Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Thursday, August 29, 2019

AF 144: KURSUS PRA PERSARAAN




HEBATKAN PERHEBAT


Aku berpeluang menghadiri Kursus Pra Persediaan Persaraan (PPP) Pegawai-Pegawai ATM Siri 3/2019 di PERHEBAT Sungai Buloh dari 26 hingga 29 Ogos 2019. Sepatutnya kursus ini dihadiri sebaik-baiknya dua ke tiga  tahun sebelum tarikh persaraan sebenar bagi membolehkan bakal pesara mendapat maklumat untuk merancang aktiviti yang bersesuaian setelah bersara.

Tidak semestinya pesara ATM perlu membina kerjaya baru. PERHEBAT lebih memberi keutamaan kepada anggota lain Lain Pangkat (LLP) yang berhenti awal atau bersara pada usia awal 40an dan pegawai-pegawai ATM dari Tauliah Jangka Pendek (TJP) atau bersara awal bagi membolehkan mereka membina kerjaya baru setelah menamatkan perkhidmatan pada usia yang masih produktif dan marketable.

Kursus PPP ini bukan memberi apa-apa kemahiran tetapi memberi maklumat supaya bakal pesara lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan di dunia awam serta boleh mula memikirkan apakah bidang yang bersesuaian dengan minat mereka.


Sebahagian pesara (pegawai) ATM telah mempunyai kelayakan akademik atau profesional yang bernilai tinggi dan tiada masalah bagi mereka untuk mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi. Namun sebahagiannya memerlukan bimbingan untuk memilih hala tuju yang sesuai untuk mereka.

PERHEBAT

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera atau PERHEBAT ditubuhkan pada 30 Ogos 1994 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke 4, YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad

PERHEBAT telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, 1994 di bawah kuasa Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Penubuhan perbadanan ini adalah atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994.


Objektif penubuhan PERHEBAT secara umumnya ialah untuk menjalankan apa-apa bentuk aktiviti berhubung dengan penggalakan pembangunan sosio-ekonomi personel bersara dan personel akan bersara melalui latihan.

Manakala objektif khususnya ialah:

(1)    Memberi latihan berkualiti kepada personel bersara dan personel akan bersara yang mengikuti kursus dalam bidang vokasional dan keusahawanan, selaras dengan perkembangan semasa.
(2)    Memastikan pengurusan PERHEBAT, tenaga pengajar dan kakitangan sokongan adalah terlatih, mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing.
(3)    Menyediakan kurikulum latihan yang berkualiti tinggi, selari dengan kehendak industri dan perkembangan teknologi terkini dan persijilan badan pentauliahan dalam dan luar negara.

(4)    Mengamal urus tadbir yang cekap bagi menyediakan prasarana latihan, peralatan dan bahan latihan sentiasa mencukupi serta menepati kehendak latihan

Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 5 Tahun 2005 telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:

(1)    Menganjurkan program promosi dan khidmat nasihat bersama Markas Perkhidmatan, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Pegawai Memerintah Pasukan/Unit.
(2)    Memproses dan menyokong semua permohonan yang diterima daripada Markas Perkhidmatan dan dikembalikan untuk kelulusan.
(3)    Mengendali dan mengurus semua aktiviti dan program Latihan Peralihan yang dilulus oleh JPPLP termasuk pembiayaan.
(4)    Mengatur dan mengawal selia pelaksanaan Latihan Peralihan di Kompleks PERHEBAT atau di institusi latihan di luar PERHEBAT.
(5)    Menentu pelaksanaan Latihan Peralihan mematuhi piawaian Jawatankuasa Penilaian dan Piawaian Latihan Peralihan serta selari dengan Konsep Latihan Kemahiran ATM.
(6)    Menyedia laporan prestasi anggota kepada Markas Perkhidmatan.
(7)    Menyedia statistik dan pangkalan data yang bersesuaian untuk pembangunan serta perancangan strategik Latihan Peralihan.

