MENJEJAKI BUMI HITLER
"OBERAMMERGAU"
Kali ini aku berpeluang menghadiri Logistic Interoperability Symposium anjuran Kerajaan US yang dilangsungkan di NATO School, Oberammergau, selatan Jerman. Aku mengetuai delegasi ATM yang turut di anggotai oleh Kol Abd Aziz bin Shariff (Pengarah J4, MK AB) dan Kol Abd Hafiz
(Pengarah Dasar Log, BLP)
Aku bertolak dari rumah pada hari Sabtu, 181430H ke KLIA. Isteriku Adibah turut menghantar ke airport. Itinerary flight dari KLIA menaiki MH 0607 pada jam
181925H melalui Singapore. Penerbangan delay lebih kurang 20 minit dan kami mendarat di Singapore pada jam 1830H. Penerbangan ke Munich (Munchen) menaiki pesawat SQ 0528
(LH9791) pada jam 190030H.
Pesawat SQ0528 selamat mendarat di Munich International Airport pada 190655H Ogos 2018. 12 jam 25 minit. Sakit
tulang punggung tidak terkata.
Roda beg tercabut satu, beg pecah. Setelah sampai stesen akhir di Oberammergau baru aku sedar satu lagi roda beg juga pecah dan sebahagian beg mengalami kerosakan (pecah) yang amat teruk dan pasti tidak digunakan untuk pulang ke Malaysia nanti.
Perjalanan dari Munich ke Oberammergau menggunakan keretapi bawahtanah Munich (U-Bahn Munchen) dan tambang U-Bahn ke Oberammergau ialah Eu22/head tapi tiket untuk grup 3 orang
hanya Eu37). Stesen U-Bahn terletak kira-kira 100 meter sahaja di belakang airport. Jarak dari Munich ke Oberammergau kira-kira 91km. Perjelanan memerlukan pertukaran teren sebanyak dua kali MUNICH via PASING via MURNAU -OBERAMMERGAU. Selepas 1 jam sampai di Pasing, bertukar dari platform No 7
ke platform No 4 ke Murnau. Malangnya kami terlepas stesen Murnau dan terlajak ke Garmisch-Partenkischen (GP)
(setengah jam ke hadapan).
Kami berhenti di GP menunggu teren yang menuju arah Munich, kira-kira setengah jam kemudian. Keseluruhan masa yang terbuang untuk ke Murnau lebih sejam setengah. Dari Murnau bertukar teren ke Oberammergau (sejam). Ia merupakan penghujung rel U-Bhan Munchen. Minum
coffee latte dan makan roti di satu petrol station. Kedudukan Oberammergau
kurang 10km dengan sempadan Negara Austria.
PEKAN KECIL OBERAMMERGAU
Kami naik teksi dari stesen ke NATO School (NSC) kira-kira 2km dengan tambang Eu9 dan sampai di NATO School pada jam 1300H.
Kami naik teksi dari stesen ke NATO School (NSC) kira-kira 2km dengan tambang Eu9 dan sampai di NATO School pada jam 1300H.
Accommodation Office
Haus (Hostel)
Tiada apa-apa aktiviti pada petang itu. Berehat sahaja di bilik. Tapi sukar untuk tidur kerana masih jet lagged. Aku terlelap lebih kurang jam 1900H dan terbangun semula jam 200130H Aug, terus tak boleh tidur hingga Subuh (0418H).
Hari pertama, Isnin 20 Aug 18, hanya pendaftaran dan menerima kad nama dan kad keselamatan elektronik untuk memasuki kesemua premis dalam kawasan NSC yang dibenarkan. Program seterusnya ialah Ice Breaking dan Taklimat yang bermula jam 1830H.
Lebih100 wakil dari pelbagai negara menghadiri simposium ini. Setiap negara diwakili oleh satu hingga 3 perwakilan. Nampaknya Asia Tenggara hanya diwakili oleh Malaysia sahaja.
Wakil dari benua Asia yang lain hanya dari kalangan negara Timur Tengah iaitu Oman, Qatar, Arab Saudi, Jordan dan Lebanon sahaja.
Amerika Latin dan Amerika Tengah diwakili oleh Guatemala, Colombia dan Brazil.
Dari Afrika pula ialah Kenya, Nigeria, Ghana dan Afrika Selatan.
Dari kalangan negara bekas USSR ialah Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Ukraine, Georgia, Azerbaijan dan Moldova, manakala Romania dan Kosovo mewakili Eropah Timur.
Negara Eropah diwakili oleh Czech, Sweden dan Germany.
Majoriti perwakilan adalah dari USA yang mewakili Department of Defense USA, National Defense University, Markas Pemerintahan Tentera Amerika dari seluruh dunia seperti USPACOM, USSOUTHCOM, USEUCOM, USCENTCOM, USTRANSCOM, USAFRICOM dan USNORTHCOM,
Hari pertama adalah untuk pendaftaran perwakilan, Ice Breaking dan Social sahaja. Program penuh adalah pada hari kedua dan ketiga sahaja. Manakala hari keempat dikhususkan untuk pegawai-pegawai USA Command.
