Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Wednesday, May 22, 2019

AF 140: DI MANA HELIKOPTER MD530G ATM?





Sistem Pengesan Bawah Air, Helikopter Perkukuh Kawalan Perairan Sabah – Hishammuddin
6:43pm 19/04/2016  Pak Roshan  0 komen

KUALA LUMPUR : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengukuhkan kawalan di perairan Sabah dengan menggunakan sistem pengesan bawah air dan penempatan enam helikopter ringan MD-530G buatan Amerika Syarikat.

ATM akan menempatkan satu sistem pengesan bawah air di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Sabah dan satu sistem pemantau pesisir laut untuk Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi helikopter MD-530 keluaran syarikat Mcdonnell Douglas, keenam-enam buah helikopter itu akan diterima pada hujung tahun ini.

Perolehan helikopter berkenaan khusus untuk memperkuatkan serta memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), katanya.

“Kesemua aset ini akan ditempatkan di Sabah selain kita juga tempatkan Kenderaan Tempur Infantri (IFV25) iaitu ‘Gempita’. Teras keselamatan di Sabah sememangnya akan melibatkan aset-aset tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak dan Memorandum Persefahaman (MOU) pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 10 dokumen kontrak dan empat Letter Of Acceptance (LOA) bernilai RM2.9 bilion ditandatangani antara Malaysia dan beberapa syarikat pertahanan.

Selain itu, Hishammuddin berkata aset lain iaitu empat buah helikopter Blackhawk dari Brunei pula dijangka diterima selewat-lewatnya September ini.

“Ke bawah Duli Sultan Hassanal Bokiah kurniakan kepada kita Blackhawk dan kita akan naik taraf dan beli alat ganti sendiri.

“Perolehan ini bukan sahaja untuk perkukuhkan keselamatan di Sabah tetapi juga di Brunei,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan rondaan bersama bagi menangani kes lanun dan penculikan di perairan Laut Sulu, Hishammuddin berkata ancaman di perairan itu tidak boleh ditangani oleh sebuah negara sahaja.

“Apa yang dilakukan di perairan Selat Melaka boleh juga dilaksanakan di perairan Sulu.

“Pengalaman dengan Singapura dan Thailand di Selat Melaka boleh diguna pakai untuk tangani ancaman di kawasan perairan Sulu,” katanya.

Semalam, Hishammuddin dilaporkan bercadang menjemput Singapura dan Thailand untuk menjadi pemerhati bagi rondaan keselamatan di Laut Sulu.

Pameran DSA 2016 bermula hari ini sehingga Khamis itu menyaksikan penyertaan daripada 60 negara.

— BERNAMA


ATM terima 20 aset baharu
Oleh Mohamed Farid Noh
BERITA»Nasional
Sabtu, 28 Oktober 2017 | 1:46pm

KLUANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima lebih 20 aset baharu membabitkan helikopter tempur, kapal tempur serta kapal operasi dan pesawat pengawasan menerusi peruntukan Bajet 2018.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perolehan aset baharu berkenaan penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani ancaman keselamatan semasa terutamanya ancaman militan Daesh.

Katanya, peruntukan di bawah agenda Kesiapsiagaan Aset, Keselamatan dan Latihan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi melaksanakan perolehan aset baharu selain meyelenggara dan menaik taraf aset sedia ada.

"Bagi 2018, Tentera Darat akan menerima sahabatnya enam helikopter tempur (MD 530-G), meriam 155mm Self Propelled Howitzer, meriam 105mm Pack Howitzer dan peralatan khas bagi Gerup Gerak Khas (GGK).

"Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima enam kapal tempur dan empat kapal operasi yang sedang dalam proses pembinaan selain merancang perolehan 'Multi Role Support Ship'.

"Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula akan memperoleh empat pesawat pengawasan 'Maritime Patrol Aircraft' untuk mengawasi perairan negara termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata demikian selepas melancarkan Task Force Agenda Pendidikan Sembrong (TAPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Paloh, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi TAPS, Tan Sri Alimuddin Md Dom.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan peruntukan berjumlah RM14 bilion untuk Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, peruntukan bajet kali ini akan digunakan Kementerian Pertahanan untuk memperkukuhkan lagi tahap keselamatan di Sabah dan Sarawak.

