RAJA MOHAMED AFFANDI YANG KU KENALI
HARI INI, 20 JUN 2018 jam 1630H, aku menyertai warga ATM yang bertugas di MINDEF untuk memberi penghormatan dan mengiringi (SEND OFF) perjalanan terakhir PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT), Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang baru sahaja menyerahkan jawatannya secara rasmi kepada penggantinya, Jeneral Tan Sri Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang diadakan di Auditorium MINDEF pada jam 1530. Aku turut berada dalam Auditorium semasa majlis menandatangani Serah Terima Tugas PAT itu.
TSRMA menandatangani dokumen Serah Tugas PAT dengan disaksikan
oleh YB MENHAN
TSRMA menyerahkan Tongkat Kuasa PAT dengan disaksikan
oleh YB MENHAN
lapang dada menyerahkan tugas dan tenang menerima tugas berat
turut menyaksikan acara serah terima tugas
Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor yang ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977 telah dilantik ke jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke 19 pada 16 Dis 2016 bagi menggantikan Jen Tan Sri (Dr) Zulkifeli bin Mohd Zin.
Perbarisan Penghargaan
Sebelum itu, pada pagi 20 Jun 2018, jam 0900H telah diadakan Perbarisan Penghargaan kepada Raja Mohamed Affandi (RMA) di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi. Acara tersebut dihadiri oleh 2000 warga ATM. Perbarisan yang terdiri 28 pegawai dan 900 LLP dari ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara yang diketuai oleh Lt Kol Mohamad Qadri bin Abu Bakar, Timbalan Komander Rejimen 514 AW.
di atas pentas utama - membalas tabik hormat dari ketua perbarisan
antara yang menyaksikan
memeriksa perbarisan
memeriksa perbarisan
menyampaikan amanat terakhir sebagai PAT
menerima tabik hormat terakhir
penghargaan kepada Ketua Perbarisan
(Lt Kol Mohamad Qadri bin Abu Bakar (RAW) diberi amanah untuk mengetuai perbarisan terakhir untuk TS RMA)
bergambar bersama Panglima-Panglima Perkhidmatan dan anggota perbarisan
Selamat Tinggal ATM
Kunjungan Hormat ke MENHAN
Sebelum turun ke foyer MINDEF untuk menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama di Dataran MINDEF, RMA telah membuat kunjungan hormat kepada MENHAN, YB Haji Mohamad bin Sabu di pejabatnya.
menerima cenderhati dari YB MENHAN
Lebih kurang jam 1600H, RMA telah diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri dari anggota Rajimen Pertama RAMD. Ini merupakan tradisi ketenteraan yang diamalkan sejak ATM ditubuhkan.
Kawalan Kehormatan Utama dan Acara 'Send Off'
Setelah memeriksa KKU, RMA bersalaman dengan semua pegawai dan LLP yang berbaris di tepi jalan dari foyer hingga ke Balai Pengawal MINDEF. Suasana sungguh memilukan. Sebagai seorang pegawai tinggi (PAT) yang mesra dan tidak menjarakkan dari dari orang bawahan, beliau amat disenangi oleh semua warga ATM. Keadaan amat berbeza apabila beliau terlibat dalam tugas rasmi, beliau amat tegas dan serius dalam apa jua perkara.
Aku amat bernasib baik walaupun tidak memegang jawatan utama, namun berpeluang menghadiri beberapa mesyuarat yang dipengerusikan oleh RMA. Aku pernah berpeluang menghadiri taklimat kepada beliau, menghadiri mesyuarat JPP dan juga Forum PAT. Beliau berfikiran tajam dan memiliki pelbagai idea di luar kotak pemikiran ahli mesyuarat.
Apabila mencapai tahap 'ketegangan' dalam sesuatu perbincangan (kelihatan seperti beliau marah) dan pegawai berkaitan yang tidak dapat memenuhi 'expectation', beliau akan berkata "saya bukan marah kamu, ini adalah cara saya, kalau tidak macam ini, itu bukan saya". Keadaan tersebut boleh mengendurkan suasana, dan pegawai yang terlibat tidak terlalu tertekan. Apa yang aku lihat, beliau mahu pegawai bekerja dan memuaskan organisasi, bukan untuk memuaskan kehendaknya.
Semasa bersalaman, suasana sedih dan sayu menyelubungi suasana di perkarangan foyer MINDEF. Kelihatan wajah beliau amat sedih, merah kerana tangisan, amat sedih bukan kerana meninggalkan kuasa tetapi sedih meninggalkan warga ATM, dunia yang diceburi selama 42 tahun. Beliau bersalaman dengan semua dan berpelukan dengan individu yang dikenali lebih rapat.
Beliau yang sepatutnya bersara wajib dari perkhidmatan pada 19 Jun 2017 (60 tahun), telah diperkenankan oleh YDP Agong untuk dilanjutkan selama setahun sehingga 19 Jun 2018 dan dilanjutkan sekali lagi untuk tempoh setahun lagi sehingga 19 Jun 2019. Beliau dijangka akan memulakan cuti sebelum mengikuti latihan peralihan pada 19 Dis 2018.
Namun, sesuatu di luar jangkaan telah berlaku, apabila Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bersidang pada 2 Jun 2018 telah memutuskan supaya persaraan beliau diawalkan selama 6 bulan. Sehubungan itu, beliau perlu memulakan cuti dan menyerahkan tugas PAT kepada penggantinya ada 20 Jun 2018.
VIDEO moment terakhir sebelum meninggalkan MINDEF
pelukan perpisahan untuk sahabat perjuangan
bersalaman dengan warga ATM
doa dari warga ATM semoga Tan Sri dilimpahi rahmat dan kesejahteraan
Majlis Makan Malam Regimental Penghargaan
Terdahulu dari itu, pada 19 Jun 2018, jam 2000H, diadakan Majlis Makan Malam Regimental Penghargaan PAT di Wisma Perwira ATM. Majlis tersebut dihadiri oleh 400 pegawai dari ketiga-tiga perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara) bersama pasangan masing-masing.
Semasa dalam ucapannya, RMA masih bersemangat dan memberikan dorongan kepada warga ATM untuk meneruskan perjuangan dan warga ATM terus diberi kepercayaan oleh rakyat dan Negara untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.
Beliau juga tidak menerima bulat-bulat penghargaan yang diberikan sebagai pencapaian peribadinya. Katanya:
"Berdirinya Raja Mohamed Affandi di sini yang diberi kepercayaan untuk memimpin ATM dan segala pencapaiannya adalah kerana Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Raja Mohamed Affandi akan gagal sekiranya warga ATM tidak mempunyai iltizam dan semangat untuk melaksanakan tugas masing-masing."
