Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, May 18, 2019

AF 139: KESAH 'LAND SWAP' MINDEF



Cerita LAND SWAP bukan cerita baru. Tetapi TETIBA menjadi isu yang sensitif dan besar sebelum PRU 14. Kebangkitan COALITION baru yang bernama PAKATAN HARAPAN yang melancarkan kempen besar-besaran menentang Kerajaan BARISAN NASIONAL. 

PAKATAN yang diketuai oleh mantan PM, TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD turut disertai oleh beberapa mantan Menteri-Menteri Kanan seperti Tun Daim Zainudin, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan lain-lain. TS Muhyiddin (MANTAN TPM) yang menubuhkan PPBM telah menyertai PH yang mengandungi gabungan (tidak rasmi) parti-parti PKR, DAP dan AMANAH.

Namun selepas PRU 12 (2008) dan PRU 13 (2013) - ia semakin menjadi-jadi. Malah cerita pertukaran tanah (land swap) serta pembangunan kem-kem baru ATM di Perak, Johor dan Pahang dikaitkan dengan strategi untuk memindahkan pengundi tentera ke kawasan yang ditandingi oleh Timbalan PM, MENHAN dan beberapa Menteri Persekutuan.

Semasa kehangatan pelbagai kes atau skandal kewangan dan salahguna kuasa yang ditujukan kepada Perdana Menteri (masa itu) DS Najib, TAN SRI RAFIDAH AZIZ menulis surat terbuka kepada DS NAJIB.

Rafidah Dedah Tanah ATM Diberi Kepada 3 Individu Tanpa Tender Terbuka

Last updated Apr 9, 2018


Tan Sri Rafidah Aziz

SURAT TERBUKA KAPADA PM 

Bismillahirrahmanirrahim

DATO’ SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato’ Sri Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ‘ SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

1) UNTUK Dato’ Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia. Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik.

2) ‘Pengswastaan’ itu diberikan KAPADA sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU, iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.

3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.

TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain.

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato’ Sri, dalam Mesyuarat tersebut:

a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya
b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO’ SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,

‘Kita akan bawa masuk LTAT kemudian…’

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato’ Sri.
Kertas Kabinet telah diluluskan.

DATO’ SRI PM ,

Saya ingin bertanyakan, untuk diberi PENGESAHAN, bahawa :

(1) ‘SYARIKAT 3 Individu ’ SEKARANG INI adalah PEMILIK setiap inci Tanah BEKAS MILIK MINDEF / MILITARI ,(KECUALI yang telah mereka jual)

(2) MEREKA lah sekarang pihak yang MEMBUAT KEPUTUSAN2 atas perkara2 saperti :

APA yang akan di buat dengan Tanah di SELURUH Malaysia, yang BEKAS milik MINDEF /MILITARI, tetapi yang telah diswastakan kapada mereka.
KAPADA SYARIKAT2 mana yang mereka akan jual keping2 tertentu , Tanah yang sekarang MEREKA miliki itu . (KECUALI jika ada ‘arahan2’ tertentu dari pihak atasan)
UNTUK TENTUKAN apa2 Peraturan dan Perjanjian, SAPERTI ‘TUKAR TANAH/ LAND SWAP’.

Ini saperti dalam keadaan, dimana, ada Syarikat2 yang SETUJU untuk mereka PINDAHKAN Kem2 LAMA Militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan BANGUNKAN Kem2 BARU di lokasi lain ,yang jauh dari bandar.

Sebagai ‘PERTUKARAN TANAH’, Syarikat2 tersebut akan dapat TAPAK2 KEM lama itu, yang jauh lebih tinggi nilainya, untuk membangunkan PROJEK2 KOMERSIAL , yang sangat MENGUNTUNGKAN. Terutama selepas di NILAI SEMULA/ Revalue, Tanah BEKAS Milik MINDEF, kapada nilai semasa. (Contohnya ialah di SARAWAK, IAITU transaksi dengan Syarikat milik Tan Sri Bustari Yusof. Beliau akan membina Kem2 baru, di kawasan2 luar dari bandar, dan dapat Tapak2 Kem Lama sekitar Bandar untuk dibangunkan PROJEK2 KOMERSIAL )

Dapatkah Dato’ Sri SAHKAN, bahawa Projek2 BERIKUT, adalah ANTARA yang MELIBATKAN tanah BEKAS milik MINDEF / MILITARI ,(yang sekarang MILIK ‘Syarikat 3 Individu’ )?

