Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, November 30, 2013

AF065: PANGKALAN UDARA SENDAYAN


Fail:Air Force Ensign of Malaysia.svg
TUDM SENDAYAN
PENGGANTI PANGKALAN UDARA KL


Image result for tudm sendayan negeri sembilan
  





KUALA LUMPUR 15 Dis.- Pangkalan Udara Sendayan yang baharu bakal memulakan operasinya secara berperingkat mulai Januari 2018.


Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya yakin Pangkalan Udara Sendayan yang kini dalam fasa terakhir pembinaannya akan beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.


“Perpindahan operasi akan dilakukan secara berperingkat mengikut unit dan anggota di setiap pangkalan sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan TUDM 2017 di Pangkalan Udara Subang dekat sini hari ini.


Tambah beliau, pengoperasian Pangkalan Udara Sendayan itu nanti diharap dapat meningkatkan lagi keupayaan TUDM serta memberi keselesaan tempat kerja termasuklah alat kelengkapan baharu bagi melicinkan lagi tugas-tugas TUDM.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pangkalan-udara-sendayan-beroperasi-mulai-januari-2018-1.573301#ixzz57oYYJf2q
© Utusan Melayu (M) Bhd


Cerita Saya

Sejak melapor diri ke Markas Logistik Udara (kali kedua) pada 9 Feb 2012, masa lapang aku menjadi semakin sempit. Termasuklah masa untuk aku mengupdate blog aku.  Di samping kerja-kerja rutin sebagai KSK dan Pegawai Memerintah Markas, aku turut menerima beberapa tugasan dari pegawai atasanku.  


Selalunya aku terpaksa membawa pulang kerja-kerja pejabat ke rumah, khususnya kerja-kerja menyediakan kertas kerja dan power point untuk persembahan.  Bukan aku gagal untuk mengamalkan delegation of work kepada staf bawahan tapi mereka semua sudah bogged down dengan pelbagai tugas prima dan sekundar.  Mereka aku perlukan untuk menyediakan data maklumat yang membantu aku menyediakan kertas kerja dan taklimat.  Mereka diperlukan untuk bekerja dan belajar untuk apa mereka diarahkan membuat sesuatu.  Lagi pun, aku lebih suka menyediakan power point sendiri kerana sambil membuat aku boleh memahami dan tahu apa yang aku nak cakap dalam presentation nanti.  Aku boleh buat design apa yang aku suka.Kalau suruh orang buat ni, leceh sikit, ada saja yang tak kena atau beulangkali kena review dan buat pembetulan.


Lupakan pasal kerja, tujuan aku membuka tajuk kali ini ialah untuk menyimpan sejarah yang bakal dilalui.


Berita mengenai penjualan tanah Pangkalan Udara KL kepada syarikat milik Kerajaan 1MDB telah mula diperbualkan sejak tahun 2010.  Tanah PUKL bakal dimajukan menjadi commercial centre yang bernilai berbilion ringgit.  Itu urusan kerajaan, aku tak nak masuk campur. Apa-apa keputusan Kerajaan mesti ada sebab musababnya dan mesti ada kepentingannya. Tapi sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang isu berikut, mari kita mengimbau kembali sejarah penubuhan PUKL itu sendiri. 


Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL)


Sejarah PUKL atau biasa disebut TUDM Sungai Besi adalah sejarah industri aviasi negara dan juga sejarah TUDM sendiri. Pangkalan ini telah dibina oleh Kerajaan British pada 1930 sebagai Lapangan Terbang Kuala Lumpur (LTKL) atau kod IATAnya ialah WMKF yang terletak di Sempang (lebih dikenali sebagai Sungai Besi), Kuala Lumpur (kedudukan grid: Latitude N03* 06.6889' dan Longitude E101* 42.1626' pada ketinggian 33.83 dari aras laut.  Ukurannya ialah 6200 kaki panjang dan 273 kaki lebar. Jaluran landasannya adalah selari dengan jalan utama dari Kuala Lumpur ke Seremban.  Pesawat pertama yang mendarat ialah pesawat British jenias AOAC pada tahun 30an.


 
 
 


Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force). Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas.

Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar, Singapura. Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF. Pada tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956. Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup.

Pada tahun 1948 LTKL diperbesarkan dan dijadikan sebagai lapangan terbang utama di Semenanjung Tanah Melayu.  Ia juga digunakan sebagai pangkalan untuk pesawat Tentera Udara DiRaja British (Royal Air Force).  Pada 1 Ogos 1956, LTKL diisytiharkan sebagai Lapangan Antarabangsa KL oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.  bangunan terminal baru dibina dengan kos $590,000.

Sehingga tahun 1960, seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini. Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960.

Pada 25 Okt 1960, Kerajaan British secara rasminya menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kegunaan TUDM. Oleh kerana pada waktu itu TUDM masih kekurangan pegawai dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada merupakan pinjaman daripada negara asing maka Pegawai Memerintah pangkalan masih dipinjam dari Tentera Udara Diraja British.

Pada tahun 30 Ogos 1965 Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kemudian dikenali sebagai LTA Sultan Abdul Aziz Shah (LTASAS) dibuka dengan rasminya sebagai lapangan terbang utama negara.  Mulai dari tarikh itu LTKL diambil alih oleh TUDM dan dikenali sebagai Pangkalan TUDM Kuala Lumpur.


Pada 2 Jun 1958 Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan perasmian penubuhan Tentera Udara DiRaja Persekutuan (TUDP) di Pangkalan ini bersekali dengan penerimaan sebuah pesawat perintis TUDP, Twin Pioneer yang dihadiahi oleh Kerajaan Britishdan dinamakan 'Lang Rajawali".