"Kita akan menggunakan peruntukan RM22 juta untuk menaik taraf pos kawalan sedia ada serta membina 18 pos kawalan baharu di sempadan Sabah, Sarawak dengan Kalimantan (Indonesia).

"Naik taraf akan membabitkan lima pos kawalan sedia ada yang dinaik taraf menjadi pos gabungan iaitu dua di Sabah (Pos Saliliran dan Pos Serudong) serta tiga di Sarawak (Pos Kandie, Pos Tebedu dan Pos Serikin)," katanya.



Tentera Darat bangunkan Army4nextG
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
Berita Nasional
Khamis, 1 March 2018 | 5:23pm

PORT DICKSON: Tentera Darat (TD) giat membangunkan Pelan Strategik Army4nextG sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi perubahan ancaman peperangan masa depan berteraskan teknologi.

Panglimanya, Tan Sri Zulkiple Kassim, berkata Army4nextG berteraskan teknologi itu merangkumi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemajuan teknologi persenjataan, pembangunan sumber manusia dan latihan selain pengurusan logistik terancang.

Katanya, pelan itu memberi tumpuan terhadap penubuhan angkatan darat merangkumi elemen tempur, bantuan tempur, bantuan khidmat serta pembangunan modal insan bagi membolehkan warga TD bertindak terhadap ancaman berbeza.

"Dalam kemajuan teknologi masa kini, adalah penting bagi sesebuah negara mempunyai ketumbukan tentera yang berupaya mengenal pasti ancaman.

"Dengan pelan ini, warga TD dapat membezakan ancaman dihadapi, sekali gus membolehkan mereka mengambil tindakan pantas berdasarkan situasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Perbarisan dan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85 yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Zulkiple berkata, Army4nextG akan memberi fokus terhadap risikan dan intelektual bagi mendepani ancaman dan perubahan persekitaran geostrategik dalam memastikan kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

"Sebagai langkah peningkatan keupayaan, TD berharap beberapa aset perolehan yang diminta dapat ditunaikan.

"Ini termasuk perolehan memiliki meriam Howitzer M109 A5 SPH, meriam 105MM Light Gun (LG) dan enam helikopter penggempur ringan MD530G yang dilengkapi sistem persenjataan terkini termasuk roket dan gattling gun," katanya.

Zulkiple berkata, perolehan enam helikopter penggempur itu bakal memberi pendedahan serta kemahiran kepada juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) mengendalikan helikopter tempur pada masa depan.

"Kemajuan pembinaan pesawat itu adalah antara 65 hingga 75 peratus ketika ini dan TD dijangka menerima sekurang-kurangnya dua helikopter ini Ogos depan," katanya.



ATM tidak terima helikopter AS bernilai RM300 juta dibeli pada 2015
FMT Reporters - May 20, 2019 2:00 PM

KUALA LUMPUR: Helikopter tentera bernilai lebih RM300 juta yang dibeli pada masa pentadbiran lepas sehingga kini belum dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sumber yang rapat dengan penyiasatan ke atas dakwaan rasuah dan salah urus dalam pembelian aset pertahanan memberitahu FMT.

Difahamkan 6 buah helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan oleh MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas dipesan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang dipimpin oleh Hishammuddin Hussein ketika itu.

Helikopter berkenaan, yang lebih dikenali dengan panggilan “Little Birds”, dilaporkan menarik minat pegawai MINDEF dalam satu demonstrasi sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015.

Bagaimanapun penyiasatan ke atas urus niaga itu mendedahkan maklumat mengejutkan mengenai pembelian tersebut, selain hakikat bahawa ATM tidak menerima helikopter berkenaan.

“Didapati helikopter yang membuat demonstrasi pada LIMA 2015 bukanlah MD530G, tetapi variannya, N369FF,” kata sumber kepada FMT. Dikatakan N369FF adalah versi military manakala 530G adalah versi civil.

Baru-baru ini, MINDEF mendedahkan dapatannya mengenai perjanjian “tukar tanah” yang mencurigakan melibatkan tanah milik tentera.

Ia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat keadaan yang didakwanya kemungkinan berlakunya salah urus yang menyebabkan kerugian sebanyak RM500 juta melibatkan 16 projek.

FMT difahamkan selepas Lima 2015, sebuah syarikat tempatan yang mempunyai hubungan kuat dengan seorang pegawai “kanan” MINDEF (“Syarikat A”) yang dilantik sebagai ejen MD Helicopters di Malaysia membuat cadangan kepada MINDEF untuk membeli 6 buah MD530G.

Cadangan itu kemudiannya dikemukakan kepada perdana menteri dan menteri kewangan, Najib Razak, untuk kelulusan.

Difahamkan Kementerian Kewangan memberi lampu hijau bagi perolehan tersebut daripada Syarikat A melalui rundingan terus.

Juga difahami, Unit Perancang Ekonomi mengecualikan perolehan itu daripada pemeriksaan Pengurusan Nilai.

Satu kontrak ditanda tangani pada November 2016 yang menetapkan bahawa helikopter terbabit akan dihantar dalam 2 kumpulan. Kumpulan ke-2 dijadualkan tiba tahun lepas.

Syarikat A telah dibayar 35% daripada nilai kontrak, berjumlah kira-kira RM113 juta.

“Isu utamanya ialah usaha wajar sebenar tidak dilakukan oleh kerajaan,” kata sumber, dengan menambah bahawa kelulusan diberikan hanya 4 bulan selepas cadangan tersebut dikemukakan.

“Proses pembuatan keputusan berkaitan aset penting tentera akan mengambil masa bagi membolehkan kajian pasaran, usaha wajar dan pemeriksaan pengurusan nilai dibuat.”

Katanya tanpa usaha wajar, MINDEF tidak menyedari ketika perjanjian itu dibuat dengan Syarikat A, bahawa kedudukannya sebagai ejen tempatan bagi MD Helicopters telah dibatalkan kerana kegagalan memenuhi obligasi kewangannya.

“Ini sangat tidak bertanggungjawab kerana ia mendedahkan kerajaan kepada risiko kerugian kewangan dan kegagalan mendapatkan helikopter tersebut.

Selain itu wujud juga kebimbangan dalam kalangan pegawai tertinggi tentera udara Malaysia (TUDM) mengenai kemampuan MD530G.

“Satu masalah ialah ia tidak mempunyai rekod pertempuran yang terbukti,” seorang pesara tentera udara memberitahu FMT.

Kontrak itu juga “kabur dan kekurangan perincian penting”, termasuk isu spesifikasi ketenteraan dan CERTIFICATE OF AIRWORTHINESS atau Sijil Kelayakan Udara (CoA). CoA diperlukan bagi membolehkan helikopter terbabit beroperasi.

Dalam pada itu , wujud satu masalah lain mengenai urus niaga berkenaan. Pada 2015, Syarikat A menghantar cadangan bernilai AS$60 juta kepada Hishammuddin. Tiga bulan kemudian, ia menghantar satu cadangan lain bernilai lebih AS$70 juta. 

Pemeriksaan berasingan ke atas Syarikat A mendapati kedudukan kewangannya lemah sebelum perjanjian itu ditanda tangani, selepas ia mengalami kerugian pada 2015 dan 2016. Urus niaga itu juga dipercayai merupakan kontraknya yang pertama, dan ia tidak mempunyai pengalaman dalam melaksanakan kontrak bernilai ratusan juta ringgit. Syarikat tersebut hanya memiliki komputer, perabut dan peralatan pejabat bernilai kurang daripada RM50,000. MINDEF sepatutnya berurusan langsung dengan MD Helicopters dan selamatkan puluhan juta duit pembayar cukai.


Helikopter MD530G yang gagal digunakan oleh ATM kerana ia tidak diterima walaupun selepas membayar ratusan juta ringgit melalui pihak ke-3. (Gambar Bernama)


Image result for md 369FF helicopter




.

No comments:

Post a Comment