Ini CONTOH2 yang di ketahui :

1) PENGKALAN TUDM di Sg Besi, telah di jual KEPADA 1 MDB pada harga yang TIDAK manasabah iaitu RM74.20pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan kapada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek ‘Bandar Malaysia’, telah DITARIK BALIK.

KERAJAAN melalui MOF, telah ‘ambil alih’ PROJEK.

Wang DEPOSIT sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar olih mereka. Akhirnya, BUKAN 1MDB yang BAYAR BALIK DEPOSIT itu, tetapi KERAJAAN ( iaitu RAKYAT yang PEMBAYAR Cukai)

2) KEM MAJIDEE, 4 km dari Johor Bharu, di TEMPATKAN SEMULA, ke lokasi2 yang jauh, saperti ke Kluang, Gemas dan lain2. Sebenarnya ISU ini telah di bangkitkan di PARLIMEN, dan juga olih Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) ,yang ketika , itu di pengerusikan olih Tan Sri Azmi Khalid.

3) EAST COAST RAIL LINK (ECRL) sepanjang 620 km

4) HIGH SPEED RAIL ke Singapura (HSR)

5) SATU PROJEK berbentuk PERTANIAN KOMERSIAL BESAR2AN, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin, yang dikatakan ‘akan dibangunkan atas Tapak2 Tanah MINDEF yang tidak digunakan’ , atau” idle”.
SEBENARNYA, TIDAK ada LAGI, TANAH MILIK MINDEF / MILITARI ,sama ada ‘idle’ atau tidak.

SEMUA TANAH MINDEF/ MILITARI, SEKARANG DIMILIKI olih ‘Syarikat 3 Individu’.

6) PENJUALAN tanah Strategik , iaitu PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH kapada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek KOMERSIAL.
PENGKALAN lama akan di pindahkan ke Ara Kuda.
BAGAIMANAPUN, SETELAH ada banyak TENTANGAN daripada pelbagai pihak, Dato’ Sri telah TANGGUHKAN Pelan itu, supaya dibuat ‘kajian lebih mendalam’.
WALHAL, WANG sudah di perolehi dari Jualan Tapak Tanah olih ‘Syarikat 3 Individu’.

DATO’ SRI ,

Baru2 ini Dato ‘ Sri telah umumkan semasa membuka PENGKALAN TUDM BARU SENDAYAN, bahawa ‘tanah2 ASET Kerajaan yang TIDAK digunakan’ akan “di monetise” ‘untuk projek2 lain’ ‘

Saya ingin mendapat PENGESAHAN :

a) ADAKAH INI satu lagi PERANCANGAN untuk di KOMERSIALKAN Tanah BEKAS Milik MINDEF/ MILITARI, yang SEKARANG MILIK PENUH‘ SYARIKAT 3 INDIVIDU ‘?

b) BAHAWA akan ada pendekatan2 di ambil, untuk membolihkan bantuan kewangan diberi terus kepada 1MDB , (saperti dalam case PEMBAYARAN DEPOSIT olih KERAJAAN, dan BUKAN olih 1MDB, dalam transaksi Penjualan Tanah PENGKALAN UDARA SG BESI, kapada IWH- CREC Consortium)?

RAKYAT PERLU TAHU SEMUA FAKTA2 .

SILALAH DEDAHKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM :

a) NAMA2 3 Individu itu

b) NAMA Syarikat mereka

c) BUTIR2 PENGSWASTAAN besar2an , secara ‘SEKALI GUS’ , ASET NEGARA , yang sangat STRATEGIK dan BERHARGA itu.

d) SENARAI Menteri2 yang hadhir dalam Meyuarat Kabinet, yang meluluskan KERTAS KABINET , yang Dato’ Sri bentangkan itu. SAYA SENDIRI MEMANG HADHIR.

TIDAK ADA apa lagi yang ‘Rahsia’ tentang Kertas Kabinet itu, kerana PENGSWASTAAN SUDAH pun SELESAI.

Projek2 meggunakan tanah BEKAS Milik MINDEF / MILITARY, sudah pun, dan sedang, dilaksanakan. Cara berterusan, Projek2 BARU akan di RUNDINGKAN ,dengan PENILAIAN SEMULA nilai tanah kapada nilai semasa, UNTUK 30 TAHUN yang akan datang.