Sebelum itu, dalam ucapan KS MK ATM, Lt Jen Dato' Abu Muslim ada menyebut bahawa data/rekod/angka kes yang melibatkan tatatertib anggota ATM (yang sejak beberapa tahun sentiasa meningkat) telah banyak menurun di zaman RMA menjadi PAT. Kebetulan aku ada mengikuti taklimat Provos Marsyal minggu lepas. Ia banyak dihubungkait dengan style kepimpinan ATM yang kerap turun ke padang menemui warga ATM. Bersikap regimental semasa bertugas rasmi tetapi bersikap mesra dan santai semasa di luar tugas rasmi. Banyak sekali bukti gambar-gambar semasa RMA menghadiri mana-mana majlis, kelihatan beliau begitu mesra dan akrab dengan semua peringkat warga ATM.
Beliau pernah berhasrat untuk bersara lebih awal dalam tahun 2011 tetapi terbantut kerana atas keperluan perkhidmatan beliau dilantik menjadi PTD.
Semasa beredar keluar dari Dewan, beliau bersalaman dengan semua hadirin. Semasa sampai giliranku, kami berpelukan bukan atas dasar sebgai pegawai ATM tetapi disebabkan beliau telah lama mengenali diriku. Semasa berpeluk, aku sempat mengucapkan selamat Bersara dan memohon Maaf Zahir Batin kepada beliau.
mengabdikan kenangan bersama pegawai-pegawai tinggi ATM
menerima cendera kenangan dari PTD
menerima cendera kenangan dari PTU
aku bersama AKS Materiel
isteriku pun tumpang gembira berjumpa rakan-rakan
Raja Affandi Yang Kukenali
Sebagai Pegawai ATM, aku memang cuba mengenali semua pegawai-pegawai kanan ATM. Kenal bukan bermakna, dapat berbual mesra atau pernah berkhidmat di bawah mereka, tetapi sekadar mengetahui siapa mereka dan apa jawatan mereka.
Mengenali RMA secara dekat sejak penghujung tahun 2009 semasa beliau menjawat jawatan Ketua Staf Markas ATM. Beliau tinggal di RKAT (bungalow) berhadapan dengan surau. Beliau selalu datang bersolat jemaah di Surau Luqman Hakim di mana aku adalah salah seorang dari AJK dan juga Muazzin. Aku juga menjadi Bilal Solat Tarawikh setiap kali bulan Ramadhan. Jadi beliau mengenali aku lebih atas kapasiti aku sebagai Bilal Surau. Malah beliau boleh mengenali suara aku apabila beliau mendengar laungan azan.
Aku berpeluang untuk mendekati beliau kerana pada waku itu, Raja Mohamed Affandi dikatakan terpinggir dari kalangan pegawai kanan Tentera Darat untuk mewarisi kepimpinan Tentera Darat dan ATM. Banyak suara yang mengatakan bahawa sebagai KS Markas ATM, beliau sudah berada di penghujung pencapaian kerjayanya. Malah pegawai-pegawai yang rapat dengan beliau juga mula terpinggir dan tidak mendapat tempat dalam barisan kepimpinan Tentera Darat.
Lantaran itu, pegawai-pegawai kanan TD tidak begitu berani merapati beliau kerana khuatir diperhatikan oleh kelompok kepimpinan TD ketika itu dan boleh menyebabkan kerjaya mereka terjejas.
Oleh itu, aku yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan beliau berpeluang mendekati dan dapat berbual mesra dengan beliau.
Malah dalam satu aktiviti surau (Karnival Usahawan- 2015), semasa mengikuti belakang beliau melawat gerai-gerai, beliau memilih beberapa barangan makanan untuk dibeli. Tetapi setelah dibayar, beliau memberikan barangan itu kepada aku.
Kebetulan, selaku Ketua Staf MK ATM, RMA adalah Penaung Surau Luqman Hakim. Dan ianya diteruskan apabila beliau menyandang jawatan PTD pada tahun 2013. Beliau amat mengambil berat tentang aktiviti surau. Perlantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Surau adalah tertakluk kepada restu beliau. Beliau turut merestui perlantikan diriku sebagai Timbalan Pengerusi pada tahun 2017.
Apabila RMA dilantik menjadi PTD dan seterusnya PAT, hubungan baik diteruskan. Setiap kali bertemu di mana-mana majlis dan bersalaman dengan beliau akan memeluk bahuku, sebagai tanda kemesraan. Dan aku juga boleh bergurau atau berbual secara santai dengan beliau. Perkara yang tidak dapat dirasai oleh pegawai-pegawai TD.
Dalam banyak kali pertemuan di dalam bangunan MINDEF, di masjid atau lokasi majlis yang lain, apabila aku bersalaman, sebelah tangan beliau akan memeluk bahuku dan menyebut namaku, membuktikan bahawa beliau memang amat mengenali aku.
Kebetulan, aku menerima rezeki Allah swt, dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral semasa beliau menyandang jawatan PAT.
Bagaimanapun, aku tidak sesekali mengambil kesempatan di atas kemesraan itu. Tetap menghormati beliau sebagai pegawai tertinggi ATM.
Untuk mengimbas kembali, catatan sejarah selepas Tan Sri Raja Mohamed Affandi zaman dinginnya sebagai KS Markas ATM dari 2Okt 009 hingga Jun 2013.
ketika mengambil alih jawatan PTD dari TS Zulkifli bin Zainal Abidin pada 14 Jun 2013
penyempurnaan pangkat Jeneral 4 Bintang pada 14 Jun 2013
mengucapkan selamat bersara kepada PAT terdahulu
Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) bersalaman dengan penggantinya, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera (utusan/Abdul Razak Latif)
****ALBUM*****
Aku hanya mengenali rapat hanya setelah berkhidmat lebih 30 tahun. Setelah aku berpangkat Kolonel. Namun rakan-rakan SKOTku (TJP 37) telah mengenali beliau sejak awal tahun 1981. Beliau adalah salah seorang JURULATIH Kursus Muslihat Asas Ketua Platun (MAKP)- ketika itu berpangkat Kapten, di Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM), Kem Paradise, Kota Belud Sabah.
Secara peribadi, aku dapat merasai bahawa apabila Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi PAT pada bulan Dis 2016, suasana di MK ATM mengalami perubahan yang ketara. Kalau predecessornya dikenali sebagai PAT yang amat garang, agresif dan gemar menjerit dan memaki hamun pegawai-pegawainya. Juga, cuba mengawal segenap aspek pentadbiran (micro manage) , seolah-olah tidak mempercayai pegawai bawahannya. Jelas, semua (termasuk yang dua atau tiga bintang) bekerja dalam keadaan stress dan kelam kabut serta ketakutan.
Ini amat berbeza dengan Raja Mohamed Affandi. Beliau tegas tetapi memberi kepercayaan yang tinggi kepada pegawai bawahannya. Suasana di MK ATM amat tenang. Masing-masing comitted melaksanakan tugas dengan ikhlas. Walaupun style kepimpinan telah berubah tetapi, buktinya komitmen pegawai-pegawai dalam melaksanakan tugas tidak menurun. Mereka meneruskan komitmen yang tinggi, malah jauh lebih mudah dan selesa dengan kepercayaan yang diberi.
Selain dari perkenalan sebagai jemaah Surau Luqman Hakim (Desa Tunku Osman Jewa), aku berpeluang menghadiri beberapa taklimat dan mesyuarat rasmi yang dipengerusikan oleh YM Tan Sri Raja Mohamed Affandi selaku PAT.