Mengikut program terkini, selaku Ketua Delegasi Malaysia, nama aku terpampang dalam program hari Kedua untuk menjadi Panel Sesi Kedua, perbincangan bertajuk Training and Educating Logisticians at the Operational/Strategic Levels. Kali pertama mendapat penghormatan sebegini dalam satu forum bertaraf antarabangsa. Issue yang diberikan kepada aku ialah:
(1) What kind of education, training and development support would be of greatest use to the Malaysian Armed Forces.
(2) What is the toughest logistic problem in the MAF.
(3) How well do you prepare people to be a senior Logistic leader. What would be the greates help and best ROI.
Moderator ialah Mr George Topic, Vice Director, Center for Joints and Strategic Logistics (CJSL), Natioonal Defence University (NDU), USA.
Ahli panel yang lain ialah:
(1) Brig Jen Milad Ishac (Lebanon) - Director of G4, Lebanese Armed Forces.
(2) Mr David Kolleda (Ukraine) - Senior Defense Advisor in MOD Advisory Office.
(3) Air Cdre Julius Sefadzi Kofi Dzamefe (Ghana Air Force)- Dir Gen of Logistics, Kofi Anan International Peacekeeping Centre.
(4) Col Jan Husak (Czech Rep) - Dir of Multinational Logistics Coordination Centre, Czech Armed Forces.
(5) Ms Jeanne Giraldo - Knowledge Program Manager, Def Govt Mgmt Team (DGMT), Naval Postgraduate School, USA
Discussion Panel No 2 - first speaker pulak tu (Butterfy in the Stomach)
Hari Kedua (Selasa) sebelah pagi adalah Opening Speech dan Keynote Adress dan Panel Discussion No. 1. Giliran aku (Panel No 2) dan Panel No 3 di sebelah petang) dan berjalan lancar, aku dapat melaksanakan tugas dengan lega. Malah menerima nota dari Moderator (Mr Topic) "YOU'RE GREAT". Alhamdulillah.
Hari ketiga (Rabu) diteruskan dengan Panel No 4 dan 5, manakalan sebelah petang adalah Panel No 6 dan Closing Ceremony. Patutnya amalam itu ada Dinner (kami dah bayar Eu25 satu kepala) tapi kami tak pergi sebab hujan lebat. Jarak dari hostel ke lokasi (Kolbenalm Hut) kira-kira 2km dan kena berjalan kaki. Pada sebelah petang hari ketiga itu, sebaik sahaja lepas kelas, kami bertiga mengambil peluang untuk berjalan-jalan di bandar kecil Oberammergau. Jarak lebih kurang 2.5 km, berjalan kaki selama setengah jam sahaja. Sempat lah beli souvenir untuk kawan-kawan sebelum kedai ditutup pada jam 1900H.
Suasana pekan Oberammergau sungguh tenang. Selepas jam 1800, banyak kedai yang telah dituup, hanya tinggal restauran sahaja. Kedei souvenir yang ada pun tinggal sebuah dua sahaja. Persekitaran bandar tersebut dkategorikan sebagai amat-amat bersih. Penduduknya sungguh ramah dan bertamaddun. Jarang nampak anak-anak muda. Mungkin bekerja. Yang ramai adalah pasangan veteran dan kanak-kanak sahaja.
MERAYAU KE INNSBRUCK
Hari keempat (Khamis) adalah free kerana program khusus untuk perwakilan NATO sahaja. Jadi kami mengambil peluang melancung ke Innsbruck, Austria dengan menaiki Bahn. Kami pergi in group of 5 (tambah dua pegawai dari Ghana; Air Cdre J.S.Kofi Dzamefe dan Brig Jen Richard Gyane) dengan kos hanya Eu71 (pergi-balik). Tambang jika travel seorang (tiket pergi-balik ialah Eu27). Untuk ke Innsbruck dari Oberammergau, perlu bertukar keretapi di 3 stesen. Dari Oberammergau ke Murnau, dari Murnau ke Garmisch Partenkischen, dari GP ke Mittenwald dan Mittenwald ke Innsbruck. Hampir 3 jam perjalanan. Terlupa nak beli souvenir.
Breakfast di Mess memikirkan perjalanan
Perjalanan ke Innbruck
membeli bekalan buah-buah di stesen Mittenwald
Brig Jen Gyane (Ghana)
sebelum pulang di stesen Innsbruck
Di Innsbruck, niatnya mencari kasut Adidas dan merayau sehingga malam. Tetapi tengok keadaan kurang sesuai untuk berjalan (panas) dan masalah kenderaan, kami mengambil keputusan pulang ke Oberammergau pada jam 4 petang. Inns
Hari ke 5 sebelah pagi selepas breakfast kami membuat penyelesaian di NATO School, mengambil gambar seminar dan seterusnya menyampaikan momento kepada wakil Commandant, Col Timothy E. Dreifke.