KITA SEMUA mesti TAAT SERTA PATUH BERPEGANG kapada ) SUMPAH PERLANTIKAN JAWATAN KITA. Menteri2 berugama ISLAM, MEMULAKAN SUMPAH mereka dengan Lafaz..

‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’


Carta menunjukkan aliran bagaimana projek penswastaan membabitkan tanah ATM diberikan kepada syarikat pemilik kepada tiga individu tanpa tender terbuka.

CERITA LAND SWAP


May 17 2010, 06:25 PM, updated 10y ago
           
TUDM will shift base from Sungai Besi to Dengkil in SEPANG (for better facilities and more modern infrastructure)

PETALING JAYA, May 17 (Bernama) -- Royal Malaysian Air Force (RMAF) chief Datuk Seri Rodzali Daud today said though the government had not made a request yet, the RMAF was ready to shift its base from Sungai Besi to enable the base to be developed as a commercial hub.

Rodzali said shifting from the current base would provide RMAF an opportunity to have better facilities and modern infrastructure for officers of the RMAF, including a headquarters.

"Shifting the RMAF base from Sungai Besi to Dengkil is still in the planning stages...I do not want to elaborate but the government has plans. But on our side, we will be ready," he told reporters after handing out 'wings' as Nuri air quartermasters here on Monday.

It was earlier reported in a local tabloid that Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had denied reports that the Sungai Besi RMAF base would be developed as a commercial hub.

Zahid had said that he was not aware of any such proposal or plans from the government to develop the base.

Rodzali said if directed to shift, all RMAF assets and facilities, including aircrafts would be shifted to the RMAF Base in Subang or any other base while waiting for the new base to be completed.

During the ceremony, 22 officers, 16 from RMAF, three from the Royal Malaysian Navy and three from the Fire and Rescue Department, received their certificates and 'wings'.

Rodzali said officers who had undergone the course for nine months would assist in handling aircrafts during operations.

"It will be a challenging task for them but they must operate as a team player when carrying out their duties," he said.

-- BERNAMA

1MDB awards contract to develop 8 sites in relocation of RMAF KL
by Aziz Hassan
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has awarded a RM2.1 billion contract to develop eight sites in the relocation of Pangkalan Udara Kuala Lumpur which will be transformed into Bandar Malaysia.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) will undertake the development through its wholly-owned subsidiary Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).

The relocation involves various units of the Royal Malaysian Air Force (RMAF), Royal Artillery Regiment (31 RAD) and the air wing of the Royal Malaysian Police (RMP) from the old Sungai Besi airport.

1MDB is a strategic development company wholly-owned by the Government of Malaysia.

It drives market-driven initiatives to help transform Malaysia into a thriving economy - one that is highly competitive, inclusive and sustainable.


1MDB also forges international partnerships through joint ventures focused on high.

http://mole.my/1mdb-awards-contract-to-develop-8-sites-in-relocation-of-rmaf-kl/


Bandar Malaysia on Track
By Haziq Hamid of theedgeproperty.com
Friday, 17 February 2012 15:27

PUTRAJAYA: The proposed Bandar Malaysia development recently signed the agreements for development on eight relocation sites for the current military and police installations in the old Sungai Besi air base. 1Malaysia Development Berhad (1MDB) will develop the new sites for the Royal Malaysian Air Force (RMAF), Royal Artillery Regiment (31RAD) and the air wing of the Royal Malaysian Police (RMP).

1MDB is a strategic development company wholly-owned by the Malaysian government helping to transform Malaysia into a thriving economy. It is the master developer of Bandar Malaysia.

Five sites will be allocated for the relocation of RMAF operations at Pangkalan Udara Kuala Lumpur in Subang, Selangor; Kuantan, Pahang; Sendayan, Negeri Sembilan; Butterworth, Penang and Gong Kedak, Terengganu; two for RMP in Subang and Ipoh, Perak and one for 31RAD in Kajang, Selangor. Upon completion of works at the bases within the next five years, the relocation of the military and police installations will be in phases.

The Butterworth and Gong Kedak agreements for RMAF were signed in December 2011 while the agreement for RMP's Ipoh site was signed last month in January.

The rest of the agreements for development were signed today, Feb 17, by Defence Ministry Secretary-General Datuk Sri Dr. Haji Ismail Haji Ahmad, Home Ministry Deputy Secretary-General (Management) Datuk Wahab Mohd Yasin and 1MDB CEO Shahrol Halmi.