Semua PAT dan segala Panglima yang ada sememangnya dipilih berdasarkan kelayakan, kepimpinan, pengetahuan dan merupakan Jeneral yang terbaik di kalangan Jeneral-Jeneral yang terbaik. Namun yang membezakan adalah sama ada PENGHORMATAN yang diberi oleh warga ATM itu adalah kerana GAIN RESPECT atau DEMAND RESPECT?
Melalui perbualan dengan ramai pegawai kanan ATM yang kukenali, semuanya melahirkan perasaan yang sama, iaitu mereka amat senang berkerja di bawah Raja Mohamed Affandi sebagai PAT. Arahannya jelas, tiada agenda peribadi yang tersirat di belakangnya, mudah berbincang, komennya sama ada bersahaja atau dalam ketegasan tetap sama. Tidak melatah dan melenting. Sentiasa menerima walaupun dalam keadaan kesibukan tugas dan tanggungjawabnya.
Bagaimana pula dengan Puan Sri (Puan Sri Norlida binti Abdul Mubin)?. Aku tidak pernah mendekati Puan Sri. Tapi maklumat dari isteriku yang biasa terlibat menghadiri aktiviti BAKAT Gabungan, Puan Sri juga amat humble. Tidak pernah menjarak dirinya atau dilihat berkedudukan lebih berdarjat dari yang lain. Aku percaya isteriku tidak bercerita kosong. Tidak pernah juga ada cerita tentang Tan Sri takut dengan Puan Sri seperti yang kita biasa dengar yang Bapak-Bapak Jeneral kita takut bini. Malah ada juga (malah banyak kali juga) kedengaran, isteri Panglima yang mengambil bahagian untuk menentukan kenaikan pangkat pegawai. Ada anggota tentera yang suka menggunakan Puan Sri-Puan Sri atau Datin-Datin untuk mengadu tentang pertukaran, kenaikan pangkat dan kursus.
Atas dasar hormat dan kasih kepada pemimpin, maka aku tidak merasa terkilan langsung apabila terpaksa mengorbankan beberapa hari Cuti Hari Raya ke 4 hingga ke 6 (18 hingga 20 Jun) demi untuk kembali ke KL (dari Johor) bagi menghadiri kesemua majlis dan acara rasmi yang melibatkan persaraan TS RMA.
Tulisan ini adalah lahir dari hatiku, bukan sekali untuk maksud sesuatu. Untuk membodek? Bodek siapa? Beliau sudah bersara.
SELAMAT BERTUGAS KEPADA TAN SRI ZZA
AKHIRnya, selamat menggalas TUGAS NEGARA kepada PAT yang baru, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Zainal Abidin. Ikan pulang ke lubuk. Pinang pulang ke tampuk. Pastinya pengalaman luas dan ilmu ketenteraan yang tinggi serta keperibadian yang mulia akan mampu membawa ATM ke arah sebuah organisasi yang lebih cemerlang.
Kalau suatu waktu dahulu, Jeneral Tan Sri Mohd Sany (almarhum) yang pernah terkeluar dari gelanggang organisasi ATM kerana menjalankan tugas sebagai Duta Besar ke Netherlands (Holland), kembali menerajui ATM dengan cemerlang, pastinya TS ZZA yang bertanggungjawab membawa generasi X (siswa UPNM) yang kini mengisi hampir keseluruhan pegawai pelapis kepimpinan ATM, akan mampu membawa ATM ke arah yang lebih berwibawa, dihormati dan berintegriti.

Dalam ucapannya, RMA menyatakan bahawa:
"Affandi bukanlah insan yang berjasa yang layak mendapat penghargaan seperti pagi ini. Tetapi sebaliknya, pada hari ini, Affandi ingin mengambil peluang menyatakan penghargaan saya kepada seluruh warga ATM yang telah memberikan sokongan dengan tulus ikhlas kepadanya."

Raja Mohamed Affandi Dilantik Panglima Tentera Darat Ke-25
Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my
KUALA LUMPUR: Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed
Noor dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) yang ke-25
menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkuatkuasa pada 14 Jun 2013.
ketika mengambil alih jawatan PTD dari TS Zulkifli bin Zainal Abidin pada 14 Jun 2013
Majlis pemakaian pangkat disempurnakan oleh Menteri
Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menyaksikan upacara
serah terima tugas Panglima Tentera Darat bersama Panglima Angkatan Tentera
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang diadakan di auditorium Wisma Pertahanan
dekat sini, Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk
Mohammed Nordin Ali dan Panglima Angkatan Bersama (PAB) Laksamana Datuk Seri
Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Raja Mohamed Affandi, 56, sebelum ini memegang pangkat
Leftenan Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Medan Tentera Darat sejak Jun
2008.
Beliau seterusnya menjawat jawatan Ketua Markas Angkatan
Tentera Malaysia mulai 31 Oktober 2009.
Ketika menjawat jawatan Ketua Platun dan ketua Kompeni,
beliau pernah terlibat secara langsung dalam menentang pengganas komunis.
Selain tugas operasi, beliau juga terlibat dalam berbagai
latihan ketenteraan di dalam dan luar negara.
Dari segi pendidikan, beliau mempunyai kelulusan Ijazah
Sarjana Pengajian Pertahanan (Australia) dan Ijazah Sarjana Sains Pengajian
Strategi dan Pertahanan (Pakistan).
Sementara itu Zulkifli,52, dilantik sebagai Naib Canselor
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkuatkuasa 15 Jun.
Baca lebih lanjut di
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2013/06/14/raja-mohamed-affandi-dilantik-panglima-tentera-darat-ke25/#4hTzviKaHW05MuAr.99
Raja Mohamed Affandi Dilantik Panglima Angkatan Tentera Ke-19
KUALA LUMPUR 21 Jun - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkuat kuasa 16 Disember ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
yang mengumumkan pelantikan itu berkata, keputusan itu dibuat melalui
Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-548 yang bersidang pada 23 Mei lalu
dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah.
Jelas beliau, peralihan tampuk kepemimpinan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) itu berikutan Zulkefli yang akan bercuti dan mengambil
Latihan Peralihan bermula tarikh tersebut sebelum bersara wajib pada 13 Jun
2017.
penyempurnaan pangkat Jeneral 4 Bintang pada 14 Jun 2013
Hishammuddin turut mengumumkan Panglima Tentera Udara,
Jeneral Tan Sri Roslan Saad akan mula bercuti dan mengikuti Latihan Peralihan
pada 21 Disember ini sebelum bersara wajib pada 27 Mei 2017.
“Jadi pada penghujung Disember ini kita akan menyaksikan
pelantikan Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Darat baharu.
“Pengumuman enam bulan lebih awal ini dilakukan demi
memastikan peralihan pucuk pimpinan ATM berjalan lancar manakala pemimpin yang
terlibat boleh membuat persiapan rapi,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma
Pertahanan, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, pertemuannya
dengan Menteri Pertahanan Indonesia, General Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha
Jabatan Pertahanan Negara Filipina, Voltaire Tuvera Gazmin di Manila semalam
telah mencapai kata sepakat dalam meningkatkan tahap keselamatan di Laut Sulu.
