Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Friday, June 24, 2016

AF 098 SPECIAL TRIBUTES TO LT JEN DATUK SERI MOHAMED BIN TAIB


PERWIRA ANGKASA

YANG SEMAKIN HILANG DARI KENANGAN



Apabila disebut nama Almarhum Lt Jen (U) Datuk Seri Mohamed bin Taib. Aku masih ingat dan sangat jelas ingatanku. Almarhum adalah anak Melayu yang kedua diberikan amanah dan tanggungjawab menjadi Panglima Tentera Udara (PTU). almarhum menggantikan Marsyal Muda (Udara) Tan Sri Datuk Sulaiman bin Sujak (Bersara).

Semasa hayatnya memegang tampuk pemerintahan TUDM (PTU) beliau lebih dikenali di kalangan pegawai-pegawai TUDM sebagai Datuk Mat Taib. Manakala Timbalan PTU masa itu, Mej Jen (U) Datuk Mohammad bin Ngah Said (B) lebih dikenali sebagai Datuk Mat Ngah. (Almarhum Lt Jen Tan Sri Mohammad bin Ngah Said TUDM bersara pada tahun 1989. Jadi masa itu, No 1 dan No 2 TUDM ialah Mat Taib dan Mat Ngah.

Almarhum menjadi PTU dari 1 Jan 1977 sehingga 30 Sep1984. Aku masuk TUDM pada tahun 1981. Jadi, aku melangkahkan kaki membina kerjaya dalam TUDM semasa almarhum menjadi PTU semasa

Kali pertama aku melihat wajah almarhum secara dekat ialah semasa aku bersama 6 "FLIGHT CADET" yang lain menjalani latihan asas penerbangan (helikopter) di PULATIBANG 2, TUDM Kluang pada bulan Januari hingga Jun 1981. Almarhum membuat lawatan singkat ke TUDM Kluang untuk merasmikan Flight Safety Week.



Flight Cadet Toharudin starting up Bell 47G5A helicopter

Beliau memang seorang 'public speaker' yang baik. Fasih dan very convincing. Tidak seperti sebahagian Panglima sekarang, walaupun telah menghadiri pelbagai kursus pengurusan di dalam  dan luar negara tetapi bila tidak diberi teks ucapan, mereka bercakap merapu tak difahami hujung pangkal. Kadang jadi bahan ketawa di kalangan warga TUDM sendiri.

Dalam sebahagian dari ucapannya (tanpa teks) aku masih ingat amaran almarhum (lebih kurang) kepada kumpulan kami.

"You, Flight Cadets must work hard. Complete your training and be a good pilot. If you failed this course you will be booted out from the Air Force".

Tapi aku gagal juga 3 bulan kemudian. Walaupun ada orang kata 'you can even teach a monkey to fly"....does not mean that I am worse than a monkey. I was not born to be a flyer.


Aku amat bertuah kerana PTU (masih lagi Datuk Mat Taib) tidak mengotakan janjinya. ..."to boot me out from the Air Force".  Hari ini, selepas 35 tahun dari tarikh itu, aku masih mampu berdiri bangga sebagai pegawai TUDM. Lebih signifikan lagi, aku berjaya mencapai pangkat Brig Jen TUDM sebelum menamatkan perkhidmatanku.

Andaikata, aku berjaya menjadi seorang juruterbang helikopter mungkin aku telah meninggalkan TUDM dalam pangkat Kapten atau Mejar sahaja. Atau mungkin namaku merupakan salah satu dari senarai juruterbang yang terbunuh dalam kemalangan helikopter TUDM.



Hanya 5 dari 7 Flt Cadet (dari intake TJP 37) yang berjaya menamatkan latihan,  menerima sayap penerbangan helikopter dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Udara.
(dari kiri Lt M (U) Raveentheran a/l Ramankutty, Lt M (U) Saib bin Saiin, Lt M (U) Abd Rahman bin Mohamad, Lt M (U) Kamarulzaman bin Wagiman dan Lt M (U) Lukman bin Abd Rahman)



Tidak banyak cerita tentang jasa bakti dan sumbangan almarhum Datuk Mat Taib semasa menjadi PTU selama 7 tahun. Walaupun banyak cerita yang aku dengar berkaitan perubahan, pembangunan dan sumbangan almarhum semasa menjadi PTU, aku tidak pernah menjumpai satu buku pun yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit, mahupun pihak TUDM sendiri mengenai diri almarhum.

Tiada biografi atau coffee table book diterbitkan oleh pihak TUDM kerana aku dimaklumkan rakan-rakan yang senior...setahun sebelum bersara, almarhum telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (MBA) di United Kingdom. Apabila almarhum pulang ke tanah air, almarhum tidak mengambil-alih semula jawatan PTU. Terus bersara. Tiada farewell parade, tiada buku atau biografi yang ditulis.

Mungkin ada, tapi aku tak pernah jumpa.

Berikut adalah sedikit tentang almarhum Datuk Mat Taib yang dapat aku perolehi untuk dikongsi bersama.






LEFTENAN JENERAL (UDARA) DATUK SERI MOHAMED BIN TAIB PGAT SPMK SIMP DPMK DPMS DPMJ DSAP PGDK PNBS SMK PSK AMN PTU MA(UK) MBA(UK) rcds jssc jt.

Mohamed bin Taib di lahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 22 Januari 1937. Menceburkan diri dalam ATM dengan menyertai latihan kedet di FMC dan kemudiannya terpilih ke Eaton Hall Cadet Training Centre, UK pada bulan Sep 1955 dan seterusnya ke Royal Military Academy, Sandhurst.  Beliau ditauliahkan sebagai Lt Muda ke Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) pada 19 Dis 1957.

Pada 19 Nov 1959 beliau bertukar ke perkhidmatan Tentera Udara DiRaja Persekutuan untuk mengikuti latihan penerbangan.  Pada waktu itu TUDP menawarkan pegawai-pegawai dari Tentera Darat menyertai TUDP untuk mengisi kekurangan juruterbang lanjutan dari perkembangan TUDP yang baru ditubuhkan.  Mohamed yang waktu itu menjadi Platoon Commander di RAMD dipilih untuk mengikuti latihan asas penerbangan di Point Cook, Australia pada bulan April  hingga Dis 1960. Setamatnya kursus itu, beliau ditukarkan ke No 1 Skn (Twin Pioneer) dan mengetuai Skn tersebut hingga Feb 1965 dalam pangkat Kapt (U).

Pada tahun 1965 beliau terpilih mengikuti kursus jurulatih penerbangan di Wigra, Christchurch, New Zealand dan berjaya memperolehi kelayakan A-2 QFI.  Kemudian dilantik menjadi Komandan Sekolah Latihan Penerbangan di Alor Setar berpangkat Mej (U) sehingga Mac 1968. Dinaikkan ke pangkat Wg Cdr untuk mengambil-alih jawatan Pegawai Memerintah TUDM Labuan.

Sepanjang perkhidmatannya sebelum menjawat jawatan tertinggi dalam TUDM, beliau berpengalaman menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pegawai Memerintah TUDM KL, Panglima Udara di Markas  Taktikal Udara dan pernah dipinjamkan sebagai Pengarah Urusan Sabah Air sebelum dilantik menjadi Timbalan PTU pada 1 Jun 1975.

Beliau juga telah mengikuti kursus di Joint Service Staff College di Latimer, UK dan Royal College of Defence Studies, Seaford House, UK.  Beliau memperolehi Sarjana dalam bidang International Relations and Strategic Studies dari University of Lancaster, UK.

Mohamed dilantik menjadi Panglima Tentera Udara ke 7 pada 1 Jan 1977 dan dinaikkan ke pangkat Mej Jen (U) ketika berusia 40 tahun. Beberapa bulan kemudian, jawatan PTU telah dinaikkan ke taraf dan Mohamed dinaikkan ke pangkat Lt Jen (U).

Setelah menjawat PTU selama lebih 7 tahun, Mohamed mengikut kursus Sarjana di International Management Centre, Buckingham, UK selama setahun mulai 28 Ogos 1983 dan setamatnya kursus pada 30 Sep 1984 beliau terus bersara dari TUDM. Mohamed bersara pada usia 47 tahun.

Setelah bersara beliau dilantik menjadi Presiden Syarikat Aerospace Industries of Malaysia (AIM) dan beberapa buat syarikat lain.

Mohamed berkahwin dengan Datin Sharifah Aini binti Syed Ahmad pada tahun 1959 dan dikurniakan 5 orang anak (4 lelaki dan seorang perempuan).

Lt Jen (U) Datuk Mohamed bin Taib meninggal dunia pada 28 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan jenazahnya disemadikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Kelantan.

Nota untuk diriku sendiri.

Pada usia 40 tahun, almarhum dah jadi PTU berpangkat Mej Jen......aku berusia 40 tahun baru berpangkat Mejar...belum habis kursus staff di MTAT........

Nota Tambahan.

Seingat aku, bintang dan pingat kebesaran yang diterima oleh almarhum Datuk Mat Taib lebih dari yang tecatat di atas. Dulu pernah aku kira bintang bertaraf Datuk sahaja ada 12 atau 13... ........tapi bila aku menulis testimonial ini, aku masih belum menjumpai buku tersebut....aku harap kerabat almarhum yang menyimpan rekod berkaitan ini boleh emelkan kepada saya: toharudinrasid@gmail.com



TESTIMONIAL UNTUK
ALMARHUM LT JEN DATUK SERI MOHAMED BIN TAIB

DISALIN DARI LAMAN FACEBOOK MILIK MEJ HJ MOHD GHAZALI BIN TAIB (ADIK ALMARHUM).

Kebetulan adik almarhum, Mej Hj Muhamed Ghazali bin Taib TUDM (Bersara) adalah rakan fbku. Pada 19 Jun 2016 beliau ada memuat naik kenangan beliau kepada kekandanya almarhum Datuk Mat Taib. Semasa dalam perkhidmatan, aku pun sebenarnya tidak pernah berpeluang berkenal atau berbual dengan Mej Ghazali. Mungkin jarak kami terlalu jauh dan kebetulan tidak pernah bertugas di lokasi yang sama.

Dari maklum balas bekas-bekas pegawai TUDM yang pernah berurusan secara langsung atau tidak langsung telah memberikan aku sedikit maklumat tentang peribadi dan gaya pemerintahan almarhum semasa menjadi PTU.

Dato Mohamed Taib ex PTU. He picked me up for the test pilot school. His planned to form up a test flight centre in Malaysia but it it did not materialise. I think he's too advanced and people could not see his vision.
Kol Hj Alwi bin Abdul Wahab TUDM (B)

I was once his ADC.. he used to say this to me.. "Mior.. i am sending the pilots to the commando course.. i want them to learn to be led before they can lead... look around you.. tell me which commander in the RMAF can really lead? At the moment ...None! But the Officers misunderstood me... I want you to go flying and be a fighter pilot and lead the Airforce.
Mej Mior Rosli TUDM (B)

He told me in Kinrara, You go to Sg Udang for the commando training and when you come back with your green beret, I will make you the first Sqn Commander of Handau. He kept his words.
Mej Mohd Kamal Md Khir TUDM (B)

In Dec of 1971 - I was flying from Denpasar to Surabaya ... When Dato Taib came over the air and told me that I was promoted to Sqn Ldr!! It was a VVIP trip and it was crewed by two captains and a co-pilot!!! The other Captain remained rather quiet for the rest of the flight!! Some memory to remember.
Sqn Ldr Roger Chia (B)

We were both flying in the cockpit and he asked me why was I leaving the RMAF ?. Told him that either I take over as No.1 from him ...hi hi but then there was 96 others ahead of me then. But then I wanted to experience the other challenges awaiting outside.
Kapt Shariff Abas TUDM (B)

He personally wrote me a congratulatory letter after I have completed my QHI course in UK. I didnt think much of it. But now how I'd wish I could have kept that letter.
Kapt Abd Manan Mansor TUDM (B)

I flew with him quite a number of times during the 1982/3 years! the most memorable was the 6 days during the visit of HM Sultan of Brunei to Malaysia 1982, going Sempang-PD-Sempang every morning and evening for polo games. Also I spent quite some time with him during his last few years in Ampang Jaya.

On another occasion I was flying the Nuri with arwah DMT from Kota Bharu back to Sempang. He programmed to stop at Kuantan Base for lunch and casual visit to No 10 Sqn. We were greeted by Col Tunku Jaafar the Kuantan Base Commander. After lunch we got airborne for Sempang. At Zone Boundary West we suddenly had an engine failure, and had to force land at a school padang. He was cool like a cucumber (they say).... he was accompanied by his MA, Lt Col Mior Mohamad Zubir that time. After about 1 hour, a replacement aircraft came and we proceeded with the journey. All the time while waiting for the recovery, he was calm and cool, of course with a cool MA as company !!.
Mej Musa Hassan TUDM (B)

I was his MA for a period of time. I must say I've enjoyed tremendously my tour with him. There were quite a number of things that I was tasked by him which is not related to my position as MA but I enjoyed doing them. DMT has got the gift of gab and he could talk about anything anytime where people will listen open mouth. During my tour with him I could not recall him being unkind to anybody in fact he had alot of compassion to the men. It was a pity that he couldn't achieved much of his dream.
Lt Kol Mior Mohamad Zubir TUDM (B)

I could still remember.. in 1988 me and my colleagues of the airforce syndicate Staff College were visiting Airod as part of our syndicate's program.. arwah DMT at that time was the chairman of AIM stationed within Airod complex. Coincidently we bumped unto him at the lobby. He greeted us and talked to us as we all standing around him. What amazed me he told every one that he recognised me well as a logistician and could hardly knew the rest .. whereas among the students they were engineers.. pilots and etc.
Mej Abu Bakar Abd Rahman TUDM (B)

Yes he was a good and sincere friend. Knew him when he was doing QFI training in Wigram NZ together with the late A Jalil.
Kol Hj Long Chik Mohd Yob TUDM (B) - almarhum

Another story.......

Arwah DMT a good man...he had very significant influence to get me seconded and later transferred to RMAF...otherwise I would have left the Army as a Lieutenant!

One evening I flew him in Alouette 3 from Rantau Panjang to Ipoh when I was diverted by Air HQ to pick up a casevac north of Sg. Siput. When referred, he turned to me "I may be PTU and ViP but you are capt of aircraft and you decide!"

It was almost last light but unless I picked up the booby-trapped soldier, he would be bleeding to death!

We picked up the casevac, landed Hosp Ipoh and we saved the soldier Alhamdulillah. DMT's comment is still fresh in my mind "Very professional, I really respect and salute you for what you have done!"

I replied, "My duty Sir"!

Lt Jen Datuk Nawi Alias TUDM (B)



Nota:
Mejar Hj Ramli Abd Rahim TUDM (B) adalah bekas pegawai Kawalan Pertahanan Udara TUDM. Sebahagian besar kerjayanya terlibat dengan Perhubungan Raya TUDM dan ATM. Penulis artikel dan sajak yang gigih. Beliau dalah satu-satunya bekas pegawai yang menghasilkan sebuah buku memoir untuk PTU yang pertama.




LEGASI ALMARHUM DATUK MAT TAIB
(dari perspektif peribadiku)

Seperti yang aku tulis di atas, aku masih terlalu junior semasa almarhum memegang tampuk kepimpinan TUDM. Memang tidak pernah ada peluang untuk mendekati beliau.

Walaupun tiada buku atau biografi yang ditulis mengenai almarhum, aku secara peribadi masih mengingati beberapa perubahan yang dibuat oleh almarhum semasa menjadi PTU. Tapi aku yakin, maklumat ini adalah betul berlaku. Hanya berkemungkinan ia tepat atau mungkin kurang tepat.

Almarhum Leftenan Jeneral Datuk Mohamed bin Taib TUDM mengambil-alih pucuk pimpinan TUDM pada bulan Januari tahun 1977 setelah Sulaiman meletakkan asas yang kukuh untuk membolehkan TUDM melonjak ke persada yang lebih tinggi. Mohamed membuat penstrukturan organisasi sesuai dengan pembesaran TUDM dan memberikan tumpuan yang lebih menyeluruh ke seluruh negara.

Markas Udara dinaiktaraf menjadi Markas Besar Operasi Udara (MABES).
Operasi pangkalan udara di Semenanjung Malaysia di bawah pemerintahan Markas Wilayah Udara Satu (MAWILUD I).

Bagi memberikan tumpuan operasi yang lebih berkesan di Malaysia Timur, Markas Wilayah Udara Dua (MAWILUD I) ditubuhkan dan beribu pejabat di Kuching yang mengawal perintah pangkalan udara di Sabah dan Sarawak.

Markas Bantuan Udara (MABANUD) ditubuhkan bagi menguruskan dukungan logistik dan pelaksanaan latihan dan pendidikan dalam TUDM. Pada tahun 1985 Markas Grup Latihan Udara (MAGLAT) ditubuhkan di bawah naungan MABANUD.

Semasa pimpinan Mohamed juga (1979), gelaran pangkat dalam TUDM telah bertukar dari menggunakan panggilan pangkat Tentera Udara British kepada panggilan pemakaian pangkat Tentera Darat.

Pilot Officer kepada Leftenan Muda (Udara);
Flying Officer kepada Leftenan (Udara);
Flight Lieutenant kepada Kapten (Udara);
Squadron Leader kepada Mejar (Udara)
Wing Commander kepada Leftenan Kolonel (Udara)
Group Captain kepada Kolonel (Udara)
Komodor Udara kepada Brigadier Jeneral (Udara)
Naib Marsyal Udara kepada Mejar Jeneral (Udara)
Marsyal Udara kepada Leftenan Jeneral (Udara)
Ketua Marsyal Udara kepada Jeneral (Udara)

Mohamed juga membawa perubahan penukaran tatacara pemakaian pangkat TUDM. Amalan pangkat berbentuk embroided bar telah ditukar kepada pemakaian paku (pips), mahkota (crown) dan bintang (star) yang sama seperti pangkat Tentera Darat Malaysia (hanya saiznya yang kecil sedikit). Bagaimanapun reka bentuk pangkat ini dikembalikan semula kepada embrioded bar pada tahun 1994 apabila Lt Jen Dato Seri Abdul Ghani Aziz mengambil-alih tampuk kepimpinan TUDM.

Selain dari perubahan struktur organisasi, semasa Mohamed memegang tampok, jawatan ini telah KTTU telah ditukar kepada PTU. Taraf jawatan PTU telah dinaikkan dari pangkat Mej Jen kepada Lt Jen.

Di zaman pimpinan Mohamed, TUDM menerima beberapa pesawat baru seperti Pilatus PC7 (menggantikan Bulldog 100 sebagai basic flying training), Aermacchi MB339A (menggantikan Tebuan sebagai pesawat LIFT) dan A4 Skyhawk (menggantikan Tebuan sebagai operational FGA).


SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMATNYA KE ATAS RUH ALMARHUM LT JEN DATUK MOHAMED BIN TAIB.






PANDANGAN PERIBADI

PTU pertama menerima gelaran Tan Sri ialah almarhum Lt Jen Tan Sri Mohamed bin Ngah Said TUDM PTU ke 8.  PTU seterusnya yang menerima gelaran Tan Sri ialah PTU ke 11 iaiu Jen Tan Sri Ahmad Saruji bin Che Rose TUDM. Bermula dari PTU ke 14, semua PTU menerima gelaran Tan Sri semasa dalam perkhidmatan. 

Mulai tahun 2009, setiap Kerajaan (semasa Hari Ulang Tahun Keputeraan YDP Agong ke 13) telah mengurniakan gelaran Tan Sri kepada mantan PTU (PTU yang telah bersara) bermula dengan PTU ke 6 Marsyal Muda Datuk Sulaiman (2009) diikuti oleh Lt Jen Dato Seri Mohd Yunus (2010), Lt Jen Dato' Seri Abdul Ghani Aziz (2011), Jen Dato' Sri Suleiman (2013) dan Jen Dato' Seri Abdullah Nasution (2014)

Pada hemat saya, seharusnya, sebagai mantan Panglima Tentera Udara, almarhum Datuk Mohamed bin Taib adalah layak dikurniakan anugerah PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri secara post-humous sebagai mengenang jasa dan sumbangan baktinya kepada Malaysia, ATM dan TUDM khasnya.

3 comments:

  1. Thank-you for the testimonial from his sons and daughter. He is missed and loved by his family. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Good write up bro.An examplary leadership of DMT.

    ReplyDelete
  3. I've just read your blog Sir. Even though I'm just a civilian but I can feel your deepest passion and ignite towards Armed Forces especially Air Force. I've always admired and respected all men and women of Armed Forces and the sacrifices they have done for our country.

    ReplyDelete