Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, March 2, 2019

AF 136: PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (CDF)


"General of the Generals"
CHIEF OF
DEFENCE FORCES
MALAYSIA

"A good leader can’t get too far ahead of his followers" -Franklin D. Roosevelt. 

 CHIEF OF DEFENCE FORCES 


1.    Since my teenage, I have the hobby of keeping the NAMES of VIPs or public figures such as Head of States and Prime Ministers, names of Malay Rulers and Governors, Cabinet Ministers, Chief Ministers, military Generals, Head of Departments etc. When I was in secondary school, one of my dream was to be a military officer particularly to be an Air Force pilot. As I mentioned in the earlier topic, when I was in secondary school,  I joined the uniform activities (Scouts) because I admired with the uniform. 

2.    So, at that time, I could remember the name of CDF, Chief of Services and top military brass. During my cadet interview in 1979, the Interviewing Officers were surprised and admired with my level of GSK. I managed to  answer all the GSK questions such as the location of Infantry Divisions and Brigades, name of naval ships and type of RMAF aircraft.

3.    I guess, this topic is good for the newly commissioned officers in the Armed Forces and also for those who like history and biographies. I know, not many of us has the interest or keen to collect and continually maintain this kind of information.  In fact, some of senior officers also did not know or interested to know this kind of knowledge.Furthermore, I found that not many sources to obtain information about our former Generals, either from the library or internet. Other than Gen Tun Ibrahim, there is no book was written to exhibit the contributions or biographies of our ex-PATs. I hope, the Armed Forces (especially PR Division or MAF Museum) can do something to record their 'life and contribution', so we can share with the next generation of Malaysian. 

4.    As we all aware, the spirit of patriotism among the young generation is getting deteriorated. 'Anak pasca Merdeka' are mostly do not see or even ignorance to know the hardship faced by the 'Armed Forces' personnel to ensure and to maintain the peacefulness of our country. 
Herewith, I write down some of my archive IE: stock (my personal collection of information) for the benefits of the future generations especially the 'blog readers'. I made an effort to do all these in order to fill my time with beneficial 'things' rather than creating a blog to curse, liable, lie, gossip other people or manipulating the issues.

5.    As this is the first topic in my blog writing about the 'Armed Forces', so, I would like reexplore the general knowledge about our Chief of Defence Forces (formerly known as Chief of Armed Forces Staff) and their biography. 

I try to find more information about their biodata.

Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan dengan jelas dalam PERKARA 41 bahawa 6.    Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi (Supreme Commander) Angkatan Tentera Malaysia.  Baginda juga adalah Fil Marsyal Tentera Darat Malaysia, Laksamana Armada TLDM dan Marsyal Besar TUDM, iaitu satu-satunya individu yang menyandang Jeneral LIMA BINTANG dalam ATM.


SENARAI NAMA 
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PAT) 
(CHIEF OF DEFENCE FORCES) 
formerly known as KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA (KTAT)


MALAYAN ARMED FORCES

1st Chief of Staff



Leftenan Jeneral Tan Sri Frank Hasting Brook PSM JMN psc 
(11 Jun 56 – 26 Okt 59)


Terdapat maklumat menyatakan bahawa Jen Brook hanya menjadi Chief of Army Staff sahaja, tidak menjadi Chief of Armed Forces Staff.  Jika maklumat ini diguna pakai, maka KTAT yang pertama ialah Jen Rodney Moore.


2nd Chief of Staff



Leftenan Jeneral Tan Sri James Newton Rodney Moore PMN JMN KCB KCVO CBE DSO psc
(27 Okt 59 – 31 Dis 63)

1.    Moore was born in 1905 and received his early education at Harrow School and the Royal Military, Sandhurst. He was commissioned into the Greanadier Guards in 1925. From 1942 to 1944 he was GSO 1 Guards Armoured Division. He was then CO of 2nd Bn of Grenadier guards in North-West Europe. 

2.    In 1945 he was promoted and became the Commanding Officer 8th Bde in Germany and Palestine. From 1946 to 1947 he was Commanding Officer 1st Guard Bde, also in Palestine.Returning to the UK, from 1948 to 1950 Moore was CoS of London District  and then attended the Imperial Defence College. From 1951 to 1953 he was Deputy Adj-Gen, British Army of the Rhine, Germany. Moore than undertook his first NATO posting, as Chief of Staff Allied Forces Northern Europe. Returning to the Middle-East in 1955, Moore was GOC 1st Division, Middle East. He was then transferred, in the same year, to command the 10th Armoured Div.

3.    Returning to London in 1957, he assumed the post of Maj-Gen commanding the Household Brigade and GOC London District. Another overseas posting in 1959 saw him serving as Chief of Armed Forces Staff, Malaya and Director of Border Operations Malaya. His last active appointment was as the first Defence Services Secretary at the MOD London form 1963 until his retirement in 1966.

5.    From 1965 to 1966 he was ADC to the Queen. Moore spent his last years as Chief Steward of Hampton Court Palace. He was also a Gentlemen Usher to the Royal Household.  He died in 1985.

**mengikut satu sumber maklumat, jawatan Ketua Angkatan Tentera Malasia hanya diwujudkan pada tahun 1964 iaitu setelah negara Malaysia diwujudkan dan negara kita mempunyai Angkatan Tentera Persekutuan yang mengandungi elemen perkhidmatan Tentera Darat, Laut (TLDM) dan Udara (TUDM)


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Ketua Turus Angkatan Tentera Ke 3


JENERAL TAN SRI DATO' TUNKU OSMAN BIN TUNKU MOHAMED JEWA PGAT PMN DIMP DPMK JMN PPT  psc
(1 Jan 1964 - 24 Nov 1969)

1.    Tunku Osman bin Tunku Mohamed Jewa atau nama penuhnya (merujuk kepada website royalark.net) ialah Tunku Osman Khalil Shah bin Tunku Mohamed Jewa atau dikenali sebagai Tunku Osman Jewa. Bapanya adalah anakanda kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah dari  tahun 1882 hingga 1943). Beliau dilahirkan di Alor Setar pada 24 Nov 1918.

2.    Beliau mendapat didikan awal di Hutchin School, Pulau Pinang dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sebelum ke Bristol Grammar School, England pada tahun 1935. Apabila pecah Perang Dunia II, beliau mengikuti latihan rikerut di Gloucestershire Regiment, United Kingdom dalam bulan April 1942, kemudiannya ditukarkan ke pasukan 30th Recce Regiment (RAC) pada Nov 1942. Beliau kemudiannya menjalani latihan kedet di Highland Fieldcraff Centre, Scotland dan Bovington.  Pada bulan Disember 1944 memasuki Officer Cadet Training Unit di Barmouth, Wales.

3.    Tunku Osman ditauliahkan oleh baginda Queen of England sebagai Second Lieutenant (2nd Lt) dan diserapkan ke dalam perkhidmatan Tugas Am pada bulan Mei 1945 dan ditugaskan di unit Force 136 dan menjalani latihan penerjunan dan perisikan di Culcatta, India dan pada tahun 1946 menyertai BMA di Malaya. Pada 1 Feb 1947, beliau menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (Royal Malay Regiment of Malaya) dan ditauliahkan dalam pangkat Leftenan  serta ditugaskan di Batalion Kedua (2 RAMD). 

4.    Pada Dis 1948 bertugas sebagai ADC kepada Pesuruhjaya Tinggi PTM, Sir Henry Gurney sebelum ditukarkan kembali ke 2 RAMD sebagai Penolong Ketua Kompeni.
Beliau dinaikkan ke pangkat Kapten pada bulan Feb 1951, seterusnya menjadi Ketua Kompeni di 6 RAMD (Dis 1952), Pegawai Risik 1st Infantry Div (Okt 1953). Beliau dinaikkan ke pangkat Mejar (1955).  Pada tahun yang sama mengikuti kursus 'Senior Course di Devizes, Witshire dan setamat kursus ditukarkan ke 7 RAMD sebagai Penolong Pegawai Memerintah. 

5.    Pada bulan Jul 1958 dinaikkan ke pangkat Lt Kol dan ditukarkan sebagai Pegawai Memerintah 2 RAMD dan merupakan anak Melayu pertama menjawat Pegawai Memerintah Batalion RAMD. Tunku Osman mengikuti kusus Service Staff College di UK pada tahun 1959.

6.    Pada bulan Mei 1960, Tunku Osman dinaikkan ke pangkat Kolonel dan pada bulan Julai 1961 dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan dilantik sebagai Panglima Briged ke 2 Infantri dan seterusnya menjadi Brigadier Jeneral Staf di Markas Tentera Darat.

7.    Pada bulan September 1962, Tunku Osman dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan  apabila General Sir Rodney Moore bersara dari Angkatan Tentera Malaysia pada bulan Dis 1963, Tunku Osman dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Darat (KTTD).  Beliau dilantik menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (KTAT) pada 1 Jan 1964 ketika berusia 46 tahun dan dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan kemudiannya ke pangkat tertinggi dalam ATM, Jeneral pada 1 Julai 1966. 