Jelas beliau, ketiga-tiga negara bersetuju bahawa inisiatif
rondaan bersama di Laut Sulu akan menggunakan kerangka sama yang digunakan
dalam rondaan laut Selat Melaka (MSSP).
“Tiga teras dalam MSSP iaitu rondaan dari udara oleh
ketiga-tiga tentera udara, koordinasi patrol yang melibatkan tentera laut dan
pertukaran maklumat risikan tentera telah diterima untuk dipakai dalam kerangka
rondaan bersama di Laut Sulu.
“Kami akan berjumpa lagi bulan depan di Jakarta. Kita harap
kerjasama erat ketiga-tiga negara ini dapat meningkatkan lagi keselamatan
serantau,” katanya
mengucapkan selamat bersara kepada PAT terdahulu
Raja Mohamed Affandi
mulakan
tugas Panglima ATM
20 Disember 2016 12:30 AM
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja
Mohamed Noor memulakan tugas secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera
yang baharu hari ini.
Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri
Zulkifeli Mohd. Zin dan merupakan Panglima ATM Ke-19.
wajah pahlawan berwibawa
Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) bersalaman dengan penggantinya, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera (utusan/Abdul Razak Latif)
Raja Mohamed Affandi tiba di Wisma Pertahanan di sini pada
pukul 9 pagi ini dengan disambut oleh Pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD).
Beliau kemudiannya menerima tabik hormat daripada pasukan
pancaragam tersebut sebelum memeriksa perbarisan.
Selepas upacara tabik hormat, Raja Mohamed Affandi mula memasuki
pejabatnya sambil diiringi doa yang dibacakan oleh Pegawai Staf 1 Agama Tentera
Darat, Leftenan Kolonel Azmi Wahab bagi memulakan tugas barunya.
Raja Mohamed Affandi, 58, pernah menjawat Ketua Angkatan
Tentera Malaysia sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 14 Jun
2013.
Dilahirkan di Kampung Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun
1957, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kampung Raja sebelum
menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail.
Beliau kemudian mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai
Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet, Kem
Sebatang Karah, Port Dickson dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja, Kem
Sungai Besi sebagai Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda
dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.
Teruja dan bersemangat memulakan tugas pada hari pertama,
beliau berjanji akan melaksanakan tugas dengan amanah dan memberikan khidmat
terbaik dalam mengemudi bahtera ATM.
“Saya berjanji untuk meletakkan kepentingan organisasi ini
melebihi kepentingan yang lain.
“Saya juga berada di sini atas kebersamaan semua anggota
khususnya Tentera Darat yang banyak mendukung serta memberi sokongan selain
tunjuk ajar daripada Panglima ATM sebelum ini yang banyak membantu. Terima
kasih saya ucapkan,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/raja-mohamed-affandi-8232-mulakan-tugas-panglima-atm-1.422005#ixzz5Ixc5Ty5w
© Utusan Melayu (M) Bhd
PERINTAH ULUNG
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-19
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah S.W.T, Tuhan
semesta alam; selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Para Perwira, Bintara, Petanda dan Perajurit serta warga
Angkatan Tentera Malaysia yang saya kasihi,
Pelantikan ini bukan satu hak warisan, tetapi ia satu
amanah dan satu
tanggungjawab yang kini terpikul di bahu saya. Oleh itu
saya tawadukkan kesyukuran ke hadrat Allah Yang Maha Esa dan mohon dikurniakan kekuatan
agar saya berkudrat untuk kekalkan legasi sebuah angkatan yang membanggakan ini. Bagi
meneruskan
kecemerlangan Panglima-Panglima Angkatan Tentera Malaysia
sebelum ini, saya menyeru setiap lapisan warga ATM untuk berdiri teguh dan
berdiri sebaris bersama-sama saya memperkasakan segala nilai teras demi mewujudkan
sebuah organisasi yang diyakini oleh rakyat serta disegani di persada dunia. Saya
sandarkan kekuatan dan keupayaan ATM kepada empat tiang sangga sebagai teras arah
tuju ATM. Semoga empat teras ini menjadi nadi penggerak kita bersama.
Kita Adalah Satu. Keberkesanan serta kejayaan ATM adalah
berpandukan kepada keupayaan untuk bekerjasama sebagai sesebuah entiti yang
bersatu dan bersepadu. Titik tolak kesepaduan ini bermula dari akar umbi setiap
perkhidmatan yang mengamalkan sifat taat setia kepada pemimpin serta yang dipimpin, disiplin,
tradisi dan etos kepahlawanan tinggi yang menjadi asas perawakan seseorang anggota
tentera. Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga angkatan ini untuk bersama-sama saya
menggembleng tenaga serta berusaha untuk mengukuhkan kesatuan, keutuhan dan
kesepaduan yang wujud di antara ketiga-tiga cabang perkhidmatan walaupun dalam
keadaan yang berbeza. Perbezaan tidak seharusnya dijadikan halangan tetapi olahan
mengikut acuan dan resipi yang betul, ia akan menjadi kekuatan kita untuk menghadapi
sebarang kemungkinan.
Profesionalisme Tempa Kecemerlangan. Sebagai sebuah
organisasi yang sentiasa dipandang tinggi dan dihormati, adalah menjadi
tanggungjawab setiap warga ATM untuk mengukuhkan keyakinan serta kepercayaan yang telah diberi
dengan memperkasakan tahap profesionalisme angkatan ini. Oleh yang demikian,
adalah wajar bagi kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperlengkap dan menambahbaik kemampuan diri dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta
keterampilan diri. Iltizam ini apabila diterapkan dengan sepenuh hati akan menjadikan
setiap individu berupaya mengukuhkan keyakinan serta kepercayaan negara kepada
kemampuan ATM dalam menangani pelbagai ancaman dan cabaran yang mendatang.
Kejayaan kita amat bergantung kepada kelebihan ini.
Angkatan Ampuh. Perkembangan keselamatan antarabangsa dan
serantau memerlukan setiap komponen ATM untuk sentiasa mempertingkatkan
kesiagaannya bagi menghadapi pelbagai kemungkinan. Kunci peningkatan kesiagaan ini
adalah berpandukan kepada pembangunan modal insan yang digabungkan dengan pengurusan
kelengkapan serta peralatan sedia ada dengan efektif dan efisien. Tahap
kesiagaan boleh dicapai sekiranya ia dilakukan dengan baik, penuh beramanah dan penuh
berintegriti. Keupayaan tinggi akan membolehkan ATM diatur gerak sehingga kejayaan milik
kita yang mutlak.
Kita Insan Murni. Imej ATM yang terpuji sentiasa mendapat
penghormatan daripada rakyat, kerajaan mahupun masyarakat antarabangsa.
Keunggulan imej tersebut perlu menjadi tonggak kepada perwatakan murni setiap insan atau
individu dalam angkatan ini yang berpasakkan nilai teras (core values) dan kod etika
ATM. Justeru, setiap warga ATM perlu mempunyai mentaliti kelas pertama serta menumpukan
kepada pembangunan nilai-nilai murni yang bersendikan kekuatan kerohanian, keberanian dan semangat berpasukan. Ini adalah faktor intangible atau yang
mempengaruhi, yang bukan sahaja menyebabkan kita lebih ampuh tetapi satu angkatan dan
kalangan insan yang dihormati.
Kita adalah satu dan hanya bersandarkan kepada kekuatan
yang ada kita mampu perkasakan angkatan, kita mampu pertahan maruah dan kita
mampu pertahankan kedaulatan Negara serta kewujudan bangsa ini. Bersama kita
mampu laksanakannya.
“SENTIASA BERSEPADU”
……………………………………………………………….
JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN
RAJA MOHAMED NOOR
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-19
16 DISEMBER 2016
BIODATA
JENERAL TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR.
PGAT PMN PSM PJN SSAP SPMT SPMP SPMS SPTS SPMK SPKK DPPN
DCSM PSAT DGMK DSDK DSAP DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN PNBB (Moz) ndc mpat psc MDef
Studies (UNSW) MSc Strat and Def Studies (QAU Pakistan)
JENERAL
TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR (411967) telah dilahirkan di
Kg. Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kg Raja, Besut Terengganu. Setelah menamatkan pendidikan peringkat
menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, beliau telah mengikuti latihan
sebagai Bakal Pegawai Kadet di Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU)
Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang Karah, Port Dickson dan seterusnya di Maktab
Tentera Diraja, Kem Sungei Besi sebagai Pegawai Kadet. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan
Muda ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.
Raja
Mohamed Affandi R telah mendirikan rumahtangga
dengan Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin dan dikurniakan 3 orang anak
perempuan dan seorang anak lelaki.
Raja
Mohamed Affandi , di sepanjang karier beliau
telah memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah dan Pegawai Staf di dalam
ATM. Beliau juga telah terlibat secara langsung di dalam menentang pengganas
komunis sewaktu menjawat jawatan sebagai Ketua Platun dan Ketua Kompeni. Selain
daripada penugasan operasi, beliau juga telah terlibat dengan pelbagai latihan
ketenteraan sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Di sepanjang karier sebagai pegawai tentera, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting dan di antaranya adalah:
(1) Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat (Mejar),
(2) Ketua Jurulatih di PUSASDA (Mejar),
(3) Pegawai Memerintah 18 RAMD (Lt Kol),
(4) Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara (BKN) (Lt Kol),
(5) Pegawai Staf 1 Tadbir di Cawangan Sumber Manusia (Lt Kol),
(6) Ketua Staf Markas 3 Divisyen Infantri (Kol),
(7) Assisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas TD (Brig Jen)
(8) Panglima 2 Divisyen Infantri (Mej Jen).
Pada 2 Jun 2008 Raja Mohamed Affandi telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat dan kemudiannya menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 31 Okt 2009.
Beliau seterusnya dinaikkan ke pangkat Jeneral dan memegang jawatan Panglima Tentera Darat mulai 15 Jun 2013. Perih dan jerih beliau sebagai Panglima Tentera Darat, membuatkan beliau sangat dikenali oleh orang ramai dan juga pemimpin di dalam negara. Pada tanggal 16 Dis 2016, Raja Mohamed Affandi telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-19.

Mohamed Affandi juga telah mengikuti
pengajian/kursus profesional di dalam dan di luar negara dan berkelulusan
Master in Defence Studies (Australia) dan Master of Science in Defence and
Strategic Studies (Pakistan).
****ALBUM*****
Pengertian
Kemungkinan sokongan terbuka yang diucapkan oleh PAT ini menyalahi prinsip yang telah ditetapkan. MUNGKIN. MUNGKIN.
Majlis malam tadi turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri HIshammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Walaupun kenyataan/ucapan RMA itu telah mendapat kritikan banyak pihak termasuk Pengerusi Pakatan Harapan pada masa itu, Tun Dr Mahathir, namun RMA masih bersemangat tinggi sebagai PAT. Bukan kerana dibayangi oleh Kerajaan BN atau MENHAN masa itu, tetapi atas prinsip bahawa ATM akan mendokong sesiapa sahaja pemimpin Parti yang memerintah negara.
Itulah juga keadaan yang berlaku setiap kali berlaku PRU, sejak PRU Pertama, ATM tidak pernah tergelincir dari landasan untuk menyokong Kerajaan semasa (ruling government). Kecuali apa yang berlaku semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang pada tahun 2009.
Apakah akan terjadi kalau PAT membuat kenyataan TERBUKA dengan memberikan hak mutlak kepada seluruh warga ATM di seluruh negara supaya tidak terikat dengan apa-apa keadaan dan diberi kebebasan untuk mengundi sesiapa sahaja calon yang disukai. Mungkin akan HURU HARA negara.
PERLU diketahui, ini adalah pertama kali dalam sejarah MALAYSIA berlaku pertukaran parti pemerintah dalam tempoh lebih 60 tahun. Sudah pasti ada perbezaan dan kelainan.
Sepatutnya NEGARA berbangga dengan PANGLIMA ATM yang berjaya mempastikan Negara kita tetap AMAN walaupun Kerajaan yang memerintah bertukar tangan. TIADA LANGSUNG tanda-tanda menunjukkan bahawa ATM cuba mempertahankan Kerajaan yang lalu. Malah PAT dan IGP terus mengadap Yang DiPertuan Agong untuk menyatakan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong dan penerimaan kepada Kerajaan baru.
Pendapat peribadiku - YM RMA tidak perlu risau dengan tekanan dan kritikan orang luar. Bayangkan, YANG DIPERTUAN AGONG pun kena kritik kerana lewat menerima mengadap Perdana Menteri baru untuk mengangkat sumpah setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14 pada 10 Mei 2018.
Di sini, disalinkan kenyataan dari Presiden PATRIOT mengenai ucapan YM RMA di atas:
Ketaatan ATM kepada Yang DiPertuan Agong, Negara dan Kerajaan, terbukti apabila PH memenangi PRU14, pada 10 Mei 2018 PAT dan IGP telah mengadap Yang DiPertuan Agong sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan PH.
Selanjutnya, MENHAN yang baru, YB Haji Mohamad bin Sabu telah disambut oleh PAT dan warga MINDEF dengan tradisi ketenteraan pada hari pertama melapor diri ke MINDEF pada 22 Mei 2018. Ini membuktikan seluruh warga ATM (dari kepim[ian tertinggi) menerima MENHAN baru dengan tangan dan hati terbuka kerana menghormati keputusan rakyat.
Apa pun yang berlaku, apa pun sebab musabab dan kemungkinannya, ia adalah kehendak Allah dan telah ditetapkan oleh Allah swt, telah tercatat di Loh Mahfuz sejak azali lagi. Siapa pun yang menjadi PAT ketika itu, akan merasai situasi dan tekanan yang sama.
ASB Zulu
Amanah Saham Bumiputera (ASB) Zulu dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) Zulu dilancarkan pada bulan Mac 2018 dengan modal permulaaan sebanyal RM1.5 billion. Ia adalah inisiatif usahasama PNB dan Bank Muamalat untuk meningkatkan penglibatan warga ATM dan veteran ATM (dan juga PDRM) dalam pelaburan. Kebetulan ia diperkenalkan di penghujung zaman BN memerintah. Maka mantan MENHAN, DS Hishammuddin telah menggunakan ASB Zulu sebagai salah satu bahan kempen MENHAN ke seluruh kem-kem ATM bagi menarik undi kepada BN.
Di sini, PAT terperangkap antara agenda beliau untuk menjelaskan kepada warga tentera untuk melabur dalam ASBZ, dengan program kempen PRU MENHAN.
Dalam beberapa perjumpaan dan mesyuarat dengan TS RMA, beliau amat mengambil berat (prihatin) dan serius mengarahkan Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Formasi serta Pegawai-Pegawai Memerintah supaya mempastikan warga ATM dibri kefahaman supaya melabur dalam ASBZ untuk masa depan (kewangan) mereka, apatah lagi setelah bersara sama ada berpencen atau tidak berpencen.
Apa yang saya nampak dan faham, RMA mempromosikan ASBZ bukan sebab ia agenda mantan MENHAN atau BN (sebab ASB telah diperkenalkan di zaman almarhum Tun Hussein Onn pada tahun 1979. Dari tarikh itu sudah banyak MENHAN dan lebih dari 10 PAT berkhidmat, tetapi tidak seorang pun yang memikirkan masa depan warga ATM dari aspek pelaburan. Kebanyakan banyak memperjuangkan kenaikan elaun atau memperkenalkan elaun atau insentif baru.
Boleh saya katakan bahawa ASBZ merupakan legasi TS RMA.
Hari ini 20 Jun 2018, Raja Mohamed Affandi telah mencipta SEJARAH yang tersendiri. Beliau telah menyempurnakan tugasnya sebagai PAT dengan penuh gemilang dan cemerlang.
.......yang kukenali
Dari puluhan gambar yang dapat aku kutip dari pelbagai majlis dan acara rasmi ATM yang dihadiri oleh YM TS RMA, amat jelas dan dapat dirasai ruh kemesraan di antara RMA dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan keadaan.
Pada Hemat Saya.....
Pada Hemat Saya.....
Pada hemat saya dan pada firasat saya dan pada pandangan
saya sebagai rakyat biasa, perkara atau berita di bawah ini merupakan
kemungkinan besar punca atau sebab musabab persaraan awal RMA adalah disebabkan perkara berikut. Mungkin YA dan mungkin TIDAK.
Prinsip perkhidmatan, organisasi ATM harus bersifat
APOLITICAL (having no interest or involvement in political affairs; also :
having an aversion to politics or political affairs). Selain dari TDAK boleh menjadi ahli mana-mana parti politik,
anggota tentera tidak boleh bergiat atau aktif berpolitik, dan juga tidak boleh
menyampaikan kepada orang ramai, secara sulit atau terbuka, melalui akhbar,
wayerless, televisyen atau apa jua cara pun, sebarang maklumat atau
pendapat-pendapat mengenai perkara-perkara politik atau soal-soal yang menjadi
perbalahan atau perkara-perkara yang menyentuh Angkatan Tentera.
Organisasi ATM perlu berada dalam keadaan NEUTRAL.
Mendokong Kerajaan yang memerintah BUKAN menyokong parti pemerintah.
Panglima ATM seru tentera, polis setia pada kerajaan
Zikri Kamarulzaman
31 Mac 2018, 12:00 tengah hari
31 Mac 2018, 12:00 tengah hari
Ketika
demam pilihan raya semakin hampir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral
Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menggesa anggota tentera dan
polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak. Dalam
ucapannya malam tadi, Raja Mohamed Affandi berkata Najib sentiasa memberi
perhatian khusus kepada pasukan keselamatan di samping menyediakan aset
keselamatan terbaik.
Selain
itu beliau berkata kerajaan juga telah melakukan banyak perkara untuk menjaga
kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka.
"Keluarga
kita disediakan rumah keluarga yang baik agar rehat kita sempurna. Manakala
anak isteri kita selesa terpelihara.
"Untuk
tangani kos sara hidup, bagi anggota kita dapat skim perkhidmatan yang
baik," katanya pada majlis makan malam bersama anggota polis dan tentera
di Wisma Perwira Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Mohamed
Affandi berkata kerajaan juga sentiasa menjaga kebajikan anggota
veteran dan pegawai polis.
"Kita
sebagai perajurit dan penjaga keamanan bangsa perlu ada rasa kesyukuran di atas
nikmat yang telah diberi ini.
"Saya
seru manifestasikan segala ini dan unjurkan rasa dengan beri kesetiaan tak
berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri," katanya di hadapan kira-kira 460 anggota tentera dan polis.
Terdahulu
dalam majlis malam tadi Perdana Menteri berkata anggota polis dan tentera
mungkin kehilangan kerja jika negara ini dipimpin individu yang salah.
Najib
juga memberi amaran kemungkinan Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD) akan dibubarkan di bawah pentadbiran yang berasaskan
konsep Malaysian Malaysia. Walaupun
tidak menamakan mana-mana parti, kenyataan itu jelas merujuk kepada DAP, yang
digambarkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
Majlis malam tadi turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri HIshammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Walaupun kenyataan/ucapan RMA itu telah mendapat kritikan banyak pihak termasuk Pengerusi Pakatan Harapan pada masa itu, Tun Dr Mahathir, namun RMA masih bersemangat tinggi sebagai PAT. Bukan kerana dibayangi oleh Kerajaan BN atau MENHAN masa itu, tetapi atas prinsip bahawa ATM akan mendokong sesiapa sahaja pemimpin Parti yang memerintah negara.
Itulah juga keadaan yang berlaku setiap kali berlaku PRU, sejak PRU Pertama, ATM tidak pernah tergelincir dari landasan untuk menyokong Kerajaan semasa (ruling government). Kecuali apa yang berlaku semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang pada tahun 2009.
Apakah akan terjadi kalau PAT membuat kenyataan TERBUKA dengan memberikan hak mutlak kepada seluruh warga ATM di seluruh negara supaya tidak terikat dengan apa-apa keadaan dan diberi kebebasan untuk mengundi sesiapa sahaja calon yang disukai. Mungkin akan HURU HARA negara.
PERLU diketahui, ini adalah pertama kali dalam sejarah MALAYSIA berlaku pertukaran parti pemerintah dalam tempoh lebih 60 tahun. Sudah pasti ada perbezaan dan kelainan.
Sepatutnya NEGARA berbangga dengan PANGLIMA ATM yang berjaya mempastikan Negara kita tetap AMAN walaupun Kerajaan yang memerintah bertukar tangan. TIADA LANGSUNG tanda-tanda menunjukkan bahawa ATM cuba mempertahankan Kerajaan yang lalu. Malah PAT dan IGP terus mengadap Yang DiPertuan Agong untuk menyatakan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong dan penerimaan kepada Kerajaan baru.
Pendapat peribadiku - YM RMA tidak perlu risau dengan tekanan dan kritikan orang luar. Bayangkan, YANG DIPERTUAN AGONG pun kena kritik kerana lewat menerima mengadap Perdana Menteri baru untuk mengangkat sumpah setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14 pada 10 Mei 2018.
Lanjutan dari kritikan dari ahli-ahli politik, khususnya dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan, TS RMA telah membuat penjelasan sebagaimana yang disiarkan berikut:
Kami tak sokong mana-mana parti politik, kata panglima
tentera
April 10, 2018
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini
memberi jaminan askar tidak akan mencampuri urusan politik serta hanya setia
kepada raja dan negara.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi
Raja Mohamed Noor berkata ATM tidak menyokong mana-mana parti politik dan askar
bersedia berkhidmat kepada rakyat dan pemerintah.
Panglima ATM menjelaskan kenyataan awalnya yang menyeru askar berterima kasih dan setia kepada kerajaan. Jeneral RMA berkata setiap anggota tentera setia pada raja dan negara hingga akhir hayat.
“Ia berada dalam jiwa setiap anggota tentera, termasuk veteran,
dari saat mereka dilahirkan hingga mereka meninggal dunia – kesetiaan mereka
kepada raja dan negara tidak pernah pudar. Ini jelas ditunjukkan melalui
pengorbanan mereka yang sanggup mati untuk negara,” katanya.
Post Borneo memetik beliau berkata demikian pada sidang
media di Kuching semalam selepas majlis di Ibu Pejabat Divisyen Infantri
Pertama di Kem Muara Tuang. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang
Johari Openg dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Jaminan itu disambut baik DAP, namun Lim Kit Siang berkata
ia “membimbangkan” apabila Raja Mohamed Affandi mengambil masa “seminggu untuk
membuat penjelasan yang jelas dan mudah”.
Pada 31 Mac lalu dilaporkan Raja Mohamed Affandi dalam
ucapannya mendesak tentera dan polis berterima kasih dan setia kepada kerajaan
yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak kerana perdana menteri memberi perhatian
khusus kepada keperluan pasukan keselamatan.
Lim berkata: “Jika Malaysia mahu matang menjadi demokrasi
yang normal, di mana pengundi boleh menukar kerajaan secara aman dan demokratik
melalui pilihan raya, maka tentera haruslah dengan jelas menyatakan kesetiaan
kepada raja dan negara, dan bukan kepada mana-mana parti politik atau mana-mana
perdana menteri, terutama ketika negara berdepan PRU14.”
Lim juga berkata mereka yang mendakwa orang Melayu akan
menderita jika Umno dikalahkan pada PRU14 juga terlibat dalam politik tidak
bertanggungjawab dan menyebarkan ketakutan dan pembohongan.
Beliau menambah kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan yang
terbaik untuk membuktikan semua rakyat tanpa kira bangsa akan lebih terjaga
bawah pentadbirannya.
Di sini, disalinkan kenyataan dari Presiden PATRIOT mengenai ucapan YM RMA di atas:
PATRIOT tabik Panglima ATM
Diterbitkan 15 Apr 2018, 1:29 petang, dikemaskini 15 Apr 2018, 1:37 petang
Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menyambut baik
penjelasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa kesetiaan mereka adalah
kepada raja dan negara, bukannya mana-mana parti politik.
"Kami memberi hormat kepada Panglima Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor atas
pengisytiharan terbukanya," kata Presiden PATRIOT Datuk Mohamed Arshad
Raji.
Beliau mengulas kenyataan Raja Mohamed Affandi pada 10
April berhubung perkara itu seminggu selepas menerima kritikan daripada
beberapa pihak, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan PATRIOT sendiri.
Ia berikutan gesaannya seminggu sebelum itu agar tentera
dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Mohamed Arshad (gambar) yakin Raja Mohamed Affandi hanya
mengikut naratif ucapan Kementerian Pertahanan ketika membuat kenyataan pertama
itu.
Pada masa sama, beliau juga menggesa Raja Mohamed Affandi
memberikan jaminan kepada setiap anggota tentera mereka bebas untuk mengundi
mana-mana pihak pada PRU kali ini.
Beliau berkata ia bagi menghilangkan sebarang syak wasangka
dan kekeliruan di kalangan anggota tentera dan orang ramai.
"Individu yang mengundi pos atau mengundi awal perlu
memangkah sendiri kertas undi, dan tiada siapa yang boleh berbuat demikian
untuk pihak mereka.
"Tindakan memangkah kertas undi untuk orang lain,
selain atas sebab fizikal dan dengan kebenaran untuk berbuat demikian, adalah
kesalahan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Pesalah juga akan berdepan
dengan Akta Angkatan Tentera 1972," katanya lagi.
https://www.malaysiakini.com/news/419911
Ketaatan ATM kepada Yang DiPertuan Agong, Negara dan Kerajaan, terbukti apabila PH memenangi PRU14, pada 10 Mei 2018 PAT dan IGP telah mengadap Yang DiPertuan Agong sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan PH.
Selanjutnya, MENHAN yang baru, YB Haji Mohamad bin Sabu telah disambut oleh PAT dan warga MINDEF dengan tradisi ketenteraan pada hari pertama melapor diri ke MINDEF pada 22 Mei 2018. Ini membuktikan seluruh warga ATM (dari kepim[ian tertinggi) menerima MENHAN baru dengan tangan dan hati terbuka kerana menghormati keputusan rakyat.
Apa pun yang berlaku, apa pun sebab musabab dan kemungkinannya, ia adalah kehendak Allah dan telah ditetapkan oleh Allah swt, telah tercatat di Loh Mahfuz sejak azali lagi. Siapa pun yang menjadi PAT ketika itu, akan merasai situasi dan tekanan yang sama.
ASB Zulu
Amanah Saham Bumiputera (ASB) Zulu dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) Zulu dilancarkan pada bulan Mac 2018 dengan modal permulaaan sebanyal RM1.5 billion. Ia adalah inisiatif usahasama PNB dan Bank Muamalat untuk meningkatkan penglibatan warga ATM dan veteran ATM (dan juga PDRM) dalam pelaburan. Kebetulan ia diperkenalkan di penghujung zaman BN memerintah. Maka mantan MENHAN, DS Hishammuddin telah menggunakan ASB Zulu sebagai salah satu bahan kempen MENHAN ke seluruh kem-kem ATM bagi menarik undi kepada BN.
Di sini, PAT terperangkap antara agenda beliau untuk menjelaskan kepada warga tentera untuk melabur dalam ASBZ, dengan program kempen PRU MENHAN.
Dalam beberapa perjumpaan dan mesyuarat dengan TS RMA, beliau amat mengambil berat (prihatin) dan serius mengarahkan Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Formasi serta Pegawai-Pegawai Memerintah supaya mempastikan warga ATM dibri kefahaman supaya melabur dalam ASBZ untuk masa depan (kewangan) mereka, apatah lagi setelah bersara sama ada berpencen atau tidak berpencen.
Apa yang saya nampak dan faham, RMA mempromosikan ASBZ bukan sebab ia agenda mantan MENHAN atau BN (sebab ASB telah diperkenalkan di zaman almarhum Tun Hussein Onn pada tahun 1979. Dari tarikh itu sudah banyak MENHAN dan lebih dari 10 PAT berkhidmat, tetapi tidak seorang pun yang memikirkan masa depan warga ATM dari aspek pelaburan. Kebanyakan banyak memperjuangkan kenaikan elaun atau memperkenalkan elaun atau insentif baru.
Boleh saya katakan bahawa ASBZ merupakan legasi TS RMA.
Hari ini 20 Jun 2018, Raja Mohamed Affandi telah mencipta SEJARAH yang tersendiri. Beliau telah menyempurnakan tugasnya sebagai PAT dengan penuh gemilang dan cemerlang.
.......yang kukenali
Aku hanya mengenali rapat hanya setelah berkhidmat lebih 30 tahun. Setelah aku berpangkat Kolonel. Namun rakan-rakan SKOTku (TJP 37) telah mengenali beliau sejak awal tahun 1981. Beliau adalah salah seorang JURULATIH Kursus Muslihat Asas Ketua Platun (MAKP)- ketika itu berpangkat Kapten, di Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM), Kem Paradise, Kota Belud Sabah.
Aku tidak mengetahui sejarah peribadinya. Itu sejarah individu. Setiap insan ada sejarah manis dan pahit dalam hayatnya, especially zaman muda. Aku pun tidak ingin mendapat maklumat mengenainya.
Secara peribadi, aku dapat merasai bahawa apabila Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi PAT pada bulan Dis 2016, suasana di MK ATM mengalami perubahan yang ketara. Kalau predecessornya dikenali sebagai PAT yang amat garang, agresif dan gemar menjerit dan memaki hamun pegawai-pegawainya. Juga, cuba mengawal segenap aspek pentadbiran (micro manage) , seolah-olah tidak mempercayai pegawai bawahannya. Jelas, semua (termasuk yang dua atau tiga bintang) bekerja dalam keadaan stress dan kelam kabut serta ketakutan.
Ini amat berbeza dengan Raja Mohamed Affandi. Beliau tegas tetapi memberi kepercayaan yang tinggi kepada pegawai bawahannya. Suasana di MK ATM amat tenang. Masing-masing comitted melaksanakan tugas dengan ikhlas. Walaupun style kepimpinan telah berubah tetapi, buktinya komitmen pegawai-pegawai dalam melaksanakan tugas tidak menurun. Mereka meneruskan komitmen yang tinggi, malah jauh lebih mudah dan selesa dengan kepercayaan yang diberi.
Selain dari perkenalan sebagai jemaah Surau Luqman Hakim (Desa Tunku Osman Jewa), aku berpeluang menghadiri beberapa taklimat dan mesyuarat rasmi yang dipengerusikan oleh YM Tan Sri Raja Mohamed Affandi selaku PAT.
Semua PAT dan segala Panglima yang ada sememangnya dipilih berdasarkan kelayakan, kepimpinan, pengetahuan dan merupakan Jeneral yang terbaik di kalangan Jeneral-Jeneral yang terbaik. Namun yang membezakan adalah sama ada PENGHORMATAN yang diberi oleh warga ATM itu adalah kerana GAIN RESPECT atau DEMAND RESPECT?
Melalui perbualan dengan ramai pegawai kanan ATM yang kukenali, semuanya melahirkan perasaan yang sama, iaitu mereka amat senang berkerja di bawah Raja Mohamed Affandi sebagai PAT. Arahannya jelas, tiada agenda peribadi yang tersirat di belakangnya, mudah berbincang, komennya sama ada bersahaja atau dalam ketegasan tetap sama. Tidak melatah dan melenting. Sentiasa menerima walaupun dalam keadaan kesibukan tugas dan tanggungjawabnya.
Bagaimana pula dengan Puan Sri (Puan Sri Norlida binti Abdul Mubin)?. Aku tidak pernah mendekati Puan Sri. Tapi maklumat dari isteriku yang biasa terlibat menghadiri aktiviti BAKAT Gabungan, Puan Sri juga amat humble. Tidak pernah menjarak dirinya atau dilihat berkedudukan lebih berdarjat dari yang lain. Aku percaya isteriku tidak bercerita kosong. Tidak pernah juga ada cerita tentang Tan Sri takut dengan Puan Sri seperti yang kita biasa dengar yang Bapak-Bapak Jeneral kita takut bini. Malah ada juga (malah banyak kali juga) kedengaran, isteri Panglima yang mengambil bahagian untuk menentukan kenaikan pangkat pegawai. Ada anggota tentera yang suka menggunakan Puan Sri-Puan Sri atau Datin-Datin untuk mengadu tentang pertukaran, kenaikan pangkat dan kursus.
Atas dasar hormat dan kasih kepada pemimpin, maka aku tidak merasa terkilan langsung apabila terpaksa mengorbankan beberapa hari Cuti Hari Raya ke 4 hingga ke 6 (18 hingga 20 Jun) demi untuk kembali ke KL (dari Johor) bagi menghadiri kesemua majlis dan acara rasmi yang melibatkan persaraan TS RMA.
Tulisan ini adalah lahir dari hatiku, bukan sekali untuk maksud sesuatu. Untuk membodek? Bodek siapa? Beliau sudah bersara.
saya ucapkan Selamat Bersara kepada YM Tan Sri, dan mendoakan agar YM
Tan Sri dianugerahi kesihatan dan kesejahteraan serta sentiasa dalam kerahmatan
Allah swt
AKHIRnya, selamat menggalas TUGAS NEGARA kepada PAT yang baru, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Zainal Abidin. Ikan pulang ke lubuk. Pinang pulang ke tampuk. Pastinya pengalaman luas dan ilmu ketenteraan yang tinggi serta keperibadian yang mulia akan mampu membawa ATM ke arah sebuah organisasi yang lebih cemerlang.
Kalau suatu waktu dahulu, Jeneral Tan Sri Mohd Sany (almarhum) yang pernah terkeluar dari gelanggang organisasi ATM kerana menjalankan tugas sebagai Duta Besar ke Netherlands (Holland), kembali menerajui ATM dengan cemerlang, pastinya TS ZZA yang bertanggungjawab membawa generasi X (siswa UPNM) yang kini mengisi hampir keseluruhan pegawai pelapis kepimpinan ATM, akan mampu membawa ATM ke arah yang lebih berwibawa, dihormati dan berintegriti.
hari pertama di bertugas sebagai PAT
ingat....kita hanya ada hanya SATU ATM...Allah juga hanya SA (TUNGGAL)...
jadi, jangan bodek sana, bodek sini
jadi, jangan bodek sana, bodek sini
No comments:
Post a Comment