Perintah LTAT (Pindaan 2005)  telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:

(1)    Menjalan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan dengan program-program latihan bagi personel bersara dan personel akan bersara.

(2)    Mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan.


KURSUS
PRA PERSEDAAN PERSARAAN

KURSUS PPP SIRI 3/2019

Kursus ini dihadiri oleh seramai 72 peserta dari pangkat Kapt ke Mej Jen dari ketiga-tiga perkhidmatan. Kebetulan, aku yang paling senior. Next senior ialah Brig Jen Dato' Zarondin Md Amin, Komander ATB 2. Bagaimanapun beliau hanya hadir hingga hari kedua sahaja kerana terpaksa ke MINDEF untuk majlis kenaikan pangkat beliau ke Mejar Jeneral. TAHNIAH Dato'.

Bagi diriku, penyertaan ini sudah terlalu lewat. Sepatutnya aku sudah hadir di awal tahun 2018 lagi. Tetapi telah ditetapkan Allah demikian kerana sepanjang tahun 2018 aku tidak mempunyai ruang langsung untuk mengambil peluang ini.

Kandungan kursus ialah:

(1)   Mengurus Mind Set oleh Tuan Haji Hassan Al Basri.
(2)   Pengurusan Kewangan Persaraan oleh Tuan Haji Awang @ Musran bin Tawil dari Bank Muamalat.
(3)   Psikologi Persaraan oleh Mej Ibrahim Omar (B) dari PERHEBAT.
(4)   Urusan Gaji dan Penyelesaian Cukai oleh  Lt Kol Ibni Abbas bin Chik dari UGAT.
(5)   Proses Dokumentasi Pemberhentian & Persaraan Pegawai ATM  oleh Kapt Farah Syafinaz binti Shahrudin dari JRP.
(6)   Proses Pendaftaran Syarikat oleh  Encik Fairuz Azli bin Abd Hamid dari BPSPP PERHEBAT.
(7)   Promosi Kursus Peruncitan oleh  Encik Shamsul Alimin Abdullah dari Kolej peruncitan PERNAMA.
(8)   Opportunity for Higher Income Through Professional Status oleh Dr Mazlee Md Ramli (Consultant).
(9)   Selangkah Ke arah Keusahawanan oleh Datuk Rozman bin Hussin (Usahawan).
(10)  Promosi IKS dan Pengurusan Acara oleh Encik Fairuz Azli bin Abd Hamid dari BPSPP PERHEBAT.
(11)  Recognised Prior Experiential Learning (RPEL) oleh Encik Anis bin Baharudin.
(12)  Lubuk Duit Bursa Saham oleh Encik Razali bin Mohammad dari RHB Bank.
(13)  Peranan dan Tanggungjawab JHEV - wakil JHEV tidak hadir.

Kursus ini juga melibatkan lawatan industri ke tapak usahawan bekas ATM yang berjaya iaitu Pine Kitchen Bangi milik Mej  Ahmad Zahiri bin Zainuddin (B). Belau adalah bekas pegawai Kor Armor Diraja yang mengusahakan pelbagai perusahaan sederhana seperti ladang nenas, restauran, ladang ternakan itik, kolam ikan dan sewaan kereta. 

Selaku peserta paling senior aku diberi penghormatan untuk mewakili peserta kursus untuk memberi ucapan semasa lawatan industri dan majlis penutup kursus. 

Perasmian penutupan dilaksanakan oleh Pengerusi PERHEBAT, Lt Jen Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Ibrahim.

Semoga warga ATM mendapat manfaat dari penubuhan PERHEBAT dan terus sukses setelah meninggalkan perkhidmatan.

KESIMPULAN

Warga ATM mempunyai keistimewaan tersendiri. Terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu veteran tentera. Oleh itu janganlah persia-siakan peluang yang ada. TIDAK WAJAR sama sekali jika ada veteran ATM yang tidak mempunyai pekerjaan apa lagi melarat kecuali MALAS atau mempunyai masalah penyakit kronik. Terlalu mudah mencari wang dengan sedikit sahaja usaha dan kemahuan. Modal bukan satu alasan.