Pada 31 Mac 1969, buat pertama kalinya Pangkalan TUDM KL diterajui oleh anak tempatan pertama sebagai Pegawai Memerintah iaitu Gp Captain Mohammed Taib. Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM. Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia.




Pada tahun 1993, nama pangkalan ini ditukar dari Pangkalan TUDM Kuala Lumpur kepada Stesen TUDM Kuala Lumpur tetapi kemudiannya kembali dinamakan Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada tahun 2001.

Di dalam pangkalan terdapat banyak lodger unit, iaitu:

1.     Markas No 1 Divisyen Udara (kemudiannya menjadi Markas Wilayah Udara 1)
2.     Markas Logistik Udara (kemudiannya menjadi Markas Pemerintahan Bantuan Udara)
3.     Institut Perubatan Penerbangan
4.     No 10 Skn (pesawat S61 Nuri, AS61N91 Agusta dan S70 Blackhawk)
5.     Electronic Warfare Support Centre (EWSC)
6.     Air Warfare Centre (AWC)
7.     Materiel Udara 1 (MATRA 1)
8.     Staff Flight Conversion Unit (SFCU) dengan pesawat Aero3.
9.     Cawangan Peperiksaan, Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU)
10.   Cawangan Pengambilan, BSM, Markas Tentera Udara (MTU)
11.   Cawangan Istiadat, Bahagian Tadbir , MTU
12.   Cawangan Infra Bina, PPO, MTU
13.   Cawang Provos Marshal, Bahagian Tadbir, MTU
14.   Cawangan perundangan, Bahagian Tadbir, MTU
15.   Jabatanarah Pasukan Simpanan TU, Bahagian Tadbir, MTU.
16.   Bahagian Operasi SPKB, BTMK
17.   Pancaragam TUDM
18.   Muzium TUDM
19.   Mes Wira Angkasa (mes pusat TUDM)
20.   31 Rejimen Artileri DiRaja (Pertahanan Udara)
21.   814 RSAT berpindah ke PU Sendayan.

22.   628 PGAT

 
 


Selain dari berkongsi landasan dengan Unit Udara PDRM sejak unit tersebutmula beroperasi pada 1 April 1980.  Pangkalan Udara KL juga menempatkan beberapa organisasi berikut:

Badan Kesenian Tentera Udara
Lembaga Sukan TUDM
Kelab Rekreasi Angkatan Tentera (KRAT)
Kelab Equestrian ATM (MAFEC)
Kelab Penerbangan DiRaja Selangor (RSFC)

Kewujudan PUKL bakal menjadi catatan sejarah apabila Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menjual tanah yang menempatkan pangkalan ini untuk dibangunkan sebagai commercial centre.



 
 
 


Lapangan Terbang Sg Besi Akan Ditutup -Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2010: Lapangan Terbang Sungai Besi yang kini dijadikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), akan ditutup tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada projek pembangunan 'Greater KL' seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Sambil mengesahkan lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan itu akan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta dan pelabur asing.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Taman LTAT Bukit Jalil di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa pelabur dari Timur Tengah yang dilihat berpotensi terlibat dalam pembangunan kawasan lapangan itu.

Katanya satu perjanjian telah ditandatangani dua minggu lepas membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.

Beliau yang enggan mendedahkan butiran perjanjian tersebut berkata pelan pembangunan lapangan terbang itu masih dalam peringkat perbincangan semua pihak yang terlibat.

Sambil menafikan penglibatan pihak atau individu tertentu untuk meraih keuntungan dalam pelan itu, beliau berkata projek terbabit adalah perkongsian awam dan swasta bagi menyertai pembangunan projek yang dipimpin syarikat berkait dan kerajaan.

Menurut laporan RMK-10 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya atau 'Greater KL' akan dijadikan bandar bertaraf dunia yang mempunyai persekitaran memberangsangkan sebagai tempat tinggal, bekerja dan beriadah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Laporan itu turut menyebut antara projek yang akan dibangunkan syarikat GLC seperti Projek Pembangunan Strategik Kuala Lumpur oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meliputi kawasan Lapangan Terbang Sungai Besi dan KL International Financial District.

Ahmad Zahid berkata fasiliti dan infrastruktur yang lebih canggih akan dibangunkan di kawasan terbabit bersesuaian dengan persekitaran lapangan itu yang menuntut sentuhan pembangunan moden.

"Kita tidak boleh menolak pembangunan. Lapangan ini yang terletak di kawasan strategik dan di tengah-tengah pembangunan yang pesat dan ia perlu diubah suai," katanya tanpa mendedahkan butiran pembangunan projek itu termasuk kos dan tarikh ia akan dibangunkan.

Beliau berkata apabila projek pembangunan kawasan lapangan terbang itu dimulakan, operasi pemindahan agensi-agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat di lapangan terbang itu akan dijalankan secara berperingkat.

Aset negara seperti pesawat yang kini berada di pangkalan terbabit akan dipindahkan di Pangkalan TUDM Subang atau pangkalan lain yang bersesuaian, katanya.

Lapangan Terbang Sungai Besi merupakan lapangan terbang pertama di negara ini dan diisytiharkan bertaraf antarabangsa oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama Malaysia) pada 1 Ogos 1956.

Lapangan terbang itu mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30-an.


Baca lebih lanjut di 

Berita selanjutnya:

Operasi Penerbangan Pangkalan TUDM Sg Besi Mula Berhenti 30 Nov Ini

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2011: Operasi penerbangan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di sini akan ditutup secara berperingkat-peringkat mulai 30 November ini, dengan hanya operasi penerbangan helikopter dibenarkan menggunakan pangkalan itu.

Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud berkata operasi penerbangan kapal terbang akan dipindahkan ke lapangan terbang dan pangkalan udara TUDM yang lain.

Ini bagi membolehkan pemaju 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan kerja-kerja pembangunan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan kepada pelari solo Projek Larian Sahara Mesir, Suwaibah Muhammad Nasir di Muzium TUDM di sini, Selasa.

Rodzali berkata, operasi penerbangan perlu diberhentikan bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan di kawasan itu seperti membina cerucuk tinggi yang tidak boleh dilakukan kerana laluan udara digunakan oleh helikopter dan kapal terbang.

Pada Jun lepas, 1MDB, pemaju induk Bandar Malaysia yang merupakan syarikat pembangunan strategi milik kerajaan, telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi pemindahan tanah lapangan terbang Sungai Besi seluas 196.6 hektar kepada 1MDB.

Mengenai kedudukan muzium dan masjid TUDM di pangkalan udara itu, Rodzali berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan antara pihaknya dan 1MDB.

Bagaimanapun, TUDM ingin mengekalkan kedua-dua aset itu di kawasan tersebut, katanya. Rodzali berkata selain itu, "kita sedang berbincang dengan IMDB bagi proses pemindahan aset, prasarana dan kemudahan yang ada di pangkalan ini ke pangkalan baru iaitu di Subang, Selangor, Sendayan (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang) seperti logistik, skuadron, kediaman dan mes pegawai.

"Apa yang paling penting ketika ini adalah mewujudkan dan membina sistem perintah dan kawal di Subang bagi membolehkan operasi di sini dipindahkan ke pangkalan baru itu (Subang)." katanya yang menjangkakan keseluruhan projek pembangunan dan pemindahan dapat siapkan pada 2016.

Beliau berkata pangkalan TUDM Subang akan dijadikan pangkalan untuk perintah dan kawal manakala di Sendayan pula sebagai pangkalan latihan penerbangan dan Kuantan bagi menempatkan lain-lain aset TUDM.

Satu mesyuarat susulan mengenai pembangunan Sendayan dan Subang akan diadakan pada 14 Februari tahun depan yang akan merangkumi aspek perjanjian reka bentuk untuk projek di Sendayan dan projek segera bagi Subang.

Baca lebih lanjut di


Berita seterusnya:

TAMPIN, 28 Mei 2011 – Kawasan Sendayan yang terletak 12 kilometer dari Seremban semalam diumumkan sebagai lokasi baru menggantikan Lapangan Terbang   Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang telah menjadi pangkalan udara sejak tahun 1965.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menamakan kawasan Sendayan di Negeri Sembilan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sendayan terletak kira-kira 12 kilometer dari Seremban.

umno 65th anniversary 110511 najib making doa Najib mengumumkan perkara itu ketika ditanya pemberita selepas selesai melawat Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu atau saiz pengkalan yang bakal dibina.  

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berada dalam sesi media yang sama berkata: "Satu pengumuman yang lebih lanjut mengenainya akan dibuat nanti,".

Akhbar hari ini memetik Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud sebagai berkata lokasi pangkalan udara baru itu telah dikenal pasti tetapi enggan menyatakan lokasinya kerana kontrak mengenainya akan ditandatangani pertengahan Jun.

Katanya TUDM akan menjadikan pangkalan itu sebagai pangkalan latihan dan menempatkan unit-unit latihan yang terdapat di setiap pangkalan udara di seluruh negara di satu lokasi sahaja.


dan seterusnya:

Operasi Penerbangan Pangkalan TUDM Sg Besi Mula Berhenti 30 Nov Ini

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2011: Operasi penerbangan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di sini akan ditutup secara berperingkat-peringkat mulai 30 November ini, dengan hanya operasi penerbangan helikopter dibenarkan menggunakan pangkalan itu.

Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud berkata operasi penerbangan kapal terbang akan dipindahkan ke lapangan terbang dan pangkalan udara TUDM yang lain.

Ini bagi membolehkan pemaju 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan kerja-kerja pembangunan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan kepada pelari solo Projek Larian Sahara Mesir, Suwaibah Muhammad Nasir di Muzium TUDM di sini, Selasa.

Rodzali berkata, operasi penerbangan perlu diberhentikan bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan di kawasan itu seperti membina cerucuk tinggi yang tidak boleh dilakukan kerana laluan udara digunakan oleh helikopter dan kapal terbang.

Pada Jun lepas, 1MDB, pemaju induk Bandar Malaysia yang merupakan syarikat pembangunan strategi milik kerajaan, telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi pemindahan tanah lapangan terbang Sungai Besi seluas 196.6 hektar kepada 1MDB.

Mengenai kedudukan muzium dan masjid TUDM di pangkalan udara itu, Rodzali berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan antara pihaknya dan 1MDB.

Bagaimanapun, TUDM ingin mengekalkan kedua-dua aset itu di kawasan tersebut, katanya. Rodzali berkata selain itu, "kita sedang berbincang dengan IMDB bagi proses pemindahan aset, prasarana dan kemudahan yang ada di pangkalan ini ke pangkalan baru iaitu di Subang, Selangor, Sendayan (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang) seperti logistik, skuadron, kediaman dan mes pegawai.

"Apa yang paling penting ketika ini adalah mewujudkan dan membina sistem perintah dan kawal di Subang bagi membolehkan operasi di sini dipindahkan ke pangkalan baru itu (Subang)." katanya yang menjangkakan keseluruhan projek pembangunan dan pemindahan dapat siapkan pada 2016.

Beliau berkata pangkalan TUDM Subang akan dijadikan pangkalan untuk perintah dan kawal manakala di Sendayan pula sebagai pangkalan latihan penerbangan dan Kuantan bagi menempatkan lain-lain aset TUDM.