The signing ceremony was witnessed by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Minister in the Prime Minister's Department at the Economic Planning Unit (EPU) of the Prime Minister's Department here. Present was 1MDB Chairman Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin and EPU Director-General Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff.

Datuk Azmar Talib, 1MDB Real Estate Sdn Bhd Deputy CEO (Operations) thanked the the respective government agencies for their cooperation to ensure that the relocation will be on schedule: “Today's signing signals the beginning of work for the new sites. In line with our priority to minimise disruptions to the security operations of the country, current operations will move out only after the new sites are ready."

In June 2011, 1MDB signed the Sale and Purchase agreement (S&P) with Federal Land Commissions for the transfer of 495-acres of Sungai Besi airport land to 1MDB; the S&P agreement with the Menteri Besar Incorporated of Negeri Sembilan for the purchase of 750-acres in Sendayan; and a master relocation agreement with Defence Ministry and Home Ministry to develop the eight replacement sites.

As a distinctive character of Greater Kuala Lumpur, Bandar Malaysia aims to promote livability with a mixed development filled with livable space for work and life offering green spaces and world-class higher learning institutions.

In 1956, the Sungai Besi air base served as the first international airport opening the corridor for aviation, travel, tourism and hospitality industries and happens to be the birthplace of the RMAF from where it grew to become an ultra modern air force.


Operasi Penerbangan Pangkalan TUDM Sg Besi Mula Berhenti 30 Nov Ini

Rabu, 10 Ogos 2011 12:00 AM
KUALA LUMPUR: Operasi penerbangan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di sini akan ditutup secara berperingkat-peringkat mulai 30 November ini, dengan hanya operasi penerbangan helikopter dibenarkan menggunakan pangkalan itu.

Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud berkata operasi penerbangan kapal terbang akan dipindahkan ke lapangan terbang dan pangkalan udara TUDM yang lain.

Ini bagi membolehkan pemaju 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan kerja-kerja pembangunan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan kepada pelari solo Projek Larian Sahara Mesir, Suwaibah Muhammad Nasir di Muzium TUDM di sini, Selasa.

Rodzali berkata, operasi penerbangan perlu diberhentikan bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan di kawasan itu seperti membina cerucuk tinggi yang tidak boleh dilakukan kerana laluan udara digunakan oleh helikopter dan kapal terbang.

Pada Jun lepas, 1MDB, pemaju induk Bandar Malaysia yang merupakan syarikat pembangunan strategi milik kerajaan, telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi pemindahan tanah lapangan terbang Sungai Besi seluas 196.6 hektar kepada 1MDB.

Mengenai kedudukan muzium dan masjid TUDM di pangkalan udara itu, Rodzali berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan antara pihaknya dan 1MDB.

Bagaimanapun, TUDM ingin mengekalkan kedua-dua aset itu di kawasan tersebut, katanya. Rodzali berkata selain itu, "kita sedang berbincang dengan IMDB bagi proses pemindahan aset, prasarana dan kemudahan yang ada di pangkalan ini ke pangkalan baru iaitu di Subang, Selangor, Sendayan (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang) seperti logistik, skuadron, kediaman dan mes pegawai.

"Apa yang paling penting ketika ini adalah mewujudkan dan membina sistem perintah dan kawal di Subang bagi membolehkan operasi di sini dipindahkan ke pangkalan baru itu (Subang)." katanya yang menjangkakan keseluruhan projek pembangunan dan pemindahan dapat siapkan pada 2016.

Beliau berkata pangkalan TUDM Subang akan dijadikan pangkalan untuk perintah dan kawal manakala di Sendayan pula sebagai pangkalan latihan penerbangan dan Kuantan bagi menempatkan lain-lain aset TUDM.

Satu mesyuarat susulan mengenai pembangunan Sendayan dan Subang akan diadakan pada 14 Februari tahun depan yang akan merangkumi aspek perjanjian reka bentuk untuk projek di Sendayan dan projek segera bagi Subang.

Terdahulu beliau menyampaikan cek bernilai RM2,500 kepada Suwaibah bagi menjayakan misinya untuk menjadi wanita pertama dalam dunia merentasi Gurun Sahara sebagai pelari solo.