MASALAH besar veteran ATM yang baru bersara ialah sifat TAMAK mahu cepat kaya. Mereka laburkan wang faedah persaraan ke tempat yang salah. Ada di kalangan mereka juga jadi mangsa sindiket penipuan atau skim cepat kaya (akibat terlalu tamak mahu mendapat pulangan dalam masa yang cepat tanpa bekerja). Segelintir juga lupa daratan, berkahwin lain, meninggalkan keluarga (teraniaya), menyimpan perempuan, berjudi dan sebagainya.  

Ramai veteran ATM yang telah berjaya setelah melali titian dan bimbingan yang disediakan oleh PERHEBAT. Diharapkan mereka terus menghubungi PERHEBAT untuk menghebatkan lagi PERHEBAT untuk terus membantu warga veteran ATM yang lain.




Pine Kitchen Bangi

bersam Mej Ahmad Zahiri (Bersara) pemilik Pine Kitchen Bangi

 .





.



Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang peranan dan kemudahan latihan dan bantuan yang disediakan oleh PERHEBAT, sila layari portal mereka:


https://www.perhebat.com.my/en/homepage/


COMPANY DIRECTOR TRAINING PROGRAMME
ESSENTIAL (CTDPE)

CDTPE 2/2019 di Bilik Enggang, SSM, Tingkat 10, Menara Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 September 2019. 

30 peserta:

1 x Lt Jen TUDM
8 x Mej Jen/setaraf (4 TDM dan 4 TUDM)
10 x Brig Jen/setaraf (6 TDM, 2 TLDM dan 2 TUDM)
6 x Kol/setaraf (2 TDM, 1 TLDM dan 3 TUDM)





Bagi pelajaran hari pertama berkaitan Undang-Undang dan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) ia merupkan perkara baru. Walaupun semasa belajar subjek Undang-Undang Perniagaan di ITM (kursus Diploma in Business Studies) lebih 30 tahun yang lalu ada menyentuh subjek ini, tetapi sudah terlalu lama dan banyak seksyen dalam Akta Syarikat (dulu guna Akta Syarikat 1965) telah dipinda.

Pelajaran hari kedua yang melibatkan laporan kewangan juga pernah aku belajar semasa di ITM (dulu ada 3 subjek Accounting) dan dan semasa membuat MBA di UKM (subjek Managing Accounting). Tetapi pelajaran teori (oleh pensyarah universiti) untuk lulus peperiksaan amat berbeza dengan pelajaran melalui real world yang diajar oleh konsultan. Memang sangkut. Sepatutnya banyak boleh membantu tetapi banyak sangat sudah lupa.






Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan apabila diperlukan sama ada oleh diri sendiri ataupun oleh orang lain kelak.





.

Saturday, August 17, 2019

AF 143: MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT TUDM 2019


MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT 
SEMPENA PERSARAAN
PEGAWAI-PEGAWAI KANAN TUDM

Pada 16 Ogos 2019, TUDM telah menganjurkan Majlis Makan Beradat sempena persaraan 17 orang Pegawai-pegawai Kanan TUDM sepanjang tahun 2018 dan 2019. Majlis ini telah diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Pegawai-pegawai kanan yang diraikan adalah:

(1)   Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yayaha TUDM - Juruterbang Angkut
(2)   Mej Jen Dato' Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM - Juruterbang Helikopter
(3)   Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Ahmad TUDM - Juruterbang Pejuang
(4)   Mej Jen Dato' Hj Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM - Juruterbang Angkut
(5)   Mej Jen Hj Toharuddin bin Abd Rasid TUDM - Materiel
(6)   Mej Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM - Juruterbang Helikopter
(7)   Mej Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM - Juruterbang Angkut
(8)   Brig Jen Dato' Jumali bin Salamat TUDM - Juruterbang Angkut
(9)   Brig Jen Sun Thong a/l Eh Kaue TUDM - Juruterbang Pejuang
(10) Brig Jen Dato' Suhaimi bin Hussain TUDM - Juruterbang Helikopter
(11) Brig Jen Shafiq bin Jahudi TUDM - Tadbir
(12) Brig Jen Ahmad Afandi bin Shuib TUDM - Jurutmalim
(13) Brig Jen Ahmad Rafdzi bin Ab Rashid TUDM - Kejuruteraan
(14) Kol Lim Thian Hu TUDM - Juruterbang Pejuang
(15) Kol Ghazali bin Yayah TUDM - Juruterbang Pejuang.
(16) Kol Abdul Razak bin Mat TUDM - Pengurusan Ruang Angkasa
(17) Kol Shamsul Afkar bin Abd Rahman TUDM - Juruterbang Helikopter

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang diraikan di sepanjang perkhidmatan di dalam TUDM khasnya.

Hadir sama memberi penghormatan di majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain beserta pasangan masing-masing.

Seluruh warga TUDM amnya mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada semua pegawai kanan yang diraikan. Jasamu dikenang.

(petikan dari laman facebook TUDM)




TOP 5 TUDM
Lt Jen Dato Hj Asghar Khan, Lt Jen Dato Sri Hj Ackbal, Jen Tan Sri Dato Sri Hj Affendi, Lt Jen Dato Hj Kamalruzaman dan Lt Jen Dato Sri Hj Abdul Mutalib.

Yang diraikan dan isteri bersama-sama dengan Pegawai-pegawai tertinggi (Top 5) dan isteri

Pegawai kanan yang diraikan bersama-sama dengan Pegawai-pegawai tertinggi TUDM

Isteri pegawai yang diraikan bersama-sama dengan isteri Pegawai-pegawai tertinggi TUDM

menerima cenderahati dari YBhg PTU


PTU memberikan ucapan penghargaan


rakan seperjuangan intake TJP 37
dari kiri: Brig Jen Shuairi, Brig Jen Felix, Mej Jen Datuk Romlee, Lt Jen Dato Kamalruzaman, Mej Jen Toharudin, Mej Jen Dato' Hj Khairil Asri dan Brig Jen Dato Jumali.
Tiada dalam gambar: Brig Jen Dato' Hj Sanusi, Kol Hj Abd Razak Mat, Kol Hj Sabri dan Kol Tamilanty.

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people standing
dengan sahabat, Kol Dr Saravanan (IAM PU KL)

Image may contain: 6 people, including Mohd Yunus Masjuki, Toharudin Putera Lapis Mahang and Shuairi Mohamad Abdullah, people smiling, people standing and text
Pegawai kanan Materiel dari kiri: Kol Hj Izani, Brig Jen Dato' Dr Hj Yunus, aku, Brig Jen Mohamad Shuairi, Kol Kamarudin dan Kol Ahmad Nazri.

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing

Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang and Adibah Taha, people standing


Sunday, August 11, 2019

AF 142: PERBARISAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN




MAJLIS PERBARISAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN MEJ JEN HJ TOHARUDIN BIN AB RASID TUDM
DI PADANG KAWAD INSTITUT PENGURUSAN MATERIEL (INSMAT), TUDM KINRARA
PADA HARI JUMAAT, 2 OGOS 2019

Setiap yang bermula itu akan berakhir (selain dari Allah yang tiada permulaaan dan kekal tiada pengakhiran). Tetal h sampai detik dan saatnya untuk aku melangkah pergi meninggalkan dunia ketenteraan yang hampir 40 tahun menjadi periuk nasiku dan keluargaku.

TUDM telah memberikan satu penghormatan regimental kepada diriku dengan Majlis Perbarisan Penghargaan Sempena Persaraan dengan penuh istiadat ketenteraan.