8.    Sepanjang perkhidmatannya, Jeneral Tunku Osman telah menerima beberapa pingat dan bintang kehormatan dari dalam dan luar negara seperti; the 'Vietnam National Order' (2nd Class), the 'Order of Distinguished Diplomatic Service II' (Korea), the 'Datu Sikana' (the Philippines), the 'Order of Grand Tadj' (Iran), the 'Knight of the Order of the Star of Ethiopia dan  the 'Knight Grand Cross of the Exalted Order of the White Elephant (Thailand).

9.    Beliau juga  menerima bintang Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri. Tunku Osman merupakan anak Melayu dan anak tempatan pertama dilantik ke jawatan KTTD dan juga KTAT. Beliau bersara pada 23 Nov 1969 (ketika berusia 51 tahun) dan meninggal dunia pada 19 April 1994 pada usia 71 tahun dan dikebumikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Setar.

Isteri: almarhumah Puan Sri Raja Sri Marian binti Raja Aman Shah.


Ketua Turus Angkatan Tentera Ke 4


JENERAL TAN SRI DATO' ABDUL HAMID BIN BIDIN
PGAT PSM SPMK DIMP DPMK JMN PMP PPT PJK PNBB psc
(25 Nov 1969 - 30 Jun 1970)

1.    Hamid Bidin di lahirkan di Kampung Pianggu, Endau, Pahang pada bulan 1 Julai 1918 dan mendapat pendidikan di Abdullah School sehingga mendapat Junior Cambridge.  Beliau menyertai latihan rikerut di Port Dickson pada 1 Ogos 1939 dan setamatnya latihan ditugaskan ke Kompeni A, 1 RAMD.  Sepanjang tahun 1940 dinaikkan ke pangkat Lans Kopral dan seterusnya ke pangkat Kpl dan Sjn dan bertugas di 2 RAMD. Beliau terlibat dalam peperangan melawan Jepun dan pernah menjadi tawanan Jepun di Singapura hingga tahun 1945. Setelah tamat Perang Dunia II, beliau menjadi jurulatih pasukan Polis.  

2.    Pada tahun 1946 dipilih mewakili Malaya dalam Victoria Parade di London dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 19 Nov seterusnya ditugaskan sebagai Ketua Platun 1 RAMD pada tahun yang sama. Dan dinaikkan ke pangkat Lt pada tahun 1949.

3.    Pada 15 Jun 1950 dilantik menjadi Juruiring (ADC) Sir Henry Gurney sehingga 23 Ogos 1951 sebelum bertukar ke Federation of Malaya Command dan pada Nov 1952 dinaikkan ke pangkat Kapten. Di antara Okt 1953 hingga Dis 1954 menghadiri kursus Company Commander Course di Warminster dan Staff Course di UK.  Pada 27 Jul 1956 dinaikkan ke pangkat Mejar dan mengikuti kursus Pegawai Kanan di Devises, Wiltshire, UK pada 2 Sep 1956.  Sekembalinya dari UK dilantik menjadi GSO di Markas Div Pertama dan kemudian Ketua Kompeni 6 RAMD sebelum dilantik menjadi 2iC 1 RAMD pada 1 Jul 1957 dan mengetuai perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.  

4.    Hamid dinaikkan ke pangkat Lt Kol pada Dis 1958 dan memerintah 4 RAMD.  Pada 1 Jun 1960 dinaikkan ke pangkat Kolonel dan bertugas di MINDEF dan seterusnya Brig Jen (1 Feb 1961) untuk menjadi Panglima Briged Pertama dan kemudiannya Briged ke 3.  Pada tahun 1961 juga dipilih mengetuai Kontinjen Pasukan Khas Malaya di bawah panji-panji PBB di Congo sehingga 15 Mac 1962.

5.    Sekembalinya dari Congo pada Mac 1962, beliau dilantik menjadi Panglima 2 Bde dan kemudiannya ditugaskan ke MINDEF pada Dis 1963 sebagai Ketua Staf Am dan pada 1 Jan 1964 menjadi Ketua  Turus Tentera Darat dengan pangkat Mej Gen.  Pada 1 Jul 1966 dinaikkan ke pangkat Lt Jen sehingga dinaikkan ke pangkat Jeneral pada 1 Julai 1968 dan akhirnya mengambil alih jawatan Ketua Turus ATM pada 25 Nov 1969 ketika berusia 51 tahun.

6.    Beliau bersara pada 30  Jun 1970 pada usia 52 tahun dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada tahun 1995 pada usia 77 tahun. 

7.    Setelah bersara beliau pernah  dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Thailand dan kemudian dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) dan pernah dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara.


KETUA TURUS ATM Ke 5


JENERAL TUN (DR) IBRAHIM BIN ISMAIL PGAT SSM PMN PSM SPMJ SIMP DPMJ JMN KMN PIS PJK  PKB PDK MBE HonD(Mgmt)(UUM) idc psc
(1 Jul 70 – 30 Nov 77)

1.    Jeneral Tun Ibrahim Ismail ialah Ketua Turus ATM (KTAT) Malaysia yang ketiga. Perlantikan beliau unik kerana beliau asalnya pegawai kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSNJ). Tidak kurang uniknya, beliau satu-satunya mantan KTAT yang dianugerahi gelaran "Tun" oleh YDP Agong setakat ini.

2.    Tun Ibrahim dilahirkan pada 19 Oktober 1922. Tun Ibrahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Molek, Sekolah Inggeris Ngee Heng dan Sekolah Inggeris Bukit Zaharah. Pendidikan menengah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) hingga tamat Senior Cambridge.

3.    Sebagai rakyat Johor bagaimanapun, beliau tidak boleh menganggotai Askar Melayu kerana ianya hanya dibuka untuk rakyat Negeri Melayu Bersekutu. Oleh itu beliau menyertai pegawai kadet JMF pada April 1941. Beliau diterima dan dihantar ke Dehra Dun, India, bersama dua orang lagi pegawai kadet iaitu, Hussein Onn dan Ungku Ahmad bin Ungku Abdul Rahman.

4.    Beliau menamatkan latihan pada Februari 1942 ketika kemuncak penyerangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Beliau kemudiannya menerima tauliah sebagai Lt Muda dalam Rejimen Hyderabad dari  Raja george VI.  Semasa di India, beliau  menyertai pasukan Force 136 yang menyusup ke Tanah Melayu untuk menentang Jepun.

5.    Beliau mengetuai pasukan kecil anak-anak Melayu di perantauan telah melakukan cubaan menyusup beberapa kali sehingga akhirnya tertangkap dan dijadikan tawanan perang oleh Kempeitai, polis tentera Jepun tetapi berjaya memperdaya pihak Jepun. Tindakan bijak beliau dan pasukannya bukan sahaja beberapa kali menyelamatkan nyawa mereka tetapi dapat mengelirukan perisikan Jepun yang mereka bekalkan dengan maklumat-maklumat palsu. Untuk perkhidmatan beliau, Raja George VI telah mengurniakan pingat Member of the Order of the British Empire, MBE.

6.    Selepas perang tamat, beliau berkhidmat dengan JVF seketika. Sekitar tahun 1949, beliau masih bekhidmat dengan tentera Johor bersama-sama (Tun) Hussein Onn melatih unit-unit polis di Johor bagi menghadapi ancaman komunis ketika Darurat. Hanya pada Jun 1951, beliau menyertai Askar Melayu setelah pegawai-pegawai Melayu diterima setaraf dengan pegawai Inggeris.

7.    Tun Ibrahim ialah salah seorang dari tiga anak Melayu pertama yang menjadi Pegawai Memerintah batalion. Pada April 1958 Lt Kol (ketika itu) Hamid Bidin  telah dilantik memerintah 1 RAMD, Lt Kol Tunku Osman Jewa memerintah 2 RAMD, manakala beliau memimpin 6 RAMD. Pada Februari 1962, beliau dinaikkan ke pangkat Brigadier dan dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran Tentera Darat. Pada tahun berikutnya beliau menjadi Pegawai Memerintah (kini Panglima, berikutan perubahan Brigedier kepada Brigedier Jeneral) Briged Kelima Infantri yang beroperasi di Sabah ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Pada awal tahun 1965 pula beliau mengetuai Briged Pertama. Tidak sampai beberapa bulan selepas itu beliau mengambil alih pula pemerintahan Briged Keempat di Singapura. Pada Julai 1966, beliau dilantik menjadi Panglima Divisyen Infantri Pertama (1 Div) dan dinaikkan pangkat Mej Jen. Ini ialah divisyen pertama yang ditubuhkan dan beliaulah panglima pertamanya. Dua tahun kemudian, Tun Ibrahim dinaikkan pangkat sekali lagi kepada Lt Jen ketika memegang jawatan sebagai Panglima Divisyen Infantri Kedua.

8.    Tragedi 13 Mei 69 tercetus, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan Tun Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Pengerusi MAGERAN (Tun Razak). Pada penghujung tahun 1969, beliau telah dinaikkan pangkat Jeneral. Ketika ini juga adalah kali pertama TDM mempunyai dua orang Jeneral penuh, beliau adalah Tan Sri Hamid Bidin yang baru dilantik Ketua Turus Angkatan Tentera (KTAT). Beliau akhirnya menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bidin sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera pada 1 Julai 1970 ketika berusia 48 tahun. Ibrahim adalah satu-satunya pegawai ATM yang dilantik menjadi KTAT tanpa pernah menjawat KTTD/PTD.

