komander Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Ketua Pengarah Operasi dan Latihan TUDM. 

Sepanjang perkhidmatannya, beliau berpengalaman menerbangkan pelbagai jenis pesawat pejuang antaranya Aermacchi MB 339A, PTM A-4 Skyhawk dan MIG-29 serta pernah terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis ketika insurgensi.

Ref: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/affendi-buang-panglima-8232-tudm-baharu-1.422960#sthash.tvj92aHK.dpuf

BIODATA RINGKAS

Affendi dilahirkan di Kg Lintang Kuching pada 21 Ogos 1962. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Enche Buyong dan Sek Men Tun Openg sebelum terpilih ke Maktab Tentera Diraja (RMC) pada tahun 1978. Beliau menyertai latihan Pegawai Kadet di SPK Port Dickson pada bulan Jul 80 hingga Apr 1981. Beliau terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di PULATIBANG 1 Alor Setar. Menamatkan latihan penerbangan dan menerima Sayap Penerbangan pada tahun 1983 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) dan seterusnya mengikuti latihan lanjutan penerbangan pejuang di PULATIBANG 3, TUDM Kuantan (Tebuan dan MB339A).

Perjalanan kerjaya Affendi lebih banyak berada di unit operasi sama ada sebagai juruterbang operasi atau jurulatih.

  • 1985 - Juruterbang No 6 Skn (A4 Skyhawk yang baru diterima) - Kapt TUDM
  • 1994 - 1995 - menjalani latihan peralihan pesawat MiG29 di Russia - Mej TUDM
  • 1996 - Jurulatih Penerbangan MiG29 di No 19 Skn - Mej TUDM
  • SO1 Pejuang di No 1 Div Udara - Lt Kol TUDM
  • Pegawai Memerintah No 17 Skn - Lt Kol/Kol TUDM
  • Pengarah Perancangan dan Kontijensi di J3 MAB - Kol TUDM
  • Komander Pangkalan Udara Butterworth - Kol TUDM
  • Ketua Bahagian Operasi dan Eksesais, MOU - Brig Jen TUDM/Mej Jen TUDM.
  • Panglima Angkatan Bersama pada 24 Jun 2014 - Lt Jen TUDM 
  • Panglima Operasi Udara pada 17 Nov 2014 
  • Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU) pada 8 Sep 2015.
  • Panglima Tentera Udara (PTU) pada 21 Dis 2016 - Jeneral TUDM. 
Beliau telah mengikuti kursus pengajian tinggi ketenteraan di Defence Strategic Studies Course (dssc) dan menerima ijazah Master in Arts (Defence Startegy) dari University of Deakins di Australia dan menghadiri kursus di Royal College for Defence Studies (rcds), United Kingdom.

Affendi berkahwin dengan Tengku Puteri Teja Pahang, Tunku Hajjah Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustaain Billah.


Lt Jen Dato Sri Affendi sebagai TPTU


Penulis mula mengenali Affendi seawal tahun 1980, apabila beliau menyertai latihan Pegawai Kadet di SPK, Port Dickson dalam TJP Panggilan ke 38 (TJP 38).  Ketika itu, penulis adalah senior cadet  (TJP 37). Kami sama-sama dalam Batalion Kasturi di Kem Segenting.

Semua rakan sekelas (OP 1978/79) beliau di MTD (RMC) menyertai TJP 37. Menurut kata salah seorang skot aku exRMC, Affendi semasa di RMC (OP 78) adalah di bawah tajaan Kerajaan Sarawak. Oleh itu, beliau tidak terikat dengan syarat MESTI menyertai ATM setelah tamat pengajian di RMC. Selepas tamat SPM beliau pulang bercuti ke Sarawak. Oleh sebab itu nama beliau tidak disenaraikan dalam TJP 37. Mungkin minatnya yang tinggi adan cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk kembali menyertai latihan Pegawai Kadet.

Bagaimanapun hubungan antara Pegawai Kadet yang berlainan intake kurang rapat kerana masing-masing sibuk dengan latihan harian dan dalam keadaan survival. Kalau kenal pun setakat dengan junior satu Kompeni atau Bn sahaja.

TJP37 lapor diri pada Apr 80 dan ditauliahkan pada Jan 81, manakala TJP38 melapor pada Jul 80 dan ditauliahkan pada Apr 81. Jadi kami hanya dapat bersama selama 6 bulan sahaja.

Selepas tamat latihan di SPK , penulis mengikuti latihan penerbangan helikopter di PULATIBANG 2, TUDM Kluang tetapi penulis gagal menamatkan latihan untuk mendapat sayap penerbangan dan bertukar ke TUDM Kuching pada bulan Oktober 1981 dan seterusnya ke TUDM Kuantan pada bulan Oktober 1983.

Affendi mengikuti latihan asas di PULATIBANG 1, TUDM Alor Setar mulai September 1981 dan tamat dengan sayap penerbangan pada bulan Disember 1982.  Setelah itu, beliau ditukarkan ke TUDM Kuantan untuk mengikuti latihan peralihan jet pejuang (Tebuan) di No 9 Skn.  

Sewaktu penulis melapor diri ke TUDM Kuantan sebagai Pegawai Penstoran di Cawang Logistik pada Oktober 1983, beliau tsedang mengikuti latihan taktikal pesawat pejuang MB339A di PULATIBANG 3.

Perhubungan kami bertambah rapat apabila penulis ditukarkan ke PULATIBANG 3 menjadi Pegawai Logistik mulai Ogos 1984. Komandan PULATIBANG 3 ketika itu ialah Lt Kol Aziz Iskandar TUDM. Antara jurulatih yang bertugas di sana ketika itu ialah Mej Rodzali Daud TUDM, Mej Shubli Ismail (allahyarham), Kapt Bhupinder Singh TUDM, Kapt Ansar Ali a/l Majeth TUDM, Kapt Kamaruzaman Md Noor TUDM (allahyarham), Kapt Ling Hong Kam TUDM, Kapt Zainudinn, Kapt Haidir Lebai Yaakob, Kapt Khoo Aik Hock TUDM. Shubli dan Kamaruzaman terbunuh dalam kemalangan udara pesawat MB339A dalam tahun 1985.

Antara pelatih MB339A bersama Affendi dari TJP38 pada masa itu ialah Lt Mues Abd Samad TUDM dan Lt Jantan @ Marzuqi bin  Taib TUDM. Pada masa itu, beberapa skot penulis ( dari TJP37) yang telah menamatkan peralihan pesawat Tebuan juga sedang menjalani latihan peralihan MB339A seperti Lt Kamarulzaman Othman TUDM, Lt Felix Gonsalves TUDM, Lt Rahim Ismail TUDM, Lt Sanusi bin Samion TUDM dan Lt Khairil Asri bin Baharin TUDM.

Kemudiannya pada tahun 1984 atau 85, masuklah beberapa lagi pelatih yang baru menamatkan latihan asas di PULATIBANG 1 ke PULATIBANG 3 seperti Lt Ackbal TUDM, Lt Rohaizad TUDM, Lt Norhaizad TUDM, Lt Azman TUDM, Lt Fauzi, Lt Azwan Jayaselan, Lt Najhan TUDM, Lt Rashid, Lt Rozman TUDM dan lain-lain.

Oleh kerana jarang sangat pegawai TUDM yang berasal dari Sarawak, maka lazimnya mana-mana pegawai dari negeri tersebut digelar sebagai APAI (Ketua Rumah Panjang). Itu juga yang berlaku kepada Affendi. Di kalangan rakan-rakan satu kursus, satu skuadron dengannya akan memanggil beliau dengan panggilan Apai.

Semasa penulis mengikuti Kursus Pegawai Skuadron Siri ke 22 di Institut Teknologi Udara (ITU), TUDM Kinrara pada tbulan Feb hingga Mei 1990, Affendi merupakan salah seorang peserta kursus tersebut.

 .
Gambar Sqn Officer Course 22/90
Affendi berdiri barisan belakang, no 2 dari kanan manakala 
penulis berdiri barisan tengah, kanan sekali.