Aku insaf bahawa sumbanganku kepada TUDM terlalu kecil untuk menerima penghormatan ini. Walaupun aku sendiri telah memohon supaya perbarisan ini dilaksanakan secara minima di peringkat warga Materiel, pihak kepimpinan TUDM mengekalkan keputusan untuk memberikan penghormatan di peringkat TUDM.

Di antara tetamu pegawai kanan yang hadir:

(1)   Lt Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara.
(2)   Mej Jen Dato' Hj Mohamad Salleh bin Osman TUDM, Panglima Bantuan Udara.
(3)   Mej Jen Dato' Muhamamad Muzammir Ong bin Abdullah TUDM, 
        Komander PU Subang.
(4)   Brig Jen Dato' Hj Md Zaki bin Md Zain TUDM, DGTA.
(5)   Brig Jen Dato' Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM, AKS Materiel.
(6)   Brig Jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM, KP Projek Udara,
(7)   Brig Jen Dato' Hanafiah bin Abd Manaf, Pengarah Sekretariat.
(8)   Brig Jen Dato' Hj Othman bin Ahmad TUDM.
(9)   Brig Jen Felix Gonsalvez TUDM, IGTU.
(10)   Brig Jen Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM, KPOL, BLP, MK ATM.
(11)   Brig Jen Hj Zainal bin Abd Manaf TUDM, KSK MPBU


TEKS UCAPAN

SAUDARA DAN SAUDARI PENGACARA MAJLIS,

YANG BERBAHAGIA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, YBHG LT JEN DATO’ SRI ACKBAL BIN HJ ABDUL SAMAD TUDM DAN ISTERI, DATIN SRI DATO’ NORAINY BT SHAHAR ALAM.

YANG BERBAHAGIA PANGLIMA BANTUAN UDARA, MEJ JEN DATO’ HJ MOHAMAMD SALLEH BIN OSMAN TUDM DAN ISTERI, DATIN DR HJH SORAYAH BT SIDEK.

DATO-DATO, DATIN-DATIN, SAHABAT2 SAYA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN,
TETAMU JEMPUTAN, KHUSUSNYA BONDA SAYA YANG SAYA KASIHI, HJH UMI KELSOM BT HJ MUSTAPHA SERTA AHLI KELUARGA SAYA,
WARGA MATERIEL TUDM, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI SEKELIAN. 

PERTAMA SEKALI, MARILAH KITA MERAFAKKAN SETINGGI-TIGGI KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT DI ATAS LIMPAH RAHMAT DAN INAYAHNYA, KITA MASIH DIPINJAMKAN DENGAN USIA DAN MASIH DIGERAKKAN DEGUPAN JANTUNG UNTUK BERNAFAS, SERTA KESIHATAN YANG BAIK UNTUK KITA DIKETEMUKAN DI MAJLIS YANG GILANG GEMILANG INI.

SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH JUGA DI ATAS KEIKHLASAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK MENGHADIAHKAN SAYA DENGAN SATU PERBARISAN YANG BERSEMANGAT PADA PAGI INI. SELAIN DARI MEMPERTAHANKAN TRADISI REGIMENTAL KETENTERAAN, PERBARISAN JUGA MELAMBANGKAN SEMANGAT KERJASAMA, KESEPADUAN, PENGHORMATAN, PENGIKTIRAFAN DAN JUGA KETINGGIAN DISIPLIN WARGA ATM.

BERDIRINYA SAYA DI SINI PADA PAGI INI, SELAIN DARIPADA KETENTUAN ALLAH SWT, IA ADALAH ATAS EHSAN PIHAK KEPIMPINAN TUDM YANG TELAH MEMBERI KEIZINAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA SAYA DAN ISTERI DENGAN SATU MAJLIS PERBARISAN BERSEMPENA DENGAN PERSARAAN SAYA PADA TAHUN INI.  SESUNGGUHNYA SAYA AMAT TERHARU DAN AMAT MENGHARGAI PENGHORMATAN INI.

PADA AWALNYA, SAYA HANYA MEMOHON SUPAYA DIADAKAN MAJLIS PERBARISAN YANG RINGKAS SAHAJA KERANA SAYA SEDAR DAN INSAF BAHAWA SUMBANGAN SAYA KEPADA TUDM ATAU ATM, TERLALU KECIL DAN SEDIKIT UNTUK MELAYAKKAN DIRI SAYA MENERIMA PENGHORMATAN SEPERTI INI.

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA INGIN MENGAMBIL PELUANG PAGI INI UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN SAYA KEPADA:
- PANGLIMA TENTERA UDARA
- TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA
- BARISAN KEPIMPINAN TUDM
- SERTA SELURUH WARGA TUDM, KHUSUSNYA YBHG TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA, PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN, ANGGOTA PERBARISAN DAN SEMUA YANG HADIR MENJAYAKAN PERBARISAN PADA PAGI INI.

SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATAN KUASA MAJLIS PERBARISAN INI YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS SEJAK BEBERAPA MINGGU YANG LALU MERANCANG, MENYUSUN PROGRAM SEHINGGA MAJLIS DAPAT DIJAYAKAN PADA PAGI INI.

HARI INI JUGA, SEJAK HAMPIR 40 TAHUN LALU, BUAT PERTAMA KALINYA SAYA MEMBAWA INSAN YANG MELAHIRKAN SAYA DI DUNIA INI DAN MENGHANTAR SAYA KE STESEN KERETAPI KLUANG UNTUK MELAPOR DIRI KE SEKOLAH PEGAWAI KADET, PORT DICKSON PADA 2 APRIL 1980 UNTUK MENYERTAI ATM. HARI INI KEHADIRAN BONDA SAYA ADALAH SECARA SIMBOLIKNYA UNTUK MEMBAWA SAYA KELUAR DARI ANGKATAN TENTERA, PULANG KE PANGKUAN KELUARGA. SYUKUR KEPADA ALLAH SWT YANG TELAH MENGANUGERAHI USIA DAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA BONDA SAYA SEHINGGA DAPAT MENYAKSIKAN PERBARISAN SEMPENAN PERSARAAN SAYA DARI PERKHIDMATAN ATM.

MUNGKIN BONDA SAYA TIDAK MEMAHAMI APA ITU JENERAL DAN APA ITU PERBARISAN PERSARAAN. NAMUN MELIHAT ANAKNYA MENGAMBIL TABIK HORMAT, MEMERIKSA PERBARISAN DAN MEMBERI UCAPAN DI ATAS PENTAS INI, BONDA SAYA PASTI MERASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAKNYA YANG NOMBOR EMPAT INI.

KALAU, WAKTU MENGHANTAR SAYA DAHULU SAYA MASIH BUJANG, HARI INI BONDA SAYA MENYAMBUT KEPULANGAN SAYA YANG DISERTAI OLEH ISTERI, 6 ORANG ANAK, EMPAT MENANTU DAN 9 ORANG CUCU.

HARI INI SAYA TURUT MENJEMPUT BEBERAPA ORANG PEGAWAI BUKAN TUDM YANG PERNAH BERKHIDMAT BERSAMA SAYA SELAMA 4 TAHUN TERAKHIR PERKHIDMATAN SAYA DI DALAM ATM. LEBIH KHUSUS  LAGI DARI BAHAGIAN KOMLEK DAN BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN, MARKAS ATM.

BERSAMA MEREKALAH SAYA MENGAKHIRI PERKHIDMATAN SAYA, BERSAMA MEREKA LAH SAYA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DUA TAHUN BERTURUT2 DAN BERSAMA MEREKALAH SAYA MENERIMA DUA KENAIKAN PANGKAT TERTINGGI SAYA BERTURUT-TURUT. JADI, TIDAK MUDAH BAGI SAYA UNTUK MELUPAKAN DETIK-DETIK ISTIMEWA BERSAMA MEREKA.

TERIMA KASIH SEMUA KERANA MEMENUHI JEMPUTAN SAYA.

PERSARAAN SAYA INI PASTINYA AKAN MEMBAWA PERUBAHAN BESAR DALAM RUTIN KEHIDUPAN SAYA. KALAU DULU SEMUA AKTIVITI DAN PERGERAKAN SAYA DITENTUKAN OLEH ORGANISASI. SAMA ADA MALAS ATAU RAJIN, SETUJU ATAU TIDAK, KITA PERLU MEMATUHINYA.

KALAU SATU WAKTU DULU, TANDATANGAN SAYA B0LEH BERNILAI JUTAAN RINGGIT, SETIAP KATA ATAU CATATAN SAYA ADALAH PERINTAH, ARAHAN, ATAU SUATU YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN.

HARI INI, SEMUA ITU TELAH TAMAT, PERGI BERSAMA-SAMA DENGAN JAWATAN YANG SAYA TINGGALKAN. NILAI TANDATANGAN SAYA TIDAK LAKU WALAU PUN SATU SEN. KATA-KATA SAYA HANYALAH PERBUALAN ATAU GURAUAN SAHAJA. TULISAN SAYA HANYA SETAKAT BACAAN DI FACEBOOK ATAU WATSAPP GRP. HARI INI, SAYA PERLU MENGURUSKAN SENDIRI AKTIVITI HIDUP SAYA,

INILAH PUSINGAN HIDUP YANG AKAN DILALUI OLEH SETIAP ORANG YANG DIBERI JAWATAN, PANGKAT DAN KUASA. OLEH ITU, SAMA ADA TELAH HAMPIR ATAU MASIH JAUH LAGI, SETIAP DARI KITA MESTI BERSEDIA UNTUK MENERIMA HAKIKAT DAN SITUASI INI.

SAYA TIDAK LAGI DALAM KEDUDUKAN UNTUK MEMBERI ARAHAN, PENDAPAT ATAU NASIHAT KERANA PELUANG ITU TELAH DIBERIKAN KEPADA SAYA HAMPIR 40 TAHUN YANG LALU. SAMA ADA SAYA BERJAYA ATAU GAGAL, SAMA ADA SAYA SEORANG PEGAWAI YANG BAIK ATAU TIDAK, MARKAH PENILAIAN ADALAH DI TANGAN KEPIMPINAN DAN SELURUH WARGA ATM.

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DI PAGI INI JUGA UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA SELURUH BARISAN KEPIMPINAN TUDM YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN, SOKONGAN SERTA PELBAGAI PELUANG UNTUK SAYA MENIMBA ILMU DAN PENGALAMAN SEHINGGA SAYA DAPAT MENCAPAI KE TAHAP SAYA HARI INI. 

SAYA MENDOAKAN AGAR BARISAN KEPIMPINAN TUDM TERUS DIBERI KEKUATAN UNTUK TERUS MEMBAWA TUDM KE ARAH KUASA UDARA UDARA BERSPEKTRUM PENUH, MENJAGA RUANG ANGKASA NEGARA DAN MEMPASTIKAN KUASA UDARA SEBAGAI TERUS KEPADA KEDAULATAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA  PENGERUSI DAN BARISAN JEMAAH TERTINGGI DAN SERTA AHLI BAKAT UDARA DAN GABUNGAN YANG TELAH MENJADI SAHABAT KEPADA ISTERI SAYA SELAMA BELIAU BERSAMA SAYA DI DALAM PERKHIDMATAN.