9.    Sepanjang menjadi KTAT, beliau banyak mengaturkan kerjasama dengan negara-negara jiran bagi membanteras ancaman komunis rentas sempadan. Dan tidak kurang dari tiga kali juga beliau menjadi sasaran serangan pihak komunis disebabkan keberkesanan strategi beliau. Pada 30 November 1977, Tun Ibrahim menamatkan perkhidmatan beliau setelah 36 tahun di dalam tentera. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun sebagai Panglima Angkatan Tentera, tempoh yang paling lama dipegang oleh mana-mana pegawai tinggi ATM. Beliau telah menulis dua buah buku yang menghimpunkan pengalaman-pengalaman beliau. Buku pertama, Sudahkah Kamu Bertemu Mariam diterbitkan pada tahun 1984 menceritakan pengalaman beliau ketika Perang Dunia Kedua. Buku kedua beliau, Ibrahim, Pahlawan Melayu pula mengandungi seluruh kisah kerjaya beliau ketika era menjelang kemerdekaan hinggalah beliau bersara.

10.    Beliau kini masih lagi aktif dalam berbagai kegiatan masyarakat dan sering dilihat menghadiri majlis-majlis Angkatan Tentera. Perkahwinan beliau dengan Toh Puan Zakiah binti Ahmad dikurniakan empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

11.    Tun Ibrahim meninggal dunia di Hospital ATM Tuanku Mizan pada 23 Disember 2010 ketika berusia 88 tahun.

Isteri: Y.Bhg Toh Puan Zakiah binti Ahmad.


KETUA TURUS ATM ke 6


JENERAL TAN SRI MOHAMAD SANY BIN ABDUL GHAFFAR PGAT PMN PSM SPMP SPSK DPMS JMN JMK SMK PKB jssc psc
(1 Dis 77 – 19 Jan 81)

1.    Mohamad Sany dilahirkan pada 19 Jan 1926 merupakan anak kelahiran Kg Pinang Baik, Selayang, Selangor.  Mendapat didikan di Victoria Institution sehingga memperolehi Senior Cambridge pada tahun 1947. Memasuki tentera darat sebagai rikerut biasa pada 19 Sep 1949.  Sebaik sahaja menamatkan latihan, beliau terpilih mengikuti latihan di Adlershot, UK sebelum memulakan latihan kedet di RMA Sandhurst mulai 7 Sep 1950 sehingga ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 7 Feb 1952.

2.   Lt M Mohd Sany memulakan khidmat di 2 RAMD sebagai Ketua Platun.  Kemudian mengikuti kursus infantri dan senjata di Hythe dan Warminster dari 17 Mac hingga 18 Jul 1952. Setelah menyandang jawatan Pegawai Semboyan, Ajutan dan 2IC Kompeni beliau dinaikkan ke pangkat Kapten pada 6 Jul 1955. Beliau mengikuti kursus Staff College di Kimberly dari 22 Ogos 1955 hingga 12 Dis 1956. Sekembalinya dari UK beliau menjawat PS2 Latih di Federation Army HQ. Pada tahun 1959 ditukarkan ke 2 RAMD sebagai Ketua Komp dan  Pen Pegawai Memerintah dan dinaikkan ke pangkat Mejar.  Pada 15 Jan 1961 dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk memerintah 2 RAMD.

3.    Beliau mengikuti kursus Joint Service Staff College di UK dari 12 Ogos 1963 hingga 14 Feb 1964 dan sekembalinya ditugaskan di Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di mana beliau terlibat langsung dengan Konfrontasi oleh Indonesia. Pada 8 Jan 1965 ditugaskan menjadi Peg Memerintah 8 RAMD.


4.    Pada 1 Mac 1965 dinaikkan pangkat dari Lt Kol terus ke Brig Jen dan menjawat Panglima 1 Bde selama 3 bulan sebelum ditukarkan memerintah Bde ke 5 di Kota Kinabalu sehingga Apr 1966.  Beliau dilantik menjadi KSJA dari 1 Mei hingga  pada 31 Dis 1966 dan kemudian kembali ke medan untuk mengambil alih pemerintahan Bde ke 2 di Ipoh sehingga 19 Nov 1969. Pada tahun 1969 dinaikkan ke pangkat Mej Jen untuk memerintah Div ke 2 Infantri merangkap Panglima Gerakan Semenanjung.

5.    Pada tahun 1973, semasa berpangkat Mej Jen, ketika menjadi Timbalan KTTD beliau dilantik menjadi Duta ke Holland.  Sepulangnya dari Holland pada Julai 1975, beliau dilantik sebagai Ketua Tentera Darat dengan pangkat Lt Jen dan seterusnya sebagai Ketua Turus ATM dengan pangkat Jeneral mulai Dis 1977 ketika berusia 51 tahun. Tan Sri Sany bersara pada bulan Jan 1981.

6.    Tiga orang anak lelaki almarhum mewarisi darah pahlawan almarhum, iaitu Leftenan Jeneral Dato Shahrany (jawatan terakhir sebelum bersara ialah Panglima Angkatan Bersama hingga Sep 2016), Laksamana Muda Dato' Redza (kini Panglima Wilayah I TLDM) dan seorang lagi anak beliau yang berkhidmat sebagai juruterbang TUDM (Kapt Nazly Shah) telah menamatkan perkhidmatan dalam pangkat Kapten. (extra note: I first attended the officer cadet interview for TJP34 (in Kem Majidee, JB) together with Shahrany and Akhtar Zainudin (retired RMAF Colonel) in May 1978.

7.    Jeneral Tan Sri Mohd Sany telah meninggal dunia pada 22 Ogos 2015 dalam usia 89 tahun.

Isteri:  Y.Bhg Puan Sri Normah.

KETUA TURUS/PANGLIMA ATM KE 7


JENERAL TAN SRI MOHD GHAZALI BIN MOHD SETH PGAT PMN  PSM SPMJ SIMP PNBS DPMJ JMN SMJ PPC psc 
(20 Jan 81 – 31 Okt 85)

1.    Ghazali dilahirkan di Johor Bahru pada 4 Feb 1929.  Memasuki latihan rikerut di Port Dickson pada Dis 1950 dan setamat latihan ditugaskan ke 2 RAMD sebagai Ketua Seksyen. Pada 3 Sep 1952 dipilih menjalani latihan kedet di Eaton Hall dan RMA Sandhurst, UK (Intake 12) dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 12 Feb 1954 dan ditugaskan ke  Batalion Pertama, RAMD (1 RAMD) sebagai Ketua Platun.

2.    Pada tahun 1956 beliau dinaikkan ke pangkat Lt dan dianugerahi pingat Mention-in-Despatch Special (MID). Pada tahun 1957 naik ke pangkat Kapt membuat tugas SO3 di MINDEF.  Pada 1958 naik ke pangkat Mej dan menjadi ADA di MALAWAKIL Jakarta.

3.    Pada tahun 1960 ditukarkan ke 7 RAMD sebagai Ketua Kompeni seterusnya sebagai SO2 di Mk 1 Bde.  Pada tahun 1966 ketika itu dalam pangkat Lt Kol bertugas sebagai SO1 di MINDEF, seterusnya dinaikkan ke pangkat Kol bertugas sebagai Juruiring YDP Agong V dan pada tahun 1969 naik Brig Jen untuk menjawat Ketua Staf di BTTD.  Pada bulan Dis 1970 sebagai Panglima 3 Bde dan seterusnya Panglima RASCOM. Pada tahun 1973 dinaikkan ke pangkat Mej Jen untuk menjawat Panglima 2 Div Infantri.

4.    Pada Jan 1975 Ghazali dilantik menjadi Timbalan PTD dan pada Dis 1977 dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan dilantik menjadi Panglima Tentera Darat seterusnya dinaikkan ke pangkat Jeneral pada tahun Okt 1980 apabila jawatan PTD dinaikkan taraf.

5.    Pada Jan 1981 dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ketika berusia 52 tahun sehingga beliau bersara dari ATM pada tahun 1985.

6.    Ghazali menyandang pelbagai jawatan staf dan pemerintahan seperti Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Perisikan Khas (1 SIR) dari 29 Sep 1964 - 31 Dec 1965); Peg Staf 1 Anggota, Personnel Division, KEMENTAH (1 Apr 1966 - 16 Dis 1967); 

7.     Dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 1 Sep 1968 dan menyandang jawatan Komandan LATEDA (5 Ogos 1968 - 31 Ogos 1969), seterusnya dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 1 Sep 1969 dan dilantik menjadi Pengarah Perisikan Tentera (DMI) yang pertama (1 Sep 1969 - 10 Nov 1969), Ketua Staf di Bahagian Staf Tentera Bersama (BSTB) dari 11 Nov 1969 - 5 Nov 1970), ADC Kehormat YDP Agong (1 Jan 1970 - 6 Nov 1970) Panglima 3 Briged (9 Dec 1970 - 31 Mac 1972), Panglima RASCOM (1 Apr 1972 - 31 Dis 1972).

8.      Ghazali dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada 1 Jan 1973 dan dilantik menjadi Panglima (GOC) 2 Divisyen Infantri (1 Jan 1973 - 31 Dis 1974) dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) (1 Dec 1975 - 30 Nov 1977) seterusnya dinaikkan ke pangkat Lt Jen pada 1 Dis 1977 dan dilantik menjadi Panglima Tentera Darat ke 5 dari 1 Dec 1977 hingga 19 Jan 1981.  Pada 1 Okt 1980 jawatan PTD telah dinaiktaraf dan Ghazali dinaikkan ke pangkat Jeneral.  

9.    Pada 20 Jan 1981, Ghazali dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke 7. Pada 4 Feb 1984 tarikh persaraan (usia 55 tahun) beliau telah dilanjutkan  sehingga 4 Feb 1986.

7.    Ghazali telah menghadiripelbagai kursus ketenteraan di dalam dan luar negara, antaranya ialah Command and Staff College, Camberley, UK (1960) and Joint Services Staff College, Latimer, UK (1968).

9.    Setelah bersara beliau dilantik menyandang di organisasi bukan Kerajaan dan Kerajaan seperti Timbalane Presiden, Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (1986 - 1993); Penaung, Johor Bahru English College, Ahli Dewan Negara (Senator) (1989 - 1993); Pro-Chancellor, UPNM (2010 - sekarang); President of Retired Armed Forces Officer Club (RAFOC) (1987 - sekarang). Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi atau Ahli Lembaga  Pengarah beberapa syarikat besar seperti Nestle Berhad, The Royal Bank of Scotland Berhad, Pacific and Orient Berhad, Panglima Consulting Bhd, Carlsberg (M) Berhad, Golden Cinemas Screen Sdn Bhd dan Magnum Corporation Bhd.

Mohd Ghazali Mohd Seth meninggal dunia pada 24 Ogos 2021 pada usia 92 tahun 5 bulan. Ghazali meninggal dunia sebulan selepas perginya PAT ke 8, Tan Sri Ghazali bin Chik Mat.

Balu: Y.Bhg Puan Sri Norziah binti Datuk Sir Onn.


PANGLIMA ATM KE 8


JENERAL TAN SRI MOHAMED GHAZALI BIN HJ CHIK MAT PGAT PMN PSM SPTS DPMJ DPTS JSM ADK PGB psc
(1 Nov 85 – 5 Okt 87)

1.    Mohamed Ghazali dilahirkan di Kg Batu Dinding, Lenggong, Perak pada 17 Dis 1930. Mengikuti latihan pra-kedet di FMC Port Dickson pada bulan 2 Feb 1953, kemudiannya dipilih mengikuti latihan kedet di OCS Eaton Hall, UK pada 29 Ogos 1953 dan seterusnya ke RMA Sandhurst pada Mac 1954.

2.    Pada tahun  28 Julai 1955, Ghazali ditauliahkan sebagai Lt Muda dan ditugaskan ke 2 RAMD di Taiping.  Pada 7 Feb 1956 menjadi Ketua Platun No 2 di 2 RAMD. setelah mengikuti kursus senjata dan ketua platun di School of Infantry, Hythe dan Warminster, UK.

3.    Semasa berkhidmat di 2 RAMD beliau terlibat dalam Ops Chieftain dan bertempur dengan gerobolan pengganas dari Rej ke 5 PKM di hutan Ulu Slim, Perak pada 13 Nov 1957.  Dalam pertempuran itu Platun beliau berjaya membunuh ketua platun musuh dan menawan 8 pengganas. Di atas keberanian dan semangat kepahlawanannya beliau dikurniakan pingat PGB pada 31 Ogos 1958 semasa berpangkat Kapt (pingat diterima pada 5 Ogos 1965).

4.    Pada 1 Mac 1958 ditugaskan menjadi Pegawai Risik 2 RAMD dan kemudiannya menjadi Ajutan pada 1 Apr 1959. Pada 24 Jan 1962 dinaikkan ke pangkat Mej dan bertugas sebagai SO2 Latih di MINDEF dan kemudian ditukarkan ke 6 RAMD sebagai 2IC Batalion pada 1 Ogos 1963, Pada tahun 1964 ditukarkan  sebagai Timbalan Komandan MTD.  Ghazali kemudiannya terpilih mengikuti kursus Command and Staff College di Quetta, Pakistan.

5.    Pada tahun 1965 naik pangkat Lt Kol untuk menjawat CO 2 Renjer dan pada tahun 1969 naik ke pangkat Kol dan bertugas sebagai PSO di MAGERAN.  Seterusnya pada tahun 1971 naik pangkat Brig Jen dan menjawat Panglima 7 Bde dan pada tahun 1975 menjadi Pengarah Projek Khas 75. Pada bulan Mei 1976 ditukarkan kepada Panglima 9 Bde. Dinaikkan ke pangkat Mej Jen pada tahun yang sama menjawat KSJA.

6.    Pada bulan Jan 1980 ditukarkan ke jawatan KS Perisikan Pertahanan dan  dinaikkan pangkat ke Lt Jen. dan tanpa menjawat jawatan TPTD pada bulan Jan 1984 dinaikkan ke pangkat Jeneral untuk menjawat jawatan PTD ke 6.  Mencapai ke puncak kerjaya dalam ATM apabila dilantik menjadi PAT ke 8 pada bulan Nov 1985 (ketika berusia 55 tahun) sehingga beliau bersara dari ATM pada Okt 1987.

7.    Setelah persaraannya Tan Sri Ghazali melibatkan diri dalam bidang korporat.  Pengalaman pengurusannya dalam ATM telah membantu beliau untuk menyerlahkan kebolehannya memimpin atau sebagai Ahli Lembaga Pengarah beberapa  syarikat gergasi negara dan juga GLC.  Antaranya Pengerusi  LTAT, Pengerusi UAC Berhad, Pengerusi New Straits Times Berhad, Bousted Holding Berhad, Bousted Plantations, Bousted Properties, Ecofirst Consolidated Bhd.

8.   Ghazali meninggal dunia di Kuala lumpur pada 7 Julai 2021 pada usia 92 tahun. 


PANGLIMA ATM KE 9


JENERAL TAN SRI HASHIM BIN MOHAMMAD ALI PGAT PMN PSM SPMS SIMP SPMJ SPTS DPMS DHMS DSNS DSDK DPMT JMN SMS AMN FBIM ndc psc
(6 Okt 87 – 10 Apr 92)

Hashim dilahirkan di Kuala Lumpur pada 10 April 1935. Memasuki FMC Port Dickson pada sep 1954 dan seterusnya mengikuti latihan kedet di OCS Eaton Hall, UK mulai Mac 1955 dan RMA Sandhurst pada Dis 1955.  Hashim ditauliahkan sebagai Lt Muda pada Dis 1955 dan ditugaskan ke 3 RAMD.

Pada Jan 1957, Hashim mengikuti kursus Platoon Commander di School of Infantry, Hythe, UK dan Warminster dan kembali ke 3 RAMD setelah tamat kursus   Di 3 RAMD beliau bertugas sebagai Ketua Platun, Pegawai Risik dan juga Ajutan. Pada  Okt 1958, dinaikkan ke pangkat Kapt.  Pada Okt 1962 bertukar ke MINDEF untuk menjadi Juruiring kepada Gen Rodney Moore sehingga 1963 apabila ditukarkan ke 1 RAMD sebagai Ketua Kompeni dan pada tahun yang sama ditukarkan ke Markas 1 Bde sebagai SO3 Am.

Pada Ogos 1964 dinaikkan ke pangkat Mej dan menjawat Ketua kompeni di 7 RAMD dan dipilih mengikutui kursus staf di Camberley, UK pada Jan 1965 dan setamat kursus dilantik menjadi ADA di  MALAWAKIL London sehingga Dis 1967 apabila bertukar ke 10 RAMD sebagai 2iC.  Pada Apr 1968 dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk memerintah 5 RAMD sehingga Mac 1969 untuk bertukar ke MINDEF menjawat PS1 Jawat.  Pada Jan 1970 dinaikkan ke pangkat Kol dan menjawat Pengarah Perancang Pertahanan di BSTB. 

Hashim dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada 1974 dan dilantik sebagai Panglima RASCOM sehingga ditukarkan ke MINDEF ke jawatan Brig Jen Staff DTD pada 1977.  Pada tahun 1979 hashim menghadiri kursus staf di National Defence College, India selama setahun. Sepulangnya dari kursus di India beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Staf Operasi di BSTB di KEMENTAH dengan kenaikan ke pangkat Mejar Jeneral. 

Beliau kemudiannya bertukar menjadi Panglima Divisyen Kedua Infantri pada 1 Jan 1982. Pada Dis 1983 dinaikkan ke pangkat Lt Jen untuk menyandang Timbalan PTD. 

Hashim dinaikkan ke pangkat Jen pada Nov 1985 dan dilantik menjadi PTD ke 7 dan seterusnya dilantik menjadi PAT ke 9 pada Okt 1987 ketika berusia 52 tahun.  Semasa menjadi PAT, beliau adalah salah seorang dari tiga penandatangan Perjanjian Penyerahan Diri  antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) dimana PKM bersetuju untuk meletak senjata dan membubarkan pergerakan itu.

Sebelum bersara, iaitu tahun 1991, Hashim telah menghadiri kursus  Advance Management Programme di Harvard Business School, USA. Beliau bersara dari ATM pada 30 Mac 1992.

Selepas persaraannya beliau pernah dilantik menjadi  Pengerusi Eksekutif dan 'CEO' of SUKOM 98 Berhad yang mengendalikan Sukan Komanwel yang pertama kali dianjurkan oleh Malaysia pada tahun 1998.  Di kalangan pegawai kanan ATM yang sezaman dengannya, beliau dikenali sebagai 'Freddy Hashim'.

Beliau juga Ahli Lembaga Pengarah Institute of Strategic and International Studies (ISIS) dan Majlis Penasihat Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI).  Tan Sri Hashim juga pernah dilantik (atau masih memegang) Lembaga Pengarah Hong Leong Credit Berhad, Arab-Malaysian Corporation Berhad, Konsortium Lojistik Berhad, Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Chiyoda Malaysia Sdn Bhd, Yokogawa Kontrol (M) Sdn Bhd, Delloyds Ventures Sdn Bhd, dan juga Pecanwood, sebuah syarikat kerjasama antara syarikat Malaysia dan Afrika Selatan.

Isteri:  Y.Bhg Puan Sri Rajmah.


PANGLIMA ATM KE 10
  

JENERAL TAN SRI YAACOB BIN MOHAMED ZAIN PGAT PMN SPTS SPKK DPSK DSDK JMN ADK PJK jssc psc
(11 Apr 92 - 2 Mac 93)

Yaacob dilahirkan di Kota Bharu pada Dis 1935 dan mengikut latihan asas pegawai di FMC Port Dickson sebelum terpilih mengikuti latihan pegawai kedet  ke Eaton Hall. UK dan RMA Sandhurst.  Yaacob ditauliahkan ke pangkat Lt Muda pada tahun 1955 dan bertugas di 6 RAMD sebagai Ketua Platun. Kemudian dinaikkan ke pangkat Kapt dan ditukarkan ke FMC sebagai Jurulatih Kedet.

Yaacob menghadiri kursus staf di Army General Command and Staff College, Australia sebelum dinaikkan ke Lt Kol pada Jan 1969  bagi menjawat CO 9 RAMD dan naik ke pangkat Kol pada tahun 1975 dan ditukarkan kepada Penasihat Pertahanan (DA) di MALAWAKIL Jakarta.  Pada tahun 1976 kembali ke Malaysia untuk menjawat Setiausaha di MKN dan kemudiannya menjawat beberapa jawatan penting di MINDEF seperti Pengarah Operasi dan Perancangan Bersama di BSTB dan  Pengarah Perisikan.

Selain itu, Yaacob juga menghadiri kursus Master di US Naval Post Graduate School, Monterey, kursus staf peringkat tinggi di Royal College of Defence Studies, UK dan juga kursus pengurusan eksekutif di Harvard Business School, USA.

Yaacob dinaikkan ke pangkat Brig Jen pada Jan 1980 dan menjawat Panglima 6 Bde.  Setahun kemudian (1981) dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan ditugaskan sebagai Panglima 3 Div Infantri sebelum ditukarkan sebagai Ketua Staf Operasi di BSTB pada Jan 1982.  Pada Jan 1984 ditugaskan sebagai Panglima 2 Div Infantri sehingga Nov 1985 apabila dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan  menjawat Timbalan PTD.

Yaacob dilantik menjadi  PTD dan dinaikkan ke pangkat Jeneral pada Okt 1987.  Yaacob dilantik ke jawatan tertinggi ATM, iaitu PAT pada 1 April 1992 (57 tahun) dan bersara dari ATM pada 28 Feb 1993.

Beliau dikenali di kalangan rakan-rakannya sebagai 'Jack (Jacob)'.  Setelah bersara Tan Sri Yaacob bergiat dalam bidang korporat dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat seperti SPK-Sentosa Berhad, Affin Merchant Bank Berhad,  Rating Agency (M) Behd, NV Multi Corp Bhd dan Mah Sing Berhad.


PANGLIMA ATM KE 11


JENERAL TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN ABDUL HAMID PGAT PMN SPTS DMPN DPTS PAT JMN PMP psc
(3 Mac 1993 – 31 Jan 1994)

Abdul Rahman dilahirkan di Tambun, Ipoh pada bulan Nov 1938. Melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di FMC Sg Besi pada tahun 1954 dan seterusnya menjalani latihan pegawai kedet di FMC dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada bulan Dis 1958 ke 3 RAMD.  Dalam tahun 1960, naik ke pangkat Lt danseterusnya Kapt pada tahun 1964 dan menjadi Jurulatih di FMC.

Pada tahun 1965 bertugas di 9 RAMD sebagai 2iC Kompeni dan pada tahun 1967 dinaikkan ke pangkat Mej sebagai SO2 di Markas TD Malaysia Timur. Mengikuti kursus staf di Camberley, UK dan School of Infantry pada tahun 1968.  Sepulangnya ke Malaysia pada tahun 1970 dilantik menjadi MA kepada KTAT, Tan Sri Hamid Bidin.

Pada Okt 1970 dinaikkan Lt Kol menjawat CO 12 RAMD dan pada Jan 1972 ditukarkan ke Jabatanarah Perisikan Bersama sebagai Timbalan Pengarah. Pada Jan 1975 dilantik menjadi DA di Manila dan kembali ke jawatan Timbalan Pengarah Persikan Bersama pada 1977 tetapi kali dinaikkan ke pangkat Kol.  Pada Feb 1980 bertukar kepada Pemerintah PD Gerisen dan Komandan PLR Port Dickson.

Pada Jan 1981 dinaikkan ke Brig Jen dan menjawat Panglima 4 Bde sehingga Okt 1985 apabila dinaikkan ke Mej Jen untuk menyandang KSO di BSTB.  Kemudian bertukar ke Panglima 2 Div Inf pada Jan 1987.  Pada Jan 1990 dinaikkan ke pangkat Lt Jen untuk menyandang Ketua Staf Markas ATM (dulunya BSTB).

Abdul Rahman dinaikkan ke pangkat Jeneral pada 1 April 1992 dan dilantik menjadi PTD. Kemudian dilantik menjadi PAT pada bulan Mac 1993 (55 tahun) dan bersara pada bulan Feb 1994.

Jen Tan Sri Abd Rahman merupakan PTD dan PAT pertama yang ditauliahkan di dalam negara (Maktab Tentera Persekutuan), bukan dilatih dan ditauliahkan di Sandhurst seperti Panglima-Panglima sebelumnya.


PANGLIMA ATM KE 12


JENERAL TAN SRI BORHAN BIN AHMAD PGAT PSM SPKK DPMJ DSAP DPKK 
JMN JSM PAT SMP PSK ADK KPK psc
(1 Feb 1994 – 2 Feb 1995)

Borhan dilahirkan pada bulan Dis 1939 di Pasir Mas Kelantan. Pada Jan 1953 menyertai Boys Wing di FMC dan seterusnya mengikuti latihan Pegawai Kedet di FMC pada tahun 1958 dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada Dis 1958.   Tugasan pertama beliau ialah Ketua Platun di 4 RAMD.  Dinaikkan ke pangkat Lt pada 1960 dan Kapt pada tahun 1962 untuk membuat tugas Jurulatih di FMC.

Pada Ogos 1965, seiring dengan penubuhan Kor baru dalam ATM, Rejimen Gerak Khas, Borhan merupakan kumpulan pertama sebagai pionner Rejimen ini dan beliau dilantik menjadi 2iC serta Pegawai Tadbir 1 RGK. 1968 dinaikkan ke Mej dan ditugaskan sebagai SO2 Latih di MINDEF. Selepas 12 tahun sahaja ditauliahkan, pada Dis 1970 dinaikkan ke Lt Kol untuk Memerintah Rejimen Pertama Gerakhas (1 RGK).   Pada tahun 1975 menjadi DA di Vietnam setahun kemudian (Jan 1976) dinaikkan Kol untuk mengisi jawatan DA di Pakistan sehingga Mac 1978.  Sepulangnya dari Islamabad, Borhan ditugaskan sebagai Komandan Pusat Latihan Peperangan Khas (PLPK) di Sg Udang.  Pada tahun 1980 ditukarkas ke Markas 4 Div Inf sebagai Ketua Staf dan tahun 1981 kepada Komandan Sekolah Pegawai Kanan (SPEKA), Port Dickson.

Pada tahun 1984, Borhan dinaikkan ke pangkat Brig Jen untuk menjawat Panglima 21 Gerup Gerakhas yang pertama.  Pada bulan Okt  tahun 1987, Borhan dilantik menjadi Panglima 4 Div Inf dan dinaikkakan ke pangkat Mej Jen.  Pada tahun 1990 dinaikkan ke pangkat Lt Jen dan dilantik ke Panglima Kor TD

Dilantik menjadi TPTD pada bulan 1 April 1992 dan seterusnya sebagai PTD pada bulan 1 Mac 1993 dengan pangkat Jeneral.  Borhan dilantik ke jawatan tertinggi ATM sebagai PAT pada bulan 1 Jan 1994 (ketika berusia 55 tahun) selama setahun sebelum bersara wajib pada bulan 1 Feb 1995. Borhan  hanya setahun menyandang jawatan sebagai PTD dan setahun sebagai PAT.  Walaupun di peringkat awal perkhidmatannya beliau ditauliahkan dalam RAMD Borhan telah memecah tradisi sebagai PTD dan juga PAT pertama dari kalangan pemakai 'Green Beret' atau Komando.

