Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Sunday, January 15, 2023

MIL 148: PENERBITAN BUKU MEMOIR PUTERA LAPIS MAHANG

  

PESARA & PENULIS


JILID I
ANAK JAWA JOHOR

HARGA RM35.00











JILID II
KECUNDANG 
DI PINTU MENARA GADING

HARGA RM35.00












JILID III
LUTUT BENGKOK
PEHA PARAS HENTAK PADAT

HARGA RM40.00













TEMPAHAN
DENGAN HARGA ISTIMEWA
SILA HUBUNGI PENULIS
019-2320386






CC

Wednesday, October 9, 2019

MIL147 : PANGLIMA SETIA ANGKATAN TENTERA


MENERIMA ANUGERAH 'PSAT'

Dalam perkhidmatan ATM, menerima anugerah atau pengiktirafan adalah sesuatu yang amat penting kepada organisasi dan individu. Anugerah dalam bentu Sijil Penghargaan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Green Endorsement, Pingat Keberanian mahu pun Darjah/Pingat Kebesaran (sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau pun Perkhidmatan ATM).

Penulis menerima salinan kawat bertarikh 12 September 2019 yang menyatakan bahawa penulis merupakan salah seorang penerima anugerah Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Kelas Kedua iaitu Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) bersempena dengan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke 86 pada 16 September 2019.

Sudah tentu, ia satu berita yang memeranjatkan dan amat menggembirakan. Apatah lagi dalam keadaan diri penulis yang telah menjalani latihan peralihan selama hampir dua bulan dan telah meninggalkan pejabat (jawatan terakhir) sejak 21 Mei 2019 yang lalu.

Syarat dan kelayakan untuk menerima Darjah Kepahlawanan PSAT ialah:

(1)  Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas atau Pegawai Tentera negara asing yang setaraf.

(2)  Kompisisi anugerah yang diterima ialah; Selempang Anugerah, Lencana Darjah, Bintang Darjah dan Bar reben berserta tiga semat bintang bucu lima.



Dalam senarai kekananan Darjah/Bintang/Pingat Persekutuan dan Negeri-Negeri di Malaysia yang berjumlah hampir 250, kedudukan PSAT adalah yang ke 45. Secara umumnya kedudukan PSAT ialah selepas Darjah/Bintang Kebesaran Persekutuan yang membawa gelaran Tan Sri dan Datuk (PJN dan PSD) serta semua Darjah/Bintang Kebesaran 'Kelas Pertama' Negeri  yang membawa gelaran Dato' Seri/Dato' Sri/Datuk Seri/Datuk Wira/Dato'. 

Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT)

Darjah dan Pingat lain di dalam senarai DKAT ialah:

(1)  Kelas Pertama: Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) yang dianugerahkan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara dan juga pengurniaan Kehormat kepada Panglima-panglima Tentera negara asing yang setaraf. 

(2)  Kelas Kedua: Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)  yang dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Mejar Jeneral setaraf dan ke atas dan juga Pegawai Tentera Negara Asing yang berpangkat setaraf.

(3)  Kelas Ketiga: Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) yang dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Kolonel dan Brigedier Jeneral setaraf dan juga Pegawai Tentera Negara Asing yang berpangkat setaraf.

(4)  Kelas Keempat: Kesatria Angkatan Tentera (KAT) yang dianugerahkan kepada Pegawai-pegawai ATM berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf kebawah (lazimnya sehingga Kapten sahaja) dan pegawai-pegawai Tentera Asing berpangkat setaraf.

(5)  Kelas Kelima: Bentara Angkatan Tentera (BAT) yang dianugerahkan kepada anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam ATM (biasanya paling rendah sehingga Sarjan sahaja). Manakala anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Asing juga boleh dianugerahkan Darjah BAT Kehormat.

Terima Kasih

Tentunya anugerah ini amat memeranjatkan kerana penulis telah pun berada dalam percutian sebelum bersara wajib pada 21 November 2019, kira-kira 2 bulan lagi.

Sebelum ini penulis pernah menerima DKAT sebanyak dua kali, iaitu Kesatria Angkatan Tentera (KAT) pada tahun 2005 semasa berpangkat Leftenan Kolonel TUDM dan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) pada tahun 2015 semasa berpangkat Kolonel TUDM.

Kurniaan darjah PSAT sememangnya di luar jangkaan penulis kerana jumlah kuota penerimanya amat terhad (hanya 4 penerima dari TUDM setiap tahun) dan masih ramai pegawai berpangkat Mejar Jeneral TUDM yang masih belum menerimanya. Apa lagi, penulis masih baru menyandang pangkat ini (mulai 9 April 2019) dan telah berada di hujung tempoh latihan peralihan.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah (swt) yang memberikan aku dengan pelbagai rezeki dan kehormatan di hujung perkhidmatan walaupun aku insaf bahawa diriku ini terlalu banyak dosa dan keaiban yang hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Allahu Akbar.

Terima kasih kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Panglima Tentera Udara (PTU) yang menyokong aku untuk melayakkan diri sebagai penerima Darjah Kebesaran ini.

Istiadat Pengurniaan DKAT pada 8 Oktober 2019

Istiadat pengurniaan DKAT untuk tahun ini dilaksanakan dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada 8 Oktober dan sesi kedua pada 9 Oktober. Raptai diadakan pada 7 Oktober. Raptai dan istiadat  di Istana Melawati, Putrajaya. Istiadat Pengurniaan disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin alMustafa Billah Shah ibni almarhum Sultan Haji Ahmad Shah alMustaain Billah.













Tiga pegawai kanan TUDM lain yang menerima anugerah yang sama dalam majlis ini ialah:

(1)   Mej Jen Dato' Hj Mohd Yazid bin Arshad TUDM.
(2)   Mej Jen Dato' Mohammad Norazlan bin Aris TUDM.
(3)   Mej Jen Dato' Hj Sardon bin Hassan TUDM.

Penerima PSAT dari TDM seramai 13 orang iaitu Lt Jen Dato' Dr Mohd Amin bin Muslan, Mej Jen Dato' Mohd Anuar bin Rijaluddin, Mej Jen Dato' Ahmad Nasir bin Abd Rahman, Mej Jen Dato' Mahendra Sivapatha Sundram, Mej Jen Dato' Mohd Zulkipli bin Zahir, Mej Jen Dato' Hj Azlan bin Abd Rahman, Mej Jen Dato' Md Din bin Abu, Mej Jen Dato' Hj Mohd Yusof bin Aziz, Mej Jen Dato' Hj Hasim bin Jabar, Mej Jen Dato' Badrul Hisham bin Mohamed, Mej Jen Dato' Mohd Hasan bin Loman, Mej Jen Dato' Rezil bin Shahidin dan Mej Jen Abd Malik bin Jiran.

Manakala 5 penerima dari TLDM ialah Laksda Ir Shaiful Adli Chung bin Abdullah, Laksda Dato Sabri bin Zali, Laksda Dato' Muhamad Ridzuan bin Abd Rahman, Laksda Datuk Hj Mohd Ridzuan bin Hamzah dan Laksda Khalid bin Jaafar.

Ramai juga pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat bersamaku di KOMLEK (MK ATM) yang menerima pingat seperti Kol Ben Khada bin Yusof TUDM, Lt Kol Erman Shah RSD, Lt Kol Roslinda binti Mohamed RSD, Lt Kol Shahimi bin Pa' Wan RSD dan Mej Ulul Azmi bin Ismail RSD. TAHNIAH

Semoga anugerah ini akan menyumbangkan semangat kepada adik-adikku yang masih berkhidmat dalam ATM untuk terus bekerja bersungguh-sungguh dan bersemangat dan sentiasa mengutamakan pencapaian dan kecemerlangan.


Thursday, August 29, 2019

MIL 146: KURSUS PRA PERSARAAN



HEBATKAN PERHEBAT


Penulis berpeluang menghadiri Kursus Pra Persediaan Persaraan (PPP) Pegawai-Pegawai ATM Siri 3/2019 di PERHEBAT Sungai Buloh dari 26 hingga 29 Ogos 2019. Sepatutnya kursus ini dihadiri sebaik-baiknya dua ke tiga  tahun sebelum tarikh persaraan sebenar bagi membolehkan bakal pesara mendapat maklumat untuk merancang aktiviti yang bersesuaian setelah bersara.

Tidak semestinya pesara ATM perlu membina kerjaya baru. Pun begitu, PERHEBAT lebih memberi keutamaan kepada anggota lain Lain Pangkat (LLP) yang berhenti awal atau bersara pada usia awal 40an dan pegawai-pegawai ATM dari Tauliah Jangka Pendek (TJP) atau bersara awal bagi membolehkan mereka membina kerjaya baru setelah menamatkan perkhidmatan pada usia yang masih produktif dan marketable.

Kursus PPP ini bukan memberi apa-apa kemahiran tetapi memberi maklumat supaya bakal pesara lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan di dunia awam serta boleh mula memikirkan apakah bidang yang bersesuaian dengan minat mereka.

Sebahagian pesara (pegawai) ATM telah mempunyai kelayakan akademik atau profesional yang bernilai tinggi dan tiada masalah bagi mereka untuk mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi. Namun sebahagiannya memerlukan bimbingan untuk memilih hala tuju yang sesuai untuk mereka.

PERHEBAT

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera atau PERHEBAT ditubuhkan pada 30 Ogos 1994 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke 4, YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad. 

PERHEBAT telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, 1994 di bawah kuasa Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Penubuhan perbadanan ini adalah atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994.

Objektif penubuhan PERHEBAT secara umumnya ialah untuk menjalankan apa-apa bentuk aktiviti berhubung dengan penggalakan pembangunan sosio-ekonomi personel bersara dan personel akan bersara melalui latihan.

Manakala objektif khususnya ialah:

(1)    Memberi latihan berkualiti kepada personel bersara dan personel akan bersara yang mengikuti kursus dalam bidang vokasional dan keusahawanan, selaras dengan perkembangan semasa.

(2)    Memastikan pengurusan PERHEBAT, tenaga pengajar dan kakitangan sokongan adalah terlatih, mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing.

(3)    Menyediakan kurikulum latihan yang berkualiti tinggi, selari dengan kehendak industri dan perkembangan teknologi terkini dan persijilan badan pentauliahan dalam dan luar negara.

(4)    Mengamal urus tadbir yang cekap bagi menyediakan prasarana latihan, peralatan dan bahan latihan sentiasa mencukupi serta menepati kehendak latihan

Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 5 Tahun 2005 telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:

(1)    Menganjurkan program promosi dan khidmat nasihat bersama Markas Perkhidmatan, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Pegawai Memerintah Pasukan/Unit.

(2)    Memproses dan menyokong semua permohonan yang diterima daripada Markas Perkhidmatan dan dikembalikan untuk kelulusan.

(3)    Mengendali dan mengurus semua aktiviti dan program Latihan Peralihan yang dilulus oleh JPPLP termasuk pembiayaan.

(4)    Mengatur dan mengawal selia pelaksanaan Latihan Peralihan di Kompleks PERHEBAT atau di institusi latihan di luar PERHEBAT.

(5)    Menentu pelaksanaan Latihan Peralihan mematuhi piawaian Jawatankuasa Penilaian dan Piawaian Latihan Peralihan serta selari dengan Konsep Latihan Kemahiran ATM.

(6)    Menyedia laporan prestasi anggota kepada Markas Perkhidmatan.

(7)    Menyedia statistik dan pangkalan data yang bersesuaian untuk pembangunan serta perancangan strategik Latihan Peralihan.

Perintah LTAT (Pindaan 2005)  telah menggariskan tanggungjawab PERHEBAT seperti berikut:

(1)    Menjalan dan menguruskan apa-apa bentuk aktiviti yang berhubungan dengan program-program latihan bagi personel bersara dan personel akan bersara.

(2)    Mengadakan kemudahan latihan dan mengawal serta mengawasi pelaksanaan program latihan.

KURSUS
PRA PERSEDAAN PERSARAAN

KURSUS PPP SIRI 3/2019

Kursus ini dihadiri oleh seramai 72 peserta dari pangkat Kapt ke Mej Jen dari ketiga-tiga perkhidmatan. Kebetulan, penulis merupakan peserta yang paling senior. Next senior ialah Brig Jen Dato' Zarondin Md Amin, Komander ATB 2. Bagaimanapun beliau hanya hadir hingga hari kedua sahaja kerana terpaksa ke MINDEF untuk majlis kenaikan pangkat beliau ke Mejar Jeneral. TAHNIAH Dato'.

Bagi diri penulis penyertaan ini sudah terlalu lewat. Sepatutnya penulis telah menghadirinya di awal tahun 2018 lagi. Namun telah ditetapkan Allah demikian kerana sepanjang tahun 2018, penulis tidak mempunyai ruang langsung untuk mengambil peluang ini.

Kandungan kursus ialah:

(1)   Mengurus Mind Set oleh Tuan Haji Hassan Al Basri.
(2)   Pengurusan Kewangan Persaraan oleh Tuan Haji Awang @ Musran bin Tawil dari Bank Muamalat.
(3)   Psikologi Persaraan oleh Mej Ibrahim Omar (B) dari PERHEBAT.
(4)   Urusan Gaji dan Penyelesaian Cukai oleh  Lt Kol Ibni Abbas bin Chik dari UGAT.
(5)   Proses Dokumentasi Pemberhentian & Persaraan Pegawai ATM  oleh Kapt Farah Syafinaz binti Shahrudin dari JRP.
(6)   Proses Pendaftaran Syarikat oleh  Encik Fairuz Azli bin Abd Hamid dari PERHEBAT.
(7)   Promosi Kursus Peruncitan oleh  Encik Shamsul Alimin Abdullah dari Kolej peruncitan PERNAMA.
(8)   Opportunity for Higher Income Through Professional Status oleh Dr Mazlee Md Ramli (Consultant).
(9)   Selangkah Ke arah Keusahawanan oleh Datuk Rozman bin Hussin (Usahawan).
(10)  Promosi IKS dan Pengurusan Acara oleh Encik Fairuz Azli bin Abd Hamid dari BPSPP PERHEBAT.
(11)  Recognised Prior Experiential Learning (RPEL) oleh Encik Anis bin Baharudin.
(12)  Lubuk Duit Bursa Saham oleh Encik Razali bin Mohammad dari RHB Bank.
(13)  Peranan dan Tanggungjawab JHEV - wakil JHEV tidak hadir.

Perasmian penutupan Kursus PPP Siri 3/2019 dilaksanakan oleh Pengerusi PERHEBAT, Lt Jen Dato' Seri Haji Abdul Aziz bin Ibrahim.




Kursus ini juga melibatkan lawatan industri ke tapak usahawan bekas ATM yang berjaya iaitu Pine Kitchen Bangi milik Mej  Ahmad Zahiri bin Zainuddin (B). Belau adalah bekas pegawai Kor Armor Diraja yang mengusahakan pelbagai perusahaan sederhana seperti ladang nenas, restauran, ladang ternakan itik, kolam ikan dan sewaan kereta. 

Selaku peserta paling senior aku diberi penghormatan untuk mewakili peserta kursus untuk memberi ucapan semasa lawatan industri dan majlis penutup kursus. 

Semoga warga ATM mendapat manfaat dari penubuhan PERHEBAT dan terus sukses setelah meninggalkan perkhidmatan.

Pine Kitchen Bangi

bersama Mej Ahmad Zahiri (Bersara) usahawan dan pemilik Pine Kitchen Bangi







KESIMPULAN

Warga ATM mempunyai keistimewaan tersendiri. Terlalu banyak kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu veteran tentera. Oleh itu janganlah persia-siakan peluang yang ada. TIDAK WAJAR sama sekali jika ada veteran ATM yang tidak mempunyai pekerjaan apa lagi melarat kecuali MALAS atau mempunyai masalah penyakit kronik. Terlalu mudah mencari wang dengan sedikit sahaja usaha dan kemahuan. Modal bukan satu alasan.

MASALAH besar veteran ATM yang baru bersara ialah sifat TAMAK mahu cepat kaya. Mereka laburkan wang faedah persaraan ke tempat yang salah. Ada di kalangan mereka juga jadi mangsa sindiket penipuan atau skim cepat kaya (akibat terlalu tamak mahu mendapat pulangan dalam masa yang cepat tanpa bekerja). Segelintir juga lupa daratan, berkahwin lain, meninggalkan keluarga (teraniaya), menyimpan perempuan, berjudi dan sebagainya.  

Ramai veteran ATM yang telah berjaya setelah melalui titian dan bimbingan yang disediakan oleh PERHEBAT. Diharapkan mereka terus menghubungi PERHEBAT untuk menghebatkan lagi PERHEBAT untuk terus membantu warga veteran ATM yang lain
.

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang peranan dan kemudahan latihan dan bantuan yang disediakan oleh PERHEBAT, sila layari portal mereka:



COMPANY DIRECTOR TRAINING PROGRAMME
ESSENTIAL (CTDPE)

CDTPE 2/2019 di Bilik Enggang, SSM, Tingkat 10, Menara Sentral, Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 September 2019.  Program ini disertai oleh 30 peserta berpangkat Kolonel (dan setaraf) ke atas:
  • 1 x Lt Jen TUDM
  • 8 x Mej Jen/setaraf (4 TDM dan 4 TUDM)
  • 10 x Brig Jen/setaraf (6 TDM, 2 TLDM dan 2 TUDM)
  • 6 x Kol/setaraf (2 TDM, 1 TLDM dan 3 TUDM)




Bagi pelajaran hari pertama berkaitan Undang-Undang dan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) ia merupkan perkara baru. Walaupun semasa belajar subjek Undang-Undang Perniagaan di ITM (kursus Diploma in Business Studies) lebih 30 tahun yang lalu, penulis pernah mempelajarai subjek ini, tetapi sudah terlalu lama dan banyak seksyen dalam Akta Syarikat (dulu guna Akta Syarikat 1965) telah dipinda.

Pelajaran hari kedua yang melibatkan laporan kewangan juga pernah penulis belajar semasa di ITM (dulu ada 3 subjek Accounting) dan semasa membuat MBA di UKM (subjek Managing Accounting). Tetapi pelajaran teori (oleh pensyarah universiti) untuk lulus peperiksaan amat berbeza dengan pelajaran melalui real world yang diajar oleh konsultan. Memang sangkut. Sepatutnya banyak boleh membantu tetapi banyak sangat sudah lupa.


   



Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan apabila diperlukan sama ada oleh diri sendiri ataupun oleh orang lain kelak.


Saturday, August 17, 2019

MIL 145: MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT TUDM 2019


MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT 
SEMPENA PERSARAAN
PEGAWAI-PEGAWAI KANAN TUDM

Pada 16 Ogos 2019, TUDM telah menganjurkan Majlis Makan Beradat sempena persaraan 17 orang Pegawai-pegawai Kanan TUDM sepanjang tahun 2018 dan 2019 (termasuk diri penulis). Majlis ini telah diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Pegawai-pegawai kanan yang diraikan adalah:

(1)   Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yayaha TUDM - Juruterbang Angkut
(2)   Mej Jen Dato' Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM - Juruterbang Helikopter
(3)   Mej Jen Dato' Hj Mohd Faudzi bin Ahmad TUDM - Juruterbang Pejuang
(4)   Mej Jen Dato' Hj Abdul Manaf bin Md Zaid TUDM - Juruterbang Angkut
(5)   Mej Jen Hj Toharuddin bin Abd Rasid TUDM - Materiel
(6)   Mej Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM - Juruterbang Helikopter
(7)   Mej Jen Dato' Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM - Juruterbang Angkut
(8)   Brig Jen Dato' Jumali bin Salamat TUDM - Juruterbang Angkut
(9)   Brig Jen Sun Thong a/l Eh Kaue TUDM - Juruterbang Pejuang
(10) Brig Jen Dato' Suhaimi bin Hussain TUDM - Juruterbang Helikopter
(11) Brig Jen Shafiq bin Jahudi TUDM - Tadbir
(12) Brig Jen Ahmad Afandi bin Shuib TUDM - Jurutmalim
(13) Brig Jen Ahmad Rafdzi bin Ab Rashid TUDM - Kejuruteraan
(14) Kol Lim Thian Hu TUDM - Juruterbang Pejuang
(15) Kol Ghazali bin Yayah TUDM - Juruterbang Pejuang.
(16) Kol Abdul Razak bin Mat TUDM - Pengurusan Ruang Angkasa
(17) Kol Shamsul Afkar bin Abd Rahman TUDM - Juruterbang Helikopter

Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang diraikan di sepanjang perkhidmatan di dalam TUDM khasnya.

Hadir sama memberi penghormatan di majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain beserta pasangan masing-masing.

Seluruh warga TUDM amnya mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada semua pegawai kanan yang diraikan. Jasamu dikenang.

(petikan dari laman facebook TUDM)


TOP 5 TUDM
Lt Jen Dato Hj Asghar Khan, Lt Jen Dato Sri Hj Ackbal, Jen Tan Sri Dato Sri Hj Affendi, Lt Jen Dato Hj Kamalruzaman dan Lt Jen Dato Sri Hj Abdul Mutalib.

Yang diraikan dan isteri bersama-sama dengan Pegawai-pegawai tertinggi (Top 5) dan isteri

Pegawai kanan yang diraikan bersama-sama dengan Pegawai-pegawai tertinggi TUDM

Isteri pegawai yang diraikan bersama-sama dengan isteri Pegawai-pegawai tertinggi TUDM

menerima cenderahati dari YBhg PTU


PTU memberikan ucapan penghargaan


rakan seperjuangan intake TJP 37
dari kiri: Brig Jen Shuairi, Brig Jen Felix, Mej Jen Datuk Romlee, Lt Jen Dato Kamalruzaman, Mej Jen Toharudin, Mej Jen Dato' Hj Khairil Asri dan Brig Jen Dato Jumali.
Tiada dalam gambar: Brig Jen Dato' Hj Sanusi, Kol Hj Abd Razak Mat, Kol Hj Sabri dan Kol Tamilanty.