Peserta Kursus KPS Siri 22/1990 adalah seperti berikut:

1.   Mej Zakaria bin Tahir TUDM (Transport Pilot) - Course Leader- bersara Lt Kol TUDM.

2.   Mej Zurrahim bin  Alias TUDM (Transport Pilot) - Project Leader - bersara Lt Kol TUDM

3.   Mej Joachim Albert Kok TUDM (Heli Pilot)- bersara Mej TUDM - mendiang

4.   Kapt Hashim bin Hamdan TUDM (Tpt Pilot)- bersara Lt Kol TUDM

5.   Kapt Roshaimi bin Zakaria TUDM (Fighter Pilot)- bersara Lt Jen TUDM, Dato'

6.   Kapt Affendi bin Buang TUDM (Fighter Pilot)- bersara Jen TUDM, Tan Sri - PTU ke 18

7.   Kapt Ahmad bin Ali TUDM (Kejuruteraan)- bersara Mej TUDM

8.   Kapt Hasaza bin Hanafiah TUDM (Kejuruteraan)- bersara Brig Jen TUDM, Dato'

9.   Kapt Khairudin bin Mohd Zahari TUDM (Logistik)- bersara Lt Kol TUDM

10. Kapt Toharudin bin Abd Rasid TUDM (Log)- bersara Mej Jen TUDM

12. Kapt Mior Muhammad bin Mior Sulaiman TUDM (Log)- bersara Mej TUDM - allahyarham

13. Kapt Nazri bin Dashah TUDM (Urusetia)- bersara Brig Jen TUDM, Dato'

14. Kapt Siva a/l Kissam Pillay TUDM (Urusetia) TUDM - bersara Lt Kol TUDM

15. Kapt Lim Chan Hock TUDM (KTU) - bersara Mej TUDM

16. Kapt Kho Hock Khooi TUDM (KTU)- bersara Mej TUDM

17. Kapt Mohd Yusri Madeonus bin Mohd Yunus TUDM (KTU)- bersara Mej TUDM

18. Kapt S. Hamid bin Mohd Yusof TUDM (KTU)- bersara Lt Kol TUDM - allahyarham

19. Kapt Azil bin Hj Noh TUDM (KPU)- bersara Mej TUDM

20. Kapt Osman bin Salim TUDM (KPU)- bersara Mej TUDM

Ketua Sekolah Pegawai Skuadron masa itu ialah Mej Chin Yoon Sem TUDM (KTU) manakala 2 juruarah (DS)nya ialah Mej Hj Noor Ibrahim (Heli Pilot) dan Mej Koh Kia Lim (Tpt Pilot).  Mej Chin dan Mej Hj Noor Ibrahim bersara dalam pangkat Mej TUDM manakala Mej Koh bersara dalam pangkat Brig Jen TUDM (Dato') sebagai IGTU.

Mej Hj Noor Ibrahim TUDM (Bersara) is the owner of one of the popular 'military related' blog (xnuripilot.blogspot.com)

Komandan ITU semasa aku melapor diri ialah Lt Kol Abu Hasan bin Ali (bersara Brig Jen) dan kemudiannya digantikan oleh Lt Kol Hj Ramli bin Ajir TUDM (telah bersara).

****ALBUM APAI****


 
 
 
 
 
 
 
 
 

SENARAI KTTU/PTU

1.   Air Cdre Alexander Vallance Ridell Johnstone  (30 Nov 1957 - 4 Sept 1958)

2.   Air Cdre Nicol Challis Hyde (05 Sept 1958 -  31 Dec 1959)

3.   Gp Capt John Nichol Stacey (01 Jan 1960 -  19 May 1963)

4.   Gp Capt C.S.J. West (20 May 1963 - 13 May 1965)

5.   Air Cdre Alasdair Mackay Sinclair Steedman (14 May 1965 - 31 Oct 1967)

6.   Marsyal Muda Udara Tan Sri Datuk Sulaiman bin Sujak (01 Nov 1967 - 31 Dec 1976)

7.   Lt Jen (U) Dato' Mohamed bin Taib (01 Jan 1977 - 24 Aug 1983)

8.   Mej Jen (U) Datuk Mohamad bin Ngah Said (Pemangku PTU) (24 Ogos 1983 - 01 Okt 1984)

9.   Lt Jen Tan Sri Dato' Mohamad bin Ngah Said TUDM (30 Sep 1984 -18 Mar 1990)

10.  Lt Jen Tan Sri Dato' Seri Mohd Yunus bin Mohd Tasi TUDM (19 Mar 1990 - 19 Aug 1993)

10.  Lt Jen Tan Sri Dato Seri Abdul Ghani Abdul Aziz TUDM (19 Aug 1993 - 10 Aug 1996)

11.  Jen Tan Sri Dato' Seri Ahmad Saruji bin Che Rose TUDM (10 Aug 1996 - 12 June 2001)

12.  Jen Tan Sri Dato Sri Suleiman bin Hj Mahmud TUDM (12 June 2001 - 4 Mar 2003)

13.  Jen Tan Sri Dato Seri Abdullah bin Ahmad TUDM (40 Mar 2003 - 04 Apr 2004)

14.  Jen Tan Sri Dato Sri Nik Ismail bin Nik Mohamed TUDM (04 Apr 2004 - 30 Oct 2006)

15.  Jen Tan Sri Dato Sri Azizan bin Ariffin TUDM (30 Oct 2006 - 31 Aug 2009)

16.  Jen Tan Sri Dato Sri Rodzali bin Daud TUDM (10 Sep 2009 - 11 Sept 2014)

17.  Jen Tan Sri Dato Sri Roslan bin Saad TUDM (12 Sept 2014 - 20 Dec 2016)

18.  Jen Tan Sri Dato Sri Affendi Buang TUDM (21 Dec 2016 - kini)


The Think Tank Group for the "The God Must Be Crazy"

Semasa penulis bertugas di MLU, sebagai Ketua Staf Khidmat (KSK) dalam tahun 2013,  penulis telah dipilih untuk menjadi salah seorang ahli dalam Kumpulan Pemikir untuk menyusun semula organisasi TUDM bagi merealisasikan satu perjawatan baru  TIGA BINTANG yang telah diluluskan oleh JPA kepada TUDM. Satu perjawatan setiap satu juga diberikan kepada TDM dan TLDM.

TDM telah lebih awal membuat keputusan bahawa perjawatan tersebut digunapakai untuk meningkatkan keupayaan organisasi TDM di Wilayah Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur). Lalu diwujudkan perjawatan ad-hoc yang dikenali sebagai Panglima Wilayah Timur (PWT) yang bermarkas di Kem Muara Tuang, Sarawak. Markas Wilayah Timur ini kemudiannya distruktur semula menjadi Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MPMTTD). Dengan itu TDM mempunyai dua Markas Pemerintahan Medan satu di MPM Barat di Kem Sungai Besi (dulunya Markas Pemerintahan Medan TD, sebelum ini dikenali sebagai Markas Kor TD) dan MPM Timur di Kem Muara Tuang, Samarahan, Sarawak. Setiap pemerintahan diketuai oleh Leftenan Jeneral. 

TLDM juga membuat penstrukturan semula dengan mewujudkan Markas Pemerintahan Bantuan TLDM (MPB TLDM) yang diketuai oleh Laksamana Madya (perjawatan baru diluluskan). Kalau dahulu, Markas Panglima Sistem Armada (MPSA) terletak di bawah Markas Panglima Armada (MPA) telah dkeluarkan dan dipecah dua menjadi Markas Kejuruteraan TLDM dan Markas Materiel TLDM. Kedua-duanya diletakkan di bawah MPB TLDM.

TUDM menubuhkan Think Tank Group (TTG) yang diketuai oleh seorang Mej Jen TUDM untuk membuat cadangan "di mana nak diletakkan insan penyandang TIGA BINTANG tersebut. Ahli-ahli TTG yang lain, tak perlulah aku sebutkan. Tapi terdapat semua wakil dari setiap Cawangan. Walaupun perjawatan yang diluluskan itu menggunakan nama Panglima Pemerintahan Bantuan Udara (PANGBAN), TUDM masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk beliau.

