Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, March 29, 2019

AF 136: LIMA 2019 - MY LAST LIMA IN UNIFORM

 LIMA '19 


Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Langkawi  International Maritime and Aerospace) atau lebih dikenali sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersial dan pertahanan. LIMA sering diadakan pada bulan Mac, setiap tahun ganjil di Pulau Langkawi, Kedah.

Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah. 

LIMA merupakan ilham dari bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pameran LIMA yang pertama telah diadakan pada tahun 1991. Pada mulanya, pameran ini bertujuan untuk menjadi platfom bagi pesawat-pesawat ringan dan eksperimen untuk diterbangkan bagi mengelakkan kesesakan trafik udara berdasarkan model EAA Air Venture Oshkosh di Amerika Syarikat. 

Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara di Asia Pasifik.

Semasa LIMA dilancarkan pada tahun 1991, aku masih berpangkat Kapt TUDM. Masih tidak begitu mengambil berat tentang signifikan LIMA kepada Malaysia dan TUDM. Yang aku tahu hanyalah AIRSHOW atau AEROBATIC SHOW. 

Aku sendiri tidak ingat, bilakah kali pertama aku mendapat peluang menghadiri LIMA. Kemungkinan besar di pertengahan tahun 1990an. Kebetulan, tiada satu pun gambar yang aku simpan. Semasa LIMA 1999 (kali ke 5), aku menyertai lawatan sehari bersama siswa MTAT Siri 28.

LIMA 2001 dan 2003, aku bertugas di Perbendaharaan Malaysia dan berpeluang menghadiri LIMA di bawah tajaan pihak korporat.

LIMA 2005, ketika berpangkat Lt Kol TUDM juga menyertai LIMA sebagai pelawat sahaja.

LIMA 2007, aku mula diberi tugas rasmi. Aku menjadi LO kepada tetamu PTU, iaitu seorang Major General dari Rep of Korea Air Force (ROKAF). Lupa namanya. Duduk di Berjaya Langkawi Resorts.

LIMA 2009, aku sekali lagi diberi tugas menjadi LO kepada delegasi dari Qatar Air Force. Kali ini duduk di Datai Langkawi Resorts. 

LIMA 2011. Tiada tugasan khusus.

LIMA 2013. 27 hingga 31 Mac 2013. Tiada tugasan khusus.

LIMA 2015. 17 hingga 21 Mac 2015. Sebagai LO kepada MENHAN Indonesia. Ritzs Carlton Resorts.

LIMA 2017. 21 hingga 25 Mac 2017. Lawatan biasa.  Tiada tugasan khusus. 

LIMA 2019

Ini adalah Pameran LIMA yang terakhir bagi diriku semasa dalam perkhidmatan. Kebetulan, ini juga LIMA yang paling sibuk bagiku kerana aku terlibat secara langsung sebagai salah seorang ahli Jawatan Kuasa pengendalian LIMA.

Buat kali pertamanya LIMA kali ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pengangkutan (MOT). Sebelum ini hanya dikendalikan oleh MINDEF. Namun sejak dari mula lagi, aku tidak nampak pun penglibatan pegawai-pegawai dari MOT dalam mesyuarat atau lawatan yang dibuat.

Sejak bulan Ogos 2018, namaku telah diletakkan sebagai Timbalan Pengerusi Sekretariat Majlis Rasmi. Pengerusinya adalah KS MK ATM. Selain JK Majlis Rasmi, beberapa AJK lain adalah JK Tetamu, JK Pengangkutan, JK Penginapan dan lain-lain.

Beberapa mesyuarat dilaksanakan untuk merancang dan menyusun atur program. Lawatan tinjauan pertama (pemilihan hotel penginapan sekretariat serta persiapan MIEC) dilaksanakan pada 2 dan 3 Okt 2018, dan lawatan kali kedua pada 10 dan 11 Feb 2019 bagi meninjau MIEC dan food tasting di MIEC dan Westin Hotel.

Aku bertolak untuk memulakan tugas pada 23 MAR 2019 - MH 1446 jam 1500H. Kali ini (kali pertama) aku membawa isteriku bersama. Kebetulan pada tahun lepas aku mengambl cuti tahunan (2018) dan mengambil tiket penerbangan ke Langkawi (mengikut kelayakan) - open dated - yang masih belum digunakan. Jadi, memang rezeki isteri untuk ke Langkawi secara percuma.

Pada 24 Mac, PAT, PTL dan PTU di Langkawi dan memulakan tinjauan ke lokasi perasmian dan majlis jamuan.

TUGASAN DI LIMA '19

TIMBALAN PENGERUSI JK MAJLIS RASMI

- MAJLIS PERASMIAN
- MAJLIS MAKAN TENGAHARI RASMI
- MAJLIS MAKAN MALAM RESEPSI
- MAJLIS MAKAN MALAM PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

AKS BERTUGAS DI PEJABAT PAT

- PENYAMBUT TETAMU PAT DI TERMINAL UDARA
- PENGIRING TETAMU PAT SEMASA COURTESY CALL
- PENGIRING PAT SEMASA LAWATAN KE EXHIBITION BOOTH

 MENGHADIRI:

1.  MAJLIS PELANCARAN DSA 2020
2.  MAJLIS PENYERAHAN LOA DAN LOI


MAJLIS PELANCARAN PADA 26 MAC 19

Image result for tun mahathir lancarkan LIMA


OPENING GAMBIT











Image result for lima 2019

CDF DINNER



WALK AND MEET FRIENDs

Jumpa skot Affendy,Fanashim Benson dan Razak


Dengan Mej Marina Harun, PRO TUDM


bersama skot Affendy yang mempromosikan karya sulungnya: buku kartun latihan Pegawai kadet.


Jumpa skot Affendy, Sanusi dan Khalid

Jumpa skot Hazizan dan Man Daud

Jumpa Kapt Mastura bt Abd Majid TUDM (Tadbir), dua pupuku

Isteri pun tumpang rezeki dapat berjalan- naik bot ke pulau-pulau

Di hari Jumaat (petang) berpeluang menziarahi sepupuku Raha (anak bapa saudaraku Hj Razikan- JB). Raha mengikut suaminya Mohd Rashid yang berpindah ke Langkawi dua bulan lepas. Mereka tinggal menyewa rumah di Jalan Padang Mat Sirat.



Jumpa cousin (Raha) di rumahnya di Padang Mat Sirat

MULAI 21 MEI 2019, AKU AKAN MEMULAKAN CUTI SEBELUM MENJALANI LATIHAN PERALIHAN PADA 23 OGOS 2019 DAN SETERUSNYA SECARA RASMI MENAMATKAN PERKHIDMATAN PADA 23 NOV 2019.

OLEH YANG DEMIKIAN, LIMA 2019 MERUPAKAN 'LIMA' YANG TERAKHIR UNTUKKU SEMASA AKU MASIH BERKHIDMAT DALAM ATM.



UNDER CONSTRUCTION. MORE WRITE UP AND PICTURES TO BE UPLOADED.


Pekena gulai ikan di Restoran Pengkalan Nelayan

Menemani PAT selepas Majlis Resepsi LIMA 19 di LICC



Aku dan isteri pulang ke Kuala Lumpur pada 30 Mac 2019 dengan menaiki pesawat MH 1437 pada jam 1640H.






3 comments:

  1. Assalammualaikum tuan, saya suka sangat baca blog tuan, walaupun rezeki saya berkhidmat dalam sektor swasta, tetapi semangat dan jiwa pejuang tetap membara dalam diri saya. Ada 1 semanagt lain dalam diri saya setiap kali membaca artikel berkaitan dengan ketenteraan. Terima kasih tuan atas segala perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima aksih kerana meminati blog ini, saya sedang menulis buku tentang pengalaman saya. sebahagian dari blog ini juga akan saya masukkan dalam buku MEMOIR saya itu nanti. Lebih terperinci lagi

      Delete
    2. https://tohairforce1981.blogspot.com/2023/02/af-148-memoir-plm-jilid-iii-lutut.html

      Delete