Setelah bersara dari perkhidmatan, Borhan dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah PERHEBAT yang baru diswastakan dan juga Lembaga Pengarah Land and General Bhd dan beberapa lagi syarikat Berhad.

Isteri: Puan Sri Sazalina binti Abdullah.


PANGLIMA ATM KE 13


JENERAL TAN SRI ISMAIL BIN OMAR PGAT PMN PSM PSAT SPTS SPMJ SIMP DHMS DSNS PAT JMN KMN AMN ndc psc
(3 Feb 1995 – 31 Dis 1998)

Ismail di lahirkan di Gemas, Negeri Sembilan pada bulan April 1941 dan memasuki Boys Wing FMC pada tahun 1957 dan seterusnya terpilih mengikuti latihan Pegawai Kedet di RMA Sandhurst pada tahun 1960.  Pada Dis 1961 ditauliahkan sebagai Lt Muda dan ditugaskan sebagai Ketua Pelatun di 2 RAMD yang berkhidmat di Congo di bawah panji-panji PBB.

Pada tahun 1964, Ismail menjadi Ketua Kompeni di 2 RAMD dan naik ke pangkat Kapt pada 1965 dan ditukarkan untuk membuat tugas Ajutan di 1 RAMD.  Pada tahun 1972 menghadiri kursus di Land Forces Command and Staff College di Canada. Pada Jan 1976 bertukar ke SO3 di BSPP, Sep 1969 dinaikkan ke Mej sebagai Ketua Kompeni di 5 RAMD dan kemudian ditukar membuat tugas Bde Mejar di markas 1 Bde pada Sep 1972.  Pada Mei 1973 naik ke pangkat Lt Kol dan bertugas di MKN dan pada Dis 1976 menjadi CO 12 RAMD.

Pada Jan 1980 naik ke pangkat Kol dan bertukar ke jawatan Ketua Turus Am di MTAT dan kemudiannya ke Pengarah Latih di DTD.  Pada tahun 1981 menghadiri kursus di UN International Peace Academy, Vienna. Pada tahun 1984 menjadi DA di MALAWAKIL Canberra, Australia.  Pulang dari Australia dinaikkan ke Brig Jen dan menjawat Panglima 6 Bde sehingga 1988 apabila ditukarkan ke DTD menjawat Assisten Panglima TD (Perancangan dan Pembangunan). Pada tahun yang sama menghadiri National Defence College di India. Pada tahun 1990 dinaikkan pangkat Mej Jen dan menjawat Panglima 3 Div Inf sehingga Apr 1992 apabila dinaikkan ke pangkat Lt Jen untuk menjawat Ketua Staf Markas ATM.

Ismail dinaikkan ke pangkat Jeneral dan dilantik menjadi PTD pada 1 Feb 1994 dan seterusnya dilantik menjadi PAT pada bulan 1 Feb 1995 ketika berusia 54 tahun.  Setelah berkhidmat sebagai PAT selama 35 bulan, Ismail bersara pada bulan Dis 1998.

Setelah bersara, beliau dilantik menjadi Pengerusi Affin Holdings Berhad dan Pengerusi Global Medical Alliance Bhd, dan menjadi ahli Lembaga Pengarah ke beberapa buah syarikat swasta dan GLC seperti Affin Islamic Bank Bhd, EP Engineering Bhd, ABB Trustee Bhd.

Isteri: (almarhumah Puan Sri Azizah binti Abdul Aziz)


PANGLIMA ATM KE 14


JENERAL TAN SRI MOHD ZAHIDI BIN ZAINUDIN PGAT PMN PSM SPTS SSAP SJMK SPKK DHMS SSDK PNBS SPDK DPTS  PAT JSD PMP KAT AMN AMK 
ndc jssc psc
(1 Jan 1999 – 28 Apr 2005)

Mohd Zahidi dilahirkan di Kg Sayung, Kuala Kangsar is 1949. Menjalani latihan pegawai kedet di RMC Sg Besi  pada 1966 dan seterusnya  ditauliahkan sebagai Lt Muda pada Apr 1968 dan mula bertugas di 13 RAMD.

Diantara tahun 1969-1988,kerjaya Zahidi meningkat dari satu jawatan ke jawatan lain di dalam ATM seperti SO (Latihan dan Risik) di Briged dan Divisyen Infantri, Ketua Kompeni 9 RAMD, Briged Mejar, MA kepada Menteri Pertahanan, CO  24 RAMD (1983),PS1 Gerak dan Anggota di DTD dan Timbalan komandan MTD.

Pada Ogos 1988 berkhidmat sebagai Pegawai Pemerhati PBB di sempadan Iraq-Kuwait (UNIMOG). Pada tahun 1989 dinaikkan ke pangkat Kol dan menjawat beberapa  jawatan penting seperti  Kol Ops DTD, Ketua Tim Projek Mersing dan Juruiring SPBYDP Agong IX (1992). Pada 1994 dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan menjawat Panglima 11 Bde. Pada tahun 1995 mengikuti kursus Master of Science (Defence and Strategic) di National Defence University Quid -a-Azam University, Islamabad, Pakistan selama setahun.

Sepulangnya dari Pakistan pada Dis 1996, dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan menjawat Panglima Latihan dan Doktrin TD dan dalam tempoh 2 bulan dinaikkan ke pangkat Lt Jen pada Jan 1997 untuk menjadi Timbalan PTD.

Zahidi dinaikkan ke pangkat Jen pada Jan 1998 dan dilantik menjadi PTD dan seterusnya dilantik menjadi PAT pada Jan 1999 ketika berusia 50 tahun. Ini bermakna dalam masa 4 tahun dari tarikh kenaikan ke pangkat Brig Jen beliau telah mencapai pangkat tertinggi dalam Tentera Darat. Beliau telah menghadiri Senior Executive Programme di Harvard Business School, USA sebelum beliau bersara dari ATM pada bulan Mac 2005 setelah menjawat jawatan PAT selama 6 tahun 3 bulan.

Setelah bersara, Tan Sri Mohd Zahidi telah dilantik sebagai Pengerusi dan menganggotai Lembaga Pengarah  beberapa buah syarkat swasta dan GLC seperti CMS I-System Bhd, Affin Holdings Berhad, Asiatic Development Bhd, Genting Malaysia Berhad, Bandaraya Development Berhad, Bintulu Port Holdings Bhd, Cahaya Mata Sarawak Bhd, Defence Technologies Bhd, Resort World Berhad dan Wah Seong Corp Bhd. Zahidi juga dilantik menjadi Canselor Asian Metropolitan University (AMU).

Zahidi juga pernah dilantik menjadi Ahli   Dewan Negara Perak (2006), Pengarah Yayasan Sultan Azlan Shah dan ahli dalam Jawatankuasa Malaysia-Indonesia Eminent Persons Group (2008).

Isteri: Y.Bhg Puan Sri Rasiah binti Md Nor.


 PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 15


LAKSAMANA TAN SRI (DR) MOHD ANWAR BIN MOHAMMAD NOOR  PGAT  PMN PSM PSAT SJMK SSAP SSIS SPTS DHMS DCSM SJMK  PSD DPMS DPTS DSAP PAT JSM JSD PMP KAT KMN BKT  PPA MEBM jssc nsc
(29 Apr 2005 – 31 Jan 2007)

Mohd Anwar dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada Mei 1950. Menyertai latihan Pegawai Kedet TLDM pada bulan Ogos 1968 di Woodland.  Anwar ditauliahkan sebagai Lt Muda TLDM pada Sep 1970 dan ditugaskan sebagai Pegawai Navigasi KD JERAI.  Beliau dinaikkan ke pangkat Lt Dya pada Sep 1971.  Pada tahun 1972 beliau bertukar ke KD PENDEKAR sebagi Pegawai Laksana sebelum ditugaskan ke Peranchis sebagai Pegawai Staf dalam Projek Kapal FSC.

Pada Jul 1973, Anwar dinaikkan ke pangkat Lt dan memerintah kapal KD PENDEKAR kemudian ke MINDEF sebagai SO3 Anggota di DTL.  Dia antara 1975-78 beliau bertukar ke beberapa jawatan seperti Peg Kawalan Berek KD MALAYA, CO KD KERAMBIT, CO KD KERAMBIT, EXCO KD SRI LABUAN dan pada bulan Feb 1978 kembali ke MINDEF untuk jawatan PS2 Atur di DTL.  Pada bulan jan 1979 dinaikkan ke pangkat Lt Kdr dan ditukarkan ke KD HANG TUAH sebagai Peg.  Latihan dan kembali memerintah KD PENDEKAR pada Jan 1980.

Pada bulan Jun 1982, dinaikkan ke pangkat Kdr dan menjawat Ketua Bahagian Latihan di PUSTAKMAR.  Pada tahun 1984 bertukar kepada CO KD HANG TUAH dan pada Jan 1986 bertukar ke MINDEF sebagai SO1 di Insperorat Jeneral TLDM.  Pada Jun 1990 dinaikkan ke pangkat Kept untuk menjawat CO KD PELANDOK.  Pada Mei 1991 pula dilantik menjadi ADC YDP Agong IX sehingga tahun 1994 apabila bertukar ke MINDEF sebagai Pengarah Komunikasi dan Peperangan serta Pengarah Risik Laut. 

