Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang
YANG AWAL DAN YANG AKHIR

Saturday, July 14, 2018

AF 121: MERENTAS BENUA


KERANA  'ATM'  AK
MAMPU MERENTASI bENU A
Image result for globe

Setiap orang sayangkan tanah air atau negara tempat tumpah darah atau tempat kelahirannya. Kalau boleh juga kita mahu mati di tanah air sendiri.  Walaupun apabila kita telah mati, yang dikuburkan hanya jasad, hanya amal kebajikan sahaja yang boleh membantu ruh kita hingga ke alam akhirat kelak.  Namun adat kita, kalau boleh nesan kubur kita dapat dikenali supaya anak cucu kita dapat ziarahinya dan membacakan doa. Walhal, anak yang soleh boleh mendoakan kesejahteraan ruh ibu bapanya di mana-mana sahaja. 

Kadang kita mengharap agar kita dapat mati di Mekah supaya dikebumikan di bumi kelahiran Rasulullah s.a.w.  Tapi, bila kita nak ke Mekah, kita berdoa agar kita dapat kembali ke negara kita dengan selamat dan menemui ahli keluarga.

Aku adalah antara pegawai-pegawai TUDM yang tidak pernah mendapat peluang mengikuti kursus di luar negara. Lazimnya (dalam tahun-tahun 80an, 90an, dan awal 2000, sebagai pegawai Materiel atau Logistik TUDM, peluang mengikuti kursus ke luar negara telah diberi semasa berpangkat Leftenan atau Kapten TUDM. Antara kursus yang biasa diberikan kepada pegawai Materiel adalah dalam kepakaran Supply Officer, Air Movement, Fuel Quality dan Explosive Management  di Australia (di bawah MAJDP) manakala FMS, Finance/Budgeting dan Armament Management di USA (di bawah program IMET). Walaupun semasa mengikuti Basic Logistics Officer (1983) aku mendapat kedudukan Top 3, nama aku tak pernah terpilih untuk mengikuti kursus luar negara. Panggil untuk English Test pun tak pernah.

Mungkin kepimpinan Materiel TUDM masa itu tidak meletakkan nama aku sebagai pegawai yang dilatih untuk mempunyai kepakaran atau sebagai pelapis kepada kepimpinan Materiel. Dulu-dulu, pegawai yang tidak tersenarai ini akan bersara dalam pangkat Mejar sahaja.

Namun , aku bersyukur kepada Allah kerana sepanjang hampir 40 tahun berkhidmat dalam TUDM aku berpeluang melawat banyak negara asing.  Ia bermula agak lewat, iaitu 11 tahun setelah aku berkhidmat dalam TUDM. Negara asing pertama yang aku lawati secara rasmi ialah Indonesia (negara Asia Tenggara) sebagai Logistic Liaison Offcer semasa Exercise Elang-MALINDO. Setelah 16 tahun berkhidmat baru berpeluang untuk melepasi wilayah Asia Tenggara, iaitu India.

Selepas itu, peluang untuk aku pergi ke luar negara semakin kerap. Satu demi satu negara asing dapat ku jejaki atas tugas rasmi jawatan yang aku sandang. Namun peluang berkursus ke luar negara tetap TIADA. Senggalah pada tahun 2013 (setelah 32 tahun berkhidmat), aku ditawarkan mengikuti kursus di staf di KNDU Korea tetapi tawaran tersebut telah aku tolak.


JAUH PERJALANAN BANYAK PENGALAMAN

Berikut, aku ingin berkongsi pengalaman ringkas perjalananku ke luar negara sejak aku dilahirkan.

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak, di mana UNGKAPAN ke luar negara itu sendiri tidak pernah sama sekali terlintas dalam benak anak kampung ini. Malah sehingga tamat sekolah rendah sekali pun, angan-angan ke luar negara belum mampu mencari tempat dalam mindaku.

Yang kita tau, satu waktu nanti kita akan ke Mekah kerana menunaikan ibadah Haji. Itu pun bersandarkan kepada pengalaman saban tahun melihat satu persatu datuk nenek dan saudara yang yang menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Begitulah naivenya kami, anak-anak Melayu kampung di tahun 60an. Apa yang kami tahu ialah bangun pagi ke sekolah, belajar untuk kejar nombor satu dalam kelas (hanya seorang yang akan dapat). Ada yang tak pernah berusaha pun untuk mencapai cita-cita itu. Sekadar ke sekolah kerana dasar Kerajaan kata, umur 7 tahun mesti masuk sekolah rendah.

SEBELUM MASUK ATM


PULAU BUKOM, SINGAPURA (?)<1965 u="">

Pulau Bukom dari udara

Pulau Bukom yang berkeluasan 1.45km persegi merupakan sebuah pulau kecil yang menempatkan shell refinary installation.  Pulau Bukum adalah milik negara Singapura. Singapura.  

Aku tidak dapat mengingati tahun yang tepat aku pergi ke pulau ini. Yang pasti, aku masih belum bersekolah. Mungkin juga waktu itu, Singapura masih sebahagian dari negara Malaysia. Aku ke sana dengan menaiki bot/kapal/feri untuk menziarahi bapa saudaraku (almarhum Shamsudin atau kami panggil Wak Sam). Wak Sam berkerja dengan Syarikat Shell dan diberi rumah (quarters) di pulau itu.  Sebahagian besar dari pulau kecil itu dipenuhi dengan tangki dan loji memproses minyak.


SELEPAS MASUK ATM

Image result for indonesian flag images

PONTIANAK, INDONESIA (1982)

Ini adalah kali pertama aku dapat peluang ke negara asing (atas nama tugas separuh rasmi) semasa dalam perkhidmatan TUDM. Masa tu aku bertugas di TUDM Kuching. Terdapat dua orang staf Operasi (dari Cawangan Kawalan Trafik Udara) yang ditempatkan di pejabat Air Liaison Officer (ALO) di Pontianak, Kalimantan Barat (KALBAR). ALO pada masa itu ialah Mej (U) Ramli bin Robani (bersara Kolonel). Kedua-dua staf (LLP ini menerima gaji tunai (gaji tepuk). Setiap bulan, Paymaster TUDM Kuching akan memberi peluang kepada pegawai-pegawai muda dalam pangkalan untuk mengikuti penerbangan bulanan untuk membayar gaji mereka. Kadang menaiki pesawat Nuri (7 Skn) dan kadang menaiki pesawat Caribou (dari 8 Skn Labuan).

Memang saja nak bagi peluang berjalan. Sepanjang tempoh bertugas di TUDM Kuching selama lebih 2 tahun aku berpeluang sebanyak dua kali terbang ke Pontianak.

Pengalaman pertama merentasi sempadan Indonesia memang menarik. Very enthusiastic. Masa itu, perkara yang menarik perhatian dan dicari ialah kaset lagu-lagu Indonesia (original) yang berharga rendah (Rupiah) berbanding dengan di Malaysia. Benda-benda lain yang dicari ialah cenderamata seperti pisau, parang, alat perhiasan kraftangan, kain batik, rokok kretek jenama ternama pada masa itu iaitu Djarum dan Gudang Garam. Buah salak juga murah.

Pemergian ke luar negara ini tidak menggunakan passport antarabangsa. Entah kenapa, mungkin hubungan baik antara ATM-TNI, kami dibenarkan terus masuk tanpa melalui imigresen atau kastam Indonesia.