.
peserta simposium
Menyampaikan Momento kepada wakil NATO School
Selepas itu kami pulang ke hostel untuk berehat sahaja kerana cuaca kelihatan gelap (mendung). Di sini sudah mula musim hujan. Boleh katakan tiap malam hujan lebat bersama guruh di Oberammergau.
JEJAK SKOT DI NUREMBERG (NÜRNBERG)
Sebelum bertolak dari KL tempoha hari, aku ada menghubungi skotku (Kapt Rosli bin Md Yassin (B) yang telah berhijrah ke Nuremberg sejak tahun 1999. Hubungan kami (melalui watsapp) hanya mula kira-kira dua tahun yang lalu. Aku hanya berkata, jika ada kelapangan aku akan cuba menemuinya. Ini kerana maklumat awal yang aku terima dari pegawai staf yang menguruskan tugasan ini, lokasi simposium adalah di Nuremberg. RUPAnya, jarak dari Oberammergau ke Nuremberg ialah 258km. Perjalanan terus by road adalah 2 jam 50 minit.
Good bye NATO School
Stesen Shuttle bus kira-kira 100 meter dari hostel.
Hari Sabtu, 25 Ogos kami sebulat suara meneruskan Op Adidas ke Nuremberg dan bermalam di sana. Skot Rosli telah membantu menempah bilik di sana. Kami keluar menaiki shuttle bus dari NATO School jam 8.22am, dan menaiki keretapi dari stesen Oberammergau pada jam 8.39am. Membeli tiket untuk 3 orang (Eu37) ke Munchen Flughafen (Munich Airport). Oberammergau- Murnau - Pasing - Munchen Flughafen. Di Munchen Flughafen Bahnhof kami mengatur perjalanan ke Nuremberg. Membeli tiket untuk pergi dan pulang esok hari (Eu74). Satu perjalanan yang amat memenatkan. Dari Munchen Flughhafen Banholf melalui Munchen Hauptbahnhof - Ingolstadt - Nuremberg. Di kesemua stesen ini kami kena angkut beg-beg besar untuk pindah koc. Ada yang kena turun tangga naik tangga bertukar platform.
Tiba di stesen Nuremberg jam 1450H dan kami terus check in di Hotel Maritime satu bilik untuk 3 orang (Eu148). Jam 1600H skot Rosli dan isteri datang ke hotel. Kami dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan membeli belah Lorenzkirchie dan makan malam (fish) di Rathaus. Sempat membeli sepasang kasut jenis Asic
perjalanan dari Oberammergau ke Nuremberg (258 km)
Rosli menjemput kami di lobby Maritime Hotel
menikmati aiskrim Italy
Lorenzkirchie
Pekan Rathaus yang sudah sepi pada jam 7 malam
Sungguh lazat, ikan fresh
Selesai dinner lebih kurang jam 2130H, kami pulang ke hotel. Rosli dan isteri turun di stesen Jacobrinenstrabe (beliau tinggal di kawasan itu). Kami meneruskn perjalanan ke hotel melalui stesen Stadtgrenze-Moggenhof-Eberhadshof-Maximillianstrabe- Barrenchanze-Gostenhof-Plarre-Weiber Turm- Lorenzkirchie dan turun di Nuremberg Hauptbahnhof.
Esok paginya, Rosli dan isteri Aisha Meltz (anaknya Allysa) datang sekali lagi ke hotel dan membawa kami keluar jam 10am, melawat Nuremberg Castle yang berusia lebih 1000 tahun (zaman kerajaan Moranchy German dulu). Banyak kesan yang telah musnah semasa perang dunia II.
bandar Nuremberg dari atas kota
pertemuan berakhir di rstoran Turki untuk makan tengah hari
Tengahari itu kami makan di Plarre sebelum Rosli menghantar kami ke stesen Plarre untuk pulang ke hotel.
Kami check out pada jam 1430H, dan semasa membuat bayaran di kaunter kami kena tambahan Eu30 untuk extra 3 jam. Bila aku tanya bil keseluruhannya, receiptionist kata tiada, hanya perlu bayar Eu30. Jadi, aku jangka mesti Rosli dah jelaskan semasa membuat booking semalam.
Terima kasih sahabatku di atas segala layanan (hospitality) sepajang tempoh singkat kami di Nuremberg. Pasti ia menjadi kenangan sehingga akhir hayatku. Bukti tali ikatan yang dibina lebih 37 tahun lalu di SPK Port Dickson (walaupun tidak pernah ketemu selepas itu), ia masih teguh dan kukuh.
Perjalanan yang mencabar, duduk di lantai teren kerana tak dapat tempat duduk dari Ingolstadt ke Munich
"DANKE MEIN FREUND, ROSLEIGH"
AUF WIEDERSEHEN OBERAMMERGAU!
AUF WIEDERSEHEN NUREMBERG!!
AUF WIEDERSEHEN GERMANY!!!
AUF WIEDERSEHEN NUREMBERG!!
AUF WIEDERSEHEN GERMANY!!!
"SATU PERJALANAN YANG MENARIK DAN MEMENATKAN SERTA BERSEJARAH"
No comments:
Post a Comment