Maka Think Tankers pun berhempas pulas membuat kajian dan penelitian. Pelbagai teori dikemukakan. Pelbagai pendapat diutarakan. Pelbagai amalan dari USA, Korea, Singapura, UK dan Australia dipaparkan. Yang bagus dan praktikal di tempat lain tapi tak sesuai di Malaysia. Akhirnya, TTG mencapai resolusi dengan 3 opsyen untuk dipersembahkan kepada Forum tertinggi TUDM:

  • OPSYEN 1: Menaiktaraf jawatan Panglima Wilayah Udara I dari dua bintang kepada 3 bintang. Meletakkan *** baru sebagai Panglima Wilayah Udara I. MAWILUD I kekal di bawah Panglima Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) yang juga berpangkat ***.
  • Mewujudkan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) di mana *** tersebut menjadi Panglima Bantuan Udara. Di bawahnya ialah Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU) dan Markas Logistik Udara (MLU).
  • Mengekalkan perjawatan sedia ada dengan menaiktaraf jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (Panglima PLU) kepada *** dan seterusnya meletakkan *** baru sebagai Panglima Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara.
Semasa membuat pre-presentation dan brainstorming,  Affendi selaku salah seorang ahli TTG (ketika itu masih berpangkat Brig Jen) menjawat jawatan Ketua Pengarah Operasi dan Latihan ( MPOU),  ada membuat komentar ke atas persembahan dari TTG.

Beliau dengan santainya membuat konklusi ke atas isu yang dibincangkan. Menurut beliau, sebenarnya tiada apa isu pun yang perlu diperbesarkan. Beliau membuat analogi yang paling LAWAK, iaitu beliau menyamakan isu yang berlaku dalam TUDM sekarang dengan cerita movie komidi bertajuk The God Must Be Crazy.

Gods must be crazyposter.jpg

Situasi yang berlaku sekarang ialah keadaan TUDM adalah diibaratkan sebuah perkampungan primitif (bushmen) di Gurun Kalahari, Afrika Selatan/Namibia yang menjalani kehidupan harian mereka dengan aman damai. 

Sehingga pada satu hari, sebiji botol kaca Coca Cola yang dicampakkan dari sebuah pesawat yang terbang melewati kawasan perkampungan tersebut. Botol tersebut tidak pecah. Sebiji botol tersebut telah menjadikan kampung tersebut menjadi huruhara.

Itulah yang terjadi dengan organisasi TUDM yang aman damai. Tiba-tiba, tanpa diminta dan dijangkakan, satu perjawatan *** dicampakkan dalam organisasi TUDM. Maka, seolah-olah semua orang tidak tahu apa nak dibuat dengan botol tersebut. Campak sana menyakitkan, campak sini melukakan, campak situ menyusahkan....semua tak tahu nak memanfaatkan botol tersebut.

Maka, TUDM terpaksa menubuhkan satu TTG untuk membolehkan pucuk pimpinan TUDM membuat keputusan untuk meletakkan botol Coca Cola tersebut.

Aku PASTI, kalau Affendi membaca tulisan aku ini, sudah pasti beliau akan GELAK BESAR.

Perlantikan Affendi sebagai PTU juga memecah sejarah tersendiri kepada diri penulis sendiri kerana inilah PTU yang pertama yang lebih junior dari penulis. Penulis dari TJP37 dan beliau dari  TJP38. Semua 17 PTU sebelum ini adalah lebih kanan perkhidmatannya dari penulis. Dari segi usia juga, Affendi (lahir 1962) lebih muda dari penulis (lahir 1959). 



Line of RMAF Leadership
semasa Jen Dato' Sri Affendi mengambil alih pucuk pimpinan TUDM
    
PANGLIMA TENTERA UDARA

TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA
Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Abdul Samad TUDM

MARKAS TENTERA UDARA

AKS PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad TUDM

AKS KEJURUTERAAN
Mej Jen Dato' Ir Razali bin Abd Ghani TUDM

AKS OPERASI DAN STRATEGI
Mej Jen Dato' Mohd Fauzi bin Ahmad TUDM

AKS MATERIEL
Brig Jen Dato' Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM

AKS TADBIR
Brig Jen Ahmad bn Abd Rahman TUDM

AKS KOMUNIKASI & ELEKTRONIK
Brigj Jen Dato' Mohd Saifuddin bin Mohd Shariff TUDM

AKS SUMBER MANUSIA
Brig Jen Hj Mohd Fauzi bin Salleh TUDM

INSPEKTOR JENERAL TUDM
Mej Jen Dato' Razali bin Hj Ahmad TUDM

KETUA PENGARAH SEKRETARIAT
Brig Jen Dato' Hanafiah bin Abd Manaf TUDM

PENGARAH RISIK UDARA
Brig Jen Halimin bin Pandi
MARKAS FORMASI

PANGLIMA OPERASI UDARA
Lt Jen Dato' Sri Abdul Mutalib bin Abd Wahab TUDM

Ketua Staf MPOU
Lt Jen Dato' Zahani bin Zainal Abidin TUDM

PANGLIMA PENDIDIKAN & LATIHAN UDARA
Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM

Ketua Staf MPLU
Brig Jen Dato' Sanusi bin Samion TUDM

PANGLIMA BANTUAN UDARA
Mej Jen Dato' Mohamad Saleh bin Osman TUDM

PANGLIMA WILAYAH UDARA I
Mej Jen Datuk Romlee bin Yahya TUDM

Ketua Staf
Brig Jen Dato' Hj Mohd Yazid bin Arshad TUDM

PANGLIMA WILAYAH UDARA 2
Mej Jen Dato' Mohd Shabre bin Hussein TUDM

Ketua Staf
Brig Jen x TUDM

KOMANDER PANGKALAN

KOMANDER PU SUBANG
Brig Jen Dato' Shamsuddin bin Kassim TUDM

KOMANDER PU KUANTAN
Brig Jen Dato' Tarminzi bin Mustapha TUDM

KOMANDER PU ALOR SETAR
Brig Jen Johnny Dato' Loh Kok Kong TUDM

KOMANDER PU  BUTTERWORTH
Brig Jen Jumali bin Salamat TUDM

KOMANDER PU GONG KEDAK
Brig Jen Mohd Suhaimi bin Hussein TUDM

KOMANDER PU LABUAN 
Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM

PEGAWAI MEMERINTAH REJIMEN TUDM
Brig Jen Dato' Mohd Nazri bin Dashah TUDM

EXTERNAL REGIMENTAL ESTABLISHMENT

MARKAS ANGKATAN TENTERA

AKS PERANCANG PERTAHANAN
MARKAS ANGKATAN TENTERA
Mej Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM

TIMBALAN AKS PERKHIDMATAN ANGGOTA
MARKAS ATM
Brig Jen Dato' Abd Manaf bin Zaid TUDM

KETUA PENGARAH PERANCANGAN PEMBANGUNAN
BAHAGIAN PERANCANG PERTAHANAN
MARKAS ATM
Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM

KETUA CAWANG LATIHAN PERTAHANAN
BAHAGIAN OPERASI & LATIHAN PERTAHANAN
MARKAS ATM
Brig Jen Dato' Khairil Asri bin Baharin TUDM

KETUA PENGARAH OPERASI LOGISTIK
BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN
MARKAS ATM
Brig Jen Dato' Rodzuan bin Abdul Ghani TUDM

KOMANDAN
AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
Brig Jen Dato' Shaharudin bin Hj Mansor TUDM

KOMANDAN
MAKTAB TENTERA DIRAJA
Brig Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM

MARKAS ANGKATAN BERSAMA

AKS J3
MARKAS ANGKATAN BERSAMA
Mej Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM

***********



***********
DEPUTY COMMANDER
HQ INTEGRATED AIR DEFENCE SYSTEM
Brig Jen Sun Thong a/l Eh Kuae TUDM

PENGARAH OPERASI UDARA 
AGENSI PENGUATKUASA MARITIM MALAYSIA
Brig Jen Dato' Hj Rosni bin Aziz TUDM

KETUA STAF UDARA
MARKAS ESSCOM
Brig Jen - TUDM

JURUIRING SPBYDP AGONG (UDARA)
ISTANA NEGARA
Brig Jen Dato' Tarminzi bin Mustapha TUDM

PENASIHAT PERTAHANAN
MALAWAKIL WASHINGTON DC
Brig Jen Dato' Saadon bin Hasnan TUDM


KURSUS LUAR NEGARA

Brig Jen Dato' Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM
(National Defence Colege, Delhi, India)

Brig Jen Dato' Zulkifli bin Abd Hamid TUDM
(National Defence University, Beijing, PRC)


No comments:

Post a Comment