Tiada bangunan tinggi di bandar Pontianak. Rasanya paling tinggi pun cuma 4 atau 5 tingkat sahaja. Reason, mungkin banyak tanah lagi di sini, berbanding bandaraya Jakarta.



aerial photo Bandar Pontianak
Image result for bandar pontianak kalimantan
Bandar Pontianak

Related image
antara jenis-jenis rokok jenama Gudang Galam


MEDAN, INDONESIA (1991)

Medan  adalah bandar di Indonesia kedua yang aku jejaki sejak memasuki TUDM. Ini tugas rasmi pertama dan juga penerbangan kali ketiga aku ke luar negara semasa berkhidmat (sebelum ini, dua kali ke Pontianak). Kali ini, aku membuat tugas sebagai 'Logistic Liaison Officer'  dalam eksesais udara ELANG MALINDO yang dilangsungkan di Pangkalan Udara (LANUD) Medan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia selama seminggu. Tugas utama adalah memantau pengisian bahanapi pesawat TUDM dari pihak TNI-AU.

Masa ni aku bertugas di MPPU.  Tarikh sebenar pun aku lupa, tetapi dalam lengkongan tahun 1991.  Rakan tugasku ialah Kapt Abas bin Hassan TUDM, juruterbang dari No 12 Skn dan beberapa orang anggota TD dari Skn Semboyan Bantuan Udara (SSBU).

Kami bertolak dari Pangkalan TUDM Butterworth ke LANUD Medan dengan menaiki pesawat milik TNI-AU. Yang agak mencemaskan ialah kira-kira setengah jam sebelum mendarat, kami melihat tangki minyak sebelah kanan telah bocor. Jelas kelihatan bahanapi (minyak) pesawat keluar memercik ke udara. Tetapi crew pesawat kelihatan tenang dan membiarkannya sehingga mendarat. Mungkin kebocoran kecil (tidak merbahaya) dan baki minyak dalam tangki masih banyak. Kami mendarat dengan selamat.

Seperti mana kami ke Pontianak dulu, tidak memerlukan passport antarabangsa kerana urusan ketenteraan. Semasa bertugas aku tinggal di Mes Pegawai TNI-AU LANUD Medan. Di Medan, barangan buatan Indonesia seperti kraftangan, lukisan minyak juga murah. 

Pertama kali juga diperkenalkan dengan massage parlour. Di sini, nak pilih masseuse (tukang urut laaa) melalui gambar2 yang disusun di atas meja di kaunter.


  
Traffic in Medan  

SEMASA BERTUGAS DI MINDEF

Image result for indian flag animation images

DELHI DAN CHANDIGARH, INDIA (MAC 1997)

Ini adalah kali pertama aku keluar dari rantau Asia Tenggara. Aku diberi peluang untuk tugas Pre-Delivery Inspection (PDI) bagi peralatan Ground Radio Receiver and Transceiver TUDM dari Bharrat Electronics, Chandigarh dari 23 - 28 Mac 1997 yang ditaja oleh Syarikat Federal Telecommunications Sdn Bhd. 

Turut sama dalam tugasan ini ialah Mej Hishamuddin Abd Rahman (pegawai Kejuruteraan), Encik Maniam (PSU Pero 5 MINDEF) dan Mr Tan dari Federal Telecommunications Sdn Bhd (FTSB), iaitu syarikat agent kepada Bharrat Electronics.  Kami bertolak dari LTASAAS Subang  pada 23 Mac 1997 ke Indira Ghandi International Airport (IGIA), Delhi.  (Pada tahun 2016, En Maniam adalah Setiausaha Bahagian Kewangan KEMENTAH).

Ini juga kali pertama aku belajar menukar tiket business class kepada economy class. Dari pertukaran tiket ini, aku dapat wang tunai (saving) lebih kurang RM2000.00 untuk wang poket.

India adalah negara luar Asia Tenggara yang pertama aku jejaki.  Aku bertugas sebagai salah seorang ahli kumpulan PDI bagi peralatan 'ground radio' di Chandigargh.  Dari New Delhi ke Chandigargh kami menaiki keretapi. Satu pengalaman (mata) melihat kemiskinan dan kedhaifan serta kekotoran penduduk setinggan Delhi di tepi rel keretapi.


Image result for ambassador car india

Di India, Hindustan Ambassador merupakan kereta nasional mereka. Panglima  Tentera 3 bintang menggunakan Ambassador sebagai staff car. Teksi yang merayap di bandar pun jenis Ambassador juga. Aku tak pasti sama ada sama kelas/jenis atau tidak (kalau di Malaysia ada kategori seperti Proton Perdana, Preve, Waja, Pesona, Saga dan sebagainya). Tapi di India, aku tengok semuanya sama sahaja antara kereta Menteri dengan teksi.

Selain dari itu, kalau melalui jalan di Delhi di waktu pagi, sepanjang tepi jalan ramai penduduk bandaraya ini yang tidur bergelimpangan (bergulung dalam selimut) di atas rumput/tepi jalan. Begitu juga di padang-padang dalam bandar.

Komen. Wanita-wanita di Chandigarh lebih cantik dari di Delhi mungkin kerana hawa di  kawasan pergunungan- menghampiri Kashmir.

  
Old Delhi yang kotor dan horrific


New Delhi yang lebih moden dan tersusun




 Chandigarh 

Bandar Chandigarh merupakan bandar perindustrian dan lebih moden. Bangunan-bangunannya cantik dan mempunyai senibina yang moden dan menarik. Keistimewaan Chandigargh ialah banyaknya monumen patung (sculpture) dalam pelbagai jenis di seluruh bandar ini. Bermacam-macam bentuk dan fesyen dan berwarna-warni. Di tepi jalan, taman, round-about, persimpangan jalan dan depan bangunan dan lain-lain.

Hanya satu malam sahaja kami tinggal  di Chandigarh, selebihnya duduk hotel di New Delhi.  Kami bertolak pulang ke KL pada 28 Mac 1997.

Related image

ROME dan LA SPEZIA, ITALY dan SAN MARINO (1998)

Trip ini merupakan trip pertama keluar dari benua Asia dan juga pertama kali menjejak kaki ke benua Eropah. Perjalanan ke Italy bagi melaksanakan tugas Pre Delivery Inspection (PDI) ke atas peralatan Primary Surveillance Radar (PSR) dari syarikat Alenia di Rome.  Kumpulan PDI ini diketuai oleh En Rodin Mamat (KPSU Pero 3 MINDEF) dan Mej Khairudin Zahari TUDM (Pegawai Logistik Tim Projek PSR). Khairudin adalah skot aku (TJP37). Kami bertolak dari KLIA pada 26 Okt 1998 (KLIA Sepang mula dibuka pada bulan Jun 1998) dan mendarat di Fiumicino International Airport, Rome.

Dalam proses pelaksanaan PDI ini, kami berpeluang melawat Menara Condong di Pisa, semasa dalam perjalanan ke pelabuhan La Spezia (utara Italy) dan juga negara San Marino diiringi oleh Mr Enrico Bonani. 

Semasa di La Spezia, kami dapat bertemu dengan pegawai-pegawai RMN Corvette Project Team di La Spezia dan bersarapan nasi lemak dirumah Kdr Abidin.


 Menara condong di bandar Pisa

 
 di pelabuhan La Spezia bersama Enrico Bonani dan seorang staf Alenia

  
 bersama Mr Enrico Bonani

 minum petang di sebuah restoran di tepi laut pelabuhan La Spezia

 
di hadapan patung Piazze Garibaldi (pahlawan silam Italy)

 dengan keluarga Kdr Abidin TLDM dan salah seorang pegawai Projek Kapal Corvette

Dalam perjalanan pulang dari La Spezia ke Rome, saya dan Khairudin melalui jalan lebuhraya ke bahagian timur Italy, melalui bandar Bologna (bunyianya Bolonya) dan singgah melawat negara San Marino.