Pada Apr 1996 dinaikkan ke pangkat Laksma untuk menyandang jawatan Inspektor Jeneral TLDM, Panglima Wilayah Laut II (Mei 1997), Komandan MPAT (Feb 1999) dan Panglima Armada (Dis 1999) dan dinaikkan ke pangkat Laksda pada Feb 2000.  Anwar kemudiannya dilantik ke jawatan AKSPA mulai Okt 2000. Pada Ogos 2002. Anwar dilantik menjadi Timbalan PTL dengan kenaikan ke pangkat Laksdya.

Anwar dinaikkan ke pangkat Laksamana pada bulan Ogos 2003 dan dilantik menjadi Panglima Tentera Laut (PTL) dan seterusnya dilantik menjadi PAT pada 1 April 2005. ketika berusia 55 tahun. Beliau bersara dari ATM pada Feb 2007. Selain dari pegawai dari TLDM yang pertama, Anwar juga melakar sejarah sebagai pegawai bukan Tentera Darat yang pertama memecah tradisi menjadi PAT.

Setelah bersara dari ATM, Tan Sri Mohd Anwar dilantik mempengerusikan Lembaga Tabung AT LTAT, Bousted Holdings Berhad, PLUS Highway Bhd,  Streamline (M) Berhad dan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM.

Isteri: Y.Bhg Puan Sri Hapsah binti Omar.


PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 16


JENERAL TAN SRI (DR) ABDUL AZIZ BIN HJ ZAINAL PGAT PMN PSM PSAT SSAP DHMS DGMK SPTS SPTJ SPKK DSAP DIMP DSDK PAT JMN KAT KMN AMN PNBB MMgt(AIM) mpat psc

(1 Feb 2007 – 31 Ogos 2009)

Abdul Aziz dilahirkan di Kuala Pilah, N.Sembilan pada bulan Ogos 1951. Menceburkan diri dialam ketenteraan seawal usia 16 tahun sebagai putera di RMC Sungai Besi dan seterusnya  menjalani latihan kedet di tempat yang sama. Abdul Aziz ditauliahkan sebagai Lt Muda ke Rejimen Askar Melayu Diraja pada April 1971 dan ditugaskan sebagai Ketua Platun di 3 RAMD.  Kemudian ditugaskan sebagai Pegawai Semboyan dan Ajutan di batalion yang sama sebelum dinaikkan ke pangkat Kapt pada bulan Jan 1974 dan ditukarkan kepada Ajutan dan seterusnya sebagai Jurulatih Senjata di PULADA.

Pada tahun 1978 dinaikkan ke pangkat Mej dan menjadi Ketua Kompeni di 21 RAMD dan pada tahun 1980 ditukarkan ke MTD sebagai Ketua Cawangan Putera. Pada bulan Feb 1981 bertugas sebagai ADA di MALAWAKIL Manila sehingga Okt 1985 apabila ditukarkan ke MINDEF untuk menajwat PS2 Doktrin dan seterusnya sebagai MA kepada Sarjana Pengurusan di Asian Institute of Management.

Pada bulan Sep 1987, beliau dinaikkan ke pangkat Lt Kol untuk menjawat CO 15 RAMD, kemudian mengikuti kursus di MPAT dan setamatnya kursus beliau ditukarkan sebagai PS1 Tadbir di DTD. Pada bulan Feb 1993 dinaikkan ke pangkat Kol dan ditukarkan ke IPDA Port Dickson sebagai Ketua Jurulatih dan kemudian ditukarkan ke PULADA sebagai Komandan sehingga Dis 1996 kerana dipilih mengetuai Kontijen MALCON III di Bosnia sehingga Jun 1997.  Sepulangnya dari tugas di Bosnia beliau dinaikkan ke pangkat Brig Jen dan dilantik menjadi AKS OPLAT di Markas TD.  Pada bulan Jan 1998 ditukarkan kepada Panglima 4 Bgd (Mekanis) di Kuantan. 

Abdul Aziz dilantik menjadi KS Markas TD pada bulan Jan 2001 dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan kemudiannya ditukarka sebagai Panglima 3 Divisyen Infantri.  Pada Ogos 2003, beliau dinaikkan pangkat Lt Jen dan dilantik menjadi Panglima di Markas Medan TD.

Aziz dilantik mengetuai Tentera Darat ATM pada bulan Sep 2004 dan dinaikkan ke pangkat Jen dan puncak kerjaya beliau dicapai apabila dilantik menjadi PAT pada bulan Feb 2007 dalam usia 56 tahun. Beliau bersara dari ATM pada 1 Sep 2009.

Sebaik sahaja bersara, Tan Sri Abdul Aziz bin Zainal dilantik menjadi Duta Besar Malasyia ke Perancis.

Isteri: Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Dato' Roshitah binti Mat Mawi.

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 17


JENERAL TAN SRI DATO SRI HJ AZIZAN BIN ARIFFIN PGAT PMN PSM  SSAP SPTS PSAT DHMS SIMP PNBS DSAP DSDK  PAT JMN JSD KAT PJM PPS PPA 
ndc psc TUDM
(1 Sep 2009 –15 Jun 2011)

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM merupakan PAT  yang ke-17 (anak Malaysia ke 15) bermula 1 September 2009 hingga 2011. Beliau merupakan satu-satunya Panglima Angkatan Tentera yang dilantik daripada Panglima Tentera Udara.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM dilahirkan di Yan, Kedah pada 25 Oktober 1952. Anak kelahiran negeri Jelapang Padi ini menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 15 Oktober 1970. Beliau menamatkan latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja dengan jayanya, dan seterusnya ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 16 April 1971 ke dalam Cawangan Kawalan Trafik Udara.

Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan Kawalan Trafik Udara di Australia pada tahun 1971 dan 1973. Jawatan pertama beliau dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Kawalan Lalu Lintas Udara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau telah menyandang pelbagai jawatan sebagai Pegawai Trafik Udara. Antaranya di JATCC Paya Lebar Airport Singapore dan Pangkalan Udara Kuantan.

Pada 15 April 1976, beliau telah mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Australia dan menerima kelayakan untuk menjadi juruterbang TUDM apabila dianugerahkan Sayap Penerbangan pada 8 Julai 1977. Semenjak dari itu, kerjaya beliau terus berkembang sebagai seorang juruterbang TUDM. Beliau telah menerbangkan berbagai jenis pesawat TUDM, dan antaranya adalah CT 4s, Aermacchi MB 326H, Bulldog B 100, Cessna 402B, BAe 125, Fokker 28, Pilatus PC 7, Falcon 900 dan juga C130.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah menghadiri berbagai kursus kepakaran dan juga kerjaya baik di luar mahupun dalam negara. Beliau adalah merupakan graduan Air Command and Staff College, USA dan juga National Defence College, India.

Sepanjang kerjaya beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai tugas penting di peringkat staf, pemerintah dan tiga Perkhidmatan ATM. Antaranya, beliau pernah menyandang tugas sebagai Ketua Skuadron VIP, pemeriksa (examiner), ketua dan jurulatih penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan TUDM. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan salah seorang ahli Tim Penerbangan Akrobatik TUDM iaitu Tim Taming Sari. Antara jawatan penting lain adalah sebagai Penasihat Pertahanan di Islamabad (Pakistan), Pengarah Latih di Markas Tentera Udara dan Ketua Staf No 2 Divisyen Udara. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Panglima 2 Divisyen Udara dan Komandan Kolej Tentera Udara. 

Berkat ketokohan yang beliau miliki telah melayakkan beliau dilantik menjadi Komandan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dan sekaligus mencatat sejarah sebagai Komandan ATMA yang pertama dari Perkhidmatan TUDM.

Sebelum dilantik mengetuai Tentera Udara DiRaja Malaysia, beliau telah menjawat jawatan sebagai Panglima Operasi Udara, dan kemudiannya Timbalan Panglima Tentera Udara mulai 5 April 2004. 

Kredibiliti serta ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki telah melayakkan beliau dilantik untuk menerajui Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai PTU bermula pada 30 Oktober 2006. 

Tanggal 1 September 2009 adalah merupakan tarikh keramat dalam perkhidmatan beliau khususnya dan TUDM amnya apabila beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-17 ketika berusia 57 tahun. Lebih signifikan lagi beliau telah melakar sejarah kerana menerima mandat sebagai Panglima Angkatan Tentera pertama dari Perkhidmatan TUDM sejak jawatan itu dibuka kepada ketiga-tiga cabang Perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara.

Beliau bersara sebagai PAT pada 15 Jun 2011.

Setelah bersara, Azizan dilantik mengetuai beberapa syarikat utama seperti Pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation Aeroservices Sdn Bhd (BHICAS) dan Pengerusi Kerjaya Sukses Sdn Bhd.

Isteri:  Y.Bhg Puan Sri Norainee binti Abd Rahim.