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI, SAYA MEMOHON IZIN UNTUK MEMBACAKAN SEBUAH PUISI YANG SAYA NUKILKAN KHUSUS UNTUK PERBARISAN HARI INI, BERTAJUK LAMBAIAN AKHIRKU

MASA PANTAS BERLALU, 
EMPAT DEKAD BAGAIKAN SEMINGGU
BERMULA MENGENAL DUNIA KETENTERAAN
BERMIMPI INGIN JADI PAHLAWAN
MENGEMBARA DI PERANTAUAN
BAGAI SI BUTA MERABA-RABA MENCARI LALUAN
MEREDAH DENAI DAN PERGUNUNGAN
MERENTAS OMBAK DAN BADAI LAUTAN

KADANG MEMBANTU, KADANG MEMIJAK
KADANG DIBANTU, KADANG DIPIJAK

PERJALANAN KERJAYA, ADA DUKA ADA GEMBIRA
DARI PEMUDA DESA YANG TIADA APA
MENJADI PEGAWAI BERGAYA,
BERSEMANGAT BERHATI WAJA, BEKERJA UNTUK NEGARA

TATKALA MELANGKAH MENGEJAR CITA-CITA
ADA WAKTU LUPA DAN ALPA

DOSA KADANG MENJADI HIBURAN
KESAKITAN ORANG JADI PERMAINAN
DUSTA MENJADI KEMEGAHAN

HARI INI BERDERAI AIR MATA
SEBAK RASA DI DADA
LEMAH LONGLAI TUBUH PERKASA
BERAT LANGKAH TIDAK BERDAYA

AKU KU TINGGALKAN
TEMPAT MENCARI REZEKI SEKIAN LAMA
WAJAH KAWAN-KAWAN YANG SETIA

PERPISAHAN TELAH TIBA
SEMOGA KHIDMAT BAKTI JADI IBADAH
KEJAYAAN MENJADI TAULADAN
PUJIAN MENJADI DOA

UNTUK SAHABAT DI MANA JUA
MAJU KE HADAPAN, TERUSKAN PERJUANGAN

JIKA GAGAL, REDHO DENGAN KUASA ILAHI,
USAHA LAGI, REZEKI ITU PASTI

JIKA BERJAYA USAH SERONOK DIPUJA
USAH PUJIAN MENJADI IDAMAN
USAH LENA DIBUAI SANJUNGAN

SAMPAI WAKTU, KITA AKAN PERGI
MENGISI BAKI USIA YANG DIBERI
JIKA DIINGAT SALAH SILAP DIRI INI
AMPUN DAN MAAF KUDAMBAI

USAH DISIMPAN SUARA KEMAAFAN
SEMOGA DI AKHIRAT TIDAK MENJADI BEBAN
AKAN GAGAL TIMBANGAN
AKAN TERSUNGKUR MENYEBERANGI TITIAN

HARI INI KULAMBAIKAN TANGAN INI
SELAMAT TINGGAL PERWIRA GAGAH SETIA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA SAMUDERA
SELAMAT TINGGAL PERWIRA ANGKASA
SELAMAT TINGGAL BINTARA, PERAJURIT DAN SERIKANDI NEGARA

SEKIAN,
WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH,

WASSALAMU ALAIKUM WR WB

h









Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor


Image may contain: Ackbal Abdul Samad, Toharudin Putera Lapis Mahang and Mohd Yunus Masjuki, people smiling

Image may contain: 12 people, including Shuairi Mohamad Abdullah, BJ Oth Ahmad, Toharudin Putera Lapis Mahang, Ackbal Abdul Samad, Mohd Yunus Masjuki and Zainal Manaf, people smiling

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Ackbal Abdul Samad, people sitting, table and indoor

Image may contain: 4 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang and Ackbal Abdul Samad, people sitting

Image may contain: Mohd Yunus Masjuki, Ackbal Abdul Samad and Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: Adibah Taha and Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing

Image may contain: 18 people, including Laily Shima, Adibah Taha, Toharudin Putera Lapis Mahang and Aisyahnur Abid, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 3 people, including Firdaus Zainal, people standing

Image may contain: 3 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, outdoor

Image may contain: 8 people, people standing and outdoor

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, including Toharudin Putera Lapis Mahang, selfie