Satu lagi keistimewan Italy adalah kewujudan begitu banyak terowong (tunnel) lebuhraya yang menembusi kawasan pergunungan. Ia berbeza dengan amalan di negara kita yang lebih gemar memotong bukit atau lereng-lereng bukit untuk membina lebuhraya.


antara terowong-terowong yang unik di Italy

Related image

Republik San Marino ialah sebuah negara di Pergunungan Apennine dan juga sebuah enklaf tidak berpantai yang dikelilingi sepenuhnya oleh Itali. Selaku salah sebuah negeri mikro di Eropah, San Marino mempunyai penduduk terkecil di kalangan negara Eropah.


Mengikut sejarah, San Marino merupakan republik berperlembagaan tertua di dunia yang masih wujud, sejak penubuhannya pada tahun 301 Masihi oleh Marinus dari Rab, seorang tukang batu beragama Kristian yang melarikan dirinya daripada penindasan terhadap penganut agama Kristian oleh Maharaja Diocletian di Rom. San Marino mempunyai perlembagaan bertulis tertua yang masih dipakai, iaitu sejak tahun 1600.

Negara/Kota San Marino ini selesai dilawat dengan berjalan kaki sahaja dalam masa satu hingga 2 jam. Tertakluk kepada berapa lama kita berhenti. Ia adalah tourism spot. Selain dari sebaris bangunan hotel dan shopping shop, sebuah istana Captain Regent (gelaran ketua negara), yang lain adalah kedai-kedai yang menjual barang-barang untuk pelancong sama ada cenderamata atau branded product.

Salah satu lokasi lawatan ialah Museum of Torture Instruments yang mempamirkan pelbagai alatan untuk mendera dan menyiksa pesalah di zaman dahulu. Ada di antara alatan tersebut tidak masuk akal. Bersyukur kerana tidak dilahirkan di sana di zaman itu. Kalau tidak pasti akan jadi penyiksa atau yang diseksa.


Inquisitory chair, Knee-breaker, Guillotine, Traction bench: just a few of the names which evoke medieval torture instruments.

he San Marino Museum has a collection of over 100 devices, invented by man to procure physical pain, and even death. Some of the instruments are original and date back to the XVI or XVII century; others are reconstructions of the 1800’s and 1900’s.


The Museum is well worth a visit since, compared to similar collections, the San Marino exposition presents less-known instruments; such as, a skinning device (“Gatta da Scorticamento”), the heretics fork (“Forcella dell’Eretico”).

Dari San Marino, kami melalui highway untuk balik ke hotel di Rome.

Lawatan ke Italy ini memberi pengalaman baru kepadaku. Italy sebuah negara Medditerranean bergunung ganang yang bersih dan rakyatnya (kawasan luar bandar) mesra (kecuali geng mafia). Banyak lokasi bersejarah walaupun sebahagiannya telah musnah, sama ada akibat peperangan atau cuaca.

Kami bertolak pulang dari  Fiumicino International Airport, Rome pada 3 Nov 1998 dan selamat sampai di KLIA pada 4 Nov 1998. 



negara San Marino dipuncak bukit
  
  


dengan Mej Khairudin di San Marino


pandangan bandar pelabuhan La Spezia dari udara  

Perkampungan Cinque Terre (5 kampung) berhampiran La Spezia


SEMASA DI STAFF COLLEGE

SONGKHLA, THAILAND (1999)

Lawatan ke Songkhla ini merupakan salah satu dari program lawatan sehari pada 28 Mei 1999 (di bawah subjek Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) semasa berkursus di MTAT . Kami membuat kunjungan  ke pejabat Regional Border Committe Office (RBCO) di Songkhla (RBCo telah ditutup pada tahun 2000 dan diganti dengan Malaysia-Thailand Border Committee Office (MTBCO) yang berpejabat di Alor Setar.  

Songkhla merupakan salah satu destinasi lawatan KESBAN ini. Dari KL kami ke Penang (melawat pejabat PERDA dan PDC), Kontijen Polis Alor Setar sebelum menyeberangi sempadan Thailand (melalui imigresen Sadao) untuk ke Songkhla. Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah beli belah dan merayau di bandaraya Hatyai serta membuat lawatan ke pejabat LADA di Langkawi. 

Lawatan KESBAN ini mengandungi 3 kumpulan. Satu kumpulan ke selah pantai Timur melalui Kuantan, Kuala Terengganu dan ke Narathiwat. Satu kumpulan lagi ke selatan melalui Melaka, Johor Bahru dan menyeberangi Tambak Johor untuk ke Singapura.



bandar Songkhla di Selatan Thai


bandaraya Hatyai



SEMASA BERTUGAS DI MOF

Related image

YEOVIL, UNITED KINGDOM (2000)

Ketika bertugas sebagai Pegawai Khas TUDM di Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Kementerian Kewangan (MOF) antara 2000 - 2004, aku berpeluang ke luar negara beberapa kali. kali pertama adalah ke Yeovil, Somerset, UK pada tahun 2000.  Ini adalah kali pertama aku menjejak kaki ke UK. Negara penjajah negaraku. Bayangkan Queen Elizabeth yang ditabalkan menjadi Ratu Inggeris pada tahun 1952 (aku belum dilahirkan), masih lagi memerintah sehingga sekarang (2018). 

Aku berpeluang mewakili MOF mengikuti delegasi MINDEF menghadiri Project Review Meeting (PRM) untuk prolehan helikopter Super Lynx TLDM. Tim PRM ini diketuai oleh YBhg Datuk Ahmad Pharmy (TKSU - Pembangunan MINDEF) dan turut disertai oleh Laksma Mohd Radzi Ahmad (KP Teknikal MTL), dan Kept Ayop TLDM. 

Kami bertolak dari KLIA dan mendarat di Heathrow Airport, London pada 8 Okt 2000.

Di Yeovil, aku dapat berkenalan dengan anggota Tim Projek Helikopter TLDM iaitu Kdr Khairudin Khalid TUDM (bersara dalam tahun 2008 dalam pangkat Laksda Dato' - jawatan terakhir ialah AKS Kejuruteraan), Kdr Mohd Adib Abd Samad -pilot (sekarang Laksdya Dato' - Panglima Armada TLDM), Lt Kdr Aziz adan Lt Kdr Fadzil.

Semasa di Yeovil kami ditempatkan di sebuah rumah tetamu milik Westland Helicopters Ltd. Sebuah mansion lama yang menyeramkan. Di Yeovil kami melawat fasilatas pembuatan helikopter milik Westland Helicopter Ltd dan delegasi berpeluang menaiki helikopter EH101 (AW101) selama setengah jam.


Yeovil town, UK
.
Bristol City

Sebelum pulang ke KL, kami diberi peluang duduk dua malam di Hotel Chamberlain, salah satu hotel yang berprestige yang terletak di tengah-tengah kotaraya London untuk berehat.  Kali pertama pergi London, pastinya sangat teruja. Pagi petang merayau berjalan kaki dengan Kept Ayop merata London terutamanya Oxford Street, Edgware Street dan juga Malaysia House. 

Aku juga juga berpeluang menaiki tube sendiri untuk ke rumah Mej Zahari Jamaludin TUDM (ADA di London).