Satu mesyuarat susulan mengenai pembangunan Sendayan dan Subang akan diadakan pada 14 Februari tahun depan yang akan merangkumi aspek perjanjian reka bentuk untuk projek di Sendayan dan projek segera bagi Subang. 

TUDM turut menubuhkan sebuah Pasukan Projek Khas (2010) untuk mengurus, menangani dan merundingkan kepentingan TUDM dari semua aspek.

Mengikut perancangannya, 1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) yang membangunkan Projek Bandar Malaysia mengenal pasti lima tapak pemindahan bagi operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuala Lumpur iaitu di Subang, Selangor; Kuantan, Pahang; Sendayan, Negeri Sembilan; Butterworth, Pulau Pinang; dan Gong Kedak, Terengganu; dua bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Subang dan Ipoh, Perak) dan satu di 31 RAD di Kajang, Selangor.

Perjanjian bagi pembangunan pangkalan di Butterworth dan Gong Kedak untuk TUDM ditandatangani pada Disember 2011 manakala tapak di Ipoh bagi PDRM dimeterai pada bulan lalu.

Proses pemindahan bakal dilaksanakan mengikut fasa sebaik selesai kerja pembinaan di pangkalan baru dalam tempoh lima tahun lagi. Perjanjian ini menandakan permulaan kerja pembinaan di tapak baru.

Baca lebih lanjut di






Pangkalan baharu TUDM di Sendayan
Related image


Related image


Agreements inked to develop Sungai Besi airport land into Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2011: Several agreements were inked Wednesday, paving the way for the old Sungai Besi airport land to be transformed into Bandar Malaysia a strategic development for long-term national growth.

Bandar Malaysia will have several attractive elements to further strengthen Kuala Lumpur's global competitiveness as cities compete to attract international investors and businesses, a statement on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) website said.

1MDB, the master developer for Bandar Malaysia, signed, among others:

* Sale and purchase agreements with Federal Land Commissioner for the transfer of 495 acres of Sungai Besi airport land to 1MDB;

* Sale and purchase agreement with the Mentri Besar Incorporated of Negri Sembilan for the purchase of 750 acres in Sendayan, which is the replacement site for the Royal Malaysian Air Force (RMAF);

* A master relocation agreement with the Defence Ministry and Home Ministry to develop eight replacement sites.

Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop witnessed the signing at the Economic Planning Unit of the Prime Minister's Department here.

Bandar Malaysia aims to promote livability as a distinctive character of Greater Kuala Lumpur. It will be a mixed development filled with livable space for work/life balance, such as open green space and people's avenue as well as higher learning institutions, the statement said.

This is the third game-changing use of the historical site. In 1956, it served as the first international airport, opening up the aviation, travel, tourism and hospitality industries.

It was also the birthplace of the RMAF from where it grew to become an ultra modern air force.

Read more at


Bandar Malaysia On Track 

Putrajaya: 17 February 2012. The proposed Bandar Malaysia development recently signed the agreements for development on eight relocation sites for the current military and police installations in the old Sungai Besi air base. 1Malaysia Development Berhad (1MDB) will develop the new sites for the Royal Malaysian Air Force (RMAF), Royal Artillery Regiment (31RAD) and the air wing of the Royal Malaysian Police (RMP).

1MDB is a strategic development company wholly-owned by the Malaysian government helping to transform Malaysia into a thriving economy. It is the master developer of Bandar Malaysia.

Five sites will be allocated for the relocation of RMAF operations at Pangkalan Udara Kuala Lumpur in Subang, Selangor; Kuantan, Pahang; Sendayan, Negeri Sembilan; Butterworth, Penang and Gong Kedak, Terengganu; two for RMP in Subang and Ipoh, Perak and one for 31RAD in Kajang, Selangor. Upon completion of works at the bases within the next five years, the relocation of the military and police installations will be in phases.

The Butterworth and Gong Kedak agreements for RMAF were signed in December 2011 while the agreement for RMP's Ipoh site was signed last month in January.
The rest of the agreements for development were signed today, Feb 17, by Defence Ministry Secretary-General Datuk Sri Dr. Haji Ismail Haji Ahmad, Home Ministry Deputy Secretary-General (Management) Datuk Wahab Mohd Yasin and 1MDB CEO Shahrol Halmi.

The signing ceremony was witnessed by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Minister in the Prime Minister's Department at the Economic Planning Unit (EPU) of the Prime Minister's Department here. Present was 1MDB Chairman Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin and EPU Director-General Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff.

Datuk Azmar Talib, 1MDB Real Estate Sdn Bhd Deputy CEO (Operations) thanked the the respective government agencies for their cooperation to ensure that the relocation will be on schedule: “Today's signing signals the beginning of work for the new sites. In line with our priority to minimise disruptions to the security operations of the country, current operations will move out only after the new sites are ready."

In June 2011, 1MDB signed the Sale and Purchase agreement (S&P) with Federal Land Commissions for the transfer of 495-acres of Sungai Besi airport land to 1MDB; the S&P agreement with the Menteri Besar Incorporated of Negeri Sembilan for the purchase of 750-acres in Sendayan; and a master relocation agreement with Defence Ministry and Home Ministry to develop the eight replacement sites.

As a distinctive character of Greater Kuala Lumpur, Bandar Malaysia aims to promote livability with a mixed development filled with livable space for work and life offering green spaces and world-class higher learning institutions.

In 1956, the Sungai Besi air base served as the first international airport opening the corridor for aviation, travel, tourism and hospitality industries and happens to be the birthplace of the RMAF from where it grew to become an ultra modern air force.

Read more at


Projek Bandar Malaysia Lancar

PROJEK Bandar Malaysia yang dirancang dibangunkan di tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi berjalan lancar berikutan termeterai perjanjian pembangunan di lapan tapak pemindahan untuk pangkalan tentera dan polis.
1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang dilantik kerajaan membangunkan tapak seluas 196.6 hektar itu, akan membangunkan pangkalan baru bagi TUDM, Rejimen ke-31 Artileri DiRaja (31 RAD) dan Pangkalan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) 1MDB Real Estate Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib, dalam satu kenyataan semalam, berkata perjanjian itu menandakan bermula kerja pembinaan tapak baru.

Katanya, lima tapak pemindahan dikenal pasti bagi operasi TUDM Sungai Besi itu adalah Subang (Selangor), Kuantan (Pahang), Sendayan (Negeri Sembilan), Butterworth (Pulau Pinang) dan Gong Kedak (Terengganu); manakala dua bagi PDRM iaitu Subang dan Ipoh, Perak dan 31 RAD akan berpindah ke Kajang, Selangor.

"Kami memberi keutamaan untuk mengurangkan gangguan terhadap operasi keselamatan negara ke tahap paling minimum dan mereka hanya akan berpindah selepas tapak baru sudah sedia untuk diduduki.

"Perjanjian bagi pembangunan pangkalan di Butterworth dan Gong Kedak untuk TUDM sudah dimeterai pada Disember 2011 manakala bagi tapak di Ipoh untuk PDRM dimeterai bulan lalu," katanya.

Perjanjian untuk lokasi selebihnya dimeterai semalam antara Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wahab Mohd Yasin dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyaksikan majlis memeterai perjanjian itu di Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Ketua Pengarah UPE, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff.

Proses pemindahan akan dilaksanakan secara berperingkat sebaik selesai kerja pembinaan di pangkalan baru dalam tempoh lima tahun lagi.

Pada Jun 2011, 1MDB, selaku Pemaju Induk Bandar Malaysia, memeterai perjanjian jual beli bagi pemindahan 200 hektar tanah lapangan terbang lama TUDM Sungai Besi dengan Suruhanjaya Tanah Persekutuan dan bagi tanah seluas 303 hektar di Sendayan dengan Menteri Besar Diperbadankan, Negeri Sembilan.

Lawatan ke Tapak Projek 

SENDAYAN, 21 Jan 14 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM hari ini telah meninjau dengan lebih dekat perkembangan terkini projek pembangunan Pangkalan Udara Sendayan yang kini telah siap 8.9 peratus.

Lawatan TPTU ini bertujuan untuk mengetahui pembangunan yang sedang giat dijalankan di tapak projek tersebut. Semasa lawatan ini juga, beliau telah diberikan taklimat oleh arkitek projek mengenai status terkini projek serta turut dibawa melawat ke sekitar tapak projek bagi menyaksikan sendiri pembangunan yang sedang giat dijalankan.

Projek Pangkalan Udara Sendayan yang seluas 750 ekar ini akan menempatkan beberapa unit latihan TUDM yang akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan riadah  dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2016.
Turut mengiringi TPTU dalam lawatan ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM, AKS PPO, Mej Jen Dato’ Hj Ahmad Anuar bin Ahmad TUDM , Ketua Pengarah Tim Projek Dalam Negeri, Brig Jen Dato’ Lim Tiow Yew TUDM dan Ketua Tim Projek PU Kuala Lumpur, Kol Asmuni bin Takriff TUDM serta pegawai-pegawai TUDM yang terlibat dengan projek tersebut.


Related image  

Pandangan Peribadi

Dari pandangan peribadiku, Keputusan Kerajaan menjualkan tanah PUKL ini mempunyai dua reaksi besar dari pelbagai pihak. Reaksi ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu positif dan negatif.

POSITIF

TUDM bakal memiliki sebuah pangkalan baru yang moden dan dilengkapi dengan infrastruktur dan kelengkapan yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh TUDM.  Manakala fasilitet yang dipindahkan di pangkalan udara lain, bakal digantikan dengan bangunan yang lebih canggih.  Ini kerana keadaan fasilitet di PUKL yang bersesuaian dengan usia pangkalan ini sudah tidak sesuai lagi dengan suasana kerja dan keselesaan warga TUDM.

1-   bangunan zaman British yang sempit.
2-   serangan anai-anai yang serius.
3-   jalan masuk ke pangkalan yang sesak (traffic jammed sepanjang siang) kerana ia adalah jalan masuk utama ke bandaraya dari arah Selatan.
4-   kedudukan PUKL yang dikepung oleh pembangunan pesat bandaraya KL yang meluas ke arah selatan menyebabkan sistem salirannya terjejas, kerap berlaku banjir kilat.

Dikatakan, di bawah permukaan bumi PUKL mengandungi banyak bijih timah. Lantaran itu, apabila hujan dengan kesan panahan petir kerap berlaku dan merosakkan sistem talian telefoni, internet dan komunikasi yang lain.  Ratusan ribu dibelanjakan untuk kerja-kerja pembaikan yang tak pernah selesai. Boleh dikatakan setiap bulan ada berlaku 'black-out', talian telefon dan internet putus yang menjejaskan operasi TUDM.

Kedudukan PUKL terlalu hampir dengan kawasan pendudukan padat boleh mengundangkan kemungkinan aktiviti sabotaj apabila berlaku krisis.


NEGATIF

Selain dari TUDM bakal kehilangan satu-satunya  'pangkalan dalam bandaraya KL', faktor yang paling menyentuh hati sebahagian rakyat Malaysia ialah nilai sejarah.  Akan terpadam satu lagi bukti sejarah Negara yang mempunyai nilai berikut:

Lapangan terbang antarabangsa yang pertama di Tanah Melayu dan Malaysia.

Pangkalan udara yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu.

Robohnya sebuah muzium besar yang menyimpan pelbagai artifak seperti landasan terbang pertama, bangunan terminal dan kawalan trafik udara pertama, padang golf pertama dan berbagai lagi.

Kedudukan PUKL yang amat strategik dalam bandaraya KL akan menajdikan ia amat penting apabila berlaku krisis.

Kalau lebih peribadi lagi, ia memberikan kelebihan kepada aku kerana aku bakal menetap di Seremban menjelang persaraanku tidak lama lagi. Maka, aku masih hampir dengan populasi 'air force' apabila aku bersara nanti.  Dekatlah kalau nak melawat-lawat kawan-kawan.  Lagi satu, kalau aku mati nanti, aku harapkan adalah warga TUDM akan membantu menguruskan jenazah aku dan mensolatkan jenazah aku.

Kalau ingin dibincangkan lebih terperinci lagi terdapat pelbagai rasional dan motif kenapa perpindahan PUKL ke Labu/Sendayan, di Negeri Sembilan diteruskan :

Pembangunan Pangkalan Udara Sendayan bakal menjana ekonomi persekitaran Seremban dan membolehkan Seremban dinaikkan ke taraf sebuah Bandaraya.
Kawasan Labu Sendayan merupakan kawasan estet dan perkampungan Melayu tradisi. Mereka bakal menerima tempias pembangunan ini.

Pembinaan pangkalan udara ini akan menggantikan pembatalan pembinaan lapangan terbang terminal murah yang pernah diwarwarkan bakal dibina di Labu.  Kerjaan NS bakal menerima imbuhan atau timbal balik kepada pembatalan tersebut.

Sebelum ini ada hasrat untuk menggantikan PUKL dengan tapak tanah di Rawang, Dengkil dan Sungai Buloh. Namun Kerajaan Selangor yang kini diterajui oleh parti pembangkang bakal menyukarkan urusan berkaitan tanah.  NS adalah kubu kuat parti pemerintah.

Walaupun di luar kawasan perbandaran, bakal PU Sendayan tetap ada 'proximity' dengan kawasan bandar Seremban yang pesat membangun, berhampiran dengan Putrajaya dan juga KLIA Sepang.

PU Sendayan bukan pangkalan penerbangan (tiada landasan terbang). Pemindahan ini membolehkan aktiviti penerbangan TUDM di kawasan KL dilaksanakan di PU Subang. Di
PUKL, TUDM terpaksa berkongsi landasan dengan Unit Udara PDRM dan Kelab Penerbangan Selangor.

PUKL yang terdedah kepada sabotaj tidak sesuai kerana  menempatkan elemen penting TUDM seperti Markas No 1 Div Udara, Markas Logistik Udara. Rejimen Artileri dan pelbagai lagi.

PUKL terdedah kepada perisikan dan penyuluhan strategik asing, apatah lagi dalamPUKL ada Kelab Golf dan Kelab Penerbangan awam.

PU Sendayan bakal menyatukan semua elemen latihan TUDM (bukan penerbangan) yang  selama ini lokasinya bersepah-sepah di Subang, Alor Setar, Pulau Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Pemindahan MLU dan MATRA 1 ke PU Subang adalah lebih strategik dari aspek bantuan logistik yang efektif kerana hampir dengan operasi pesawat angkut di No 20 Skn. Aktiviti air movement dapat diintegrasikan dengan lebih cekap dan efektif.  Pesawat A400M juga bakal ditempatkan di PU Subang.

Jika ada keperluan operasi melibatkan pendaratan helikopter (seperti VVIP), ATM boleh menggunakan padang-padang di Kem Perdana, Sungai Besi atau padang MinDef.  Ia lebih strategik. 

Keperluan landing untuk helikoper awam, itu bukan urusan TUDM.  Banyak padang di KL boleh digunakan- Kelab Selangor, Padang Merbok dan lain-lain.  In fact, semua bangunan komersial mempunyai heli pad. Padang sekolah pun ada beratus-ratus di kawasan WPKL ini.  Tak ada hal.

Proximity PU Sendayan (yang bakal menempatkan Markas Pendidikan dan Latihan Udara) dengan bandar TD Port Dickson yang banyak menempatkan unit-unit Tentera Darat, termasuk Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD akan membantu dalam banyak perkara khususnya dalam kerjasama latihan ketenteraan. Sepertimana yang diketahui, sebahagian besar pusat lathan TD bertempat di PD seperti IPDA, KTD, PUSASDA, IKED, INSPEKA, PULAMOR, PUSARTI dan ILMI.


Berita-Berita

KUALA LUMPUR, 22 Feb 2018. Pangkalan Udara (PU) Kuala Lumpur di Sungai Besi yang beroperasi sejak 1 Jun 1941 mempunyai sejarah panjang serta penting kepada negara.

Selain digunakan sebagai lapangan terbang antarabangsa pertama di negara ini, ia juga berperanan sebagai nadi pertahanan ruang udara bagi operasi skuadron-skuadron penerbangan.

Namun ia bakal menutup operasinya tidak lama lagi sebelum memulakan berpindah ke ke PU Sendayan, Negeri Sembilan.

Komander Pangkalan, PU Kuala Lumpur, Kolonel Mohamad Noh Daim berkata, sejajar dengan pemodenan dan perkembangan pesat bandar raya Kuala Lumpur serta perubahan landskap pembangunan negara di kawasan sekitarnya, peranan PU Kuala Lumpur turut berubah dan lokasi pangkalan ini yang terletak di tengah-tengah ibu kota dilihat tidak lagi sesuai selain operasi ketenteraan adalah amat terdedah dengan pandangan umum malah berpotensi meningkatkan ancaman terhadap keselamatan.

“Persekitaran landasan terbang yang dikelilingi bangunan-bangunan tinggi juga menjadikan faktor keselamatan operasi penerbangan juga terjejas,” katanya dalam satu wawancara khas di pejabatnya baru-baru ini.

Menurutnya, perpindahan pangkalan udara ke lokasi baharu di Sendayan boleh diibaratkan sebagai ‘syurga’ kepada warga TUDM kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana serba moden dan canggih selain menempatkan Markas Pemerintahan Pendidikan Latihan Udara dan institusi latihan profesional TUDM.

“Bukan sahaja menyediakan persekitaran kerja baharu untuk warga TUDM, malah ia merupakan pangkalan yang terbesar di negara, sekali gus menyelesaikan beberapa masalah ketidakselesaan yang dialami sejak kebelakangan ini di PU Kuala Lumpur” ujarnya.

Perpindahan keseluruhan operasi ke PU Sendayan di kawasan seluas 303.5 hektar juga akan menempatkan sebuah institusi latihan profesional terbesar di negara ini untuk pegawai dan juga anggota TUDM.

Lebih menarik, Mohamad Noh berkata, masalah kekurangan kemudahan kuarters kediaman juga bakal selesai apabila 693 unit kuarters pelbagai kategori untuk pegawai dan anggota dibina di pangkalan berkenaan.

“Jika sebelum ini tidak semua pegawai dan anggota TUDM terutama yang berkeluarga dapat mendiami di kuarters kerana bilangan unit kediaman berkenaan yang terhad sehingga memaksa sebahagian anggota dan pegawai kami mencari kediaman di luar selain berdepan masalah tekanan air dan keadaan kediaman yang terlalu uzur berikutan pembinaan yang terlalu lama melebihi 60 tahun.

“Tetapi di PU Sendayan kita menyediakan kemudahan kuarters kediaman yang lengkap dan serba moden, termasuk pembinaan banglo, rumah berkembar dua dan pangsapuri dengan kemudahan infrastruktur dan riadah yang serba lengkap selain kemudahan kompleks sukan, padang golf, kelab ekuestrian, kolam renang dan pusat Islam.

Katanya, PU Sendayan akan menempatkan tiga pusat latihan profesional dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan yang sebelum ini ditempatkan di kawasan berasingan iaitu di TUDM Subang, Kinrara dan Butterworth.

“Dengan ada institusi berpusat ini akan memudahkan anggota dan pegawai menjalani latihan profesional secara lebih berpusat tanpa perlu meninggalkan keluarga dalam tempoh yang agak lama,” ujarnya.

Sambil memberi keyakinan, beliau berkata, fasiliti baharu yang disediakan untuk pembinaan institusi latihan profesional itu akan menjadi akan menjadi pemangkin semangat kepada TUDM agar lebih efektif demi merealisasikan misi untuk menjaga kedaulatan ruang udara.

“Dengan keluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti sedia ada di PU Kuala Lumpur, PU Sendayan telah dilengkapi dengan fasiliti termoden, sejajar dengan pelan modenisasi nasional TUDM.

Ditanya perasaan untuk meninggalkan PU Kuala Lumpur, Mohamad Noh berkata, walaupun sedih, beliau dan warga TUDM akur dengan rancangan penyusunan semula kem berkenaan yang akan dibangunkan dengan pembangunan Bandar Malaysia bagi rancangan pembangunan negara yang lebih mampan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/wira/pu-sendayan-nadi-baharu-tudm-1.614112#ixzz5884ZcTWX

© Utusan Melayu (M) Bhd

PU Sendayan canggih, moden, selesa 

TIGA transformasi penting ditetapkan seiring dengan pembukaan Pangkalan Udara (PU) Sendayan di Bandar Seri Sendayan yang dirasmikan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, transformasi pertama ialah pembangunan yang akan berlaku di kawasan sekitar, membolehkan semua penduduk termasuk warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan itu menikmati hidup yang jauh lebih selesa.

“Transformasi kedua membabitkan TUDM sendiri yang bukan hanya sekadar berpindah pangkalan, tetapi berpindah ke pangkalan yang paling canggih, moden dan selesa.

“Malah, kediaman untuk pegawai serta anggota juga lebih luas, berkualiti dan dilengkapi kemudahan serta perabot baharu.

“Selain itu, pangkalan ini turut dilengkapi kolam renang bersaiz Olimpik, pusat sukan, kemudahan ekuestrian, pusat Islam dan padang golf sembilan lubang,” katanya ketika berucap pada upacara perasmian pangkalan berkenaan, hari ini.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Affendi Buang.


NAJIB menandatangani plak ketika lawatan ke Pangkalan Udara Sendayan. Turut bersama (kiri) Hishammuddin, Mohamad Hasan, Khairy Jamaluddin (tiga kanan) dan Mohamed Affandi (dua kanan). FOTO Iqmal Haqim Rosman
Mengulas lanjut, Najib berkata, transformasi ketiga adalah pemindahan dari PU Kuala Lumpur ke PU Sendayan membuka laluan bagi pembinaan Bandar Malaysia di atas tanah seluas 202 hektar di tengah ibu negara yang akan menjadi kebanggaan rakyat negara ini.

“Inilah (pembangunan Bandar Malaysia) sumbangan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang banyak ditohmah dan dimomok kepada negara kita. 1MDB membelanjakan RM2.7 bilion untuk memindahkan aset TUDM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke lapan pangkalan baharu (bagi membolehkan pembinaan Bandar Malaysia).

“Jangan dengar apa yang diperkatakan oleh pihak tertentu yg sentiasa nak memperbesarkan cerita supaya rakyat marah kepada kerajaan sehingga yang baik itu tidak disebut. Jika nak kritik, kritiklah, tapi kebaikan itu mesti disebut juga.

“Kalau nak harapkan dana terkumpul consolidated fund, memang kemampuan hasil negara terhad, jadi kita kena guna cara lebih kreatif, kita perlu monetize (mendapat keuntungan daripada aset) aset kita. Kalau ada aset di tengah bandaraya, kita gunakan aset itu untuk meraih pulangan kepada negara.

“Tapi kena bagi masa kerana semua ini tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Sebelum kita bangunkan Bandar Malaysia, kita kena sediakan pangkalan baharu seperti PU Sendayan ini. Saya ucapkan terima kasih kepada 1MDB kerana sumbangannya kepada negara kita,” katanya.

PU Sendayan yang dibina di kawasan seluas 303.5 hektar dilengkapi kemudahan lebih moden menempatkan markas dan pasukan yang beroperasi di PU Kuala Lumpur sebelum ini, selain penempatan beberapa elemen pentadbiran TUDM yang lain.

Kemudahan dibina di PU Sendayan bukan sahaja merangkumi fasiliti membabitkan operasi dan pentadbiran ketenteraan, malah penempatan pegawai serta anggota selain pusat Islam, kompleks sukan dan rekreasi dan padang golf.

Sementara itu, Hishammuddin pada sidang media selepas upacara berkenaan berkata, pembukaan PU Sendayan menutup mulut pihak yang menuduh projek berkenaan yang memberi perhatian terhadap kebajikan warga TUDM dan keluarga mereka adalah janji kosong.

“Kerajaan juga dituduh tiada duit untuk siapkan PU ini, malah ada yang mendakwa projek ini tidak akan siap. Sekarang semua boleh melihat sendiri bahawa janji yang kita buat bersandarkan agenda kebajikan dan keselesaan anggota (TUDM) sudah ditunaikan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Mac 2018 @ 9:28 PM





Kompleks sukan untukkemudahan riadah dan rekreasi warga TUDM.

Related image

Related image

Wajah Baru

Mengikut perancangan perpindahan, unit-unit di dalam Pangkalan Udara KL akan dipindahkan seperti berikut:

1.     Markas Wilayah Udara I (MAWILUD I) dipindahkan ke PU Kuantan.
2.     Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) dipindahkan ke PU Subang.
3.     Institut Perubatan Penerbangan (IPP) dipindahkan ke PU Subang.
4.     No 10 Skn (pesawat S61 Nuri, AS61N91 Agusta dan S70 Blackhawk) dipindahkan ke Detasment No 3 Skn di PU Subang. Nama No 10 Skn digunakan oleh Skn baru di PU Kuantan dengan pesawat EC725.
5.    Electronic Warfare Support Centre (EWSC) dipindahkan ke PU Subang.
6.    Air Warfare Centre (AWC) dipindahkan ke PU Subang.
7.    Materiel Udara 1 (MATRA 1) dipindahkan ke PU Subang.
8.    Staff Flight Conversion Unit (SFCU) dengan pesawat Aero3. Pesawat Aeo3 ditamatkan perkhidmatan. Pelatih/penerbangan menggunakan pesawat di PLTT Angkut di PU Subang.
9.    Cawangan Peperiksaan, Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU) dipindahkan ke PU Sendayan.
10.  Cawangan Pengambilan, BSM, Markas Tentera Udara (MTU) dipindahkan ke PU Subang.
11.  Cawangan Istiadat, Bahagian Tadbir , MTU dipindahkan ke PU Subang.
12.  Cawangan Infra Bina, PPO, MTU dipindahkan ke PU Sendayan.
13.  Cawang Provos Marshal, Bahagian Tadbir, MTU dipindahkan ke PU Sendayan.
14.  Cawangan Perundangan, Bahagian Tadbir, MTU dan Kompleks Mahkamah Tentera TUDM dipindahkan ke PU Sendayan.
15.  Jabatanarah Pasukan Simpanan TU, Bahagian Tadbir, MTU. dipindahkan ke PU Sendayan.
16.   Bahagian Operasi SPKB, BTMK dipindahkan ke PU Subang.
17.   Pancaragam TUDM dipindahkan ke PU Subang.
18.   Muzium TUDM dipindahkan ke satu lokasi berhampiran dengan KLIA Sepang.
19.   Mes Wira Angkasa (Mess Pusat Pegawai TUDM) dipindahkan ke PU Subang.
20.   31 Rejimen Artileri DiRaja (Pertahanan Udara) dipindahkan ke Kem Tun Ibrahim, sebuah kem baru di Kajang.
21.   814 RSAT dipindahkan ke PU Subang.
22.   628 PGAT dipindahkan ke PU Subang.

Unit-unit lain (yang bukan dari PU KL) yang bakal dipindahkan ke PU Sendayan ialah:

1.     Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) - dari PU Subang.
2.     Institut Pembangunan dan Pengurusan Kepimpinan (Leadership Development and Management Centre) atau INSKEP dari Jalan Azyze, Pulau Pinang.
3.     Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) dari TUDM Kinrara.
4.     Institut Latihan Pentadbiran dan Perkhidmatan (INSTAR) - dari PU Subang.

thank you


.

2 comments:

  1. Salam Tuan, saya sedang mengumpul sejarah Lapangan Terbang Sungai Besi / PUKL bagi tujuan konservasi. harap saya dapat berhubung dengan tuan bagi maklumat lanjut. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Amsyar. Saya mohon maaf kerana mungkin tidak dapat membantu saudara kerana saya menulis dalam blog hanya berdasarkan hobi sahaja. Saya tidak membuat research secara serius. Jika saudara ingin maklumat lanjut saya cadangkan agar saudara pergi ke Muzium TUDM atau terus ke Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan teperinci. Terima kasih.

      Delete