Sementara itu Suwaibah berkata, antara cabaran yang bakal ditempuhinya adalah cuaca ekstrem antara 30 hingga 50 celcius pada siang hari, selain faktor kecergasan dan keselamatan seperti ketegangan otot dan ancaman ribut pasir.

Suwaibah yang juga bekas anggota Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) akan memulakan larian sejauh 1,111 kilometer pada 11 November tahun ini.


Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/08/10/operasi-penerbangan-pangkalan-tudm-sg-besi-mula-berhenti-30-nov-ini/#o5sZjlIzCKyWyUtp.99


DAP pertikai kem tentera dipindah, tapak dijual harga rendah

Pada 30 Oktober 2015
oleh RoketKini

KUALA LUMPUR 30 OKT: Pemimpin DAP mempertikai tindakan pemindahan beberapa kem tentera berikutan penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil pada nilai bawah pasaran.

Walaupun dinafi Kementerian Pertahanan, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata ia terus berlaku membabitkan kem Sungai Besi dan Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Kem Majidee, Johor.

liew chin tongKatanya, kerajaan menganggap penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kementerian dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai.

“Persoalannya, mengapa kerajaan memindahkan kem tentera yang dikendalikan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan menjual tanah kepada syarikat swasta?” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau sebelum ini membuat pertanyaan bertulis kepada Menteri Pertahanan mengenai hal itu tetapi mereka menafikannya walaupun beberapa kejadian beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan sebaliknya.

Dalam penjualan kem tentera Sungai Besi yang dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi.

men12188682_10153405634803863_674026483_nChin Tong berkata, kerajaan perlu mempertimbang aspek keselamatan yang boleh menggugat negara berikutan faktor maklumat dan aktiviti di kem tentera sebelum membuat penjualan sedemikian.

“Saya mendesak Mindef mendedahkan berapa kem tentera akan dijual untuk pembangunan semula dan jumlah kerugian akibat penjualan itu. Siapa pula yang mendapat manfaat hasil jualan berkenaan.

“Menteri Pertahanan juga perlu menerangkan kriteria yang diguna pakai untuk memilih pemaju kerana kerajaan menjalankan rundingan terus tanpa amalan tender terbuka,” katanya.












Image may contain: text


BERITA»Nasional
Selasa, 10 April 2018 | 9:51pm

MINDEF perjelas projek pembangunan tanah milik ATM

Oleh Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menafi dakwaan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, bahawa semua tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipindah milik kepada sebuah syarikat swasta yang dikawal tiga individu.

MINDEF dalam kenyataannya, menegaskan kementerian itu melaksanakan projek pembangunan melalui pelbagai kaedah termasuklah penswastaan secara pertukaran tanah.

"Lantikan syarikat-syarikat yang berjaya adalah mengikut prosedur yang sudah ditetapkan pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

"Setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan di antara satu sama lain," kata kenyataan itu.

MINDEF berkata, pelaksanaan projek kementerian itu menerusi kaedah pertukaran tanah adalah mekanisma yang diguna pakai dalam rangka model kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) diselaraskan UKAS.

"Setiap projek pembangunan melalui kaedah penswastaan secara pertukaran tanah yang dilaksanakan MINDEF perlu dibincangkan terlebih dulu di peringkat Jawatankuasa Kementerian dan Jawatankuasa UKAS, sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip.

"Selepas kelulusan prinsip diperoleh, cadangan projek pembangunan itu perlu mendapat perakuan daripada Jawatankuasa UKAS dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara (KSN)," katanya.

Tambah kenyataan itu, proses terbabit melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan pelaksanaan.

"Tanah milik MINDEF yang terbabit dengan kaedah pertukaran tanah dilaksanakan selepas mendapat persetujuan 'end user' seperti Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Pertimbangan penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk sekitar," katanya lagi.


Oleh itu, katanya kem-kem terbabit perlu ditempatkan semula di kawasan-kawasan yang lebih sesuai.


BERITA Nasional
Selasa, 19 Februari 2019 | 7:32pm

Kementerian Pertahanan rugi lebih RM500j kerana 'land swap'

Oleh Safeek Affendy Razali dan Nor Azizah Mokhtar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mendedahkan kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ (penswastaan untuk memajukan tanah) membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.

Menteri, Mohamad Sabu, berkata perkara itu terdedah hasil siasatan yang dibentangkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Januari lalu.

Katanya, laporan siasatan berkenaan kemudian dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Februari lalu.