Kami bertolak pulang dari Heathrow dan selamat tiba di KLIA pada 17 Okt 2000.


Image result for US flag animation images

TUCSON, ARIZONA, USA (2001)

Tucson, Arizona merupakan lokasi pertama di benua Amerika Utara yang aku jejaki. Pemergianku ke negara 'Uncle Sam' ini adalah bagi menyertai pasukan Final Acceptance Test (FAT) pesawat VVIP jet Global Express (9007) selepas menjalani senggaraan khas di premis Bombardier di Tucson. 

Aku mewakili Perbendaharaan Malaysia. Kumpulan FAT ini diketuai oleh Brig Jen Abu Bakar Md Said (AKS P dan P- MTU) dan turut disertai oleh Mej Dzulkarnain Ahmad (sekarang Mej Jen Dato'), En Ahmad Fakharudin (KPSU Pero 3), Mej Muhammad Shafiq (MTU- P dan P) dan Mej Salleh Tahir (Jurutera 2 Sqn). 

Penerbangan dari KLIA pada 12 Feb 2001 dengan pesawat MAS  ke Los Angeles sebelum bertukar pesawat domestik ke Tucson.


Image result for tucson arizona
Bandaraya Tucson

Casa Grande, jalan ke arah Grand Canyon


Perjalanan pulang dari Tucson ke Malaysia dengan menaiki pesawat Global Express yang dipilot oleh Kol Hanif Darimi, menyeberangi Lautan Atlantik dan singgah (mengisi minyak) satu malam (refuel) di Barcelona, Sepanyol dan sekali lagi mengisi minyak (singgah dua jam) di Male, Republik Maldives.


BARCELONA, SPAIN (2001)

Perjalanan pulang dari Tucson ke KL menaiki pesawat Global Express yang telah siap dibuat upgrading dan Mod. Juruterbang pesawat ialah Kol Hanif Darimi- Ketua No 2 Skn  (bersara Lt Jen TUDM, Datuk) dan singgah mengisi minyak di Barcelona dan bermalam di Hotel Sofia di Barcelona, Spain pada 24 Feb 2001 dan keesokan harinya  pada 25 Feb 2000 kami bertolak balik ke KL.  

Semasa di Barcelona, kami sempat melawat Catherderal Basilica iaitu satu gereja besar Catholic yang siap dibina pada tahun 1448.



MALE, MALDIVES (2001)

Dalam perjalanan pulang dari Barcelona ke KL, pesawat kami singgah mendarat untuk mengisi minyak di lapangan terbang antarabangsa Male di  atas sebuah pulau (salah satu dari puluhan pulau di bawah Kerajaan Republik Maldives.  Di Male kami hanya duduk di airport terminal sahaja kerana bandaraya Male terletak di sebuah pulau yang lain. Kami sampai di PU Subang pada 26 Feb 2001. 

Pengalaman ini bukan sahaja dapat melancong ke Tucson dan Barcelona tetapi yang lebih nostalgik adalah dalam merasai menaiki (dengan sebebas-bebasnya selama lebih 20 jam) pesawat VVIP Global Express (BD700) yang dikhususkan untuk Perdana Menteri Malaysia.


Image result for barcelona spain
Catherderal of Barcelona

Image result for malé international airport
Male International Airport in Re of Maldives 



Related image

TORONTO dan NIAGARA, CANADA (2001)


Dalam perjalanan tugas kali ini, aku masih lagi bertugas di MOF dan menganggotai tim pemeriksaan penerimaan (acceptance check) untuk 'green aircraft' pesawat Global Express (9096) yang akan menggantikan 9007 yang banyak masalah teknikal. Tim diketuai oleh Brig Jen Dato' Abu Bakar Said. Anggota lain ialah Lt Kol Mohd Noor Rani, Mej Dzulkarnain, Mej Zahari Yahya dan En Mohd Fakharuddin (Pero 3). Kami bertolak dari KLIA pada 24 Julai 2001 menaiki pesawat MAS melalui Narita (Tokyo) dan mendarat di Los Angeles (USA) sebelum bertukar pesawat North West Airlines ke Toronto.


Image result for toronto canada
Bandaraya Toronto (bunyinya Torono)

Saat indah dan bersejarah ialah kami berkesempatan di bawa melawat Niagara Falls di sempadan USA dan Canada. Satu pemandangan ciptaan Allahyang amat menakjubkan. Saat indah dan bersejarah ialah kami berkesempatan di bawa melawat Niagara Falls di sempadan USA dan Canada.  Satu pemandangan ciptaan Allahyang amat menakjubkan.


Image result for niagara falls
Niagara Fall


LONDON, UK (2002)

Dalam perjalanan pulang dari Toronto, kami mengambil penerbangan via London. Tinggal dua malam di Holiday Villa Hotel, Leinster Garden, Bayswater Road, London. Hotel ini milik rakyat Malaysia. Kami bertolak pulang dari Heathrow pada 1 Ogos dan sampai di KLIA pada 02 Ogos 2001.



Image result for holiday villa london


MILAN dan VENICE, ITALY (2002)

Pelaksanaan tugas di Milan adalah menyertai Progress Review Meeting (PRM) pesawat Agusta 109M (light observation helicopter) untuk JBPM di Cascina Costa de Samarate, Milan, Italy. Tim diketuai oleh PPjB Mohammad Hamdan Wahid (Pen Ketua Pengarah di JBPM) dan anggota lain Lt Kol Shabre (Ketua Tim Projek LOH TD), juruterbang Mej Khairudin TUDM dan seorang jurutera dari JBPM.  Kami bertolak dari KLIA pada 2 Nov 2002 dan sampai ke Fiumicino Airport, Rome pada 3 Nov 2002 sebelum bertukar pesawat ke Milan. 

Semasa sampai di Rome, beg utama PPjB Hamdan tertinggal (baggage loss) dan hanya diterima 2 hari kemudian. PPjB Hamdan telah dilantik menjadi Ketua Pengarah JBPM (4 BINTANG) pada bulan Jun 2018, jawatan tertinggi dalam JBPM.


Image result for milan italy
bandaraya Milan

Bildergalerie dieser Unterkunft

Tasik Arona, di hadapan hotel penginapan kami

Setelah selesai tugasan di Milan, kami berpeluang di bawa melancong ke bandar Venice. Suatu yang sukar untuk dibayangkan dalam hidup kami. Masa sekolah menengah dulu ada belajar geografi dan sejarah berkaitan bandar Venice yang terkenal dengan terusan dan gondola. Pihak syarikat menyediakan kereta dan pemandu.

Kali ini, kami berpeluang menaiki gondola menyusuri terusan di Venice. Cuaca waktu itu (bulan Nov) amatlah sejuk. Tiada salji tetapi tiupan anginnya sangat sejuk menusuk ke tulang. Di bandar Venice ini, kali pertama masuk casino. Melihat macam mana benda yang bernama Casino ini. Di Malaysia ada (di Genting) tapi diharamkan masuk untuk orang islam.


Image result for venice italy
  gondola

Image result for venice italy
antara terusan yang ada di Venice

Related image
Malpensa International Airport, Milan

Selesai tugas dan lawatan rekreasi di Italy, kami bertolak pulang ke Malaysia dan singgah di London dua malam. Bertolak dari Malpensa Airport, Milan pada 8 Nov 2002 untuk ke London.



LONDON, UK (2002)

Kami tiba di London (Heathrow) pada hari yang sama (2 jam sahaja). Di London kami tinggal dua malam di Holiday Villa Hotel. Itulah hotel yang di dalam kadar kemampuan kita. Tiada urusan khas di London, sekadar berekreasi dan membeli belah souvenir. Kami pulang dan tiba di KLIA pada 10 Nov 2002.



SEMASA BERTUGAS DI MINDEF

Related image

SINGAPURA  (2004)

Aku berpeluang menyertai ICQ International Logistic Seminar di Singapura bersama Lt Kol Zahari Jamaludin TUDM (dari MLU).  Bertolak dari KLIA pada 28 Jun 2004. Seminar berlangsung selama 2 hari 29-30 Jun 2004 dan kami pulang ke KL pada 1 Jul 2004. Saya pun lupa nama hotel di mana seminar tersebut telah dilaksanakan, mungkin Orchard Road. 

Pada tahun 2004 (lebih kurang bulan Jun) aku telah TERPILIH untuk ke Jepun bagi tugas PDI peralatan ASRS (Automated Storage and Retrieval System) di Syarikat MURATEC. Visa telah pun dibuat, namun di saat akhir kelulusan gagal diperolehi dari KSU KEMENTAH.



SERI BEGAWAN, BRUNEI (2005)



Trip ke Brunei ini adalah untuk menyertai mesyuarat Logistics Working Group (LWG) untuk menghadiri Malaysia-Brunei Bilateral Agreement di Seri Begawan. Team diketuai oleh Brig Jen Ali Nasirudin TUDM (AKS BOLP). Anggota delegasi lain ialah Brig Jen Dato Osman Chik, Lt Kol Zainol (Mk ATM). Seminar berlangsung dari 4 hingga 6 Mei 2005.


Image result for bandar seri begawan
Image result for bandar seri begawan
sebahagian bandar Seri Begawan, Brunei  


HAWAII, USA (2005)

Pemergian ke Hawaii adalah mewakili mewakili Malaysia (TUDM) dalam Pacific International Logistics Seminar (PILS) di Hickam Air Base, Hawaii dari 22 hingga 26 Ogos 2005 bersama Mej Ahmad Zaini Mohd Ali TUDM.   Kami bertolak  dari KLIA pada 20 Ogos 2005 melalui Singapura dan tidur satu malam di Singapura sebelum bertolak dengan pesawat North East Airlines ke Hawaii melalui Taipei, Jepun. Kami tiba di Hawaii International Airport pada 21 Ogos 2005.

Seminar ini turut disertai oleh wakil-wakil dari negara Australia, New Zealand, Indonesia, Mongolia, India, Bangladesh, Nepal, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Jepun dan Vietnam.  Kami pulang pada 28 Ogos 2005 juga melalui Taipei dan Singapura dan tiba di KLIA pada 29 Ogos 2005.

Image result for hawaii airport honolulu
Hawaii's Honolulu International Airport

Image result for rolls royce ansty Mej Lui

Hickam Air Base

Image result for honolulu
Bandaraya Honolulu


JAKARTA, BANDUNG dan YOKYAKARTA
INDONESIA (2006)

Pengembaraan ke Republik Indonesia setelah kali terakhir pada tahun 1991 (menyertai Ex ELANG MALINDO di Medan) adalah bagi menyertai Program Pertukaran Pegawai  TUDM dan TNI-AU.  Delegasi TUDM diketuai oleh Lt Kol Abd Manaf bin Zaid TUDM. Aku bertindak selaku Timbalan Ketua Delegasi. Delegasi bertolak dengan pesawat TNI-AU dari Pangkalan Udara Subang pada 7 Ogos 2006 dan mendarat di LT Halim Perdanakusuma, Jakarta.

Dari Jakartka kami dibawa ke LANUD Senjaya di Jalan Bogor untuk menginap di Mes Perwira. Keesokan harinya (hari pertama) melawat Markas Besar Operasi Udara dan Taman Mini Indonesia Indah. Petang itu menaiki pesawat TNI menuju ke LANUD Hussein Sasteranegara, Bandung dan menginap di sebuah hotel. Di Bandung (hari kedua), selain lawatan di unit-unit dalam LANUD Hussain, kami dibawa melawat fasilitas PT Dirgantara Indonesia, satu-satunya syarikat di Asia Tenggara yang berkeupayaan membuat pesawat terbang. Sebelah petang kami dibawa terbang ke Yokyakarta, mendarat di LANUD Adisucipto. 

Di Yokyakarta kami tinggal di Mes Perwira SEKBANG (Sekolah Penerbangan) dan keesokan harinya (hari ketiga lawatan) kami melawat Sekolah Penerbangan dan petangnya selepas itu melawat bandar Yokyakarta dan keesokan harinya (pagi) kami dibawa melawat Chandi Borobodur. Lt Kol Manaf adalah graduan SEKBANG (1979), oleh itu di Yokyakarta kami mendapat layanan istimewa dari Komandan LANUD yang kebetulan adalah courrsemate Manaf. Dua malam di Yokyakarta. Keesokan harinya kami pulang ke Jakarta, berkumpul di Halim Perdanakusuma Airport untuk pulang ke Malaysia menaiki pesawat C130H TUDM.

 Image result for jakarta indonesia
 Kotaraya Djakarta yang sentiasa sibuk

Image result for bandung indonesia
 Kota Peranginan Bandung

Image result for kota yogyakarta
Kotaraya Istimewa Yokyakarta


LOS ANGELES dan CHICAGO, USA (2006)

Semasa menjawat PS1 Kontrak (MTU-Materiel) aku berpeluang mengetuai PDI Team untuk perolehan Camera RF5E di premis Recon Optical Inc (ROI) Barrington Chicago.  Aku mengetuai delegasi ini yang turut disertai oleh Mej Rahim (No 12 Skn PU Butterworth), Mej Hisham (MLU) dan wakil dari AIROD dan agen lokal IG Tech (En Ahmad Sulaiman). Kami bertolak pada 13 Okt 2016 melalui Singapura dan Tokyo dan los Angeles. Dari LA kami menaiki pesawat domestik ke Chicago sebelum menaiki teksi ke hotel penginapan di Barrington yang jaraknya lebih kurang 60km.

Dua hari sahaja di Barrington. Dalam perjalanan pulang kami singgah lagi di LA selama 2 malam dan sempat menjelajah kota LA termasuk ke Hollywood. Semasa makan di sebuah restoran, kami berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka (pada masa itu), Datuk Mohd Ali Rustam. Kami sampai di KL pada 19 Okt 2006.


Image result for chicago airport
O'Hare International Airport, Chicago

Image result for hollywood la
Jalan ke arah Holywood, LA

Image result for los angeles
Kotaraya metropolitan Los Angeles, California

Image result for los angeles airport
Los Angeles International Airport


SEMASA BERTUGAS DI MLU

Related image

IRKUTSK, RUSIA (2007)

Buat bertama kalinya aku berpeluang menjejaki bumi kelahiran Stalin dan Karl Marx untuk  menyertai PDI Team untuk ILS equipment pesawat SU30MKM serta menghadiri majlis roll out pesawat pertama SU30MKM di Irkutsk, tengah Russia. Kumpulan disertai oleh Lt Kol Razib Samad TUDM, Mej Mohd Norazlan dan Mej Aziuddin Aziz TUDM. Ini adalah tempoh perjalanan melalui udara yang paling lama dalam hidupku. Keseluruhan perjalanan dari KL pada ke destinasi (Irkutsk) mengambil masa 47 jam!.  

Kami bertolak dari KLIA pada 10 Mei 2007 menaiki pesawat MAS dan singgah di LTA Schipol, Amsterdam untuk menukar pesawat sebelum singgah di Domodedovo Airport, Moscow untuk menukar pesawat untuk ke destinasi tugas di Irkutsk. Sampai di Irkutsk pada 12 Mei 2007.


Image result for schiphol airport
Schipol Airport, Amsterdam

Related image
Domodedovo Airport, Moscow

Image result for irkutsk airport
Irkutsk Airport

Kami tinggal di Hotel Angara (berhadapan dengan tebing Sg Angara) dan membuat tugas di premis Sukhoi.  Satu pengalaman yang berharga dapat menjejaki negara terbesar di dunia ini. Semasa majlis pelancaran rill-out, aku ditugaskan untuk membaca doa selamat.  Kami juga berpeluang melancung ke Baikal Lake, yang juga merupakan tasik air tawar yang terbesar di dunia.



Bandar Irkutsk, wilayah Siberia

Image result for angara hotel irkutsk russia 
Angara Hotel, Irkutsk

Image result for baikal lake
Baikal Lake berhampiran bandar Irkutsk


berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Irkutsk


Selesai tugas di Rusia aku dan Mej Mohd Razif meninggalkan Irkutsk dan Moscow pada 26 Mei 2007 untuk menyambung tugas di UK bagi lawatan penilaian ke atas fasilitas pembaikan engin RR Viper di Ansty dan Bristol. 


ANSTY dan BRISTOL, UK (2007)

Lawatan ke fasilitas/premis Rolls-Royce Ltd (RRL) di Ansty dan Bristol ini adalah kali pertama bagi ku. Ia berterusan dengan tugas rasmi di Irkutsk.  Setamatnya tugas di Irkutsk, saya dan Lt Kol Razif Samad (SISGP A) terus ke London untuk membuat satu lagi tugas rasmi, lawatan fasilitet ke RRL di Ansty dan seterusnya ke pangkalan RAF Marham (program senggaraan engine Adour antara RAF/RRL dan premis RRL di Bristol. Kami sampai di Heathrow London pada 26 Mei 2007.  Ketua delegasi kami Brig Jen Dato Hj Ibrahim bin Bahari TUDM telah menunggu kami di London (beliau terbang terus dari KL ke London).  


Image result for rolls royce ansty Thien Pian Khong
Rolls Royce facilities in Ansty.  

Bristol City

Bertolak dari London ke KL pada 3 Jun 2007. Pengalaman pahit di Heathrow Airport sebelum bertolak pulang kerana membawa bahan merbahaya (pemetik api yang ada pisau) di dalam beg sandang. Sebenarnya aku beli pemetik api itu di Izmalovoskoye, Moscow untuk souvenir kawan-kawan. Tapi semasa mengemas beg di Hotel London, aku terlepas pandang untuk menyimpan barang tersebut dalam main luggage. Aku campurkan bersama key-chains dalam beg sandang. Terima kasih (terhutang budi kepada) ADA London pada masa itu, Mej Muhammad Muzammir Ong TUDM (Brig Jen, Dato') yang banyak membantu untuk memudahkan urusan diselesaikan di peringkat pegawai rendah. Kalau tak, mungkin sempat masuk jel di London.



ANSTY, UK (2008)

Ini adalah kali kedua aku ke Ansty, UK dari 10 - 17 Dis 2008).   Aku mengetuai kumpulan membuat tugas PDI Viper Engine dengan Lt Kol Thien PK (KBK No. 15 Skn) dan Mej Lua Pei Teng (PS2 SisGp A). Kami sampai di LTA Heathrow, London pada 10 Dis 2008. Turut menyertai kami ialah wakil syarikat Varia Sari (local agent RRL) Lt Kol Shafie Mahat (B) dan Raja Zulkifli. Semasa di London (sebelum bertolak pulang), kami sempat dibawa melawat Museum Patung Madam Tussaud.


Image result for rolls royce ansty Thien Pian Khong
bersama Lt Kol Thien dan Mej Lua


BRISTOL, UK (2009)

Ini adalah lawatanku ke Bristol, UK untuk kali kedua.  Pada bulan Mac 2009,aku berpeluang sekali lagi ke UK untuk menyertai Programme Review Meeting (PRM) Hawk Adour Engine dengan syarikat Rolls-Royce, di Bristol,UK. Delegasi diketuai oleh Brig Jen Dato Ackbal Abdul Samad dan disertai oleh Lt Kol Rafdzi (PS1 SisGpA), Mej Gopalan (MTU-Kontrak) dan Mej Izani (PSU F- Pero 3). Kami bertolak dari KLIA pada 13 Mac 2009 dan pulang dari Heathrow London mendarat di KLIA pada 23 Mac 2009. 


Image result for rolls royce ansty
Fasilitet pembaikan Viper 43 engine di Ansty


LYTHAM, UK (2009)

Ini adalah pemergian keempat ke London untuk tugas rasmi, menghadiri Joint Provisioning Review Meeting (JPRM) dukungan pesawat  Hawk BAe di Lytham, sebelah utara England. Kami bertolak dari KLIA pada 20 Jun 2009. Delegasi diketuai oleh Kol Md Zaki Md Zain (KSS) dan turut disertai oleh Lt Kol Rafdzi Abd Rashid (Gp A) dan Mej Ghazali Abdullah (PS2 KAS).  Mesyuarat diadakan di Cliffton Arms Hotel, Lythmn. Urusan agak mudah kerana Kol Zaki pernah duduk di sini lebih 4 tahun untuk Projek Pesawat Hawk. Dalam perjalanan balik ke London kami singgah melawat Warwick Castle dan Bicester Factory outlet yang terkenal dengan jualan kasut Bally dan pakaian berjenama.

Semasa di London aku dan Ghazali sempat melawat ke fasilitet pembaikan komponen C130 (Kearsly Ltd) di Standstead dan Devon. 

Kami tamat tugas dan pulang ke Malaysia pada 28 Jun 2009.


Image result for Clifton Arm Hotel, Lytham
Clifton Arm Hotel, tempat kami duduk dan bermesyuarat di Lytham

singgah melawat Warwick Castle, dalam perjalanan pulang dari Lytham ke London

Image result for lytham uk
 Lytham township, UK

Image result for bicester village shops
Bicester Outlet

Image result for indonesian flag images

BANDUNG, INDONESIA (2010)

Perjalanan tugas rasmi ke Bandung, Indonesia adalah untuk menghadiri Logistic Support Meeting (LSM) dan Technical Coord Group Meeting pesawat CN235. Rombongan diketuai oleh Panglima Logistik Udara, Brig Jen Dato' Ackbal. Delegasi TUDM pergi  menaiki pesawat CN235 pada 3 Mei 2010 dan pulang ke Malaysia (PU Subang) pada 6 Mei 2010.

Dalam tugasan ini aku telah mempengerusikan mesyuarat  Provisioning alatganti dan komponen pesawat CN235 bersama pihak PT Dirgantara.

Aku mendapat dua kali peluang melawat kota Bandung, pertama kali dalam tahun 2006 kerana menyertai lawatan di bawah program pertukaran pegawai TNI-AU/TUDM dan ini adalah untuk kali kedua.


Related image


MOSCOW, RUSIA (2010)

Moscow, Federation of Russia (27 - 30 Jun 2010)- menyertai Technical Coordination Group/Component Improvement Program Logistics Support Meeting (TCG/CIP/LSM) pesawat MiG-29 dan SU30MKM dengan FSUE Rosoboronexport dan JPSC RAC MIG di Moscow, Rusia. Kumpulan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai TUDM dan eksekutif ATSC Sdn Bhd. Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Panglima Logistik Udara.


Image result for moscow domodedovo airport international
 Moscow Airport, Russia 

Image result for stansted airport london
Stanstead Airport (2010)

Related image

LUZERNS, STAN dan ZURICH, SWITZERLAND (2010)

Dari Moscow kumpulan berpecah dua, aku mengetuai satu kumpulan bagi menghadiri Mesyuarat Provisioning Review for PC7 aircraft di Pilatus Aircraft Ltd, Stans, Switzerland. Ahli kumpulan; Lt Kol A.Rafdzi, Lt Kol M.Gopalan, Mej Muhd Shafiq Khee dan Mej Lua Pei Ting.

Image result for lucerne switzerland
 Luzern, Switzerland

Kami mendarat di Zurich Airport pada 30 Jun 2010. Lokasi tugas (fasilitas Pilatus Ltd) adalah di Stans tetapi kami tinggal di sebuah hotel (aku lupa nama hotel tersebut) di bandar Luzern (Lucerne) yang jaraknya kira-kira 11km.

Switzerland (seluruh negara) merupakan sebuah negara yang selamat dan bersih. Penduduknya sungguh bertamaddun dari segi integriti, khususnya dalam aspek safety and security. Letak sahaja kenderaan anda di mana-mana di bandar ini, tidak perlu kunci. Kalau anda tertinggal barangan dalam kereta pun anda tidak perlu khuatir akan kehilangan barang tersebut. 

Malah, kami berjalan-jalan di bandar sehingga hampir jam 2.00am, malam minggu, tidak kelihatan polis meronda, tetapi tiada kebimbangan langsung. Walaupun rasa hati kami ada juga wujud rasa takut, tapi staf Pilatus yang menemani kami memberitahu kami bahawa di sini kami tidak akan diganggu oleh sesiapa. Memeng kelihatan juga wanita pun berani berjalan berseorangan pulang ke rumah.

Selepas menamatkan mesyuarat Provisioning Review (PC7) di premis Pilatus Ltd di Stans, kami keluar awal dari hotel di Luzerns dan on the way nak ke airport Zurich, aku (dan kawan-kawan) sempat merayau-rayau dan makan waffle di bandar Zurich.  Cantik dan bersih.

Kami meninggalkan Zurich pada 3 Julai 2010 ke arah kota London.


Related image

LONDON, UK (2010)


Ketibaan di London kali ini tidak melibatkan tugas rasmi. Tugas rasmi dilaksanakan di Moscow (LSM/TCG pesawat SU30/MiG29) dan Provisioning Review PC7 di Stan, Switzerland. Kedua-dua kumpulan bertemu di London pada 3 Jul 2010 sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 5 Jul 2010 melalui LCCT Stansteadt.



Image result for saudi flag animation images

MEKAH dan MADINAH, SAUDI ARABIA (2010)

Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawarah. Menunaikan Fardhu Haji.  Bertolak pada 30 Okt 2010 melalui Jeddah.  Pulang pada 12 Dis 2010 melalui Madinatul Munawarah.  Cerita secara terperinci mengenai perjalananku ke Tanah Suci boleh dibaca di tajuk berkaitan dalam blogsite aku ini.

Kalau tak masuk TUDM mungkin negara asing yang aku dapat lawat hanyalah Arab Saudi. Itu pun disebabkan menunaikan Fardhu Haji adalah Rukun Islam dan telah ditaqdirkan menunaikan haji itu di Mekah. Kalau diandaikan boleh buat haji di negara sendiri, rasanya tak merasalah nak ke oversea ni.

Makkatul Makaramah (2010)
Labbaikallahumma Labbaik......Subhanallah wabihamdih

Jeddah (2010)
part and parcel of Haj package

Image result for indonesian flag images

BANDUNG, INDONESIA (2012)

Pemergian saya ke Bandung, Indonesia kali ini adalah untuk mewakili Panglima Logistik Udara bagi mengetuai delegasi TUDM untuk menghadiri Mesyuarat Logistic Support Management (LSM) dan Technical Coordination Group (TCG) pesawat CN235 dengan PT Dirgantara (Indonesian Aerospace).  Panglima (Mej Jen Dato' Kamalruzaman) yang sepatutnya mengetuai delegasi TUDM telah dibatalkan di saat akhir kerana terpaksa menghadiri Kursus JUSA di INTAN.


MOSCOW, RUSIA (2012)


Kali ini aku menyertai delegasi Malaysia (TUDM) yang diketuai oleh Panglima Logistik Udara (Mej Jen Dato' Kamalruzaman) untuk menghadiri Mesyuarat Logistic Support Management (LSM) dan Technical Coordination Group (TCG) pesawat MiG29 dan Su30MKM dengan pihak Sukhoi, JSC Rosoboronexport dan beberapa syarikat OEM yang mendukung pesawat Su30.



Image result for france flag animation images


PARIS, FRANCE (2012)

Selesai melaksanakan tugas di Moscow, rombongan yang sama Menyertai delegasi Malaysia yang diketuai oleh Panglima Logistik Udara untuk menghadiri Mesyuarat Logistic Support Management (LSM) dengan pihak syarikat Thales dan Segaem iaitu syarikat OEM yang mendukung pesawat Su30.

 

LONDON, UK (2012)

Ketibaan di London kali ini juga tidak melibatkan tugas rasmi. Tugas rasmi dilaksanakan di Moscow (LSM/TCG pesawat SU30/MiG29) dan PRM Thales di Paris. Dalam perjalanan pulang ke KL, kami singgah dua malam di London sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.



 Related image



ISTANBUL, TURKEY (2013)

Istanbul adalah destinasi tambahan dalam pakej Umrah dengan syarikat Andalusia.  Bertolak dari KL pada 8 Jun 2013 dan terbang ke Madinah pada 11 Jun 2013.

Di Istanbul, aku (dan isteri) menerima berita sedih kematian cucuku yang kedua, Wafaa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus akibat kemalangan jalan raya pada 9 Jun 2013.


Kali pertama menjejakkan kaki ke negara bekas Empayar Uthmaniyyah dan Diktator Kamal Atarturk ini memberi satu pengalaman baru kepadaku. Banyak lokasi sejarah yang dapat dilalui seperti Blue Mosque, Roman Hippodrome, Topkapi Palace, Spice Market, Grand Covered Bazaar,  Green Tomb, Grand Mosque, Pasar Sutera (Silk Market - Koza Han)
Image result for saudi flag animation images


MEKAH dan MADINAH (2013)

Perjalanan ke tanah suci ini merupakan perkara utama dalam Pakej Umrah bersama Andalusia Travel and Tours  Madinah. Tiba di Madinah dari Istambul pada 11 Jun 2013) dan bertolak ke Mekah melalui jalanraya (bas) pada 14 Jun 2016.

Selesai mengerjakan Umrah dan pulang ke KL pada 18 Jun 2013.


SEMASA BERTUGAS DI MK ATM- KOMLEK



Related image

BEIRUT dan MAARAKAH, LEBANON (2016)

Sejak duduk di MK ATM-KOMLEK sejak 16 Mac 2015, aku dapati bossku dan rakan sejawatku PRANOP (Kol Amirudin) kerap mengikuti tugas di luar negara kerana tugas mereka sememangnya terlibat secara langsung dengan mesyuarat atau seminar/workshop, technology updates atau pun working group dengan pihak luar melalui kerjasama latihan/operasi ketenteraan dengan USA dan Indonesia. Sebagai PBK, memang tiada peluang mengikuti mana-mana trip kerana tiada kontrak yang melibatkan kontrak luar negara.


Pada 14 hingga 21 Sep 2016, aku telah diberi peluang menyertai delegasi ATM yang diketuai oleh Laksma Zulhelmi (MK AB- J3) bagi menghadiri perbarisan serah menyerah tugas Komander MALBATT 850-3 (Kol Reizal Arif) kepada MALBATT 850-4 (Kol Nazim).



Image result for beirut airport  
Rafiq Hariri International Airport

Image result for beyrouth lebanon  
Bandaraya Beirut


Image result for saudi flag animation images

MEKAH dan MADINAH (2016)

Perjalanan ke Haramain ini merupakan kali ke 3 bagiku. Kali ini aku menyertai rombongan Umrah bersama Tiram Travel and Tours (Johor Bahru). Mutawwifnya adalah kandaku sendiri iaitu Hj Khamim. Aku pergi bersama isteriku (Adibah) dan anakku Muhammad Hafeez dan isterinya serta cucundaku Sayf.

Tempoh ziarah kali ini aialah dari 10 hingga 21 Dis 2016. Kami bertolak dari KLIA terus menuju Madinah dan berada di sana untuk tempoh 3 hari sebelum bertolak ke Makkah (berniat di Bir Ali). Bertolak balik melalui Jeddah.

Image result for korean flag animation images
SEOUL, KOREA (2017)

Ini merupakan kali pertama aku mendapat peluang menghadiri kursus di luar negara. Terima kasih Laksda Dato Aris Adin Tan (AKS KOMLEK) yang mencalonkan namaku untuk menghadiri kursus Defence Resource Mamanagent, sekali gus memberikan peluang untuk menghadiri kursus luar negara semasa dalam perkhidmatan. Walaupun aku akui pernah mendapat tawaran menghadiri kursus di Korea ini pada tahun 2013 (tempoh kursus ialah 1 tahun 9 bulan), aku terpaksa menolaknya atas pelbagai sebab yang telah aku nyatakan, iaitu tawaran dibuat di saat akhir (dua minggu sebelum tarikh kursus), antara alasan ialah, ketika mana aku telah mempunyai perjanjian (tempahan tiket dan bayaran fee) untuk mengerjakan ibadah umrah.  

Kursus ini ditaja oleh Kerajaan (MINDEF) Canada di bawah Directorate of Military Training and Cooperation mulai 6 hingga  11 Feb 2017. Rakan sekursus dari ATM ialah Kepten Ridzuan bin Hamzah TLDM, Lt Kol Norsham Md Tap RAMD dan Mej Shukri bin Abdullah RAMD. Kursus dilaksanakan di kampus Korean National Defence University, Seoul. Selain berkursus, kami juga dapat peluang membuat lawatan ke DMZ (sempadan KS dan KU




SEMASA BERTUGAS DI MK ATM- BLP

Image result for german flag animation images

OBERAMMERGAU, GERMANY (OGOS 2018)

Ini merupakan kali pertama aku secara rasmi melawat negara Jerman (Germany). Pada tahun 1998 aku pernah turun di Frankfurt (transit selama beberapa jam) sebelum menyambung flight ke Rome untuk melaksanakan PDI di Alenia Marconi. 

Perjalanan ke Germany ini adalah untuk menghadiri Logistic Interoperability Symposium (LIS) di NATO School, Oberammergau, Germany dari 19 - 26 Ogos 2018. Turut sama menyertai LIS ini ialah Kol Hj Abd Aziz bin Shariff (Pengarah J4, MK AB) dan Kol Abd Hafiz bin Ahmad (Pengarah Dasar BLP). 

Penerbangan dari KLIA melalui Singapura ke Munich. NATO School terletak di Oberammergau kira-kira 91km dari Munich. Dari Munich, kami menaiki keretapi (undeground station) melalui Pasing (tukar koc) dan Murnau (tukar koc).

Image may contain: one or more people, people sitting and people standing


INNSBRUCK

Ini bukan tugas rasmi. Ia juga tidak termasuk dalam perancangan asal. Kebetulan ada hari yang kosong (kelapangan) setelah selesai Simposium di Oberammergau. Kami bertiga bersama dua pegawai Ghana mengambil peluang melancong ke Innsbruck, Austria (kira-kira 2 jam perjalanan keretapi dari Oberammergau) melalui Murnau ke Garmisch-Partenkischen (tukar koc) ke Mittenwald (tukar koc).


Image may contain: Toharudin Putera Lapis Mahang, standing, house and outdoor
pekan Oberammergau

Kami tidak lama berada di Innsbruck, hanya lebih kurang 3 jam sahaja kerana cuaca agak panas untuk merayau di bandaraya itu. Ingat nak cari Adidas tapi nampaknya harga agak tinggi.

NUREMBERG

Perjalanan ke Nuremberg mempunyai misi tersendiri. Ia dirancang tertakluk kepada keadaan dan masa. Iaitu untuk menziarahi skotku Rosli Md Yassin yang menetap di sana sejak 1999. Nama German beliau ialah Rosleigh Meltz.




Jarak Nuremberg dari Oberammergau adalah lebih kurang 258km. Perjalanan menaiki keretapi perlu bertukar 6 keretapi. Kami bertolak pada hari Sabtu 25 Ogos, menginap satu malam di Hotel Maritime dan pulang pada 26 Ogos 2018 untuk menaiki pesawat pulang ke Malaysia (melalui Munich Airport) pada jam 2255H.




Related image

BEIRUT - MAARAKAH - NAQURA, LEBANON (SEP 2018)

Pada 17 hingga 23 Sep 2016, aku telah diberi peluang menyertai delegasi ATM yang diketuai oleh Mej Jen Datuk Wira Mohd Tajri Alwi (Panglima Latihan Darat) bagi delegasi pengiring Kumpulan ke 2 MALBATT 850-6.

Image may contain: 12 people, including Rahman Mahmood, Aris Adi Tan Abdullah, Mohd Ridzuan Hamzah, Zainon Mohamed and Toharudin Putera Lapis Mahang, people smiling, people standing




UNITED ARAB EMIRATES (FEB 2019)


Pada 18 hingga 20 Feb 2019, aku mendapat peluang di akhir-akhir tempoh perkhidmatan untuk menyertai tugas rasmi. Aku menyertai delegasi Malaysia yang diketuai oleh YBhg PTD, Jen Dato' Seri Ahmad Hasbullah (yang mewakili PAT) ke International Defence Exhibition (IDEX) di Abu Dhabi. Delegasi duduk di Shangri la Hotel dan sempat bershopping di Dubai. Terima kasih kepada DA (Kol Abd Halim Khalid PGB) dan ADA (Mej Hishamuddin Mohd Tahir TUDM) di atas bantuan pentadbiran dan layanan sepanjang berada di sana.

Mej Hishamuddin adalah anak kepada Prof Datuk Mohd Tahir Abd Hamid (mantan Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan UITM- semasa aku mengambil kursus ADBS (HRM) pada tahun 1994/1996) manakala ibunya Datin Noraini binti Mohd Darus pernah menjadi pelajar di bawah seliaanku semasa aku menjadi Tutor Sambilan di UOM antara tahun 2004-2009.


Image may contain: 1 person, standing and outdoor



.





1 comment: