Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, September 27, 2025

M 160 : PERSATUAN VETERAN TUDM

"POST RETIREMENT POST"
- PART TWO -
PERSATUAN VETERAN TUDM
(5702)

Setelah rasmi bersara pada 22 November 2019 dan berpindah dari OMQ No 25, Jalan Handalan 4/4, Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa (Kem KEMENTAH)  ke Taman Ampangan, Seremban, penulis aktif dalam khidmat masyarakat melalui Masjid AlMunawwarah Kariah Panchor Jaya.Kesah ini telah penulis ceritakan dalam Episod M 149.  Penulis telah diberi kepercayaan menerajui pengurusan Masjid tersebut dari 1 April 2021 hingga 31 Disember 2024.

Selain dari itu, sejak memulakan persaraan terutamanya ketika menghadapi tempoh PKP (wabak Covid-19) yang agak panjang, penulis aktif menulis Memoir.  Nasib baik laptop penulis tidak pernah bermasalah, kalau tidak susah juga mencari kedai ketika PKP. Dalam tempoh 3 tahun tersebut, penulis berjaya menerbitkan 4 buah buku Memoir. Sebenarnya, penulis ada 16 jilid yang sedia untuk diterbitkan namun masalah kewangan serta pasaran menyebabkan usaha penulis tergendala Sekadar mampu menerbitkan 4 jilid sahaja, lagi 12 terpaksa disimpan di dalam pen drive.

Setelah menamatkan khidmat di Masjid tersebut, penulis mencari platform untuk menyumbangkan khidmat.

Dipendekkan cerita, kebetulan pada 7 September 2025 telah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) Persatuan Veteran TUDM Cawangan Negeri Sembilan (PVTUDMNS) kali ke 7 di Dewan Angkasaraya, PU Sendayan. 

Kali pertama penulis menghadiri aktivitinya adalah dalam Majlis Hari Raya tahun 2022 di PU Sendayan juga. pada Mesyuarat Agong, iaitu beberapa bulan setelah menjadi ahli Cawangan Negeri Sembilan. Penulis kurang berminat mengikuti aktiviti Persatuan kerana penulis agak sibuk dengan tugasan sebagai Pengerusi Masjid.

MAT ke 7 merupakan kali pertama yang penulis hadiri sejak bersara.  MAT setiap tahun, tetapi MAT dengan pemilihan diadakan dua tahun sekali.  Ini bermakna Mesyuarat Agong pertama diadakan pada tahun 2019.  Pengerusi PVTUDMNS yang direkodkan setakat ini ialah:
  • Mej Hj Ahmad Ishak bin Dollah TUDM (B) - dari 2019 hingga 2023.
  • Kol Hj Jemaat bin Atan TUDM (B) - dari 2023 hingga 2025.
Manakala Penasihat PVTUDMNS adalah:
  • Brig Jen Dato' Hj Zulkifli bin Mohd Nor TUDM (B) - dai 2019 hingga 2023.
  • Mej Jen Dato' Hj Muhammad Muzammir Ong bin Abdullah TUDM (B) - dari 2023 hingga 2025.
Kol Hj Jemaat Atan- Pengerusi 2023-2025

Pengerusi dan Timbalan Pedngerusi (2023-2025)




yang lama dan yang baru

Barisan AJK baru

Penasihat beri penghargaan untuk Pengerusi yang pergi

Penghargaan Pengerusi baru kepada Penasihat yang pergi


Barisan Ahli Jawatan Kuasa PVTUDMNS yang dipilih dalam MAT kali ke 7 adalah seperti berikut:
  • Penasihat: Mej Jen Dato' Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM (B).
  • Pengerusi: Lt Kol Razali bin Abd Rahman TUDM (B).
  • Timbalan Pengerusi: Mej Norhelmie bin  Halim (B).
  • Setiausaha I: PW U I (B) Adam bin Zahari.
  • Setiausaha II: PW U I (B) Amir bin Ismail.
  • Bendahari: PW U II Noezar binti Mohamed.
  • Naib Pengerusi Kanan (Strategi Komunikasi & Dana): Brig Jen Dato' Fadzillah binti Abdullah TUDM (B).
  • Naib Pengerusi I (Keahlian): PW U I (B) Derma Rajan a/l R. Kochi Rajan.
  • Naib Pengerusi II (Sosio-Ekonomi): PW U I (B) Siti Salhah binti Bakar.
  • Naib Pengerusi III (Kebajikan): PW U I (B) Md Zin bin Hj Ibrahim.
Juru Audit I: PW U I (B) Jamaludin bin Peai.
Juru Audit 2: Puan Kamariah binti Mohd Nordin.

Manakala AJK yang dilantik adalah seperti berikut:
  • Pengurus Zon:
    • Seremban 
      • Nilai
      • Mantin
    • Port Dickson
    • Kuala Pilah
    • Jempol
    • Rembau
    • Tampin
      • Gemas
    • Jelebu
  • AJK Multimedia
  • AJK Keusahawanan
  • AJK Hal Ehwal Balu
  • AJK Tugas Khas
  • AJK Agama dan Keraian

MESYUARAT AJK SIRI 1/2025



Penasihat

Pengerusi (kanan) dan Timbalan



SEJARAH 
PERSATUAN VETERAN
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Persatuan Veteran ATM (PVATM) ditubuhkan pada 20 Mei 1922, merupakan sebuah persatuan berdaftar yang tertua di negara ini.  Nama asalnya ialah Ex-Services Association of Malaya (ESAM) dan telah diterima menjadi ahli gabungan British Empire Services League (BESL) pada 22 Mei 1922. Inisiatif untuk menubuhkan persatuan ini dilakukan oleh bekas-bekas anggota tentera British dan beberapa buah negara Eropah yang pernah berkhidmat di Malaya ketika Perang Dunia I. Mereka ini juga turut disertai oleh pegawai-pegawai ekspatriat British yang berkhidmat di Malaya.
 
Pada awal penubuhannya pertubuhan ini diketuai oleh Mr. Frederick William  Palmar (merangkap Pengerusi Cawangan Selangor) dari 1922-1927. Pada ketika itu persatuan ini ditubuhkan bagi membolehkan ahli-ahli bergerak dalam kegiatan sosial sahaja. Aktiviti persatuan ini terhenti akibat meletusnya Perang Dbunia II (1942-1945) dan diaktifkan semula pada tahun 1946 di Selangor dan dituruti oleh negeri yang lain. 

Persatuan ini terus berkembang dan keanggotaan persatuan ini terus bertambah  dengan tertubuhnya Askar Melayu pada tahun 1933, diikuti oleh veteran dari Pasukan Federation of Malaya Volunteer Force (FMVF), Force 136, Area Security Unit (ASU), Jungle Squad dan pasukan-pasukan kawalan kampong (Home Guard) yang diwujudkan semasa dan selepas Perang Dunia II. 
 
Pada 1958, British Empire Service League telah menukar namanya kepada British Commonwealth Ex-Services League (BCEL) dan ESAM turut menjadi ahli gabungan BECL sehingga sekarang. Sejak ia digerakkan semula, sebuah urusetia telah dibentuk dan pentadbirannya telah diubahsuai, segala urusan pentadbiran dan urusan mesyuarat persatuan dilaksanakan oleh sebuah firma setiausaha yang dilantik iaitu  Walgrems Ltd. Menerusi urusetia inilah sebuah persatuan veteran tentera telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada tahun 1966 dengan nama Persatuan Bekas Perajurit Malaya (PBPM)
 
Pada tahun 1967, dua buah lagi negeri telah diterima menjadi ahli gabungan ini, iaitu Sabah dan Sarawak dan selepas itu nama persatuan ini ditukar kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM). Jumlah keahliannya meningkat dari  2,607 orang pada tahun 1957 kepada 7,442 (1970) dan 16,257 (1974). 
 