“Semua kerugian dan ketirisan itu membabitkan 16 projek ‘land swap’ terdiri daripada 2,923 ekar (1,183 hektar) tanah milik Kementerian Pertahanan dengan nilai RM4.7 bilion dan kos projek sebanyak RM4.8 bilion.


“JKTUPKK juga mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil Kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap adalah melebihi RM500 juta.

“Kami dimaklumkan bahawa majoriti pelaksanaan projek ‘land swap’ sebelum ini adalah tidak dirancang dengan teliti dan pemilihan syarikat pemaju tidak dilaksanakan secara wajar mengikut sistem yang komprehensif,” katanya.

Beliau berkata, terdapat juga campur tangan politik dalam pemilihan lokasi ‘land swap’ berkenaan yang dipercayai untuk kepentingan politik pihak tertentu.

“Keadaan ini menyebabkan sebahagian projek sudah melangkaui tempoh kontrak yang dipersetujui sebelum ini selain terdapat projek yang sudah disiapkan tetapi kualiti pembinaan tidak memuaskan.

“Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai di Kementerian Pertahanan membuat laporan polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan agensi-agensi berkaitan yang lain untuk menjalankan siasatan seterusnya tindakan lanjut seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya.

Isu ‘land swap’ membabitkan tanah MINDEF timbul selepas bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa pemilikan lebih 40,000 hektar tanah kementerian itu dipindahkan kepada sebuah syarikat milik tiga individu tanpa tender terbuka.

Dakwaan itu dibuat oleh Rafidah menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada berkas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertarikh 8 April tahun lalu.

Beliau mendakwa semua tanah berkenaan dipajakkan selama 40 tahun kepada syarikat berkenaan untuk dibangunkan dengan pelbagai projek komersial.


Antara hartanah yang disebut oleh Rafidah dalam surat terbuka itu adalah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan Kem Majidee di Johor Bahru.



Mencari kebenaran disebalik tanah KEMENTAH 

Salleh Buang

 MENGAPAKAH tanah sebegitu luas termasuk di Pangkalan TUDM Sungai
MENGAPAKAH tanah sebegitu luas termasuk di Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur diswastakan untuk tempoh 40 tahun kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui rekodnya? GAMBAR HIASAN/UTUSAN
25 Februari 2019 12:00 PM

64
PERTAMA kali skandal tanah milik Kementerian Pertahanan (singkatnya Kementah) diketahui orang awam di negara ini apabila bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, menulis surat terbukanya kepada Perdana Menteri pada 8 April 2018 lalu.

Dalam suratnya itu, Rafidah mendakwa lebih 40,000 hektar tanah Kementah telah dipindahkan kepada sebuah syarikat milik tiga individu tanpa tender terbuka, di bawah satu rancangan penswastaan yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Jemaah Menteri pada penghujung 2008.

Rafidah bertanya mengapakah tanah sebegitu luas diswastakan untuk tempoh 40 tahun kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui rekodnya.

Kenapakah ia tidak diswastakan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang kemudian boleh bergabung dengan syarikat-syarikat besar lain yang ada rekod prestasi yang terbukti?

Rafidah mendakwa semua tanah berkenaan yang dipajakkan kepada syarikat tertentu, adalah untuk dibangunkan dengan pelbagai projek komersial.

Antara hartanah yang disebut olehnya dalam surat terbuka itu adalah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan Kem Majidee di Johor Bahru.

Beberapa hari selepas itu media tempatan menyiarkan jawapan rasmi kementerian itu. Menafikan dakwaan Rafidah itu, Kementah menegaskan bahawa ia melaksanakan projek pembangunan melalui pelbagai kaedah termasuklah penswastaan secara pertukaran tanah (land swap).

“Lantikan syarikat-syarikat yang berjaya adalah mengikut prosedur sudah ditetapkan pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

“ Setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan di antara satu sama lain,” menurut kenyataan itu.

Kementah turut menegaskan bahawa pelaksanaan projek kementerian itu menerusi kaedah pertukaran tanah adalah mekanisme yang diguna pakai dalam rangka model kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) diselaraskan UKAS.

Tambah kenyataan itu lagi, tanah milik Kementah yang terbabit dengan kaedah pertukaran tanah dilaksanakan selepas mendapat persetujuan end user seperti Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pertimbangan mengenai penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk sekitar.

Minggu lalu, akhbar tempatan melaporkan kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, bahawa kerajaan rugi lebih RM500 juta akibat urus niaga land swap (penswastaan untuk memajukan tanah) membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku semenjak tahun 1997.

Mengikut menteri itu lagi, perkara ini terdedah hasil siasatan yang dibentangkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Januari 2019 lalu.

Laporan siasatan itu kemudian telah dibentang dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Februari lalu.

Kerugian yang ditanggung membabitkan 16 projek land swap terdiri daripada 2,923 ekar (1,183 hektar) tanah milik Kementah dengan nilai RM4.7 bilion dan kos projek sebanyak RM4.8 bilion.

Selanjutnya Mohamad berkata bahawa majoriti pelaksanaan projek land swap ini tidak dirancang dengan teliti dan pemilihan syarikat pemaju tidak dilaksanakan secara wajar mengikut sistem yang komprehensif.

Selain itu, terdapat juga campur tangan politik dalam pemilihan lokasi land swap berkenaan yang dipercayai untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Beliau menjelaskan bahawa Angkatan Tentera membantah pembinaan empat pangkalan tentera di Hutan Melintang (Perak), Segamat dan Paloh (Johor) dan Bera (Pahang), tetapi Kementerian Pertahanan tidak peduli bantahan itu dan meneruskan projek tersebut.

Tindakan ini dilakukan semata-mata untuk “menjamin kedudukan politik” pihak-pihak tertentu, dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan diri.

Ekoran pendedahan Jawatankuasa yang mengejutkan ini, Mohamad telah mengarahkan pegawai kementeriannya membuat laporan kepada PDRM, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan agensi-agensi berkaitan yang lain untuk menjalankan siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang.

Dalam reaksi awalnya mengenai kenyataan Mohamad ini, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau mengalu-alukan siasatan ke atasnya dan pihak berkaitan berhubung dakwaan itu.

Menegaskan beliau “terima hasil siasatan” Jawatankuasa pada 28 Januari, beliau menambah tidak ada perkara yang mahu “disembunyikan”.

Pada 21 Februari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya bersedia menyiasat skandal tanah Kementah ini sekiranya ada laporan dibuat mengenainya.

Andainya kes ini lebih mengandungi unsur rasuah, SPRM akan mengambil tindakan, tegasnya.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata pendedahan Mohamad minggu lalu masih gagal menjawab banyak persoalan,.

Ini termasuklah “identiti ahli politik” yang terbabit dalam skandal ini, serta soalan jika ada “pegawai tertinggi tentera” yang terbabit sama.

“Jika pegawai tinggi tentera terbabit, walaupun mereka sudah bersara, tindakan perlu diambil terhadap mereka,” katanya lagi.

Barangkali ramai dalam kalangan orang awam tidak sedar bahawa Patriot telah mengemukakan empat soalan penting mengenai skim land swap tanah Kementah ini seawal 11 April 2018 lalu.

Soalan tersebut, yang dimuat naik ke portal rasmi persatuan itu, adalah seperti berikut:

1. Apakah nama syarikat yang dilantik bagi melaksanakan projek pembangunan tanah milik Kementah ini?

2. Siapakah pemilik-pemilik syarikat tersebut?

3. Bagaimanakah warga angkatan tentera dan ATM sendiri boleh mendapat manfaat daripada projek penswastaan pertukaran tanah tersebut?

4. Mengapakah urusan projek penswastaan pertukaran tanah ini diselubungi kerahsiaan?

Pada Khamis lalu (21 Februari 2019), Mohd. Nasaie Ismail, pegawai khas kepada Mohamad, telah memfailkan laporan kepada SPRM mengenai skandal tanah Kementah ini.

Laporan awal ini melibatkan pembinaan dua pangkalan tentera sahaja, iaitu di Paloh (Kluang, Johor) dan Hutan Melintang (Perak).

Mohd. Nasaie memberitahu wartawan bahawa dia belum terima perintah untuk membuat laporan mengenai 14 kes lain seperti yang terkandung dalam laporan jawatankuasa itu.

Kata peribahasa Cina, satu perjalanan 1,000 batu itu dimulakan dengan langkah pertama. Kita telah pun berbuat demikian.

Semoga usaha mencari kebenaran akan dipermudahkan, dan kita akan mendapat kepastian dalam masa tidak lama lagi.


DATUK SALLEH BUANG ialah bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara.








No comments:

Post a Comment