HEBATKAN PERHEBAT
Aku berpeluang menghadiri Kursus Pra Persediaan Persaraan
(PPP) Pegawai-Pegawai ATM Siri 3/2019 di PERHEBAT Sungai Buloh dari 26 hingga
29 Ogos 2019. Sepatutnya kursus ini dihadiri sebaik-baiknya dua ke tiga tahun sebelum tarikh persaraan sebenar bagi
membolehkan bakal pesara mendapat maklumat untuk merancang aktiviti yang
bersesuaian setelah bersara.
Tidak semestinya pesara ATM perlu membina kerjaya baru.
PERHEBAT lebih memberi keutamaan kepada anggota lain Lain Pangkat (LLP) yang
berhenti awal atau bersara pada usia awal 40an dan pegawai-pegawai ATM dari
Tauliah Jangka Pendek (TJP) atau bersara awal bagi membolehkan mereka membina
kerjaya baru setelah menamatkan perkhidmatan pada usia yang masih produktif dan
marketable.
Kursus PPP ini bukan memberi apa-apa kemahiran tetapi
memberi maklumat supaya bakal pesara lebih bersedia menghadapi cabaran
kehidupan di dunia awam serta boleh mula memikirkan apakah bidang yang
bersesuaian dengan minat mereka.
Sebahagian pesara (pegawai) ATM telah mempunyai kelayakan
akademik atau profesional yang bernilai tinggi dan tiada masalah bagi mereka
untuk mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi. Namun sebahagiannya memerlukan
bimbingan untuk memilih hala tuju yang sesuai untuk mereka.
PERHEBAT
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera atau PERHEBAT ditubuhkan pada 30 Ogos 1994 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke 4, YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad.
PERHEBAT telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, 1994 di bawah kuasa Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Penubuhan perbadanan ini adalah atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994.
Objektif penubuhan PERHEBAT secara umumnya ialah untuk menjalankan apa-apa bentuk aktiviti berhubung dengan
penggalakan pembangunan sosio-ekonomi personel bersara dan personel akan bersara
melalui latihan.
Manakala objektif khususnya ialah:
(1) Memberi latihan berkualiti kepada personel bersara dan
personel akan bersara yang mengikuti kursus dalam bidang vokasional dan
keusahawanan, selaras dengan perkembangan semasa.
(2) Memastikan pengurusan PERHEBAT, tenaga pengajar dan
kakitangan sokongan adalah terlatih, mengikut tugas dan tanggungjawab
masing-masing.
(3) Menyediakan kurikulum latihan yang berkualiti tinggi, selari dengan
kehendak industri dan perkembangan teknologi terkini dan persijilan badan
pentauliahan dalam dan luar negara.
(4) Mengamal urus tadbir yang cekap bagi menyediakan prasarana
latihan, peralatan dan bahan latihan sentiasa mencukupi serta menepati kehendak
latihan
Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 5 Tahun 2005 telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:
(1) Menganjurkan program promosi dan khidmat nasihat bersama
Markas Perkhidmatan, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Pegawai Memerintah Pasukan/Unit.
(2) Memproses dan menyokong semua permohonan yang diterima
daripada Markas Perkhidmatan dan dikembalikan untuk kelulusan.
(3) Mengendali dan mengurus semua aktiviti dan program Latihan
Peralihan yang dilulus oleh JPPLP termasuk pembiayaan.
(4) Mengatur dan mengawal selia pelaksanaan Latihan Peralihan
di Kompleks PERHEBAT atau di institusi latihan di luar PERHEBAT.
(5) Menentu pelaksanaan Latihan Peralihan mematuhi piawaian
Jawatankuasa Penilaian dan Piawaian Latihan Peralihan serta selari dengan
Konsep Latihan Kemahiran ATM.
(6) Menyedia laporan prestasi anggota kepada Markas
Perkhidmatan.
(7) Menyedia statistik dan pangkalan data yang bersesuaian
untuk pembangunan serta perancangan strategik Latihan Peralihan.
Perintah LTAT (Pindaan 2005) telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT
seperti berikut:
(1) Menjalan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang
berhubungan dengan program-program latihan bagi personel bersara dan personel
akan bersara.
(2) Mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi
pelaksanaan program latihan.
KURSUS
PRA PERSEDAAN PERSARAAN
KURSUS PPP SIRI 3/2019
Kursus ini dihadiri oleh seramai 72 peserta dari pangkat Kapt ke Mej Jen dari ketiga-tiga perkhidmatan. Kebetulan, aku yang paling senior. Next senior ialah Brig Jen Dato' Zarondin Md Amin, Komander ATB 2. Bagaimanapun beliau hanya hadir hingga hari kedua sahaja kerana terpaksa ke MINDEF untuk majlis kenaikan pangkat beliau ke Mejar Jeneral. TAHNIAH Dato'.
Bagi diriku, penyertaan ini sudah terlalu lewat. Sepatutnya aku sudah hadir di awal tahun 2018 lagi. Tetapi telah ditetapkan Allah demikian kerana sepanjang tahun 2018 aku tidak mempunyai ruang langsung untuk mengambil peluang ini.
Kandungan kursus ialah:
(1) Mengurus Mind Set oleh Tuan Haji Hassan Al Basri.
(2) Pengurusan Kewangan Persaraan oleh Tuan Haji Awang @ Musran bin Tawil dari Bank Muamalat.
(3) Psikologi Persaraan oleh Mej Ibrahim Omar (B) dari PERHEBAT.
(4) Urusan Gaji dan Penyelesaian Cukai oleh Lt Kol Ibni Abbas bin Chik dari UGAT.
(5) Proses Dokumentasi Pemberhentian & Persaraan Pegawai
ATM oleh Kapt Farah Syafinaz binti Shahrudin dari JRP.
(6) Proses Pendaftaran Syarikat oleh Encik Fairuz Azli bin Abd Hamid dari BPSPP PERHEBAT.
(7) Promosi Kursus Peruncitan oleh Encik Shamsul Alimin Abdullah dari Kolej peruncitan PERNAMA.
(8) Opportunity for Higher Income Through Professional Status oleh Dr Mazlee Md Ramli (Consultant).
(9) Selangkah Ke arah Keusahawanan oleh Datuk
Rozman bin Hussin (Usahawan).
(10) Promosi IKS dan Pengurusan Acara oleh Encik Fairuz
Azli bin Abd Hamid dari BPSPP PERHEBAT.
(11) Recognised Prior Experiential Learning (RPEL) oleh Encik Anis bin Baharudin.
(12) Lubuk Duit Bursa Saham oleh Encik Razali bin Mohammad dari RHB Bank.
(13) Peranan dan Tanggungjawab JHEV - wakil JHEV tidak hadir.
Kursus ini juga melibatkan lawatan industri ke tapak usahawan bekas ATM yang berjaya iaitu Pine Kitchen Bangi milik Mej Ahmad Zahiri bin Zainuddin (B). Belau adalah bekas pegawai Kor Armor Diraja yang mengusahakan pelbagai perusahaan sederhana seperti ladang nenas, restauran, ladang ternakan itik, kolam ikan dan sewaan kereta.
Selaku peserta paling senior aku diberi penghormatan untuk mewakili peserta kursus untuk memberi ucapan semasa lawatan industri dan majlis penutup kursus.
Perasmian penutupan dilaksanakan oleh Pengerusi PERHEBAT, Lt Jen Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Ibrahim.
Selaku peserta paling senior aku diberi penghormatan untuk mewakili peserta kursus untuk memberi ucapan semasa lawatan industri dan majlis penutup kursus.
Perasmian penutupan dilaksanakan oleh Pengerusi PERHEBAT, Lt Jen Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Ibrahim.
Semoga warga ATM mendapat manfaat dari penubuhan PERHEBAT dan terus sukses setelah meninggalkan perkhidmatan.
KESIMPULAN
Warga ATM mempunyai keistimewaan tersendiri. Terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu veteran tentera. Oleh itu janganlah persia-siakan peluang yang ada. TIDAK WAJAR sama sekali jika ada veteran ATM yang tidak mempunyai pekerjaan apa lagi melarat kecuali MALAS atau mempunyai masalah penyakit kronik. Terlalu mudah mencari wang dengan sedikit sahaja usaha dan kemahuan. Modal bukan satu alasan.
MASALAH besar veteran ATM yang baru bersara ialah sifat TAMAK mahu cepat kaya. Mereka laburkan wang faedah persaraan ke tempat yang salah. Ada di kalangan mereka juga jadi mangsa sindiket penipuan atau skim cepat kaya (akibat terlalu tamak mahu mendapat pulangan dalam masa yang cepat tanpa bekerja). Segelintir juga lupa daratan, berkahwin lain, meninggalkan keluarga (teraniaya), menyimpan perempuan, berjudi dan sebagainya.
Ramai veteran ATM yang telah berjaya setelah melali titian dan bimbingan yang disediakan oleh PERHEBAT. Diharapkan mereka terus menghubungi PERHEBAT untuk menghebatkan lagi PERHEBAT untuk terus membantu warga veteran ATM yang lain.
Ramai veteran ATM yang telah berjaya setelah melali titian dan bimbingan yang disediakan oleh PERHEBAT. Diharapkan mereka terus menghubungi PERHEBAT untuk menghebatkan lagi PERHEBAT untuk terus membantu warga veteran ATM yang lain.
Pine Kitchen Bangi
bersam Mej Ahmad Zahiri (Bersara) pemilik Pine Kitchen Bangi
.
Untuk
mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang peranan dan kemudahan latihan dan
bantuan yang disediakan oleh PERHEBAT, sila layari portal mereka:
https://www.perhebat.com.my/en/homepage/
COMPANY DIRECTOR TRAINING PROGRAMME
ESSENTIAL (CTDPE)
CDTPE 2/2019 di Bilik Enggang, SSM, Tingkat 10, Menara Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 September 2019.
30 peserta:
1 x Lt Jen TUDM
8 x Mej Jen/setaraf (4 TDM dan 4 TUDM)
10 x Brig Jen/setaraf (6 TDM, 2 TLDM dan 2 TUDM)
6 x Kol/setaraf (2 TDM, 1 TLDM dan 3 TUDM)
30 peserta:
1 x Lt Jen TUDM
8 x Mej Jen/setaraf (4 TDM dan 4 TUDM)
10 x Brig Jen/setaraf (6 TDM, 2 TLDM dan 2 TUDM)
6 x Kol/setaraf (2 TDM, 1 TLDM dan 3 TUDM)
Bagi pelajaran hari pertama berkaitan Undang-Undang dan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) ia merupkan perkara baru. Walaupun semasa belajar subjek Undang-Undang Perniagaan di ITM (kursus Diploma in Business Studies) lebih 30 tahun yang lalu ada menyentuh subjek ini, tetapi sudah terlalu lama dan banyak seksyen dalam Akta Syarikat (dulu guna Akta Syarikat 1965) telah dipinda.
Pelajaran hari kedua yang melibatkan laporan kewangan juga pernah aku belajar semasa di ITM (dulu ada 3 subjek Accounting) dan dan semasa membuat MBA di UKM (subjek Managing Accounting). Tetapi pelajaran teori (oleh pensyarah universiti) untuk lulus peperiksaan amat berbeza dengan pelajaran melalui real world yang diajar oleh konsultan. Memang sangkut. Sepatutnya banyak boleh membantu tetapi banyak sangat sudah lupa.
Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan apabila diperlukan sama ada oleh diri sendiri ataupun oleh orang lain kelak.
.
No comments:
Post a Comment