PANGLIMA ATM KE 18


JENERAL TAN SRI DATO SRI (DR) ZULKIFELI BIN MOHD ZAIN  PGAT PMN PSM PJN DHMS SSAP SPTS SPMP SSTM DPPN SIMP  SPKK SPMP PSAT DGMK DSDK DPKK DMSM PMW PAT JMN SDK KMN AMK ASK Legion of Honor (Phil) AMIM MSc (NDU) mpat lmt psc
(15 Jun 2011 - 16 Dis 2016)

Zulkifeli dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin menamatkan Latihan Kadet di SANDHURST pada tahun 1974.  Ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu Diraja selaku Ketua Platun pada 09 Ogos 1974.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion mulai daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah.  Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin telah menjawat beberapa jawatan staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf di Markas Tentera Darat dan juga di Institusi Latihan termasuk Pegawai Staf Jurulatih Muslihat di Pusat Latihan Tentera Darat di Johor Bharu.  Beliau pernah bertugas selaku Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat pada 1999 hingga 2000.  Beliau juga pernah menjawat jawatan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1997.

Semasa berpangkat Kolonel beliau telah menjawat jawatan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) dan Kol Sumber di MK TD.  Jeneral Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin adalah lulusan dari Maktab Turus Angkatan Tentera  (MTAT) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).

Dinaikkan ke Brigedier Jeneral pada tahun 2002 dan menjawat jawatan Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS).  Beliau juga menjawat jawatan Panglima 8 Briged Infantri dari tahun 2003 hingga 2004 di Kelantan.  Beliau telah dinaikkan ke Pangkat Mejar Jeneral dan seterusnya diberi kepercayaan oleh tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui Misi Tim Pemantau Antarabangsa – Mindanao sebagai Komander Tim Pemantau pada 09 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.

Setelah selesai melaksanakan Misi Pemerhati selama lebih kurang setahun dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Ke 3 Divisyen Infantri mulai 17 Oktober 2005 hingga 31 Jan 2007.  Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Angkatan Tentera dan Negara dan dilantik menerajui Markas Medan Tentera Darat sebagai Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jan 2007 hingga 1 Jun 2008.

Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan seterusnya menerajui Tentera Darat Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat mulai 21 Mei 2010 sehingga 14 Jun 2011.

Atas keyakinan yang tinggi terhadap beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 18 mulai 15 Jun 2011.

Sepanjang perkhidmatan beliau, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin telah banyak menghadiri kursus dan seminar di peringkat antarabangsa, di antaranya Kursus Senjata Bantuan in India pada tahun 1978 dan ROAC Infantri di Australia pada tahun 1982.  Beliau juga merupakan graduan dari Royal Thai Army Command and General Staff College, sebuah institusi ketenteraan Thai yang unggul, pada tahun 1982 dan telah dimasukkan ke International Hall of Fame institut tersebut pada tahun 2011.  Selain itu, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin juga telah memperolehi Sarjana dalam National Resource Strategy dari Universiti Pertahanan Nasional (NDU) Washington, USA dalam tahun 2001  turut dimasukkan ke International Hall of Fame NDU dalam tahun 2011.  Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin telah dianugerahkan dengan Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak pada 4 November 2013.

Zulkifeli yang sepatutnya bersara wajib pada 13 Jun 2014 telah diperkenankan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya sehingga bersara pada 16 Dis 2016 setelah mengetuai ATM selama 5 tahun 6 bulan.

Setelah bersara dari jawatan PAT, Zulkifeli telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN).


PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 19


JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR  PGAT PMN PSM PJN SSAP SPTS SPMT  SPMS SPMK SPKK DPPN DCSM PSAT DSAP DGMK DSDK DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN PNBB(Moz) ndc(Pak) mpat psc MDS(UNSW) MSc (DS)(QAU)
(17 Dis 2016 - 20 Jun 2018)

Raja Mohamad Affandi dilahirkan di Kampong Raja, Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957 dan mendapat pendidikan awal di Sek Keb Kampong Raja dan Sek Men Sultan Ismail sebelum menyertai latihan Pegawai Kadet TJP30 di Pre-OCTU, Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan Cawangan Kadet Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Sungai Besi. Beliau ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ke Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.

Bermula dengan tugas sebagai Ketua Platun dan Ketua Kompeni di Batalion ke18 RAMD, kerjaya terus meningkat dengan cemerlang dengan diamanahkan dengan pelbagai tugas dan jawatan penting seperti Jurulatih MAKP, Pembantu Ketenteraan kepada TPTD, Pegawai Memerintah 18 RAMD PS1 di MKN, PS1 di CSM TD, Ketua Staf Markas Divisyen Infantri, AKS Perancangan dan Pembangunan TD dan Panglima 2 Divisyen Infantri.

Pada 2 Jun 2008 Raja Affandi dilantik menjadi Panglima Medan TD dan dinaikkan ke pangkat Lt Jen. Pada 31 Okt 2009 beliau dilantik pula menjadi Ketua Staf Markas ATM sehingga 14 Jun 2013 apabila beliau dinaikkan ke pangkat Jeneral dan dilantik menjadi Panglima Tentera Darat.

Antara kursus utama yang dihadiri ialah Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Masters in Defence Studies (Australia) dan National Defence College (Pakistan). Beliau juga pernah menyertai misi PBB sebagai Pegawai Pemerhati di Mozambique (UNIMOZ).

Raja Affandi berumahtangga dengan Puan Sri Datin Norlida binti Abdul Mubin dan dikurniakan dengan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.


PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 20


JENERAL TAN SRI DATO' SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
PGAT PSM PJN SPMS SIMP SPTS SPMT SSTM SPKK DHMS DGPN PSAT DPMS  DPTS DGMK PAT JSM KMN AMK BSK rcds mpat lmt FCILT MM (AIM) Manila ADBM (Wales)
(21 Jun 2018 - 22)

Dilahirkan di Perak pada 30 November 1958, Zulkifli bin Hj Zainal Abidin mula berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia pada 5 Januari 1978. Beliau merupakan pemegang Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales pada 1995. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Asian Institute of Management dan berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pengurusan pada 1998. Selain itu, beliau juga lepasan Diploma, Royal College of Defense Studies dari Imperial Defense College, London yang merupakan program bersama dengan King’s College, London pada 2005.

Selain akademik beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang ketenteraan. Antaranya, Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1992, Diploma Maktab Pertahanan Malaysia pada 1999 dan beliau juga turut menghadir pelbagai kursus ketenteraan dan awam di Malaysia, Australia, United States, United Kingdom dan New Zealand.

Pengalaman beliau dalam melatih dan mengajar antaranya ialah menjadi Jurulatih di Army Training Group and Senior Instructor di New Zealand Army Infantry School pada 1986 hingga 1988. Beliau dipertanggungjawabkan bagi mengajar pegawai- pegawai dari New Zealand dan negara kommonwel yang lain tentang persenjataan, taktik dan Counter Insurgency Warfare (CIW). Pada tahun 1992 hinga 1993, beliau telah menjadi jurulatih di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA). Beliau juga pernah menjadi Komandan PUSASDA di Port Dickson pada tahun 2002 hingga 2004. Seterusnya beliau telah menyandang jawatan sebagai Naib Canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pada 21 Mei 2010 beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat. Pada 14 Jun 2011, atas keyakinan dan kepercayaan yang penuh serta dedikasi yang tinggi, beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-24 sehingga 24 Jun 2013. Zulkifli kemudiannya ditukarkan semula ke UPNM sebagai Naib Canselor ke 4 untuk kali kedua. Pada 2 Jun 2018, Majlis Angkatan Tentera telah mengesahkan perlatikan Zulkifli yang baru sebulan memulakan percutian sebelum bersara untuk mengambil-alih jawatan Panglima Angkatan Tentera ke 20.

Antara pencapaian beliau disepanjang perkhidmatan adalah menjadi penuntut terbaik dalam pelbagai kursus ketenteraan yang beliau hadiri. Zulkifli bin Hj Zainal Abidin semasa memegang jawatan sebagai Panglima 7 Briged telah berjaya memenangi Army award excellence in management pada tahun 2006 dan Armed Forces award of excellence pada tahun 2007.

Zulkifli telah berkahwin dengan Puan Sri Hjh Rusnah bt A. Rahman dan dikurniakan empat orang anak. Hobi beliau adalah memburu, bercucuk tanam dan bermain golf.


PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE 21



JENERAL TAN SRI DATO' SRI HJ AFFENDI BIN HJ BUANG PGAT PMN PSM SSAP SPTS SPKK PNBS DPPN DGSM PSAT DIMP  PAT SAP KAT AMP PTU PJM PPS PPA MA(Deakins) dssa psc
(1 Jan 1964 - 24 Nov 1969)



.
YANG PERTAMA
(MEREKA YANG MENGUKIR SEJARAH TERSENDIRI)

Jeneral Tengku Osman Jewa (Tan Sri)- anak Melayu pertama yang dilantik menjadi 
Panglima Tentera Darat dan Panglima Angkatan Tentera.

Jeneral Ibrahim bin Ismail (Tun)- satu-satunya Panglima Angkatan Tentera 
yang bukan dari Panglima Perkhidmatan. 
Bekas PAT yang pertama mendapat gelaran Tun
.
Laksamana Mohd Anwar bin Mohammad Noor (Tan Sri) - Panglima Angkatan Tentera yang pertama dari perkhidmatan TLDM

Jeneral Azizan bin Ariffin TUDM (Tan Sri)- Panglima Angkatan Tentera yang pertama dari perkhidmatan TUDM.


LAST COUNTING: 5042


1 comment: