Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Tuesday, November 19, 2013

AF 061: HIGH FLYERS OF SSC 37

THE HIGH FLYERS 
OF SSC37

THE HIGH FLYERS OF SSC37

Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek (TJP atau SSC) Pengambilan (Intake) ke 37 (TJP37) mempunyai sejarah dan keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan Intake yang terdahulu dan yang terkemudian.

TJP37 melapor diri ke Sekolah Pegawai Kadet (SPK) Port Dickson pada 2 April 1980 dan mengangkat sumpah pada 5 April 1980. Kami adalah intake ke 2 SPK, Port Dickson sejak struktur organisasi latihan Pegawai Kadet diubah.

Sejarah pengambilan pertama Pegawai Kadet ATM bermula pada 3 Julai tahun 1952, yang dikenali sebagai Malay Regiment Training Unit (MRTU), Port Dickson. Di peringkat awal FMC menyediakan bakal pegawai sebelum dihantar ke Sandhurst di United Kingdom sebelum Pegawai kadet dilatih sepenuhnya di dalam negara. Pada 17 Disember 1953, nama MRTU ditukar menjadi Federal Military College (FMC) yang mengandungi dua cawangan iaitu Pre-OCTU (Preliminary Officers’ Cadet Training Unit) dan Boys Wing. Pada 1 Jan 1966 Maktab Tentera Diraja (RMC) ditubuhkan di Kem Sungai Besi dengan mengekalkan dua cawangan iaitu Cawangan Kadet dan Cawangan Putera (Boys Wing).

Pre-OCTU dikekalkan di Kem Sebatang Karah, Port Dickson. Mulai tarikh itu, semua bakal Pegawai ATM (kecuali TLDM) diwajibkan menjalani latihan asas ketenteraan selama 6 bulan di Pre-OCTU, Kem Sebatang Karah, Port Dickson selama 6 bulan. Setelah lulus Pre-OCTU mereka akan melanjutkan latihan selama 6 bulan lagi di Cawangan Kadet, RMC di Kem Sg Besi sehingga ditauliahkan.

Mulai awal Januari 1979 struktur latihan Pegawai Kadet dipinda. Pre-OCTU dimansuhkan dan ditukar menjadi Sekolah Pegawai Pegawai Kadet (SPK). Bakal pegawai ATM hanya perlu menjalani latihan sepenuh masa selama 9 bulan di SPK sebelum ditauliahkan (tidak perlu ke RMC). Kumpulan Pegawai kadet pertama melalui latihan ini ialah TJP36 yang ditauliahkan pada bulan Mei 1980. SPK Port Dockson menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1986 atau 1987 apabila TUDM menubuhkan SPKnya sendiri.

TJP37 merupakan Intake ke 2 SPK TUDM. Semasa kami melapor diri pada awal April 1980, TJP36 yang sepatutnya ditauliahkan pada bulan Dis 1979 masih menduduki Kem Sebatang Karah kerana program latihan mereka dilanjutkan selama 2 bulan. Oleh itu kesemua hampir 300 Pegawai Kadet TJP37 ditempatkan di bekas penempatan Batalion  RAMD di Kem Segenting yang terletak bersebelahan dengan Kem Sebatang Karah. Intake kami dibahagikan kepada tiga buah Batalion, iaitu Tuah, Jebat dan Kasturi. Intake sebelum ini hanya mempunyai dua buah Kompeni sahaja iaitu Tuah dan Jebat.

TJP37 menempa sejarah kerana terdapat 22 orang Pegawai Kadet Pengambilan Pertama TJP Wanita, yang terdiri dari 20 PKW Darat dan 2 PKW Udara.

Apabila TJP36 ditauliahkan pada bulan Mei 1980, PK Batalion Tuah dan Kompeni PK Wanita telah dipindahkan ke Kem Sebatang Karah, manakala PK Batalion Jebat dan Kasturi kekal di Kem Segenting sehinggalah kami ditauliahkan.

Dari segi aturan (susunan) Nombor Tentera (Service No) ATM terdapat bermacam-macam persoalan boleh dikemukakan. Pengagihan Svc No boleh dikategorikan kepada empat kelompok utama iaitu:

Pegawai Kedet Tentera Darat (bermula dengan angka 300.......)
Pegawai Kedet Tentera Laut (bermula dengan angka 40.........)
Pegawai Kedet Tentera Udara (bermula dengan angka 37.......)
Pegawai Kedet dari kalangan bekas Lain-lain pangkat (LLP) yang membawa Svc No masing-masing. No LLP pun berbeza-beza dari kalangan TD, TLDM, TUDM dan Perantis AFATS.

Kalau kita semak urutan Svc No TJP37 juga agak pelik (tidak mengikut abjad) kerana ia terdapat beberapa kelompok Svc No yang diagihkan kepada kelompok tertentu. Antaranya:

Kumpulan Pegawai Kedet yang 'fresh' dari calun orang awam.
Kumpulan Pegawai Kedet dari kalangan bekas Putera MTD (RMC).
Kumpulan Pegawai Kedet dari kalangan bekas Perantis AFATS.
Kumpulan Pegawai Kedet Wanita.

Antara common question atau frequently asked question (FAQ) adalah "Aku ni intake TJP37 ke?". TJP37 is not necessary you are commissioned  or attending the Commissioning Parade on the Parade Square of SPK, Kem Segenting on 24 Jan 1981. You are the member of TJP37 as you were with or became the part of SSC37 training in between the 'Taking Oath Day 0n 5 April 1980 until the Commissioning Parade Day on 24th January 1981. As far as you were in between, you are the member of TJP37.  As far as you are holding the Service Number allocated to TJP37 you are the member of TJP37. You could be:

1.     RTH. Some of us were unsuccessful and could not manage to complete the training in the earlier part, in the middle or at end part of training. So they did not commissioned and dismissed from the training. (RTH = Return to Home)

2.     Relegated. Some of us could not manage to achieve the minimum requirement to be commissioned on 24th Jan 1981 and join the junior intake (SSC38) and commissioned with them (on 11 Apr 1981).

3.     Volunteerily Dismissed. Some of us officially requested to be discharged from the training and approved by the Government. Most of the reasons were the obtained the place in high learning institution for further study.
4.     Selected for Overseas Military Academy. The good performers were selected by the Armed Forces to attend Officers Cadet training at Commonwealth Military Academy such as RMA Sandhurst, UK; or OCS Portsea, Australia.

5.     Selected for Flying Course. The Air Force Cadets who were pre-selected for flying course were sadly withdrawn from the the SPK training a week before the commissioning parade. They were sent to Flying Training Centre (FTC either Alor Setar or Kluang). They were commissioned after they completed the flying course and awarded with their pilot wing. For those who were unsuccessful in their flying training were commission in-situ as approved by the AFC.

After 37 years (1981 – 2018), More than 80 percent of TJP37 (including the ladies) were left the service. They either reached their retirement age, early retimement, did not go for regularship, deceased or dismissed.

Pencapaian

Pencapaian kerjaya warga bekas Pegawai Kadet  TJP37 dalam perkhidmatan Tentera Darat amat membanggakan termasuk dari kalangan PK Wanita. 

Jeneral (1)
Leftenen Jeneral (3)
Mejar Jeneral (6)
Brigedier Jeneral (9)
Kolonel (10)
Leftenan Kolonel (72)


Jeneral

1.   Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi (Jebat) - RAMD


Leftenan Jeneral

1.   Lt Jen Datuk Abdul Halim bin Jalal (Kasturi) - RAMD

2.   Lt Jen Datuk Haji Kamalruzaman bin Hj Mohd Othman TUDM (Jebat) - JURUTERBANG

3.   Lt Jen Datuk Zamrose bin Mohd Zain (Jebat) - RAMD.


Mejar Jeneral

1.   Mej Jen Datuk Haji Romlee bin Hj Yahya TUDM (Bersara) (Jebat) - JURUTERBANG

2.   Mej Jen Datuk Haji Azlan bin Abd Rahman (Tuah) - RAMD

3.   Mej Jen Dato Haji Khairil Asri bin Bahrin TUDM (Bersara) (Tuah) - JURUTERBANG

4.   Mej Jen Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM (Bersara) (Kasturi) - MATERIEL.

5.   Mej Jen Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM (Tuah) - JURUTERBANG

6.   Mej Jen Dato' Haji Sanusi bin Hj Samion TUDM (Kasturi) - JURUTERBANG.


Brigedier Jeneral


1.   Brig Jen Dato' Yohanez binti Hj Ahmad TUDM (Bersara)(Wanita) - MATERIEL

2.   Brig Jen Dato' Haji Jaafar bin Marlan (Bersara) (Tuah) - KPD

3.   Brig Jen Dato' Haji Hasaza bin Hanafiah TUDM (Bersara) (Kasturi) - KEJURUTERAAN

4.   Brig Jen Dato' Jumali bin Salamat TUDM (Bersara) (Jebat) - JURUTERBANG

5.   Brig Jen Mohammad Shuairi bin Abdullah TUDM (Tuah) - MATERIEL

6.   Brig Jen Haji Abdul Razak bin Hussain (Tuah) - KAD

7.   Brig Jen Tamilanty a/l Periasamy TUDM (Tuah) - TRAFIK UDARA

8.   Brig Jen Khairul Anuar bin Yaakob (Jebat) - RGKM

9.   Brig Jen Roslan bin Hj Shaari (Kasturi) - KOD


Kolonel

1.   Kol Abdul Malik bin Ali (Bersara) (Tuah) - RAMD

2.   Kol Zulkarnain bin Abu Bakar (Bersara) (Jebat) - RAD

3.   Kol Abd Halim bin Idris (Bersara) (Tuah) - KRD

4.   Kol Ajhman bin Hj Bakor (Tuah)- KAD - MENINGGAL DUNIA 

5.   Kol Mohd Tahar bin Abd Razak (Tuah) - KAD

6.   Kamaralzaman bin Tun Abdul Aziz (Tuah) - RRD

7.   Kol Mohd Fanashim Benson bin Hashim (Kasturi) - JLJD

8.   Kol Haji Muhammad Shuhaimi bin Hj Ashari TUDM (Bersara) (Kasturi) - KEJURUTERAAN

9.   Kol Ir Mohd Asri bin Ismail TUDM (Bersara) (Kasturi) - KEJURUTERAAN

10.  Kol Haji Sabri bin Shamsudin TUDM (Tuah) - KEJURUTERAAN 


Leftenan Kolonel

1.   Lt Kol Azlan Shah bin Abdul Aziz (B) - RRD

2.   Lt Kol Abd Mubin bin Othman (B) - KAD

3.   Lt Kol Abd Rahman bin Tarmiji (B) - RAJD

4.   Lt Kol Haji Abd Razak bin Siran (B) - KOD

5.   Lt Kol Ahmad Kamal bin Hassan (B) - RAMD

6.   Lt Kol Haji Ahmad Nadazari bin Isa (B) - RAMD

7.   Lt Kol Haji Ahmad Ghazali bin Puteh (B) - RAMD

8.   Lt Kol Badrul Hisham bin Suda (B) - RAJD

9.   Lt Kol Baharudin bin Hussein (B) - JLJD

10.  Lt Kol Che Jamal bin Othman Shah (B) - KAD

11.  Lt Kol Din bin Ali (B) - RAMD

12.  Lt Kol Ganese a/l Jaganathan (B) - KAD

13.  Lt Kol Goh Choon Peng (B) - RAD

14.  Lt Kol Hamdan bin Abd Rahim (B) - KOD

15.  Lt Kol Hamdan bin Othman (B)- RRD - MENINGGAL DUNIA 2018

16.  Lt Kol Haji Ishak bin Hj Johar (B)- RRD

17.  Lt Kol Johan Juan @ Juan Chow Huat bin Abdullah (B) - RRD

18.  Lt Kol Jasni bin Mohd Noor (B) - RSD

19.  Lt Kol Haji Khalid bin Hamid (B) - KOD

20.  Lt Kol Haji Ku Ahmad Khir bin Abdullah (B) - RAMD

21.  Lt Kol Khalid bin Ismail (B) - RSD

22.  Lt Kol Haji Mohd Nordin bin TP Kunjupathy (B) - RAJD

23.  Lt Kol Ir Haji Mohd Nasir bi Sulaiman (B) - JLJD

25.  Lt Kol Mohd Ariffin bin Saimon (B) - RAMD

26.  Lt Kol Mohd Shafie bin Arshad (B) - RAMD

27.  Lt Kol Haji Miswan bin Bujang (B) - RAMD

28.  Lt Kol Haji Mohamad Yatim bin Mohamad Noor (B)- RAMD

29.  Lt Kol Haji Majdi bin Kamarudin (B) - RAD

30.  Lt Kol Haji Mohd Hairudin bin Mokri (B) - RAMD

31-  Lt Kol Mohd Hanafiah bin Mohd Ramli (B) - RAMD

32.  Lt Kol Mohd Norzuki bin Mohd Yusof (B) - RAD

33.  Lt Kol Haji Mohd Shah bin Abd Rahman (B) - KPD

34.  Lt Kol Mohd Sahar bin Said (B) - RAMD

35.  Lt Kol Datuk Haji Nazli bin Alias (B) - RAMD

36.  Lt Kol Anwar bin Mohammad Yusof (B) - RAMD

37.  Lt Kol Haji Pazil bin Mat (B) - RAMD

38.  Lt Kol Firdaus Quah @ Quah Boon Hock  bin Abdullah (B) - RRD

39.  Lt Kol Robert Foo Yap Sia (B) - RAD

40.  Lt Kol Mohd Rizal Tan @ Tan Chee Ser (B) - RRD

41.  Lt Kol Roslan bin Ali (B) - RSD

42.  Lt Kol Haji Saifulbahri bin Abdullah (B) - RAMD

43.  Lt Kol Haji Sazali bin Rauf (B)- RGK

44.  Lt Kol Salim bin Konek @ Haji Sharif (B) - RRD

45.  Lt Kol Haji Shamsudin bin Sulaiman (B) - RAMD

46.  Lt Kol Haji Salahuddin bin Daud (B) - RAMD

47.  Lt Kol Syed Azhar bin Syed Abu Bakar (B) - KRD

48.  Lt Kol Tajri bin Joned (B) - RAD

49.  Lt Kol Vasuthevan a/l Loganathan (B) - RRD

50.  Lt Kol Haji Mohd Yusof bin Saidi (B) - RAMD

51.  Lt Kol Zulkhurnain bin Ahmad (B) - KJLJD

52.  Lt Kol Haji Azman bin Daud (B) - KOD

53.  Lt Kol Haji Lod bin Atan (B)- KOD

54.  Lt Kol Norzahari bin Zeelan - KPD

55.  Lt Kol Haji Roslan bin Hj Kadak (B) - RAMD

56.  Lt Kol Yusri Azhar bin Ramli - KKD

57.  Lt Kol Haji Kamarudin bin Ibrahim (B) - KJLJD

58.  Lt Kol Haji Ahmad bin Ismail (B) - KJLJD

59.  Lt Kol Haji Mohd Yusof bin Awang (B) - KJLJD

60.  Lt Kol Abdillah bin Awang (B)- RAJD

61.  Lt Kol Haji Azemi bin Mat saud TUDM (B) - KEJURUTERAAN

62.  Lt Kol Ahmad Jamari bin Mohamad TUDM (B) - JURUTERBANG

63.  Lt Kol Ahmad Zaini bin Mohd Ali TUDM (B) - MATERIEL

64.  Lt Kol Khairudin bin Mohd Zahari TUDM (B) - MATERIEL

65.  Lt Kol Thien Pian Khong TUDM (B)- KEJURUTERAAN

66.  Lt Kol Abd Razak bin Mat TUDM - PERTAHANAN UDARA

67.  Lt Kol Abd Razak bin Mat Salim TUDM (B) - URUSETIA

68.  Lt Kol Mohd Shafie bin Ali TUDM (B) - TRAFIK UDARA

69.  Lt Kol S. Hamid bin Mohd Yusof TUDM (B) - TRAFIK UDARA

70.  Lt Kol Sam Foong Sow (B) - RSD

71.  Lt Kol Hajah Nor Sabrina @ Lolly Maisie Joel binti Abdullah (B) - KKD

72.  Lt Kol Hajah Sarkiah binti Zenadin Hipney TUDM (B) - URUSETIA


Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi PJN SPTS DCSM PSAT DGMK DPMK DSAP DPMS PAT JSM KAT KMN AMK PJM PPS PPA usawc mpat plsc (Canada) MA(Lancaster) MSS (USAWC)
Panglima Tentera Darat
Markas Tentera Darat

Isteri: Datin Seri Noor Akmar binti Yaacob 


Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dilahirkan pada 2 Nov 1960 di Kuala Kangsar, Perak.  Setelah menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, beliau menyertai latihan asas Pegawai Kadet Tauliah Jangka pendek (TJP) Panggilan ke 37 di Sekolah Pegawai Kedet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada bulan April 1980. Di atas kecemerlangan dan prestasi yang ditunjukkan semasa menjalani latihan di SPK, beliau telah dipilih mengikuti latihan kedet di Officer Cadet School, Portsea, Australia selama satu tahun. Beliau telah  ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Disember 1981.

Sepanjang kerjayanya dalam ATM, Ahmad Hasbullah telah melaksanakan  pelbagai tugas-tugas pemerintahan dan  staf di Markas Formasi serta tugas operasi dan jurulatih di unit operasi dan latihan. Beliau berpengalaman  terlibat secara langsung memerangi ancaman komunis di sempadan tanah air sehinggalah perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989.

Di awal kerjayanya Ahmad Hasbullah pernah bertugas sebagai Ketua Platun di 2 RAMD, Ketua kompeni, jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada tahun 1986 dan Juruarah di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) pada tahun 1993.

Ketokohan Ahmad Hasbullah telah dapat dikesan oleh pucuk pimpinan TDM apabila pada usia di awal 30an beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel dan  diberi kepercayaan dan amanah untuk memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) pada tahun 1995. Selepas meninggalkan 2 RAMD beliau terus diberikan amanah menjawat pelbagai jawatan penting sebagai langkah untuk mempersiapkan diri beliau sebagai pemimpin pelapis TDM.  Antara jawatan yang disandang ialah Pegawai Staf 1 Tadbir di Markas Tentera Darat, Ketua Staf Markas 11 Briged.

Pada 1 April 2001, Ahmad Hasbullah telah dinaikkan ke pangkat Kolonel dan dilantik menyandang jawatan Pengarah Pelajaran ATM dan merupakan satu-satunya Pegawai Infantri yang pernah dilantik ke jawatan itu dengan misi untuk membuat reformasi di Jabatan Arah Pelajaran ATM. Semasa menjadi Pengarah Pendidikan ATM, beliau telah sama-sama berperanan dalam mengubah dasar Skim Pengajian Tinggi ATM apabila cuti melanjutkan pengajian bergaji penuh diluluskan kepada warga ATM untuk semua tahap pengajian dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dengan Universiti Terbuka Malaysia mula diperkenalkan. Beliau juga terlibat secara langsung dalam proses mewujudkan Skim Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) yang boleh dinikmati oleh warga ATM sehingga kini.

Pada 17 April 2003 beliau ditukarkan ke jawatan Kol Latih dan  seterusnya memangku jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan di Cawangan OPLAT Markas Tentera Darat.  Pada tahun 2005 beliau dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dan dilantik sebagai Panglima 11 Briged Infantri, Kem Sungai Buluh dan kemudian dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada tahun 2007 untuk menjawat jawatan Panglima 3 Div Infantri pada tahun 2007 dan seterusnya sebagai Panglima Medan Tentera Darat pada tahun 2009 sebelum . Beliau seterusnya telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat pada 1 Ogos 2011 sehingga 3 Sep 2018 apabila beliau dilantik menjadi PANGLIMA TENTERA DARAT. Ahmad Hasbullah merupakan SKOT 37 yang pertama menyandang pangkat Jeneral 4 BINTANG.

Ahmad Hasbullah telah mengikuti pelbagai kursus profesional di dalam dan luar negara. Antaranya ialah di Australia Infantry Centre Singleton, US Army Infantry School Fort Benning Georgia (USA),  Land Forces Command and Staff College (Canada) dan Army War College (USA). Beliau mempunyai kelulusan Diploma in Training and Development (Leicester University UK),  Master in International Relations and Strategic Studies (Lancaster)  dan Master of  Strategic Studies (USAWC).  Semasa mengikuti kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada tahun 2000, beliau telah terpilih sebagai Peserta Terbaik Akademik dan dianugerahkan Hadiah Lembaga Maktab.

Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:

Panglima Jasa Negara (PJN)- Persekutuan - membawa gelaran Datuk.
Seri Panglima Taming Sari (SPTS) - Sultan Perak - membawa gelaran Dato' Seri.
Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - YDP Melaka - membawa gelaran Datuk Wira
Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - DKAT Kelas II
Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) - Sultan Kedah membawa gelaran Dato'
Dato' Paduka Mahkota Kedah (DPMK) - Sultan Kedah- membawa gelaran Dato'
Dato' Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP)- Sultan Pahang - membawa gelaran Dato'
Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Sultan Selangor - membawa gelaran Dato'
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
Johan Setia Mahkota (JSM) - Persekutuan
Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT Kelas IV
Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
Ahli Mahkota Kedah (AMK) - Sultan Kedah
Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan

  
Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim bin Hj Jalal PJN PSAT DPKK PAT JMN JSM SDK KAT KMN BCK PJM PPS PPA PNBB fdssc (Aust) psc MSc Glob Sec(UM) MA(Deakin) LLB Dip Strat Studies(UM)
Ketua Staf
Markas Angkatan Tentera Malaysia

Isteri: Datin Anitha bt Ahmad


Abdul Halim dilahirkan di Pasir Putih, Kelantan pada 13 Mei 1961 dan ditauliahkan pada 24 Jan 1981 ke Batalion ke .... Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Memegang pelbagai jawatan penting dalam TDM seperti Kol Perancangan di Bahagian P & P Markas TD, Panglima 11 Briged sebelum terpilih mengikuti kursus di Australia selama setahun.  Sekembalinya dari Australia pada tahun 2010 beliau dilantik menjadi Panglima 5 Briged, Kota Kinabalu sehingga Jul 12.  Kemudiannya beliau ditukarkan ke Markas Latihan TDM sebagai Pengarah Pengurusan Latihan.

Pada bulan April 2013, lanjutan dari penubuhan Markas Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM), Abdul Halim telah dinaikkan ke pangkat Mej Jen untuk menyandang jawatan Pengarah Pertahanan ESSCOM. Kini Halim memegang jawatan Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Darat.

Beliau berpeluang mengikuti kursus Diploma dan juga Ijazah dalam bidang Undang-Undang dari UITM. Beliau juga berkelulusan Diploma dari MTAT dan mengikuti kursus staf tinggi di Defence and Strategic Studies Course Australia (2009).

Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:

Darjah Paduka Kesatria Kelantan (DPKK) - Sultan Kelantan membawa gelaran Dato'
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
Johan Mangku Negara (JMN) - Persekutuan
Johan Setia Mahkota (JSM) - Persekutuan
Setia Diraja Kedah (SDK) - Sultan Kedah
Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT Kelas IV
Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
Bintang Cemerlang Kedah (BCK) - Sultan Kedah
Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan

Lieutenant General Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Jalal was
born on 13th May 1961 and hails from Pasir Puteh, Kelantan. He joined
the Officer Cadet School in 1980 and was commissioned as a Second
Lieutenant into the 24th Battalion Royal Malay Regiment (RMR) on 24th
January 1981.
During his career, he attended various military courses locally
and abroad. In 1984, he attended the Foreign Officer Tactical
Intelligence Course in Australia and in 1997, he attended the Law of
Armed Conflict Course at San Remo, Italy. He attended the Command and Staff Course,
Malaysian Armed Forces Staff College at Kuala Lumpur in 1998.
Lieutenant General Dato' Hj Abdul Halim started his academic career in 1995 with a
Degree in Law from the MARA University of Technology. In 1998 he continues his study at
Malaya University with a Diploma in Security and Strategic Studies. In 2002/03 he went to
United Kingdom and received a Master in Global Security Studies from University of
Cranfield. He furthered his study in 2009/10 in a Master Degree in Defence and Strategic
Studies from the University of Deakin, Australia.
Throughout his illustrious career Lieutenant General Dato' Hj Abdul Halim was chosen
to hold various important command and staff appointment within the Malaysian Army. He
served as the Staff Officer Grade 2 Legal in Malaysia Battalion IV (MALBAT-IV) at Bosnia in
1995. In June 2001, Lieutenant General Dato' Abdul Halim was entrusted to command 14th
Battalion Royal Malay Regiment.
Lieutenant General Dato' Hj Abdul Halim was promoted to Brigadier General in 3
rd
Nov 2008 and command the 12th Infantry Brigade in Kuala Lumpur. He assumed his command
as the Commander of the 5th Infantry Brigade, Kota Kinabalu, Sabah in 15th Dec 2010. He was
promoted to Major General on 1st April 2013 and posted to Sabah as the first Defence Director
of Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). He was then appointed as the Assistant Chief
of Staff Planning and Development Branch at the Army Headquarters on 20th December 2013
before being appointed as the Commander of 4th Infantry Division on 5th August 2015. In 2016
he was appointed as the Chief of Staff of the Army Headquarters and on March 2017, he was
promoted to a Lieutenant General and assumed the appointment of the Chief of Staff of the
Malaysian Armed Forces Headquarters. He is currently the Vice Chancellor of National
Defence University of Malaysia since 15th May 2018.
In recognition of his valour and services to the nation, he has been awarded with
numerous titles, award and medals. He was accorded with the title Dato’ from his Dato’ Paduka
Kesatria Mahkota Kelantan (DPKK) which was awarded by HRH the Ruler of Kelantan in 2008.
Lieutenant General Dato' Hj Abdul Halim is a keen golfer and spends his free time reading.
Lieutenant General Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Jalal is married to Datin Hjh Anitha

binti Hj Ahmad and the couple is blessed with five children


Leftenan Jeneral Dato' Hj Kamalruzaman bin Mohd Othman  PJN PSAT DSAP DIMP PAT SAP DJN KMN AAP PJM PPS PPA PNBB awc (USA) psc (NZ) jt TUDM
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara
Markas Pendidikan dan Latihan Udara

Isteri: Datin Hjh Zubaidah binti Abdullah



Kamalruzaman dilahirkan pada 26 Jul 60 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sains Pulau Pinang. Setelah menamatkan latihan asas ketenteraan di SPK, Kem Segenting dari 5 April hingga Dis 80 beliau telah terpilih mengikuti latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang I (No. 1 FTC) di TUDM Alor Setar sehingga berjaya mendapat sayap penerbangan pada 16 Jul 82 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Udara.

Setelah mendapat sayap penerbangan beliau telah dipilih menjalani latihan peralihan pesawat pejuang (Tebuan CL41G) di No 9 Skn, TUDM Kuantan sehingga 24 Jan 83 dan kemudiannya pesawat MB339A dan PC7 di No 3 FTC Kuantan  sehingga 17 Dis 83. Beliau kemudiannya bertugas di No 6 Skn (Skyhawk) sehingga 16 Jul 85. Beliau mengikuti Kursus QFI di No 1 FTC  dan seterusnya dinaikkan ke pangkat Kapt TUDM menjadi jurulatih terbang mulai 1 Jan 88 sehingga Nov 90. Pada 1 Sep 92 dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM dan bertugas sebagai jurulatih di No. 3 FTC TUDM Kuantan sehingga Sep 93.

Beliau menyertai misi pengaman PBB di Bosnia Herzegovina dari Sep 93 hingga Ogos 94. Sepulangnya dari Bosnia Kamalruzaman dirtukarkan ke No 11 Skn untuk menerbangkan pesawat RF5E sehingga ditukarkan ke No 17 Skn, PU Kuantan (MiG29) pada bulan Mac 97. Pada 7 Feb 2000 dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM untuk menjawat jawatan Pegawai Memerintah No 19 Skn. Pada 18 Feb 03 ditukarkan kepada Pegawai Memerintah No 15 Skn PU Butterworth dan dinaikkan ke pangkat Kol TUDM.

Pada 18 Okt 04 ditukarkan semula ke No 17 Skn juga sebagai Pegawai Memerintah sehingga ditukarkan ke jawatan Komander PU Kuantan pada 3 Apr 06. Pada 2 Apr 07 bertukar ke jawatan Pengarah Rancang dan Operasi di Markas TUDM (P & P). Pada 1 Okt 09 dinaikkan ke pangkat Brig Jen TUDM.

Pada bulan 20 Ogos 2010 ditukarkan ke jawatan Panglima Logistik Udara dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM pada 1 Jan 2011. Pada 1 Ogos 13 beliau telah ditukarkan ke Markas ATM untuk menyandang jawatan AKS Perancangan Pertahanan.

Sepanjang perkhidmatannya beliau telah menghadiri beberapa kursus penting di Squadron Officer Course di Kinrara (1991), MiG Conversion di India (1995), Senior Command and Staff College, Auckland, New Zealand (1997), Air War College, Alabama, USA (2002) dan Kursus JUSA di INTAN (2010).

Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:

Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - DKAT Kelas II
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Sultan Pahang (membawa gelaran Dato')
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)  - Sultan Pahang (membawa gelaran Dato')
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (SAP) - Sultan pahang
Darjah Johan Negeri (DJN) - YDPN Pulau Pinang
Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
Ahli Setia Sultan Ahmad Shah Pahang (AAP) - Sultan Pahang
Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan
Pingat Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) (Bosnia)

Beliau telah berumahtangga dengan Datin Zubaidah binti Abdullah dan dikurniakan dengan lima orang cahayamata, 3 lelaki dan dua perempuan.


Leftenan Jeneral Dato' Zamrose bin Mohd Zain  PJN PSAT DPNS DIMP  DCSM PAT JMN JSM KAT KMN PJM PPSPPA PNBB ndc (Thailand) mpat psc
Panglima Medan Timur TD
Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

Isteri: Datin Zainuriah binti Mustapha.


Zamrose dilahirkan pada tahun 1962 di Tampin, Negeri Sembilan. Beliau merupakan pelajar Sek Men Tunku Besar Tampin sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja (RMC) pada tahun 1978. Beliau ditauliahkan ke Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 24 Jan 1981.

Antara jawatan penting yang disandang ialah Pegawai Memerintah 1 RAMD, Ketua Staf Markas 11 Briged, Komandan Kolej Tentera Darat (KTD) dan Panglima Briged ke 4 Mekanisme, Ketua Staf Am Markas Medan TD dan Panglima 3 Divisyen Infantri.

Jawatan sekarang ialah  Ketua Missi IMT di Mindanao, Filipina (Mac 2016 - Mac 2017)

Kursus tertinggi ketenteraan yang dihadiri ialah Kursus Staf di National Defence College of Thailand.

Anugerah bintang kebesaran dan pingat-pingat yang diterima ialah:

Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) - DKAT Kelas II - 2015
Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira -2015
Darjah Indra Mahkota Pahang (DIMP) - Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' - 2012
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)- DKAT Kelas III
Johan Mangku Negara (JMN) - Persekutuan
Johan Setia Mahkota (JSM) - Persekutuan
Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT Kelas IV
Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan

Beliau telah berumahtangga dengan Datin Zainuriah binti Mustapha dan dikurniakan dengan lima orang cahayamata.


Mejar Jeneral Datuk Hj Romlee bin Hj Yahya  PSAT PSD DSAP DIMP PAT JSD SMP KSD AMN PJM PPS PPA ndc (Thailand) mpat psc (Jordan) jt TUDM
TTP: 9 Nov 2019
Jawatan terakhir: Panglima Wilayah Udara I (hingga 3 Apr 19)
Isteri: Datin hjh Rokiah binti Baba

Romlee

Romlee dilahirkan di Kedah pada tahun 1959. Mendidikan didikan di MTD dari tahun 1975 hingga 1979 sebelum menyertai latihan di Sekolah Pegawai Kadet pada tahun 1980.

Antara jawatan penting yang disandang sebelum menyandang jawatan sekarang ialah:

Juruterbang No 2 Skn
Jurulatih Penerbangan di PULATIBANG I
Pegawai Memerintah PULATIBANG 1
Pengarah Jabatan Kesiapsagaan Udara
Pegawai Memerintah No 2 Skuadron
Komander Pangkalan Udara Subang
Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiapsiagaan, MOU
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara


Mejar Jeneral Datuk Hj Azlan bin Abd Rahman  PSAT DSDK DSPN PAT KMN AMN PJM PPS PPA mpat psc
Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera

Isteri: Datin Fadzilah binti Ismail



Mejar  Jeneral Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin  DIMP PAT KAT PPT AMP PJM PPS PPA MA(UKM) Dip DSS (UM) dssc (Aust) mpat psc TUDM
Latihan Peralihan (Jun - Ogos 18)
Jawatan Terakhir: AKS Sumber Manusia, Markas Tentera Udara (hingga 8 Apr 19)
TTP: X Isteri: Datin Hjh Che' Saridah binti Ramli



Mej Jen Hj Toharudin bin Abd Rasid PSAT DIMP PAT KMN KAT AMN psc MBA BBA(Hos) (HRM) DBS AMIHRM TUDM
Jawatan: Assisten Ketua Staf  Logistik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera (hingga 21 Mei 2019)
Tarikh Tamat Perkhidmatan: 22 Nov 2019
Isteri: Puan Hjh Adibah binti Hj Taha.




Mejar Jeneral Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion  DIMP PAT SMP KAT KMN AMN AMP PJM PPS fndu (PRC) awc(USA) psc(USA) jt TUDM
Ketua Staf
Markas Pendidikan dan Latihan Udara




Mejar Jeneral Felix Gonsalvez a/l Alexander TUDM PAT JMW SMP PTU KAT KMN AMN AMP PJM PPS ndu (PRC) 
Inspektor Jeneral TUDM
Markas Tentera Udara
Isteri: Puan Fenella Goh

.

Brigedier Jeneral Dato' Yohanez binti Ahmad DIMP PAT  KAT KMN PJM PPS PPA psc MMgt(OUM) Dip DSS (UM)  DBS(ITM) TUDM (BERSARA)
Jawatan Terakhir: Asisten Ketua Staf  Materiel, Markas Tentera Udara (hingga Ogos 2016)
Tarikh Tamat Perkhidmatan: 4 April 2017.


Brig Jen Dato' Yohanez binti Ahmad TUDM, kumpulan wanita pertama dalam pengambilan pegawai kedet wanita TJP bersama Panggilan TJP37 telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Pegawai Wanita TUDM yang pertama dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 22 Ogos 2015.

Yohanez ditauliahkan ke dalam Cawang Logistik TUDM pada 24 Januari 1981 juga merupakan pegawai dari kumpulan  pengambilan siri pertama Pegawai Kedet Tauliah jangka Pendek Wanita ATM yang menjalani latihan bersama Pegawai Kedet Pengambilan TJP ke 37 di Kem Sebatang Karah, Port Dickson yang mula menjalani latihan pada 5 Apr 1980. Sebelum melapor diri ke SPK beliau telah mempunyai Diploma dalam bidang Business Studies dari ITM.

Beliau yang dilahirkan di Segamat, Johor pada 4 April 1957 sebelum ini juga merupakan pegawai wanita TUDM pertama dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM (2004) dan Kol TUDM (2011) dilantik menjadi Assisten Ketua Staf Materiel di Markas Tentera Udara (MTU). Juga merupakan wanita pertama dalam ATM yang menyandang jawatan AKS dalam ketiga-tiga perkhidmatan.

Antara jawatan penting beliau sebelum ini ialah:

Pengarah Materiel, Markas TUDM
Pengarah Belanjawan, Markas TUDM
PS1 Belanjawan, Markas TUDM
PS1 SISGP F, Markas No 3 Div Udara
Ketua Cawang Logistik, TUDM Butterworth
Jurulatih SOC di SITU, Pulau Pinang

Beliau telah dianugerahi dengan pingat-pingat berikut:

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - membawa gelaran Dato' (2015)
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) - DKAT (2012)
Kesatria Mangku Negara (KMN) - Persekutuan
Kesatria Angkatan Tentera (KAT) - DKAT
Pingat Jasa Malaysia (PJM) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) - Persekutuan
Pingat Perkhidmatan Am (PPA) - Persekutuan


Brig Jen Dato' Hj Hasaza bin Hanafiah DIMP PAT SDK KAT KMN PJM PPS MBEM (Warwick) MA(UKM) mpat psc TUDM (BERSARA)
Jawatan Terakhir: Ketua Pengarah PUSPEKA TUDM
Tarikh Tamat Perhidmatan: 30 Jan 2018


Hasaza dilahirkan pada tahun 1959 di Kedah.

Antara jawatan penting yang disandang ialah:

Ketua Cawang Kejuruteraan PU Subang
Ketua AFPRO AIROD
PS 1 Sistem Grup B, MLU
Ketua Staf Sistem, MLU/MPBU
Ketua Staf MPBU


Brig Jen Dato' Hj Jaafar bin Marlan DSDK PAT PJK PJM PPS PPA mpat psc (BERSARA)
Jawatan terakhir: Ketua Pengarah  Logistik
Markas Tentera Darat
Tarikh Tamat Perkhidmatan: 18 April 2018




Brigedier Jeneral Dato' Hj
 Jumali bin Salamat DIMP PAT JBS KAT KMN PJM PPS PPA MA(UKM) ndu(USA) mpat psc TUDM (BERSARA)
Jawatan Terakhir: Komander Pangkalan Udara Butterworth
Tarikh tamat perkhidmatan: 18 Apr 2018
Isteri: Puan Hjh Salina binti Sahat

Image result for brig jen jumali


Brigedier Jeneral Mohammad Shuairi bin Abdullah TUDM PAT KAT AMN PJM PPS PPA psc
Ketua Pengarah Operasi Logistik
Bahagian Logistik Pertahanan
Markas Angkatan Tentera




Brigedier Jeneral Abdul Razak bin Hussin PAT KAT DSM BCM AMN PJM PPS PPA psc
Panglima 13 Briged
Markas 13 Briged
Kem Cenderawasih, Lahad Datu

Brigedier Jeneral Thamilanty a/l Periasamy PAT KAT AMP PPT PJM PPS PPA mpat psc
Ketua Staf
Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara
PU Sendayan


Brigedier Jeneral Khairul Anuar bin Yaakob PJM PPS PPA mpat psc
Ketua Staf Perkhidmatan
Markas Grup Gerak Khas
Kem Iskandar, Mersing


Brigedier Jeneral Roslan bin Hj Shaari PJM PPS PPA mpat psc
Assisten Ketua Staf Logistik

Markas Tentera Darat
Wisma Pertahanan


DIRGAHAYU SKOT
SEMOGA TERUS MAJU JAYA DAN SENTIASA MENDAPAT KERAHMATAN ALLAH SWT


No comments:

Post a Comment