Nama Persatuan ini sekali lagi telah ditukar kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pada 28 Julai 1998. 

Akta Veteran 2012 (Akta 740) ialah undang-undang pertama untuk memperundangkan hal ehwal berkaitan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang memperuntukkan pendaftaran persatuan veteran dan mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM sebagai Badan Pendaftar, dengan Ketua Pengarah JHEV menjadi Pendaftar Persatuan Veteran. Akta ini juga menetapkan hanya persatuan veteran yang berdaftar sahaja yang dibenarkan menganjurkan aktiviti berkaitan veteran ATM. 

Berikutan dengan wujudnya Akta Veteran 2012, pada tahun 2013, nama PBTM ditukarkan kepada Persatuan Veteran ATM (PVATM) atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut “Veterans Association of Malaysian Armed Forces” (VAMAF).  Jumlah keahlian PVATM kini melebihi 160,000 orang dan mempunyai 246 cawangan.
 
Mengikut rekod dan catatan yang ada, tarikh penubuhan setiap Negeri/Bahagian adalah Selangor (1922/1952), Pulau Pinang (1950), Kedah (1968), Perak (1951/1987), Negeri Sembilan (1968), Sarawak (1957/1967), Perlis :(1968), Kelantan (1968), Pahang (1968), Johor (1968), Melaka (1968), Terengganu (1968), Wilayah Persekutuan (1976) dan Sabah :(1977).

Kerajaan Malaysia mengiktiraf PVATM sebagai peneraju dan penggerak perjuangan seluruh Veteran di Malaysia. Dengan itu, PVATM mempelopori perjuangan secara berhemah bersandarkan kepada perjuangan “Satu suara, Satu nada” dalam bersama berusaha memperjuangkan kepentingan seluruh Veteran di Malaysia.

https://pvatm.com.my/#:~:text=Sentiasa%20Berjuang,ini%20ditubuhkan%20sehinggalah%20kedudukannya%20sekarang.
https://pvatm.com.my/about-2/
https://www.jhev.gov.my/mengenai-kami/latar-belakang/akta-veteran-2012#:~:text=Akta%20Veteran%20ATM%202012%20(Akta%20740)%20telah,pendaftaran%20persatuan%20veteran%20dan%20veteran%20adalah%20di

Persatuan Veteran TUDM merupakan sebahagian dari PVATM (mengikut Akta Veteran ATM 2012). Peranan PVTUDM adalah:

  • Pusat Rujukan Tenaga Pakar: PVTUDM berperanan sebagai pusat rujukan bagi agensi yang memerlukan tenaga pakar dan pekerja berkemahiran dalam pelbagai bidang yang dimiliki oleh pesara TUDM;
  • Bantuan Kebajikan dan Sokongan: Persatuan ini menyediakan bantuan kebajikan kepada ahli-ahlinya, termasuk usaha untuk mencari dan mengumpul dana bagi tujuan tersebut;
  • Memartabatkan dan Membela Veteran: PVTUDM aktif dalam memperjuangkan hak dan kepentingan para veteran, memastikan mereka tetap disanjung dan dihormati oleh masyarakat;
  • Membina Imej Veteran: Persatuan ini turut menyumbang bakti dalam membantu dan membina imej positif para veteran dan bekas-bekas tentera, baik di peringkat kebangsaan mahupun tempatan; dan
  • Sokongan Peringkat Daerah dan Negeri: Ketua-ketua cawangan PVTUDM di seluruh negara diarahkan untuk memastikan ahli-ahli menerima sokongan dan bantuan yang sewajarnya di negeri dan daerah masing-masing.

UNTUK MELIHAT PERLEMBAGAAN PVTUDM, SILA LAYARI LAMAN SESAWANG BERIKUT:

   https://online.anyflip.com/wqpe/mute/files/basic-html/page2.html 

.

No comments:

Post a Comment