MAJLIS PERBARISAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN
MEJ JEN HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM
DI PADANG KAWAD INSTITUT PENGURUSAN MATERIEL (INSMAT), TUDM KINRARA
PADA HARI JUMAAT, 2 OGOS 2019
Setiap yang bermula itu akan berakhir (selain dari Allah yang tiada permulaaan dan kekal tiada pengakhiran). Tetal h sampai detik dan saatnya untuk aku melangkah pergi meninggalkan dunia ketenteraan yang hampir 40 tahun menjadi periuk nasiku dan keluargaku.
TUDM telah memberikan satu penghormatan regimental kepada diriku dengan Majlis Perbarisan Penghargaan Sempena Persaraan dengan penuh istiadat ketenteraan.
Aku insaf bahawa sumbanganku kepada TUDM terlalu kecil untuk menerima penghormatan ini. Walaupun aku sendiri telah memohon supaya perbarisan ini dilaksanakan secara minima di peringkat warga Materiel, pihak kepimpinan TUDM mengekalkan keputusan untuk memberikan penghormatan di peringkat TUDM.
Di antara tetamu pegawai kanan yang hadir:
(1) Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara.
(2) Mej Jen Dato' Hj Mohamad Salleh bin Osman TUDM, Panglima Bantuan Udara.
(3) Mej Jen Dato' Muhamamad Muzammir Ong bin Abdullah TUDM,
Komander PU Subang.
(4) Brig Jen Dato' Hj Md Zaki bin Md Zain TUDM, DGTA.
(5) Brig Jen Dato' Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM, AKS Materiel.
(6) Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM, KP Projek Udara,
(7) Brig Jen Dato' Hanafiah bin Abd Manaf, Pengarah Sekretariat.
(8) Brig Jen Dato' Hj Othman bin Ahmad TUDM.
(9) Brig Jen Felix Gonsalvez TUDM, IGTU.
(10) Brig Jen Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM, KPOL, BLP, MK ATM.
(11) Brig Jen Hj Zainal bin Abd Manaf TUDM, KSK MPBU
TEKS UCAPAN
SAUDARA DAN SAUDARI PENGACARA MAJLIS,
YANG
BERBAHAGIA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, YBHG LT JEN DATO’ SRI ACKBAL BIN HJ
ABDUL SAMAD TUDM DAN ISTERI, DATIN SRI DATO’ NORAINY BT SHAHAR ALAM.
YANG
BERBAHAGIA PANGLIMA BANTUAN UDARA, MEJ JEN DATO’ HJ MOHAMAMD SALLEH BIN OSMAN
TUDM DAN ISTERI, DATIN DR HJH SORAYAH BT SIDEK.
DATO-DATO,
DATIN-DATIN, SAHABAT2 SAYA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN,
TETAMU
JEMPUTAN, KHUSUSNYA BONDA SAYA YANG SAYA KASIHI, HJH UMI KELSOM BT HJ MUSTAPHA
SERTA AHLI KELUARGA SAYA,
WARGA
MATERIEL TUDM, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI SEKELIAN.
PERTAMA SEKALI, MARILAH
KITA MERAFAKKAN SETINGGI-TIGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT DI ATAS LIMPAH
RAHMAT DAN INAYAHNYA, KITA MASIH DIPINJAMKAN DENGAN USIA DAN MASIH DIGERAKKAN
DEGUPAN JANTUNG UNTUK BERNAFAS, SERTA KESIHATAN YANG BAIK UNTUK KITA
DIKETEMUKAN DI MAJLIS YANG GILANG GEMILANG INI.
SETINGGI-TINGGI
KESYUKURAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH JUGA DI ATAS KEIKHLASAN TUAN-TUAN DAN
PUAN-PUAN UNTUK MENGHADIAHKAN SAYA DENGAN SATU PERBARISAN YANG BERSEMANGAT PADA
PAGI INI. SELAIN DARI MEMPERTAHANKAN TRADISI REGIMENTAL KETENTERAAN, PERBARISAN
JUGA MELAMBANGKAN SEMANGAT KERJASAMA, KESEPADUAN, PENGHORMATAN, PENGIKTIRAFAN
DAN JUGA KETINGGIAN DISIPLIN WARGA ATM.
BERDIRINYA SAYA DI SINI
PADA PAGI INI, SELAIN DARIPADA KETENTUAN ALLAH SWT, IA ADALAH ATAS EHSAN PIHAK
KEPIMPINAN TUDM YANG TELAH MEMBERI KEIZINAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA
SAYA DAN ISTERI DENGAN SATU MAJLIS PERBARISAN BERSEMPENA DENGAN PERSARAAN SAYA
PADA TAHUN INI. SESUNGGUHNYA SAYA AMAT
TERHARU DAN AMAT MENGHARGAI PENGHORMATAN INI.
PADA AWALNYA, SAYA
HANYA MEMOHON SUPAYA DIADAKAN MAJLIS PERBARISAN YANG RINGKAS SAHAJA KERANA SAYA
SEDAR DAN INSAF BAHAWA SUMBANGAN SAYA KEPADA TUDM ATAU ATM, TERLALU KECIL DAN
SEDIKIT UNTUK MELAYAKKAN DIRI SAYA MENERIMA PENGHORMATAN SEPERTI INI.
OLEH YANG DEMIKIAN SAYA
INGIN MENGAMBIL PELUANG PAGI INI UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH
DAN PENGHARGAAN SAYA KEPADA:
- PANGLIMA TENTERA
UDARA
- TIMBALAN PANGLIMA TENTERA
UDARA
- BARISAN KEPIMPINAN
TUDM
- SERTA SELURUH WARGA
TUDM, KHUSUSNYA YBHG TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, PANGLIMA PENDIDIKAN DAN
LATIHAN UDARA, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN, ANGGOTA PERBARISAN DAN SEMUA YANG HADIR MENJAYAKAN
PERBARISAN PADA PAGI INI.
SAYA JUGA INGIN
MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATAN KUASA MAJLIS
PERBARISAN INI YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS SEJAK BEBERAPA MINGGU YANG LALU
MERANCANG, MENYUSUN PROGRAM SEHINGGA MAJLIS DAPAT DIJAYAKAN PADA PAGI INI.
HARI INI JUGA, SEJAK HAMPIR
40 TAHUN LALU, BUAT PERTAMA KALINYA SAYA MEMBAWA INSAN YANG MELAHIRKAN SAYA DI
DUNIA INI DAN MENGHANTAR SAYA KE STESEN KERETAPI KLUANG UNTUK MELAPOR DIRI KE
SEKOLAH PEGAWAI KADET, PORT DICKSON PADA 2 APRIL 1980 UNTUK MENYERTAI ATM. HARI
INI KEHADIRAN BONDA SAYA ADALAH SECARA SIMBOLIKNYA UNTUK MEMBAWA SAYA KELUAR
DARI ANGKATAN TENTERA, PULANG KE PANGKUAN KELUARGA. SYUKUR KEPADA ALLAH SWT
YANG TELAH MENGANUGERAHI USIA DAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA BONDA SAYA
SEHINGGA DAPAT MENYAKSIKAN PERBARISAN SEMPENAN PERSARAAN SAYA DARI PERKHIDMATAN
ATM.
MUNGKIN BONDA SAYA
TIDAK MEMAHAMI APA ITU JENERAL DAN APA ITU PERBARISAN PERSARAAN. NAMUN MELIHAT
ANAKNYA MENGAMBIL TABIK HORMAT, MEMERIKSA PERBARISAN DAN MEMBERI UCAPAN DI ATAS
PENTAS INI, BONDA SAYA PASTI MERASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAKNYA YANG
NOMBOR EMPAT INI.
KALAU, WAKTU MENGHANTAR
SAYA DAHULU SAYA MASIH BUJANG, HARI INI BONDA SAYA MENYAMBUT KEPULANGAN SAYA YANG
DISERTAI OLEH ISTERI, 6 ORANG ANAK, EMPAT MENANTU DAN 9 ORANG CUCU.
HARI INI SAYA TURUT
MENJEMPUT BEBERAPA ORANG PEGAWAI BUKAN TUDM YANG PERNAH BERKHIDMAT BERSAMA SAYA
SELAMA 4 TAHUN TERAKHIR PERKHIDMATAN SAYA DI DALAM ATM. LEBIH KHUSUS LAGI DARI BAHAGIAN KOMLEK DAN BAHAGIAN
LOGISTIK PERTAHANAN, MARKAS ATM.
BERSAMA MEREKALAH SAYA
MENGAKHIRI PERKHIDMATAN SAYA, BERSAMA MEREKA LAH SAYA MENERIMA ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DUA TAHUN BERTURUT2 DAN BERSAMA MEREKALAH SAYA
MENERIMA DUA KENAIKAN PANGKAT TERTINGGI SAYA BERTURUT-TURUT. JADI, TIDAK MUDAH
BAGI SAYA UNTUK MELUPAKAN DETIK-DETIK ISTIMEWA BERSAMA MEREKA.
TERIMA KASIH SEMUA
KERANA MEMENUHI JEMPUTAN SAYA.
PERSARAAN SAYA INI
PASTINYA AKAN MEMBAWA PERUBAHAN BESAR DALAM RUTIN KEHIDUPAN SAYA. KALAU DULU
SEMUA AKTIVITI DAN PERGERAKAN SAYA DITENTUKAN OLEH ORGANISASI. SAMA ADA MALAS
ATAU RAJIN, SETUJU ATAU TIDAK, KITA PERLU MEMATUHINYA.
KALAU SATU WAKTU DULU,
TANDATANGAN SAYA B0LEH BERNILAI JUTAAN RINGGIT, SETIAP KATA ATAU CATATAN SAYA
ADALAH PERINTAH, ARAHAN, ATAU SUATU YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN.
HARI INI, SEMUA ITU
TELAH TAMAT, PERGI BERSAMA-SAMA DENGAN JAWATAN YANG SAYA TINGGALKAN. NILAI TANDATANGAN
SAYA TIDAK LAKU WALAU PUN SATU SEN. KATA-KATA SAYA HANYALAH PERBUALAN ATAU
GURAUAN SAHAJA. TULISAN SAYA HANYA SETAKAT BACAAN DI FACEBOOK ATAU WATSAPP GRP.
HARI INI, SAYA PERLU MENGURUSKAN SENDIRI AKTIVITI HIDUP SAYA,
INILAH PUSINGAN HIDUP
YANG AKAN DILALUI OLEH SETIAP ORANG YANG DIBERI JAWATAN, PANGKAT DAN KUASA. OLEH ITU, SAMA ADA
TELAH HAMPIR ATAU MASIH JAUH LAGI, SETIAP DARI KITA MESTI BERSEDIA UNTUK
MENERIMA HAKIKAT DAN SITUASI INI.
SAYA TIDAK LAGI DALAM
KEDUDUKAN UNTUK MEMBERI ARAHAN, PENDAPAT ATAU NASIHAT KERANA PELUANG ITU TELAH
DIBERIKAN KEPADA SAYA HAMPIR 40 TAHUN YANG LALU. SAMA ADA SAYA BERJAYA ATAU
GAGAL, SAMA ADA SAYA SEORANG PEGAWAI YANG BAIK ATAU TIDAK, MARKAH PENILAIAN ADALAH
DI TANGAN KEPIMPINAN DAN SELURUH WARGA ATM.
SAYA INGIN MENGAMBIL
KESEMPATAN DI PAGI INI JUGA UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH
KEPADA SELURUH BARISAN KEPIMPINAN TUDM YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN, SOKONGAN
SERTA PELBAGAI PELUANG UNTUK SAYA MENIMBA ILMU DAN PENGALAMAN SEHINGGA SAYA
DAPAT MENCAPAI KE TAHAP SAYA HARI INI.
SAYA MENDOAKAN AGAR BARISAN KEPIMPINAN TUDM TERUS DIBERI KEKUATAN UNTUK TERUS MEMBAWA TUDM KE ARAH KUASA UDARA UDARA BERSPEKTRUM PENUH, MENJAGA RUANG ANGKASA NEGARA DAN MEMPASTIKAN KUASA UDARA SEBAGAI TERUS KEPADA KEDAULATAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI.
TERIMA KASIH JUGA
KEPADA PENGERUSI DAN BARISAN JEMAAH
TERTINGGI DAN SERTA AHLI BAKAT UDARA DAN GABUNGAN YANG TELAH MENJADI SAHABAT
KEPADA ISTERI SAYA SELAMA BELIAU BERSAMA SAYA DI DALAM PERKHIDMATAN.
SEBELUM MENGAKHIRI
UCAPAN INI, SAYA MEMOHON IZIN UNTUK MEMBACAKAN SEBUAH PUISI YANG SAYA NUKILKAN
KHUSUS UNTUK PERBARISAN HARI INI, BERTAJUK LAMBAIAN
AKHIRKU
MASA PANTAS BERLALU,
EMPAT
DEKAD BAGAIKAN SEMINGGU
BERMULA MENGENAL DUNIA KETENTERAAN
BERMIMPI INGIN JADI
PAHLAWAN
MENGEMBARA DI
PERANTAUAN
BAGAI SI BUTA
MERABA-RABA MENCARI LALUAN
MEREDAH DENAI DAN
PERGUNUNGAN
MERENTAS OMBAK DAN
BADAI LAUTAN
KADANG MEMBANTU, KADANG
MEMIJAK
KADANG DIBANTU, KADANG
DIPIJAK
PERJALANAN KERJAYA, ADA
DUKA ADA GEMBIRA
DARI PEMUDA DESA YANG
TIADA APA
MENJADI PEGAWAI BERGAYA,
BERSEMANGAT BERHATI
WAJA, BEKERJA UNTUK NEGARA
TATKALA MELANGKAH MENGEJAR
CITA-CITA
ADA WAKTU LUPA DAN ALPA
DOSA KADANG MENJADI
HIBURAN
KESAKITAN ORANG JADI
PERMAINAN
DUSTA MENJADI KEMEGAHAN
HARI INI BERDERAI AIR
MATA
SEBAK RASA DI DADA
LEMAH LONGLAI TUBUH
PERKASA
BERAT LANGKAH TIDAK
BERDAYA
AKU KU TINGGALKAN
TEMPAT MENCARI REZEKI SEKIAN
LAMA
WAJAH KAWAN-KAWAN YANG
SETIA
PERPISAHAN TELAH TIBA
SEMOGA KHIDMAT BAKTI
JADI IBADAH
KEJAYAAN MENJADI
TAULADAN
PUJIAN MENJADI DOA
UNTUK SAHABAT DI MANA
JUA
MAJU KE HADAPAN,
TERUSKAN PERJUANGAN
JIKA GAGAL, REDHO
DENGAN KUASA ILAHI,
USAHA LAGI, REZEKI ITU
PASTI
JIKA BERJAYA USAH
SERONOK DIPUJA
USAH PUJIAN MENJADI
IDAMAN
USAH LENA DIBUAI
SANJUNGAN
SAMPAI WAKTU, KITA AKAN
PERGI
MENGISI BAKI USIA YANG
DIBERI
JIKA DIINGAT SALAH
SILAP DIRI INI
AMPUN DAN MAAF KUDAMBAI
USAH DISIMPAN SUARA
KEMAAFAN
SEMOGA DI AKHIRAT TIDAK
MENJADI BEBAN
AKAN GAGAL TIMBANGAN
AKAN TERSUNGKUR
MENYEBERANGI TITIAN
HARI INI KULAMBAIKAN
TANGAN INI
SELAMAT TINGGAL PERWIRA
GAGAH SETIA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA
SAMUDERA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA
ANGKASA
SELAMAT TINGGAL
BINTARA, PERAJURIT DAN SERIKANDI NEGARA
SEKIAN,
WABILLAHI TAUFIK WAL
HIDAYAH,
WASSALAMU ALAIKUM WR WB
h
salam..maaf Dato/tuan..saya mengikuti blog ini sejak 9 tahun lepas dan menanti setiap coretan baharu..cuma nak bertanya, sejak dato/tuan bersara semacam tidak ada lagi coretan baru..maaf la saya bertanya..
ReplyDeleteTerima kasih di atas penghargaan saudara itu. Sebaik sahaja bersara saya menumpukan masa kepada penulisan buku MEMOIR saya. Sudah 3 tahun, menghampiri penghujungnya. Insyaallah awal 2023 akan keluar. saya akan update. Sila message saya melalui facebook Putera Lapis Mahang
DeleteAssalamualaikum. Sudi kiranya Tuan untuk membeli buku tulisan saya yang diiklankan di dalam blog ini. Terima kasih
DeleteSemoga dato sihat dan hidup diberkati
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sudi kiranya Tuan untuk membeli buku tulisan saya yang diiklankan di dalam blog ini. Terima kasih
DeleteMacamana boleh saya dapatkan buku buku tulusan tuan ?
ReplyDeleteSila watsapp saya ke 019-2320386
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete